pembinaan dan penilaian modul pembelajaran kendiri (mpk)

(MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK .... 2.2.1 Ciri-ciri Modul. 2.2.2 Kegunaan Modul. 2.2.3 Kebaikan Modul kepada pelajar. 2.2 .4 ...

3 downloads 574 Views 985KB Size
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN

NOR AZIAN BT KARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA    

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST

:

JUDUL

PEMBINAAIT{ DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN

KEIYDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS

PAKAIAI\ DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN SESI PENGAJIAN

: 20l0l20ll

NOR AZIAN BT KARIA

Saya

(r{URUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana,{Doktor Falsafah)* ini disimpan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Z. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan

3.

4.

di

Perpustakaan

membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran arfiara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( ./ )

t_]

sul,rr

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972\.

D

TERHAD

G]

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)"

AN PENYELIA)

(TANDATANGAN PEN{'LIS) Alamat Tetap

:

No.8 LorongPKl4 Taman Palma 4,34600 Kamunting, Perak

in rtlFl

Tarikh: CATATAN

* **

+Oti

PN.IIIIR QISTINA BT ABDULLAII

(NAMA PENYELIA)

Tarikh:

ie

ii4€l Jatl

Potongyangtidakberkenaan Jenis tesis ini STILIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa./organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

<) Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

"Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya katya ini adalah memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)."

Tandatanean Nama

Penyelia

rarikh

:

:

'

PN.NUR QISTINA BT ABDULLAH ..............1.4.4.?...*9fJ........

ii           

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN

NOR AZIAN BT KARIA

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011  

ill

'o

Saya akui karya

ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan

:

M

Nama Penulis NOR AZIAN BT

KARIA

'r^-:r-L I tl\ll

f

aan

l0 MEI2OI

iv   

DEDIKASI

Buat Ayahanda yang sentiasa di sayangi dan abadi di hati Almarhummi Hj Karia Bin Mahmud Segala amanat dan tunjuk ajar mu akan sentiasa aku ingati Kata-kata semangat dari mu akan terus tersemat di hati Doaku untukmu tiada bertepi Semoga tempatmu bersama insan-insan sufi yang sejati Buat wanita yang amat aku kasihi Bonda tercinta yang banyak memberi motivasi dan kekuatan kepada diri ini Hajjah Halimaton Binti Karim Dengan doa dan restumu jua aku di sini Pengorbanan dan ketabahanmu amat aku hargai Abang dan Kakak yang sering memberi semangat Kesabaran kalian dalam membantuku amat aku kagumi Kasih dan sayang kalian membuatkan aku terus berdiri Sesungguhnya Dengan kata-kata semangat kalian berikan membuatku terus terbang tinggi Tiada kata yang mampu diungkapkan selain dari ucapan terima kasih. Kerana dengan doa dan sokongan dari kalian, akhirnya aku mampu mengakhiri episod yang aku mulakan di sini

v   

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan kehadrat Illahi kerana dengan segala limpah kurnia dan restu yang dihadiahkan-Nya agar saya terus kuat dan tabah dalam menghadapi segala dugaan di sini sehingga mampu menyempurnakan tugasan yang penuh bermakna ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan buat Pn. Nur Qistina Abdullah selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda ini di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Tidak lupa, jutaan terima kasih juga saya tujukan buat Puan Suhana, Dr Hajjah Noraini dan Dr Rohana yang tidak pernah jemu memberi penerangan dan kerjasama yang baik sepanjang saya menjalankan penyelidikan berkaitan Pembinaan dan Penilaian MPK Pola Pakaian.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan buat mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menyempurnakan penyelidikan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Terima kasih

vi   

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Pola Pakaian bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian. Pembinaan MPK ini dilakukan bagi membantu pelajar mengatasi masalah perbezaan individu, kekangan masa dan kelemahan bahan rujukan sedia ada. Isi kandungan pembelajaran MPK dibina berdasarkan sukatan kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian bagi pelajar tahun satu dan pelajar tahun dua Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah berdasarkan Model Teras Cabang Shaharom (1994). Terdapat dua fasa penilaian MPK iaitu, Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Seorang pensyarah dan seorang pengajar terlibat dalam PFSS, manakala seramai 20 orang pelajar terlibat dalam PFKK. PFSS dan PFKK dijalankan bagi menilai kesesuaian MPK yang dibina dari segi teks, gambarajah, soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran dengan menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Komputer Statistical Packages for Social Sciences Versi 15.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus, min dan juga min. Melalui min keseluruhan yang diperolehi, menunjukkan majoriti responden berpuas hati dengan kesesuaian teks, gambarajah, soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif yang terdapat dalam MPK.

