Kesan latihan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi

di Daerah Johor khasnya dan di Malaysia amnya. Angka statistik di daerah Johor ... Statistik ibu tunggal di Johor (2010-2017) ... 48,077 kes penceraia...

109 downloads 580 Views 212KB Size
The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

PGSS SPS POST GRADUATE STUDENT SOCIETY SCHOOL OF GRADUATE STUDIES

THE COLLOQUIUM Homepage: http://sps.utm.my/thecolloquium/

Kesan latihan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dan stress dalam kalangan ibu tunggal: Suatu kajian analisis kehendak (Need analysis Rintis) Seri Suhaila Abdullah*, Mohd Tajudin Ninggal, Azlina Mohd Kosnin Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia. KEYWORDS Latihan bimbingan kelompok Kecerdasan emosi Stres Ibu tunggal

ABSTRACT Kecerdasan emosi (EQ) sangat penting kepada ibu tunggal (IT) dan EQ dapat mempertingkatkan psikologi dan kesihatan mental IT. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji kesan latihan bimbingan kelompok (BK) terhadap tahap EQ dan tahap Stres dalam kalangan IT di Negeri Johor. Reka Bentuk kajian Kaedah gabungan (Mixed Method), “Explainatory Sequential”, pendekatan Kuantitatif dan pendekatan Kualitatif terdiri dari dua fasa. Kertas kajian ini hanya fokus pada Fasa pertama, pendekatan kuantitatif (Kuasi eksperimen jenis Regresi Tidak Bersambungan) sebagai teknik persampelan secara tidak rawak kepada IT melibatkan 120 subjek kajian dari persatuan IT CARE dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) di daerah Johor Bahru. Kajian rintis dengan ujian pra dengan soal selidik EQ (Goleman,1998) untuk mengukur tahap EQ dan soal selidik Stres (Robbins,2001) untuk mengukur tahap stres. Kumpulan eksperimen yang terpilih terdiri dari 60 responden yang memperolehi skor min yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu Min skor rendah bagi EQ (<3.00) dan min skor tinggi bagi Stres (>.3.00). Hanya kumpulan eksperimen saja diberi rawatan (latihan BK menggunakan modul latihan adaptasi pendekatan teori kaunseling barat Teori Pemusatan Klien Rogers (1951) diintegrasi Teori Kaunseling islam pendekatan Al-Ghazali (Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008, 2011) mengikut langhkah-langkah pembinaan modul latihan (Sidek dan Jamaludin, 2005). Ujian statistik yang digunakan ialah ujian-t berpandanan. Analisa data deskriptif dan inferensi menggunakan (SPSS) versi 23. Kesan latihan BK ini dinilai dengan membandingkan perbezaan antara skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan kajian rintis. Adalah harapan hasil kajian akan memilih lapan (Purposif sampel) bagi Kajian Fasa dua pendekatan kualitatif.

1. Pengenalan Malaysia ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50), Malaysia akan membentuk sebuah negara bangsa yang benar-benar berwibawa dan berminda par excellence”. Untuk mencapai sasaran tersebut menurut TN50, institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat penting ke arah pembentukan negara bangsa yang kukuh dan maju. Pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat Mohd Najib, 2016 dalam Sinar Online, 21 Oktober 2016). Individu yang hebat dapat memperkukuh institusi keluarga, dan seterusnya memperteguhkan masyarakat serta Negara bangsa. Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara bermula dari pembangunan institusi keluarga. Pembangunan kuarga dan masyarakat berkait rapat dengan pembangunan wanita kerana wanita merupakan tunjang

* Corresponding author: [email protected]

utama sebuah keluarga. Justera itu, Malaysia tidak meminggirkan golongan wanita daripada arus pembangunan negara (Fawzia, 2005; Noryati, 2009 dan Rohani, 2016). Dalam masyarakat Malaysia, wanita yang belum berkahwin, andartu, telah berkahwin, bercerai, balu dan janda dikenali Ibu Tunggal (IT),(Wan Halim, 2003; Diyana et al, 2009), maka IT adalah tanggungjawab semua pihak. IT dalam kertas konsep ini berdasarkan definisi terbaharu (Seri Suhaila, 2017) oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim, yang yang merangkumi tiga golongan: (i) wanita yang bercerai dan mempunyai anak, (ii) wanita masih mempunyai anak dalam tanggungan manakala suaminya ditimpa penyakit teruk sehingga wanita tersebut terpaksa menanggung keluarga dan (iii) wanita yang belum berkahwin tetapi

