PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN NEGERI DI

polisi pendidikan pula, Laporan Barnes 1951, bolehlah dianggap sebagai laporan pendidikan pertama yang...

8 downloads 552 Views 323KB Size
PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN NEGERI DI SEKOLAH AGAMA  MENENGAH KEPADA PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN: SUATU KAJIAN KESANNYA  KEPADA PENTADBIRAN PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI SELANGOR    Azizi Umar   Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia    Supyan Hussin  Institut Alam Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia    Abstrak:  Kertas  kerja  ini  akan  membincangkan  masalah  kakitangan  perkhimatan  pendidikan  negeri  Selangor  yang  telah  membuat  opsyen  untuk  berada  di  bawah  perkhidmatan  pendidkan  persekutuan.  Pertukaran  ini  adalah  hasil  daripada  ppilihan  yang  disediakan  oleh  Kementerian  Pelajaran  susulan  daripada  proses  pendaftaran  Sekolah  Agama  Menengah  di  bawah  Jabatan  Agama  Islam  Selangor  sebagai  Sekola  Agama  Bantuan  Kerajaan  pada  tahun  2005.  Ia  bertujuan  untuk  mengemukakan  kesan  pertukaran  tersebut  dalam pentadbiran  pendidikan  agama  Islam  di  negeri tersebut. Hasil kajian yang diperolehi daripada meteodologi yang digunakan, keprihatianan  kepada  pemerkasaan  Sekolah  agama  tersebut  semakin  meningkat  dari  kedua‐dua  belah  pihak.  Bagaimanapun,  tahap  keprihatianan  tersebut  telah  mempengaruhi  polisi  pendidikan  kedua‐dua  belah pihak sehingga mencetuskan konflik pemilikan kuasa dari sudut autoriti dan logistik.  

  PENGENALAN    Dalam perbincangan  mengenai isu‐isu pendidikan di rantau dan Malaysia amnya, masalah pendidikan  Islam sering terpinggir dalam arus pendidikan negara. Kemungkinan ini adalah disebabkan pendidikan  Islam  itu  sendiri  dilihat  dalam  perspektif  kecil  melalui  amalan  kurikulumnya  yang  menfokus  kepada  bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab. Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada satu sistem  kehidupan  dalam  Islam  itu  sendiri.  Lantaran  itulah  ia  dibina  di  atas  falsafah,  pembudayaan  dan  penginstitusiaannya serta mempunyai kaedah pembelajaran, pengajaran dan teori ilmu yang tersendiri.  Ilmu  dan  pembinaan  kurikulumnya  adalah  alat  untuk  mencapai  tujuan  pendidikan  tadi  termasuklah  guru yang mengajar ilmu tersebut.    Dalam perspektif  yang lain, pendidikan Islam juga mempunyai institusinya yang tersendiri seperti surau  dan pondok yang dibina sejak awal kemunculan Islam lagi sehinggalah saat kejatuhan keagungannya di  zaman  Khalifah  Othmaniyyah  1920an.  Di  Nusantara  samada  di  Malaysia  atau  Indonesia,  kemunculan  institusinya  tidak  jauh  berbeza  kerana  ia  menerima  Islam  dalam  kontek  satu  kelompok  yang  sama.  Perbezaan  perkembangan  institusinya  hanya  berlaku  selepas  masing‐masing  mencapai  kemerdekaan.  Pengisian dalam kemerdekaan tersebut sudah tentu bergantung kepada perancangan polisi yang dibina  oleh  penjajah  masing‐masing.  Dengan  semangat  nasionalisme  dan  dasar  pecah  dan  perintah  penjajah   pada masa itu, tidak mungkin corak perkembangannya sama.  Di Malaysia, jelas sekali undang‐undang  yang  digubal  adalah  berasaskan  Suruhanjaya  Lord  Reid  dan  ahli‐ahli  jawatankuasanya.  Dalam  kontek  polisi  pendidikan  pula,  Laporan  Barnes  1951,  bolehlah  dianggap  sebagai  laporan  pendidikan  pertama  yang dibina sebaik sahaja Malaysia mencapai kemerdekaan. Dalam laporan tersebut terdapat kedudukan  kurikulum pengajaran agama dalam polisi pendidikan kebangsaan (Federal Ordinance, 1952).    PERSPEKTIF AWAL DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA    Oleh yang demikian, perbincangan mengenai isu‐isu pendidikan Islam khususnya di Malaysia tidak lagi  terikat kepada kurikulumnya sahaja tetapi juga institusinya seperti sekolah agama. Perlu disebutkan di  sini, selepas kemerdekaan, berasaskan prinsip perlembagaan, terdapat dua kerajaan yang menguruskan 

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  134 pendidikan  Islam  iaitu  kerajaan  persekutuan  dan  negeri.  Kerajaan  persekutuan  mentadbir  kurikulum  pendidikan Islam manakala kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas institusi pendidikan Islam seprti  sekolah  agama  dan  kurikulum  pengajian  agama  yang  berasaskan  sistem  madrasah  (kurikulum  Diniah  atau  juga  disebut  kurikulum  Al‐Azhar).  Pembinaan  sekolah  agama  adalah  hasil  daripada  perubahan  besar‐besaran  institusi  pondok  yang  telah  mengalami  pembaharuannya.  Pembaharuan  yang  berlaku  sejak awal abad ke‐20 ini mendapat kerjasama yang padu daripada pihak berkuasa agama negeri yang  pada masa itu belum mempunyai kerajaan berdaulat seperti hari ini. Ia hanya mula diperkukuhkan oleh  pihak berkuasa agama negeri sejak selepas kemerdekaan (Nabir Abdullah, 1976) .     Dalam situasi hari ini, sekolah agama seringkali dikaitkan dengan masalah kelemahan pengurusan dan  masalah sumber kewangan walaupun ia juga telah ditadbir oleh sebuah kerajaan.  Dari segi kebaikan dan  kehebatannya  pula,  ditonjolkan  sekolah  tersebut  dari  sudut  pembinaan  kurikulumnya  yang  bersifat  serampang dua mata atau dwi‐kurikulum yang bertujuan melahirkan insan yang berguna kepada agama,  masyarakat  dan  negara.  Dalam  kertas  kerja  yang  ringkas  ini  penulis  ingin  membincangkan  tentang  masalah  perancangan  dan  pengurusan  sumber  manusia  bagi  guru‐guru  sekolah  agama  di  bawah  pentadbiran jabatan agama khususnya di negeri Selangor.    PERKHIDMATAN PENDIDIKAN    Sistem bantuan perkapita kepada sekolah‐sekolah agama rakyat (SAR) telah dihentikan pada tahun 2002.  Bagaimanapun  satu  langkah  baru  untuk  mengatasi  masalah  SAR  ialah  dengan  mendaftar  sekolah  tersebut sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).  Cadangan ini  adalah hasil daripada Laporan  Jawatankuasa  Khas  Mengkaji  Isu  Pendidikan  Islam,  Peranan  Sekolah  Agama  Rakyat  dan  Memperkasakan  Sekolah  Kebangsaan  Khususnya  Pendidikan  Islam.  Laporan  ini  dipengerusikan  oleh  Tan  Sri  Murad  pada  tahun  2004.  Cadangan  ini  sebenarnya  bukanlah  baru  kerana  ia  telah  lama  dibuat  oleh  kementerian  pendidikan  berkaitan  dengan  status  SAR  pada  tahun  1996.  Kajian  tersebut  mencadangkan  agar  menjadikan  SAR  sebagai  Sekolah  Agama  Bantuan  Kerajaan  (SABK)  berdasarkan  akta tersebut (Kementerian Pendidikan, 1996).  Melalui beberapa perbincangan, kerajaan negeri Selangor  telah mengambil keputusan untuk mendaftar kesemua sekolah menengah yang berjumlah 23 buah dan  diserahkan  kepada  kementerian  pelajaran  (sebelum  ini  dikenali  sebagai  kementerian  pendidikan).  Ia  telah  diakhiri  dengan  satu  memorendum  persefahaman  antara  kedua  belah  pihak.  Memorandum  tersebut telah ditandatangani pada 28Disember 2004.  Berasaskan memorendum persefahaman tersebut,  terdapat  tiga  asas  utama  yang  melibatkan  perkhidmatan  pendidikan  dan  perguruan  (Memorandum  Persefahaman, 2004):    • Pegawai  perkhidmatan    pendidikan    negeri  yang  bertaraf    tetap  mempunyai  pilihan  untuk  memasuki  perkhidmatan  pendidikan  persekutuan  atau  kekal  dengan  perkhidmatan  sedia  ada.  Penerimaan kemasukan tersebut tertakluk kepada syarat‐syarat perkhidmatan yang ditetapkan.  •

Guru‐guru yang memilih untuk kekal dengan perkhidmatan sedia ada dibenar mengajar mana‐ mana  sekolah  agama  di  bawah  persekutuan  dengan  syarat  gaji  dan  elaun  mereka  dibayar  oleh  Kerajaan  Negeri  sehingga  tamat  perkhidmatan  atau  bersara.  Kerajaan  Persekutuan  mempunyai  kuasa  ke atas guru‐guru tersebut dari sudut pengajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran.  



Manakala  bagi  guru  dalam  perkhidmatan  negeri  yang  belum  bertaraf  tetap  diterima  masuk  dalam  perkhidmatan  persekutuan  tertakluk  kepada  syarat‐syarat  perkhidmatan  yang  telah  ditetapkan. 

Bagi  menjayakan  hasrat  tersebut,  beberapa  langkah  telah  diambil  oleh  kerajaan  persekutuan  melalui  kementerian pelajaran iaitu menawarkan pilihan kepada kakitangan atau guru di sekolah agama untuk 

134

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  135 membuat  opsyen  samada  kekal  dengan  perkhidmatan  negeri  atau  membuat  pilihan  baru  dengan  memasuki  skim  baru  sebagai  pegawai  perkhidmatan  pendidikan  persekutuan.  Langkah  ini  adalah  bertepatan  dengan  peraturan  perkhidmatan  awam  (Abrar,  Temubual,  16  Mei  2006).  Menurut  sumber   Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), seramai 79 guru daripada 113 orang yang berjawatan tetap dalam  perkhidmatan  negeri  telah  memilih  untuk  memasuki  perkhidmatan  baru  iaitu  perkhidmatan  persekutuan.  Selebihnya  kekal  dengan  perkhidmatan  sedia  ada.  Manakala  kakitangan  yang  tidak  berjawatan  tetap, ke semuanya memasuki perkhidmatan persekutuan.    TUJUAN KAJIAN    Satu  kajian  telah  dijalankan  untuk  meneliti,  pertama,  mengetahui  beberapa  asas  pertukaran  perkhidmatan  tersebut;  kedua,  melihat  kesan  pertukaran  tersebut  khususnya  pertukaran  perkhidmatan  daripada  Jabatan  Agama  Islam  Selangor  (JAIS)  dan  Kerajaan  Negeri  Selangor  kepada  perkhidmatan  persekutuan. Kertas ini akan membincangkan kesan tersebut dari sudut arahan dan etika perkhidmatan,  perjalanan  kurikulum  matapelajaran  Diniah  di  sekolah  tersebut,  masalah  dalam  menentukan  sumber  kewangan  yang  wajar  diperolehi  dan  yang  paling  penting  ialah  kedudukan  negeri  sebagai  kuasa  eksekutif ke atas sekolah tersebut.    Kaedah pengumpulan data kertas kerja ini diperolehi melalui temubual pihak‐pihak yang berautoriti di  Jabatan Agama Islam di Negeri Selangor khususnya bahagian pentadbiran, sumber manusia, kurikulum  dan  pengurusan  sekolah.  Bagaimanapun,  penyelidik  juga  telah  menemubual  pegawai‐pegawai  persekutuan  samada  di  Kementerian  Pelajaran  Melaysia  (KPM)  dan  Jabatan  Kemajuan  Islam  Malaysia  (JAKIM). Di KPM, pegawai bahagian pengurusan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral  (JAPIM)  menjadi  rujukan  penyelidik.  Jabatan  ini  telah  distruktur  semula  sekarang  ini  dan  digantikan  dengan  Bahagian  Pendidikan  Islam.  Manakala  di  JAKIM,  bahagian  pendidikan  Islam  dan  Urusetia  LEPAI menjadi pihak yang sangat berautoriti kepada kajian  penulisan ini.     Informan yang ditemubual adalah terdiri daripada pegawai‐pegawai yang sedang berkhidmat dan telah  bersara daripada perkhidmatan. Kedua‐dua gabungan ini akan memberikan  kelebihan dalam  kajian ini  kerana  sesetengah  pegawai  tidak  lagi  terikat  dengan  etikadalam  perkhidmatan  khususnya  dalam  memberikan  pandangan  bebas.  Penyelidik  juga  menemubual  pegawai  dari  luar  negeri  ini  bagi  menyokong  hujah  yang  dikemukan  kerana  ia  bersifat  pembuatan  polisi  yang  sama.  Selain  daripada  temubual,  penyelidik  memperolehi  data  daripada  dokumen‐dokumen    rasmi  kerajaan  termasuk  akta‐ akta,  enakmen,  laporan  rasmi  dan  memorendum  untuk  menguatkan  kajian  ini.  Penyelidik  juga  telah  menggunakan  metod  observasi  dengan  hadir  sendiri  ke  majlis‐majlis  tertentu  berkenaan  dengan  pertukaran perkhidmatan  ini.    Penyelidik memilih negeri Selangor sebagai sampel kajian mengenai sumber manusia ini memandangkan  ia  merupakan  sebuah  negeri  yang  sudah  maju  berbanding  dengan  negeri‐negeri  lain  dari  sudut  pembangunan  sekolah  agama.  Bagaimanapun,  pertukaran  dan  perpindahan  guru  tetap  berlaku  walaupun upah bagi perkhidmatan mereka sebenarnya berada pada tahap yang memuaskan. Sekiranya  pertukaran  ini  berlaku  di  negeri‐negeri  lain  seperti  Kedah,  Perak,  Kelantan,  ia  tidak  mengejutkan  penyelidik  kerana  sudah  pasti  perkhidmatan  yang  bakal  dipeolehi  nanti  jauh  berbeza  dengan  perkhidmatan baru yang diperolehi daripada perkhidmatan persekutuan.     PERBINCANGAN AWAL    Ada tiga persoalan besar yang  timbul hasil daripada memorendum persefahaman tersebut;   

135

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  136 •





Pertama:  Sekolah  agama  di  Selangor  di  bawah  pentadbiran  JAIS  bukanlah  SAR  dalam  kategori yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Ia adalah Sekolah  Agama Negeri (SAN).  Kedua:  Sekolah  agama  ini  tidak  terlibat  dengan  bantuan  per  kapita  yang  telah  dihentikan.  Ia  telah  ditadbir  dengan  baik  sebelum  ini  tanpa  sebarang  masalah  kewangan yang serius.  Ketiga:  Hasrat  asal  kementerian  ialah  untuk  memberikan  keutamaan  kepada  SAR  yang  benar‐benar  dhaif  dari  sudut  kemudahan,  gaji  guru  dan  infrastruktur  yang  lain. 

