Kata-kata aluan dari Pengurusan INTEC Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Tahniah dan terima kasih kerana memilih INTEC untuk memulakan langkah bagi mencapai cita-cita anda melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kehadiran anda sebagai mahasiswa INTEC sangat dialu-alukan. Kedatangan anda ke INTEC tentunya dengan penuh tekad dan keazaman untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan begitu mudah tanpa pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh. Justeru itu, jadikan INTEC sebagai medan perjuangan yang menggabungkan usaha gigih anda dan kesungguhan bimbingan oleh warga INTEC untuk menempa kejayaan anda dan menjadi kebanggaan kami. INTEC dengan sedaya upaya sentiasa bersedia untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi mental, jasmani dan teguh rohaninya. Adalah diharapkan menerusi proses pembelajaran yang baik dan sihat di INTEC, anda semua dapat menmanfaat dengan sepenuhnya untuk pembangunan bangsa, agama dan negara yang berterusan. Gunakan kesempatan ini untuk berkongsi ilmu dan kemahiran di bidang pengkhususan masing-masing bagi melengkapkan diri serta bertolerensi dalam perbezaan. Akhir kata, kami di INTEC mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua serta dido’akan anda menjadi kebanggaan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Curahkan khidmat bakti yang tidak berbelah bagi kepada Bangsa, Agama dan Negara. Selamat Maju Jaya. Sekian, wassalam.
Pengurusan INTEC
KANDUNGAN MAKLUMAT INTEC FALSAFAH INTEC VISI INTEC MISI INTEC OBJEKTIF INTEC
1
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR PERUBATAN PENGANGKUTAN PERPUSTAKAAN KEMUDAHAN ICT KEMUDAHAN SUKAN
2-4
PANDUAN PENDAFTARAN 5 SET TAWARAN KEMASUKAN KE INTEC SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE INTEC � MEMATUHI PERATURAN � PENGGUGURAN TAWARAN � MENARIK DIRI PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN 6-7 LENGKAPKAN BORANG PENDAFTARAN PELAJAR BARU MEMBAYAR BIL YURAN PELAJAR MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN (PELAJAR PERSENDIRIAN) KEPERLUAN PERIBADI MENYEDIAKAN PASPORT ANTARABANGSA (PROGRAM JANGKA PENDEK) MELAPOR DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR INTEC � DOKUMEN-DOKUMEN ASAL � DOKUMEN-DOKUMEN SALINAN BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN SAHSIAH RUPA DIRI SISWA /SISWI
8 - 11
SELEPAS PENDAFTARAN PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA (MDS)
12
MAKLUMAT UMUM 13 AKU JANJI UNIVERSITI, AKU JANJI KOLEJ KEDIAMAN, AKU JANJI AKADEMIK LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN DI DALAM KAMPUS AKTIVITI YANG DIMESTIKAN KEPADAI SEMUA PELAJAR BARU SOALAN- SOALAN LAZIM
14
SENARAI SEMAKAN SENARAI SEMAKAN SEBELUM PENDAFTARAN SENARAI SEMAKAN SEMASA PENDAFTARAN
15
BORANG YANG PERLU DIISI DAN DIBAWA BORANG PENDAFTARAN PELAJAR BARU
17 - 20
SENARAI PEGAWAI PENTING YANG BOLEH DIHUBUNGI 21 PETA LOKASI INTEC, UiTM KAMPUS SEKSYEN 17
22
MAKLUMAT INTERNATIONAL COLLEGE (INTEC)
EDUCATION
FALSAFAH INTEC Kepercayaan bahawa setiap individu adalah pelajar sepanjang hayat yang mengamalkan nilai-nilai etika, moral dan kerohanian serta berkemampuan untuk membangunkan ilmu, diri, masyarakat dan Negara. VISI INTEC Menjadi peneraju dalam pengajian antarabangsa melalui kecemerlangan akademik dan rangkaian usaha sama antarabangsa untuk melahirkan graduan yang bermoral, beretika dan berketerampilan secara global. MISI INTEC Mempertingkatkan keilmuan dan keterampilan pelajar melalui pelbagai program dan rangkaian usaha sama antarabangsa. OBJEKTIF INTEC � Untuk melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global, berkebolehan membentuk masyarakat yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif. �
Untuk menyedia kurikulum yang berkualiti dan setara dengan kehendak universiti penerima.
�
Untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui kaedah pengajaran pembelajaran yang inovatif dengan kemajuan yang terkini.
