SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 - sallzmia

TAJUK : ARCA BINAAN PRODUK : MODEL ARCA UMUM BERTEMA SITUASI Kelab muzik sekolah anda ingin membina sebuah arca di hadapan pintu masuk utama sekolah. ...

198 downloads 802 Views 692KB Size
TERHAD

1

2611/3

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS

2611/3

Kertas 3 Februari – Julai

1.

Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2.

Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3.

Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

2611/3

© 2017 Hak

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD

2

2611/3

ARAHAN KEPADA CALON 1.

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.

Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2017.

3.

Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4.

Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5.

Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6.

Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7.

Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8.

Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9.

Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

3

2611/3

TUGASAN 1

BIDANG

:

SENI HALUS

TAJUK

:

ARCA BINAAN

PRODUK

:

MODEL ARCA UMUM BERTEMA

SITUASI Kelab muzik sekolah anda ingin membina sebuah arca di hadapan pintu masuk utama sekolah. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan model arca yang bertemakan muzik. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar pelbagai jenis arca sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar pelbagai alatan muzik sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik satu atau lebih hal benda yang menjadi sumber ilham.

4.

Lakaran perkembangan idea berdasarkan hal benda pilihan dengan catatan.

5.

Reka letak olahan idea dengan catatan.

6.

Kajian warna dengan skema dan catatan.

7.

Lukisan dari tiga sudut pandangan menarik.

8.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

4

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model arca anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Bebas

Ukuran minimum

:

30 cm × 30 cm × 30 cm

Teknik

:

Binaan

Tema

:

Muzik

Contoh:

Sumber : www.pinterest.com/dominiquen172/sculpture-music/

Sumber : www.andoknap.com/spiano07.htm Nota: 1. 2. 2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Portfolio anda hendaklah bermaklumat. © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

5

2611/3

TUGASAN 2

BIDANG

: REKA BENTUK

TAJUK

: REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK

: KIOSK SENI

SITUASI DZ Art ingin membina sebuah kiosk yang berfungsi untuk menjual peralatan seni yang akan ditempatkan di Karnival Seni Antarabangsa 2017. Kiosk tersebut mestilah boleh menarik perhatian dan mesra pengguna. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kiosk yang mempunyai reka bentuk yang unik, menarik dan mesra pengguna serta berkonsepkan peralatan seni. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar pelbagai kiosk sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar pelbagai peralatan seni sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik peralatan seni yang dipilih sebagai sumber ilham.

4.

Lakaran perkembangan idea kiosk dengan catatan.

5.

Lakaran dan olahan tipografi dengan catatan.

6.

Kajian pelan lantai mengikut skala dengan catatan.

7.

Kajian ergonomik.

8.

Lukisan perspektif dari tiga sudut pandangan menarik.

9.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

6

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model kiosk anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Bebas dan bersesuaian

Ukuran minimum

:

40 cm × 40 cm × 40 cm

Teknik

:

Bebas kecuali kolaj

Tema

:

Peralatan Seni

Kapsyen

:

DZ ART

Contoh:

Nota: 1. 2.

2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

7

2611/3

TUGASAN 3

BIDANG

: KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK

: PEMBUNGKUSAN

PRODUK

: PEMBUNGKUSAN NASI LEMAK

SITUASI Sebuah restoran nasi lemak ingin menghasilkan reka bentuk pembungkusan nasi lemak yang menarik bagi memudahkan proses penghantaran kepada pembeli. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk kotak pembungkusan nasi lemak yang mudah dibawa, kukuh serta dapat mempromosikan restoran tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar pelbagai reka bentuk pembungkusan, muka taip, ilustrasi, dan aspek-aspek lain yang berkenaan sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi pelbagai gambar nasi lemak sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik nasi lemak.

4.

Lakaran reka bentuk pembungkusan berserta lukisan hamparan dengan skala dan catatan.

5.

Lakaran perkembangan idea muka taip dengan catatan.

6.

Lakaran olahan reka bentuk logo atau identiti syarikat dengan catatan.

7.

Lakaran olahan idea ilustrasi dengan catatan.

8.

Lakaran olahan idea reka letak muka taip, ilustrasi, identiti syarikat, dan aspek-aspek lain dengan catatan.

9.

Kajian warna reka bentuk pembungkusan dengan catatan dan skema warna.

10. Hamparan penuh reka bentuk pilihan. 11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

8

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, pembungkusan nasi lemak anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Bebas dan bersesuaian

Ukuran minimum

:

30 cm × 10 cm × 20 cm

Warna

:

Bebas

Teknik

:

Ilustrasi ( catan) / cetakan komputer

Tema

:

Mengikut kajian

Kapsyen

:

Mengikut kajian

Contoh:

Nota: 1. 2.

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas. Hasil akhir boleh menggunakan cetakan komputer tetapi proses penghasilan hendaklah disertakan menggunakan cakera padat. 3. Guru hendaklah memastikan bahawa setiap proses penghasilan dibuat sendiri oleh calon. 4. Portfolio anda hendaklah bermaklumat. 2611/3 © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD

9

2611/3

TUGASAN 4

BIDANG

: REKA BENTUK

TAJUK

: HIASAN DALAMAN

PRODUK

: REKA BENTUK RUANG DALAM KABIN

SITUASI Ahmad bercadang mengubah suai kabin kontena miliknya yang mempunyai ruang yang kecil. Beliau ingin menjadikan ruang kecil itu sebagai tempat tidur, ruang dapur, tempat makan, dan tandas. TUGASAN Anda sebagai pereka bentuk hiasan dalaman dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dalaman kabin tersebut. Ruang yang direka mestilah mempunyai ciri-ciri keselesaan, keselamatan dan kompak. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar pelbagai jenis ruang dalaman sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar jenis perabot dan peralatan yang sesuai sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik hiasan dalaman.

4.

Lukisan pelan lantai ruang bilik mengikut skala.

5.

Lakaran perkembangan idea perabot dan kelengkapan pada pelan lantai dengan catatan.

6.

Lakaran reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai dengan catatan.

7.

Kajian ergonomik reka bentuk.

8.

Kajian warna dengan catatan dan skema warna.

9.

Lukisan perspektif tiga sudut pandangan menarik dengan catatan.

10. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan. 11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

10

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dalaman ruang kabin anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Bekas yang bersesuaian

Ukuran minimum

:

40 cm × 25 cm × 18 cm ATAU Mengikut skala ukuran dari reka cadang ruang sebenar

Teknik

:

Bebas

Tema

:

Mengikut kajian

Contoh:

Sumber: www.pinterest.com/pin/407012885050994281/

Nota: 1. 2. 3. 2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Hiasan dan perabot mestilah dihasilkan sendiri oleh calon. Portfolio anda hendaklah bermaklumat. © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

11

2611/3

TUGASAN 5

BIDANG

: KRAF TRADISIONAL

TAJUK

: BATIK

PRODUK

: BEKAS MENYIMPAN KOMPUTER RIBA

SITUASI Seorang pengusaha batik ingin mengeluarkan produk batik terbaharunya iaitu bekas menyimpan komputer riba mudah alih bagi memenuhi permintaan semasa. Bekas ini juga digunakan sebagai pelindung komputer riba serta boleh dijadikan cenderamata. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu bekas menyimpan komputer riba mudah alih daripada batik bertemakan kontemporari. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi pelbagai jenis bekas menyimpan komputer riba.

2.

Koleksi pelbagai hal benda sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik hal benda yang dipilih sebagai sumber ilham.

4.

Lakaran reka bentuk bekas menyimpan komputer riba.

5.

Lakaran perkembangan idea motif dengan catatan.

6.

Kajian gubahan reka letak landskap dengan catatan.

7.

Kajian warna pada gubahan reka letak yang dipilih dengan skema warna dan catatan.

8.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

12

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, bekas menyimpan komputer riba anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Fabrik yang bersesuaian

Ukuran minimum

:

34 cm × 25 cm × 3 cm

Warna

:

Bebas

Tema

:

Kontemporari

Teknik

:

Batik lukis

Contoh:

Nota: 1. 2. 3. 4.

2611/3

Hasil batik anda hendaklah dimatikan warna. Hasil kerja hendaklah dijahit dengan kemas. Hasil kerja tidak perlu ditambah dengan aksesori tambahan. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

13

2611/3

TUGASAN 6

BIDANG

: SENI HALUS

TAJUK

: CETAKAN STENSIL

PRODUK

: REKA CORAK SELIMUT BAYI

SITUASI Syarikat pengeluar pakaian dan keperluan bayi ingin mengeluarkan selimut bayi dengan reka corak terkini. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan selimut bayi bercorak yang bertemakan flora atau fauna. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar pelbagai jenis selimut bayi sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar flora atau fauna sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik berdasarkan sumber ilham.

4.

Lakaran reka bentuk selimut bayi dengan catatan.

5.

Lakaran perkembangan idea berdasarkan sumber ilham yang dipilih dengan catatan.

6.

Lakaran kajian reka letak motif dengan catatan.

7.

Kajian warna pada reka corak dengan skema dan catatan.

8.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

14

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak selimut bayi anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Fabrik yang bersesuaian

Ukuran minimum

:

100 cm × 100 cm

Warna

:

Bebas

Tema

:

Flora atau fauna

Teknik

:

Cetakan stensil

Contoh:

Sumber: www.albeebaby.com

Nota: 1. 2. 3.

2611/3

Hasil kerja hendaklah dijahit dengan kemas. Hasil kerja tidak perlu ditambah dengan aksesori tambahan. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

15

2611/3

TUGASAN 7

BIDANG

:

KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK

:

REKA BENTUK IKLAN

PRODUK

:

IKLAN TRANSIT

SITUASI Sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit KOOKU BHD. ingin memperkenalkan satu produk terkini telefon pintar untuk pasaran Malaysia. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk iklan transit bagi memperkenalkan produk tersebut. Iklan tersebut akan dipaparkan pada kenderaan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar pelbagai iklan transit sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis telefon pintar sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik telefon pintar dan kenderaan yang dipilih sebagai sumber ilham.

4.

Koleksi tipografi sebagai sumber ilham.

5.

Lakaran perkembangan idea tipografi dengan catatan.

6.

Lakaran perkembangan idea ilustrasi dengan catatan.

7.

Reka letak tipografi dan ilustrasi pada badan kenderaan dengan catatan.

8.

Kajian warna pada reka letak yang dipilih dengan skema dan catatan.

9.

Lukisan pada pandangan sisi kanan, sisi kiri, depan dan belakang mengikut skala dengan catatan.

10. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

16

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk iklan transit anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Model kenderaan sedia ada

Ukuran minimum

:

Berdasarkan model kenderaan yang anda pilih

Warna

:

Bebas

Tema

:

Berdasarkan kajian

Teknik

:

Ilustrasi secara manual atau cetakan komputer

Contoh:

Nota: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 2611/3

Hasil karya anda boleh dibuat pada model kenderaan sedia ada. Cadangan kenderaan seperti bas, van, teksi, bot, kapal terbang dan kapal laut. Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan. Hasil akhir boleh menggunakan cetakan komputer tetapi proses penghasilan hendaklah disertakan menggunakan cakera padat. Guru hendaklah memastikan bahawa setiap proses penghasilan dibuat sendiri oleh calon. Portfolio anda hendaklah bermaklumat. © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

17

2611/3

TUGASAN 8

BIDANG

:

KRAF TRADISIONAL

TAJUK

:

ANYAMAN

PRODUK

:

BEG

SITUASI Sebuah syarikat pengeluar beg ingin mengeluarkan beberapa jenis beg baharu yang mengaplikasikan kraf anyaman tradisional untuk jualan dan promosi di Hari Karnival Kraf Antarabangsa di luar negara. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan beg yang mengaplikasikan kraf anyaman tradisional dan menggunakan motif baharu flora atau fauna. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar pelbagai produk seni anyaman sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis beg sebagai sumber ilham.

3.

Koleksi gambar pelbagai flora atau fauna sebagai sumber ilham.

4.

Lukisan atau catan realistik flora atau fauna yang dipilih.

5.

Lakaran reka bentuk beg dengan catatan.

6.

Lakaran perkembangan idea motif flora atau fauna yang dipilih dengan catatan.

7.

Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg dengan catatan.

8.

Kajian warna dengan skema dan catatan.

9.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

18

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kraf anyaman tradisional anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Mengkuang / buluh / pandan

Ukuran minimum

:

45 cm × 20 cm

Warna

:

Bebas

Teknik

:

Anyaman

Contoh:

Sumber: www.http://bahagianusahawan.blogspot.my/

Nota: 1. 2. 3. 2611/3

Sumber: www.jendilacraft.blogspot.com Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas. Hasil anyaman anda hendaklah menggunakan teknik anyaman tradisional. Portfolio anda hendaklah bermaklumat. © 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

19

2611/3

TUGASAN 9

BIDANG

:

REKA BENTUK

TAJUK

:

LANDSKAP PERSEKITARAN

PRODUK

:

MODEL LANDSKAP LAMAN RUMAH

SITUASI Encik Azman ingin mengubah suai halaman rumahnya supaya dapat memberikan ketenangan dan merehatkan minda. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model landskap halaman rumah berdasarkan tema kajian anda. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.

Koleksi gambar landskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis pokok, perabot dan lain-lain yang berkaitan sebagai sumber ilham.

3.

Lakaran pelan konsep mengikut skala.

4.

Lakaran perkembangan idea landskap berdasarkan tema dengan catatan.

5.

Lakaran reka letak pelan cadangan.

6.

Kajian warna dengan skema dan catatan.

7.

Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.

8.

Lukisan dua keratan rentas daripada pelan cadangan.

9.

Lukisan perspektif dari tiga sudut pandangan yang menarik.

10. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

20

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model landskap halaman rumah anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan

:

Bebas

Ukuran minimum

:

40 cm × 30 cm × 25 cm

Teknik

:

Bebas kecuali kolaj

Tema

:

Mengikut kajian

Contoh:

20/40

Music Mellow steady flow

Rhode

Sumber: http://designermag.org

Nota: 1. 2. 3.

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Semua model hendaklah dibuat sendiri. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

TUGASAN TAMAT

2611/3

© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD