1. Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan Badan Pelajar

1 1. Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan Badan Pelajar MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN KELAB MEMANAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BIL. 1 / 200...

97 downloads 823 Views 420KB Size
1

1. Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan Badan Pelajar MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN KELAB MEMANAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BIL. 1 / 2009

Tarikh Masa Hari Tempat

: : : :

12 Januari 2009 10 pagi Selasa Dewan Utama

Hadir Sdra. Abdullah Ahmad Sdri. Siti Atikah Sulaiman Sdri. Zainurahman Said Sdra. Lim Goh Tong Sdra. Mohd. Syafik Adli Sdri. Chua Cui Loo Sdra. Kuamar Gura Sdri. Jesicca Lim Sdra. Martin Alex Sdra. Anuar Ridwan Sdri. Saidatul Rahim

MINIT 1 / 1 / 2009

-

Pengerusi Mesyuarat

-

Pencatat Minit

ALU – ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu – alukan kehadiran semua jemputan mesyuarat bagi tujuan penubuhan Kelab Memanah Universiti Malaysia Sabah. MINIT 2 / 1 / 2009 2.1

LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Mesyuarat telah bersepakat dan bersetuju untuk melantik AJK Penaja Kelab Memanah (seperti dibawah) bagi mengerakkan aktiviti dan perjalanan pengurusan kelab ini , iaitu : NAMA KELAB

:

KELAB MEMANAH

Pengerusi

:

Sdra. Abdullah bin Ahmas

Tim. Pengerusi

:

Sdri. Chua Cui Loo

Setiausaha

:

Sdri. Siti Atikah Sulaiman

Tim. Setiausaha

:

Sdra. Anuar Ridwan

Bendahari

:

Sdra. Kuamar Gura

AJK Latihan

:

Sdri. Saidatul Rahim

AJK Teknikal & Peralatan :

Sdra. Martin Alex

2 AJK kebajikan & Jamuan

2.2

Sdri. Zainurahman Said

AJK Pertandingan & Aktiviti:

Sdri. Jesicca Lim

AJK Perhubungan

Sdra. Mohd. Syafik Adli

:

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik Dr. Malek Suhaibul pensyarah Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa sebagai penasihat kelab ini.

MINIT 3 / 1 / 2009 3.1

:

PENDAFTARAN KELAB DAN KEAHLIAN

Mesyuarat bersetuju untuk membuat kertas kerja cadangan yang lengkap untuk diajukan kepada Timbalan Naib Canselor (HEPA) bagi tujuan kelulusan penubuhan Kelab Memanah UMS Tindakan : En. Abdullah Ahmad

3.2

Mesyuarat juga bersetuju untuk membuka kaunter di beberapa lokasi strategic untuk membuka keahlian kepada semua warga kampus

3.3

Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat syarat atau perlembagaan kelab yang lebih baik sebelum kertas kerja cadangan yang telah siap diajukan kepada Timbalan Naib Canselor HEPA Tindakan : Sdri. Siti Atikah Sulaiman

MINIT 4 / 1 / 2009

AKTIVITI – AKTIVITI

4.1

Mesyuarat bersetuju untuk membuat 4 aktiviti dalam dua semester agar tumpuan pembelajaran tidak terganggu dengan banyaknya aktivit

4.2

Mesyuarat bersetuju untuk mengikuti pertandingan terbuka Kota Kinabalu yang akan berlansung dalam bulan Ogos 2009 Tindakan : Sdri. Jessica Lim

MINIT 5 / 1 / 2009

HAL – HAL LAIN

5.1

Mesyuarat bersetujukan untuk menetapkan yuran keahlian mengikut semester , iaitu RM 10.00 satu semester. Ahli boleh membayar mengikut semester ataupun untuk dua semester serentak

5.2

Mesyuarat bersetuju untuk membuat mesyuarat lantikan ajk tetap setelah menerima surat kelulusan penubuhan Kelab Memanah Tindakan : Sdri. Siti Atikah Sulaiman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak YANG BENAR

YANG MENGESAHKAN

Sdra. Kuamar Gura Pencatat Minit

Sdra. Abdullah Ahmad Pengerusi Mesyuarat