PROGRAM SIJIL HARTA TANAH - inspen.gov.my

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH S ijil Penilaian Harta Tanah INSPEN adalah program pertama yang seumpamanya yang dijalankan di Malaysia yang bertujuan mel...

6 downloads 574 Views 2MB Size
INSTITUT PENILAIAN NEGARA

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PROGRAM SIJIL HARTA TANAH

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH

S

ijil Penilaian Harta Tanah INSPEN adalah program pertama yang seumpamanya yang dijalankan di Malaysia yang bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional dengan kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja. Berikut ialah kelebihan yang ditawarkan kepada para graduan: •

Graduan layak mendapat gaji yang lebih tinggi daripada pemegang sijil SPM iaitu P1T9 untuk jawatan Pembantu Penilaian (W17) bila bekerja di sektor awam



Pengecualian kredit daripada UWS Australia yang memberi penjimatan selama 1 tahun berbanding 3 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Business and Commerce (Property) Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN telah diiktiraf setaraf dengan diploma di Australia.



Pengecualian kredit daripada QUT Australia yang memberi penjimatan selama 1 ½ tahun berbanding 4 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Urban Development (Property Economics)



Graduan layak menduduki Peperiksaan Profesional, Pertubuhan Jurukur Diraja Malaysia (RISM) iaitu Property Management, Valuation & Estate Agency Surveying Division (PMVS)



Pengiktirafan dan pengesahan oleh JPA, RISM, LPPEH, UiTM, UTM, UWS, QUT dan sijil ini juga diiktiraf oleh badan profesional antarabangsa iaitu Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS).

SIAPA ITU PENILAI Penilai berperanan dalam memberi nasihat dan pendapat tentang nilai harta tanah. Selain itu penilai juga berperanan sebagai perunding harta, perunding projek dan penasihat dalam pelaburan harta tanah, pelelong harta dan pengurus bangunan. Dalam konteks ini, Penilai boleh memberi nasihat tentang pelaburan dan pembiayaan pembangunan harta tanah kepada ahli lembaga syarikat atau orang perseorangan yang inginkan nasihat tentang perkara yang melibatkan tanah dan bangunan dalam aspek sewaan, jual beli, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi. PERANAN Penilai memberi perkhidmatan profesional dalam menilai kepentingan sesuatu harta tanah, loji dan jentera serta peralatan, pada suatu tempoh tertentu. Penilaian diperlukan untuk pelbagai tujuan termasuk: 1. 2. 3.

OBJEKTIF PROGRAM •

Untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja penilaian harta tanah.



Untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bagi jawatan pembantu penilaian di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negeri, Badan Berkanun, PBT dan sektor swasta.



Untuk membuka peluang kepada graduan INSPEN melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi; samada dalam dan luar negara.

Penilaian aset Penilaian berkanun Penjualan atau pembelian, pinjaman perumahan, gadaijanji, jualan paksa (lelongan), rujukan mahkamah, penentuan sewa, penentuan pampasan bagi pengambilan tanah oleh kerajaan, insurans kebakaran dan lain-lain.

Kepakaran lain lebih istimewa melibatkan profesion penilaian termasuk yang berkaitan dengan penilaian hospital swasta, lapangan kapal terbang, hotel, perladangan dan harta tanah khas seperti tanah lombong dan kuari, stesen minyak, kompleks membeli belah, bangunan binaan khas pejabat, loji dan jentera serta peralatan.

KERJAYA Graduan Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN berpeluang bekerja sebagai Pembantu Penilaian (W17) seperti di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan beberapa jabatan serta agensi kerajaan yang lain atau di sektor swasta sebagai pembantu atau penolong eksekutif penilaian. Senarai firma penilaian swasta dan pemaju harta tanah boleh disemak daripada laman sesawang rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) iaitu di www.lppeh.gov.my.

SYARAT KEMASUKAN

SEMESTER SATU

Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN adalah seperti berikut: Syarat Am • Warganegara Malaysia; • Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf

STRUKTUR PROGRAM TEMPOH PENGAJIAN

2 Tahun Sepenuh Masa

LATIHAN INDUSTRI

14 Minggu dalam Semester 4

PENILAIAN KURSUS

Kerja Kursus dan Pembentangan Projek dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan

Real Estate Valuation Introduction to Law

3

Valuation Mathematics

4

Principles of Economics

5

Computer

6

English I

7

Islamic / Moral Studies

SEMESTER DUA

RANGKA PENGAJIAN

Syarat SPM • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan; • Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/ Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain; • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan • Lulus dalam 1 mata pelajaran lain.

1 2

8

Real Estate Valuation II

9

Introduction to Property Law

10

Introduction to Property Management

11

Building Technology and Services

12

Drawing Skills in Valuation

13

English II

SEMESTER TIGA 14

Introduction to Property Taxation

15

Malaysian Studies

16

English III

SEMESTER EMPAT 17

Industrial Training

SEMESTER LIMA 18

Real Estate Agency and Marketing Practice

19

Principles of Town and Country Planning

20

Building Maintenance

21

Land Economics

22

Principles of Accounting

23

Co-curriculum

SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH

S

ijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN adalah program pertama yang seumpamanya yang dijalankan di Malaysia yang bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional dengan kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja. Berikut ialah kelebihan - kelebihan yang ditawarkan kepada para graduan: •

Pengecualian kredit daripada UWS Australia yang memberi penjimatan selama 1 tahun berbanding 3 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Business and Commerce (Property)



Pengecualian kredit daripada QUT Australia yang memberi penjimatan selama 1 ½ tahun berbanding 4 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Urban Development (Property Economics) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN telah diiktiraf setaraf dengan diploma di Australia



Diiktiraf dan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)



Disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) serta diiktiraf oleh badan profesional antarabangsa iaitu Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS).

SIAPA ITU PENGURUS HARTA Pengurus harta adalah seorang yang dilantik atau dipilih oleh tuan punya sesuatu bangunan untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan harta. Peranan pengurus harta adalah menjaga dan mentadbir pelaburan pada tahap yang terbaik dan munasabah. Tugas dan tanggungjawab pengurus harta lazimnya merangkumi pembiayaan dan belanjawan mengurus bangunan, pengurusan penyewaan, pengurusan penyenggaraan, perundangan dan dokumentasi kontrak, pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, insurans dan sebagainya. PERANAN Pengurusan harta tanah melibatkan pengurusan bagi pihak pemilik atau Perbadanan Pengurusan sesuatu bangunan yang melibatkan individu atau organisasi bagi memastikan pulangan yang optimum ke atas pelaburan harta tanah dan pemilikan. Pencapaian dan matlamat pengurusan adalah seperti berikut:

OBJEKTIF PROGRAM

1.



Untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja pengurusan harta tanah.

2.



Untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bagi pembantu pengurus harta/bangunan/fasiliti di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negeri, Badan Berkanun, PBT dan sektor swasta.



Untuk membuka peluang kepada graduan INSPEN melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi; samada dalam dan luar negara.

3. 4. 5.

Pengurusan bangunan dan peralatan melalui program penyelenggaraan yang berkesan dan cekap; Memastikan tahap penghunian tertinggi dan sewa yang maksimum untuk memastikan keuntungan optimum; Kawalan caj dan perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada nilai perkhidmatan yang terbaik pada masa yang sama mengekalkan standard dan kualiti pengurusan; Menyemak dan mengkaji kos operasi; dan Pengurusan akaun dan pendapatan sewa bangunan

KERJAYA Graduan Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN berpeluang berkerja dalam sektor awam dan swasta seluruh Negara. Ini selaras dengan objektif penubuhan program ini iaitu melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja pengurusan harta tanah. Antara sektor awam yang menawarkan jawatan Pembantu Penilaian (W17) ialah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Senarai firma-firma yang mengamalkan kerja pengurusan harta tanah berdaftar dalam sektor swasta boleh di dapati daripada laman sesawang rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) iaitu di www.lppeh.gov.my

SYARAT KEMASUKAN

SEMESTER SATU

Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN adalah seperti berikut:

1

Property Management I and Information Technology

2

Building Technology

Syarat Am • Warganegara Malaysia; • Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf

3

Introduction to Law

4

Eonomics of Real Estate

5

Islamic/Moral Studies

6

English I

STRUKTUR PROGRAM TEMPOH PENGAJIAN

2 Tahun Sepenuh Masa

LATIHAN INDUSTRI

14 Minggu dalam Semester 4

PENILAIAN KURSUS

Kerja Kursus dan Pembentangan Projek dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan

SEMESTER DUA

RANGKA PENGAJIAN

Syarat SPM • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan; • Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/ Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain; • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan • Lulus dalam 1 mata pelajaran lain.

7

Property Management II

8

Introduction to Property Law

9

Building Services

10

Building Drawing

11

Principles of Valuation and Technique

12

English II

SEMESTER TIGA 13

Building Maintenance

14

Malaysian Studies

15

English III

SEMESTER EMPAT 16

Industrial Training

SEMESTER LIMA 17

Real Estate Agency & Marketing

19

Property Taxation and Introduction to Town Planning

19

Principles of Accounting

20

Property Management III

21

Building Performance and Defect

22

Co-Curriculum

SIJIL AGENSI HARTA TANAH

S

ijil Agensi Harta Tanah INSPEN adalah program ketiga yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini berbeza dengan program lain di peringkat pengajian tinggi kerana fokus utamanya adalah melahirkan seseorang yang profesional dalam agensi harta tanah. Program ini merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Program ini bertujuan untuk melahirkan ejen harta tanah yang mampu mencapai tahap kepakaran yang dikehendaki dalam bidang industri agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah. Program ini dilaksanakan dalam dua mod iaitu separuh masa dan sepenuh masa. Perbezaan antara dua mod adalah dari segi umur iaitu tiada had umur bagi pelajar CEA separuh masa manakala sepenuh masa untuk pelajar yang berumur 17 hingga 21 tahun. Program CEA telah: •

Mendapat akreditasi dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) pada 11 Julai 2011 (setaraf dengan peperiksaan Estate Agent untuk bahagian I dan II dibawah LPPEH).

OBJEKTIF PROGRAM Para graduan akan dapat: •

Pengetahuan dan kepakaran teknikal di dalam bidang agensi harta tanah.



Pengetahuan teknik perundingan, penjualan dan pemasaran harta tanah yang efektif.



Pengetahuan dalam pembentukan imej sebagai ejen harta tanah yang profesional.



Laluan alternatif untuk menjadi seorang ejen harta tanah berdaftar.

SIAPA ITU EJEN HARTA TANAH Ejen harta tanah bertindak mewakili tuan tanah samada untuk tujuan jualan atau sewaan sesuatu harta tanah. Urusniaga yang melibatkan harta tanah adalah rumit kerana kompleksiti sifat harta tanah itu sendiri. Harta tanah terdiri daripada berbagai jenis iaitu tanah pertanian, bangunan kediaman, bangunan perniagaan dan industri. Setiap jenis harta tanah memerlukan kepada kepakaran tertentu terutamanya berkaitan dengan aspek perundangan dan pentadbiran harta tanah, kemahiran rundingan, sistem percukaian, polisi-polisi kerajaan dan sebagainya. Di samping itu, transaksi harta tanah melibatkan sejumlah wang yang besar dan tidak semua orang mampu memilikinya. Oleh yang demikian, strategi pemasaran yang berkesan dan meluas serta melibatkan masa yang panjang menyebabkan seseorang itu memerlukan seorang wakil (ejen harta tanah) bertindak mewakili pihaknya dalam urusan tersebut. Oleh itu, keperluan kepada seorang ejen harta tanah yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang ini adalah diperlukan bagi memastikan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi adalah terjamin. PERANAN Skop kerja ejen harta tanah meliputi semua sektor harta tanah bagi pihak pemilik, pelabur atau penghuni dan termasuk perkhidmatan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Penyewaan dan pemajakan Penjualan dan pembelian Perundingan pelaburan Pemasaran harta tanah

KERJAYA Program Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN merupakan laluan alternatif kepada graduan untuk ditauliahkan sebagai Ejen Harta Tanah Berdaftar oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH). Program yang ditawarkan dalam dua mod (sepenuh masa dan separuh masa) ini telah mendapat pengiktirafan dan pengesahan daripada LPPEH (setaraf dengan Ujian Bertulis Bahagian I dan Bahagian II, Peperiksaan Ejen Harta Tanah).

SYARAT KEMASUKAN SEMESTER SATU

Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN (MOD SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA) adalah seperti berikut:

Syarat SPM (Mod Sepenuh & Separuh Masa) • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, atau Sains, atau Perdagangan, atau Prinsip Akaun, • 1 Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, dan • 2 Lulus dalam mana-mana mata pelajaran. ATAU (Kelayakan Tambahan untuk Mod Separuh Masa sahaja) • Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dari INSPEN, atau • Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dari INSPEN, atau • Diploma di dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), atau • Ijazah di dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

STRUKTUR PROGRAM SEPENUH MASA

SEPARUH MASA

TEMPOH PENGAJIAN

16 Bulan

14 Bulan

LATIHAN INDUSTRI

3 Bulan

6 Bulan

PENILAIAN KURSUS

Kerja Kursus, Pembentangan Projek dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan

Principles of Accounting

2

Introduction to Law

3

Principles of Economics

SEMESTER DUA

RANGKA PENGAJIAN

Syarat Am • Warganegara Malaysia; • Mod Sepenuh Masa: Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan • Mod Separuh Masa: Tiada had umur • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf.

1

4

Laws Relating to Property

5

Principle of Property Investment and Valuation

6

Principles and Practice of Marketing

7

Real Estate Agency Practice

8

Integrated Paper I

SEMESTER TIGA 9

Property Taxation

10

Land Economics

11

Ethic and Professional Practice

11

Building Technology and Maintenance

12

Integrated Paper II

SEMESTER EMPAT 13

Industrial Training

SESI PENGAMBILAN SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH & SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH • • •

Tawaran kemasukan akan dibuka bermula Mei hingga September setiap tahun Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi INSPEN iaitu www.inspen.gov.my. Sesi pengajian akan bermula pada November setiap tahun.

SIJIL AGENSI HARTA TANAH (SEPENUH MASA & SEPARUH MASA) • • • •

Tawaran kemasukan akan dibuka bermula Mei hingga September setiap tahun Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman web rasmi INSPEN iaitu www.inspen.gov.my. Mod Sepenuh Masa: Sesi pengajian bermula pada November setiap tahun. Mod Separuh Masa: Sesi pengajian bermula pada Januari setiap tahun.

YURAN PENGAJIAN SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH & SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH YURAN

SETIAP SEMESTER (RM)

Pengajian

200.00

Kemudahan

80.00

Lain-lain

85.00

JUMLAH

365.00

SIJIL AGENSI HARTA TANAH (SEPENUH MASA & SEPARUH MASA) SEPENUH MASA

SEPARUH MASA

YURAN

SETIAP SEMESTER

YURAN

SEKALI BAYAR

Pengajian

RM 200.00

Pendaftaran Kursus

RM 45.00

Kemudahan

RM 80.00

Pengajian

RM 8,700.00

Lain-lain

RM 85.00

JUMLAH

RM 8,745.00

JUMLAH

RM 365.00

JUMLAH

RM 8,745.00

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Kediaman, makan, perpustakaan, wi-fi serta fasiliti sukan dan riadah.

PENGESAHAN & PENGIKTIRAFAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS, MALAYSIA

BOARD OF VALUERS, APPRAISERS & ESTATE AGENTS, MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROYAL INSTITUTION OF CHARTERED SURVEYORS

DESTINASI GRADUAN DESTINASI GRADUAN SPHT & SPGT

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

BEKERJA? SWASTA

KERAJAAN

FIRMA PENILAI SWASTA FIRMA PENGURUSAN HARTA TANAH PEMAJU HARTA TANAH

DESTINASI GRADUAN CEA

JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN JABATAN & AGENSI-AGENSI LAIN

BERDAFTAR SEBAGAI EJEN HARTA TANAH PERCUBAAN

2 TAHUN PRAKTIKAL DI MANA-MANA FIRMA HARTA TANAH

MENDUDUKI TEST OF PROFESSIONAL COMPETENCE (TPC)

BELAJAR? DIPLOMA

IJAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

QUEENSLAND UNIVERSITY OF TECHNOLOGY UNIVERSITY OF WESTERN SYDNEY

DITAULIAH SEBAGAI EJEN HARTA TANAH BERDAFTAR

twitter.com/inspen_jpph

facebook.com/inspenJPPH

[email protected]

Membina Organisasi Berilmu