�
Untuk melancarkan urusan penempatan pelajar-pelajar di universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
�
Untuk mengukuhkan hubungan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi penyelidikan yang mantap dan usaha sama akademik.
�
Untuk menanamkan nilai-nilai murni yang universal di kalangan warga INTEC.
-1-
1
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR Kolej kediaman pelajar ditadbirkan oleh seorang Pengurus Asrama dan tiga orang Penolong Pengurus Asrama serta pelantikan beberapa orang Pegawai Pembangunan Pelajar. Pelajar-pelajar INTEC akan ditempatkan di tiga buah kolej iaitu:1. 2. 3.
Kolej Cemara, Seksyen 18 (Siswa) Kolej Akasia, Seksyen 18 (Siswi) Kolej Cendana, Seksyen 6 (Siswa)
Semua pelajar dibawah tajaan diwajibkan tinggal di dalam kampus tetapi tidak disediakan makanan. Walau bagaimanapun pelajar persendirian diberi pilihan sama ada tinggal di dalam kampus atau di luar kampus. Kemudahan-kemudahan asas yang disediakan di dalam kampus adalah gerai makanan, bilik mesyuarat, bilik menonton, “vending machine”, rumah tetamu, gimnasium, padang permainan, telefon awam, bilik pelajar kurang upaya, surau, bilik seminar, bilik komputer, dewan serba guna, gelanggang badminton, bilik aktiviti dan bilik pelajar. SESIAPA SAHAJA YANG DIBERI KEMUDAHAN KOLEJ DIKEHENDAKI MEMATUHI PERATURAN SEPERTI BERIKUT YANG TERMAKTUB DI DALAM AKTA 174 (TATATERTIB) BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN TATATERTIB:PERUBATAN Beberapa klinik telah dilantik sebagai doktor panel untuk pelajar-pelajar INTEC. Pelajar-pelajar boleh menggunakan kemudahan rawatan ini dengan mengisi borang perubatan dan mendapatkan tanda tangan pegawai yang diberi kuasa. Borang perubatan dan senarai klinik panel boleh diperoleh di Pejabat Kolej Cemara, Akasia, Cendana dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar ataupun di Pejabat Hal Ehwal Akademik atau Pos Pengawal selepas waktu pejabat. PENGANGKUTAN Kemudahan pengangkutan bas disediakan untuk memudahkan pelajar pergi dan balik dari Kolej Akasia / Cemara / Cendana ke Kampus Seksyen 17 yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam. Perkhidmatan bas juga disediakan untuk aktiviti pelajar. Bagaimanapun para pelajar hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan untuk mengendalikan aktiviti pelajar kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Jadual perkhidmatan
Hari
Masa
Seksyen 18–Seksyen 17 Seksyen 6–Seksyen 17
Isnin - Jumaat
7.00 pagi hingga 10.00 malam Tiada perkhidmatan
Ahad/Cuti Am/Cuti
-22
PERPUSTAKAAN Perpustakaan INTEC menyediakan bahan-bahan untuk semua program INTEC bagi menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan pengguna. Mempunyai koleksi bahan bercetak dan bahan elektronik yang terkini yang terdiri daripada buku, majalah, surat khabar, tesis, CD-Rom dan laporan tahunan serta pangkalan data atas talian (database atas-talian). Semua pelajar yang berdaftar di INTEC secara automatik menjadi ahli perpustakaan. Pelajar INTEC program jangka panjang layak meminjam buku sebanyak 20 buah buku selama 2 minggu, manakala pelajar program jangka pendek layak meminjam sebanyak 10 buah buku selama seminggu. Pemulangan lewat akan dikenakan denda 20 sen sehari. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku, perkhidmatan jurnal dan pangkalan data, perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat serta perkhidmatan fotostat. KEMUDAHAN ICT 1. Makmal Komputer Unit Teknologi Maklumat INTEC (IITU) menguruskan 8 buah makmal komputer untuk Kampus Seksyen 17 dengan menyediakan 230 unit komputer. Makmal komputer tersebut menyediakan perkhidmatan komputer kepada para pelajar seperti membuat tugasan, melayari internet dan juga mencetak. Perisian yang diguna pakai adalah seperti MS Office (Word, Excel, Access, Powerpoint dan Publisher), Borland C++, SPSS, Maple dan Mathlab. Kemudahan makmal komputer juga boleh didapati di kolej. Para pelajar dikehendaki berurusan dengan kakitangan kolej untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Waktu Operasi Kolej : Hari Isnin – Jumaat :5.30 petang – 10.00 malam Hari Sabtu & Ahad (termasuk Cuti Umum):10.00 pagi – 10.00 malam 2. Capaian rangkaian tanpa wayar (wireless) IITU juga menawarkan perkhidmatan capaian rangkaian tanpa wayar di dalam Kampus Seksyen 17. Pelajar hanya perlu mendaftar melalui Borang Pendaftaran Wireless yang boleh didapati di laman web INTEC atau datang sendiri ke Pejabat IITU, Tingkat 1, Blok E. 3. Student Online Services (SOS) SOS ialah perkhidmatan portal untuk pelajar INTEC. Pelajar boleh mengemaskini serta menyemak maklumat peribadi dan akademik. Ianya boleh dicapai melalui laman web INTEC atau http://topaz.kampus17.uitm.edu.my/sos.
