MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM BAGI

Download TAKSONOMI BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM ... Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ...

0 downloads 526 Views 284KB Size
MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN SAINS TERAS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU

ZAINAB BINTI ABU YAMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS  JUDUL:

MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN SAINS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006

Saya

ZAINAB BINTI ABU YAMIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan (9 )

3. 4.

3

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: 228 BLOK 10,FELDA PAPAN TIMUR 81900 KOTA TINGGI JOHOR DARULTAKZIM.

P.M. DR SETH BIN SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh:

Tarikh:

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.  Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”

Tandatangan

:

____________________________

Nama Penyelia

:

Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman.

Tarikh

:

____________________________

MENGENALPASTI TAHAP KOGNITIF BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATAPELAJARAN SAINS TERAS DI DAERAH JOHOR BAHRU

ZAINAB BINTI ABU YAMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yangtiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :……………………………. Nama penulis : ZAINAB BT. ABU YAMIN Tarikh

:……………….

iii

DEDIKASI

Buat ibu yang amat kukasihi Pengorbananmu tiada berbelah bagi Yang terus memahami diri ini Dari dulu hingga ke saat ini Buat arwah suami yang dicintai Walaupun kejayaanku tanpamu kini Pengorbananmu takkan ku lupai Kukan terus mengingati Tanpamu ku takkan berada di sini Buat Nur Alia Farisha puteri ibu Walaupun kecil kau terus memahami Ketiadaan ayah kau pandai membawa diri Kehadiranmu membawa sinar hidup ini Buat rakan taulan yang sentiasa menemani Tanpa jemu kau selalu mengingati Peneman dikala sepi Jasa kalian kukan sentiasa ingati.

Semoga Allah memberkati jasa kalian semua…………….

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan rahmat kurnianya kajian ini berjaya disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Prof Madya Dr. Seth bin Sulaiman atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang membenarkan penyelidik menjalankan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga kepada para pengetua,di sekolah-sekolah yang terlibat guru-guru dan para pelajar yang sentiasa memberikan kerjasama semasa penyelidikan ini dijalankan.

Di samping itu, tidak lupa juga penyelidik ingin tujukan ucapan terima kasih kepada rakan seperjuangan terutamanya Lisz, Ikin, Ada dan Wany di atas kerjasama, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang diberikan.

iv

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kognitif pelajar bukan aliran sains dalam matapelajaran Sains Teras berasaskan taksonomi Bloom.Seramai 102 pelajar tingkatan empat yang berasal dari beberapa buah sekolah di daerah Johor Bahru telah menyertai kajian ini. Kajian ini melibatkan 54 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan. Penyelidik menggunakan ujian sebagai instrumen bagi kajian ini untuk meninjau tiga aras kognitif responden pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical Package for Science for Window release 11.5 (SPSS 11.5 Software). Hasil kajian telah ditunjukkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan frekuensi dan ujian-t. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pelajar mempunyai aras pengetahuan yag lebih baik berbanding dengan aras kefahaman dan aplikasi. Setiap aras kognitif pelajar telah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa aras pengetahuan dan aras kefahaman berada pada tahap sederhana dan manakala aras aplikasi berada pada tahap rendah. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min pelajar lelaki dan skor min pelajar perempuan dalam tiga aras kognitif yang dikaji.

ABSTRACT

This study is conducted to examine form four students’ cognitive levels in Science based on Bloom’s Taxonomy. One hundred and two form four students from several schools in district of Johor Bahru were involved in this survey. The respondents consist of fifty four male students and forty eight female students. Researcher used a cognitive test as instrument to determine the three cognitive levels of the respondents namely Knowledge, Comprehension and Application. The data were collected and analyzed using the Statistical Packages for Social Science for Windows release 11.5 (SPSS software). The findings are presented by using mean, standard deviation, frequency and t-test statistics. The findings show that the mean of the Knowledge level of these students is better than the mean of the other two cognitive levels. Besides this, the students cognitive levels were categorized to three groups namely low, medium and high level. It is also found that the students have medium level of Knowledge and Comprehension and low cognitive level of Application. And then, this survey shows that there is no significance difference between the male and female students for the three cognitive levels being studied.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKASURAT

Judul

i

Pengakuan

ii

Dedikasi

iii

Penghargaan

iv

Abstrak

v

Abstrack

vi

Kandungan

vii

Senarai Jadual

xiv

Senarai Rajah

xv

Senarai Singkatan

xvi

Senarai lampiran

xvii

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

1

1.1

Latar belakang masalah

2

1.2

Penyataan masalah

4

1.3

Objektif kajian

4

1.4

Persoalan kajian

5

1.5

Kepentingan kajian

5

viii 1.6

Batasan kajian

7

1.7

Definisi istilah

7-9

1.6.1 Tahap Kognitif pelajar 1.6.2 Sains

1.8

BAB II

1.6.3

Taksonomi

1.6.4

Aras pengetahuan

1.6.5

Aras kefahaman

1.6.6

Aras aplikasi

Penutup

9

SOROTAN KAJIAN

2.0

Pengenalan

10

2.1

Sains

10

2.1.1 2.2

2.3

2.4

Pendidikan Sains

11

Taksonomi Bloom

12

2.2.1

Pengetahuan

12

2.2.2

Kefahaman

12

2.2.3

Aplikasi

13

Konsep

13

2.3.1

14

Pengkonsepan

Proses kognitif

14

2.4.1

15

Konsep berfikir

ix

2.5

2.4.2

Konsep pemikiran

15

2.4.3

Pemikiran kritis

16

Teori pembelajaran dan tahap kognitif

17

2.5.1

Teori behaviorisme dan tahap kognitif

18

2.5.2

Teori konstruktivisme dan tahap kognitif

18

2.5.3

Teori kognitivisme dan tahap kognitif

19

2.5.3.1 Teori pembelajaran Gagne dan

20

tahap kognitif 2.5.3.2 Teori pembelajaran Bruner dan

20

tahap kognitif 2.6

2.7

Pemindahan pembelajaran

21

2.6.1 Penyelesaian masalah

21

Kecenderungan proses kognitif mengikut

22

perbezaan jantina.

BAB II

2.8

Kajian-kajian

23

2.9

Penutup

24

SOROTAN KAJIAN

3.0

Pengenalan

25

3.1

Rekabentuk kajian

25

3.2

Sampel

26

3.2.1

Persampelan

27

x

BAB III

3.3

Kajian rintis

27

3.4

Tempat kajian

28

3.5

Instrumen kajian

28

3.6

Prosedur kajian

29

3.7

Analisis data

30

3.8

Jangkamasa kajian

31

3.9

Penutup

31-32

ANALISIS DATA

4.0

Pengenalan

33

4.1

Profil Responden

33

4.2

Pencapaian Keseluruhan Bagi Tiga Aras Kognitif

36

Taksonomi Bloom 4.3

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan 4 Sains Dalam

37

Matapelajaran Sains Teras Berdasarkan kekerapan Responden. 4.3.1

Aras Pengetahuan Pelajar

38

4.3.1.1 Bilangan Responden Yang Memberikan

37

Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Aras Pengetahuan. 4.3.1.2 Bilangan dan Peratusan responden Yang Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap

38

xi Yang Berlainan Bagi Aras pengetahuan. 4.3.2

Aras Kefahaman Pelajar

40

4.3.2.1 Bilangan Responden Yang Memberikan

40

Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Aras Kefahaman. 4.3.2.2 Bilangan dan Peratusan responden Yang

41

Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap Yang Berlainan Bagi Aras Kefahaman. 4.3.3

Aras Aplikasi Pelajar

43

4.3.3.1 Bilangan Responden Yang Memberikan Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Aras Aplikasi. 4.3.3.2 Bilangan dan Peratusan Responden Yang

44

Mendapat Peratus Skor Pada Tiga Tahap Yang Berlainan Bagi Aras Aplikasi.

4.4

Perbandingan Tahap Kognitif Mengikut Jantina pelajar.

45

4.4.1

45

Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras Pengetahuan Mengikut Jantina Pelajar.

4.4.2

Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras

46

Kefahaman mengikut Jantina Pelajar 4.4.3

Perbandingan Tahap Kognitif Pada Aras Aplikasi Mengikut Jantina Pelaja

47

xii 4.5

BAB V

Penutup

48-49

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0

Pengenalan

50

5.1

Perbincangan Kajian

50

5.1.1

51

Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Pengetahuan Dalam Matapelajaran Sains Teras.

5.1.2

Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Kefahaman

53

Dalam Matapelajaran Sains Teras. 5.1.3

Tahap Kognitif Pelajar Pada Aras Aplikasi

55

Dalam Matapelajaran Sains Teras. 5.1.4

Perbandingan Tahap Kognitif Mangikut Jantina

57

Bagi Ketiga-Tiga Aras Kognitif 5.2

Cadangan Kajian 5.2.1

Cadangan Kepada Pihak Guru

5.2.2

Cadangan Kepada Pihak Sekolah.

5.2.3

Cadangan Kepada Pelajar

5.2.4

Cadangan Kepada Kementerian Pendidikan

58-60

5.3

Cadangan Kajian Lanjutan

60

5.4

Penutup

61

xiii RUJUKAN

62-65

Lampiran A

66

Lampiran B

77

Lampiran C

79

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Aras kognitif dan soalan-soalan

28

3.2

Pembahagian setiap aras kognitif kepada tiga

30

tahap yang berlainan berdasarkan sela masa yang diperolehi. 4.1

Bilangan dan peratus responden mengikut jantina.

33

4.2

Bilangan dan peratus pelajar mengikut sekolah.

33

4.3

Taburan responden kajian mengikut jantina dan

34

sekolah. 4.4

Min peratusan dan sisihan piawai bagi tiga aras

35

kognitif taksonomi Bloom. 4.5

Pemeringkatan tahap pengetahuan pelajar Tingkatan 4

38

4.6

Pemeringkatan tahap kefahaman pelajar Tingkatan 4

40

4.7

Pemeringkatan tahap aplikasi pelajar Tingkatan 4

43

4.8

Analisis ujian-t perbezaan aras pengetahuan pelajar

44

mengikut jantina 4.9

Analisis ujian-t perbezaan aras kefahaman pelajar

45

mengikut jantina 4.10

Analisis ujian-t perbezaan aras aplikasi pelajar

46

mengikut jantina

xiv

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

4.1

TAJUK

Bilangan responden yang menjawab

MUKASURAT

37

betul bagi setiap soalan aras pengetahuan 4.2

Bilangan responden yang menjawab

38

betul bagi setiap soalan aras kefahaman 4.3

Bilangan responden yang menjawab betul bagi setiap soalan aras aplikasi

42

xvi

SENARAI SINGKATAN

1.

Bil

-

Bilangan

2.

EPRD

-

Education Planning Research Development

3.

sig.

-

signifikan

4.

SPSS

-

Statistical Package for The Social Science.

5.

UTM

``

Universiti Teknologi Malaysia

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A

Contoh set soal selidik

65

B

Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan

76

dan Penyelidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.

78

C

Surat kebenaran daripada Fakulti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Kemajuan sains dan teknologi dapat dilihat perkembangannya dalam pelbagai sektor industri masa kini. Ia telah dianggap penting untuk memudahkan serta melicinkan pekerjaan yang dijalankan. Pertumbuhan ekonomi negara amat berkait rapat dengan kemajuan sains dan teknologi untuk menjamin peningkatannya setiap tahun disamping faktor-faktor yang lain. Kemunculan saintis-saintis muda terutamanya telah banyak menyumbang idea mereka yang amat diperlukan dalam sektor perkilangan terutamanya.

Selari dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan semula Matapelajaran Sains dan teknologi sejak di bangku sekolah rendah untuk memperkenalkan pelajar mengenai dunia sains dan teknologi pada peringkat awal lagi.Di peringkat sekolah menengah, matapelajaran sains masih lagi diteruskan dengan lebih mendalam. Terdapat dua aliran sains yang boleh dipilih samaada aliran Sains Tulen dimana pelajar boleh mengikuti subjek sains seperti kimia, biologi dan fizik atau aliran Sains Teras. Dalam matapelajaran Sains Teras, pelajar akan mempelajari

2 gabungan ketiga-tiga bidang sains iaitu fizik, kimia,biologi. Kesemuanya bidang tersebut akan dipelajari tetapi tidak secara mendalam. Bagi pelajar bukan aliran Sains Tulen, tidak seharusnya mereka ketinggalan untuk mendalami ilmu yang dipelajari. Mereka seharusnya dapat menguasai kemahiran mempelajari Sains sepenuhnya.

Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses belajar dan belajar dinyatakan sebagai usaha memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Pembelajaran adalah merupakan dapatan maklumat dan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.(Lee Shok Mee 1998). Menurut Amir, pembelajaran merupakan sesuatu yang amat luas dan kompleks (1986, dalam Mohd Khamidon 1992).

Pemahaman suatu konsep dan teori dalam sesuatu bab yang dipelajari adalah penting supaya pelajar lebih berminat untuk terus mempelajari topik ini. Menyebut tentang pemahaman konsep, prinsip asas dan teori ini lebih sinonim dengan tahap pembelajaran kognitif. Kesediaan kognitif berkaitan dengan peringkat perkembangan mental untuk memahami, memikir, menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru (Lee Shok Mee (1998)). Bidang kognitif ini telah merangkumi segala ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu (Mak Song Sang, 1997).

1.1

Latar belakang masalah

Pemahaman dari segi konsep dan teori adalah merupakan aspek yang penting dalam pembelajaran Sains Teras. Teori kognitif mengatakan bahawa pembelajaran sebagai satu proses yang aktif. Benjamin Bloom (1956) telah membahagikan bidang kognitif kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, pemahaman,analisis,aplikasi,sintesis dan penilaian.

3 Menurut W.F. Connel ( 1981 ), terdapat sesetengah pelajar sering menggunakan pendekatan hafalan dalam proses pembelajaran khususnya dalam sains dan matematik. Kebanyakan mereka hanya menghafal contoh masalah serta cara menyelesaikannya tanpa kefahaman yang sepatutnya terhadap proses atau hubungan yang relevan. Keadaan ini berlaku kerana pelajar tidak mampu untuk menghubungkaitkan pengetahuan lampau dengan pembelajaran baru berdasarkan penguasaan konsep serta fahaman yang jelas. Hasilnya, pelajar tidak dapat menghasilkan satu corak pembelajaran yang baik dan berkesan .

Ainon dan Abdullah (1995), para pelajar tidak mengetahui bagaimana caranya mereka boleh memindahkan apa yang mereka pelajari dalam sesi berfikir untuk digunakan di dalam matapelajaran Sains. Dengan itu, tahap kognitif belajar adalah berkait rapat dengan kemahiran berfikir mereka dalam matapelajaran Sains Teras.

Menurut Abdul Rahim (1992), menyatakan bahawa guru kurang menggunakan soalan dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif pelajar. Sesetengah guru mengemukakan contoh-contoh yang kurang bersesuaian dengan tahap kognitif mereka. Perancangan pengajaran yang kurang sistematik juga boleh menyebabkan guru tidak dapat memberikan kaedah pengajaran yang berkesan. Pelajar sebaliknya hanya menerima tanpa mampu untuk berfikir dengan lebih jauh.

Menurut Nobele (1992), menyatakan bahawa penerimaan dan penguasaan suatu matapelajaran juga dipengaruhi oleh faktor jantina. Hal ini adalah disebabkan oleh corak serta gaya pemikiran dan penguasaan berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan.Adalah menjadi hasrat penyelidik dalam kajian ini untuk meninjau mengenai tahap kognitif berasaskan taksonomi Bloom di kalangan pelajar tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Sains Teras.

4 1.2

Pernyataan Masalah

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kognitif pelajar berasaskan taksonomi Bloom bagi pelajar tingkatan 4 dalam matapelajaran Sains Teras di daerah Johor Bahru.

Terdapat sebilangan pelajar tidak dapat menguasai dengan baik beberapa konsep dalam matapelajaran Sains. Maka kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap kognitif sebenar pelajar berasaskan taksonomi Bloom dan seterusnya dinyatakan beberapa cadangan yang dapat dilakukan untuk meningkatkan tahap kognitif mereka.

Hanya tiga aras kognitif Bloom sahaja yang dipilih dalam kajian ini iaitu aras pengetahuan, aras kafahaman dan aras aplikasi. Penyelidik ingin melihat bagaimana tahap kognitif aras rendah pelajar sebelum dilanjutkan pada aras kognitif tahap tinggi dalam taksonomi Bloom.

1.3

Objektif kajian

Melalui kajian ini, pengkaji telah menetapkan empat objektif seperti berikut :-

i.

Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras pengetahuan.

ii.

Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras kefahaman.

iii.

Menentukan tahap kognitif pelajar 4 Sains Teras pada aras aplikasi.

iv.

Menentukan samaada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut jantin

1.4

Persoalan kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:-

i.

Apakah tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan dalam matapelajaran Sains Teras ?

ii.

Apakah tahap kognitif pelajar pada aras kefahaman dalam matapelajaran Sains Teras ?

iii.

Apakah tahap kognitif pelajar pada aras aplikasi dalam matapelajaran Sains Teras ?

iv.

Adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap tahap kognitif aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi merentasi jantina pelajar ?