vii   

ABSTRACT

The purpose of this study is to develop Self Learning Module (SLM) of Pattern Making topic. The construction of this SLM for helping student to overcome the problems due to individual differences, practical time constraints and weak of references. The content of this MPK is based on Clothing and Fabric and Clothing study syllabuses for first year’s and second year’s students of Bachelor Technology with Education (Living Skill), University Technology Malaysia (UTM). Model that has been used for construct SLM is based on Teras Cabang Model by Shaharom (1994). The assessments of the SLM involved two main phases, Formative Evaluation One to One (PFSS) and Small Group Formative Evaluation (PFKK). The purpose of PFSS and PFKK assessed the suitability of the SLM in terms of texts, diagrams, questions, chapter summaries, activities and learning objectives using questionnaires. Data were analyses descriptively using computer software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0 to obtain the frequency, mean, percentage and average mean. Finding from average mean showed majority of the respondents satisfied with suitability of the texts, diagrams, questions, chapter summaries, activities and learning objectives that applied in the SLM.

viii   

KANDUNGAN

BAB

TAJUK DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN

1.0

MUKA SURAT iv v vi viii xiv xvi xviii

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

5

1.3

Pernyataan Masalah

11

1.4

Objektif

11

1.5

Persoalan Kajian

12

1.6

Kepentingan Kajian

12

1.6.1 Pelajar

13

1.6.2 Pensyarah

13

1.6.3 Pelajar Sekolah

13

1.7

Skop Kajian

14

1.8

Batasan Kajian

14

1.9

Definisi istilah dan operasi

15

1.9.1 Modul Pengajaran Kendiri

15

1.9.2 Penilaian

16

1.9.3 Penilaian Formatif Satu dengan Satu

16

1.9.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil

16

ix   

1.9.5 Pembinaan

17

1.9.6 Kesesuaian

17

1.9.7 Pengajaran

17

1.9.8 Pembelajaran

17

1.10 Rumusan

2.0

18

SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan

19

2.2 Modul

19

2.2.1 Ciri-ciri Modul

20

2.2.2 Kegunaan Modul

21

2.2.3 Kebaikan Modul kepada pelajar

22

2.2.4 Kebaikan Modul kepada pendidik

22

Modul Pembelajaran Kendiri

23

2.4 Model Modul Pengajaran Kendiri

24

2.3

2.4.1 Model Burn

24

2.4.2 Model Klingstedt

26

2.4.3 Model Eijl

27

2.4.4 Model De Vito-Krockover

28

2.4.5 Model Meyer

29

2.4.6 Model Cece-Djadja

31

2.4.7 Model Teras-Cabang Shaharom

31

2.5 Elemen penilaian kesesuaian MPK

2.6

37

2.5.1 Teks

37

2.5.2 Gambarajah

38

2.5.3 Soalan

39

2.5.4 Ringkasan bab

39

2.5.5 Aktiviti

40

2.5.6 Objektif pembelajaran

41

Kelemahan menggunakan MPK

41

2.7 Kesimpulan

41

x   

3.0

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

43

3.2 Prosedur kajian

43

3.3

Fasa 1: Proses pembinaan MPK

45

3.3.1 Peringkat 1-Rasional pemilihan

45

model MPK 3.3.2 Peringkat 2-Kandungan MPK

47

3.3.3 Peringkat 3-Sipnosis

