MINIT MESYUARAT AGUNG & LAPORAN TAHUNAN

2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT 1. Aturcara 3 2. Notis Pemberitahuan Mesyuarat Agung Benita 4...

41 downloads 610 Views 2MB Size
PERSATUAN SURI & ANGGOTA WANITA BERNAMA (BENITA)

MINIT MESYUARAT AGUNG & LAPORAN TAHUNAN

2012

ISI KANDUNGAN PERKARA

MUKASURAT

1. Aturcara

3

2. Notis Pemberitahuan Mesyuarat Agung Benita

4

3. Senarai Ahli Jawatankuasa BENITA 2012

6

4. Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2011

8

5. Laporan Setiausaha

13

6. Laporan Tahunan Biro ICT & Pendidikan

16

7. Laporan Tahunan Biro Sosial

18

8. Laporan Tahunan Biro Sukan

20

9. Laporan Tahunan Biro Agama

21

10. Laporan Tahunan Biro Seranta & Publisiti

23

11. Laporan Tahunan Biro Keahlian

25

12. Laporan Kewangan & Pengauditan 2012

26

2

ATURCARA 11.00 pagi

-

Ketibaan & Pendaftaran Ahli

11.15 pagi

-

Ketibaan

-

Pengurus Besar BERNAMA merangkap Penasihat Benita

-

Pengerusi BENITA

11.20 pagi

-

Kata-kata Aluan oleh Pengerusi BENITA, Datin Suriani Abdul Rahman

11.30 pagi

-

Ucapan Perasmian oleh Penasihat BENITA, Y.Bhg. Datuk Yong Soo Heong

11.40 pagi

-

Penyampaian Cenderamata

12.00 tgh

-

Jamuan Makan

12.30 tgh

-

Mesyuarat Agung 2012 bermula

2.00 ptg

-

Mesyuarat Agung ditangguhkan Bersurai

3

(Persatuan Suri dan Anggota Wanita BERNAMA) Wisma Bernama 28, Jalan 1/65, Off Jalan Tun Razak 50700 Kuala Lumpur Tel : 03-26962304 Faks : 26989978 Tarikh : 6 November 2013 Datin/Puan/Cik, NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG BENITA 2012 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa BENITA akan mengadakan Mesyuarat Agung pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut: Tarikh

:

29 November 2013 (Jumaat)

Masa

:

11.00 pagi

Tempat

:

Tingkat 9, Wisma Bernama

2.

Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung BENITA pada 2 Mac 2012 Menerima Laporan Tahunan bagi Tahun 2012 Menerima Laporan Kewangan dan Penyata Kira-Kira bagi tahun 2012 Pembentangan usul Ucapan Penangguhan

3.

Semua ahli BENITA dijemput ke Mesyuarat Agung ini.

4.

Sukacitanya dimaklumkan sekiranya ada sebarang usul yang perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Agung (lisan atau bertulis) sila maklumkan kepada AJK BENITA selewat-lewatnya pada 22 November 2013.

Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

ROHANA MUSTAFFA Setiausaha BENITA s.k. : Y. Bhg. Datuk Yong Soo Heong, Penasihat BENITA Y. Bhg. Datin Suriani Abdul Rahman, Pengerusi BENITA

4

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG BENITA 2012

*Sila kembalikan kepada Wakil Tingkat selewat-lewatnya 22 November 2013 (Jumaat)

NAMA

: _________________________________

BAH./JAB.

: _________________________________

KEHADIRAN :

YA

TIDAK

USUL (JIKA ADA) :

1.

_______________________________________________

2.

_______________________________________________

3.

_______________________________________________

Yang benar,

________________________ (

)

5

AHLI JAWATANKUASA BENITA 2012

6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

BIL

: : : :

2 Mac 2012 (Jumaat) 11.00 pagi Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12 Seperti di Lampiran

PERKARA

TINDAKAN

Pengerusi Datin Suriani Abd Rahman mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Benita ke mesyuarat Agung Benita tahun 2011 1.1

Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung 1.1.1

1.2

Mesyuarat sebulat suara melantik Datin Suriani Abdul Rahman Makluman sebagai Pengerusi mesyuarat.

Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Benita pada 4 Mac 2010 1.2.1

Minit mesyuarat Agung pada 4 Mac Cadangan disahkan : Sdri. Rosliwaty Ramly Cadangan disokong : Sdri. Faridah Akmal

2010

disahkan

Makluman

7

1.3

Pembentangan Laporan Tahunan bagi tahun 2012 1.3.1

Laporan Tahunan 2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha Benita, Pn Rohana Mustaffa

1.3.2

Aktiviti anjuran Benita dan aktiviti anjuran PCKPKK ialah sepertimana yang dilaporkan mengikut biro. Ringkasan aktiviti ialah seperti berikut: Bil

Program

Makluman

Tarikh

1

Kursus Pengenalan PCKPKK

Ilmu

Falak-

2

Anugerah Pelajar Cemerlang

31 Mac 2011

3

Lawatan ke Kuala Gandah-Elephant Sanctuary Temerloh, Pahang

9 April 2011

4

All Ladies Treasure Hunt

14 & 15 Mei 2011

5

Program Anak Cemerlang

7 Jun 2011

6

Santai Usahawan

10 Jun 2011

7

Lawatan ke Chiang Mai & Chiang Rai

24 – 27 Jun 2011

8

Bengkel Menjahit Manik & Labuci

24 Jun dan 1 Julai

9

Lawatan Mesra ke Kuantan

2 – 3 Julai 2011

10

Fun Bowling

2 Julai 2011

11

Bengkel Asas Fotografi

23 Julai 2011

12

Jumble Sale

28 Julai 2011

13

Tadarus Al-Quran

Ogos (sepanjang Ramadhan)

14

Sepatu Hitam untuk Anak Yatim

15

Majlis Khatam Al-Quran

26 Ogos 2011

16

Jamuan Hari Raya/Doa Selamat Bakal Haji/Persaraan

20 September 2011

19 – 20 Mac 2011

8

17

Pertandingan Batu Congkak-PCKPKK

Seremban dan

18

Bengkel Pembangunan Blog

19

Lawatan ke Wonderland

20

Arabian Gala Nite

Beryl’s

20 Oktober 2011

24 Oktober 2011 Chocolate

8 Disember 2011

25 Februari 2012

1.3.3

Biro Seranta & Publisiti telah memuat naik berita-berita bergambar aktiviti Benita ke dalam blog Benita http://BenitawwwBenita.blogspot.com.

Makluman

1.3.4

Biro Keahlian melaporkan bahawa jumlah keahlian sehingga 31 Disember 2011 ialah seramai 137 orang iaitu peningkatan sebanyak 14%.

Makluman

1.3.5

Laporan Tahunan 2011 disahkan: Cadangan disahkan : Sdri Sharifah Zaini Cadangan Disokong : Sdri Rosliwaty Ramly

1.4

Pembentangan Laporan Kewangan dan Penyata Kira-kira bagi tahun 2011 (sehingga 31 Disember 2011) 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 1.4.6

1.4.7 1.4.8

Jumlah Pendapatan ialah RM 17,081.96 Jumlah Perbelanjaan ialah RM 10,706.06 Lebihan Pendapatan ialah sebanyak RM6,375.90 Baki Tunai di Tangan ialah RM 81.43 Baki Tunai di Bank ialah RM 17,792.85 Sdri Masfaliza Masmuda mohon penjelasan mengenai item ‘Mirazy Catering’ yang terdapat dalam Note 1:Perbelanjaan Urusetia 2011. - Bendahari memaklumkan bahawa bayaran tersebut merupakan bayaran untuk jamuan makan sempena Majlis Hari Raya dan Meraikan Pesara. Invois bayaran tersebut telah dihantar terus kepada Bernama menyebabkan ia tidak dapat dikesan dan tiada bayaran dibuat. Setelah dimaklumkan oleh pihak katerer bahawa tiada bayaran yang diterima, dan Benita tidak menerima invois tersebut maka pengeluaran invois kedua dibuat. Disebabkan itu pembayaran kepada katerer menjadi lewat. Setiausaha memaklumkan bahawa tumpuan lebih diberikan kepada aktiviti untuk menambah dana Benita melalui acara seperti Treasure Hunt dan Jumble Sale. Laporan Kewangan dan Penyata Kira-Kira Tahun 2011 disahkan: Cadangan disahkan : Sdri Nor Liza Hashim Cadangan disokong : Sdri Siti Nur Azahani

Makluman

9

1.5

Pembentangan usul 1.5.1 Usul 1 : Program Sukan -

1.6

AJK sesi 2011/2012

Sdri Devika mencadangkan program berbentuk sukan seperti sukaneka, permainan tradisional seperti Dunga Malai diadakan. Setiausaha memaklumkan bahawa memang terdapat program sukan seperti boling, permainan seperti congkak dan batu seremban diadakan. Cadangan untuk mengadakan juga permainan tradisional bangsa lain dipersetujui oleh ahli mesyuarat tetapi memerlukan mereka yang pakar dalam permainan tersebut sama ada untuk mengajar atau menjadi juri.

