Halaman E m p at BERITA HARIAN Isnin, 19 Disember 2005

Halaman E m p at BERITA HARIAN Isnin, 19 Disember 2005 HATI-HATI MEMILIH Antara ìMapanî dengan ìMampanî PEDOMAN BAHASA D ALAM bahasa Melayu ter-...

115 downloads 206 Views 445KB Size
Halaman Empat

Antara “Mapan” dengan “Mampan” HATI-HATI MEMILIH

D

ALAM bahasa Melayu terdapat banyak perkataan yang mempunyai bunyi sebutan yang hampir sama meskipun ejaannya berbeza dan berlainan makna. Oleh sebab itu, kesalahan ejaan sering berlaku dalam penulisan, akibat kekeliruan makna sesuatu perkataan. Editor Klik DBP terpanggil untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh pembaca setia Klik DBP, Cik Nurul Nadia Abd. Rahman dari Kampung Batu Teguh, Simpang, Taiping, Perak yang ingin tahu perbezaan antara makna kata “mapan” dengan “mampan” kerana keliru tentang penggunaannya. “Mapan” ialah kata adjektif yang membawa maksud kukuh atau mantap. Seseorang penulis dikatakan “mapan” apabila kedudukan-

kalkan kestabilan ekosistem negara, satu dasar perhutanan negara yang mementingkan penggunaan sumber hutan secara mapan (bukannya mampan) diperkenalkan oleh kerajaan. a. Bersama-sama ke arah pembangunan mampan (bukannya mapan). b. Pelbagai usaha giat dilaksanakan oleh pemimpin rantau ini untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan (bukannya mapan) agar setanding dengan negara maju. Selain itu, kata yang mempunyai sebutan dan bunyi yang hampir sama dengan dua kata di atas ialah “mempan”. “Mempan” bermaksud lut, dapat dilukai oleh senjata dan boleh terbakar oleh api. Dalam bidang perubatan pula membawa makna manjur, mujarab dan mus-

tajab. “Mempan” juga digunakan sebagai kiasan bagi mereka yang dapat menerima nasihat dan ajaran. Contohnya: a. Walaupun beberapa kali ditikam tetapi tiada juga mempan. b. Hanya rawatan tradisional sahaja mempan mengubati penyakitnya. c. Murad tidak mempan disindir. Jelasnya di sini pemilihan kata adalah amat penting agar maksud yang hendak disampaikan tepat dan tidak lari daripada matlamat asal. Sebagai pencinta bahasa Melayu, kita perlu berusaha menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan indah agar dapat menghasilkan bahasa Melayu yang persis, mapan dan berkesan. Bak kata pepatah, Yang bulat takkan datang menggolek, Yang pipih takkan datang melayang.– [email protected]

Awalan MeN- dan Apitan MeN-…-kan/i

PEDOMAN BAHASA

P

nya sudah kukuh atau stabil dan dikenali ramai. Padanan dalam bahasa Inggeris bagi kata “mapan” ialah established. Perkataan “mampan” pula bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menjadi usahawan yang mampan, iaitu berjaya meningkatkan kemajuan perniagaannya dan mengekalkannya meskipun mendapat persaingan yang hebat. Padanan dalam bahasa Inggeris bagi kata “mampan” pula, ialah sustainable. Perbezaan antara kedua-dua makna perkataan ini adalah seperti dalam contoh berikut: a. Generasi muda mapan (bukannya mampan) dilihat sebagai ejen perubahan dalam semua perkara. b. Menyedari pentingnya menge-

Mempastikan atau Memastikan?

ADA umumnya masih ramai lagi pengguna bahasa Melayu yang keliru dengan penggunaan awalan meN- dan apitan meN-…-kan/i terutama dengan kata-kata yang bermula dengan huruf K, P, S, dan T. Sebagai panduan diturunkan contoh pengimbuhan yang betul:

Bagaimanapun, terdapat kekecualian dalam pengejaan kata-kata yang bermula dengan huruf K, P, S, dan T yang menerima imbuhan me- atau apitan me-..-.kan dan me-…-i. Antara bentuk kekecualian tersebut adalah seperti yang terdapat dalam contoh berikut:

Semua kata dasar yang bermula dengan huruf K, P, S dan T mengalami peluluhan kecuali bagi kata-kata pinjaman, sama ada kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, Arab mahupun Jawa. Contohnya :

Sebenarnya, dalam mana-mana bahasa di dunia pun, berlaku kekecualian ejaan dan tidak ada alasan logik yang dapat menjelaskan bentuk kekecualian ini. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, bentuk jamaknya ditandai dengan huruf ‘s’ di hujung perkataan seperti fruits, books, shops dan tools. Namun dalam bahasa Inggeris juga terdapat bentuk jamak yang ditandai dengan ‘en’ dan ‘es’ di hujungnya seperti ox en dan box es, manakala bentuk jamak bagi child pula ialah children dan bukannya ‘childs’ atau ‘childen’. Pendek kata, jika kita boleh memahami dan menghafal bentuk-bentuk kekecualian yang terdapat dalam bahasa Inggeris yang lebih tidak menentu itu, mengapa tidak kita memahami dan menghafal bentuk-bentuk kekecualian yang ada pada bahasa kita. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, pelajari bahasa kita, cintai bahasa kita. – [email protected]

Buku Pengajaran Jawi untuk Guru Bakal Muncul dalam Pasaran

G

URU-GURU yang terlibat dalam program j-Qaf tidak perlu bimbang kerana buku yang menyediakan maklumat tentang proses pengajaran Jawi akan terbit tidak lama lagi. Buku ini memberikan penerangan dengan contoh-contoh modul aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik penga-

jaran dan pembelajaran Jawi kepada guru terlatih, bakal guru, peserta program pensiswazahan dan peserta kursus dalam perkhidmatan serta pendidik bahasa Melayu di seluruh negara. Bab pendahuluan ialah paparan ringkasan daripada penyelidikan penulis tentang permasalahan dan dapatan Ka-

jian pengajaran dan Pembelajaran Jawi sepanjang tempoh kajian dari tahun 1992 hingga 1995. Hasil daripada penyelidikan inilah, penulis memikirkan bagaimana cara mengatasi permasalahan pengajaran dan Pembelajaran Jawi ini. Oleh yang demikian, jalan penyelesaiannya ialah hasil yang telah penulis

usahakan sepanjang bertugas di UPSI hingga kini. Bahagian kedua buku ini memberikan beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajarkan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Noraini Abd. Shukor

BERITA HARIAN Isnin, 19 Disember 2005

PERIBAHASA

Kalau Benih yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

M

ASYARAKAT Melayu pada zaman lampau mencipta peribahasa, antaranya adalah untuk menasihati golongan muda dan generasi seterusnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan perilaku yang baik dan yang terlarang; dan tidak kurang pula yang memberikan perangsang dan semangat untuk memperingati serta mengekalkan jati diri bahasa, budaya dan bangsa supaya terpelihara dan lestari sepanjang zaman. Peringatan terhadap semangat ini dikaitkan dengan peribahasa “Kalau benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau” dan “manikam dijatuhkan di lembahan takkan hilang cahayanya”. Peribahasa ini menggambarkan usul menunjukkan asal dan bahasa menunjukkan bangsa. Peribahasa Madura juga ada menyebutkan hal ini, iaitu “Basa nantowagi bangsa” yang bermaksud bahasa menunjukkan bangsa dan “Basa gambaran nan Budhi” yang memperlihatkan keperibadian seseorang melalui cara dia berbicara. Dalam bahasa Inggeris juga terdapat peribahasa seumpama ini, iaitu Dogs bark as they are bred. – [email protected]

Pertandingan Mereka Cipta Logo Jubli Emas DBP

D

EWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menyambut ulang tahun yang ke-50 pada 22 Jun 2006. Sempena Sambutan Jubli Emas ini, DBP mempelawa semua warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan mereka cipta logo Jubli Emas DBP. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas kecuali penganjur pertandingan dan ahli keluarga terdekat. Hadiah pertama ialah wang tunai berjumlah RM1,500.00 berserta Sijil. Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh didapati melalui majalah terbitan DBP atau melalui laman khas DBP di http://www.dbp.gov.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Disember 2005 (Jumaat). Penyertaan yang lewat tidak akan diterima. Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Urus Setia, Pertandingan Mereka Cipta Logo Sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur. Tel. : 03-21486767/1700/3241 ataue-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]