i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU MEMBINA

19. BAB 2. KAJIAN LITERATUR. 20. 2.1 Pengenalan. 20. 2.2 Konsep pentaksiran . 21. 2.3 Pentaksiran pembelajaran. 23. 2.4 Kepentingan pentaksiran pembel...

7 downloads 976 Views 429KB Size
i

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU MEMBINA ITEM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM INSTRUMEN PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

AFINDE BIN OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2016

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat Isteri Tercinta, Khadijah Binti Azman Dan Anak-anak yang disanyangi. Nur Fatihah, Nur Khaireen Hana dan Nur Anissa Adni

Terima kasih kerana amat memahami dan memberi sokongan yang tiada henti. Kasih sayang dan sokongan yang diberikan menjadi kekuatan dalam meneruskan perjuagan ini.

Buat Ibu Tersayang, Asmah Binti A. Kadir Dan Ayahanda dan Bonda (Mertuaku), Azman Bin Yahya, Zaidah Binti Ishak

Serta adik beradik dan rakan-rakan

Terima kasih di atas doa yang tidak pernah henti-henti dan sokongan mental dan fizikal sehingga anakanda mampu menyiapkan kajian ini. Doa dan restu kalian menjadikan perjalanan ini lebih mudah dan bermakna.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA, dapat saya menyempurnakan Laporan Projek Sarjana ini dengan sempurna. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada yang saya hormati, Dr. Azman Bin Hasan, penyelia projek sarjana atas bimbingan, tunjuk ajar serta kesabaran yang diberikan sepanjang tempoh menjadi penyelia dalam melaksanakan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada panel-panel penilai Dr. Badaruddin Bin Ibrahim dan Tn. Hj. Mohd. Zaid Bin Mustafa atas segala teguran dank omen yang membina untuk menambah baik lagi laporan ini. Ucapan terima kasih ingin dirakamkan kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional kerana member ruang dan peluang untuk saya meningkatkan tahap pendidikan saya ke tahap sarjana. Penghargaan juga diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Muar, SMK Dato Sri Amar Diraja Muar, SMK Convent Muar, SMK Tun Perak Muar, Guru-guru sekolah menengah yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Kerjasama yang diberikan amat saya hargai. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kerjasama sepanjang pengajian saya serta rakan-rakan guru yang banyak membantu secara tidak langsung. Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi, terima kasih kerana bersama-sama hingga ke akhirnya menempuh cabaran sebagai siswa dan siswi. Terima kasih semua. Hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas jasa kalian.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT berdasarkan kepada kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5. Sebanyak enam persoalan kajian telah dibangunkan bagi mengkaji permasalahan kajian. Rekabentuk kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan inferensi dalam bentuk tinjauan yang melibatkan data kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik berskala likert lima mata sebagai instrumen kajian. Seramai 161 sampel guru daripada 3 buah sekolah di daerah Muar, Johor terpilih menjadi responden dalam kajian ini. Model Pengukuran Rasch telah digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang telah dibina sendiri. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5 terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan membina item KBAT. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru-guru yang mengubal item pentaksiran dan program peningkatan profesionalisme guru di sekolah. Kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan bagi memperbaiki kekurangan dalam kajian ini.

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the level of knowledge, skills and practices of teachers in constructing Higher Order Thinking Skills (HOTS) items for learning assessment instruments. The study also looked at the different levels of knowledge, skills and practices based in constructing the HOTS items based on group of form 3 and form 5 teachers. A total of six research questions were developed to study the problems of the study. The design of this study involves the descriptive and inferential analysis in the form of a survey using questionnaires Likert five-point scale as an instrument. A total sample of 161 teachers from three schools in Muar, Johor was selected as respondents in this study. Rasch Measurement Model was used to determine the validity and reliability of the instrument. The findings indicate that knowledge, skills and practices of teachers in constructing the HOTS items is at the high level. The study also shows that there is no significant difference between a groups of form 3 and form 5 teachers towards the level of knowledge, skills and practice in constructing the HOTS items. The results of this study can be used as a guideline for teachers in constructing the assessment items and as the professionalism improvement programme of teachers in schools. Further research could also be implemented to correct deficiencies in the study.

vii

KANDUNGAN

PENGESAHAN

TAJUK

i

PERAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

viii BAB 1

BAB 2

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar belakang masalah

2

1.3

Penyataan masalah

10

1.4

Tujuan kajian

11

1.5

Objektif kajian

11

1.6

Persoalan kajian

12

1.7

Skop kajian

13

1.8

Batasan kajian

13

1.9

Kepentingan kajian

14

1.10

Kerangka konseptual kajian

15

1.11

Definisi istilah dan pengoperasian

16

1.12

Rumusan

19

KAJIAN LITERATUR

20

2.1

Pengenalan

20

2.2

Konsep pentaksiran

21

2.3

Pentaksiran pembelajaran

23

2.4

Kepentingan pentaksiran pembelajaran

24

2.5

Instrumen pentaksiran

25

2.6

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

26

2.7

Kepentingan KBAT

28

2.8

Perspektif baharu dalam penggubalan item

30

Pentaksiran KBAT

ix 2.9

Prinsip pembinaan dan penilaian item KBAT

31

2.10

Langkah pembinaan item KBAT

33

2.11

Kajian-kajian terdahulu

33

2.12

Kemahiran dan amalan penting dalam pembinaan

41

Item KBAT

BAB 3

2.13

Amalan pentaksiran pembelajaran oleh guru

42

2.14

Rumusan

46

METODOLOGI

47

3.1

Pengenalan

47

3.2

Reka Bentuk kajian

48

3.3

Populasi dan sampel kajian

49

3.4

Kerangka operasi

52

3.5

Instrumen kajian

54

3.5.1 Borang soal selidik

54

3.6

Lokasi kajian

57

3.7

Kajian rintis

58

3.7.1 Kesahan (validity) soal selidik

59

Analisis kajian rintis

60

3.8.1 Analisis kebolehpercayaan item (item reliability)

60

3.8

dan indeks pengasingan 3.8.2 Analisis kebolehpercayaan individu

62

(person reliability) dan indeks pengasingan 3.8.3 Polariti item (item polarity)

63

x

BAB 4

3.8.4 Kolerasi residual terpiawai item

66

3.8.5 Kesesuaian item (item fit)

67

3.9

Kaedah pengumpulan data

72

3.10

Kaedah analisis data

72

3.11

Rumusan

76

ANALISIS KAJIAN

77

4.1

Pengenalan

77

4.2

Analisis data

77

4.3

Data demografi responden

78

4.3.1 Analisis responden mengikut jantina

79

4.3.2 Analisis responden mengikut bidang

79

Matapelajaran 4.3.3 Analisis responden mengikut kumpulan

80

mengajar matapelajaran 4.4

Dapatan kajian

80

4.4.1 Analisis tahap pengetahuan guru terhadap

81

pembinaan item KBAT 4.4.2 Analisis tahap kemahiran guru terhadap

85

pembinaan item KBAT 4.4.3 Analisis tahap amalan guru terhadap pembinaan item KBAT

88

xi 4.4.4 Analisis perbezaan tahap pengetahuan guru

91

terhadap pembinaan item KBAT mengikut kumpulan guru mengajar matapelajaran 4.4.5 Analisis perbezaan tahap kemahiran guru

92

terhadap pembinaan item KBAT mengikut kumpulan guru mengajar matapelajaran 4.4.6 Analisis perbezaan tahap amalan guru

93

terhadap pembinaan item KBAT mengikut kumpulan guru mengajar matapelajaran 4.5

BAB 5

Rumusan

94

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

95

5.1

Pengenalan

95

5.2

Perbincangan

95

5.2.1 Tahap pengetahuan guru terhadap

96

pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran 5.2.2 Tahap kemahiran guru terhadap

101

pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran 5.2.3 Tahap amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrument pentaksiran pembelajaran

105

xii 5.2.4 Perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran

109

dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT mengikut kumpulan guru mengajar matapelajaran 5.3

Kesimpulan

111

5.4

Cadangan terhadap kajian

114

5.5

Cadangan untuk kajian lanjutan

116

5.6

Penutup

116

RUJUKAN

119

LAMPIRAN

127

xiii

SENARAI JADUAL

3.1

Jumlah populasi kajian

50

3.2

Penentuan saiz sampel

51

3.3

Pembahagian saiz sampel kajian sebenar

52

3.4

Ukuran Skala Likert bagi tahap pengetahuan

55

3.5

Ukuran Skala Likert bagi tahap kemahiran

55

3.6

Ukuran Skala Likert bagi tahap amalan

56

3.7

Pembahagian dan taburan bilangan item bahagian B,

57

bahagian C dan bahagian D 3.8

Sampel kajian rintis

59

3.9

Pekali Saiz Cronbach’s Alpha

61

3.10

Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) bagi

61

kajian rintis yang dijalankan. 3.11

Kebolehpercayaan item dan indeks pengasingan

62

3.12

Kebolehpercayaan responden dan indeks pengasingan

63

3.13

Pemeriksaan polariti item

64

3.14

Kolerasi item

67

3.15

Kesesuaian item

68

3.16

Item yang digugurkan

70

3.17

Ringkasan item dikekalkan dan digugurkan

71

3.18

Interpretasi min skor

73

3.19

Kaedah analisis data

75

xiv

SENARAI RAJAH

1.1

Kerangka konseptual kajian

15

3.1

Kerangka Operasi Kajian

53

3.2

Skala logit

74

xv

SENARAI SINGKATAN

BI

-

Bahasa Inggeris

BM

-

Bahasa Melayu

DGF

-

Differential Group Functioning

DSP

-

Dokumen Standard Prestasi

JPU

-

Jadual Penentu Ujian (JPU)

JSU

-

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

KBAT

-

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

KBAR

-

Kemahiran Berfikir Aras Rendah

KBKK

-

Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

KPM

-

Kementerian Pendidikan Malaysia

LPM

-

Lembaga Peperiksaan Malaysia

PBS

-

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PISA

-

Program Penilaian Murid Antarabangsa

PKBAT

-

Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

PPPM

-

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PS

-

Pentaksiran Sekolah

PTMEA CORR.

-

Point Measure Correlation

PT3

-

Pentaksiran Tingkatan 3

SPM

-

Sijil Peperiksaan Malaysia

SPPK

-

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

TIMSS

-

Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa

UPSR

-

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A

Carta Gantt kajian

127

B

Surat permohonan kebenaran membuat kajian UTHM

129

C

Instrumen soal selidik kajian rintis

130

D

Instrumen soal selidik kajian sebenar

143

E

Borang pengesahan dan semakan soal selidik

153

F

Ringkasan keseluruhan analisis data mengikut dimensi

159

G

Vita

168

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Proses pendidikan di negara kita dikategorikan kepada tiga komponen utama iaitu pengajaran, pentaksiran dan pembelajaran di mana ketiga-tiga komponen ini bertindak saling membantu bagi membentuk hasil pengajaran dan pembelajaran yang optimum. Salah satunya komponen yang penting iaitu pentaksiran di mana boleh dilihat sebagai penghubung di antara kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pentaksiran dapat membantu guru mengenalpasti pengajaran mereka dan menilai apa yang dipelajari murid serta merupakan fasa penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga dapat membantu guru mengenal pasti pengetahuan sedia ada, kekuatan dan kelemahan serta kefahaman murid di samping menentukan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat daripada mereka bagi melaksanakan pengajaran yang seterusnya. Kefahaman, kualiti hasil kerja dan potensi murid melalui jawapan kepada persoalan yang timbul dapat dilihat melalui pemerhatian pentaksiran semasa pengajaran. Oleh itu pentaksiran di akhir sesi pengajaran digunakan untuk mengetahui tahap penerimaan murid mengenai apa yang dipelajari serta merancang penambahbaikan (McMillan, 2007). Maka pentaksiran pembelajaran menjadi salah satu komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu

2 proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, objektif pentaksiran pembelajaran tidak akan tercapai jika perlaksanaan dan proses pentaksiran tidak dilakukan dengan baik dan sempurna. Pentaksiran pembelajaran memerlukan proses bermula dari pembinaan item dan instrumen pentaksiran sehingga kepada penilaian. Maka pentingnya dalam memilih dan membina item pentaksiran supaya proses pentaksiran dapat memberikan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran guru dan pencapaian semasa pelajar terhadap pembelajaran. Sehubungan itu, melalui tranformasi pendidikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2012) yang memberi tumpuan kepada beberapa kemahiran utama termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Maka menjadi keutamaan dan keperluan KBAT ini difokuskan dalam sistem pentaksiran abad ke 21 yang menekan kepada pencapaian holistik murid. Keperluan KBAT ini bukan sahaja diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran malah sebagai

penilaian

keberkesanannya

membudayakan

elemen

KBAT

dalam

pentaksiran pembelajaran melalui item dan instrumen pentaksiran yang mengandungi soalan yang memerlukan murid menggunakan KBAT. Oleh yang demikian, penggubal item pentaksiran yang mengandungi item KBAT perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT serta juga amalan pembinaan item pentaksiran yang standard agar hasil pentaksiran pembelajaran melalui item dan instrumen yang dibina dapat memenuhi tujuan dan objektif pentaksiran dilakukan.

1.2

Latar belakang masalah

Pentaksiran pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Namun, tujuan sebenar pentaksiran mungkin tidak akan tercapai jika perlaksanaannya ditadbir dengan tidak sempurna oleh guru atau pihak sekolah. Menurut Abu Naim (2013), telah merumuskan bahawa 80.7 peratus (80.7%) berpendapat ketiadaan instrumen pentaksiran standard dan selaras serta guru perlu membina sendiri instrumen pentaksiran merupakan salah satu masalah yang dihadapi guru-guru dalam perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Rumusan juga mendapati 83.4% guru berpendapat instrumen dan

3 79.2% guru pula menyatakan kesangsian dari segi kebolehpercayaannya. Manakala kajian keberkesanan pelaksanaan rintis Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) oleh Lembaga Peperiksaan (2009), mendapati guru kurang bersedia untuk membina instrumen pentaksiran bagi melaksanakan pentaksiran di sekolah. Oleh yang demikian, salah satu punca pentaksiran pembelajaran tidak tercapai objektifnya adalah kesukaran dalam mentadbir dan melaksanakan pentaksiran terutamanya isu kesukaran menentukan instrumen pentaksiran dan membina item yang mempunyai elemen KBAT yang mengambil kira kesediaan dan aras kebolehan pelajar. Salah satu akibat dan kesan daripada isu ini, pencapaian Malaysia berdasarkan pentaksiran antarabangsa iaitu Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) masih ketinggalan dari aspek kualiti. Hasil pentaksiran itu, menunjukkan prestasi murid berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan prestasi murid di Malaysia (PPPM, 2013-2025). Dapatan analisis daripada hasil pentaksiran tersebut dapat dilihat kedudukan purata skor Malaysia mulai menurun daripada skor purata negara peserta TIMSS yang lain bagi tahun 2007 dan makin menurun pada tahun 2011. Kedudukan Malaysia dalam PISA 2009 pula adalah pada tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang menyertainya. Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi Malaysia yang kurang memberangsangkan ini adalah salah satunya berkaitan dengan format soalan TIMSS yang mempunyai elemen KBAT di mana soalannya berbentuk teks panjang dan memerlukan murid membuat analisis, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar. Maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengenalpasti bentuk pentaksiran yang digunakan dalam pentaksiran antarabangsa tersebut menggunakan item-item soalan yang mendorong murid menggunakan KBAT untuk menjawab. Sebaliknya, format soalan pentaksiran dan peperiksaan di Malaysia kebanyakkannya adalah ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual yang hanya memerlukan murid memberi respon jawapan dalam fakta yang menghafal. Berdasarkan keputusan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan kualiti sistem pentaksiran negara agar penguasaan kemahiran intelektual seperti literasi, numerasi dan kemahiran berfikir aras tinggi murid dapat diperkasa bagi membolehkan mereka berjaya dalam persaingan dan perubahan ekonomi global yang semakin meningkat.

4 Satu kajian semula yang dijalankan oleh Pearson Education Group terhadap kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mendapati bahawa tahap pentaksiran boleh ditingkatkan melalui soalan yang menguji KBAT termasuk aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Namun yang menjadi persoalan di mana pelajar kurang mampu untuk menjawab instrumen pentaksiran dalam bentuk item KBAT. Melalui kajian itu, didapati pelajar tidak mencuba untuk menjawab apabila item KBAT itu tidak dalam bentuk lazim atau soalan yang memaksa pelajar memberi jawapan yang panjang di mana memerlukan kemahiran berfikir terutamanya kepada soalan yang berbentuk respon terbuka. Walau bagaimanapun, LPM telah memulakan beberapa langkah penambahbaikan untuk memastikan pentaksiran dijalankan secara holistik, menyeluruh, dan selari dengan kurikulum yang berbentuk rujukan standard seperti yang dihasratkan oleh dasar KPM. Format pentaksiran baharu yang diperkenalkan oleh LPM membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang dan dapat memberi guru maklumat secara berkala untuk mengambil langkah penambahbaikan bagi murid mereka. Rombakan format peperiksaan kebangsaan dan PBS untuk meningkatkan kerangka pentaksiran bagi menambahkan item yang menguji KBAT serta menggunakan rujukan standard (PPPM, 2012) melalui format pentaksiran baharu yang dihasilkan oleh LPM bukan sahaja dapat mengurangkan penekanan kepada pengajaran untuk peperiksaan tetapi dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid. Perubahan ini diharapkan guru-guru dapat menumpukan lebih masa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran yang menerapkan elemen KBAT. Walau bagaimanapun, tanggapan tentang proses membina sendiri instrumen pentaksiran akan melambatkan proses pentaksiran semasa pembelajaran serta menganggu tugas-tugas yang lain disebabkan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membina item pentaksiran sendiri (Abdul Rahman & Jaafar, 2008) akan mengakibatkan ketidakpercayaan dan keraguan dalam proses pentaksiran yang menyebabkan kualiti pentaksiran dipersoalkan oleh pelbagai pihak akibat daripada akauntabiliti pentaksiran yang gagal dilaksanakan sepenuhnya (Talib & Abdul Ghafar, 2009). Seterusnya pentaksiran tidak dapat mencungkil potensi sebenar murid, melaporkan prestasi murid dalam pelajaran secara tidak tepat kepada ibu bapa (Abdul Mutalib & Ahmad , 2012).

5 Justeru itu, KPM akan menambah secara sistematik bilangan soalan KBAT dalam PBS dan peperiksaan awam yang tidak lagi memerlukan guru meramal soalan yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza. Pada masa yang sama, pentaksiran pembelajaran juga akan menganjak tumpuan untuk menguji KBAT. Soalan ini akan berasaskan Taksonomi Bloom dan akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, penilaian dan penjanaan. Menjelang tahun 2016, peratusan soalan yang menguji pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80 peratus (80%) daripada keseluruhan soalan UPSR, 80 peratus (80%) dalam soalan Penilaian Tingkatan 3 (PT3), dan 75 peratus (75%) daripada keseluruhan soalan untuk mata pelajaran teras SPM serta 50 peratus (50%) daripada soalan mata pelajaran elektif SPM (LPM, 2014). Oleh yang demikian, perlaksanaan elemen KBAT ke atas pelajar pada pentaksiran sumatif mungkin akan menjadi cabaran kepada guru dalam menyediakan instrumen pentaksiran formatif semasa pembelajaran yang

mengandungi item

KBAT bagi memupuk pelajar berfikir aras tinggi. Menurut Abu Naim (2013), melalui kajiannya merumuskan 95.6 peratus (95.6%) pentadbir bersetuju dan sangat bersetuju dengan penyataan bahawa guru-guru menggunakan masa yang lebih untuk membina dan menguruskan instrumen pentaksiran sehingga menyebabkan guru-guru menghadapi tekanan. Guru tidak harus tertekan untuk menyediakan banyak instrumen tetapi sewajarnya mempunyai kombinasi pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dapat mendorong murid dalam membina kefahaman kepada faedah proses pentaksiran, memberikan bimbingan membina bahan dan memimpin proses pentaksiran serta membimbing murid untuk memahami signifikan keputusan pentaksiran (Chan & Gurnam, 2012). Oleh itu, pengetahuan dan kefahaman tentang instrumen haruslah jelas untuk tidak mengelirukan guru dan juga murid. Jika tidak pentaksiran kepada murid tidak dapat dijalankan secara adil, saksama dan berfokus berdasarkan kepada keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri. Dalam melaksanakan pentaksiran pembelajaran, penyediaan instrumen pentaksiran menuntut guru untuk memilih bahan dan item pentaksiran yang mengikut kesesuaian kebolehan murid. Seawal perlaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS), guru sukar untuk membina instrumen kerana sumber dan bahan bantu mengajar adalah terhad. Oleh yang demikian, kekurangan sumber dan bahan sokongan adalah

6 menjadi salah satu faktor kesukaran guru membina instrumen pentaksiran sendiri. Kajian keberkesanan pelaksanaan rintis SPPK oleh LPM (2009) mendapati bahan yang disediakan untuk program rintis tidak mencukupi untuk melatih guru. Akibat kurangnya pendedahan tentang amalan dan latihan pembinaan item pentaksiran memaksa guru menggunakan sumber daripada buku-buku rujukan dan latihan yang berada di pasaran untuk memudahkan dan mempercepatkan guru dalam membuat pentaksiran. Hal ini disebabkan pihak LPM tidak membekalkan item dan instrumen pentaksiran untuk panduan guru tetapi hanya membekalkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) sebagai standard piawaian yang perlu dicapai oleh pelajar. Rentetan itu, ada di kalangan guru membuat inisiatif sendiri dengan membina laman sesawang atau membina komuniti di laman sosial di dalam internet bagi berkongsi apa sahaja dapatan atau instrumen yang berkaitan. Penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran di peringkat sekolah dan dalam bilik darjah memerlukan guru mendapat latihan yang sepenuhnya agar mereka bersedia menjalankan proses pengajaran dan seterusnya pentaksiran. Pentaksiran yang dilaksanakan tanpa menyediakan latihan yang mencukupi kepada guru-guru mewujudkan jurang yang besar antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan realiti sebenar bilik darjah. Menurut Begum & Farooqui (2008) menunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk menyediakan sumber dan bahan pentaksiran sendiri. Sehubungan dengan itu juga, sekiranya guru-guru tidak diberi latihan dan pendedahan tentang pentaksiran, berkemungkinan guru-guru akan melaksanakan pentaksiran secara superficial dan akan kembali kepada amalan penilaian yang lama dan akan membentuk sikap negatif terhadap perlaksanaan PBS (Hamzah & Sinnasamy, 2009). Kajian keberkesanan pelaksanaan rintis SPPK oleh LPM (2009) juga mendapati kebanyakkan pihak pentadbir sekolah kurang pengetahuan mengenai sistem pentaksiran terkini. Maka, faktor latihan dan sokongan pihak pentadbir perlu dilihat dalam hal ini dengan sewajarnya. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlu memainkan peranan mengadakan kursus dalaman bagi mereka sendiri dan guru-guru yang tidak berpeluang menghadiri kursus pentaksiran yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau KPM. Guru bukan sahaja dilihat perlu menyediakan bahan bantu mengajar sendiri malahan dengan pelaksanaan PS, guru perlu memilih instrumen yang sesuai dengan

7 pelajar dan membina item pentaksiran yang mengikut kebolehan pelajar. Maklum balas awal mengenai pelaksanaan PBS menunjukkan bahawa guru masih belum memahami dan menguasai sepenuhnya perubahan yang berlaku dan juga menghadapi

kesukaran

membentuk

instrumen

pentaksiran

bagi

komponen

pentaksiran sekolah (LPM, 2014). Maka adalah sukar bagi guru-guru untuk menyediakan instrumen pentaksiran disebabkan oleh faktor guru yang kurangnya pengetahuan, kemahiran, amalan dan sikap tentang pentaksiran. Ini selari dengan kenyataan Tan (2010) yang mendapati guru kurang yakin melaksanakan PBS disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran serta amalan langsung tentang pentaksiran dan Abdul Rahman & Jaafar (2008) pula mendapati terdapat faktor sikap menjadi

salah

satu

permasalahan

yang

menghalang

dan

mengehadkan

pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, bagi menjayakan pentaksiran yang berkualiti dalam sistem pendidikan masalah kompetensi pengetahuan guru dalam bidang pentaksiran perlulah ditangani dengan sewajarnya (Talib & Abdul Ghafar, 2008). LPM (2014) melalui kajian elemen KBAT dalam pentaksiran mendapati guru-guru kurangnya pengetahuan tentang makna dan terminologi KBAT. Mereka mengganggap KBAT itu mesti sesuatu item yang sukar sahaja. Guru-guru juga mengandaikan item KBAT dalam pentaksiran hanya terhad kepada bentuk item respon terbuka sahaja menyebabkan mereka terpaksa membina item berdasarkan ilmu yang mereka perolehi daripada bahan-bahan atau modul pentaksiran rujukan atau dari pengalaman yang di dapati daripada maktab perguruan atau institusi pengajian tinggi yang dihadiri. KPM kini berusaha mengukuhkan latihan guru bagi memastikan guru dapat menyediakan soalan ujian yang dapat menilai dengan tepat standard yang telah ditetapkan dalam kurikulum dan pemarkahan dijalankan mengikut tahap yang ditetapkan berbanding dengan standard relatif. Menurut Hussin (2004), mendapati pertambahan pengetahuan boleh berlaku melalui pendedahan dan guru harus bersedia menambah pengetahuan dengan menghadiri kursus, bengkel, seminar, persidangan dan forum yang melibatkan pendidikan. Kajian literasi pentaksiran di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) mendapati bahawa tahap pengetahuan pentaksiran guru-guru pelatih tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pelbagai opsyen berada pada tahap yang rendah (Ismail et al., 2012). Kelemahan yang dikenalpasti ialah pada lima konstruk utama iaitu konsep, tujuan dan objektif pentaksiran, jenis-jenis dan ciri ujian, pembinaan item, statistik asas dan pentadbiran ujian (Mohsin & Chia, 2012).

8 Manakala kajian pelaksanaan PBS secara online yang dibuat oleh LPM (2012), mendapati 90 peratus (90%) guru tahun 1, 2 dan 3 serta 83 peratus (83%) guru tingkatan 1 tidak jelas dan faham tentang konsep pentaksiran manakala kajian berkaitan Dokumen Standard Prestasi (DSP) mendapati kurangnya kefahaman guru untuk menggunakan DSP dan tentang konsep PBS yang pelbagai adalah disebabkan kecairan maklumat. Kajian kefahaman dan amalan guru oleh LPM (2013) pula mendapati guru kurang faham peranan pentaksiran formatif dan sumatif.

Maka

adalah sukar bagi guru-guru untuk menyediakan instrumen pentaksiran disebabkan oleh kebolehan dan pencapaian setiap murid adalah berbeza-beza dan ditambah dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas di sekolah terutamanya di kawasan bandar. Dengan itu, guru seharusnya menyediakan instrumen pentaksiran yang mengandungi

beberapa set item pentaksiran yang

berbeza mengikut aras kebolehan dan kesesuaian pelajar. Selain daripada itu, melalui kajian Mat Ali dan Jamaluddin (2007) mendapati guru kurang mahir menyediakan dan kurangnya amalan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) atau Jadual Penentu Ujian (JPU) menjadi salah satu lagi penyebab sukarnya dalam membina item pentaksiran sendiri. Selari dengan kajian Mat Ali (2006), mengesahkan perkara ini di mana guru-guru didapati lebih cenderung untuk menggunakan soalan yang terdapat dalam buku panduan soalan peperiksaan, mengubahsuai soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya atau mengubahsuai soalan-soalan yang sedia ada daripada menggubal sendiri item pentaksiran. Menurut Saion (2014), merumuskan penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JSU guru dapat merangkakan tajuk atau kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam Taksonomi Kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan ini. Menurut Alias (2003), JPU memainkan peranan penting untuk memastikan soalan atau item yang dibina untuk pentaksiran mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu tidak tersasar daripada isi kandungan pelajaran yang telah diajar kepada murid. Oleh yang demikian, dengan berpandukan JPU dapat membantu guru-guru membina item pentaksiran mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan sebagaimana selari dengan objektif yang ingin dicapai dan isi pelajaran yang ingin ditaksir kepada pelajar.

9 Menurut Abdul Rahman dan Ali (2010), pula mendapati terdapat faktor sikap menjadi salah satu permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan PS. Dapatan kajian tersebut menunjukkan guru-guru menganggap sistem pentaksiran baru yang dilaksanakan oleh LPM melalui pentaksiran sekolah menambah beban kerja mereka. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membina item pentaksiran sendiri apatah lagi item atau soalan tersebut memerlukan KBAT dan menganggap proses membina sendiri instrumen pentaksiran akan melambatkan proses pentaksiran semasa pembelajaran serta menganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga rumusan melalui kajian yang dijalankan oleh Saion (2014) mendapati bahawa, guru-guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar semula murid yang lemah dan melakukan semula sesuatu kriteria yang dinilai. Guru-guru mata pelajaran yang terlibat dalam sistem PS berhadapan dengan masalah tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana terpaksa memperuntukkan masa yang lebih kepada tajuk-tajuk yang perlu dibuat pentaksiran. Oleh yang demikian, kemahiran guru dalam mengurus masa dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat penting agar keperluan menghabiskan sukatan pelajaran dan pelaksanaan PS dapat diselaraskan. Kesimpulannya, seorang guru mentaksir muridnya tidak hanya menggunakan instrumen bertulis seperti item atau soalan dalam peperiksaan sahaja, tetapi secara lisan, pendengaran atau pemerhatian yang boleh menjana kemahiran berfikir. Dalam usaha menerapkan KBAT kepada pelajar, guru-guru haruslah menggunakan kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kebolehan pelajar

meningkatkan

kemahiran

berfikir

terutamanya

dalam

pentaksiran

pembelajaran. Maka, faktor pengetahuan, kemahiran dan amalan guru tentang pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran haruslah dikaji dengan jelas untuk tidak mengelirukan guru dan juga murid. Pentingnya guru harus berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan bagaimana untuk menyediakan item atau

instrumen dan bila hendak digunakan. Instrumen tidak semestinya

mengandungi banyak item tetapi memadai untuk mendapatkan maklumat tentang aspek sahsiah, moral dan sosial murid. Oleh yang demikian, kesahan dan kepercayaan item pentaksiran sewajarnya mengambil kira aspek pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan amalan pentaksir.

10 1.3

Pernyataan masalah

Sistem pendidikan Malaysia yang berlandaskan sistem peperiksaan , telah memaksa guru menggunakan konsep hafalan terhadap para pelajar bagi menjawab soalansoalan dalam peperiksaan atau pentaksiran. Maka yang demikian, timbul fenomena guru tidak kompeten pentaksiran di mana telah mendatangkan berbagai kesan negatif. Guru kurang pengetahuan dan kemahiran tentang proses pembinaan item pentaksiran mengakibatkan guru tidak mengubal item sendiri (LPM, 2014) atau membina item tidak menggunakan JSU dan standard piawaian yang ditetapkan dalam merancang item pentaksiran (Mat Ali & Jamaluddin, 2007). Hal ini menyebabkan guru gagal memantau kemajuan pembelajaran, tidak dapat menghasilkan keputusan yang adil perancangan pengajaran yang lemah, tidak dapat mencungkil potensi sebenar pelajar dan seterusnya melaporkan kepada ibu bapa dan pelajar secara tidak tepat (Abdul Rahman & Ali, 2008) sehingga menimbulkan ketidakpercayaan dan keraguan oleh pelbagai pihak terhadap kualiti pentaksiran disebabkan akauntabiliti pentaksiran gagal dilaksanakan sepenuhnya (Talib & Abdul Ghafar, 2009). Sebaliknya guru di dapati merujuk atau mengambil terus item-item daripada soalan sedia ada terutama soalan yang dikeluarkan oleh penerbit buku (Mat Ali, 2006). Kelemahan tersebut juga dikesan apabila guru membina item pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran yang terbatas bukan kepada pentaksiran yang holistik yang memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Oleh yang demikian, item pentaksiran yang disediakan oleh guru untuk mentaksir pembelajaran pelajar tidak mencakupi jenis item KBAT yang pelbagai kerana guru-guru kurang jelas dengan makna dan terminologi tentang KBAT, mengandaikan item KBAT dalam pentaksiran hanya terhad kepada bentuk item respon terbuka dan mengganggap KBAT itu mesti sesuatu item yang sukar sahaja (LPM, 2014). Pemilihan instrumen dan item KBAT yang tidak sesuai dengan aras kebolehan pelajar semasa pentaksiran formatif di dalam kelas mengakibatkan pelajar kurang mampu untuk menjawab atau tidak mencuba untuk menjawab apabila item KBAT itu tidak dalam bentuk lazim dan soalan yang memaksa pelajar memberi jawapan yang panjang di mana memerlukan kemahiran berfikir terutamanya kepada soalan yang berbentuk respon terbuka semasa pentaksiran sumatif.

11 Guru juga telah cuba menerapkan elemen KBAT dalam pengajaran dan pengajaran. Tetapi menjadi persoalan adakah elemen KBAT ini digunakan dalam tujuan membina item pentaksiran pembelajaran formatif dan sumatif. Jika tidak, adakah faktor-faktor permasalahan guru menjadi penyebab kesukaran membina item KBAT dalam instrumen pentaksiran. Walaupun banyak penyelidikan telah dibuat berkaitan literasi pentaksiran dan pembinaan item, namun masih amat kurang penyelidikan yang mengkaji isu tentang pembinaan item pentaksiran yang menggunakan item KBAT dalam instrumen pentaksiran. Lantaran itu, bagi menangani kekurangan tersebut maka pengkaji telah membuat kajian untuk mengenalpasti sejauhmana pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Di sini, timbul persoalan sama ada pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT dalam instrumen pentaksiran berada pada tahap yang tinggi atau pun sebaliknya. Selain itu, ketiga-tiga aspek tersebut juga perlu dikenal pasti sama ada ia signifikan terhadap kumpulan guru matapelajaran. Harapan tersebut akan dapat dipenuhi sekiranya kajian-kajian yang berkaitan dengan pembinaan item KBAT terhadap instrumen pentaksiran sentiasa diberi perhatian dan dilaksanakan secara berterusan.

1.4

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Selain itu, kajian ini melihat sejauh mana perbezaan secara statistik tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran berdasarkan kumpulan guru matapelajaran iaitu guru matapelajaran Tingkatan 3 dan guru matapelajaran Tingkatan 5.

1.5

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

12 (i)

Mengenalpasti tahap pengetahuan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

(ii)

Mengenalpasti tahap kemahiran guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

(iii)

Mengenalpasti tahap amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

(iv)

Mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

1.6

Persoalan kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persolan di bawah: (i)

Apakah tahap pengetahuan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

(ii)

Apakah tahap kemahiran guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

(iii)

Apakah tahap amalan guru terhadap membina item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

(iv)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

(v)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

(vi)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

13 1.7

Skop kajian

Skop kajian ini hanya bertumpu kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga melihat pengaruh kumpulan guru matapelajaran terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Hasil dan keputusan kajian ini hanya dibataskan kepada

sampel dan populasi

yang terlibat

dan tidak boleh

digeneralisasikan kepada populasi lain.

1.8

Batasan kajian

Kajian ini hanya dibataskan kepada kumpulan guru-guru mengajar matapelajaran Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di 3 buah sekolah terpilih daerah Muar iaitu SMK Dato’ Sri Amar Diraja, SMK Convent, dan SMK Tun Perak. Sekolah-sekolah ini merupakan 3 buah sekolah premier di daerah Muar yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai sekolah rintis program kelas pembelajaran abad ke 21. Oleh yang demikian, pemilihan populasi dan sampel kajian bersesuaian dengan kajian yang dilakukan kerana dalam kelas pembelajaran abad ke 21 salah satu aspek pelaksanaannya adalah penilaian formatif ditekankan dan aspek KBAT diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru yang dipilih dalam kajian ini adalah merupakan mereka yang telah dan pernah menjalankan pentaksiran pembelajaran di sekolah serta merupakan guru yang terlibat secara langsung dengan peperiksaan awam iaitu PT3 dan SPM. Disebabkan kekangan masa dan kos, kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru sekolah terpilih di daerah Muar sahaja. Ini kerana sekiranya pengkaji mengambil responden dari sekolah daerah lain sudah pasti akan memakan masa untuk mendapatkan semula maklum balas dan melibatkan kos pengurusan penghantaran instrumen yang tinggi. Selain itu, kajian ini juga dijalankan secara kerja kursus yang sememangnya mempunyai masa yang terhad tidak seperti program secara penyelidikan sepenuh masa.

14 1.9

Kepentingan kajian

Penilaian ke atas pencapaian dan kebolehan pelajar adalah sebahagian daripada tugas yang perlu dilakukan oleh guru di sekolah melalui pentaksiran pembelajaran. Untuk menjalankan tugas ini dengan berkesan guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan amalan tentang pembinaan item yang digunakan di dalam instrumen pentaksiran. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran secara umum berkaitan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan oleh pihak-pihak yang tertentu untuk merancang, melaksanakan program bimbingan kepada guru-guru untuk mencapai maksud dan tujuan memberi panduan dalam membina item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Kajian ini penting kerana ianya dapat melihat sejauh mana tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru yang akan melaksanakan pentaksiran pembelajaran di sekolah terutamanya dalam pembinaan item KBAT untuk digunakan dalam instrumen pentaksiran. Dengan adanya kajian ini, diharapkan ianya dapat memberi maklumat penting kepada guru dari segi panduan dan amalan yang dapat membantu guru untuk melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih telus dari segi pemilihan dan pembinaan item serta instrumen pentaksiran. Selain itu, dapatan daripada kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak pentadbir sekolah dalam memberi bimbingan atau sokongan kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam pentaksiran pembelajaran. Akhir sekali, maklumat terkini mengenai tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru dalam kajian ini diharapkan dapat memberi panduan berguna kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya LPM dalam merangka bentuk kursus dan latihan serta program-program bimbingan pembinaan item pentaksiran yang lebih sesuai dan berkesan.

15 1.10

Kerangka konseptual kajian

Satu kerangka konseptual kajian telah dibina seperti dalam rajah 1.1 di bawah. Kerangka kajian ini dibina berdasarkan objektif serta persoalan kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan yang dialami guru sewaktu proses membina item KBAT di sekolah bagi melaksanakan pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga mengkaji faktor yang dinyatakan di dalam kerangka terutamanya faktor perbezaan demografi guru yang boleh mempengaruhi tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT dalam instrument pentaksiran.

Pemboleh Ubah Bebas Pengetahuan

Pemboleh Ubah Bersandar

Kemahiran Tahap guru membina Guru Sekolah Menengah

Amalan

item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran

Demografi Kumpulan mata Rajah guru 1.1: Kerangka konseptual kajian pelajaran (Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

16 1.11

Definisi istilah dan pengoperasian

Terdapat istilah dan konsep yang dapat diterangkan dengan jelas tentang perkaraperkara yang digunakan di dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :

1.11.1 Instrumen pentaksiran

Dari segi operasi, instrumen adalah alat (tool) untuk mendapatkan maklumat sebagai evidens tentang respons murid untuk dihakimi bagi menentukan tentang diri seseorang murid itu, daripada aspek kognitif atau pun bukan kognitif, atau dari segi konstruk yang ingin dibangunkan (LPM, 2013). Instrumen pentaksiran dalam kajian ini adalah pelbagai jenis instrumen yang digunakan oleh guru dalam pentaksiran pembelajaran berdasarkan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran.

1.11.2 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

Menurut Tomei (2005), menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang baru. Oleh yang demikian, KBAT dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran berfikir dan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas termasuk juga dalam pentaksiran pembelajaran.

1.11.3 Item KBAT

Item KBAT merupakan item-item yang mentaksir dan menguji keupayaan kemahiran kognitif murid mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat

17 penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013). Item KBAT dalam kajian ini merujuk kepada alat atau soalan-soalan yang digunakan oleh guru dalam pentaksiran pembelajaran yang merangsang murid berfikir ke aras yang lebih tinggi untuk mendapatkan respons daripada murid sebagai evidens hasil pentaksiran pembelajaran.

1.11.4 Pentaksiran pembelajaran

Pentaksiran pembelajaran adalah terdiri daripada pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan (LPM, 2011). Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah dan instrumen dalam melapor maklumat selain membuat penilaian samada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran pelajar. Manakala pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian pretasi pelajar dalam pembelajaran. Dalam konteks kajian ini, pentaksiran pembelajaran merujuk penilaian pembelajaran ke atas pelajar yang digunakan oleh guru melalui instrumen pentaksiran bagi mengukur tahap penguasaan pembelajaran murid bagi sesuatu mata pelajaran.

1.11.5 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengetahuan membawa maksud satu bidang ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan tingkah laku. Pengetahuan adalah salah satu faktor utama dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang. Kajian oleh Crow & Crow (1980) dalam Chan Kwan Chow (2002) menyatakan guru yang mempunyai

18 pengetahuan mendalam terhadap mata pelajaran yang diajar dapat membantu pelajarnya memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah. Pengetahuan guru merangkumi pelbagai aspek seperti pengetahuan isi pengajaran, penyampaian proses pengajaran, pengetahuan pedagogi serta pengetahuan keperibadian dan ikhtisas perguruan. Dalam kajian ini pengetahuan merujuk aspek-aspek dan apa yang diketahui oleh guru bagi membantu membina item KBAT dan instrumen pentaksiran.

1.11.6 Kemahiran

Kemahiran merupakan kebolehan untuk mentaksirkan pengetahuan kepada tindakan yang memaparkan kecekapan seseorang (Schermerhorn, 2005). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kemahiran didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang memerlukan pengetahuan khusus, kebolehan atau kecekapan. Selain itu, kemahiran juga adalah suatu seni, kebolehan atau teknik yang diperoleh melalui latihan atau pengalaman khususnya yang melibatkan penggunaan anggota atau badan. Menurut King dan Palmer (2008), asas kemahiran boleh dikenalpasti berdasarkan kategori seperti (i) kemahiran akademik diukur secara langsung dan secara umumnya dikaitkan dengan bidang tertentu. Kemahiran ini biasanya diajar di sekolah dan diukur melalui ujian standard (ii) Kemahiran generik yang merujuk kepada satu set kemahiran yang boleh dipindahkan merentasi pekerjaan dan dari pendidikan kepada pekerjaan yang lebih luas (iii) Pemikiran (pemikiran kritikal dan kreatif, penyelesaian masalah) (iv) Tingkah laku (komunikasi, organisasi, kerja berpasukan, pengurusan masa, keupayaan untuk berunding konflik dan mengurus risiko, kepimpinan) dan (v) Kemahiran teknikal yang berkaitan dengan profesion seseorang. Secara amnya dianggap campuran pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk menjalankan tugas tertentu. Dalam kajian ini , kemahiran guru lebih menjuruskan kepada kecekapan guru dalam mentaksir perkara-perkara atau aspek-aspek pengetahuan tentang membina item KBAT dan instrumen pentaksiran pengajaran.

19 1.11.7 Amalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan. Berdasarkan kajian ini, amalan merujuk sebagai sesuatu yang perlu dilakukan oleh guru bagi menjadikan suatu budaya yang dilakukan dalam membina item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

1.12

Rumusan

Berdasarkan perbincangan dalam Bab 1 dapatlah disimpulkan bahawa perlaksanaan pentaksiran pembelajaran memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Guru sebagai orang perseorangan yang diberikan tanggungjawab dalam menjalankan pentaksiran seharusnya mendapat sokongan daripada pihak pentadbir dan sumber sokongan lain. Semua guru perlu bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran, amalan mahupun sikap agar pentaksiran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dan telus. Sesungguhnya, dengan adanya guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam membina item KBAT dan menyediakan instrumen pentaksiran yang sesuai dengan pelajar maka tujuan sebenar pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan akan dicapai. Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa berfikiran positif dan menganggap masalah yang timbul merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan jalan penyelesaian yang diambil adalah cara yang terbaik yang akan memberi manfaat kepada murid dan profesion perguruan.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini memfokus dan membincangkan mengenai pengertian beberapa konsep dan sub tajuk yang berkaitan dengan kajian ini. Kajian literatur ini adalah ulasan daripada maklumat yang diperolehi melalui pelbagai sumber sekunder termasuk kajian lepas telah digunakan dan dirujuk seperti rujukan jurnal-jurnal, tesis-tesis, buku-buku ilmiah, dokumen seperti laporan dan prosiding serta capaian laman web yang berkaitan dengan kajian baru yang akan dibuat. Tujuan bab ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam tentang kajian yang akan dilakukan melalui konsepkonsep dan pandangan para penyelidik serta dapatan hasil kajian yang pernah dijalankan. Beberapa aspek berkaitan dengan kajian dibincangkan merangkumi perkara-perkara

berkaitan

pentaksiran

pembelajaran,

instrumen

pentaksiran,

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kepentingan KBAT, perpektif baharu dalam penggubalan item pentaksiran KBAT, langkah pembinaan item KBAT dan sorotan kajian lepas.

21 2.2

Konsep pentaksiran

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu (Mohd. Farik, 2008). Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Secara umumnya pentaksiran penting untuk mengetahui sejauh mana tugasan yang dikehendaki dalam kurikulum telah difahami, dan dikuasai oleh pelajar. Pentaksiran juga penting bagi membantu para pendidik menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Ahmad (2010), menganggap pentaksiran untuk pembelajaran sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru. Manakala Ismail (2009), pula menyatakan pentaksiran sebagai aktiviti penggenap pada pengajaran yang dijalankan secara formal dan tidak formal. LPM dan KPM (2013) menghuraikan konsep pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran harus dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, pentaksiran dijalankan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan memastikan aktiviti tersebut bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. Pentaksiran yang dijalankan di sekolah dan bilik darjah bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid secara berterusan. Isu-isu pembaharuan dalam pentaksiran dipengaruhi oleh perubahan dalam matlamat pendidikan. Pentaksiran alternatif yang diperkenalkan telah menjadi satu kaedah penilaian yang semakin mempengaruhi dunia pendidikan pada masa kini. Pentaksiran tradisional yang menggunakan pensel dan kertas telah dirasakan semakin tidak sesuai dengan arus transformasi dalam pendidikan. Menurut Reeves (2000), mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada murid dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran

22 meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran murid melalui pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan pensel dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Dari konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu siri dalam proses pembelajaran

yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan. Justeru, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Literasi pentaksiran adalah merujuk kepada kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran yang perlu dikuasai oleh semua guru. Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, pengetahuan

dan

kemahiran

pentaksiran

seharusnya

dipertingkatkan

bagi

membolehkan guru melaksanakan proses pembelajaran secara berkesan. Guru merupakan individu yang penting dalam membuat keputusan yang tepat mengenai kebolehan murid dan secara langsung menjaga kualiti pendidikan. Setiap guru mestilah mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi melaksanakan pentaksiran yang lebih berkesan. Menerusi pentaksiran yang sistematik, guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pentaksiran pembelajaran murid. Justeru, kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Keputusan yang tepat tentang prestasi seorang murid boleh diperolehi daripada maklumat berkualiti yang diperolehi daripada pentaksiran yang baik. Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran murid dan juga keberkesanan pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guru perlu mahir melaksanakan pentaksiran terhadap murid. Literasi pentaksiran juga diperlukan dalam proses memerhatikan murid untuk mengumpul dan mentaksir maklumat pengajaran kepada murid. Secara rasionalnya, literasi ini memerlukan guru memiliki pengetahuan tentang prinsip-prinsip asas terhadap penilaian yang baik, pembangunan dan penggunaan penilaian, kaedah dan teknik, berdasarkan piawaian dan kualiti dalam penilaian. Di samping itu, guru perlu mahir untuk menyediakan maklum balas dan menetapkan matlamat yang boleh dicapai oleh murid serta menguasai pengetahuan pentaksiran.

23 2.3

Pentaksiran pembelajaran

Pentaksiran pendidikan pula adalah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu program pendidikan (KPM, 2014). Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran. Keputusan yang tepat tentang prestasi seorang murid boleh diperolehi daripada maklumat berkualiti yang diperolehi daripada pentaksiran yang baik. Menurut Airasian (2004), pula menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun (Ibrahim & Reduan, 2002). Pentaksiran pembelajaran ialah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, pentaksiran pembelajaran dilaksanakan oleh guru sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya untuk menentukan keberkesanan guru dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran pembelajaran juga merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum di mana boleh dilaksanakan secara pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

24 2.4

Kepentingan pentaksiran pembelajaran

Tiga tujuan pentaksiran adalah pentaksiran terhadap pembelajaran, pentaksiran untuk pembelajaran

dan

pentaksiran

sebagai

pembelajaran.

Pentaksiran

terhadap

pembelajaran digunakan untuk mentaksir sama ada murid boleh mengaplikasikan konsep, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan hasil kurikulum (Ahmad, 2010). Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan suatu proses mendapatkan dan menginterpretasikan data yang diperoleh bagi membuat keputusan mengenai kedudukan murid dalam pembelajaran, hala tuju mereka serta cara terbaik untuk sampai ke tempat itu (Idris, 2005). Pentaksiran sebagai pembelajaran pula ditakrifkan sebagai pentaksiran yang dilakukan secara berterusan serta bersifat formatif di mana guru terlibat sepenuhnya dan murid diberi peluang menunjukkan tahap penguasaan mereka (Idris, 2005). Oleh itu, adalah amat penting amalan pentaksiran guru dimantapkan bagi membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut McMillan (2000), merasakan pentaksiran pembelajaran adalah sebahagian daripada aktiviti penting pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran pembelajaran

merangkumi

pelbagai

maklum

balas

daripada

murid

serta

perbincangan untuk mengukur dan menilai kualiti pembelajaran (Azizi, 2010). Menurut Suah et al.

(2010) pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru

mengetahui tahap pembelajaran murid serta keberkesanan pengajaran guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam pentaksiran pengajaran serta pembelajaran murid. Justeru itu, adalah amat penting pentaksiran bilik darjah yang diamalkan guru diambil perhatian dan diberi penekanan. Namun yang demikian, menurut Mohamad Azhar dan Shahrir (2007), guru mungkin tidak sedar bahawa proses pentaksiran yang dijalankan boleh membantu meningkatkan kecemerlangan murid. Pentaksiran yang dijalankan dapat membantu guru mengenal pasti masalah serta mendapatkan maklum balas daripada murid. Oleh itu, amalan pentaksiran yang pelbagai serta dilakukan secara berterusan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran pembelajaran mestilah mempunyai ciri-ciri seperti holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid, berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan pengajaran dan pembelajaran dan fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

RUJUKAN

A. Majid, F. (2011). School-based Assessment in Malaysian Schools: The Concerns of the English Teachers. Journal of US-China Education Review, 8 (10). Abdul Aziz, N. A (2009). Pentaksiran Alternatif : Menuju ke Arah Transformasi Pentaksiran di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana. Abdul Ghafar , M. N. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Ghafar , M. N. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Abdullah, M.F.N.L., Hamzah, M.S.G., Che Ahmad, C.N. & Adnan, M. (2013). Pembinaan Instrumen Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik. Vol. 4 No. 1 Jun 2014. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Manan, M.A. (2008). Pembangunan Sistem Pengujian Soalan Berasaskan Aras Kognitif Bloom Bagi Topik Nisbah Tingkatan Dua KBSM. UTM. Skudai: Tesis Sarjana. Abdul Mutalib, S. & Ahmad, J. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif Dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu : Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 2, Bil. 1, hlm 17-30. Abdul Mutalib, S. & Jamil Ahmad, J. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu : Kajian Kes. UKM, Selangor. Abdul Rahman, M. A & Ali, Z. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

120 Abdul Rahman, M. A & Jaafar, K. (2008). Pelaksanaan Pentaksiran kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Abu Bakar, B. & Nordin, A. B (2008). Pentaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abu Naim, H. (2013). Kajian Keperluan Pembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Tajuk Dinamik Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. 7-10 Oktober 2013. Ahmad, A. (2010). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ainon & Abdullah (1995). Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.Sdn Bhd. Airasian, P. W. (2004). Classroom Assessment: Concepts and Aplications. Boston: McGraw Hill Companies. Alias, M. (2003). Enhancing The Validity and Reliability of Classroom Test. Kertas Kerja

yang

dibentangkan

pada

Seminar

Pentaksiran

Pendidikan

Kebangsaan, Kuala Lumpur, 5 – 8 Mei 2003. Anderson, L. W. and David R. Krathwohl, D. R., et al (Eds..) (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives. Allyn & Bacon. Boston, MA Pearson Education Group. Ariffin, S. R. & Mohamed, H. (2008). Contribution Factors in Multiple Intelligences Among Adolescene Student. Journal of Education. 33: 35-46. Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve Student Achievement and Well-Being. ERIC: US Department of Education. Begum, M. & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2), 45-53. Black, P. & Wiliam, D. (1998). Inside the black box: Raising standards through classroom assessment. London: School of Education, King College. Black, P., & William, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment In Education, 5(1), 7-73.

121 Bloom, B.S. and Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals by a committee of college and university examiners. Handbook I: Cognitive Domain. NY: Longmans, Green. Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences: 2rd. Ed : Taylor & Francis Group: Routledge : New York. Boon, Y. dan Shaharudin, M. M. (2011). Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. UTM, Skudai : Tesis Sarjana. Chan Y. F. & Gurnam K. S. (2012). School Based Assessment Among ESL Teachers In Malaysian Secondary Schools. Journal of the Malaysian Education Dean's Council, Vol. 9, hlm 1-18. Chew F. P. & Nadaraja, S. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN. 2180-4842. Vol. 4, Bil. 2. 10-24. Chua, Y. P. (2013). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan, Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Chua, Y. P. (2013). Asas Statistik Penyelidik: Analisis Data Skala Likert, Edisi 2. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Cohen, L., Manion, L. and Morrison, K. R. B. (2000). A Guide to Teaching Practice (fifth edition). London: Routledge Falmer.. Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewey, J. (1933). How we think. a restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. Boston. D.C. Heath and Company. Ferguson-Patrick, K. (2009). Cooperative Learning and quality teaching: early career teachers striving for quality. A paper presented at The 16th International Conference on Learning, Barcelona, 1 – 4 July 2009. Fraenkel, J. R. and Wallen, N. E. (2006). How to Design and Evaluate Research in Education (3rd ed). New York : Mc Graw-Hill. Gay, L. R. and Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for Analysis and Application. 6 Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Hair, J.F., Anderson, R. E., Tatham, R. L., and Black, W. C. (2003). Multivariate Data Analysis. Singapore: Pearson Education.

122 Hamzah, M.O. & Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟ perception of the implementation of school-based oral English assessment. The English Teacher, 38 (13 – 29). Husin, K. & Abdul Aziz, S.H. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Edisi Pertama. Selangor : Kayazano Enterprise. Hussin, S. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim, A. & Reduan, S.Z. (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah: Pelaksanaan dan kesediaan guru. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, USM Pulau Pinang. Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Edisi ke-2. Selangor: McGrawHill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Ishak, N. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Ringkasan Eksekutif. KPM: Kuala Lumpur. Ismail, M. (2009). Pentaksiran Pendidikan (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail, R., Taib, M., Abdul Wahid, F. A & Osman, S. (2012). Mengkaji pengetahuan pentaksiran dalam kalangan pelajar PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2008 (Pendidikan Khas) di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Prosiding Penyelidikan Pendidikan Guru Malaysia-Indonesia. 2-4 Okt. Anjuran IPG Kampus Ilmu Khas dan Universitas Negeri Padang, Indonesia, ms 143-147. Ismail, S. & Subki, A. (2010). Guru dan cabaran semasa Selangor. Multimedia Sdn Bhd. Ismail, S. & Subki, A. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Professional. Selangor : Multimedia Sdn Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kuala Lumpur. Konting, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Son Inc.

123 Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pentaksiran Kemahiran

Berfikir

Aras

Tinggi.

Putrajaya:

Lembaga

Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Peperiksaan (2009). Laporan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Rinits SPPK. Kajian berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga

Peperiksaan

(2011).

Pengurusan

dan

Pengendalian

Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan (2012). Laporan Soal selidik Kesediaan Guru Melaksanakan PBS (Dilaksanakan Dalam Talian). Kajian Berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan (2013). Dokumen Standard Prestasi. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Lembaga Peperiksaan (2013). Laporan Kajian PBS: Kefahaman Dan Amalan. Kajian

Berkaitan

Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah.

Kuala

Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia. (23) Lembaga Peperiksaan (2014). Laporan Kajian Pelaksanaan PBS : Dokumen Standard Prestasi. Kajian Berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Likert, R. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of Psychology, 140. Linacre, J. M. (2005). A User’s Guide to Winsteps ministep Rasch Model Computer Programs (Computer software and manual). Chicago, IL : Winsteps. Linn, R. L. & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching. Prentice Hall. Mat Ali, M. A. & Jamaluddin, S. (2007) Amalan Pentaksiran untuk Pembelajaran di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 27 (1), 19 – 39. Mat Ali, M. A. (2006). Amalan Pentaksiran Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Malaya: Tesis PhD. McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).

124 McMillan, J. H. (2007). Classroom assessment: Principles and practice for effective standards-based instruction. (4th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon. Mertler, C. A. (2005). Measuring Teachers’ Knowledge and Application of Classroom Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. Apr 11-15, 2005. Montreal, Quebec, Canada. Mohammad, M.F. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah. UTM. Skudai : Tesis Sarjana. Mohd. Noor, N. & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. UTM. Skudai: Tesis Sarjana. Mohd. Radzi, M. S. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah. UTM Skudai: Tesis Sarjana. Mohsin, M. & Chia, C. M. (2012). Pengetahuan pentaksiran dalam kalangan guru pelatih PISMP (Opsyen Pendidikan Jasmani) di Institusi Pendidikan Guru, Kuala Lumpur. Prosiding Penyelidikan Pendidikan Guru MalaysiaIndonesia. 2-4 Okt, ms 148 – 151. Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994). Creating More Thoughtful Learning Environment. in Mangieri, J. & Blocks, C. C. (Eds.). Creating Powerful Thinking In Teachers And Students: Diverse Perspectives. Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers. Pajares, M.F. (1992). Techers beliefs and educational research: Cleaning up a messy construct. Review of Educational Research, 62(3). PISA (2006). Released Item - Mathematics. OECD PISA (2006). Released Item - Reading. OECD PISA (2006). Released Item - Science. OECD PISA (2009) Assessment Framework Key competencies in reading, mathematics and science. OECD. PISA (2012). Released Item - Mathematics. OECD Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

125 Queensland Studies Authority (2010). School-based assessment: The Queensland system. Published February 2010 © The State of Queensland (Queensland Studies Authority) Quellmalz (1985). Needed: Better Methods for Testing Higher-Order Thinking Skills the Association for Supervision and Curriculum Development, ASCD .VA ,USA. Rajendran, N. S. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan

Proses

Pengajaran

Pembelajaran.

Kertas

kerja.Seminar/pameran projek KBKK. Reeves, T. C. (2000). Alternative Assessment Approaches for Online Learning Environment in Higher Education. Journal of Educational Computing Research, 23 (1). Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice Hall. Sabitha, M. (2006). Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Tingkah Laku Devian di Tempat Kerja. Jurnal Pemikir, Julai/September, 43-58. Saion, R. (2014). Persepsi Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap Literasi Pentaksiran Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana. Schermerhorn (2005). Management Eight Edition. United State: John Wiley & Sons. m.s 263-276. Schmalz, R.S. (1973). Categorization of questions that mathematics teachers ask. Mathematics Teacher, Reston, (pp. 66-67), VA. NCTM. Stiggins, R. J, & Conklin, N. F. (1992). In teachers’ hands: Investigating the practices of classroom assessment. Albany: State University of New York Press. Suah, S. L., Ong, S. L., & Osman, S. (2010). Pentaksiran pembelajaran pelajar: Amalan guru-guru di Malaysia. Malaysian Education Dean’s Council Journal, 5, 68-83. Sukiman S., Shah N. S., & Uzi M. D. (2014). Pengajaran Kemahiran Berfikir : Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. Vol. 2 N0.1 ISSN 2232-0393 Sulaiman, E. (2006). Pengenalan Pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

126 Talib, R. & Abd Ghafar, M. N. (2008). Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah Di Malaysia. Kertas Kerja Dalam: Seminar Penyelidikan. Talib, R. & Abd. Ghafar, M. N. (2009). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis PhD. TIMSS & PIRLS International Study Center (2007). The Trends in International Mathematics and Science Study. Lynch School of Education, Boston. TIMSS & PIRLS International Study Center, (2007). Release Item-Mathematic 8 Grade 2009. Lynch School of Education, Boston. TIMSS & PIRLS International Study Center, (2007). Release Item-Science 8 Grade 2009. Lynch School of Education, Boston. Tomei, L. (2005). Taxonomy for the technology Domain. Information Science Publishing. London, United Kingdom. Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction. London: Pearson: Allyn and Bacon. Wright, B. D. & Linacre, J. M. (1992). A User’s Guide to Bigsteps, Rasch Model Computer Programme Version 2.2.MESA Press. Wright, B. D. & Master , J. (1982). Rating Scale Analysis . Chicago: MESA Press. Wright, B., & Stone, M. H. (1979). Best Test Design. Chicago: MESA Press. Zhang, Z. & Burry-Stock, J. (2003). Classroom Assessment Practices and Teachers’ Self-Perceived Assessment Skills. Applied Measurement in Education, 16(4), 323-342.