Cadangan Aktiviti & Perkara-Perkara Berbangkit 1.6.1

Pengerusi mencadangkan aktiviti Lawatan ke Tasik Kenyir. Menurut Pengerusi, Tasik Kenyir akan dijadikan ‘Bandung’ Malaysia dengan pelbagai tarikan seperti factory outlet menjelang tahun hadapan.

Biro Sosial

1.6.2

Setiausaha memaklumkan bahawa ahli jawatankuasa ada menerima aduan yang mengatakan bahawa yuran penyertaan All Ladies Treasure Hunt agak mahal. Setiausaha memberi penjelasan bahawa yuran merangkumi penginapan, makan dan minum.

Setiausaha

-

1.6.3

Setiausaha memaklumkan bahawa PCKPKK akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan seperti biasa setiap tahun BENITA diminta menghantar wakil sebagai pencatat minit mesyuarat. -

-

1.6.4

Acara ini turut menawarkan hadiah yang lumayan Semua peserta berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah Makluman

Mesyuarat bersetuju memilih Sdri Hazlinda Hamzah dan Sdri Zairina Kamaluddin sebagai pencatat minit. BENITA turut ditawarkan dua buah gerai untuk disewa semasa mesyuarat tersebut dengan harga RM50 sebuah. Ahli yang berminat boleh menghubungi ahli jawatankuasa. Majlis Anugerah Anak Cemerlang tidak akan diadakan serentak pada mesyuarat kali ini.

Setiausaha memaklumkan acara All Ladies Treasure Hunt akan diteruskan dan akan diadakan pada tahun 2013. Selain itu, ahli jawatankuasa merancang untuk mengadakan program Benita Biggest Loser iaitu acara pertandingan penurunan berat badan. Pengisian program terdiri daripada ceramah oleh pakar pemakanan,

Makluman

10

acara senaman berkala dan pemeriksaan berkala oleh pusat kesihatan yang akan dikenal pasti. 1.7

Pembubaran AJK Benita bagi sesi 2010-2012. 1.7.1

1.8

AJK Benita bagi sesi 2010-2012 telah dibubarkan.

Pelantikan AJK Benita sesi 2012-2014 1.8.1

1.8.2

Mesyuarat sebulat suara mengekalkan jawatan Setiausaha dan Bendahari kepada pemegang jawatan sedia ada iaitu Sdri Rohana Mustaffa sebagai Setiausaha dan Sdri Rohima Tarmuji sebagai Bendahari. Keputusan undian adalah seperti berikut:

PENGERUSI

:

Datin Suriani Abdul Rahman

SETIAUSAHA

:

Sdri Rohana Mustaffa

PEN. SETIAUSAHA

:

Sdri. Norhayati Jantan

BENDAHARI

:

Sdri Rohima Tarmuji

BIRO ICT & PENDIDIKAN

: Sdri Hasnita Ibrahim

BIRO SOSIAL

: Sdri Hazlinda Hamzah

BIRO SUKAN

: Sdri Rosne Hanapiah

BIRO AGAMA

:

Sdri Jamaliah Moonier

BIRO KEAHLIAN

:

Sdri Faridah Al-Akmal Mohd Salleh

BIRO SERANTA & PUBLISITI

: Sdri Jizni Azrin Juhari

JURUAUDIT DALAMAN

:

AHLI JAWATANKUASA

Makluman

Sdri. Lat Zaharah Mutalib : Sdri Nurul Halawati Mohd Azhari Sdri Siti Nur Azahani Ab Razak Sdri Wan Nor Azriyana Wan Ali Sdri Suhaida Shariman Sdri Nor Azira Mansor

11

1.8.3

Pengerusi mengalu-alukan ahli jawatankuasa untuk berucap sepatah dua kata.

Ucapan Penangguhan -

Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik dan ini merupakan mandat yang besar dan perlu dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab tetapi perlu mempunyai keseimbangan di antara tanggungjawab dalam Benita dan tugas hakiki.

-

Mengucapkan terima kasih atas sumbangan AJK sesi 2010-2012.

-

Pengerusi turut berharap agar ahli Benita terus menyokong aktiviti

Makluman

Benita sama ada dalam bentuk sumbangan tenaga atau menyertai aktiviti anjuran Benita agar petugas wanita boleh merapatkan silaturahim sesama ahli dan dapat menggurangkan tekanan di tempat kerja. -

Ahli Benita juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan aktiviti atau penambahbaikan dari semasa ke semasa.