The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

mempunyai anak angkat atau anak yang tidak sah taraf. Penggolongan ini mempermudahkan pihak MPMKM menyediakan program dan menguruskan bantuan kepada golongan tersebut termasuk anak-anak mereka. (Rohani, 2016). Merujuk Jadual 1. Jadual 1: Statistik ibu tunggal di Malaysia Tempoh Tahun

Bilangan Penduduk Wanita Malaysia

Ibu Tunggal

Keseluruhan 2010 2017

13.9 Juta

235,240

Berdaftar

83,775

Negeri Johor Daerah Johor Bahru

12,695 6,022

Sumber: Data pendaftaran portal Mywanita (www.mywanita.gov.my, 2016) Menurut Rohani (2016), statistik terkini menunjukkan jumlah IT di negara ini berdasarkan definisi terbaharu dalam Pelan Tindakan IT yang diluluskan kabinet pada 15 Ogos 2016 adalah sekitar 235.000 orang, Sebelum ini, jumlah IT yang direkodkan oleh

Jabatan Statistik mencecah 800,000 orang kerana definisinya terlalu umum sehingga wanita yang bercerai tanpa anak dan suri rumah warga emas turut disenaraikan sebagai IT. Timbalan Menteri, MPWKM, Azizah Mohd Dun menyatakan “Daripada 13.9 juta tersebut; hanya 83,775 IT berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sehingga kini. Ramai tidak berdaftar dengan JPW kerana tidak tahu fungsinya, tidak mendapat pendedahan daripada persatuan IT dan sibuk kerana perlu menyara diri dan keluarga (Azizah, 2016). Di negeri Johor pula, menurut (Nur Azura Patoni, Personal Communication, Februari 6, 2017), Pegawai Wanita, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim, Nusajaya, Johor. Statistik di Daerah Johor Bahru juga menunjukkan jumlah IT meningkat yang membimbangkan, perkara ini tidak boleh dipandang remeh; Pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda di Daerah Johor khasnya dan di Malaysia amnya. Angka statistik di daerah Johor Bahru adalah seperti di Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2: Statistik ibu tunggal di Johor (2010-2017) DAERAH

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

TOTAL

Johor Bahru Muar Batu Pahat Segamat Kluang Pontian Kota Tinggi Mersing Tangkak Kulai TOTAL

123 21 1287 1206 93 50 30 16 8 8 2842

166 203 135 68 95 308 236 63 61 292 1627

86 15 538 27 108 18 100 95 100 61 1148

656 1652 2364 294 107 132 65 46 197 71 5584

1 11 61 19 42 17 30 14 13 34 242

4 114 35 72 39 14 8 24 27 8 345

78 3 28 6 21 9 7 27 10 13 202

0 0 0 1 0 0 0 16 7 2 26

1312 2084 4590 1783 834 659 584 412 435 502 13195

Jadual 3: Jadual pecahan item-item bagi setiap soal selidik EQ Bahagian Personal

Sosial

Kontruk EQ

Pecahan Soalan

Kesedaran Kendiri (KK)

1,2,3,4,5,6,7,8,9

Menguruskan Kendiri (MK)

10,11,12,1314,15,16,17,18

Memotivasikan Diri (MD)

19,20,21,22,23,24,25,26,27

Empati Diri (ED)

28,29, 20,31, 32,33,34,35,36

Kemahiran Sosial (KS)