-3-
3
4. Student Bill Enquiry Sistem ini digunakan oleh pelajar INTEC untuk menyemak atau mencapai Bil Pelajar masing-masing sebelum membuat bayaran di Bank Islam bagi tujuan bayaran yuran pendaftaran atau yuran pengajian pelajar. Ianya boleh dicapai melalui laman web INTEC atau http://topaz.kampus17.uitm.edu.my/nsas. KEMUDAHAN SUKAN Terdapat pelbagai kemudahan sukan yang disediakan untuk pelajar INTEC. Antaranya termasuklah gelanggang tenis, futsal, bola keranjang, gimnasium, dewan badminton dan lain-lain. Pelajar INTEC juga boleh menggunakan kemudahan kolam renang dan kompleks sukan UiTM Shah Alam. Pelajar terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran sebelum menggunakan kemudahan yang disediakan.
-4-
4
PANDUAN PENDAFTARAN SET TAWARAN KEMASUKAN KE INTEC Anda seharusnya menerima tiga (3) dokumen berikut:1. 2. 3.
Surat tawaran kemasukan dari penaja / INTEC. Buku panduan pendaftaran pelajar baru. Lampiran-lampiran tambahan (jika berkaitan).
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE INTEC Tawaran kemasukan ke INTEC adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:1.
Mematuhi peraturan. � Sepanjang tempoh pengajian di INTEC anda diwajibkan mematuhi: i. Undang-undang dan Perlembagaan Negara ii. Akta 174 , Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 iii. Peraturan Akademik, INTEC
2.
Pengguguran tawaran (pelajar di bawah tajaan). � Pihak universiti berhak memaklumkan kepada penaja sekiranya pelajar didapati mengemukakan maklumat / dokumen palsu semasa permohonan / pendaftaran.
3.
Menarik diri. � Penarikan diri secara rasmi dari universiti dalam masa 14 hari selepas tarikh pendaftaran. Di samping memaklumkan kes kepada INTEC, pelajar mestilah memaklumkan penarikan kepada pihak penaja (pelajar tajaan). �
Permohonan untuk menarik diri hendaklah dibuat dengan mengisi borang khas iaitu Borang Menarik Diri dari INTEC yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar, Pejabat Pentadbiran INTEC (Blok F).
�
Bayaran yuran pendaftaran pelajar tidak dikembalikan. Bayaran yuran pengajian akan dikembalikan dengan kaedah perkiraan secara pro-rata berdasarkan keberadaan pelajar semasa pengajian iaitu tarikh diluluskan berhenti oleh pihak INTEC.
-5-
5
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN Jika menerima tawaran anda perlu: 1.
Lengkapkan Borang Pendaftaran Pelajar Baru.
2.
Membuat Pembayaran Pendaftaran Yuran Pelajar (untuk pelajar tajaan JPA, MARA, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Pelajar Persendirian Sahaja).
Bil bayaran yuran pendaftaran perlu dijelaskan di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia sebelum anda mendaftar. Sila dapatkan bil bayaran melalui laman web INTEC: http://intec.uitm.edu.my (Student => Student Bill Enquiry)
Sila pastikan anda membawa slip bayaran yuran pelajar yang telah dicetak oleh bank apabila datang mendaftar bagi mengelak sebarang masalah semasa pendaftaran.
Anda dinasihatkan menyimpan slip ini dengan baik sehingga menamatkan pengajian.
Pelajar digalakkan membuat bayaran sebelum hari pendaftaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
JENIS BAYARAN Pendaftaran Yuran Pengajian Pelajar Persendirian 3.