-

Ahli jawatankuasa pula perlu sentiasa mengambil tahu akan keperluan ahli.

-

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

12

LAPORAN SETIAUSAHA

Mesyuarat Agung Benita bagi tahun 2011 telah diadakan pada 2 Mac 2012 di Pusat Kecemerlangan, Wisma Bernama. Proses lantikan Ahli Jawatankuasa baharu untuk kali ini dijalankan secara undian apabila ahli digalakkan untuk mencalonkan ahli yang layak dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Hanya dua jawatan utama dipertandingkan iaitu jawatan juruaudit dalam dan AJK Biro Keahlian dan lima jawatan untuk wakil tingkat. Pemegang jawatan yang lain telah diisytihar menang tanpa bertanding. Jawatan Setiausaha dan Bendahari pula tidak dipertandingkan kerana pemegang jawatan ini hanya akan dilantik oleh Pengerusi. Ahli jawatankuasa yang telah dilantik kemudian dipertanggungjawabkan untuk menyusun semua aktiviti dengan memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap bulan. Laporan-laporan Biro yang disertakan bersama ini memberi gambaran tentang aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan sepanjang tahun 2012. Perancangan yang teliti, komitmen yang tinggi daripada ahli jawatankuasa dan kerjasama dari semua ahli Benita memacu kepada pelaksanaan aktiviti dengan jayanya. Program yang menjadi perhatian ramai kali ini merupakan program Benita’s Biggest Loser. Program berbentuk penjagaan kesihatan dalam pertandingan berjaya menarik banyak peserta dalam kalangan ahli Benita dan penaja-penaja. Malah ia turut mendapat perhatian Datin Rohayah Harun, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (PCKPKK) yang telah turut sama hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Meneruskan legasi, acara yang diadakan pada setiap tahun iaitu Jumble Sale masih menjadi tarikan utama bukan sahaja dari kalangan ahli Benita dan petugas Bernama, malah pihak luar juga. Pembaharuan yang dibuat untuk tahun ini ialah pembahagian gerai kepada gerai basah dan gerai kering. Gerai basah diwujudkan bagi menggalakkan penjualan makanan dan minuman agar pengunjung dapat menjamu selera sambil membeli.

13

Program berbentuk tanggungjawab sosial masih diteruskan iaitu Sepatu Raya untuk Si Anak Yatim. Sebanyak 25 orang anak yatim dari Rumah Sentuhan Budi telah dibawa untuk mendapatkan sepasang kasut raya hasil sumbangan petugaspetugas Bernama.

Bilangan ahli Benita yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan bahawa petugas wanita di Bernama berminat untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Benita yang mana sememangnya fokus utama ialah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan mereka. Selain itu, sebagai sebuah persatuan di bawah Puspanita Cawangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (PCKPKK), Benita turut menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh induk. Bagi memastikan ahli tidak ketinggalan mendapat maklumat terkini, berita mengenai aktiviti sentiasa diuar-uarkan melalui Benita.com, di papan-papan kenyataan yang terdapat di setiap tingkat dan melalui Facebook Benita . Benita sendiri mempunyai papan kenyataan khas yang diletakkan di tingkat 2. Kewujudan laman web Benita http://benitabernama.blogspot.com/ banyak membantu untuk mempromosikan aktiviti Benita melalui foto-foto dan berita yang dimuat turun ke dalam laman web ini. Selain itu, wakil Benita di setiap tingkat memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan semua ahli Benita di tingkat mereka tidak ketinggalan menerima berita terkini Benita.

KESIMPULAN Pemangkin kejayaan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa sebenarnya ialah penglibatan ahli Benita itu sendiri. Tanpa kerjasama dan sokongan ahli, tidak mungkin Benita diiktiraf sebagai sebuah persatuan yang sangat aktif dalam kalangan agensi dan jabatan lain dalam kementerian.

14

Kejayaan ahli jawatankuasa Benita dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing adalah disebabkan komitmen yang tinggi diberikan mereka tanpa mengira masa dan tenaga. Kerjasama erat antara kedua-duanya memastikan perjalanan aktiviti dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancang. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Benita yang memberi peluang kepada kami untuk memberikan khidmat yang terbaik demi memastikan Benita sentiasa bergerak aktif. Tidak kami lupakan, sekalung penghargaan buat pengurusan Bernama yang sentiasa memberikan sokongan kepada Benita.

