Document not found! Please try again

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEMIKIRAN DALAM CERPEN UTHAYA

cerpen penulis generasi baru sering dikatakan sukar difahami, abstrak serta ... Cinta, Kasih Sayang Dan Persahabatan Politik Agama Nilai-Nilai Kemanus...

2 downloads 642 Views 625KB Size
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMIKIRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB DARI ASPEK INTERTEKSUALITI

FBMK 2005 18

PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB DARl ASPEK INTERTEKSTUALITI

RAJA RAJESWARI N P SEETHA RAMAN

MASTER SASTERA UNlVERSlTl PUTRA MALAYSIA 2005

PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB DARl ASPEK INTERTEKSTUALITI

Okh

RAJA RAJESWARI AIP SEETHA M M A N

Tesis Ini dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan ljazah Master Sastera April 2005

cDia6adiik$n kenangan ini 6ersama Suami tnzinta %?enugopaC&mugam yang sentiara tenan., tekun, telw dahm mem6im6in.k~t&?mercu kjayaan tanpamu daku takmung@n wnginja~pncak/iegemilbngan

3nakanak Kaml~aravanan& lanujaa y a w sentiara ta6ah menernani libn menginngi dahm suka duka yang menjengu&ejeruikh &hidupan tanpamu daku takmung&n menggapaipohon impion 1 6 tersayng ~ @hanumathi & Ilianabtchumi yang takalja mengiri h h i n dan rohuni likngan motivasi dan inspiri' a6adii dahm menghrungi hidup yang m a h dun dun &ng& tanpamu daku takmung@n memeti&6uah kejayaan gyah yang tehh &m6aCi menemui I M i tapi Msiliatnya tetap terakam dahm dkn mnnon /@ram dipetikdanpada seprpztian pengahrnan dan pengamatan ha&& Kgjayaan& d a d a &jayam t&din semoga hutan ca6aran daku wnjadii angin pedoman dahm s u k m putera puten& dahm mehyan samudera mern6ara dan wrangkuCpeh6uhnjaya!

Raja !&ajeswari Seetha Raman %Qong

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sastera

PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB DARI ASPEK INTERTEKSTUALITI

Oleh

RAJA RAJESWARI AIP SEETHA RAMAN April 2005

Pengerusi: Samsina Abd. Rahman, PhD Fakulti: Bahasa Moden dan Komunikasi Uthaya Sankar SB merupakan penulis generasi baru yang gemar menghasilkan cerpen-cerpen yang bercorak eksperimental.

Cerpen-

cerpen penulis generasi baru sering dikatakan sukar difahami, abstrak serta memerlukan daya taakulan yang kritis.Justeru, 66 buah cerpen Uthaya Sankar SB daripada Kumpulan cerpen Orang Dimensi, Sim

Kambam, Surat dari Madras, Sasterawan Pulau Cinta serta cerpen-cerpen eceran yang tersiar dalam media cetak perdana sehingga tahun 2000 dikaji untuk menentukan corak pemikiran, teknik penceritaan yang dominan serta pengaruh intertekstualiti yang ketara dalam cerpen-cerpen tersebut. Melalui penerapan teori intertekstualiti dapat diketahui bagaimana proses intertekstualiti mempengaruhi penciptaan sesebuah cerpen, prinsip-prinsip yang dominan serta pengaruh unsur-unsur luaran dalam menentukan

corak pemikiran serta teknik penceritaan yang pelbagai dalam karya. Hasil analisis juga mernbuktikan bahawa karya adalah cerrninan diri pengarang kerana unsur-unsur luaran dalam teori intertekstualiti seperti unsur tradisi, sosial, budaya, sejarah, falsafah, pembacaan, pengalaman dan ideologi tetap berdialog dengan unsur-unsur dalarn diri pengarang ketika proses penciptaan. Cerpen-cerpen Uthaya Sankar SB yang sating melengkapi bagai jaringan web dapat difahami melalui penerapan teori intertekstualiti.

