kertas makluman pedagogi peribumi baru - LAMAN UTAMA

tahun tadi akan masuk ke sekolah rendah di ... mengendalikan program ini untuk selama dua jam bagi satu sesi untuk 100 hari ... Seminar Pembentangan k...

102 downloads 815 Views 66KB Size
1

KERTAS MAKLUMAN PENUBUHAN PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PERIBUMI KEBANGSAAN 1. TUJUAN Keupayaan negara dalam mencapai Wawasan 2020 memerlukan pengisian pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, Kementerian Pelajaran mempunyai amanah yang sangat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Dalam melaksanakan amanah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengariskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan pendekatan pertama ke arah memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, orang Asli dan suku minoriti lain. Institut Pendidikan Guru Malaysia juga bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat murni negara. Cabaran dalam Teras ke-4, Merapatkan Jurang Pendidikan dan Teras ke- 6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan merupakan cabaran kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk memacu kecemerlangan dalam memastikan Wawasan 2020 bergerak dalam arus acuannya. Kertas makluman ini bertujuan untuk mencadangkan dan seterusnya memohon kelulusan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) khususnya di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Keningau, IPG Kampus Miri,Sarawak, IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPG Tun Hussein Onn ke arah meningkatkan kecemerlangan dan keunggulan IPG seterusnya merencanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia serta dapat memenuhi aspirasi negara. 2. LATAR BELAKANG IPG Tengku Ampuan Afzan merupakan salah sebuah Institut Pendidikan Guru yang telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Program Pembangunan Pendidikan orang Asli dan Peribumi. Melalui Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa yang melibatkan kerjasama dengan IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah ,IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan, IPG Miri, Sarawak, IPG Keningau, Sabah serta IPG Tun Hussein Onn, Johor ke arah Merapatkan Jurang Pendidikan antara lokasi bandar dan luar bandar. Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa di bawah Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi adalah wawasan pendidikan bagi membina tambak merapatkan pencapaian prestasi pelajar serta peluang pengajaran dan pembelajaran bagi murid kumpulan minoriti di kawasan pedalaman agar mereka mendapat keadilan dan berperanan terhadap negara dan bangsa menjelang tahun 2020. Usaha IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai Pusat Rujukan Pendidikan Peribumi dalam Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa perlu digerakkan secara terarah dan berterusan. Pusat Rujukan ini merupakan sebuah pusat yang berteraskan sepenuhnya kepada metodologi penyelidikan, kajian dan pembangunan khusus menangani isu pendidikan di sekolah-sekolah orang Asli