48

3.3.4 Peringkat 4-Kesahan isi kandungan

48

MPK 3.4

Fasa 2: Penilaian MPK

49

3.4.1 Peringkat 1-Rekabentuk kajian

49

3.4.1.1 Tempat kajian

49

3.4.1.2 Sampel kajian

49

3.4.1.3 Instrumen kajian

50

3.4.2 Peringkat 2-Penilaian Formatif

51

3.4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan

53

Satu (PFSS) 3.4.2.2 Penilaian Formatif Kelompok

53

Kecil (PFKK) 3.5

4.0

Fasa 3: Analisis data

54

3.6 Batasan kajian

56

3.7 Kesimpulan

57

ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan

58

4.2 Penilaian MPK Asas Pola Pakaian

58

4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu

58

4.2.1.1 Kesesuaian teks

59

4.2.1.2 Kesesuaian gambarajah

60

4.2.1.3 Kesesuaian soalan

61

4.2.1.4 Kesesuaian ringkasan bab

62

4.2.1.5 Kesesuaian aktiviti

63

xi   

4.2.1.6 Kesesuaian objektif 4.3

64

Penilaian Formatif Kelompok Kecil

65

(PFKK) 4.3.1 Bahagian A-Maklumat diri responden 4.3.1.1 Jantina

65

4.3.1.2 Umur

66

4.3.1.3 Bangsa

66

4.3.1.4 Kelayakan akedamik

67

4.3.2 Bahagian B-Item-item persoalan kajian

6.0

67

4.3.2.1 Kesesuaian teks

67

4.3.2.2 Kesesuaian gambarajah

68

4.3.2.3 Kesesuaian soalan

69

4.3.2.4 Kesesuaian ringkasan bab

70

4.3.2.5 Kesesuaian aktiviti

71

4.3.2.6 Kesesuaian objektif pembelajaran

71

4.4 Kesimpulan

5.0

65

72

HASIL PEMBINAAN MPK 5.1 Pengenalan

74

5.2 Hasil pembinaan MPK Pola Pakaian

75

5.2.1 Bahagian pengenalan

77

5.2.2 Bahagian isi kandungan

81

5.2.3 Bahagian penilaian kendiri

84

5.2.4 Bahagian pengukuhan

85

5.2.5 Bahagian maklumbalas

87

5.2.6 Bahagian rujukan

87

5.3 Pengubahsuaian MPK selepas PFSS dijalankan

87

5.4 Pengubahsuaian MPK selepas PFKK dijalankan

91

5.5 Kesimpulan

92

PERBINCANGAN,

KESIMPULAN

DAN

CADANGAN 6.1 Pengenalan

93

xii   

6.2 Perbincangan dan kesimpulan 6.2.1

Kesesuaian teks yang digunakan dalam

93 93

MPK Pola Pakaian sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran 6.2.2 Kesesuaian gambarajah yang

94

ditunjukkan dalam MPK Pola Pakaian sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran 6.2.3 Kesesuaian soalan yang dibina dalam

95

MPK Pola Pakaian sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran 6.2.4 Kesesuaian ringkasan bab yang dibuat

96

dalam MPK Pola Pakaian untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran 6.2.5 Kesesuaian aktiviti yang dijalankan

96

dalam MPK Pola Pakaian sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran 6.2.6 Kesesuaian objektif yang dibina dalam

97

MPK Pola Pakaian sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran 6.3 Kesimpulan

97

6.4

98

Cadangan penambahbaikan 6.4.1 Pengubahsuaian carta alir pembelajaran

98

MPK 6.4.2 Memasukkan nilai-nilai murni melalui

101

pembelajaran menggunakan MPK 6.5 Cadangan kajian masa hadapan 6.5.1 MPK dijadikan dalam bentuk perisian

101 101

multimedia 6.5.2 Menambah bilangan sampel kajian

102

6.5.3 Menjalankan ujian lapangan (Field

102

Trial)