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Master of Art THOUGHTS AND THE INFLUENCE OF INTERTEXTUALITY THEORY IN UTHAYA SANKAR SB'S SHORT STORIES

BY RAJA RAJESWARI A/P SEETHA RAMAN April 2005

Chairman: Samsina Abd. Rahman, PhD Faculty: Modem Languages and Communication

Uthaya Sankar SB is a young, talented writer of the new generation. His stories are experimental. The short stories of the young generation are often said of high quality and to understand their stories requires analytical and critical thinking. Sixty six short stories of Uthaya Sankar SB compiled into four books namely, Orang Dimensi, Siru Kambam, Surat dari Madras, Sasterawan Pulau Cinta and short stones published in newspapers and

magazines till year 2000 were analysed to understand the thoughts, techniques of writing and the influence of intertextuality theory in these short stories. By knowing the intertextualrty theory, one could understand the influence of thoughts and interpretation of the writer better. My study concludes that the output of the short story is influenced by external and internal factors in the theory of intertextuality such as tradition, social, culture, history, philosophy, reading, experience and ideology. The short stories of Uthaya Sankar SB are interlocked and to understand his short stories one should know the theory of intertextuality.

PENGHARGAAN

Pengkaji mengarnbil kesempatan ini demi melafaz selaut syukur kepada llahi kerana pengkaji akur tanpa rahmat, berkat serta cahaya hidayah-Nya mustahil untuk pengkaji menyiapkan tesis ini yang lama tertangguh tanpa penyeliaan pensyarah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada Dr. Samsina Abd. Rahman yang sudi menjadi penyelia pengkaji sebaik sahaja nama beliau pengkaji calonkan selepas melantik Jawatankuasa Penyeliaan yang baru pada tahun 2002. Tanpa sokongan, bimbingan, panduan serta bantuan beliau sukar untuk pengkaji menyiapkan tesis sajana ini. Segala jasa beliau akan tetap terakam dalam diari memori pengkaji. Hanya Yang Maha Esa yang boleh membalas segala jasa dan budi beliau.

Jutaan terima kasih juga disampaikan kepada Pn. Hajah Halimah Hassan serta Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Kasim yang sudi menjadi Ahli Jawatankuasa Penyeliaan serta bersedia menghulurkan bantuan sepanjang tempoh pengajian pengkaji. Segala nasihat serta panduan mereka akan pengkaji kenang sepanjang hayat. Pengkaji juga tidak lupa untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dari Fakulti Bahasa Moden dan

Komunikasi, Universiti Putra Malaysia yang turut berkongsi pengetahuan dan pandangan yang berguna sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada saudara Uthaya Sankar SB yang sudi menyerahkan segala buku serta bahan yang berkaitan dengan diri beliau untuk tujuan penyelidikan. Ini memudahkan pengkaji untuk menjalankan penyelidikan. Beliau juga sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Kerjasama dan sokongan beliau amat dihargai oleh pengkaji.

Pengkaji turut menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kakitangan Perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara, yang sentiasa bersedia untuk membantu pengkaji setiap kali pengkaji berkunjung ke tempat mereka untuk membuat rujukan.

Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu, suami serta anakanak pengkaji yang memahami tanggungjawab pengkaji serta mengiringi pengkaji dalam suka dan duka sepanjang tempoh pengajian ini.

vii

Terima kasih juga kepada Pn. Rusnah Mohd Shariff yang sudi menaip tesis ini tanpa mengira penat lelah serta setiap individu yang membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh penulisan tesis ini. Terima kasih daun keladi.

Semoga Yang Maha Esa melindungi dan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.

RAJA RAJESWARI AIP SEETHA RAMAN No 1009, Jalan E411 Taman Ehsan 52100 Kepong Kuala Lumpur Julai 2005

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Peperiksaan Tesis bagi Raja Rajeswari alp Seetha Raman telah mengadakan peperiksaan akhir pada 14 April 2005 untuk menilai tesis Master Sastera beliau yang bertajuk "Pemikiran dalam Cerpen Uthaya Sankar SB dari Aspek Intertekstualiti" mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Peperiksaan Tesis memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut: Ahmad Mahmood Musanif, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Arba'ie Sujud, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemerikss Dalam) Mohd Zariat Abdul Rani, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam) Mohamad Mokhtar Abu Hassan, PhD Profesor Madya Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (Pemeriksa Luar) n

A ~ U RASHID, L PhD Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh:

2 1 JUL 2005

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi keperluan untuk ljazah Master Sastera. Anggota Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

Samsina Abd Rahman, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Kornunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Halimah binti Hassan, M.A Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) Mohamd bin Hj. Kasim, M.A Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli)

AlNl IDERIS, PhD ProfesorIDekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia

PERAKUAN

Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tiiak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi-intitusi lain.

RAJA W E S W A R I A@ SEETHA RAMAN Tarikh: 2OJULA12005

IS1 KANDUNGAN Halaman ii iii v vi ix xi xiv

DEDlKASl ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

XV

BAB I

PENDAHULUAN Pengenalan Pandangan Tokoh Sastera Akan Karya Penulis Generasi Baru Penyataan Masalah Kepentingan Kajian Objektif Kajian Batasan Kajian DEFlNlSl KONSEP Takrifan "Pemikiran" DEFlNlSl OPERASIONAL

II

SOROTAN LITERATUR Pengenalan

Ill

METODOLOCI KAJIAN Pengenalan Kaedah Kepustakaan Kaedah Wawancara Kaedah Analisis Dengan Menggunakan Pendekatan lntertekstualiti Sejarah Perkembangan Teori lntertekstualiti Semasa Proses Pembacaan Semasa Proses Pemahaman dan Penilaian Semasa Proses Penulisan Intertekstualiti: Beberapa Pemahaman Awal Prinsip-Prinsip Dalam Teori lntertekstualiti Transformasi Modifikasi

xii

Ekspansi Haplologi Demitefikasi Oefamiliarisasi Konversi Ekserp Paralel IV

PEMlKlRAN DALAM CERPEN UTHAYA SANKAR SB BERMARKAN TEORi tNTERTEKSTUALITI Pengenalan Keadilan Sosial Adat Dan Kepercayaan Cinta, Kasih Sayang Dan Persahabatan Politik Agama Nilai-Nilai Kemanusiaan Nilai Kemanusiaan Yang Positif Nilai Negatif

V

RUMUSAN DAN KESIMPULAN Pengenalan

BlBLlOGRAFl LAMPIRAN BIODATA PENULIS

xiii

SENARAI JADUAL Jadual

Halaman

Judul Cerpen, Sumber, Tahun Terbit

21

Pengagihan Aspek-Aspek Pemikiran, Jumlah Dalam Peratusan

68

Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Keadilan Sosial

72

Analisis Pemikiran Keadilan Sosial Dari Perspektif lntertekstualiti

74

Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Adat dan Kepercayaan

128

Analisis Pemikiran Adat dan Kepercayaan Dari Perspektif lntertekstualiti

129

Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran, Cinta, Kasih Sayang dan Persahabatan

176

Analisis Pemikiran Cinta, Kasih Sayang dan Persahabatan Dari Perspektif lntertekstualiti

177

Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Politik

203

Analisis Pemikiran Politik Dari Perspektif lntertekstualiti

204

Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Agama

223

Analisis Pemikiran Agama Dari Perspektif lntertekstualiti

224

Cerpen-Cerpen Yang Menyalurkan Pemikiran Nilai-Nilai Kemanusiaan

240

Analisis Pemikiran Nilai-Nilai Kemanusiaan Positif Dari Perspektif lntertekstualiti

240

Analisis Pemikiran Nilai-Nilai Kemanusiaan Negatif Dari Perspektif lntertekstualiti

241

Corak Pemikiran, Bilangan Dan Peratusannya

259

xiv

SENARAI RAJAH Halaman

Rajah 1

Teori Dialogisme dan Teori lntertekstualiti

2

Prinsip lntertekstualiti Transforrnasi Modifikasi Ekspansi Haplologi Demitefikasi Defamiliarisasi Konversi Ekserp Paralel

3

Proses lntertekstualiti

BAB l

PENDAHULUAN

Pengenalan

Dekad 1990-an membuka dimensi baru dalam dunia persuratan Melayu khususnya dalam genre cerpen. Dalam dekad ini lahir sekelompok penulis yang dikenali sebagai penulis generasi baru. Banyak pandangan telah diberi mengenai istilah penulis generasi baru ini oleh tokoh-tokoh sastera serta peneliti sastera tanah air.

Othman Puteh daiam Dewan Sastera (1996: 81-87) mengkategorikan mereka sebagai penulis generasi baru atau penghasil karya jalur kedua kerana mereka membebaskan diri daripada jalur konvensional, berhijrah daripada kepompong yang sedia wujud, dan melakukan deviasi dan inovasi dalam karya-karya mereka. Deviasi dan inovasi dalam karya-karya mereka bukan sahaja ketara dari segi pengucapan pemikiran, muatan subjek cerita yang cenderung kepada penerokaan, bernada agresif dan ditunjangi dengan penyelidikan yang rapi malah juga dari segi langgam penceritaan.

Selain Othman Puteh, Marsli N.0 (Berita Harian, 1999: 7 ) juga memberi pandangan beliau terhadap istilah penulis generasi baru ini. Menurut beliau, semua penulis yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan, yang aktif berkarya dari tahun 1980-an hingga 1990-an serta yang membawa gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat subjek cerita dikenali sebagai pengarang generasi baru atau generasi sasterawan yang terkemudian. Generasi sasterawan yang terkemudian ini menurut beliau tidak lagi terkongkong di bawah panji realisme sebaliknya melakukan transformasi kepada aliran lain seperti surealisme, absurdisme dan neorealisme.

Selain Othman Puteh dan Marsli N.0, Hizairi Othman turut memberi pandangan beliau terhadap istilah generasi baru ini. Menurut Hizairi Othman (Dewan Sastera, 1999: 26-27), pengarang generasi baru ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama merujuk kepada penulis yang aktif berkarya dan mula mencipta nama mereka dalam dekad 1980-an dan yang masih meneruskan konsistensi mereka sehingga pertengahan dekad 1990-an.

Mereka yang dimaksudkan ialah Zaen

Kasturi, S M Zakir, Daeng Ramliakil, Azmah Nordin, Mohd Nasruddin, dan Zainal Rashid Ahmad. Kelompok yang kedua pula merujuk kepada penulis yang muda dan baru seperti Mawar Shafei, Faisal Tehrani, Nisah Haron dan Uthaya Sankar SB yang aktif dan menonjol pada akhir era 1990-an iaitu dari tahun 1996 hingga kini.

Pandangan Nisah Haron, iaitu salah seorang penulis yang tergolong dalam kategori penulis generasi baru juga sama seperti Hizairi Othman. Nisah Haron (Dewan Sastera, 1998: 21-22) berpendapat istilah penulis generasi baru merujuk kepada penulis yang aktif berkarya sejak awal dekad 1980an hingga kini.

Seorang lagi tokoh sastera yang sependapat dengan Hizairi Othman dan Nisah Haron ialah Rahman Shaari. Beliau yang diwawancara oleh Zaiton Abu Samah (Dewan Sastera, 1999: 30-31) mengatakan bahawa istilah penulis generasi baru merujuk kepada penulis yang muncul sesudah dua generasi selepas perang. Penulis yang tergolong dalam kategori generasi pertama selepas perang ialah Shahnon Ahmad, A.Samad Said, lshak Haji Muhammad, Keris Mas serta penulis-penulis yang aktif dalam dekad 1950an dan 1960-an, manakala generasi kedua pula diwakili oleh Anwar Ridhwan, Razak Mamat, Ali Majod, A. Rahim Abdullah, Othman Puteh, Fatimah Busu, Anis Sabirin, dan penulis lain yang aktif berkarya dalam dekad I970-an dan 1980-an. Justeru, pengarang generasi baru menurut Rahman Shaari ialah penulis yang muncul pada akhir dekad 1980-an hingga kini yang gigih menghasilkan karya yang bermutu seperti Rahimidin Zahari, Talib Y.K, Marsli N.0, Daeng Ramliakil, Zaen Kasturi, Muhd Nasruddin Dasuki, S M Zakir, Gunawan Mahmood, Jong Chian Lai, Azmah Nordin, A.Karim Kadir, Daniel Jebon Jenaun, Jais Sahok, Hizairi Othman,

Faisal Tehrani, Mawar Shafei, Nisah Haron, Saroja Theavy Balakrishnan dan Uthaya Sankar SB (Zaiton Abu Samah, 1999:30-31).