2 dan Peribumi. Pelestarian tentang budaya dan alam sekitar turut sama diberi perhatian dalam usaha untuk memastikan khazanah budaya akan terus terpelihara. Kekuatan IPG Tengku Ampuan Afzan dalam jajaran banjaran Titiwangsa dapat memberikan dampak yang besar dalam pembangunan pendidikan masyarakat Peribumi di negara kita ini sekaligus mampu diangkat sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan dengan jaringan IPG yang terlibat sebagai rakan sepasukan. 3. KONSEP PEDAGOGI PERIBUMI Untuk memudahkan kita memahami kertas ini dengan lebih jelas dan menyeluruh dalam kerangka rujukan yang sama istilah penting yang berkaitan iaitu, pedagogi peribumi (indigenous pedagogy) akan diterangkan secara persis seperti berikut: (I) “Narrowly defined, pedagogy is simply a method of instruction and in a broad sense; it is a set of philosophical beliefs that guide instructional strategies while the term indigenous simply means local or native. An indigenous pedagogy could be viewed through a broad spectrum beginning with a pedagogy which reflects a native culture, worldview and beliefs or the other extreme, a pedagogy framed by non-native, more Eurocentric constructs. It can also be said that an indigenous pedagogy is an instructional strategy that emerges out of the local context of practice and more significantly, among those who have knowledge and use it. The practitioners can claim ownership of their pedagogy-“because they have shape it to suit their need’ ( Boon Hua, 2008 ) ( II ) “Indigenous pedagogy is also holistic in nature involving the four dimensions of being: spirit, mind, body, heart. Within indigenous approaches to learning, the learner, teacher and community are engaged in a reciprocal, collaborative learning relationship ”(Hemara & Wharehuia, 2000) 4. SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEDAGOGI PRIBUMI DI MALAYSIA 4.1 SEJARAH PEDAGOGI PERIBUMI DI MALAYSIA Sebelum tahun 1995, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah memainkan peranan penting untuk meningkatkan taraf hidup orang Asli dengan memberikan mereka peluang pekerjaan melalui pendidikan. JHEOA telah memberikan pendidikan selama 3 tahun kepada anak orang Asli ini sebagai persediaan ke sekolah arus perdana. Semasa tiga tahun ini, murid-murid ini pergi ke sekolah kampung yang diajar oleh kakitangan JHEOA. Guru-guru ini tidak dilatih oleh kementerian Pelajaran. Murid-murid yang yang meneruskan pelajaran selepas 3 tahun tadi akan masuk ke sekolah rendah di petempatan orang Asli dengan diajar oleh guru-guru yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Mereka yang lulus peperiksaan pada akhir Tahun 6 akan meneruskan pelajaran mereka ke sekolah menengah kerajaan yang berdekatan dengan tempat mereka. Pada tahun 1995, Kementerian Pelajaran telah mengambilalih peranan JHEOA untuk memberikan pendidikan kepada murid-murid orang Asli untuk meningkatkan kualiti pendidikan pribumi. Sejak itu, Kementerian Pelajaran telah

3 bertanggungjawab untuk menyediakan guru-guru terlatih untuk mengajar sekolah orang Asli. Ini penting untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan relevan kepada murid-murid untuk mempertingkatkan pencapaian akademik mereka. Bagi mencapai matlamat ini, kementerian telah memperkenalkan beberapa pendekatan inovatif terutamanya untuk mempertingkatkan pendidikan murid-murid orang Asli dan Penan. Pada tahun 2003, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah melancarkan Program Pensiangan-Salinatan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid pribumi. Dalam program ini, BPG telah membantu pembangunan profesional guru-guru yang mengajar di luar bandar dan pedalaman. Melalui program ini, pensyarah dari IPG akan bekerjasama secara kolaborasi dengan guru yang mengajar di sekolah tersebut bagi mempertingkatkan kemahiran pedagogi. Selain itu, pada tahun 2003 Kerajaan telah mewajibkan pendidikan kepada semua kanak-kanak. Ibu bapa wajib menghantar anak mereka ke sekolah apabila usia mereka mencapai enam tahun. Dasar ini memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan asas sekolah rendah apabila usia mereka mencapai enam tahun. Dengan ini kanakkanak peribumi juga tidak akan didiskriminasikan untuk mendapatkan peluang pendidikan kerana pendidikan itu merupakan hak semua. Pada tahun 2006 pula, kementerian telah memperkenalkan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk memastikan murid Tahun 1 menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas enam bulan bersekolah. Disebabkan pencapaian yang kurang memuaskan oleh murid-murid peribumi ini, IPG telah diminta membantu sekolah yang ada murid-murid peribumi ini untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Pedagogi pribumi adalah satu daripada tiga elemen dalam pendekatan holistik yang diperkenalkan dalam ‘Redefine Schooling’ atau dikenali sebagai Program Rintis yang melibatkan sekolah orang Asli dan Penan di seluruh negara. Program Rintis ini telah bermula pada bulan Mac 2007 dan melibat 6 buah sekolah orang Asli di Semenanjung. Program ini diperluaskan lagi pada bulan Mac 2008 dan melibatkan 8 buah sekolah orang Asli dan 6 buah sekolah Penan di Sarawak. Kurikulum Orang Asli dan Penan (KAP) ini digubal kerana ; (i) kadar keciciran dan ketidakhadiran murid orang asli dan penan yang sangat tinggi (ii) penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sangat minimum (iii) motivasi yang rendah ke sekolah kerana aktiviti persekitaran yang lebih menarik minat mereka, ( iv) kurang penekanan terhadap kepentingan pendidikan dalam kalangan murid orang asli dan penan, (v) kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran kurang mengambil kira keperluan khusus murid orang Asli dan Penan, dan (vi) sifat semula jadi cepat lupa akan apa yang dipelajari ( low academic retentation skill power). Sehubungan itu, bermula pada tahun 2008 sehingga 2010, program Kurikulum Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) diperkenalkan untuk membantu mempertingkatkan literasi dalam kalangan ibu bapa peribumi yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Guru-guru yang terpilih akan mengendalikan program ini untuk selama dua jam bagi satu sesi untuk 100 hari sahaja setahun.