xiii   

6.6 Kesimpulan

103

RUJUKAN

104

LAMPIRAN Lampiran A Lampiran B Lampiran C Lampiran D Lampiran E

xiv   

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian

2

1.2

Tugasan amali

3

1.3

Bilangan pelajar mengikut pengkhususan

6

3.2

Komponen yang ada dalam model-model MPK

46

3.3

Skala likert

51

3.5

Kaedah pengiraan nilai tahap kesesuaian

55

3.6

Pengkelasan tahap kesesuaian terhadap MPK

55

berdasarkan analisis min keseluruhan 4.1

Item kesesuaian teks

59

4.2

Item kesesuaian gambarajah

60

4.3

Item kesesuaian soalan

61

4.4

Item kesesuaian ringkasan bab

62

4.5

Item Kesesuaian aktiviti

63

4.6

Item Kesesuaian objektif

64

4.7

Peratus responden mengikut jantina

65

4.8

Peratus responden mengikut peringkat umur

66

4.9

Peratus responden mengikut bangsa

66

4.10

Peratus kelayakan akademik responden

67

4.11

Kesesuaian teks yang digunakan dalam MPK

68

4.12

Kesesuaian gambarajah yang digunakan dalam

68

MPK 4.13

Kesesuaian soalan yang dibina dalam MPK

69

4.14

Kesesuaian ringkasan bab yang terdapat dalam

70

MPK 4.15

Kesesuaian aktiviti yang digunakan dalam MPK

71

xv   

4.16

Kesesuaian objektif pembelajaran dalam MPK

72

5.2

Komponen yang terdapat dalam MPK Pola

76

Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat dalam MPK Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994)

xvi   

SENARAI RAJAH

RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Bahan rujukan

10

2.1

Sumber Model Teras Cabang (Shaharom, 1994)

32

2.2

Carta alir Model Teras Cabang Shaharom, 1994

36

3.1

Prosedur kajian pembinaan MPK Pola Pakaian

44

3.4

Menunjukkan rangka kerja Penilai Formatif yang

52

digunakan 5.1

Carta peringkat penghasilan MPK

74

5.2

Komponen yang terdapat dalam MPK Pola

76

Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat dalam Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) 5.2(a)

Rasional pembelajaran

78

5.2(b)

Proses Pembelajaran MPK (ubahsuai daripada

79

Shaharom) 5.2(c)

Praujian

80

5.2(d)

Objektif Pembelajaran

82

5.2(e)

Unit-unit pembelajaran bahagian teras

83

5.2(f)

Aktiviti pembelajaran

84

5.2(g)

Ujian diagnostik

85

5.2(h)

Objektif pembelajaran bahagian pemulihan

86

5.2(i)

Objektif pembelajaran bahagian pengayaan

86

5.3(a)

Penukaran saiz tulisan 12 kepada 14

88

5.3(b)

Pengubahsuaian jenis tulisan Calibri kepada

88

Times New Roman saiz 10 5.3(c)

Pengubahsuaian gambarajah dari kecil kepada besar

89

xvii   

5.3(d)

Penambahan soalan untuk Penilaian Kendiri

90

5.3(e)

Aktiviti amali

90

5.3(f)

Pengubahsuaian objektif pembelajaran

90

5.4(a)

Jarak antara baris tulisan

91

5.4(b)

Gambarajah dilabelkan

91

6.1

Carta

alir

proses

perlaksanaan

kaedah

99

Carta alir pengubahsuaian proses perlaksanaan

100

pembelajaran bermodul Shaharom(1994) 6.2

kaedah pembelajaran Shaharom

xviii   

SENARAI SINGKATAN

MPK

-

Modul Pembelajaran Kendiri

P&P

-

Pengajaran dan Pembelajaran

Pb

-

Pembelajaran Bermodul

PFKK -

Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS -

Penilaian Formatif Satu dengan Satu

SPH

Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

-

UTM -

Universiti Teknologi Malaysia

JPTK -

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kursus Jahitan Pakaian merupakan salah satu kursus yang terdapat dalam Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (CD Panduan Akademik Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan, 2007/2008). Program ini di bawah Jabatan Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Fakulti Pendidikan. Tujuan kursus ini diadakan bagi mengenalkan pelajar kepada pengetahuan mengenai jenis, klasifikasi dan pembinaan fabrik. Ia juga mendedahkan kepada pelajar kemahiran asas dalam membuat pakaian. Ia memberi penekanan kepada proses menjahit seperti asas melakar pola, jenis garis leher, lubang lengan, belah dan kancing. Pada akhir kursus ini pelajar seharusnya boleh membincang proses menjahit, prinsip memilih stail pakaian, bahan keperluan menjahit pakaian, menilai hasil kerja dan mengenal pasti masalah semasa menjalankan kerja amali (Sipnosis Mata Pelajaran Kursus Teknik dan Kejuruteraan, 2007/2008).

Dalam program SPH ini, pelajar perlu mengikuti dua kali kursus jahitan pakaian iaitu pada semester kedua dan semester ketiga. Antara sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian yang perlu diikuti oleh pelajar semester ketiga adalah seperti jadual 1.1.

2  

Jadual 1.1 : Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian

No. 1.

Sukatan Elemen Rekabentuk Pakaian

2

Prinsip Rekabentuk Pakaian

3

Fabrik Buatan Manusia

4

Pembuatan fabrik Sintetik

5

Fabrik Campuran

6

Ciri-ciri Fabrik

7

Fabrik Tenun

8

Pembinaan Fabrik

9

Fabrik Kait

10

Tekstil

11

Penjagaan Tekstil dan Pakaian

Secara umumnya kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian ini terbahagi kepada dua iaitu amali dan teori. Oleh itu, pelajar perlu mengikuti kelas amali dan kelas teori yang telah ditetapkan. Kelas amali ini bertujuan bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan konsep dan prinsip berdasarkan teori yang telah dipelajari di dalam kelas. Berikut adalah tugasan amali yang perlu dijalankan oleh pelajar dalam kursus jahitan ini. Sila rujuk jadual 1.2.

3  

Jadual 1.2 : Tugasan amali

Kod Subjek

Subjek

Tugasan • Melakar pola seluar lelaki

SPL 2112

Pengajian Pakaian

atau perempuan • Susun atur pola di atas fabrik • Menggunting fabrik • Pembinaan kocek • Pembinaan zip fly opening • Pembinaan kocek sembunyi • Pembinaan

ikatan

pinggang • memasang kancing • Pembinaan of T-shirt

Melalui kelas amali yang dijalankan, tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran dalam proses jahitan. Bagi kelas amali, untuk kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian pelajar telah diberi tugas untuk menyiapkan seluar dan T-Shirt. Proses menghasilkan seluar bermula daripada mengambil ukuran, melakar pola, susun atur pola di atas fabrik, pembinaan kocek, pembinaan zip fly opening, pembinaan kocek sembunyi pembinaan ikatan pinggang dan memasang kancing. Selepas seluar siap dijahit aktiviti diteruskan dengan menghasilkan T-shirt.

Melalui kemahiran-kemahiran yang diterapkan ini, Industri Tekstil dan Pakaian merupakan salah satu penyumbang kepada sumber pendapatan negara. Ianya merupakan industri kedua terpenting sebagai pendapatan dari eksport negara dengan tenaga pekerja lebih dari 120 000 orang iaitu 10% dari sektor pembuatan. Tekstil dan pakaian akan terus diperlukan oleh pengguna serata dunia. Dengan itu, industri ini mempunyai potensi luas untuk berkembang dengan adanya pekerja yang mencukupi (sinopsis rekaan fesyen Politeknik Johor Bahru, 2003).

4  

Berdasarkan pernyataan di atas dapat dilihat betapa pentingnya kemahiran dalam bidang jahitan perlu dipelajari dan diikuti dengan baik. Salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah membuat pola pakaian. Seperti yang kita ketahui, mendraf pola merupakan perkara penting dalam pembuatan pakaian. Pola digunakan untuk membuat pakaian yang mudah seperti seluar, skirt, baju dan lengan. Selain itu, pola digunakan untuk membuat stail pakaian dan juga pengubahsuaian. Tanpa pola proses merekabentuk dan pengubahsuaian sukar dilakukan.

Terdapat pelbagai teknik yang boleh kita pelajari dalam membuat dan mengubahsuaian

pola pakaian. Namun begitu, disebabkan oleh kekangan yang

berlaku sepanjang proses pembelajaran pelajar sukar untuk memahami cara mendraf pola pakaian. Bagi memahami dan memantapkan lagi pengetahuan yang ada, pelajar memerlukan buku sebagai sumber rujukan. Menurut Sulaiman (2002), biasanya bagi satu kursus yang ditawarkan pelajar memerlukan 5 hingga 10 buah buku rujukan.

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan pakej pengajaran dan pembelajaran kandungan kendiri yang mempunyai beberapa komponen pendidikan yang berketrampilan. MPK menggunakan strategi pembelajaran penguasaan yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar dengan sendiri berdasarkan kecepatan diri yang berasaskan teknologi pendidikan dan boleh dalam bentuk bercetak dan bukan bercetak atau gabungan kedua-duanya (Shaharom, 1994). Menurut Burns (1971) pembelajaran bermodul ini juga membantu pelajar meneruskan pembelajaran mereka mengikut kemampuan diri masing-masing.