37,38,39,40, 41,42,43,44,45

2

The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

2. Latar belakang masalah Dewasa ini, isu IT dilihat semakin kritikal lebih-lebih lagi setiap hari di dada surat khabar ada saja isu penceraian dan kematian suami. Terkini menurut Timbalan Menteri Wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Azizah Mohd Don (Metro Harian 15.11.2016), sebanyak 48,077 kes penceraian membabitkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai 2016. Ini menunjukkan IT merupakan antara golongan yang sentiasa memerlukan perhatian daripada semua pihak termasuklah pihak berkuasa, NGO, orang perseorangan, pihak swasta mahupun badan berkanun dan juga (MPWKM). Sejak tahun 1970 an lagi, dalam tempoh empat puluh tahun, pelbagai usaha kerajaan mengorak langkah untuk mencapai status negara maju, namun sehingga kini menjelang Transformasi National 2050, permintaan untuk modal insan yang lebih berkelayakan dan lebih berkemampuan akan terus meningkat. Tidak boleh dinafikan bahawa golongan wanita seperti IT juga merupakan aset penting dalam perkembangan ekonomi negara dan pada tahun 1970, hakikat ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) yang telah menekankan peri pentingnya melibatkan golongan wanita dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Negara. Wawasan Negara juga menekankan pembentukan Institusi keluarga sebagai asas ke arah pembentukan Negara. IT sebagai tulang belakang Institusi Keluarga, unit asas masyarakat perlu juga diperkukuh menjadi tonggak pembangunan Negara. (www.astroawani.com. 27 October 2016 dalam Mohd Najib, 2016). Peranan IT negara hari ini semakin menyerlah (Rosnah, 2016). Dari segi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa dan berminda par excellence, disokong Mohd Najib (2016), IT perlu berani menampil dan menceburkan diri dalam bidang-bidang dan aktiviti hidup yang lebih mencabar. Dengan semangat dan azam wanita yang kental ini, disertai dengan kepelbagaian yang ada di kalangan wanita, wanita mampu memacu negara dalam merealisasikan transformasi dan mencapai Wawasan Negara. 3. Penyataan masalah Bertolak daripada isu dan terjadi masalah IT yang semakin kritikal dan sangat serius yang melibatkan diri, anak sebagai negara bangsa, aset yang paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya. Golongan wanita termasuk IT yang memainkan peranan mendidik dan mencorak masa depan anak-anak

sebagai modal insan, negara bangsa yang kukuh dan maju. Pembangunan bangsa Negara adalah indikator mengukur daya saing dan produktiviti masa depan Negara. Hal ini berlaku boleh menjejaskan visi dan misi pembangunan negara bangsa yang berwawasan par excellence. Ini menunjukkan IT merupakan antara golongan yang amat memerlukan perhatian daripada semua pihak termasuklah pihak, khasnya daripada KPWKM, pihak swasta, NGO dan orang perseorangan. Dalam kajian ini, pengkaji akan fokus kepada IT di daerah Johor Bahru menurut statistik Jadual 1.2. Kajian-kajian terdahulu yang mengkaji tentang EQ dan stres serta hubungannya dengan kesihatan mental dan psikologikal, lebih tertumpu kepada golongan kanak-kanak, remaja dan pekerja (Nolen-Hoekema, 2000; Mayer, 2001; Reinherz et al, 2003, Noorbakhsh, Besharat dan Zarei, 2010). Golongan IT antara golongan yang tidak terkecuali daripada menerima kesan dan berhadapan dengan konflik seperti diskriminasi, kekeliruan nilai, amalan-amalan tradisi yang berkonflik dan tekanan hidup (Othman et al., 2005). Oleh itu, golongan IT memerlukan segala kemahiran yang ada untuk menempuh cabaran kehidupan agar lebih aktif dan produktif serta diiktiraf oleh masyarakat (Othman et al., 2005). 4. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Membina modul latihan bimbingan kelompok (Pendekatan Carl Rogers dan Pendekatan Al-Ghazali) ii. Mengkaji kesan latihan bimbingan kelompok (Pendekatan Carl Rogers dan Pendekatan Al-Ghazali) terhadap pemboleh ubah kecerdasan emosi dalam kalangan ibu tunggal. iii. Mengkaji kesan latihan bimbingan kelompok (Pendekatan Carl Rogers danPendekatan Al-Ghazali) terhadap pemboleh ubah Stres dalam kalangan ibu tunggal 5. Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut: i. Apakah bentuk modul latihan bimbingan kelompok berdasarkan (Pendekatan Carl Rogers dan Pendekatn Al-Ghazali) dibina? ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan dalam ujian pra

3

The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

iii.

iv.

v.

dan ujian pos bagi kontruk kecerdasan emosi ibu tunggal? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos bagi subkontruk kecerdasan emosi (Kesedaran Kendiri (KK), Mengurus Kendiri (MK), Motivasi Diri (MD), Empati Diri (ED), dan Kemahiran Sosial (KS)) dalam kalangan ibu tunggal? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos kajian bagi konstruk Stres dalam kalangan ibu tunggal? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos bagi subkontruk stres (Simptom Psikologi (SP), Simptom Fisiologi (SF) dan Simptom Tingkahlaku (ST) dalam kalangan ibu tunggal?