  Berasaskan  ketiga‐tiga  persoalan  di  atas,  penyelidik  berpandangan  bahawa  adanya  faktor  lain  yang  mempengaruhi  keputusan  kerajaan  negeri  Selangor  mendaftar  sekolah  tersebut.  Antara  faktor  yang  paling  ketara  ialah  masalah  kewangan.  Masalah  kewangan  yang  dimaksudkan  ialah  kerajaan  negeri  berpandangan  adalah  lebih  baik  soal  pendidikan  agama  Islam  di  peringkat  negeri  diserahkan  kepada  kerajaan  persekutuan  memandangkan  bebanan  ini  akan  terus  bertambah  pada  masa  hadapan.  Memahami  bahawa  peluang  mengurangkan  bebanan  telah  dibuka  oleh  kerajaan  persekutuan  dalam  kontek penyediaan peruntukan perbelanjaan pendidikan Islam dan perbendaharaan negeri mempunyai  bebanan  yang  lain  ,  pilihan  lebih  baik  yang  ada  ialah  menyerahkan  sumber  kewangan  ini  diambil  daripada kerajaan persekutuan. Tambahan pula Laporan Tan Sri Murad dan kementerian pelajaran tidak  menunjukkan penolakan ke arah pendaftaran tersebut.    DAPATAN KAJIAN    Perbincangan  dapatan  kajian  akan  dibahagi  kepada  tiga  bahagian  agar  ia  dapat  dilihat  dengan  lebih  mendalam:  A.  Kuasa  Perlembagaan  Dalam  Mewujudkan  Jawatan.  B.  Kekangan  Negeri  Dalam  Mewujudkan Jawatan dan  C. Konflik Bidang Kuasa Melantik Pengetua dan Guru.    A. Kuasa Perlembagaan dalam Mewujudkan Jawatan     Kuasa terhadap Sekolah Agama    Mengikut   Perlembagaan Malaysia,  pendidikan  Islam  diletakkan  dalam  hal  ehwal  agama Islam  iaitu  di  bawah  kuasa  Raja‐raja  Melayu  (Perlembagaan  Persekutuan,  2007).  Bagaimanapun,  jika  dilihat  Akta  pelajaran  1961,  terdapat  dua  pihak  yang  mentadbir  pendidikan  agama  Islam.  Kementerian  pelajaran  mentadbir  pendidikan  agama  Islam  di  sekolah  menengah  bantuan  kerajaan  dan  kerajaan  negeri  mentadbir  pendidikan  agama  Islam  di  sekolah  rendah  kerajaan.  Pada  masa  ini  kurikulum  Diniah  di  Sekolah  Agama  Negeri  (SAN)  dan  Sekolah  Agama  Rakyat  (SAR)  ditadbir  oleh  majlis  agama  Islam  dan  lembaga  pengelola  sekolah  masing‐masing.  Matapelajaran  agama  atau  diniah  juga  masih  belum  dibincangkan dalam laporan tersebut walaupun  ianya sudah  lama diperkenalkan.    Peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam     Status  perkhidmatan  guru  di  Malaysia  bergantung  kepada  sektor  yang  dimasuki  oleh  seseorang  penjawat. Sektor perkhidmatan awam mempunyai skim tersendiri dalam melantik, mewujudkan jawatan  dan  seterusnya  diberikan  taraf  berpencen  kepada  mana‐mana  guru  tanpa  mengambil  kira  tahap  kelayakan  akademik.  Jika  kelayakan  akademkik  tidak  mencukupi,  menjadi  tanggungjawab  pihak  kerajaan persekutuan untuk memberikan latihan dan kepakaran kepada guru terbabit. Begitu juga dalam  sektor  swasta,  ia  mempunyai  skim  dan  kaedah  tersendiri  dalam  memberikan  ganjaran  kepada  kakitangannnya.  Bahkan  dalam  keadaan  tertentu,  di  sektor  tersebut  terdapat  syarikat  yang  mampu  

136

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  137 memberikan ganjaran yang lebih baik berbanding dalam sektor awam. Namun ianya banyak bergantung  kepada kekukuhan ekonomi syarikat tersebut.    Pendidikan perguruan penting kepada bakal pendidik kerana ia bertujuan menghasilkan guru mahir dan  cekap  mengajar  di  sekolah‐sekolah.  Walau  bagaimanapun,  latihan  mengajar  masih  tidak  cukup  dalam  menyediakan  mereka.  Pendidik  sentiasa  menghadapi  desakan  yang  berubah‐ubah  hasil  perubahan  masyarakat    (Abdul  Rahman  Aroff,  1987).  Hassan  Langgulung  (1991)  berpandangan  bahawan  guru  bukan  hanya  bertindak  sebagai  pengajar  bahkan  menjadi  motivator  atau  fasilitator.  Pendidikan  perguruan  adalah  sebahagian  daripada  proses  pendidikan.  Bakal  guru  bukan  sahaja  sekadar  meningkatkan  kecekapan  dan  kemahiran  mengajar  bahkan  perlu  memajukan  dirinya  sendiri  sebagai  guru  dan  individu  yang  boleh  dicontohi.  Bagi  Awang  Had  Salleh  (1985),  guru‐guru  terlatih  perlu  mengikuti latihan dalam perkhidmatan. Inilah yang dikatakan profesion perguruan yang sebenar.   

Saranan  tersebut  bertepatan  dengan  apa  yang  disebut  oleh  Jabir  bahawa  pengajaran  adalah  seni  dan  bukan  ilmu  semata‐mata  yakni  satu  kemahiran  tertentu  (Jabir  Abd  al‐Hamid,  1982).  Bagi  Hamdan,  ia  bukan  satu  lapangan  kerja  tetapi  lapangan  ikhtisas  yang  berkehendakkan  kepada  mahu  berkhidmat,  berbakti  dan  berjasa  kepada  masyarakat  dan    negara.  Ia  bukan  bermatlamat  mendapat  gaji  atau  cuti  penggal  semata‐mata  (Hamdan  Sheikh  Tahir,  1975).  Sungguhpun  mereka  telah  mengikuti  prosedur  pemilihan yang baik, latihan kursus, teladan yang baik namun proses penilaian ke atas mereka perlu ada  dan hendaklah berterusan agar mereka memperbaiki diri dari semasa ke semasa (Muhammad Hamid Al‐ Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1980).  Kedua‐dua penulis ini berkata, pendidik yang terbaik ialah mereka  yang tidak sahaja berusaha hingga sempurna pengajaran mereka dengan cara mengamalkan kemahiran  tersebut  bahkan  mendalamkan  lagi  penguasaan  mereka  dalam  matapelajaran  yang  diajar  dengan  pelajaran lanjutan.    

Selain itu, bakal‐bakal pendidik hendaklah mendidik sepertimana mereka mendidik anak‐anak mereka.  Bahkan  mendidik  pelajar  lebih  penting  daripada  mendidik  anak‐anak  kerana  mendidik  pelajar  adalah  proses  pendidikan  ke  arah  kehidupan  yang  berkekalan  (Muhammad  Hasan,  Dr.    &  Nadiyah  Jamal  al‐ Din,  1984).  Ketinggian  iltizam  yang  ditunjukkan  oleh  guru‐guru  hanya  akan  berhasil  apabila  keperluannya  telah  diberikan.  Penulis  berpandangan  pendidikan  perguruan  adalah  keperluan  rohani  bagi seorang guru manakala menjaga kebajikan mereka adalah keperluan jasmani. Kedua‐dua keperluan  ini seharusnya dihormati dalam mana‐mana institusi pentadbiran khususnya pendidikan.     

Dalam  kontek  perlembagaan  di  Malaysia,  kerajaan  negeri  dan  pihak  sekolah  tidak  mempunyai  kuasa  mutlak untuk mewujudkan perjawatan guru yang berstatus pegawai awam. Dalam Perkara 132 Fasal (1)  Perlembagaan  Persekutuan  mengenai  perkhidmatan  awam,  adalah  jelas  kuasa  mewujudkan  jawatan  dalam perkhidmatan awam adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Ia telah diletakkan di bawah urusan  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jawatan yang diwujudkan oleh negeri melalui perkhidmatan negeri  juga  sebenarnya  tertakluk  kepada  kelulusan  JPA  (Salehuddin  Kayat,  Temubual).  Kedudukan  masalah  perjawatan ini dijelaskan dalam Perkara 144 Fasal (1) Tugas‐tugas Suruhanjaya Perkhidmatan:   

”Tertakluk kepada peruntukan  mana‐mana undang‐undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan  ini,  maka  adalah  menjadi  kewajipan  sesuatu  Suruhanjaya  yang  dimaksudkan  oleh  Bahagian  ini  melantik,  mengesahkan,  memasukkan  ke  dalam  perjawatan  tetap  atau  perjawatan  berpencen,  menaikkan  pangkat,  menukar  dan  menjalankan  kawalan  tatatertib  ke  atas  anggota‐anggota  bagi  perkhidmatan  atau  perkhidmatan‐perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya”.   

Peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri    Peraturan  di  atas  bukanlah  bermakna  negeri  tidak  boleh  mewujudkan  jawatan  guru  agama  untuk  mengajar kurikulum Diniah semata‐mata. Apa yang dimaksudkan ialah untuk jawatan guru agama yang 

137

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  138 setanding  dan  bertaraf  pegawai  awam  sepertimana  di  sekolah‐sekolah  kerajaan  yang  lain.  Sekiranya  kerajaan  negeri  hendak  mewujudkan  jawatan  guru  bertaraf  perkhidmatan  awam  tersebut,  ia  perlu  dirujuk kepada suruhanjaya perkhidmatan  negeri terlebih dahulu. Mereka boleh mewujudkan jawatan  tersebut tetapi dengan memperkenalkan skim perkhidmatan tersendiri yang dirancang  pada peringkat  negeri sahaja seperti mana dalam sektor swasta serta menanggung kos operasinya sendiri termasuk gaji  guru dan pentadbir.     Proses  mewujudkan  jawatan  yang  bertaraf  pegawai  perkhimatan  pendidikan  ini  sangat  mustahak  bagi  mana‐mana guru kerana ia akan memberikan jaminan dan kepuasan dalam perkhidmatan mereka nanti.  Bagi seseorang guru, keperluan kedudukan ekonomi yang kukuh dari segi gaji dan upah sangat penting.  Gaji,    upah  atau  elaun  dan  seumpamanya  merupakan  faktor  yang  boleh  memberikan  ransangan,  motivasi  dan  semangat  dalam  profesional  mereka  (Sufean  Hussin,  1996).  Ini  adalah  kerana  dengan  sumber  kewangan  itu  sahajalah,  mereka  boleh  memenuhi  kehendak  dan  citarasa  mereka  yang  lain  seperti  keselesaan  hidup,  keperluan  asasi  dan  sebagainya.  Mereka  sebenarnya  berhak  menuntut  gaji  sebagai ganjaran perkhidmatan yang telah diberikan (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1997).       Keterbatasan Kerajaan Negeri dan Sekolah    Kerajaan    Negeri  dan  pihak  Lembaga  Pengelola  Sekolah  (LPS)  mempunyai  kuasa  penuh  dalam  mewujudkan dan merangka bentuk kurikulum matapelajaran Diniah yang dikehendaki dengan keadaan  semasa.  Bagaimanapun  mereka  tidak  mempunyai  sumber  kewangan  yang  kukuh  untuk  mewujudkan  jawatan  guru  yang  akan  mengajar  kurikulum  tersebut  setanding  dengan  keperluan  semasa.  Mereka  boleh melantik dan membayar gaji guru tetapi imbuhan dan jumlah gaji yang mampu diberikan tidaklah  setanding  dengan  kemampuan  yang  ada  pada  Kerajaan  Persekutuan  (Azizi  Umar  &  Supyan  Hussin  2007)). Apatah lagi dari sudut imbuhan tambahan dan  status berpencen.     Dengan  memperkenalkan  dwi‐kurikulum  dalam  sistem  pendidikan,  bermakna  kerajaan  negeri  perlu  menyediakan  dua  kategori  guru  iaitu  guru  matapelajaran  akademik  dan  diniah.  Kekangan  ini  sangat  dirasai  memandangkan  di  peringkat  persekutuan  telah  diwujudkan  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Pendidikan  untuk  merancang  sumber  manusia  berkaitan  dengan  guru  di  peringkat  sekolah.  Persoalan  besar  yang  dihadapi  oleh  negeri  ialah  mana  mungkin  kerajaan  negeri  boleh  menanggung  keseluruhan  perbelanjaan  mengenai  semua  hal  ehwal  persekolahan  seperti  infrastruktur,  gaji  dan  latihan  guru  serta  perbelanjaan lain dalam jangka masa panjang (Azizi Umar & Supyan Hussin 2007). Permasalahan dalam  penyediaan kurikulum Diniah adalah kuasa negeri, bagaimana pula dengan guru Diniah ?  Tidakkah per  jawatan  guru  adalah  tanggungjawab  kerajaan  persekutuan.  Dalam  konteks  pendaftaran  SAN  sebagai  sekolah  bantuan  kerajaan,  ia  perlu  dilihat  dari  sudut  kekurangan  kelayakan  dan  perjawatan  guru.  Ini  adalah  kerana  tanggungjawab  untuk  mewujudkan  jawatan  guru  agama  yang  bertaraf  pegawai  perkhidmatan  awam  diletakkan  di  bawah  kerajaan  persekutuan  melalui  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  (JPA).  Perjawatan  guru  pendidikan  Islam  yang  diwujudkan  oleh  Kementerian  Pelajaran  adalah  berdasarkan keperluan sesuatu jumlah mata pelajaran dalam kurikulum kebangsaan.     Perjawatan  guru‐guru  di  bawah  perkhidmatan  kerajaan  negeri  samada  guru  bagi  matapelajaran  Diniah  atau  akademik,  status  perkhidmatannya  agak  berbeza  sedikit  berbanding  dengan  perkhidmatan  persekutuan.  Ini  disebabkan  perkhidmatan  asal  guru  sekolah  agama  lebih  cenderung  memainkan  peranan  sebagai  sektor  kebajikan  dan  masyarakat  dengan  sedikit  bantuan  daripada  institusi‐instiusi  terlibat  seperti  majlis  agama  Islam.  Ia  mula  disalur  sejak  awal  penubuhannya  lagi.  Perkembanganya  sangat pesat dan sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang bertambahan pada setiap tahun sedangkan  institusi  tersebut  juga  mempunyai  kewangan  yang  sangat  terhad.  Perkembangan  hari  semakin  baik  apabila  peranan  institusi  tersebut  turut  dibantu  oleh  kerajaan  negeri  yang  juga  mendapat  agihan 

138

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  139 daripada  perbendaharaan  persekutuan.  Ini  menjadikan  sumber  perjawatan  guru  di  sekolah  agama  adalah  gabungan  daripada  masyarakat,  institusi  agama,  kerajaan  negeri  dan  Kerajaan  Persekutuan.  Bagaimanapun  gabungan  keempat‐empat  sumber  tersebut  masih  belum  memadai  jika  dibandingkan  dengan kos perbelanjaan yang terpaksa di tangung oleh pihak berkuasa negeri.    Terdapat  juga  keadaan  di  mana  pihak  majlis  agama  Islam  negeri  mengeluarkan  fatwa  bahawa  guru  di  sekolah agama tidak lagi layak menerima peruntukan wang agihan zakat (Salehuddin Kayat, Temubual,  20 Mac 2007). Ini adalah kerana terdapat guru yang mendapat jawatan tetap. Penulis mencadangkan agar  jawatan  guru  baru  bagi  mengajar  matapelajaran  kurikulum  al‐Azhar  diwujudkan  segera  dengan  nama  Guru  Diniah  atau  seumpamanya.  Ia  perlu  dimulakan  dengan  memberikan  pengiktirafan  kepada  matapelajaran Diniah sebagai kurikulum kebangsaan. Perjawatan ini tidak lagi dilepaskan kepada negeri  semata‐mata.    Bagaimanapun,  pada  peringkat  awal  dan  permulaan  ini  adalah  wajar  kerajaan  negeri  memainkan peranan terlebih dahulu sesuai dengan peranannya sebagai kuasa eksekutif dalam hal ehwal  Islam.  Dengan  tidak  menafikan  akan  wujudnya  peminggiran  dalam  hal  ehwal  pengajaran  kurikulum  pendidikan  Islam  dan  Diniah  pada  masa  depan,  penulis  mencadangkan  kedua‐dua  belah  pihak  boleh  bersama‐sama  merancang  keperluan  pengajarannya  pada  masa  depan.  Jika  tiada  kesungguhan  dan  komitmen  tersebut,  masa  depan  kurikulum  Azhar  bakal  berkubur  secara  perlahan‐lahan.  Ia  seharusnya  bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan negeri tetapi juga kementerian pelajaran.    Pengalaman Perubahan Perkhidmatan    Sejarah  pengambilalihan  SAR  pada  tahun  1977  juga  membuktikan  pertukaran  status  perjawatan  guru  menimbulkan  pelbagai  masalah    apabila  telah  diserapkan  ke  sekolah  kerajaan.  Ramai  guru  yang  tidak  boleh  diserap  kerana  tiada  kelayakan  ikhtisas  dan  terpaksa  berpindah  sekolah  bukan  kerajaan  sehinggalah  tamat  umur  pencen  sebenar.  Pengalaman  sebagai  pengasas,  pengetua,  ahli  lembaga  pengelola dan guru bukan satu jaminan dan tidak diambil kira dalam proses perjawatan (Nik Zaharah,  Temubual,  12  Mei  2006).  Bagaimanapun  bagi  penulis,  apa  yang  berlaku  sebelum  ini  tidak  akan  sama  dengan  apa  yang  berlaku  sekarang.  Sesuai  dengan  perkembangan  semasa  dan  perubahan  polisi  yang  sudah  berkembang,  sejarah  lama  tidak  semestinya  berulang  dalam  bentuk  yang  sama.  Soal  kebajikan  guru  berkaitan  hal  ehwal  perjawatan  dan  perkhidmatan  perguruan  dari  segi  kenaikan  pangkat  adalah  sangat  mustahak.  Komitmen  guru  akan  tawar  apabila  prestasi  dan  budaya  kerja  cemerlang  mereka  langsung tidak diambil kira.     Selain  itu,  kelengkapan  untuk  menyediakan  peralatan  pengajaran  dan  latihan  perguruan  juga  memerlukan kos yang tinggi. Walaupun pihak berkuasa agama negeri juga mempunyai peruntukan ke  arah  tersebut  tetapi  sebenarnya  masih  belum  mencukupi  untuk  menanggungnya.  Tambahan  pula,  pengurusan  dan  penyelarasan  antara  jabatan  agama  negeri  dan  jabatan  persekutuan  sukar  untuk  dilaksanakan  khususnya  dalam  penggunaan  kegiatan  kemudahan  guru.    Oleh  yang  demikian,  perubahan  dalam  perkhidmatan  dengan  mengambil  kira  budaya  profesional  yang  menggalakkan  motivasi,  prestasi  dan  kepuasan  dapat  dilaksana  dengan  baik.  Dalam  sejarah  awal  Islam,  mengajar  dianggap  sebagai  tugas  keagamaan.  Guru‐guru  dilarang  menerima  bayaran  atau  gaji  (Al‐Ghazali,  t.th).  Setelah perkembangan ilmu pesat, ahli perundangan mencari jalan menghalalkannya agar sesuai dengan  perkembangan  semasa  (Tibbawi,  1972).  Perkhidmatan  yang  sempurna  bagi  guru‐guru  tersebut  amat  diperlukan  agar  seiring  dengan  perkembangan  masa.  Jika  tiada  kesungguhan  dan  komitmen  tersebut,  masa  depan  kurikulum  Azhar  di  negara  ini  akan  lenyap.  Kedua‐dua  kerajaan  negeri  dan  kerajaan   persekutuan mempunyai tanggungjawab  bagi mengelakkan hal ini dari berlaku.       

139

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  140 B. Kekangan Negeri dalam Mewujudkan Jawatan    Bebanan Dwi‐Kurikulum    Kerajaan    Negeri  dan  pihak  Lembaga  Pengelola  Sekolah  (LPS)  mempunyai  kuasa  penuh  untuk  mewujudkan  dan  merangka  bentuk  kurikulum  Diniah  yang  dikehendaki  dengan  keadaan  semasa.  Bagaimanapun,  mereka  tidak  mempunyai  sumber  kewangan  yang  kukuh  untuk  mewujudkan  jawatan  guru  yang  akan  mengajar  kurikulum  tersebut  setanding  dengan  keperluan  semasa.  Mereka  boleh  melantik  dan  membayar  gaji  guru  tetapi  imbuhan  dan  jumlah  gaji  yang  mampu  diberikan  tidaklah  setanding  dengan  kemampuan  yang  ada  pada  Kerajaan  Persekutuan.  Apatah  lagi  dari  sudut  elaun  tambahan  dan  status  berpencen.  Dengan  memperkenalkan  dwi‐kurikulum  dalam  sistem  pendidikan,  bermakna  kerajaan  negeri  perlu  menyediakan  dua  kategori  guru,  iaitu  guru  mata  pelajaran  akademik  dan  diniah.      Pengalaman Tanggungan      Pada awal kemerdekaan, situasi yang sama telah berlaku ke atas kerajaan negeri. Sebagai contoh, pada  tahun 1961 lagi, Menteri  Pelajaran  telah  menubuhkan  sebuah Jawatankuasa  Khas untuk  menyelesaikan  permasalahan  dalam  seksyen  49  Akta  Pelajaran  1961  dengan  segera  (Abdullah  Ishak,  1995).  Namun  disebabkan  beberapa  permasalahan,  jawatankuasa  ini  telah  tergendala  sebelum  dihidupkan  semula.  Kerajaan  negeri  telah  diminta  untuk    menyediakan    guru‐guru  agama  sementara  perbelanjaan  bagi  pelajaran  tersebut  hendaklah  ditanggung  bersama  oleh  kerajaan  negeri  dengan  kerajaan  persekutuan  (Federation of Malaya, 1960 ). Pengajaran agama Islam juga tidak terdapat di sekolah‐sekolah menengah  melainkan  di  sekolah  berasrama  bagi  murid‐murid  Melayu  yang  guru‐gurunya  dilantik  oleh  Kementerian  Pelajaran.  Dalam  peruntukan  Akta  1961,  semua  sekolah‐sekolah  bantuan  kerajaan  diwajibkan  mengadakan  pelajaran  agama  selama  dua  jam  (120  minit  )  seminggu  sekiranya  terdapat  15  orang atau lebih murid‐murid beragama Islam (Federation of Malaya 1961 ).     Bagi  melicinkan  lagi  perlaksanaannya,  satu  pindaan  Akta  Pelajaran  1961  Seksyen  37  telah  dipinda  (Pindaan 1963) telah dibuat pada 12 September 1963. Menurut akta tersebut, Kerajaan Pusat hendaklah  menanggung separuh (50%) daripada perbelanjaan bagi melaksanakan pelajaran Agama Islam termasuk  guru  agama  di  sekolah  rendah.  Dalam  akta  yang  sama,  ia  juga    menanggung  sepenuhya  di  sekolah  menengah  bantuan  kerajaan.    Bagi  melaksanakan  tugas  dan  kewajipan  yang  termaktub  dalam  Akta  tersebut yang dikuatkuasakan dalam tahun 1963, Kementerian Pelajaran Tanah Melayu telah menyusun  sukatan  pelajaran  Agama  Islam,  pengambilan  guru‐guru  agama,  mengadakan  latihan  perguruan,  menjalankan  pentadbiran  dan  pembiayaan  sama  ada  di  peringkat  sekolah  rendah  mahupun  menengah  (Kementerian  Pelajaran  1960  ).  Dalam  mesyuarat  ke  18  Jawatankuasa  Perhubungan  Antara  Kerajaan  Persekutuan dan Kerajaan Negeri, satu ketetapan telah diambil  untuk mewujudkan Skim Bantuan Guru  Agama/Akademik  kepada  SAN  (Bahagian  Pendidikan  Islam  dan  Moral  1983).  Dari  sudut  pembayaran  gaji  dan  elaun  hendaklah  ditanggung  oleh  pihak  berkuasa  negeri  masing‐masing  daripada  geran  atau  bantuan mengikut Akta Pelajaran ( Pindaan 1963 ).     Usaha  pengambilalihan  oleh  Kementerian  Pelajaran  diteruskan  ke  atas  guru‐guru  sekolah  rendah.  Bagi  melayakkan  guru‐guru agama sekolah menengah tidak terlatih, kementerian telah mengadakan Kursus  Dalam  Perkhidmatan.  Begitu  juga  kursus  latihan  guru‐guru  sekolah  rendah  yang  pada  mulanya  diselengarakan  oleh  pihak  berkuasa  negeri.  Kerajaan  persekutuan  telah  memulakannya  dengan  persetujuan  daripada  kerajaan  negeri  pada  Ogos  1967.  Perkara  ini  telah  dicadangkan  dalam  Laporan  Rahman  Talib  (Federation  of  Malaya  1960).  Ia  dilaksanakan  pada  tahun  1974  apabila  hampir  semua  kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan pentadbiran pendidikan agama Islam di peringkat sekolah 

