PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM

SATU TAJUK KECIL MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... SENARAI RAJAH xii ... 2.4.7 Eksperimen 20 2.4.8 Demonstrasi 21...

86 downloads 444 Views 359KB Size
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM SATU TAJUK KECIL MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 (SISTEM PENCERNAAN MANUSIA)

NORHAFIZAH BINTI SAPUAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan Universiti teknologi Malaysia

OKTOBER 2003

iii

DEDIKASI

Khas buat emakku, Noriah binti Haron, bapaku, Sapuan bin Markom, adik-adikku, Abdul Halim dan Abdul Hafiz, dan semua sahabat-sahabatku sekalian. Terima kasih kuucapkan atas sokongan, dorongan dan bantuan yang kalian berikan.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan yang ikhlas dirakamkan pertamanya buat penyelia tesis, Profesor Madya Dr. Mohini Mohamed atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang menyiapkan tesis ini. Penghargaan ini juga ditujukan buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan perisian ini. Segala jasa kalian tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

v

ABSTRAK

Pembinaan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) penting pada masa kini dimana teknologi maklumat dan komunikasi telah mula diserapkan dalam bidang pendidikan di negara ini. Kemunculan sekolah-sekolah bestari yang menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan lagi keperluan terhadap PBK yang berunsur tempatan dan menepati kurikulum terkini. Atas dasar ini pembangun membangunkan suatu perisian pembelajaran yang bertajuk “Sistem Pencernaan Manusia” dalam subjek Biologi tingkatan 4. Perisian ini dibina sebagai medium pembelajaran alternatif selain pembelajaran guru di dalam kelas. Perisian ini membolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium pengarangan dan beberapa perisian sokongan lain contohnya Adobe Potoshop 7, Ulead GIF Animator 5 dan Sonic Foundry Sound Forge untuk menggabungkan unsur-unsur multimedia ke dalamnya. Semoga perisian ini dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

vi

ABSTRACT

Developing Computer Assisted Learning (CAL) software is important today where information and communication technology (ICT) is integrated into our education system. Emergence of ‘bestari’ schools rising the needing of software that are locally featured and based on latest curriculum. Based on this, developer developed software entitled “Sistem Pencernaan Manusia” for Biology form 4. This software is developed as an alternative learning medium other than in the classroom. This software enable student to create and control their own learning process. Using Macromedia Authorware 6.5 as an authoring tool and some other software such as Adobe Photoshop 7, Ulead GIF Animator 5 and Sonic Foundry Sound Forge for integrating multimedia elements in it. May this software are useful in learning and teaching process.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PENGAKUAN PENULIS

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xii

BAHAGIAN PERTAMA BAB 1

PENGENALAN

1

1.0

Pendahuluan

1

1.1

Latar Belakang Masalah

2

1.2

Pernyataan Masalah

4

1.3

Objektif Projek

5

1.3.1

5

Objektif Rekabentuk

1.4

Kepentingan Projek

6

1.5

Skop Dan Batasan

7

1.6

Definisi Istilah

8

1.6.1

Multimedia

8

1.6.2

Pembelajaran Berbantukan Komputer

8

1.6.3

Hipermedia

9

1.6.4

Perisian

9

viii 1.6.5

Interaktif

10

BAHAGIAN KEDUA BAB II

SOROTAN PENULISAN

11

2.0

Pendahuluan

11

2.1

Penggunaan Sistem Komputer dalam Pendidikan

12

2.2

Pembelajaran Berbantukan Komputer

13

2.3

Aspek-aspek Penting dalam Pembelajaran

2.4

Berbantukan Komputer

15

Jenis-jenis PBK

17

2.4.1

Tutorial

18

2.4.2

Simulasi

18

2.4.3

Penyelesaian Masalah

19

2.4.4

Latih Tubi

19

2.4.5

Permainan

19

2.4.6

Penemuan

20

2.4.7

Eksperimen

20

2.4.8

Demonstrasi

21

2.4.9

Ensiklopedia

21

2.4.10 Rekreasi

21

2.5

Perisian Berbantukan Kompuer yang Berkesan

22

2.6

Masalah Dalam Pembelajaran Biologi

23

2.7

Kelebihan PBK

25

2.7.1

Tahap interaktif yang tinggi

25

2.7.2

Berdasarkan kebolehan pelajar

25

2.7.3

Pelajar mengawal sendiri

2.7.4 2.8

pembelajaran

26

Menarik

26

Teori Pembelajaran

27

2.8.1

27

Teori Behaviorisme

ix

2.9

2.8.2

Teori Kognitif

28

2.8.3

Teori Konstruktivisme

29

Model-model Rekabentuk 2.9.1 2.9.2

31

Model Pendekatan Sistem (Dick and Carey)

31

Model ADDIE

34

2.9.3 Model ASSURE

35

BAHAGIAN KETIGA BAB III

REKABENTUK PERISIAN

37

3.0

Pendahuluan

37

3.1

Perancangan Model Pembangunan Perisian

38

3.2

Model rujukan

40

3.2.1

Analisis

41

3.2.2

Rekabentuk

41

3.2.3

Pembangunan

41

3.2.4

Pelaksanaan

42

3.2.5

Penilaian

43

3.3

Teori Pembelajaran 3.3.1

Aplikasi Teori Behaviorisme Dalam Rekabentuk Perisian

3.3.2

43

Aplikasi Teori Kognitif Dalam Rekabentuk Perisian

3.3.3

43

44

Aplikasi Teori Konstruktivisme Rekabentuk Perisian

45

3.4

Pemilihan Perkakasan Pembangunan

46

3.5

Pemilihan Medium Pengarangan

49

x BAHAGIAN KEEMPAT BAB IV

PEMBANGUNAN PERISIAN

51

4.0

Pendahuluan

51

4.1

Pakej Perisian

51

4.2

Kandungan Perisian

52

4.3

Komponen Perisian

59

4.3.1

Antaramuka

59

4.3.2

Interaktiviti

60

4.3.3

Teks

60

4.4

4.3.4 Grafik

60

4.3.5

Animasi

61

4.3.6

Audio

61

4.3.7

Video

62

Cara Penggunaan Perisian

62

BAHAGIAN KELIMA BAB V

PENUTUP

64

5.0

Pendahuluan

64

5.1

Ringkasan Kajian

64

5.2

Kebaikan Dan Kelemahan Perisian

66

5.2.1

Kebaikan Perisian

66

5.2.2

Kelemahan perisian

67

5.3

Masalah dan Kekangan

67

5.4

Cadangan

68

5.5

Kesimpulan

69

xi BAHAGIAN KEENAM BIBLIOGRAFI

70

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 3.1

TAJUK

MUKA SURAT

Fasa-fasa yang terdapat dalam model ADDIE

40

4.1

Carta alir perisian

53

4.2

Paparan montaj perisian

54

4.3

Skrin memasukkan nama

54

4.4

Paparan Bantuan

55

4.5

Paparan Menu Utama

56

4.6

Antaramuka submenu organ sistem pencernaan manusia

56

4.7

Paparan Pengenalan

57

4.8

Paparan ganjaran respon betul dalam Latihan Sumatif

4.9

58

Paparan ganjaran respon salah dalam Latihan Sumatif

58

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedang berkembang dan sedang giat diaplikasikan dalam semua bidang di negara ini. Ini termasuklah dalam bidang pendidikan. Era teknologi maklumat di Malaysia adalah dirintis daripada projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC). MSC ini telah diumumkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995. Putrajaya pula merupakan pusat pentadbiran kerajaan yang baru dimana akan dijadikan kerajaan elektronik atau egovernment satu masa nanti.

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, orang ramai perlu menyedari hakikat perkembangan teknologi komunikasi serta kemunculan media baru yang menuntut mereka mengejar ilmu moden dan canggih. Sehubungan itu, kerajaan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) dari semasa ke semasa untuk rakyat selain memberi peringatan mengenai kepentingan komputer sebagai sumber ilmu supaya menjadi masyarakat yang berilmu.

Pada masa kini, kerajaan sedang giat berusaha untuk melaksanakan ICT dalam bidang pendidikan. ICT kini harus dianggap sebagai satu senjata penting untuk sektor pembelajaran di negara ini dengan membabitkan keseluruhan subjek pendidikan di sekolah, bukan hanya dijadikan tumpuan bagi satu subjek pembelajaran sahaja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah, berdasarkan keupayaan teknologi itu, ICT seharusnya dianggap sebagai senjata penting untuk sektor pendidikan khususnya dalam usaha perkongsian maklumat, kerjasama, perbincangan dan sebagainya.

Sekolah bestari adalah merupakan salah satu aplikasi perdana Multimedia Super Coridor (MSC). Projek sekolah bestari ini akan bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia baru teknologi. Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain menjadi semakin giat. Guru dan pelajar mula dilatih untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

1.1

Latar Belakang Masalah

Dalam dunia yang serba moden ini, perkembangan sains dan teknologi amat giat dan pesat. Corak pendidikan masa kini dipengaruhi oleh perkembangan ini dimana teknologi moden harus diserap dan dieksploitasi dengan sepenuhnya dalam duinia pendidikan. Negara Malaysia telah jauh ketinggalan dalam penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding Negara maju yang lain. Untuk

meninggikan mutu pendidikan, corak pendidikan masa kini harus dipelbagaikan dengan penggunaan multimedia. Corak pengajaran tradisional sudah tidak sesuai dalam dunia yang moden kerana menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang membosankan dan kurang menarik. Pelajar tidak mendapat gambaran sebenar mengenai sesuatu topic kerana tidak dapat rangsangan oleh semua deria.

Penggunaan alat Bantu mengajar yang sesuai dan menarik mampu merangsang dan memotivasikan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pembelajaran Biologi berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita percaya bahawa pembelajaran Biologi akan lebih menarik, bermakna dan produktif melalui penggunaan perisian multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan corak pembelajaran baru yang kaya dengan input data yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan subjek yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat Bantu mengajar yang lain seperti buku, pita video, pita audio dan lain-lain yang bersifat satu hala atau unidirectional.

Namun begitu, pada masa kini perisian berunsurkan pendidikan yang berciri tempatan dan menepati kehendak kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia masih berkurangan. Pembangunan perisian berbantukan komputer yang berbentuk multimedia interaktif ini adalah antaranya bertujuan untuk memenuhi keperluan kurikulum pendidikan masa kini seperti kurikulum sekolah bestari yang banyak menggunakan media berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan perisian PBK ini adalah untuk mengubah corak pengajaran dan pembelajaran tradisional yang hanya menggunakan pendekatan yang stereotaip kepada corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dimana berbagai-bagai pendekatan dapat diaplikasikan dan lebih berpusatkan pelajar.

Menurut kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996), menunjukkan kesanggupan guru-guru untuk membangunkan perisian adalah tidak menggalakkan. Ini merupakan

salah satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya perisian sebegini dalam pasaran. Penggunaan multimedia merupakan satu alternatif kepada penggunaan buku. Perisian yang dibangunkan berasaskan kepada ciri-ciri tempatan dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Anjakan paradigma dalam bidang pendidikan negara yang menjurus kepada penggunaan kelengkapan perkakasan dan perisian komputer serta pencapaian maklumat tanpa sempadan telah membawa satu perubahan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mana tidak lagi berpusatkan guru sematamata. Dengan kepekaan dan keprihatinan pihak kerajaan dalam memajukan tahap pendidikan, PBK dipercayai boleh memenuhi aspirasi negara dan rakyat yang mahukan pendidikan berkualiti.

1.2

Pernyataan Masalah

Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional tidak mampu meningkatkan kefahaman pelajar dan ingatan yang berkekalan. Para pelajar menghadapi masalah dalam mata pelajaran sains kerana sukar untuk memahami sesuatu konsep sains yang abstrak atau kurang menyedari fenomena sains yang sentiasa berlaku di persekitaran mereka. Menurut Okey (1978), pelajar hilang minat terhadap pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran, penyusunan isi kandungan yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang tidak memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik yang mana faktor-faktor ini akan menyebabkan para pelajar kurang memahami konsep sebenar dalam mata pelajaran sains.

Perisian Berbantukan Komputer merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam penyampaian isi pelajaran disamping mempunyai ciri-ciri yang menarik dan interaktif yang dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Koleksi perisian

multimedia pendidikan yang berciri tempatan khususnya yang menggunakan bahasa kebangsaan adalah sangat berkurangan. Projek ini adalah suatu usaha untuk menghasilkan satu perisian PBK berciri tempatan dan mengikut kurikulum sekolah kearah pengisian kekurangan perisian tempatan dan juga sebagai tambahan kepada perisian-perisian tempatan yang telah sedia ada.

1.3

Objektif Projek

Projek ini adalah bertujuan untuk merekabentuk satu perisian aplikasi multimedia yang interaktif dan berciri tempatan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini merangkumi tajuk kecil Sistem Pencernaan Manusia yang berada di bawah tajuk Nutrisi dalam sukatan pelajaran terbaru Biologi tingkatan 4 KBSM. Objektif Projek pembangunan perisian PBK ini secara umumnya adalah untuk membantu pelajar lebih memahami topik sistem pencernaan dan membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Perisian ini membantu dalam memahami konsep yang asbtrak dengan menyediakan grafik, animasi, audio, video dan aktiviti yang menarik. Selain itu, pembangunan perisian adalah untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari ke dalam bentuk yang lebih konkrit dan memberi faedah.

1.3.1

Objektif Rekabentuk

Berpandukan kepada huraian sukatan mata pelajaran Biologi yang terbaru, antara objektif bagi membina perisian ini adalah seperti berikut :

i.

Pelajar dapat memberikan definisi sistem pencernaan dengan betul.

ii.

Pelajar dapat menyatakan organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan manusia dengan betul.

iii.

Pelajar dapat menyusun urutan proses yang berlaku dalam sistem pencernaan manusia dengan betul.

iv.

Pelajar dapat menyatakan bahan-bahan yang diuraikan oleh pencernaan manusia dengan tepat.

v.

Pelajar dapat membezakan proses pencernaan yang berlaku dalam setiap organ dengan betul.

1.4

Kepentingan Projek

Tujuan projek ini dibina adalah berdasarkan tanggapan bahawa sistem pendidikan pada abad ke-21 akan mengalami revolusi yang ketara dibandingkan dengan sistem yang sebelum ini. Ini juga adalah berikutan saranan kerajaan dimana menggalakkan setiap sebuah rumah memiliki sebuah komputer. Tujuan kerajaan berbuat demikian adalah untuk melahirkan negara yang berteknologi maklumat seterusnya mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, dunia pendidikan juga perlulah berkembang sejajar dengan fenomena ini. Dengan itu, para pendidik harus bersedia untuk menuju kearah pendidikan alaf baru. Perisian yang dibina ini dijangka dapat :

a) Meningkatkan pemahaman tentang konsep Biologi melalui konsep sedikit demi sedikit yang digunakan.

b) Membolehkan pelajar mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menguasai isi mata pelajaran semasa sesi penilaian formatif dan sumatif. c) Membolehkan pelajar mengulangi proses pembelajaran secara berulangkali sehingga mereka benar-benar faham tentang konsep tersebut.

1.5

Skop Dan Batasan

Perisian ini merangkumi subtajuk “Pencernaan Makanan” dibawah “Nutrisi” yang terdapat dalam sukatan terbaru bagi mata pelajaran Biologi. Tajuk ini adalah bertemakan “Menyiasat Fisiologi Kehidupan” berpandukan kurikulum yang terbaru. Isi kandungan yang dirangkumi dalam perisian ini termasuklah :

Sistem Pencernaan Manusia yang meliputi organ-organ berikut :

a. Mulut b. Esofagus c. Perut d. Usus e. Hati