PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. UAW 101 PENGANTAR ARKEOLOGI Topik: Etnoarkeologi, Analogi dan Eksperimen Arkeologi
PENGENALAN: Budaya adalah sistem yang kompleks, yang melibatkan hubungan terpadu antara manusia, benda, dan lingkungannya. Salah satu disiplin dalam arkeologi yang mengkaji tentang hubungan ini adalah etnoarkeologi yang menggunakan data etnografi untuk menangani atau membantu memecahkan masalah-masalah arkeologi yang tidak terjawab dengan rekod arkeologi sematamata. ETNOARKEOLOGI: Apakah yang dimaksudkan dengan etnoarkeologi? Salah satu pendekatan asas kepada arkeologi social ialah etnoarkeologi. Ia melibatkan kedua pendekatan kajian, masyarakat kontemporari dan rekod arkeologi. Ia melihat bagaimana sesuatu budaya material menjadi rekod arkeologi, contohnya apabila sesuatu budaya material itu dibuang kesuatu tempat atau bagaimana sesuatu struktur bangunan itu runtuh atau ditinggalkan. Etnoarkeologi merupakan salah satu cabang dalam disiplin arkeologi yang menilai dan menggunakan data-data budaya masyarakat yang sedia ada yang akan dibandingkan dengan data-data arkeologi yang digunakan untuk membantu membina hipotesis dan analogi terhadap masyarakat prasejarah. Ia merupakan satu disiplin gabungan antara etnografi dan juga arkeologi. Selain itu, etnoarkeologi turut juga di kenali sebagai living archaeology.
Sejarah etnoarkeologi bermula apabila bidang ini mula diperkenalkan sekitar tahun 1960an. Ianya mula diperkenalkan sebagai gagasan arkeologi pembaharuan new archaeology yang juga dijadikan sebagai satu kaedah merekonstruksi cara hidup. Muncul transformasi dalam arkeologi 1950an selepas A Study of Archaeology (Walter Taylor, 1948) iaitu bagaimana menerangkan makna setiap artifak dan apa yang berlaku dizaman silam dan bukan diskripsi artifak semata. Ianya juga seiring dengan kemunculan beberapa teknologi baru seperti komputer, statistik, pentarikhan radiocarbon dan teknik baru mengesan tapak. Pelopor etnoarkeologi ialah Lewis Binford yang telah mengetengahkan teorinya iaitu Middle Range Theory yang telah diperkenalkan pada tahun 1960an. Teori yang diperkenalkan oleh Lewis Binford ini menggunakan analogi, etnoarkeologi dan juga turut menjalankan experimental archaeology sebagai satu alternatif bagi ahli arkeologi untuk menghubungkan serta memahami dunia silam dan juga rekod arkeologi pada masa kini. Juga merupakan satu cara menggunakan budaya material masyarakat kontemporari untuk menerangkan secara deskriptif tentang tinggalan silam. Ianya muncul kesan material bias terhadap rekod arkeologi yang tidak dapat menterjemahkan isu-isu berkaitan tingkahlaku sosial, kepercayaan, simbol dan budaya masyarakat silam. Salah satu kajian etnoarkeologi yang terkenal ialah oleh Binford terhadap Nunamiut Eskimo di Alaska dalam tahun 1960an. Binford cuba menginterpretasi tapak prasejarah Paleolitik Pertengahan Zaman Mousterian 100,000-40,000 tahun dahulu di France berdasarkan corak memburu memungut moden Nunamiut. Berdasarkan kajian beliau mendapati masyarakat ini menggunakan dan meninggalkan tulang haiwan dan alat mereka apabila bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ini menjawab bagaimana berlangsungnya mobility dan corak
ekonomi pemburu pemungut. Meskipun semua persoalan prasejarah tidak dapat dijawab secara tepat oleh etnoarkeologi, namun kajian etnoarkeologi ini melihat persamaan dari aspek fungsi dan tingkahlaku dalam semua masyarakat pemburu pemungut.
TUJUAN ETNOARKEOLOGI: Etnoarkeologi bertujuan untuk membantu ahli arkeologi memahami erti simbol, pengkebumian atau struktur ritual yang terdapat dalam artifak prasejarah. Bukan setakat itu sahaja, etnoarkeologi juga membolehkan kita memahami corak tingkahlaku sosial pemburu pemungut prasejarah. Selain menggunakan analisis sains dan arkeologi, etnoarkeologi juga digunakan untuk membantu oleh ahli-ahli zooarkeologi memahami diet dan subsisten masyarakat pada zaman prasejarah dengan melakukan serta mengetahui susunan struktur sosial, kinship (sistem keluarga) dan juga memahami ‘world view’ dan kepercayaan. Kajian saintifik melalui sains dengan sokongan data etnografi berupaya membuat hipotesis yang perlu diuji dengan data arkeologi dan data etnografi. Matlamat akhirnya ialah menerangkan fenomena sosiobudaya silam yang universal dan dinamik, contohnya kenapa pemburu pemungut berubah kepada pertanian ? dan penternakan atau apakah budaya dipengaruhi sekitaran ?
ANALOGI: Apakah yang dimaksudkan dengan Analogi? Kepelbagaian tingkahlaku masyarakat kontemporari telah menyediakan kita sumber interpretatif terhadap kehidupan dan cara hidup masyarakat silam. Analogi etnografi adalah satu kaedah
‘reasoning’ dan juga andaian yang dilihat berdasarkan perbandingan artifak prasejarah yang statik dengan budaya manusia yang masih ada. Analogi berdasarkan evolusi perbandingan antara kehidupan masyarakat kontemporari (contoh: pemburu pemungut kontemporari) dengan masyarakat prasejarah. Menggunakan pendekatan fungsi untuk membuat andaian bahawa sesuatu budaya itu tidak berlangsung mengikut keturunan tetapi saling kait mengait dan bersifat universal, berasaskan perbandingan budaya masyarakat prasejarah dan juga masyarakat moden. ‘Middle Range’ dilakukan terhadap masyarakat kontemporari menggunakan approach etnoarkeologi, experimental archaeology dibantu juga oleh dokumen sejarah. Ahli etnoarkeologi bersifat materialist bias yang mengutamakan interpretasi lebih bermakna dari sesuatu artifak prasejarah yang statik. Contohnya seketul batu tirus menurut ahli arkeologi kemungkinan sejenis alat tirus berdasarkan morfologi tetapi berdasarkan bukti etnografi masyarakat asli menggunakan alat seperti itu sebagai mata panah atau serampang tetapi etnoarkeologi memerlukan lebih dari sekadar itu kerana ia bukan hanya mlihat persamaan bentuk tetapi dari sudut lain juga, seperti bagaimana cara ianya digunakan, bagaimana ianya berfungsi, dan bagaimana cara serta teknik pembuatannya, serta jenis haiwan yang diburu.
Perbandingan antara kem prasejarah Puntutjarpa Rockshelter (kiri) dan kem masyarakat aborigines Australia moden yg.membantu memahami pattern kem masyarakat prasejarah
BUDAYA MATERIAL: Salah satu aspek budaya berasaskan peralatan bersifat kebendaan dan mempunyai pertalian dengan elemen budaya sesuatu masyarakat. Diklasifikasikan kepada peralatan domestik (keperluan rumah tangga), alat pengeluaran, alat ritual dan alat muzik . Kajian Budaya Material adalah merupakan satu cara menggunakan budaya material masyarakat kontemporari untuk menerangkan secara deskriptif tentang tinggalan silam. Metodologi kajian Etnoarkeologi 1. Survei arkeologi- melakukan survey dengan kaedah arkeologi untuk mendapatkan data demografi dan adaptasi
2. Menjalankan kajian etnografi menggunakan beberapa pendekatan etnografi spt: a. Pemerhatian ikut serta (participation observation), dimana penyelidik akan tinggal bersama dengan masyarakat yang dikaji dalam sesuatu tempoh untuk mendapatkan data-data sosio budaya b. Menjalankan temubual dengan informan secara terbuka dan in-depth interview c. Melakukan soal selidik menggunakan borang soal selidik terancang 3. Menganalisis dan interpretasi data.
EKSPERIMEN ARKEOLOGI: Apakah yang dimaksudkan dengan eksperimen arkeologi? Eksperimen arkeologi merupakan salah satu pendekatan dalam etnoarkeologi dan ianya juga dikenali sebagai action archaeology. Diperkenalkan sekitar 1960an sebagai gagasan arkeologi pembaharuan (new archaeology) sebagai satu kaedah merekonstruksi cara hidup manusia lampau berdasarkan eksperimen. Eksperimen yang terbaik ialah yang terancang dan mempunyai isu dan kaedah yang cuba diselesaikan. Eksperimen arkeologi juga menggunakan kaedah eksperimen yang terancang dan terkawal ini bertujuan unuk mengetahui
cara hidup dan teknologi
masyarakat awal dan ianya juga merupakan sebahagian dari proses latihan arkeologi yang digunakan untuk memahami fungsi. Eksperimen dan pemerhatian terhadap living tradition contoh masyarakat orang asli merupakan kaedah paling hampir untuk membina semula analogi kerana sebagai masyarakat simple. Kaedah ikut serta, eksperimen untuk menguji teknologi, budaya, corak pengeluaran dan living pattern.
Eksperimen arkeologi juga membantu untuk memahami bagaimana pembuatan pakaian dilakukan, alat digunakan dan pemprosesan yang dilakukan. Ia boleh dilakukan dengan adanya pengetahuan tentang etnoarkeologi iaitu pemerhatian terhadap Orang-orang Asli yang ada di dunia masa kini. Kajian ini akan membolehkan pengkaji menghasilkan alat batu dan menggunakan alat batu untuk melihat kegunaan alat tersebut. Kesan guna yang terdapat pada alat eksperimen ini boleh dibandingkan dengan kesan guna yang terdapat pada artifak arkeologi.
Gambar kiri menunjukkan kaedah eksperimen menguji teknologi membuat pakaian kulit kayu Berdasarkan teknologi masyarakat Orang Asli.
TEKNOLOGI DAN FUNGSI ARTIFAK: Menguji teknologi sesuatu artifak dihasilkan melibatkan teknik dan bahan mentah yang digunakan untuk membuat artifak serta bertujuan untuk menguji fungsi artifak itu sendiri. Bukan setakat itu sahaja, ianya juga menguji teknik bagaimana sesuatu artifak digunakan atau diaplikasikan serta menguji sisa atau debitage yang dapat dihasil dalam sesuatu proses
pembuatan alat batu. Melalui etnoarkeologi juga,kita akan dapat melihat masyarakat pemburu pemungut melalui masyarakat Orang Asli yang ada pada masa ini. Bidang etnoarkeologi merupakan bidang yang mengkaji tentang masyarakat sekarang (Orang Asli) dari segi kehidupan seharian untuk membantu arkeologi memahami tentang cara makanan diperolehi, pemprosesan makanan, jenis alat dan peralatan yang digunakan. Kajian terhadap masyarakat Orang Asli adalah kerana masyarakat ini masih mengamalkan aktiviti sara hidup yang paling hampir dengan masyarakat prasejarah iaitu masyarakat pemburu dan pemungut. Perbandingan dan pemerhatian terhadap aktiviti sara hidup masyarakat Orang Asli seperti memburu, memproses makanan, jenis alat dan peralatan yang digunakan adalah penting untuk mengukuhkan andaian tentang fungsi artifak yang ditemui di tapak arkeologi dan cara penggunaan artifak tersebut. Seterusnya maklumat yang diperolehi ini akan dibandingkan dengan data yang diperolehi dari tapak arkeologi seperti alat batu, alat tulang dan sisa fauna untuk memahami aktiviti sara hidup dan diet masyarakat prasejarah.
Menguji proses formasi tapak arkeologi Contoh terbaik bagi eksperimen untuk melihat proses formasi tapak ialah di tapak Overton Down di Selatan England 1960 dimana tapak direkonstruksi semula untuk melihat bagaimana perubahan berlaku terhadap tebing tanah gambut dan parit serta kandungan artifak selepas suatu tempoh. Formasi ini didedahkan dalam beberapa tempoh dan hasilnya menunjukkan selepas 1960an berlaku runtuhan pada tebing kira-kira 25cm manakala parit pula terkambus dengan cepat Artifak spt.tembikar dan kulit yang ditanam pula selepas 4 tahun tiada perubahan kecuali bahan tektil yang pudar dan rosak.
Eksperimen menguji formasi tapak Stone tool replication Satu approach eksperimen melibatkan proses menghasilkan replika alat batu yang sama menggunakan teknologi yang sama dan menguji masa,tenaga dan bahan mentah. Memerlukan pengalaman yang luas diantara pakar awal ialah Francois Bordes dan yang baru ialah Crabtree. Ahli arkeologi America Nicholas Toth telah melakukan eksperimen terhadap semua alat batu dari tapak di Kenya. Hasilnya beliau telah merubah pandangan awal bahawa alat repeh adalah sisa produk dan membuktikan alat repeh adalah alat yang asas manakala batu teras adalah alat sokongan menghasilkan alat repeh
Eksperimen membuat replika alat batu untuk melihat teknologi dan masa & tenaga yang diambil. Teknik trial and error banyak digunakan ahli arkeologi untuk mendapatkan hasil replika. Salah satu kaedah yang di eksperimen melalui pemerhatian etnografi terhadap masyarakat Indian Azteq menghasilkan pisau dari obsidian ialah penggunaan tekanan alat berbentuk T yang diletakkan didada
Rekonstruksi arkeologi Eksperimen arkeologi menggunakan beberapa metod, teknik, analisis dan approach untuk menguji hipotesis berdasarkan bukti arkeologi dari tapak. Salah satu contoh eksperimen arkeologi ialah pembinaan struktur sejarah berdasarkan bukti teknologi bersumberkan arkeologi dan sejarah. Juga dikenali sebagai reconstruction archaeology. Experiment arkeologi terbesar ialah pembinaan semula sebuah penempatan mirip zaman Logam melibatkan keluasan 6 ha di Butser Ancient Farm, Hampshire England untuk menguji bagaimana budaya zaman logam 300 BC.
Ia dianggap
mengembalikan zaman logam dalam kehidupan hari ini. Hasilnya akan dibandingkan dengan bukti
zaman logam dari tapak ekskavasi. Berdasarkan bukti arkeologi semua ciri zaman logam
diwujudkan spt.struktur rumah,peralatan,teknologi,ternakan dan pertanian menggunakan peralatan dan teknologi prasejarah