KERTAS CADANGAN UNTUK BENGKEL 2 HARI

1:00 pm Makan Tengahari ... untuk kertas kerja teknikal terbaik dari Institut Jurutera ... memberi tips mengenai pengacaraan majlis dan terapi melalui...

26 downloads 617 Views 1MB Size
1 KERTAS CADANGAN UNTUK BENGKEL 2 HARI

“NLP UNTUK PENYELIDIK” Dikendalikan oleh: Ir. Dr. Anuar Kasa HP: 019-5029428 E-mail: [email protected] Ph.D, P.Eng, MIEM, CPESC Certified NLP / Neuro-Semantic Master Practitioner (ISNS, USA) Certified NLP Practitioner (NFNLP, USA) Certified Hypnosis & Hypnotherapy (IBH, Indonesia) Certified Trainer ‘NLP for Teachers’ (ANLP, Malaysia)

1.0 PENGENALAN Penyelidik sentiasa berkomunikasi, contohnya membentangkan kertas cadangan dan hasil penyelidikan. Bagaimanakah caranya untuk berkomunikasi dengan efektif supaya pendengar dapat mencerap maklumat secara maksimum dan terpengaruh dengan penyampaian? Apakah teknik dan perkara yang perlu dilakukan supaya penyelidik sentiasa berdaya sumber dengan idea-idea baru yang bernas dan mengelak terjadinya mental block? Sebagai penyelidik terutamanya dalam program sarjana dan doktor falsafah, pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Apakah teknik yang terbaik untuk menangani emosi seperti kecewa, malas, bingung dan marah supaya sentiasa tegar di landasan dan bersungguh-sungguh meneruskan penyelidikan sehingga berjaya? Persoalan tersebut akan terjawab dengan mengikuti bengkel ini. NLP (Neuro-Linguistic Programming) menerangkan dinamik asas antara minda (neuro) dan bahasa (linguistic) serta bagaimana interaksi antara mereka mempengaruhi badan dan tingkah laku (programming). NLP boleh diertikan sebagai kajian kecemerlangan manusia atau pendekatan praktikal dan ampuh untuk mengubah diri. Ada juga yang mengatakan NLP adalah komunikasi yang mempengaruhi. Dengan menggunakan teknik yang ada dalam NLP seperti meta model, anchor, metaphor, neurological level dan lain-lain, transformasi minda boleh dilakukan untuk menjadikan penyelidikan berhasil. Berhasil boleh diertikan sebagai terhasilnya produk, paten, jurnal terindeks, atau yang lebih meriah iaitu ijazah sarjana atau doktor falsafah. 2.0 OBJEKTIF Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan dengan menggunakan teknik NLP (Neuro-Linguistic Programming). Di samping itu, peserta akan mendapat sijil pentauliahan pengamal NLP dari Akademi NLP Malaysia (ANLPM) seperti contoh di Lampiran.

2 3.0 PESERTA Peserta terdiri daripada pensyarah, pegawai penyelidik, pembantu penyelidik serta pelajar pasca siswazah (sarjana dan doktor falsafah) dalam pelbagai bidang dengan anggaran seramai 10-30 orang untuk satu sesi. 4.0 SESI ATURCARA Hari 1 Masa 8:30 am 9:00 am 10:30 am 11:00 am 1:00 pm 2:00 pm 3:30 pm 4:00 pm 5:30 pm

Modul Pendaftaran Apa Itu NLP, Aplikasi NLP Dalam Penyelidikan, Triplet 3A Kudapan Model Komunikasi NLP, Ketajaman Deria Makan Tengahari Kue Akses Mata & Predikad Kudapan Model Meta & Model Milton, 4-MAT, Engagement Bersurai

Masa 9:00 am 10:30 am 11:00 am 1:00 pm 2:00 pm 3:30 pm 4:15 pm 5:30 pm

Modul Membina Rapport dan Menyauh Kudapan Model Peringkat Neuro-Logikal, Aplikasi Dalam Intervensi Makan Tengahari Program Meta: Mengenali Gaya Pemikiran Kudapan Penilaian Kursus & Penyampaian Sijil Bersurai

Hari 2

5.0 YURAN Yuran:

Melalui Rundingan

Kos Pensijilan:

Akademi NLP Malaysia: RM60/peserta Termasuk buku NLP, manual dan Sijil Certified ’NLP for Researchers” practitioner

3 6.0 FASILITATOR

Ir. Dr. Anuar Kasa

Beliau merupakan kakitangan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sejak 1993, seorang jurutera profesional berdaftar dengan BEM (Board of Engineers Malaysia), ahli korporat IEM (Institut Jurutera Malaysia) dan CPESC (Certified Professional in Erosion and Sediment Control, USA) serta memiliki ijazah BSc, MSc dan Ph.D (Kej. Geoteknik). Beliau juga seorang jurulatih bertauliah “NLP Untuk Guru” Akademi NLP Malaysia (ANLPM), pengamal bertauliah Master NLP / Neuro-Semantics (ISNS, USA), pengamal bertauliah NLP (NFNLP, USA), pengamal bertauliah LAB-Profile (SS, Canada) serta pengamal Hipnosis dan Hipnoterapi (IBH, Indonesia). Selain mengajar kursus kejuruteraan geoteknik dan pengaturcaraan MATLAB, beliau mengendalikan bengkel “NLP Untuk Penyelidik” kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah, pensyarah, jurutera serta saintis. Di samping itu, beliau mengendalikan kursus motivasi “NLP & Teknik Belajar Berkesan” kepada remaja. Beliau pernah mengetuai beberapa projek penyelidikan seperti ERGS (Penyelidikan Eksploratori), FRGS (Penyelidikan Fundamental) dan GUP (Geran Universiti Penyelidikan). Penyelidikan beliau di peringkat doktor falsafah yang melibatkan kajian Neuro-fuzzy membawa beliau untuk mendalami Neuro-Linguistic Programming dan Neuro-Semantics. Pada tahun 2000, beliau dianugerahkan “Raja Tan Sri Zainal Prize” untuk kertas kerja teknikal terbaik dari Institut Jurutera Malaysia.