Objektif utama pembinaan sesuatu MPK adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu dari segi sikap, minat terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar, motivasi dan lainlain (Shaharom, 1993). MPK ini juga dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap kemampuan mereka dan melakukan

5  

proses pembelajaran tanpa ada batasan dari segi masa serta kawalan daripada pensyarah.

1.2

Latar Belakang Masalah

Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan ke atas 40 orang pelajar tahun empat semester akhir bagi program SPH menunjukkan 90% bersetuju MPK Pola Pakaian dibina. Faktor ini disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan oleh para pelajar dalam menguasi sesuatu tajuk atau topik. Kebanyakan bahan rujukan yang terdapat dipasaran tidak bersesuaian dengan sukatan pelajaran kursus. Oleh yang demikian, pelajar memerlukan MPK Pola Pakaian bagi mengatasi masalah ini dalam menimbulkan minat mereka terhadap jahitan kerana kebanyakan pelajar yang mengikuti program ini tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan.

Ini dapat dilihat berdasarkan jadual 1.3 menunjukkan bilangan pelajar mengikut pengkhususan latar belakang akademik, di mana terdiri daripada lulusan Diploma Kejuruteraan, Diploma Pengurusan, Diploma Hospitaliti, Matrikulasi dan STPM. Data ini diperolehi melalui tinjauan awal yang dijalankan ke atas pelajar tahun empat program SPH ambilan kemasukan Julai 2007/2008 dan ambilan kemasukan Disember 2007/2008 iaitu seramai 115 orang pelajar. Bilangan pelajar tahun empat semester akhir merupakan ambilan kemasukan Julai 2007/2008 adalah seramai 40 orang, manakala pelajar tahun empat merupakan ambilan kemasukan Disember 2007/200 adalah seramai 75 orang menjadikan jumlah pelajar tahun empat seramai 115 orang. Berdasarkan jadual 1.3 tersebut, majoriti pelajar yang mengikuti program SPH terdiri daripada pelajar yang pernah mengikuti kursus diploma kejuruteraan. Bagi mereka yang berada dalam bidang teknikal biasanya menggunakan otak kiri untuk belajar. Menurut Danial (1998), otak kiri lebih fokus kepada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian mengenai sesuatu perkara. Ini berbeza dengan otak kanan yang lebih memfokus kepada emosi, kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep. Di samping itu,

6  

mereka tidak pernah mengikuti kelas jahitan secara formal dimana kursus ini memerlukan lebih otak kanan untuk berfikir. Perbezaan latar belakang akademik ini menjadikan setiap pelajar tidak sama dari segi minat dan kebolehan individu. Tambahan pula, proses mendraf pola memerlukan proses yang berulang-ulang bagi mendapatkan ukuran yang tepat. Oleh itu, ia memerlukan kesabaran dan minat yang tinggi kerana proses mendraf pola mengambil masa yang panjang untuk menyiapkannya.

Jadual 1.3: Bilangan pelajar mengikut pengkhususan. Bil

kelulusan Kejuruteraan Elektrik/Elektronik Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Fizik Ukur Bahan Ukur tanah Teknologi Makanan Seni Bina Rekabentuk Industri Teknologi Pengurusan Pengurusan Hotel dan Katering Rekaan Fesyen Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Perniagaan Pengurusan Teknologi Perakaunan Matrikulasi STPM Jumlah

Bil Pelajar 21 12 9 1 5 1 2 1 1 4 1 1 2 6 17 4 27 115

Bagi kelas amali yang dijalankan, pensyarah menggunakan kaedah demontrasi atau tunjuk cara bagi menunjukkan langkah untuk mendraf pola. Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang paling sesuai kerana membawa pelajar kepada keadaan yang sebenar. Kaedah tunjuk cara ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan antara pensyarah dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza (Tengku Sarina & Yusmini 2006).

7  

Semasa kelas amali jahit, pelajar tidak dapat memberi tumpuan terhadap demostrasi yang diberikan kerana dilakukan dalam kumpulan yang besar. Pelajar terpaksa berhimpit-himpit dengan rakan-rakan yang lain untuk melihat demostrasi yang dilakukan oleh pensyarah. Keadaan ini menyebabkan pelajar mengambil kesempatan untuk membuat kerja lain semasa demostrasi dilakukan oleh pensyarah. Oleh itu, pelajar lebih suka bertanya kepada pelajar yang memberi tumpuan semasa demontrasi dijalankan. Keadaan ini mendorong kepada kesilapan yang akan dilakukan oleh pelajar tersebut ketika mendraf pola hasil daripada tunjuk ajar oleh rakan. Kesan daripada itu, mereka akan terus ketinggalan dalam menguasai sesuatu tajuk amali. Dengan adanya MPK pembelajaran pelajar akan lebih terarah di mana pelajar akan lebih bersedia setiap kali sesi pembelajaran dimulakan. Menurut Shahabudin, Rohizani dan Zohir (2007), modul merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran terancang yang disediakan oleh guru atau pensyarah berdasarkan sukatan pelajaran. Modul juga digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran memandangkan setiap individu mempunyai kesediaan dan keperluan yang berbeza.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang interaktif dimana hanya berpusatkan kepada pensyarah sahaja menyebabkan mereka kurang memahami bagaimana untuk menghasilkan pola dengan baik. Pelajar hanya bergantung kepada arahan yang diberikan oleh pensyarah menyebabkan mereka kurang berfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugasan jika tertinggal satu arahan. Menurut Shahabuddin (2007), pembelajaran berpusatkan guru bertindak secara autokratik dan memberi arahan kepada pelajar supaya melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kaedah ini banyak menggunakan teknik hafalan bagi mengingati setiap arahan yang diberikan hingga menyebabkan pelajar menjadi kurang kreatif. Sebagai contohnya penggunaan arahan yang banyak semasa demontrasi dijalankan menyukarkan pelajar untuk mengingati langkah kerja yang perlu dilakukan bagi menyiapkan pola. Pelajar biasanya hanya mampu peroleh sebanyak 30% sahaja apa yang disampaikan oleh pensyarah dan 70% lagi biasanya diperoleh daripada bahan lain atas usaha mereka sendiri (Sulaiman, 2002).

Faktor masa juga memainkan peranan yang penting dalam memahami pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Peruntukan masa amali bagi subjek

8  

jahitan oleh pihak universiti hanya tiga jam seminggu. Tiga jam masa amali tidak mencukupi bagi pelajar menguasai kemahiran-kemahiran mendraf pola kerana masa tersebut tidak digunakan sepenuhnya untuk kerja amali yang akan dilakukan. Hal ini disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan sepanjang kelas amali seperti 10 hingga 15 minit masa digunakan untuk kaedah tunjuk cara dilakukan oleh pensyarah. Manakala 15 minit lagi digunakan untuk mengambil bahan-bahan dan bagi pelajar yang menggunakan mesin jahit, mereka juga mengambil masa untuk memasang benang pada mesin jahit tersebut. Kadang kala pelajar akan berhadapan dengan masalah mesin jahit seperti jarum jahitan patah, gegendung benang habis dan mesin tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, tidak semua kemahiran dapat dikuasai oleh pelajar dalam masa yang singkat dan pelajar memerlukan daya usaha mereka sendiri untuk mengusai kemahiran-kemahiran dalam mendraf pola. Dengan adanya MPK pelajar dapat mengatasi masalah kekangan masa dan mereka dapat belajar dengan sendiri.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, mendorong pelajar untuk mencari bahan rujukan. Bahan rujukan ini digunakan dengan harapan dapat membantu mereka mengukuhkan lagi isi pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Daripada pemerhatian yang dilakukan, buku rujukan jahitan pakaian khusus pola pakaian yang ada dipasaran tidak membantu pelajar dalam pembelajaran kendiri. Bahan yang digunakan untuk pembelajaran kendiri merupakan pembelajaran yang terancang iaitu bahan yang akan dipelajari telah disusun secara secara berturutan (Esah, 2005:10). Kebanyakan buku rujukan yang ada dipasaran tidak meletakkan sasaran yang jelas dalam aktiviti penyampaiannya menyebabkan persembahannya tidak terancang dan sistematik dari segi persembahan gambar rajah, aktiviti dan bahasa.

Dari segi gambarajah sesebuah buku rujukan perlulah mempunyai persembahan yang menarik bagi menarik perhatian pelajar menggunakannya. Jika kita lihat, buku rujukan jahitan yang terdapat dipasaran, persembahannya kurang menarik dari segi gambar rajah. Peranan gambarajah amat penting dan tidak boleh dipandang remah sewaktu meletakkannya kerana mempengaruhi kefahaman pelajar.