15

LAPORAN TAHUNAN BIRO PENDIDIKAN DAN ICT, BENITA ______________________________________________________________________

Pengerusi

:

Sdri. Hasnita Hj Ibrahim

Ahli

:

Sdri. Norhayati Jantan Sdr. Jizni Azrin Juhari Sdri. Siti Nur Azahani Abdul Razak

1. Menguruskan Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 bagi anak ahli Benita iaitu dua orang UPSR, seorang PMR dan seorang SPM yang diberikan semasa “Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Anak-Anak Ahli Puspanita KPKK Bagi Keputusan UPSR/PMR/SPM tahun 2011 dan Seminar Kehebatan Otak Kanan/Kiri” pada 12 April 2012 di Dewan Cendekiawan, IPPTAR. Sebanyak 7 orang ahli Benita hadir Seminar tersebut yang sangat berguna untuk kecergasan otak anak-anak dan ahli sendiri. Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang : a. Rafidah Wahidin bt Abdul Rahman/ UPSR/ anak Pn. Hazlinda Hamzah b. Amira Rashida bt Tajol Azhar/ UPSR/ anak Pn. Nor Aini bt Abdul Rashid c. Muhammad Irwan b Rosli/ PMR/ anak Pn. Kamallaila bt Sulaiman d. Nurceria Husna bt Mohamad Arif/ SPM/ anak Pn. Sharifah Munirah bt Syed Abdullah 2. Bengkel Pembangunan Blog pada 31 Mei 2012 di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan. Sebanyak 12 orang peserta. Atas permintaan ramai, bengkel ini diadakan buat kali kedua. Fasilitator ialah Encik Abd Hamid Milok dari Bessar. 3. Aktiviti galakan penggunaan InfoLib/BK1MC pada 7 Jun 2012 di Tingkat 8, InfoLib.MAktiviti diadakan sempena cuti. Aktiviti bertemakan Happy Birthday Bernama ke 44 tahun. Pelbagai aktiviti seperti mewarna, membuat kad hari jadi, belajar membuat kotak hadiah di PNM, Kids Explorace, Bantal/kotak beracun, DIY hiasan hari jadi, senaman dan penyampaian hadiah. Bekerjasama dengan BK1MC 4. Bengkel Power Point pada 7 Jun 2012 di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan. Seramai 21 peserta yang berumur 12 hingga 17 tahun. Tenaga pengajar ialah Puan Norhayati Jantan. 5. Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim pada 28 Julai 2012, 5.00 ptg hingga 11.00 malam di Tingkat 9, Wisma Bernama. Aktiviti seperti Slot Tabung Haji – Ustaz Haji Ahmad Haji Muhammad - Fadhilat Ramadan; Slot Motivasi - Ustaz Hariyanto Rizal – Fadhilat Berpuasa; Tayangan berkaitan Rumah Anak Yatim Baitul Ummah (Setapak Indah); Berbuka Puasa, 16

Persembahan Artis – Rem; Penyampaian Sumbangan; dan dan Solat Tarawih. Seramai 129 orang yang termasuk 27 Anak Yatim. Bekerjasama dengan BK1MC.

6. Menyertai Latihan Keselamatan ICT pada 23 Oktober 2012, 8.30 pagi – 4.30 petang di Bilik Mesyuarat BPM, Aras 19, KPKK, Putrajaya, anjuran PCKPKK. Seramai dua orang ahli Benita yang hadir. 7. Aktiviti galakan penggunaan InfoLib/BK1MC pada 5 Dis. 2012 di Tingkat 8, InfoLib. Bertemakan Kenali Setem, pelbagai aktiviti berasaskan setem telah diadakan seperti Pameran/ Jejak/Jualan Setem, Stamp Puzzle, Mewarna Setem, Teka Jumlah Setem serta Pertandingan Koleksi Setem Terbanyak. Pertunjukan yoyo, peminjam buku/friends FB bertuah, peminjam buku terbanyak petugas/BK1MC bagi 2012, foto Instant Booth, aktiviti Café Corner dan permainan Hungry Mouth telah diadakan. Bekerjasama dengan BK1MC.

17

LAPORAN TAHUNAN BIRO SOSIAL ______________________________________________________________________

Pengerusi

:

Sdri. Hazlinda Hamzah

Ahli

:

Sdri. Wan Nor Azriyana Wan Ali Sdri. Nor Azira Mansor Sdri. Suhaida Shariman

Tahun 2012/2013 telah melihat pelbagai aktiviti sosial diatur dan dijalankan dengan jayanya oleh BENITA. Sambutan yang diterima daripada ahli-ahli BENITA dan peserta selain penyumbang kepada kelancaran perjalanan program dan aktiviti ternyata amat menggalakkan malah banyak peserta yang mencadangkan aktiviti diteruskan lagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012/2013 ialah:

1.