140

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  141 rendah  kepada  Kementerian  Pelajaran.  Pada  tahun  1974,  kerajaan  negeri  telah  bersetuju  menyerahkan  pentadbiran  pendidikan  agama  Islam  di  peringkat  sekolah  rendah  kepada  kementerian  pelajaran.  Kementerian  telah  menyerapkan  perkhidmatan  guru‐guru  agama  sekolah  rendah  tersebut  ke  dalam  Perkhidmatan Pelajaran Persekutuan ( Kementerian Pelajaran 1979 ).    Penulis mengemukakan sejarah awal perkembangan guru agama yang mengajar mata pelajaran agama  Islam  di  atas  bertujuan  menggambarkan  bahawa  guru  tersebut  telah  memasuki  perkhidmatan  persekutuan  di  sekolah  milik  kerajaan  atau  sekolah  kebangsaan.  Hanya  keperluan  guru  di  sekolah  kerajaan  sahaja  mahu  diselesaikan  tetapi  permasalahan  guru  di  institusi  SAN  dan  SAR  itu  sendiri  dibiarkan bersendirian, berdikari dan berjalan sendiri mengikut kehendak dan cita rasa pentadbir SAR.  Dalam  hal  ini  wujudnya  dua  konflik  besar  iaitu  di  satu  pihak  ingin  mengangkat  martabat  guru‐guru  mata pelajaran agama Islam melalui pengenalan subjek tersebut di dalam persekolahan kebangsaan. Di  satu  pihak  yang  lain  melihat,  masalah  yang  bakal  dihadapi  oleh  institusi  SAN  apabila  berlaku  kekurangan  guru  yang  telah  lama  berkhidmat  dengan  sekolah  agama  tersebut  dan  kualiti  pengajaran  kurikulum  Diniah  akan  terjejas.  Pada  tahun  2004,  masalah  ini  pernah  timbul  apabila  kementerian   pelajaran telah berusaha menyerap semua guru dan pelajar SAR ke dalam sistem persekolan kebangsaan   sebelum  cadangan  pelaksanaan  pendaftaran  sekolah  agama  didaftarkan  sebagai  sekolah  bantuan  kerajaan.    Pada  pandangan  penulis,  perlu  wujudnya  satu  suasana  yang  kondusif  dan  situasi  menang‐menang  dalam  mengatasi  masalah  penghijrahan  guru‐guru  SAR.  Cadangan  penulis  ialah  pentadbir  SAN  dan  kerajaan negeri perlu memberikan kebebasan kepada guru‐gurunya untuk memilih perkhidmatan yang  diberikan dan pada masa yang sama kementerian pelajaran perlulah bersikap terbuka dengan membalas  jasa  baik  pentadbir  yang  telah  memberikan  latihan  dan  pengorbanan  kepada  guru  SAN  sepanjang  mereka berkhidmat di sekolah tersebut. Jasa baik tersebut boleh dibuktikan dengan memudahkan proses  bantuan kepada SAN dalam bentuk yang lain seperti bantuan berasaskan mata pelajaran dan bukan mata  pelajaran sebagaimana yang telah lama dikecapi oleh aliran persekolahan lain. Selain itu, bantuan terus  boleh  dilaksanakan  dalam  bentuk  pembangunan,  infrastrutur  dan  perbelanjaan  guru.  Bantuan  tersebut  hendaklah bersifat telus berdasarkan garis‐garis peraturan sedia ada.    C.  Konflik Bidang Kuasa Melantik Pengetua dan Guru    Penentuan Ketua Perkhidmatan     Dalam pemerhatian saya, MoU yang telah dipersetujui dan ditandatangani masih mempunyai beberapa  kelemahan.  Antara  kelemahan  tersebut  ialah  peruntukan  kaedah  perlantikan  guru  dan  pemilihan  pengetua. Konflik ini berpunca daripada kuasa sah antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan di  mana  kedua‐dua  kuasa  ini  adalah  kuasa  eksekutif  yang  diiktiraf  dalam  perlembagaan.  Kerajaan  persekutuan mendapatkan  kuasa daripada Akta manakala kerajaan negeri memperolehi kuasa daripada  Enakmen negeri. Sekali gus kedua‐dua kerajaan ini adalah majikan  atau pihak yang bertanggungjawab  ke  atas  pengetua  dan  guru‐guru  terbabit.  Pemilihan  opyen  yang  diberikan  guru  dan  kakitangan  yang  terlibat memberi maksud mereka seharusnya patuh dan berkhidmat kepada pihak yang bertanggunawab  kepada perkhidmatan mereka. Di Barat, orang percaya kepada hakikat bahawa siapa yang membelanja  dia yang akan menentukan dasar.    Kes  di  Selangor  ini  bukan  sahaja  melibatkan  hal  ehwal  perjawatan  guru  sahaja  tetapi  turut  melibatkan  kuasa  eksekutif,  suasana  persekitaran  dan  persepsi  perbandingan  selepas  pendaftaran  sekolah  agama  tersebut.  Lebih  menguatkan  lagi  keadaan  ini  apabila kerajaan  negeri  Selangor  telah  berlaku pertukaran  kuasa eksekutif daripada Parti Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat melalui pilihanraya Umum ke‐

141

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  142 12  pada  8  Mac  2008  (Suruhanjaya  Pilihanraya  Malaysia,  2008).  Setiap  parti‐parti  tersebut  mempunyai  pendekatan  yang  berbeza  dalam  mengatasi  permasalahan  sekolah  agama.  Semasa  awal  pemerintahan  kerajaan  baru  tersebut,  terdapat  cadangan  agar  Kerajaan  Selangor  mengambil  alih  semula  sekolah  tersebut  dan  membatalkan  perjanjian  dengan  Kementerian  Pelajaran.  Hasil  perbincangan  kedua‐dua  belah pihak yang terlibat, cadangan tersebut ditangguhkan dan dibuat persefahaman semula yang lebih  baik  demi  pendidikan  generasi  akan  datang.  (Penulis  hadir  sendiri  dalam  perbincangan  bersama  Exco  Kerajaan Selangor,pegawai‐pegawai JAIS dan pegawai Kementerian Pelajaran).    Dengan menggunakan kuasa, anggota‐anggota organisasi terlibat akan berusaha mencapai matlamatnya.  Politik organisasi tidak merugikan organisasi malah mereka berpendirian suasana kerja yang bebas dari  gelagat  politik  tidak  akan  mencapai  matlamat.  Walaupun  begitu,  mereka  tidak  menolak  gelagat  politik  yang  berlebihan  boleh  merugikan  individu,  kumpulan  dan  organisasi    (Yusuf  Ismail,  1991).  Dalam  strategi  menghadapi  politik  organisasi,  setiap  pekerja  dalam  organisasi  harus  menyedari  tentang  kewujudan politik organisasi. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut seperti  melihat kepentingan diri dan kumpulan lain secara bersama, mengenepikan konflik serta mengutamakan  kepentingan  orang  lain.  Langkah‐langkah  di  atas  berdasarkan  kepada  prinsip  kemaslahatan  umum  organisasi diutamakan berbanding dengan kepentingan jabatan tertentu.     Perlu  diingatkan SABK  bukan sekolah kerajaan  sepertimana  dalam  akta.  Oleh  kerana itu, penyelarasan  pengurusan dan pentadbiran hendaklah berbeza dengan sekolah kerajaan. Tambahan pula, ia bukanlah  sekolah agama yang ditubuh terus oleh kementerian tetapi sekolah agama yang sudah menjadi milik dan  telah  berdaftar  dengan  pihak  berkuasa  agama  negeri  ataupun  milik  lembaga  pengelola  sekolah.  Perubahan  sistem  pengurusan  inilah  yang  banyak  menimbulkan  sentimen  dan  sensitiviti  jika  tidak  diurus dengan bijaksana.    Pelaksanaan Kurikulum Mata Pelajaran Diniah    Bagi  melaksanakan  pengajaran  kurikulum  matapelajaran  tersebut  bukanlah  satu  perkara  yang  mudah  kerana  ia  melibatkan  kemampuan  pelajar,  peruntukan  masa  dan  keperluan  guru  untuk  mengajar  kurikulum  Diniah  tersebut.  Kaedah  yang  diamalkan  di  Selangor  ialah  mengikut  pengamalan  di  negeri‐ negeri lain khususnya bagi sekolah di negeri yang sudah termasyhur seperti di Kelantan, Kedah, Pulau  Pinang  dan  Perak.  Kaedah  tersebut  ialah  dengan  mengorbankan  jumlah  jam  matapelajaran  akademik  bagi  memberikan  ruang  kepada  matapelajaran  Diniah  di  SAN.  Ia    memberi  maksud  pengamalan  kurikulum  kebangsaan  tidak  dipatuhi  sepenuhnya  oleh  pihak  sekolah.  Sebagai  contoh,  dalam  akta  pendidikan  kebangsaan,  jumlah  waktu  minimum  yang  ditetapkan  bagi  matapelajaran  Bahasa  Kebangsaan  dalam  tempoh  seminggu  di  peringkat  menengah  atas  ialah  selama  enam  jam  (Akta  Pendidikan 1996). Tempoh satu waktu ialah 40 minit. Ini bermakna pihak sekolah perlu mengajar mata  pelajaran tersebut dalam tempoh 240 minit bagi tingkatan empat dan lima. Sebaliknya di sekolah agama  biasanya  tempoh  tersebut  tidak  mencukupi  kerana  mereka  terpaksa  memberikan  ruang  kepada  kurikulum  Diniah  yang  telah  diamalkan  sejak  bertahun  lamanya.  Ia  dilaksanakan  secara  bergabung  dengan selang‐seli matapelajaran bukan memisahkannya antara waktu pagi dan petang. Sekiranya SAR  mengamalkan kurikulum matapelajaran akademik sepenuhnya, tempoh pembelajaran sudah tentu akan  tamat sepenuhnya pada sebelah petang    Berasaskan pelaksanaan di atas, keperluan kepada guru tersebut tidak sama dengan sekolah kebangsaan  yang  lain.  Sekolah  yang  terlibat  akan  mempunyai  guru  Diniah  yang  ramai  berbanding  guru  matapelajaran  kebangsaan  yang  lain.  Selain  itu,  guru  tersebut  akan  berdepan  dengan  dua  situasi.  Pertama, terdapat pilihan kepada mereka samada untuk mengajar subjek pendidikan Islam atau Diniah.  Jika  pilihan  diberikan  kepada  guru  seluas‐luasnya  tanpa  penegasan  daripada  prosedur  bebanan 

142

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  143 pengajaran    yang  jelas,  berkemungkinan  tidak  ramai  guru  akan  mengajar  matapelajaran  Diniah.  Situasi  yang  kedua  ialah  guru  yang  mempunyai  skim  perkhidmatan  yang  sama  (samada  sesama  persekutuan  atau sesama negeri)  tetapi bidang pengajarannya yang berbeza. Ini akan menimbulkan masalah kerana  bebanan  mengajar  matapelajaran  Diniah  lebih  sukar  berbanding  dengan  mengajar  matapelajaran  pendidikan Islam dan subjek elektif.      Bagi  menyelesaikan  masalah  di  atas  daripada  berlanjutan,  penyelesaian  mudah  boleh  diambil  dengan  prosedur  yang  telah  ditetapkan.  Antaranya  ialah  bagi  guru  yang  memilih  perkhidmatan  negeri  diwajibkan  mengajar  matapelajaran  Diniah.  Jika  suasana  ini  berlaku,  ia  akan  melemahkan    masa  depan  matapelajaran  tersebut.  Konflik  ini  tidak  mustahil  boleh  berlaku  dan  akan  memberikan  kesan  jangka  panjang  yang  tidak  baik  kepada  kurikulum  Diniah  yang  menjadi  asas  kepada  sekolah  agama.  Penyelesaian masalah  ini  boleh  di  atasi  jika  guru  yang  mengajar  perkhidmatan persekutuan hendaklah   diwajibkan  mengajar  matapelajara  n  tersebut.  Persoalan  yang  mungkin  timbul  ialah  bolehkah  pegawai  yang  memilih  perkhidmatan  persekutuan  mengajar  matapelajaran  tersebut  kerana  MoU  yang  ditandatangani  telah  menyerahkan  tanggungjawab  kurikulum  dan  guru  matapelajaran  Diniah  adalah  tanggungjawab negeri.      Bantuan Perkapita kepada Guru    Menurut  Ordinan  1957,  terdapat  peruntukan  undang‐undang  yang  membenarkan  bantuan  kerajaan  pusat kepada sekolah agama (Federation of Malaya 1957). Ordinan ini adalah hasil daripada satu laporan  yang  dikenali  Laporan  Jawatankuasa  Menimbang  Bantuan  Kewangan  Kepada  Sekolah  Agama  Islam  Bukan  Kerajaan.  Hasil  laporan  tersebut,  cadangan  kadar  bantuan  telah  dilaksanakan  kepada  sekolah‐ sekolah tersebut bermula pada tahun 1959 (Federation of Malaya 1956 ).  Bantuan ini diberikan bertujuan  membayar  gaji  dan  elaun  guru  serta  lain‐lain  perbelanjaan  sekolah.  SAR  peringkat  rendah  hanya  menerima  bantuan  wang  sahaja  manakala  di  peringkat  menengah  boleh  menerima  bantuan  wang  dan  bantuan buku teks (Bahagian Pelajaran Ugama, 1979 ).     Bantuan  tersebut  digunakan  untuk  bayaran  gaji  dan  perbelanjaan  peralatan  pengajaran  dengan  nisbah  70: 30.  Ia bermaksud 70% daripada jumlah per kapita bagi setiap sekolah diberikan untuk kegunaan gaji  guru  manakala  selebihnyan  30%  lagi  untuk  membeli  peralatan  sekolah  berkaitan  dengan  alat  bantu  mengajar.  Pemberian  bantuan  tersebut  diberikan  dua  kali  setahun  dengan  beberapa  syarat.  Salah  satu  syaratya  ialah  Jawatan‐jawatan  guru  dan  kakitangan  kerajaan  bagi  sekolah  itu  tidak  diwujudkan  oleh  kerajaan. Namun SAN masih tidak memperolehi bantuan tersebut kerana ia mempunyai guru‐guru yang  diwujudkan  oleh  kerajaan  melalui  suruhanjaya  negeri  walaupun  dalam  bilangan  yang  terhad.  Pada  pandangan  penulis,  negeri  juga  wajar  menerima  bantuan  per  kapita  tersebut  kerana  pendapatan  per  kapita  adalah  asas  bagi  sumber  awam  negara.  Ia  wajib  disalurkan  kerana  peruntukan  tersebut  adalah  untuk  kegunaan  menyediakan  guru  kepada  negeri  tersebut.  Dalam  sistem  pendidikan  kebangsaan,  kerajaan persekutuan membenarkan sekolah yang pelbagai atas ama demokrasi pendidkan tetapi ia tidak  berlaku dalam kontek demokrasi perjawatan guru.      Suatu  perkara  lagi  yang  paling  menarik  ialah  dalam  polisi  dan  dasar  awam  kewangan  di  atas  ialah  kaedah  bantuan  yang  diberikan  berasaskan  kepala  atau  bilangan  pelajar  di  sesebuah  sekolah.  Kadar  bantuan  per  kapita  yang  disalurkan  oleh  kementerian  kepada  SAR  adalah  berdasarkan  bilangan  dan  jumlah pelajar di sesebuah sekolah. Ini bermakna jika ramai pelajar di sesebuah sekolah SAR, jumlah per  kapitanya juga bertambah. Polisi ini tidak berlaku di sekolah aliran kebangsaan yang lain kerana bantuan  yang diberikan kepadanya adalah berasaskan Pekeliling Kewangan 3/1995 yang mengkategorikan kadar  bantuan  per  kapita  adalah  berasaskan  mata  pelajaran  dan  bukan  mata  pelajaran.  Di  manakah  sumber 

143

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  144 wang  yang  berasaskan  matapelajaran  tadi  ?  Dalam  pelaksanaan  kurikulum  di  SAN,  mereka  juga  melaksanakan matapelajaran kebangsaan.    Penulis tidak menafikan bantuan kewangan yang diberikan kepada SAN telah banyak meringankan dan  memajukan  SAN  daripada  sedia  ada  sekurang‐kurang  dari  sudut  keperluan  peralatan  pengajaran  dan  kurikulum. Namun kemajuan dan pemodenan tersebut tidak akan ke mana jika akhirnya nanti, ia banyak  menimbulkan  suasana  yang  tidak  kondusif  kepada  persekitaran  sedia  ada.  Kebimbangan  ini  masih  belum dikira dalam kontek sejauh mana ia berjaya mencapai falsafah pendidikan Islam.     KESIMPULAN    Pendaftaran SAR dan SAN sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada masa sekarang masih  lagi dalam pemerhatian semua pihak yang terlibat. Samada ia mendatangkan kebaikan atau keburukan  kepada SAN sesuatu yang subjektif memandangkan ia satu proses perlaksanaan yang memerlukan masa  yang  panjang.  Sebagai  contoh,  persetujuan  untuk  mendaftarkan  SAR  telah  diikat  dengan  satu  memorendum persefahaman antara kementerian dengan pihak sekolah dan antara kementerian dengan  pihak berkuasa agama negeri. Beberapa kekeliruan telah timbul di peringkat awal pendaftaran terutama  dalam  hal  yang  berkaitan  dengan  peranan  jabatan  agama  dan  sekolah,  jaminan  kukuh  pelaksanaan  kurikulum,  perlantikan  guru  dan  pentadbiran.  Dalam  pembangunan  di  Malaysia,  isu  sumber  manusia  merupakan satu aspek yang sangat penting kerana ia akan menentukan kejayaan dan kemajuan sesebuah  negara.  Sebagai  sebuah  negara  membangun,  pembangunan  sumber  manusia  khususnya  pendidikan,  latihan  dan  kemahiran  akan  dijadikan  pelaburan  yang  paling  utama  berbanding  dengan  keperluan‐ keperluan  yang  lain.  Dalam  kontek  pendidikan  pula  ia  bukan  hanya  menjurus  kepada  kurikulum,  kos  pembelajaran  tetapi  juga  pendidikan  guru  itu  sendiri  sebagai  latihan  jangka  panjang  untuk  membangunkan potensi individu sesuai dengan falsafah pendidikan negara.    RUJUKAN    Abdul Rahman Aroff. (1987). Falsafah dan konsep pendidikan. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Fajar Bakti.  Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka.  Ahmad Ibrahim Abu Sin. (1997). Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  Al Ghazali. (t.th). Ihya’ cUlum al‐Din. Dimashq : Maktabah cAbd al‐Wakil al‐Darubi.  Awang Had Salleh. (1985). Pendidikan dalam pemikiran.  Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.   Azizi  Umar  &  Supyan  Hussin.  (2007).  Kekangan  Kurikulum  Diniah  Dalam  Dasar  Pendidikan  Kebangsaan  Pasca  Kemerdekaan.  Dlm.  Mazlan  Ibrahim  &  Kamaruddin,  Islam  Pasca  Kemerdekaan,  Jabatan  Usuluddin  dan  Falsafah, FPI UKM, Bangi.   Azizi Umar & Supyan Hussin. (2007). Konflik sekolah agama rakyat dalam dasar pendidikan kebangsaan : suatu analisis awal.  Kertas  Kerja  Seminar  Kebangsaan  Isu‐isu  Pendidikan  Negara  Kali  Ke‐Tiga.  Anjuran  Fakulti  Pendidikan  Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor, 13‐14 Februari.  Azizi Umar. (2001). Pengambilalihan sekolah agama rakyat oleh kementerian pendidikan : suatu kajian mengenai sejarah dan  tujuan. Disertasi Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.   Azizi Umar. (2007). “Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat : Suatu Kajian Sejarah dan Tujuan Asal”dalam Journal of Al‐ Tamaddun, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam UM, Zulhijjah 1427 / Disember‐ Januari 2007.  Enakmen Selangor. No. 2. Enakmen pengawalan sekolah‐sekolah agama Islam. (1988).  Federal Ordinance. (1952). Education ordinance (religious instruction). Seksyen 70  Federation of Malaya. (1956). Report of the comettee to consider financial aids to non – government islamic religious schools.   Hamdan Sheikh Tahir. (1975). Pendidikan hari ini untuk hari esok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka  Hasan Langgulung. (1991). Asas‐asas Pendidikan Islam.  Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Jabir cAbd al‐Hamid Jabir. (1982). cIlmu al‐nafs al‐tarbawiyy.  Al‐Qahirah : Dar al‐Nahdah al‐cArabiyyah.  Kementerian  Pelajaran  Malayia.  Buku  laporan  kajian  status  SMAR.  Bahagian  Perancangan  dan  Penyelidikan  Dasar.  Disember 1996. 

144

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  145 Kementerian Pelajaran Malaysia. (1956).  Laporan mengenai perlaksanaan dasar  pelajaran  terhadap pelajaran agama Islam  mengikut syor‐syor penyata Razak 1956.  Kementerian  Pelajaran.  (1971).  Laporan  mengenai  pelaksanaan  shor‐shor  jawatankuasa  penyemak  dasar  pelajaran  1960.   Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  Kementerian Pelajaran. Laporan mengenai perlaksanaan dasar  pelajaran  terhadap pelajaran agama Islam mengikut syor‐syor  Penyata Razak 195.  Lembaga  Penyelidikan  Undang‐undang,  Perlembagaan  persekutuan  (pindaan  sehingga  2007),  Kuala  Lumpur:  Internasional Law Book Services.  Bahagian 1, Perkara 3, Fasal (2), hlm. 2.  Malaya. Report of the comettee to consider financial aids to non – government islamic religious schools. (1956).   Malaysia. (2005). Akta pendidikan 1996 (Akta 550 ) & peraturan‐peraturan terpilih. International Law Book.  Memorendum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Disember 2004.  Pendaftaran 23 buah Sekolah Agama Negeri Selangor Sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.   Muhammad Hasan & Nadiyah Jamal al‐Din. (1984). Madaris al‐Tarbiyyah Fi al‐Hadarah al‐Islamiyyah. Qahirah : Dar al‐ Fikr al‐cArabiyy.  Nabir Abdullah. (1976). Maahad Il Ihya Assyaiff Gunung Semanggol 1934‐1959. Kuala Lumpur : Jabatan Sejarah UKM.  S.S.  Hussain  &  S.A.  Ashraf.  (1980).  Crisis  In  Muslim  Education.  Jeddah  :  Hodder  &  Stoughton,  King  Abdul  Aziz  University. Cet. 1.   Selangor. Enakmen pentadbiran agama Islam. (1952).  Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.  Tibbawi A.L. (1972).  Islamic Education. London : Luzac & Co.   Yusuf Ismail. (1991). Mengurus Secara Islam : Model dan Prinsip‐prinsip Pengurusan Islam Bagi Individu Dan Organisasi.   Kuala Lumpur : A.S. Noordeen.    Temu Bual    Abrar Idris. (Penolong Pengarah Unit SABK, JAPIM, KPM). 16 Mei 2006.  Ahmad Abdul Rahman. (Bekas Pegawai Kemajuan Sekolah Ugama, Bahagian Pelajaran Ugama 1978 ). 28 Mac 2007.  Ahmad Bustaman Latif (Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kualiti, JAIS) 13 Disember 2006  Dziauddin Abdul Rahman. (Mantan Ketua Penolong Pengarah BPPI, JAKIM atau LEPAI). 2 Julai 2006.  Ismail Awang. ( Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JAIS). 24 Julai 2006  Jaafar Komari (KetuaPenolong Pangarah Sektor Kurikulum JAIS), 14 Ogos 2006.  Nik Zaharah Nik Yahya (Mantan Pengetua SMKA Naim LilBanat, Kelantan 1977‐1979), 12 Mei 2006  Salehuddin Kayat (Mantan Timbalan Pengarah JAIS).  20 Mac 2007. 

145