deskripsi panduan kursus pengenalan kepada ... - myINSPIRE@OUM

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola sepak, bola jaring, bola baling, b...

59 downloads 534 Views 237KB Size
PANDUAN KURSUS 

xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN HBPE3103 Kegiatan Profesional (Permainan) adalah salah satu kursus yang dikelolakan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN? Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Jasmani dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xii 

PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.

Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola sepak, bola jaring, bola baling, bola tampar dan hoki;

2.

Mengaplikasikan kemahiran dan strategi semasa latihan dan pertandingan permainan tersebut; dan

3.

Mengaplikasikan pengetahuan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan.

SINOPSIS KURSUS Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik adalah seperti berikut: Topik 1 memberikan gambaran sepintas lalu berkenaan sejarah permainan bola sepak, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan bola sepak dan bagaimana menguruskan kejohanan pertandingan bola sepak. Topik 2 membincangkan dan mendedahkan pelajar kepada kawalan bola, tendangan dan hantaran bola kepada ahli pasukan penjagaan gawang gol dan strategi permainan bola sepak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 3 memerihalkan bola jaring, sejarah permainan serta perkembangannya di Malaysia dan struktur organisasi dan persatuan yang terlibat dalam permainan ini. Peraturan dan undang-undang bola jaring juga akan diperkenalkan kepada pelajar termasuklah cara-cara permainan ini. Topik 4 membincangkan dan mendedahkan pelajar kepada kemahiran asas bola jaring termasuklah hantaran seperti hantaran aras bahu, hantaran atas dada, sisi, lantun dan sebagainya. Gerakan kaki pemain juga akan diperkenalkan kepada pelajar. Teknik-teknik jaringan dan strategi permainan akan ditekankan dalam topik ini. Topik 5 memberikan penjelasan dan kefahaman tentang peraturan dan undangundang dalam permainan bola baling. Pelajar juga didedahkan kepada penganjuran dan pengurusan pertandingan bola baling. Topik 6 memberikan gambaran kepada penguasaan kemahiran asas hantaran, kawalan dan menjaring dalam permainan bola baling. Pelajar juga akan didedahkan kepada strategi permainan dalam permainan bola baling. Topik 7 memberikan gambaran sepintas lalu berkenaan sejarah permainan bola tampar, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan bola tampar dan bagaimana menguruskan kejohanan pertandingan bola tampar. Topik 8 membincangkan dan mendedahkan pelajar kepada kemahiran asas merejam, menghadang dan strategi permainan dalam bola tampar. Pelajar didedahkan kepada ansur maju dalam menguasai kemahiran merejam, menghadang dan strategi permainan dalam bola tampar. Topik 9 memberikan gambaran sepintas lalu berkenaan sejarah permainan hoki, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan hoki. Topik 10 membincangkan kemahiran asas permainan hoki, seperti menyerkap, memukul dan strategi permainan. Posisi pemain dan cara penjagaan gawang gol akan didedahkan kepada pelajar. Akhir sekali, pelajar akan didedahkan dengan sistem permainan hoki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xiv 

PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS  xv

beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN Ahmad Wafi, & Sulaiman Zakaria. (1998). Ensiklopedia sukan: Sukan gelanggang. Selangor: Graphic Technology. Allcock, T. (1991). Improve your bowls. Britain: Harper Collins. Bass, T. (2004). Football skills & drills. Champaign, IL: Human Kinetics. Bass, T. (2006). The new coach's guide to youth football skills and drills. Camden, Me.: McGraw-Hill. Bonnie, K., & Cindy, G. (2006). Volleyball steps to success. Champaign, IL: Human Kinetics. Claire, M. T. (2005). Field hockey techniques & tactics. Champaign, IL: Human Kinetics. David, H., & Sean, H. (2011). Who owns football? The governance and management of the club game worldwide. New York: Routledge. Elizabeth, A. (2008). Field hockey steps to success (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Helen Ten, & Haridas, M. P. (1994). Panduan mengajar, bola tampar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Helen Ten, & Haridas, M. P. (2006). Hoki. Shah Alam: Oxford Fajar. Jane, W. (2006). The netball handbook. Champaign, IL: Human Kinetics. Kinda, S. L. (2006). Volleyball skills & drills. Champaign, IL: Human Kinetics.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xvi 

PANDUAN KURSUS

Lee, C. C. (2006). Bola baling (Ed. ke-2). Shah Alam: Oxford Fajar. Lenberg, K. (2006). Volleyball skills & drills. United States : American Volleyball Coaches Association. Mohd Sofian Omar Fauzee, Syibuddin Ismail, Tuan Kamarudin Tuan Sulaiman & Roniah Shuib (2006). Dril bola tampar. Shah Alam: Karisma. Patricia, J. M. (2008). Let's play football. London: Dorling Kindersley. Rozita Abd Latiff (2006). Dril bola jaring asas, pertengahan dan mahir. Shah Alam: Karisma. Tam, L. S. (1996). Bola tampar: Panduan jurulatih baru. Selangor: Warisan. USA Volleyball (2009). Volleyball systems & strategies. Champaign, IL: Human Kinetics. Wise, M. (1999). Volleyball drills for champions. United States: Human Kinetics. Wilma, S., & Margaret, C. (2009). Netball steps to success (2nd ed.). Champaign, IL.: Human Kinetics.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)