Program ‘BENITA’s Biggest Loser 2012 (bermula 19hb April hingga September 2012) Program yang menggalakkan penjagaan kesihatan dalam kalangan ahli BENITA ini telah berjaya menarik penyertaan 38 orang ahli. Pelbagai aktiviti berasaskan kesihatan telah diadakan sepanjang program yang berlangsung selama hampir lima bulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan, perunding cara pemakanan, demonstrasi penjagaan wajah dan penampilan, pemeriksaan kesihatan dan sesi senam seni 1Malaysia yang diadakan setiap minggu. Hadiah disediakan untuk peserta-peserta yang paling berjaya mengurangkan berat badan mereka sepanjang program ‘Biggest Loser 2012’ itu. Program turut mendapat perhatian dan kerjasama beberapa pihak luar termasuk Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), BP Healthcare, Bank Rakyat, True Fitness, Pantai Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Selain itu beberapa penceramah bebas turut diundang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang hal-hal berkaitan kesihatan diri terutama untuk wanita, sepanjang program dijalankan.

18

Ujian ‘Pap Smear’ secara percuma untuk mengesan Kanser Serviks turut diberikan kepada peserta ‘Biggest Loser 2012’ oleh pihak HTAR.

2.

Pesta Jualan 2012 (Jumble Sale) Penyertaan untuk tapak-tapak gerai yang disediakan amat menggalakkan. Terdapat 30 tapak untuk gerai kering dan tujuh lagi untuk gerai basah. Pelbagai aktiviti sampingan turut dijalankan termasuk permainan (games), pertandingan dan cabutan bertuah. Sambutan meriah terutama bila geraigerai peserta menawarkan kepelbagaian produk dan makanan untuk dijual. Barang yang dijual di gerai-gerai kering pada Pesta Jualan 2012 termasuk pakaian siap, kain ela, barangan bayi, pokok bunga, beg, aksesori wanita dan wangi-wangian. Terdapat juga gerai mempromosi kenderaan Proton sepanjang Pesta Jualan berlangsung. Di gerai basah pula jenis-jenis makanan yang berbeza dijual termasuk laksa dan makanan snek yang digoreng. Jualan bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

3.

Suntikan HPV (bermula September 2012 hingga Januari 2013) Program ini dijalankan dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Dua jenis suntikan HPV ditawarkan kepada ahli BENITA. Kedua-dua jenis suntikan itu memerlukan tiga dos yang diberikan sekali setiap bulan atau dua bulan sekali. Sambutan ahli menggalakkan dan harga suntikan yang ditawarkan pada kadar yang lebih rendah daripada harga suntikan serupa di klinik swasta lain. Keseluruhan program dijalankan selama lima bulan. Kerjasama yang diberikan pihak HTAR Kelang memudahkan program suntikan HPV untuk 60 orang ini disempurnakan, tambahan pula pihak HTAR memberikan suntikan di Bernama setiap kali tempoh masa suntikan tiba.

19

LAPORAN TAHUNAN BIRO SUKAN ______________________________________________________________________

Pengerusi

:

Sdri Rosne Hanapiah

Ahli

:

Sdri. Nurul Halawati Mohd Azhari Sdr. Maznah Abu Bakar

1. Pertandingan Fun Bowling diadakan antara ahli-ahli BENITA pada 25 Mac 2012 di Ampang Superbowl, Flamingo Ampang . Sebanyak 30 orang ahli menyertai pertandingan yang terbahagi kepada 10 pasukan. Setiap pasukan diwakili 3 orang. Johan dimenangi oleh Kumpulan 3 diwakili Hamidah Ahmad, Amrina dan Norbaizura. Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan 10 diwakili Rosalwa, Norliza Hashim dan Sakini. Tempat ketiga oleh Kumpulan 6 diwakili Noor Aishah Ayub, Siti Balqish dan Rohima Tarmuji. 2. Seterusnya, BERNAMA turut menghantar Azlina Aziz untuk mewakili Pertandingan Boling Puspanita Kebangsaan 2012 pada 4 Oktober 2012 atas pemilihan Biro Puspanita PCKPKK 2012 yang berlangsung di Pusat Boling Alamanda Putrajaya.

20

LAPORAN TAHUNAN BIRO AGAMA ______________________________________________________________________

Pengerusi

:

Sdri Jamaliah Moonier

Ahli

:

Sdri. Rohana Hamzah Sdr. Faridah Fakir Mohamed

1. Tadarus Al-Quran Aktiviti Tadarus di Bernama diadakan setaip hari bekerja waktu rehat tengah hari sepanjang bulan Ramadan bertempat di Pusat Kecemerlangan , tingkat 12. Sebanyak 29 ahli menyertainya. Benita juga telah menghantar sebanyak 15 ahli menyertai Tadarus Al-Quran PCKPKK yang diadakan di Masjid Angkasapuri pada 2 Ogos 2012. 2. Majlis Khatam Al-Quran Benita telah menghantar 12 ahli ke Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian sumbangan kepada anak Yatim/OKU , PCKPKK pada 9 Ogos 2012 di Masjid Angkasapuri. Benita pula mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada hari Jumaat 3 Ogos 2012. 3. Sepatu Raya Dengan sumbangan daripada Pegawai dan kakitangan Bernama, Benita berjaya menaja sepasang sepatu berserta stokin dari kedai kasut Hypershoe di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kain sampin (lelaki) dan tudung (perempuan) kepada 25 orang anak Yatim dari Rumah Sentuhan Budi, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. 4. Majlis Doa Selamat Majlis bacaan Yassin, doa selamat dan solat hajat diadakan untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Pada 26 Sept 2012 bertempat di surau tingkat 2 diadakan bacaan Yassin dan doa selamat untuk Saudari Siti Hawa Othman yang menunaikan Haji tahun 2012.

21

5. Korban Aidil Adha 2012 Pada 27 Oktober 2012 (Sabtu ) Benita telah menyumbang 200 bekas plastik (container) pembungkusan daging untuk agihan. Terima kasih kepada ahli Benita yang membantu mengagihkan daging korban tersebut.

22

LAPORAN TAHUNAN BIRO SERANTA & PUBLISITI ______________________________________________________________________

Pengerusi

:

Sdri Jizni Azrin Juhari Sdri. Suhaida Shariman

1. Mengemas

kini dan menambah http://benitabernama.blogspot.com/

baik

blog

Benita

di

2. Menjadi admin kepada laman Facebook Benita

3. Mengendalikan urusan penghantaran makluman melalui email [email protected]

4. Menyediakan poster makluman kepada ahli untuk aktiviti yang dianjurkan oleh Benita, Puspanita kementerian atau agensi dan jabatan yang lain. 23

24

LAPORAN TAHUNAN BIRO KEAHLIAN ______________________________________________________________________

Pengerusi

:

Sdri Faridah Al-Akmal Mohd Salleh

Ahli

:

Nurul Halawati Mohd Azhari Siti Nur Azahani Ab Razak Suhaida Shariman Nor Azira Mansor Wan Nor Azriyana Wan Ali

1. BENITA mempunyai ahli sebanyak 164 orang bagi tahun 2012 termasuk 3 orang ahli seumur hidup. Jumlah kemasukan ahli baharu bagi tahun 2012 adalah sebanyak 31 orang. 2. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menarik minat ahli baru untuk menyertai BENITA, terutamanya dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 3. Biro keahlian menguruskan pendaftaran ahli Mesyuarat Agung Tahunan dan membantu biro-biro lain dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan. 4. Berikut merupakan senarai nama ahli baharu yang berdaftar dan bersara/berhenti pada tahun 2012: Noor Shamsiah Mohamad Ismail

Puti Mazlina bt Mashudi

Norindah Khairi

Aslenita bte Syaiful

Nurkhairun Amrina binti Ahmad Kamal

Suliza bt Sulaiman

Zuharidah binti Harun

Yusnidah bte Yahya

Bahara Kamarak

Mariah binti Muhamad Yussof

Suriani Razali

Marhaida Bt Mohd Ederis

Chandravathani A/P V Sathasivam

Evon Javanthi A/P Pushparaja

Raj Anila A/P Kannia

Sharine Malini A/P Pushparaja

Sharifah Nurliza Bt Syed Mohammad

Azleenda Abdul Aziz

Rita Gomez

Zalina Maizan Engah @ Ngah

Vanitha Govindan

Faizatol Rahayu Hamizun

Rafe'aton bt Md Ali

Zarah Bte Darial

Dahlia bt Zolkapli

Siti Nursuraya Ali

Noor Rizan bt Ahmad

Azzah bt Mohamed @ Md Som

Nor Syamsuriana binti Mohamad

Nabilah binti Saleh

Sumisah Mohamed

25

LAPORAN KEWANGAN & PENGAUDITAN ______________________________________________________________________

Pengerusi

:

Sdri Rohima Tarmuji

Juruaudit

:

Lat Zaharah Mutalib

PENYATA PENDAPATAN/PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

PENDAPATAN

NOTE

RM

TAJAAN BERNAMA LAWATAN PCKPKK KE BERNAMA KUTIPAN DARIPADA AHLI/PENAJAAN LADIES NITE 2012 TAJAAN BERNAMA UNTUK MESY. AGUNG BENITA YURAN PERTANDINGAN BOLING BENITA PENAJAAN DAN KUTIPAN YURAN BIGGEST LOSER 2012 PENJUALAN T-SHIRT BENITA HASIL PENJUALAN LANYARD PEMBANGUNAN BLOG

1,350.00 3,950.00 1,440.00 600.00 10,070.00 270.00 1,452.00 55.00

YURAN KURSUS POWERPOINT PENDAPATAN DARIPADA JUMBLE SALE/PENAJAAN TAJAAN INDIVIDU UTK ANAK YATIM-SPG SEPATU PARKIR MAC-DIS 2011 YURAN KEAHLIAN PUSPANITA/AHLI BERSEKUTU 2012 SEWA GERAI BENITA 2011 PARKIR JAN-JUN 2012 PARKIR JUL-DIS 2012 FAEDAH BANK JAN-DIS 2012

350.00 6,713.40 2,600.00 1,667.00 1,380.00 2,200.00 1,020.00 778.00 105.83 JUMLAH PENDAPATAN

RM

36,001.23

PERBELANJAAN URUSETIA JAWATANKUASA PENDIDIKAN/ICT JAWATANKUASA SOSIAL/LAWATAN JAWATANKUASA SUKAN JUMBLE SALE 2012 MESYUARAT AGUNG BENITA BIGGEST LOSER BENITA 2012 LADIES NITE 2012

1 2 3 4

9,751.65 503.00 3,775.90 1,075.45 3,266.65 1,757.00 9,217.60 8,433.70

JUMLAH PERBELANJAAN

37,780.95 (1,779.72)

26

Note 1 PERBELANJAAN URUSETIA

NO

PERKARA

RM

1

MESYUARAT J/KUASA BENITA

239.15

2

ROMBONGAN PUSPANITA PCKPKK KE BERNAMA

1,300.00

3

CENDERAHATI UTK PN ROKIAH ISTERI EN DUHANI-BERSARA

50.00

6

SUMBANGAN BENITA UTK MESY. AGUNG PCKPKK

100.00

8

T.STAND UNTUK KEGUNAAN BENITA

330.00

9

TEMPAHAN T-SHIRT BENITA

2,660.00

10

LANYARD BENITA

1,781.00

11

PEMBELIAN PERALATAN ELEKTRIK

1,255.00

13

JAM DINDING UTK RUMAH BENITA

30.00

14

PEMBELIAN KOMPUTER RIBA/PRINTER

1,999.00

15

BUKU CEK-SETEM DUTI

7.50

JUMLAH

9,751.65

Note 2 PERBELANJAAN JAWATANKUASA PENDIDIKAN /ICT

NO

PERKARA

RM

1

ANUGERAH ANAK CERMELANG

175.00

2

BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG

150.00

3

KURSUS POWERPOINT

178.00

JUMLAH

503.00

27

Note 3 PERBELANJAAN JAWATANKUASA SOSIAL/LAWATAN

NO

PERKARA

RM

1

SUMBANGAN TADARUS

775.90

2

SUMBANGAN ANAK YATIM

2,600.00

3

AKTIVITI MAJLIS KORBAN HARI RAYA HAJI

200.00

4

BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT

200.00

JUMLAH

3,775.90

Note 4 PERBELANJAAN JAWATANKUASA SUKAN

NO 1

PERKARA

RM

PERTANDINGAN BOLING-BERNAMA

1,075.45

JUMLAH

1,075.45

28

BENITA KUNCI KIRA-KIRAN PADA 31 DISEMBER 2012

ASET SEMASA

RM

Tunai di tangan Tunai di bank

101.63 15,163.13

TOLAK LIABILITI SEMASA

ASET SEMASA BERSIH

15,264.76

JUMLAH

Lebihan Perbelanjaan

1,779.72

Kumpulan Wang Tabung

13,485.04

15,264.76

29

30