4 Kesimpulannya, pedagogi peribumi ini adalah selari dengan Teras 4 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu: Merapatkan Jurang Pendidikan di antara sekolah bandar dengan luar bandar. Ini juga termasuk untuk merapatkan jurang yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan antara mereka yang berkeperluan khas, agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Ini selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan di negara kita. 4. OBJEKTIF PENUBUHAN Penubuhan Pusat ini bertujuan: • Peranan IPGM Kampus Ampuan Afzan sebagai Pusat Pendidikan dalam jajaran Titiwangsa berkependudukan padat masyarakat orang Asli Peribumi. • Menangani pendidikan murid-murid dan masyarakat orang Asli. • Penghargaan atas kesedaran rumpun masyarakat yang mempunyai hak yang sama dalam negara. • Pendokumentasian bahasa dan budaya masyarakat melalui Muzium Budaya. • Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan sekolah orang Asli. • Menjadikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai pusat kajian serantau yang menjurus kepada pendidikan murid orang Asli. • Sebagai hub-pendidikan yang melibatkan jaringan seranta di dalam atau di luar negara sebagai pusat rujukan. • Melahirkan guru-guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan yang berkemahiran dalam pendidikan peribumi bagi memenuhi keperluan pendidikan. 4. MATLAMAT 4.1 •

• •



Matlamat mewujudkan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi ini ialah; Ensiklopedia & Ijtadik- Menyediakan pensyarah dan guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam bidang pendidikan peribumi. Hub-Pendidikan- Sebagai Pusat Kajian dan Pembangunan Latihan guru dalam perkhidmatan Jaringan seranta- Membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal orang Asli dalam meningkatkan jalinan kerjasama dalam pembangunan pendidikan masyarakat orang Asli. Galeri Budaya Masyarakat orang Asli- Pemugaran bahasa dan budaya masyarakat agar dapat didokumentasikan sebagai satu khazanah negara.

5 5. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENUBUHKAN PUSAT KECEMERLANGAN PEDAGOGI PRIBUMI. Beberapa keperluan telah dikenalpasti untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi dan di antaranya ialah: 5.1 Kompleks Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kompleks Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi yang lengkap dengan kemudahan berikut: • Bilik kuliah untuk mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada pensyarah IPGM, guru, guru besar bagi mendalami ilmu yang berkaitan pedagogi pribumi . • Dewan serbaguna untuk mengadakan seminar, konfrens, kolokium,bengkel dan sebagainya tentang pedagogi peribumi . • Pusat sumber yang boleh menyimpan semua hasil kajian, (research finding), dan mempunyai incubator untuk menyimpan produk-produk pedagogi pribumi dan hasil kajian (development), hasil-hasil inovasi pedagogi peribumi, jurnal-jurnal, prosiding seminar, buku-buku rujukan, alat bantu mengajar dan akses ke internet • Galeri pedagogi peribumi untuk menempatkan artifak dan bahan-bahan berkaitan dengan pribumi seperti adat resam, gaya hidup, susur galur keturunan, pekerjaan dan segala yang berkaitan dengan masyarakat peribumi yang serumpun dengan kita ataupun dari luar negara . 5.2