9  

Menurut Abdul Ghani, Abdul Rahman dan Abdul Rasyid (2007) gambarajah penting dalam membantu pelajar memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Bahagian aktiviti merupakan perkara penting kerana ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kefahaman pelajar. Buku rujukan mengenai Pola Pakaian yang terdapat dipasaran tidak mempunyai ruang aktiviti bagi membolehkan pelajar menguji kefahaman mereka. Selain itu, buku rujukan tersebut cenderung kepada penerangan dan tidak memasukkan ruang aktiviti bagi meningkatkan kefahaman pelajar apabila menggunakan buku tersebut. Menurut (Sukri,1998) kebanyakan bahan-bahan pembelajaran yang menjadi rujukan pelajar lebih tertumpu kepada maklumat tetapi kurang menekankan kepada aktiviti melibatkan pelajar. Kenyataan ini disokong oleh (Abu Ani, 2001) yang menyatakan bahawa buku rujukan yang terdapat dipasaran kurang menekankan kepada aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif. Ini menyebabkan pelajar tersasar akan maksud serta isi sebenar yang ada dalam bahan rujukan tersebut.

Penggunaan

bahasa

merupakan

perkara

penting

kerana

ia

boleh

mengelirukan pembaca jika penggunaannya tidak betul. Jika kita lihat buku rujukan mengenai Pola Pakaian yang terdapat dipasaran kebanyakannya di dalam bahasa inggeris. Tambahan pula buku tersebut hasil terbitan penerbit luar negara, ini menimbulkan sedikit kesukaran kerana penggunaan bahasanya yang agak rumit. Penggunaan bahasa inggeris yang tinggi menyukarkan pelajar terutamanya bagi mereka yang kurang menguasai bahasa tersebut. Dari pengalaman penyelidik sendiri penggunaan bahasa yang terlalu sukar difahami akan menimbulkan perasaan bosan dan hilang minat. Sila rujuk rajah 1.1.

10  

Rajah 1.1: Bahan rujukan

Walaubagaimana pun, terdapat juga buku rujukan mengenai Asas Pola Pakaian dalam bahasa melayu. Walaupun buku ini menggunakan bahasa melayu, ayat yang digunakan terlalu panjang dan terlalu padat hingga menyukarkan pembaca untuk memahaminya. Bagi membantu pelajar memahami sesuatu arahan atau isi pembelajaran ayat yang digunakan mestilah ringkas tetapi mempunyai maksud yang jelas dan terang.

Hal ini menunjukkan pelajar memerlukan bahan rujukan tambahan yang sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Lantas, pembinaan MPK Asas Pola Pakaian ini diharap dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan buku rujukan yang sedia ada. Di samping menyediakan MPK Asas Pola Pakaian bagi Kursus Pengajian Pakaian yang belum ada lagi di UTM. MPK ini juga dibina bagi membantu pelajar mendapat bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan bagi mendalami pengetahuan mereka (Shaharom, 1994).

11  

1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam memahami cara mendraf pola pakaian adalah disebabkan oleh latar belakang pencapaian akedamik terdahulu mereka yang berbeza serta kaedah pengajaran yang berpusatkan pensyarah telah memberi kesan terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, kekangan masa dan ketidaksesuaian bahan rujukan dari segi gambarajah, aktiviti dan bahasa yang terdapat dipasaran turut mengganggu pelajar dalam menguasai isi pembelajaran. Oleh itu, MPK Pola Pakaian dibina sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian di UTM. MPK Pola Pakaian turut dinilai kesesuaiannya supaya pelajar dapat belajar dengan lebih efektif melalui penggunaan MPK.

1.4

Objektif Kajian

Objektif dalam kajian ini adalah untuk mencapai matlamat berikut: 1.4.1

Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Asas Pola Pakaian berdasarkan Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994).

1.4.2

Menilai kesesuaian MPK Asas Pola Pakaian sebagai bahan pembelajaran dari aspek:

1.4.2.1 Teks yang digunakan dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.2 Gambarajah yang ditunjukkan dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.3 Soalan-soalan yang dibina di dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.4 Ringkasan bab yang dibuat dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.5 Aktiviti yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.6 Objektif pembelajaran yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian.