MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

minit mesyuarat panitia teknologi maklumat dan komunikasi (tmk) daerah hilir perak kali pertama 2014 tarikh : 23 mei 2014 (jumaat) masa: 3.30 – 5.30 p...

25 downloads 949 Views 36KB Size
MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DAERAH HILIR PERAK KALI PERTAMA 2014 Tarikh : 23 Mei 2014 (Jumaat) Masa: 3.30 – 5.30 petang Tempat : Bilik Gerakan SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota Kehadiran 1 Pn. Noor Laila Bt Ishak 2 En. Bahauddin Yaakub 3 Pn. Rubaiah Adawiah Tahir 4 Pn. Rohana Bt Mohamed Nor 5 En. Sarji Bin Amat 6 En. Azhar Mohd Hashim 7 En. Zulkefle Bin Tuan Ismail 8 En. Mohamad Azam bin Hassan 9 En. Samsuri Ishak 10 En. Mohd Rozlisham bin Mohd Saad 11 En. Mohd Tauhid B. Mohd Tahir 12 En. Abdullah Syukur Mohd Nadzri

Penolong PPD Teknik & Vokasional (Rendah) Guru Besar SK Dalarama (Pengerusi), Kel 4 Guru Besar SK Rungkup , Kel 8 PK Pentadbiran SK Convent, Kel 3 PK HEM SK Seri Langkap, Kel 1 PK Kokurikulum SK Chikus, Kel 2 PK Kokurikulum SK Ulu Bernam, Kel 5 PK Kokurikulum SK Sungai Batang, Kel 7 Guru SK Seri Langkap, Kel 1 Guru SK Dalarama, Kel 4 Guru SK Sungai Batang, Kel 7 Guru SK Rungkup, Kel 8

Tidak Hadir 1 Wakil Kelompok 6 SK Simpang Empat

1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran Pn. Noor Laila Pen PPD Teknik Vokasional dan semua ahli mesyuarat 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau merupakan wakil ke Mesyuarat TMK bertempat di IAB Genting. Dalam mesyuarat ini penekanan diberikan terhadap penggunaan dan membudayakan ICT peringkat sekolah dari segi e-mail, FROG VLE, 1Bestarinet dan penggunaan storan maya. 1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak PPD kerana memilih dan melantik SK Dalarama sebagai pengerusi daerah Panitia TMK Untuk makluman

2.0 UCAPAN PENOLONG PPD TEKNIK DAN VOKASIONAL 2.1 Pn. Noor Laila mengucapkan terima kasih kepada pengerusi mesyuarat dan semua yang hadir. 2.2 Beliau menekankan bahawa TMK merupakan satu subjek baru dan perlu mempunyai satu panitia yang berdiri sendiri sama seperti subjek elektif yang lain di mana semua pekeliling berkaitan panitia adalah terpakai. Segala yang berkaitan dengan pengurusan panitia adalah tertakluk kepada Arahan Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas berikut: •

Arahan Perkhidmatan Bab 4 : Fail Memfail • SPI Bil. 4/1986 • PKPA Bil. 2/1991 • SPK Bil 5/2002 • SPI Bil. 2/2013 Tindakan Ketua Panitia TMK

2.3 Penekanan kepada semua pengerusi kelompok untuk melaksanakan mesyuarat panitia TMK peringkat kelompok dan memaklumkan kepada beliau tentang tarikh dan tempat supaya beliau dapat hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Tindakan Pengerusi Kelompok 2.4 Subjek TMK ini berkait rapat dengan FROG VLE dan amat digalakkan pengajaran TMK melalui VLE. 2.5 Kewangan panitia TMK adalah di ambil dari panitia Kajian Tempatan dengan mengambil kira bilangan murid tahun 4 seperti dalam surat siaran PCG panitia TMK. Untuk Makluman 3.0 MAKLUMAT/PERKONGSIAN 3.1 Pn. Noor Laila memaklumkan bahawa subjek TMK akan berjalan dalam masa 1 jam dan berkongsi waktu dengan subjek RBT secara serentak. Pihak JPN Perak telah menetapkan kedua subjek ini dijalankan secara serentak samada secara selang topik atau selang minggu. Ini dilaksanakan atas dasar perpindahan murid, dan murid tidak tercicir untuk belajar kedua subjek ini tanpa gangguan atau keciciran. Tindakan Pentadbiran Sekolah dan Ketua Panitia

3.2 Kewangan panitia TMK peringkat sekolah adalah mengikut formula berikut: Duit TMK =

Bilangan Murid Tahun 4 X Duit PCG Kajian Tempatan Bilangan Murid Thn 4,5 dan 6 Untuk makluman

4.0 PERANCANGAN PANITIA TMK DAERAH TAHUN 2014 4.1 Dari cadangan aktiviti yang dikemukakan oleh pengerusi mesyuarat, beberapa aktiviti telah dipersetujui dan akan dijalankan sepanjang tahun 2014. 4.1.1 Pelancaran komuniti maya panitia TMK peringkat daerah samada dalam bentuk Group FB, Blog , Portal atau Penggunaan Google+ yang disokong oleh 1Bestarinet. 4.1.2 Aktiviti perkongsian kaedah mengajar yang terbaik dan cara mengoptimumkan pengajaran bagi keadaan mempunyai makmal atau tidak mempunyai makmal komputer secara perbincangan dan penyelesaian mengikut kelompok. 4.1.3 Pertandingan penghasilan bahan bantu mengajar bagi PDP TMK peringkat daerah (Menulis rancangan mengajar dan menghasilkan alat bantu mengajar) Tindakan Pengerusi Daerah dan Untuk Makluman

5.0 KEWANGAN 5.1 Pn. Laila memaklumkan bahawa peruntukan untuk aktiviti panitia peringkat daerah sebanyak RM 300.00 Untuk makluman 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 En. Azahar meminta pihak PPD menyediakan semula indeks fail yang standard untuk menyeragamkan fail panitia TMK di semua peringkat sekolah.Pn. Laila menyatakan bahawa indek fail telah terbina dan akan diedarkan. Tindakan PPD

6.2 En. Samsuri Ishak menyatakan masalah komputer rosak atau kurang di peringkat sekolah tidak selesai dan perlu satu cara untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk makluman 6.3 Pn. Noor Laila mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan beliau berharap Panitia TMK ini akan menjalankan semua aktiviti dengan baik walaupun merupakan satu subjek elektif. Untuk makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

En. Mohd Rozlisham bin Mohd Saad Setiausaha Panitia TMK Daerah Ketua Panitia TMK SK Dalarama

En. Bahauddin bin Yaakub Pengerusi Panitia TMK Hilir Perak Guru Besar SK Dalarama