Tenaga Pakar

Tenaga pakar seperti pensyarah atau guru-guru yang berkaitan secara langsung dengan pedagogi peribumi yang dapat bertindak sebagai pakar rujuk dalam perlaksanaan program pedagogi peribumi. 5.3 Bahan Rujukan / Pameran Bahan-bahan rujukan dan pameran termasuk semua hasil kajian, (research finding), produk-produk pedagogi peribumi dan hasil kajian (development), hasilhasil inovasi pedagogi pribumi, jurnal-jurnal, prosiding seminar, buku-buku rujukan, alat bantu mengajar dan akses ke internet. Ia juga meliputi artifak dan bahanbahan berkaitan dengan peribumi seperti adat resam, gaya hidup, susur galur keturunan, pekerjaan dan segala yang berkaitan dengan masyarakat peribumi yang serumpun dengan kita ataupun dari luar negara . 6. PELAKSANAAN Untuk merealisasikan penubuhan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi ini, pihak IPGM Tengku Ampuan Afzan akan mengadakan koloborasi erat dengan IPGM lain di dalam dan di luar negara mengenai pembangunan pendidikan masyarakat orang Asli. Koloborasi ini juga melibatkan pihak JHEOA, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Hal Ehwal orang Asli Daerah, Tok Batin, masyarakat setempat serta guru-guru yang terlibat di sekolah yang kebanyakkan murid-murid orang Asli.

6 6.1 Dalam rancangan koloborasi ini, pihak Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi telah merangka 2 pelan perancangan untuk pembangunan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi iaitu; 6.1.1 Pelan Tindakan Jangka Pendek 6.1.2 Pelan Tindakan Jangka Panjang 6.1.1 Pelan Tindakan Jangka Pendek Program

Aktiviti Kursus Tenaga Pengajar Kelas Dewasa (KEDAP) Masyarakat orang Asli. Masalah Pengajaran murid orang Asli Anugerah Sijil tamat program KEDAP Pembentangan kertas kerja Pameran

Latihan

Penyelidikan Konvokesyen Seminar Budaya

Tarikh 6-10 April 2009

Jan- Jun 2009

Catatan Kerjasama BPG/BPK/IPGM/JPN

13.Okt 2009

Kerjasama JPN/IPG BPG/IPG/JHEOA/JPN

13-16 Okt 2009

BPG/IPG/JPN/JHEOA

13-16 Okt 2009

BPG/IPG/JPN/JHEOA/Sekolah

6.1.2 Pelan Tindakan Jangka Panjang Pelan Tindakan Jangka Panjang (2010-2015) melibatkan tindakan berikut: 1. Pusat Inkubator- Merupakan pusat penyelidikan pendidikan orang Asli. Pusat ini berperanan mengadakan seminar atau ceramah ilmiah berkaitan, menempatkan hasil-hasil kajian, produk hasil kajian, hasil inovasi pedagogi, jurnal, prosiding seminar, buku-buku rujukan, alat bantu mengajar malah menyediakan “human resource” yang bersesuaian. • Pusat inkubator ini juga merupakan pusat kajian seranta yang melatih para pensyarah, para guru, para pegawai JHEOA dari dalam dan luar negara melalui kursus dalam perkhidmatan.. • Berkerjasama dengan NGO atau orang perseorangan yang ingin mendalami budaya masyarakat orang Asli. • Mengkaji kurikulum yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan masyarakat peribumi. 2. Pusat Rangkaian Gerbang Titiwangsa- merupakan rangkaian kerjasama dalam pembangunan pendidikan masyarakat orang Asli dan Peribumi. • • • •

Kerjasama ini melibatkan pihak Institusi Pendidikan Guru sama ada dalam dan luar negara. Kerjasama melibatkan pihak Kementerian Luar Bandar. Melibatkan agensi kerajaan seperti JHEOA,KEMAS dan NGO. Melibatkan masyarakat orang Asli dalam program Anak angkat di sekolah yang terlibat.