Sila rujuk bil bayaran Sila rujuk surat tawaran
Membuat pemeriksaan kesihatan (untuk pelajar persendirian).
Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar sebagai pelajar INTEC.
Sekiranya tidak berkesempatan untuk menbuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran.
PERINGATAN PENTING Jika anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan DADAH, anda TIDAK LAYAK untuk mendaftar atau menjadi pelajar INTEC . Ujian air kencing akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian.
-6-
6
4.
Keperluan Peribadi. �
Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:
Duit saku yang mencukupi (membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku). Cadar dan sarung bantal (bantal dan tilam disediakan). Kasut dan pakaian sukan. Kasut dan pakaian formal. Kelengkapan solat / sejadah. Baldi, sabun dan sebagainya.
5.
Menyediakan passport antarabangsa (Program Jangka Pendek).
6.
Melapor diri. �
Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
-7-
SEMASA HARI PENDAFTARAN
7
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR INTEC Dokumen asal: � Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut: 1. Surat Tawaran Penaja / INTEC. 2. Borang Pendaftaran Pelajar Baru. 3. Borang Maklumat Pelajar Baru (Pelajar Tajaan - lekatkan gambar). 4. Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan (Slip Bank). 5. Kad Pengenalan Pelajar. 6. Sijil Kelahiran Pelajar. 7. Sijil SPM / setaraf (bagi calon semua program). 8. Gambar Berukuran Pasport Sebanyak 16 keping (Program Rusia Sahaja). 9. Dokumen yang berkaitan. Nota: � � �
Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar / ibu / bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf. Sekiranya kehilangan Kad Pengenalan anda perlu membuat Kad Pengenalan Sementara.
Dokumen salinan: Sila bawa dokumen berikut: 1. Salinan surat tawaran penaja (kepada yang ditaja oleh mana-mana agensi). 2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa. 3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa. 4. Salinan Sijil SPM / setaraf. 5. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Menengah. 6. Salinan testimonial / kegiatan kokurikulum di peringkat Sekolah / Daerah / Negeri / Negara. 7. Laporan pemeriksaan kesihatan (Pelajar Persendirian Sahaja). 8. Tambahan 1 salinan sijil SPM dan sijil kelahiran pelajar (Program Timur Tengah sahaja). Nota: Perkara 1 hingga 7 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Pengetua / Gurubesar / Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung
Peringatan: Selain daripada dokumen asal, salinan yang di atas perlu juga dibawa bersama semasa mendaftar
-8-
8
Bayaran semasa Pendaftaran : 1.
Pelajar dikenakan bayaran RM10 setiap peralatan elektrik.
Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar
Semasa datang mendaftar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa /mahasiswi International Education College.
Pelajar siswi hendaklah memakai baju kurung dan berkasut.
Pelajar siswa hendaklah memakai baju kemeja, berseluar ‘slack’ dan berkasut.
Pelajar dikehendaki mengikut sahsiah rupa diri INTEC ketika berada di dalam premis INTEC.
PERINGATAN PENTING ANDA TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR SEKIRANYA TIDAK MEMATUHI SAHSIAH RUPA DIRI SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH INTEC
-99
Langkah awal Pelajar INTEC ke arah
➜➜➜PROFESIONALISME
Pastikan sahsiah anda dalam keadaan yang terbaik semasa berada di dalam kampus
Pakaian Harian
Pakaian Sukan
● Memakai Kad Pelajar Sepanjang Masa Dalam Kawasan Kampus ● Memakai Baju Kurung Pada Setiap Hari Isnin - Hari Korporat Dan Hari Jumaat ● Memakai Pakaian Sukan Yang Sesuai Semasa Bersukan ● Tidak Memakai Pakaian Yang Terdedah, Tidak Berlengan, Jarang Atau Yang Menampakkan Pusat ● Berseluar Jeans atau Slack yang Kemas, Tidak Bertampal atau Koyak
Semua Staf INTEC adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua Pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Lain-lain peraturan sahsiah pelajar INTEC masih berkuatkuasa.