6. Kerangka Konsepsual Kajian Latihan BK melalui kaedah eksperimental kajian kuantitatif akan mengikut pendekatan Kaunseling yang diadaptasikan kepada program latihan BK iaitu Pendekatan Kaunseling barat, Teori Carl Rogers (1951), digabung dengan adaptasi Pendekatan Kaunseling Islam, Pendekatan Al-Ghazali (Yatimah dan Tajudin, 2008, 2011). Pengkaji menggunakan kaedah gabungan (Mixed Method), “Explainatory Sequential”, pendekatan Kuantitatif dan pendekatan Kualitatif terbahagi kepada dua fasa. Kertas kajian ini fokus pada Fasa pertama, pendekatan kuantitatif (Kuasi eksperimen jenis Regresi Tidak Bersambungan) sebagai teknik persampelan secara tidak rawak kepada IT melibatkan 120 subjek kajian dari persatuan IT CARE dan dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) di daerah Johor Bahru. Ujian Pra dengan soal selidik EQ (Goleman,1998) untuk mengukur tahap EQ dan soal selidik Stres (Robbins,2001). Kumpulan eksperimen yang terpilih terdiri dari 60 responden yang memperolehi skor min yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu Min skor rendah bagi EQ (<3.00) dan min skor tinggi bagi Stres (>.3.00). Hanya kumpulan eksperimen saja diberi rawatan (latihan BK menggunakan modul latihan adaptasi pendekatan teori kaunseling barat Teori Pemusatan Klien Rogers (1951) dan integrasi

Teori Kaunseling islam pendekatan Al-Ghazali (Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008, 2011) mengikut langhkah-langkah pembinaan modul latihan BK (Sidek dan Jamaludin, 2005). Manakala kumpulan kawalan tidak diberi rawatan. Sesi latihan BK terdiri dari 16 jam yang akan dijalankan selama empat (4) jam setiap minggu dalam tempoh empat (4) minggu berturut-turut. Ujian statistik yang digunakan ialah ujian-t berpandanan. Suatu kajian rintis yang dilaksanakan secara kecil-kecilan untuk menguji kebolehlaksanaan, kesahihan atau kebolehpercayaan sesuatu alat atau instrumen kajian yang digunakan bagi kajian yang bakal dilakukan. Instrumen Kajian merupakan soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (Demografi Responden) dan Bahagian B: Soal Selidik EQ (Goleman, 1998) dan Bahagian C: Soal Selidik Stres (Robbins, 2001), seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Jadual 4: Taburan item bahagian C Inventori Stres

Bil.Item

No. Soalan

Psikologi (SP)

7

Fisiologi (SF)

7

Tingkah Laku (ST)

7

1,2,3,4,5,6,7 8,9,10,11,12, 13,14 15,16,17,18, 19,20,21

Jumlah

21

21

7. Kesahan Alat Ukur Kajian Dua pakar penilai instrumen kajian telah menilai instrument bagi mengesahkan kebolehpercayaan instrument kajian sebagai ketekalan sesuatu alat pengukuran bagi mengukur sesuatu pembolehubah atau gagasan yang sama pada masa yang berlainan. Sesuatu alat pengukuran yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi cenderung untuk lebih konsisten, penggunaannya lebih diyakini kerana mampu memberikan keputusan yang konsisten sepanjang masa. Borang soal selidik akan diedarkan kepada 10% (n15) IT di Pertubuhan IT Negeri Johor untuk kajian rintis. Setelah itu, borang soal selidik tersebut akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23 untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik ini dengan menggunakan pekali Alpha Cronbach. Semakin nilai α (alfa) menghampiri 1, ia menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Jika nilai α (alfa) < 0.6 menunjukkan kebolehpercayaan yang lemah. Menurut Kaplan dan Saccuzzo (2005), nilai

4

The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

Jadual 5: Julat Pekali Alfa Cronbach Julat Pekali Alfa

Group

Mean

Standard deviation

t

df

Sig

Experiment

Jadual 6: Keputusan Analisis t Test Kajian Rintis

-2.79

0.14

-122.86

39.00 0.00

0.00

Control

kebolehpercayaan antara 0.70 hingga 0.80 adalah nilai yang baik untuk kebanyakkan tujuan asas penyelidikan. Manakala nilai pekali kepercayaan yang lebih daripada 0.60 merupakan nilai yang sesuai dan sering kali digunakan oleh kebanyakan pengkaji. Manakala menurut Chua (2014), beliau telah menyatakan bahawa kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan adalah merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Jika pengukuran pada kali yang kedua dan seterusnya dilakukan, nilai yang diperoleh adalah serupa, maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

-0.15

0.19

-5.10

39.00 0.00

0.00

Jadual 7: Ujian menganalisa data kuantitatif Bil

Persoalan kajian

Kaedah Analisis

Kebolehpercayaan i

0.00 < α ≤ 0.30

Tidak boleh dipercayai

0.30 < α ≤ 0.40

Boleh diterima, buat pengukuranbaru

0.40 < α ≤ 0.50

Boleh dipercayai sedikit

0.50 < α ≤ 0.70

Boleh dipercayai ii

0.70 < α ≤ 0.90

Lebih boleh dipercayai

0.90 < α ≤ 1.00

Sangat boleh dipercayai

8. Analisa Data Analisa data deskriptif akan menggunakan statistik deskriptif bagi tujuan analisis data di mana penganalisaan jenis ini melibatkan taburan demografi responden yang dianalisis dengan menggunakan jadual kekerapan bagi mencari kekerapan peratus dan min skor ujian yang jalankan bagi mengenalpasti tahap EQ responden. Manakala, taburan kekerapan ini juga digunakan untuk mengkaji perbezaan min kontruk-kontruk EQ bagi kedua-dua Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan ini. Dapatan kajian ini hanya mengemukakan hasil analisa t test kajian rintis kumpulan eksperimen dan kumpulan rawatan seperti tertera di Jadual 6 dan Jadual 7.

iii

iv

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kesan latihan bimbingan kelompok antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan terhadap ujian pra dan ujian pos bagi kontruk kecerdasan emosi ibu tunggal secara keseluruhan? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kesan latihan bimbingan kelompok antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan terhadap ujian pra dan ujian pos bagi subkontruk kecerdasan emosi iaitu, Kesedaran Kendiri (KK), Mengurus Kendiri (MK), Motivasi Diri (MD), Empati Diri (ED), dan Kemahiran Sosial (KS) dalam kalangan ibu tunggal secara keseluruhan? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kesan latihan bimbingan kelompok antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan terhadap ujian pra dan ujian pos bagi konstruk Stres dalam kalangan ibu tunggal secara keseluruhan? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kesan latihan bimbingan kelompok antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan kawalan terhadap ujian pra dan ujian pos bagi subkontruk stres iaitu Simptom Psikologi (SP), Simptom Fisiologi (SF) dan Simptom Tingkahlaku (ST) dalam kalangan ibu tunggal secara keseluruhan ?

Ujian t Sampel berpasangan (Paired-Samples t Test)

Ujian t Sampel berpasangan (Paired-Samples t Test)

Ujian t Sampel berpasangan (Paired-Samples t Test)

Ujian t Sampel berpasangan (Paired-Samples t Test)

5

The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

Kesimpulan Permasalaan ibu tunggal (IT) dan kaitannya dengan masalah pemantapan institusi keluarga dan pembangunan Negara bangsa jangka panjang wajar diberikan perhatian. Oleh itu, kajian eksperimental berkenaan latihan Bimbingan Kelompok (BK) terhadap tahap EQ dan tahap stres dalam kalangan IT adalah relevan dengan masaalah EQ dan stres. Oleh itu, kajian ini penting dalam menawarkan latihan BK yang sewajarnya dalam konteks EQ dan stres membantu IT khasnya negeri Johor. Rujukan Abdul Kadir Abu Bakar, Noraini Jali, & Mohd Aminuddin Mohd Yusof. (2011). Management of Schizophrenia in Adults. Malaysian Family Physician, 6 (2&3). Azlina, M. Kosnin (2012) Hubungan antara Kecerdasan Emosi Dengan Amalan Kepimpinan Transformasi Ketua Jabatan Akademik. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan 2012, 8-9 Oktober 2012, Johor Bahru Azizah Mohd Dun (2016). Program Jelajah Pemerkasakan Ibu Tunggal Zon Utara : Seramai 83,775 ibu tunggal berada sehingga kini, Star online, 11 Februari, 2016. Ciarrochi, J., Deane, F. P, & Anderson, S., (2002). Emotional intelligence moderates the relationship between stres and mental health. Personality and individual differences, 32(2), 197-209. Diyana Ishak, Doris Padmini Selvaratnam & Nor Aini Haji Idris. (2009). Isu dan Cabaran IT dalammenghadapi Perubahan Persekitaran Global. dalam Memacu Pembangunan Ekonomi dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global: Prosiding Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM), Ishak Yussof, Ahmad Mohd Zain, Zainal Abidin Hashim, Nor Aini Hj Idris dan Mohd Shukri Hajinoor (Eds.), 334-336. Bangi: Penerbit UKM. Doshi, K, & Panalal, Anjli (2005). Family Functioning And Child Well-Being Amongst Urban Malay Single Mother Families Influence Of Risk And Protective Factors. Universiti Putra Malaysia. Evans, Martin (2011). “Single Mothers in Malaysia: Social Protections As An Ecercise of Definition in Search of Solution” dalam International Conference of Social Protection for Social Justice”. Institute of Development Studies, UK. 13-15 April 2011.

Faizah Yunus (2003). Analisis Keperluan Latihan. Jabatan Pentadbiran Sosial Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Malaysian Journal of Social Administration. Vol. 2, 2003: 119. Fawzia Yagoub (2005). Economic Adjustment and Income Adequacy of Malay Femaleheaded Houseolds in Malaysia. Disertasi PhD. Serdang: sekolah Pengajian Siswazah, UPM. Goleman, D. P. (1995). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ for character, health and lifelong achievement. Goleman, Danial. (1998). Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books. Selye, H. (1982). History and present status of the stress concept. Handbook of stress, 717. Hatta Sidi dan Hatta Shaharom (2005). Mengurus Stres Pendekatan Yang Praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Malek Shah Mohd Yusoff dan Nor Shah Mohamed, (2004). Peningkatan Prestasi di Tempat Kerja Melalui Aplikasi Kecerdasan Emosi.Jurnal Pengurusan Awam Jilid 3 Bilangan 1Januari 2004 Mayer, J. D., Salovey, P., Caruso, D. R., & Sitarenios, G. (2001). Emotional intelligence as a standard intelligence. Mayer, J. D., Ed. (2001). A field guide to emotional intelligence. Emotional intelligence in everyday life: A scientific inquiry. Philadelphia, Psychology Press. Mayer, J. D., Salovey, P., & Caruso, D. (2004). Emotional intelligence: Theory, findings, and implications.Psychological Inquiry, 15, 197-215. Mayer, J.D., Salovey, P., & Caruso, D.R. (2008). Emotional Intelligence: New ability or eclectic traits? American Psychologist, 63, 503-517. Mayer, J.D., Salovey, P., Caruso, D., & Sitarenios, G. (2001). Emotional intelligence as a standard intelligence. Emotion, 1, 232-242. Mazlan Aris (2014). Pengurusan Stres : Memahami Stres dan Teknik Mengawal Stres, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Mehta, S., & Singh, N. (2013). A Review paper on emotional intelligence: Models and relationship with other constructs. International Journal of Management and Information Technology, 4(3), 342-353. Mohd Azhar Hamid, (2004). EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

6

The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

Mohd. Salleh Lebar (1993). Bimbingan Dan Kaunseling (Tugas Guru Dan Kemahiran Asas: Longman Malaysian Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor. Mohd Tajudin dan Rohany (2014) dalam Badlihisham, Mohd Nasir, Ustazah Asmak Husin dan Nurhafilah, Musa (2016), Wanita Islam Kontemporari: Isuisu, Cabaran & Amalan Terbaik, Persatuan Ulama’ Malaysia, Percetakan Zafar Sdn Bhd, p490. Mohd Zaidi Mohd Hajazi (2006). Modul Kaedah Pendidikan Sains Kesihatan Pendidikan, UNISEL Nolen-Hoeksema, S. (2000). The role of rumination in depressive disorders and mixed anxiety/depressive symptoms. Journal of Abnormal Psychology, 109, 504–511. Noraini, H.I. (2008), Wanita Dan Pembangunan Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Noryati Ngah (2009). Anteseden bagi konflik Kerja-Keluarga Dan Kesan Konflik Terhadap Kepuasan Kerja IT. Disertasi PhD Universiti Putra Malaysia. Noorbakhsh, S. N., Besharat, M. A., & Zarei, J. (2010). Emotional intelligence and copingstyles with stres. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 5, 818-822. Nor Ezdianie Omar dan Mohd Tajudin Ninggal (2016). “Keperluan Dan Pendekatan Kaunseling Dari Perspeltif Al-Ghazali Dan Psikologi Kognitif AdDin” Dalam: Badlihisham Mohd Nasir (Eds). Wanita Islam Kontemporari: IsuIsu, Cabaran & Amalan Terbaik, Sham Alam, Persatuan Ulama’ Malaysia, 489500 Okun, M.A., Shepard, S.A., & Eisenberg, N. (2000). The relations of emotionality and regulation to dispositional empathyrelated responding among volunteers-intraining. Personality and Individual Differences, 28, 367-382. Othman, Johari and Mohamad, Mustafa and Roslim, Norwati and Muhammad, Rahaidah (2005) Menyelami dunia IT di Mukim Kepis' Kuala Pilah' Negeri Sembilan : tinjauan permasalahan dan keperluan/Johari Othman, Mustafa Mohamad, Norwati Roslim, Rahaidah Muhammad. Technical Report. Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA. Pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat Mohd Najib, 2016 dalam Sinar Online, 21 Oktober 2016) Retrived 15 November, 2016.

Prakas Rao Apparao (2001). Perkaitan di antara EQ dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahasiswi di UTM. Projek Sarjana Muda UTM. Rani, N.I (2006). Child Care by Poor Single Mothers. Study of Mother- headed Families in India. Journal of Comparative Family Studies, 37 (1), 7595. Reinherz, H. Z., Paradis, A. D., Giaconia, R. M., Stashwick, C. K. and Fitzmaurice, G. Childhood and adolescent predictors of major depression in the transition to adulthood. American Psychiatry Journal, 160, 2141–2147. Robbins, S. (2001). Organizational Behavior. (9th ed.). New Jersey: Prentice Hall Inc. Rohani Abdul Karim (2016). Seminar Literasi Undang-undang Siri II : 235,000 Ibu Tunggal Seluruh Negara Kosmo, 30 Ogos, 2016. Roslee, Ahmad (2011). Effects of Group Guidance Using Al-Ghazali Approach in handling sexual behavior deviation student, International Conference of Social Science Ang Humanity, IPEDR 5, 2011 Salovey, P., & Mayer, J.D.(1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition, and Personality, 185-211. Salovey, P.B. Brackett, M.,A, & Mayer, J.,D. (2004). Emotional intelligence: Key readings on the Mayer and Salovey model: NPR Inc. Sidi, H., & Shaharom, M. H. (2002). Mengurus stres: pendekatan yang praktikal. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005), Pembinaan Modul Latihan dan Modul Akademik, Serdang, UPM Press Thuaibah @ Suaibah binti Abu Bakar, Azlah bin Md Ali, Rozeyta binti Omar, Tjiong, L.A., (2000). Relationship between Emotional Intelligence, Hardiness and Job Stres among Registered Nurses. University of Sarasota : phD Thesis. Wan Halim Othman (1993). Ucapan Aluan Perjumpaan IT di PersatuanKomuniti Ikram Kuala Lumpur. Berita Harian: Wanita dan Keluarga, 2 Januari. Weisinger, H., (1998). Emotional Intelligence at Work: The Untapped Edge for Success. San Francisco: Jossey-Bass Publisher. Wechsler, David (1975). Intelligence defined and undefined: A relativelistic appraisal. American Psychologist, 30 (2). 135.

7

The Colloquium 7 (2017) pp.1-8

Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Ninggal, (2008). Teori Kaunseling Al-Ghazali, Batu Caves, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Zafir dan Fazilah (2006). Malaysia Journal Of Community Health: Vol 12

8