7 3. Pusat Warisan Budaya - Mewujudkan Galeri Budaya yang mengandungi perkara berikut: • Pendokumentasian - cerita-cerita rakyat, bahasa dan budaya masyarakat • Pemuliharaan budaya - Menyimpan senikata dan irama lagu sewang dan muzik tradisional • Peralatan ikhtiar hidup masyarakat - Lukah, Ambong dan sebagainya. • Pelestarian Bahasa dan Budaya. 7. PERANCANGAN TINDAKAN (2010-2015) Matlamat Pelan Perancangan lima tahun ini ialah penubuhan sebuah inkubator pendidikan orang Asli yang lengkap dan tempat rujukan utama atau pakar rujuk berkaitan pembangunan pendidikan pedagogi Peribumi merangkumi jangka pendek dan jangka panjang.

Fasa Perancangan Literature Review & Tools 1 Aktiviti yang akan dijalankan pada Fasa 1 ini ialah menjalankan usaha-usaha pengumpulan sebanyak mungkin hasil-hasil kajian,jurnal,prosiding seminar,buku-buku dan segala bahan maujud yang berkaitan pendidikan,budaya dan kesenian orang Asli. Fasa 1 ini melibatkan penubuhan inkubator dengan pengisian Seminar Pedagogi Kebangsaan, Konvokesyen KEDAP, Pameran Peribumi. Latihan 2 Dua program utama akan dijalankan iaitu, program latihan dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan. Produk yang terhasil melalui latihan ini akan dibahagikan kepada tiga kriteria utama iaitu, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan guru atau pensyarah yang telah mengikuti latihan. Kemahiran yang wujud dalam menyediakan Alat Bantu Mengajar, Perancangan Pengajaran, Kaedah Pengajaran, Kaedah Pentaksiran dan tahap pembelajaran murid orang Asli. Pakar Rujuk 3 Fasa ini melibatkan “proses penyerapan” pensyarah atau guru-guru sekolah orang Asli dan pensyarah IPGM yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam pendidikan serta adat resam orang Asli/Peribumi. Para pensyarah dan guru-guru yang telah dikenalpasti akan dilantik sepenuh masa/separuh masa sebagai pengendali kursus atau merangka kursus untuk memperkasa pendidikan masyarakat peribumi. PILOT PROJEK 4 Projek Rintis akan dijalankan. Semua projek dan aktiviti yang melibatkan inkubator ini akan dijalankan dan dipantau tahap pelaksanaannya, diberi penambahbaikan serta diuji keberkesanannya. Dalam fasa ini, semua pensyarah, guru yang dilatih akan bekerjasama erat untuk mengesan tahap

Tahun Pelaksanaan Fasa ini akan dilaksanakan pada tahun 2009-2010 sempena Pelancaran Pusat Pedagogi Peribumi IPGMKTAA.

Fasa kedua akan dilaksanakan pada tahun 2010-2011, Fasa 1 akan diteruskan seperti biasa.

Fasa ini dijalankan pada tahun 2011-2012. Namun guru yang terlibat akan diberi kursus dalam perkhidmatan pada Fasa 2 (2010)

Fasa ini dilaksanakan pada tahun 2012-2013.

8

5

kelemahan dan kekuatan kaedah atau idea kreatif yang boleh dikemukakan dalam mengatasi masalah pembelajaran. Keupayaan mengesan masalah dengan cepat akan dapat disusul dengan tindakan pemulihan atau pengayaan. Pengoperasian Penuh Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi yang lengkap sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan serantau berkenaan pedagogi peribumi akan direalisasikan. Fasa ini turut menekankan program kursus dalam perkhidmatan/pra perkhidmatan akan terus dijalankan. Program ini dapat dijalankan atas andaian kemampuan untuk menyediakan kepakaran, kemahiran, pngetahuan human resources semasa mampu ditawarkan oleh Pusat Kecemerlangan Pedagogi ini. Ini bermakna pusat kecemerlangan ini mampu menjadi sebuah institusi rujukan kajian peribumi serantau, pusat rujukan pakar, galeri budaya masyarakat peribumi serta mempunyai rangkaian pendidikan antarabangsa mengenai pendidikan peribumi.

8.

Fasa 2013. Kerjasama yang erat dengan badan NGO, IPT dalam dan luar negara, Jabatan Pelajaran Negeri, Jab. Hal Ehwal Masyarakat orang Asli, Sekolah dan masyarakat Peribumi.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN UNTUK MENUBUHKAN KECEMERLANGAN PEDAGOGI PERIBUMI DI IPG

PUSAT

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi perlu ditubuhkan di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai induk serta IPG peringkat Zon kerana: • IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan serta IPG yang terpilih telah terlibat dalam semua program yang berkaitan dengan pedagogi pribumi seperti Pensiangan-Salinatan sejak tahun 2004, KIA2M pada tahun 2006, KAP pada tahun 2008 dan KEDAP pada tahun 2008. • Ramai pensyarah yang terlibat berminat dan komited dengan program pedagogi peribumi seperti Pensiangan-Salinatan, KIA2M , KAP dan KEDAP. • Program KPLI Mode KDC khasnya pemulihan melibatkan kerjasama bagi sekolah pedalaman dan Sekolah Kurang Murid (SKM) telah memberi pendedahan yang banyak tentang pendidikan muridmurid kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung semasa melakukan penyeliaan praktikum ke sekolah-sekolah tersebut. Pensyarah juga dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh melalui kursus pedagogi pribumi kepada pelatih-pelatih yang mengajar di sekolah murid-murid pribumi tadi. • Kebanyakan lokasi sekolah peribumi (orang Asli) terletak di jajaran Banjaran Titiwangsa. Keadaan ini memudahkan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai pusat induk untuk melibatkan diri secara aktif dan berkesan dalam setiap program pedagogi pribumi.

9 • Kursus 14 minggu bagi guru-guru pedalaman dengan kerjasama BPG dan OUM telah dijalankan di IPG Kampus yang terlibat dalam Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi ini. 9. IMPLIKASI KEWANGAN 9.1 Punca kewangan • Peruntukan Pengsiangan-Salinatan • Peruntukan KAP • Peruntukan Teaching School • Peruntukan Khas untuk Membina Inkubator. • Memohon peruntukan/dana khas. RUMUSAN/PENUTUP Kertas makluman Pelan Tindakan Penubuhan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan merupakan satu cadangan yang memerlukan kerjasama yang erat daripada seluruh pihak yang terlibat. Kertas makluman pelan tindakan ini amat bermakna bagi menunjukkan seluruh komitmen yang tinggi daripada pihak IPG terhadap hasrat murni YB. Menteri Pelajaran dan pihak BPG yang memberikan perangsang,dorongan serta sokongan yang padu kepada Institusi Pendidikan Guru yang terulung dalam membantu membangunkan pendidikan untuk murid-murid dan ibu bapa masyarakat orang Asli dan Peribumi. Pihak IPG , khasnya warga pendidik amat berharap agar penubuhan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi dapat direalisasikan. Sehubungan dengan itu, dengan mengambilkira beberapa pertimbangan yang tersebut di atas adalah diharapkan agar kertas cadangan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan. Semoga usaha yang luhur ini diterjemahkan dengan hati yang suci di bawah satu matlamat “1 Malaysia; Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan”. Setinggi- tinggi penghargaan dan harapan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama untuk menjayakan hasrat murni ini. “1MALAYSIA: KECEMERLANGAN PERIBUMI,KOMITMEN KAMi”