Kerjasama anda dalam mematuhi peraturan-peraturan INTEC adalah amat dihargai
Langkah awal Pelajar INTEC ke arah
➜➜➜PROFESIONALISME
Pastikan sahsiah anda dalam keadaan yang terbaik semasa berada di dalam kampus
Pakaian Harian
Pakaian Sukan
● Memakai Kad Pelajar Sepanjang Masa Dalam Kawasan Kampus ● Memakai Tali Leher Pada Hari Isnin - Hari Korporat Dan Hari Jumaat ● Dilarang Bertindik atau Memakai Subang, Gelang atau Rantai ● Berambut Pendek dan Kemas ● Memakai Pakaian Sukan Yang Sesuai Semasa Bersukan ● Berseluar Jeans atau Slack yang Kemas, Tidak Bertampal atau Koyak
Semua Staf INTEC adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua Pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Lain-lain peraturan sahsiah pelajar INTEC masih berkuatkuasa.
Kerjasama anda dalam mematuhi peraturan-peraturan INTEC adalah amat dihargai
SELEPAS PENDAFTARAN PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA (MDS)
Semua pelajar baru adalah di WAJIBKAN mengikuti MDS yang bermula pada tarikh pendaftaran.
Sebarang urusan peribadi seperti menguruskan ujian memandu, cuti belajar atau menyelesaikan peperiksan perubatan, hendaklah dilakukan sebelum atau selepas MDS dijalankan.
Bagi memastikan semua pelajar baru dapat mengikuti MDS tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa/penjaga TIDAK DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak kecuali urusan kecemasan.
Pakaian semasa perasmian MDS adalah pakaian formal (bertali leher bagi lelaki) dan baju kurung bagi wanita atau pakaian-pakaian akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Peringatan Sepanjang Minggu Destini Siswa, semua pelajar baru adalah dikehendaki berpakaian kemas dan mematuhi etika pakaian dan rambut seperti yang terdapat pada buku panduan semasa pendaftaran pelajar baru.
Pengemaskinian maklumat melalui “Student Online Services” (SOS)
Pelajar-pelajar dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi melalui Student Online Services (SOS) di makmal-makmal komputer.
Sistem tersebut boleh dicapai melalui http://topaz.kampus17.uitm.edu.my
Sebarang masalah / bantuan sila hubungi talian : 03-55227000
- 12 -
12
MAKLUMAT UMUM AKU JANJI UNIVERSITI, AKU JANJI KOLEJ KEDIAMAN, AKU JANJI AKADEMIK �
Semua pelajar baru diwajibkan menandatangani Surat Aku Janji semasa Minggu Destini Siswa.
LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN DI DALAM KAMPUS DAN KOLEJ KEDIAMAN � Ketetapan telah dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bahawa semua pelajar yang mendapat kemudahan kolej kediaman dilarang membawa kenderaan sendiri di dalam kampus dan kolej kediaman. Pelekat kenderaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar. AKTIVITI YANG DIMESTIKAN KEPADA SEMUA PELAJAR BARU �
Ko-Kurikulum Pelajar Luar Negara (Ko-PLN) – Program ini dimestikan kepada semua pelajar baru yang mengikuti pengajian melebihi 6 bulan di INTEC. Program ini dijalankan selama 1 semester dengan 10 kali pertemuan selama 2 jam.
- 13 -
13
SOALAN-SOALAN LAZIM S1: J1:
Bolehkah saya mendaftar jika tidak membayar yuran pengajian/pendaftaran? Tidak boleh.
S2:
Bolehkah saya pengesahan? Tidak boleh.
J2: S3: J3: S4: J4:
mendaftar
jika
dokumen-dokumen
tidak
mendapat
Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan? Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada penaja/INTEC Anak saya mengidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan? Ada, Klinik Panel, INTEC
S5: J5:
Siapa yang perlu saya hubungi semasa kecemasan di luar waktu pejabat? Anda boleh berhubung dengan Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej atau Unit Keselamatan INTEC.
S6: J6:
Apa yang perlu saya bawa semasa pendaftaran? Anda perlu membawa duit saku yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, cadar dan sarung bantal, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.
S7: J7:
Jika saya lewat sampai semasa hari pendaftaran ke mana harus saya tuju? Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai di Kolej Kediaman atau Bahagian Keselamatan.
S8:
Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk mendaftar? Boleh. Anda diberi masa selama tiga minggu dari tarikh pendaftaran.
J8: S9: J9:
Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran. Di manakah penginapan yang terdekat dengan INTEC untuk keluarga saya menginap? Penginapan yang terdekat dengan INTEC ialah Hotel UiTM, Intekma Resort (Shah Alam) dan hotel yang ada di sekitar Shah Alam.
S10: J10:
Sebagai pelajar baru, bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri? Tidak boleh.
S11: J11:
Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran? Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan sahsiah rupa diri siswa / siswi.
S12: J12:
Saya mempunyai masalah kewangan, adakah bantuan disediakan? Tiada
S13:
Saya mewakili Negara dalam bidang sukan, adakah disediakan gelanggang sukan untuk saya menjalani latihan? Ada, terdapat pelbagai gelanggang di INTEC
J13: S14: J14:
Apakah yang dimaksudkan dengan MDS? MDS ialah Minggu Destini Siswa untuk mengeratkan silatulrahim dan juga mengenali INTEC
- 14 -
14
SENARAI SEMAKAN SEBELUM PENDAFTARAN 1.
Menjelaskan Bil Yuran Pendaftaran sebelum hari pendaftaran.
2.
Penyediaan gambar. Bilangan seperti dinyatakan.
3.
Penyediaan keperluan peribadi seperti duit saku yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, cadar dan sarung bantal, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.
4.
Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
SENARAI SEMAKAN SEMASA PENDAFTARAN Sila pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa dan disusun mengikut senarai semakan. SENARAI SEMAKAN
1.
Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa yang telah disahkan dalam bentuk A4 (21cm x 29.5cm).
2.
Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pemohon yang telah disahkan dalam bentuk A4 (21cm x 29.5cm). Tambahan 1 salinan bagi Program Timur Tengah sahaja.
3.
Surat Tawaran Asal dari penaja/INTEC.
4.
Salinan Sijil SPM atau Setaraf yang telah disahkan.
5.
Borang Maklumat Pelajar Baru (Pelajar Tajaan).
6.
Borang Pendaftaran Pelajar Baru.
7.
Laporan Pemeriksaan Kesihatan (Pelajar Persendirian Sahaja).
8.
Gambar berukuran passport 16 keping (Program Rusia sahaja).
15
- 15 -
Borang Pendaftaran Pelajar Baru
(Kaunter 2)
(Kaunter 3)
2
✁ 16
BORANG MAKLUMAT PELAJAR BARU (PELAJAR TAJAAN)
A. MAKLUMAT BAPA/PENJAGA Nama Bapa/Penjaga
B. MAKLUMAT IBU/WARIS Nama Ibu/Waris
✁
✁
SENARAI PEGAWAI PENTING YANG BOLEH DIHUBUNGI Surat Tawaran dan Pendaftaran 1. Puan Nor Haslinda Mohamed Alias 2. Cik Noor Nadia Mohd Nordin
03-55227092 03-55227040
Urusan Pembayaran Di Bank 1. Encik Norizan Abdul Talib 2. Encik Raja Azman Raja Abas
03-55227043 03-55227045
Minggu Destini Siswa dan Kemudahan Kolej 1. Tn. Haji Mohd Hassan Awang Boon 2. Puan Hajah Saidah Hj Satar 3. Puan Rozilah Jamaluddin 4. Puan Nor Zuriana Mohd Salleh
03-55227071 03-55482460 03-55227073 03-55482458
Hal Ehwal Akademik & Program 1. Prof. Madya Norsaadah Awang @ Md. Amin 03-55227091 2. Pn. Rita Rohaizah Sohari (Program A-LEVEL) 03-55227095 3. Pn. Nor Syarmila Shuib (Program AUSMAT) 03-55227094 4. Dr. Azlin Sanusi (Program ADFP/ACTP) 03-55227093 5. Cik Kamiliah Abd Wahab (Program DPT) 03-55227098 6. Cik Yap Lai Choo (Program Perancis) 03-55227142 7. Pn. Jenneta Ibrahim (Program Korea) 03-55227336 8. Prof. Madya Umiatun Puziah Yeop (Program MEP) 03-55227258 9. Prof. Madya Umiatun Puziah Yeop 03-55227258 (Ketua Unit Penempatan Pelajar) Unit Keselamatan
03-55227273
- 21 -
PELAN LOKASI UiTM KAMPUS SEKSYEN 17, SHAH ALAM
- 22 -
Sebarang pertanyaan sila hubungi : Penolong Pendaftar Unit Kemasukan & Rekod Pelajar Pejabat Hal Ehwal Akademik INTEC, Universiti Teknologi MARA Kampus Seksyen 17 40200 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Tel : (+603) 5522 7000/7092/7040 Faks : (+603) 5522 7109 Laman Web : http://intec.uitm.edu.my E-mail :
[email protected]