Jika Hizairi Othman, Nisah Haron dan Rahman Shaari mengkategorikan mereka sebagai penulis generasi baru berdasarkan dekad pembabitan mereka dalam jagat penulisan kreatif, maka Faisal Tehrani menggolongkan mereka sebagai pengarang generasi baru berdasarkan gaya penceritaan mereka.

Menurut Faisal Tehrani (Berita Harian, 1999: 7), pengarang

generasi baru ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah penulis yang muncul dengan gaya non-konvensional pada awal dekad 1990-an seperti Zaen Kasturi, Marsh N.0, Daeng Ramliakil, dan S.M Zakir, manakala kelompok kedua terdiri daripada pengarang muda yang diketengahkan bakat mereka melalui Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Hizairi Othman, Faisal Tehrani, Mawar Shafei, Nisah Haron dan Uthaya Sankar SB yang turut memperlihatkan gaya yang bukan konvensional dalam karya-karya mereka.

Daripada pandangan beberapa orang tokoh dan peneliti sastera dapat dibuat rumusan bahawa istilah penulis generasi baru merujuk kepada penulis muda yang muncul pada awal dekad 1980-an, yang rata-rata membebaskan diri mereka daripada rantai konvensi dan mula melakukan inovasi serta deviasi dalam karya-karya mereka.

Pandangan Tokoh Sastera Terhadap Karya Penulis Generasi Baru

Pembaharuan yang dibawa oleh penulis generasi baru ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dalam kalangan tokoh-tokoh sastera. Othman Puteh (Dewan Sastera, 1996: 82) berpendapat bahawa hasil karya pengarang generasi baru ini memperlihatkan keunikan, bergaya baru dengan muatan yang baru dan memperlihatkan keunikan dan keyakinan diri pengarang yang mengucapkannya. Menurut beliau lagi dalam satu wawancara oleh Zaiton Abu Samah (Dewan Sastera, 1998: 86), jika pengarang generasi baru ini tidak berhijrah daripada kepompong yang sedia wujud, maka tidak akan wujud bentuk atau kepompong yang lain dan pembaca tidak akan menemui kepelbagaian dalam penulisan karya kreatif. Justeru adalah wajar bagi pengarang generasi baru untuk melakukan penghijrahan dari segi idea dan teknik penceritaan dalam karya-karya mereka, sejajar dengan gaya hidup zaman ini yang lebih mencabar.

Jika Othman Puteh berpendapat bahawa corak penulisan pengarang generasi baru sesuai dengan gaya hidup zaman ini yang lebih mencabar, maka pandangan yang dikemukakan oleh A. Samad Said berhubung dengan corak penulisan pengarang generasi baru pula agak bertentangan. A.Samad Said dalam satu wawancara dengan Zaiton Abu Samah (Dewan Sastera, 1999: 31) menjelaskan bahawa penulis generasi baru ini gemar

mengacau sejarah serta gemar mengupas ilmu atau disiplin secara terperinci dalam karya-karya mereka. Menurut beliau lagi, ilmu tidak perlu diperincikan sebab karya adalah cerminan hati serta pengalaman pengarang yang disampaikan melalui bahasa yang indah. Justeru beliau tidak bersetuju dengan corak penulisan mereka yang memberi lebih penekanan kepada ilmu bantu dalam sesebuah karya. Beliau bimbang tindakan penulis generasi baru yang menitikberatkan ilmu bantu akan menyebabkan mereka cepat jatuh, sebagaimana cepatnya mereka naik.