7.0 LAIN-LAIN

Contoh bengkel yang telah dikendalikan pada 16 & 17 Julai 2012 di Puri Pujangga UKM, disertakan dalam Lampiran sebagai rujukan.

4

Lampiran Bengkel ‘NLP Untuk Penyelidik’ "Transformasi Minda Ke Arah Penyelidikan Berhasil" 16 & 17 Julai 2012, Puri Pujangga, UKM Bangi

Fasilitator: Ir. Dr. Anuar Kasa (019-5029428) Hanida Haron (013-2654898)

Pada hari pertama, bengkel ini dikendalikan oleh Ir. Dr. Anuar Kasa, bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bilangan peserta terhad kepada 20 orang sahaja.

Peserta terdiri daripada pensyarah dan pelajar sarjana/PhD dalam bidang kejuruteraan awam, geologi, budaya, pengajian sekitaran dan perniagaan. Bengkel ini melibatkan pensijilan Certified ‘NLP for Researhers’ Practitioner, Akademi NLP Malaysia (ANLPM)

5

NLP dapat membantu penyelidik untuk menyelesaikan masalah, membuka minda dan memotivasikan diri untuk menjadi lebih cemerlang.

Topik yang dibentangkan meliputi pengenalan kepada NLP,

rapport, logical level, model komunikasi NLP, sistem deria VAK, predikat, kue akses mata dan lain-lain.

Makanan dan tempat ditaja oleh Kumpulan Kejuruteraan Geoteknik dan Geosekitaran, UKM.

6

Makanan yang disediakan oleh Puri Pujangga UKM secara buffet menyelerakan.

Pensyarah dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM

Pada hari kedua, satu slot dikendalikan oleh Hanida Haron untuk memberi tips mengenai pengacaraan majlis dan terapi melalui lukisan.

7

Peserta sedang melukiskan satu pemandangan mengikut arahan yang diberi.

Penerangan mengenai sifat diri dilakukan menerusi lukisan yang dihasilkan oleh peserta.

Seterusnya topik NLP mengenai anchoring, tripple A, reframing, pattern dalam NLP, program meta, teknik pembentangan efektif dan lain-lain diterangkan sehingga tamat bengkel pada pukul 5 petang.

8

SENARAI PESERTA BENGKEL NLP UNTUK PENYELIDIK “TRANSFORMASI MINDA KE ARAH PENYELIDIKAN BERHASIL” 16 & 17 JULAI 2012, PURI PUJANGGA UKM

www.bengkelnlp.com

BIL.

NAMA

NO. AHLI

BIDANG

1.

AZHAR AHMAD NAZRI

ANLPM/T0001

Geologi

2.

BASARUDDIN SHAH BASRI

ANLPM/T0002

Pengajian Perniagaan

3.

ROHAYA ALIAS

ANLPM/T0003

Kejuruteraan Geoteknik

4.

NOOR HASNIDA BAHARUDIN

ANLPM/T0004

Kejuruteraan Geoteknik

5.

MUHAMMAD NAZRI NOORDIN

ANLPM/T0005

Kejuruteraan Geoteknik

6.

SIOW YUN TONG

ANLPM/T0006

Kejuruteraan Geoteknik

7.

SITI NORLIYANA HARUN

ANLPM/T0007

Pengajian Sekitaran

8.

AMELIA HAZREENA ABDUL GHANI

ANLPM/T0008

Pengajian Sekitaran

9.

NAJIHAH MAT LAZIM

ANLPM/T0009

Pengajian Sekitaran

10.

PROF. IR. DR. ZAMRI CHIK

ANLPM/T0010

Kejuruteraan Geoteknik

11.

HAZIRAH MOHD HATAR

ANLPM/T0011

Pengajian Sekitaran

12.

HANIDA HARON

ANLPM/T0012

Budaya

13.

MARSHA SAKINA

ANLPM/T0013

Pengajian Sekitaran

14.

SAKINAH JUSOH

ANLPM/T0014

Kej. Awam & Sekitaran

15.

ZAWAWI SAMBA MOHAMMAD

ANLPM/T0015

Kejuruteraan Hidrologi

16.

DR. NUR IZZI MD. YUSOFF

ANLPM/T0016

Kej. Pengangkutan

17.

ALMUSHFI SAPUTRA

ANLPM/T0017

Kejuruteraan Geoteknik

18.

ANIZA IBRAHIM

ANLPM/T0018

Kejuruteraan Geoteknik

19.

KHAIRUL ANUAR MOHD. NAYAN

ANLPM/T0019

Kejuruteraan Geoteknik

20.

DR. SITI FATIN MOHD. RAZALI

ANLPM/T0020

Kejuruteraan Hidraulik

9 CONTOH SIJIL KEAHLIAN CERTIFIED ‘NLP FOR RESEARCHERS’ PRACTITIONER, AKADEMI NLP MALAYSIA