Pandangan A.Samad Said turut disokong oleh seorang lagi tokoh sastera iaitu Rahman Shaari ketika diwawancara oleh Zaiton Abu Samah. Menurut Rahman Shaari (Dewm Sastera, 1999: 30), karya pengarang generasi baru ini sukar difahami dan mengambil masa yang panjang untuk dicari makna dalam karya mereka. Penggunaan istilah-istilah yang sukar dalam karya mereka menunjukkan seolah-olah pengarang generasi baru ini ingin menunjukkan kepada khalayak pembaca akan ilmu yang mereka kuasai.

Seorang lagi tokoh sastera yang sependapat dengan Rahman Shaari ialah A. Rahim Abdullah. Menurut A. Rahim Abdullah (Dewan Sastera, 1998:

93-94), beliau tidak menyenangi konsep karya eksperimental kerana menurut beliau sesebuah karya seharusnya difahami oleh pembaca terbanyak dan bukan oleh kelompok tertentu sahaja. Pandangan A. Rahim Abdullah ini turut disokong oleh Osman Ayob.

Menurut Osman Ayob

(Dewan Sastera, 1998: 95) karya beberapa orang pengarang generasi

baru seperti Zaen Kasturi, Faisal Tehrani, Mawar Shafei, Marsli N.0 dan Hizairi Othman menyimpang daripada gaya konvensional, kompleks, cenderung kepada gaya eksperimental sehingga sukar difahami bukan sahaja oleh pembaca biasa, malah pengkaji dan pencinta sastera. Menurut beliau lagi, dalam karya-karya mereka sukar dicari inti persoalan serta mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dan beliau bimbang karya eksperimental oleh pengarang generasi baru ini akan menerima nasib yang sama, seperti puisi kabur oleh Noor S.1, A.S Amin dan M.Ghazaii. Hasil karya mereka tidak mendapat tempat di jiwa khalayak pembaca kerana tidak dapat dihayati oleh semua lapisan pembaca akibat kesukarannya.

Zaiton Abu Samah turut menyokong pandangan Osman Ayob. Menurut Zaiton Abu Samah (Dewan Sastera, 1998: 46), karya pengarang generasi baru ini bercorak eksperimental, mengacau sejarah, kabur, mengambil masa yang lama untuk difahami serta bermasalah untuk dibaca kerana mereka menggunakan istilah yang menakjubkan, plot yang berimaginasi dan tema yang tidak logik. Menurut beliau lagi, pengarang generasi baru ini seharusnya menulis untuk masyarakat ramai dan bukannya untuk segelintir manusia sastera yang memahami teori dan falsafah sahaja.

Walau bagaimanapun, pandangan Zaiton Abu Samah bahawa karya pengarang generasi baru ini tidak dapat difahami dengan mudah oleh khalayak bukan sasterawan ini disangkal oleh Marsli N.O. Menurut Marsli N.0 (Dewan Sastera, 1997: 91), hasil karya pengarang generasi baru ini tidak segera dapat dicerna oleh khalayak bukan sasterawan kerana suara yang didendangkan oleh pengarang generasi baru ini berlainan dengan konsep "Seni Untuk Masyarakat" yang disemboyankan oleh generasi Angkatan Sasterawan 1950-an. sasterawan

Angkatan

1950-an

Menurut beliau lagi, jika generasi mengutarakan

persoalan

serta

permasalahan masyarakat secara langsung dalam karya-karya mereka maka pengarang generasi baru ini mengutarakan persoalan serta permasalahan itu melalui lambang, tanda atau alegori. Justeru tidak wajar untuk merungut bahawa karya pengarang generasi baru ini sukar dicerna atau difahami semata-mata kerana teknik persembahan mereka berlainan.

Pandangan Marsli N.0 turut disokong oleh Faisal Tehrani yang tergolong dalam kategori penulis generasi baru. Menurut Faisal Tehrani (Dewan Sastera, 1998: 17), ada segelintir pengarang generasi baru yang gemar bereksperimen dan karya-karya mereka adalah terlalu kabur.

Tetapi

adalah tidak adil jika menuduh bahawa semua pengarang generasi baru menghasilkan karya yang pelik kerana yang berbuat demikian hanya beberapa orang sahaja. Menurut beliau lagi (Benta Harian, 1999: 7), karya majoriti penulis generasi baru lebih bersifat sederhana dan mudah difahami