Khutbah Jumaat 11 Januari 2013m - Jabatan Hal Ehwal Agama

11 Jan 2013 ... Jika anak-anak dan ahli keluarga telah dibentuk dengan asas akhlak mulia di dalam rumahtangga, insya. Allah asas itu pula akan berkemb...

17 downloads 433 Views 126KB Size
Khutbah Jumaat 28 Safar 1434H bersamaan 11 Januari 2013M

AKHLAK ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA Oleh: Abu Ezzah

Èβρ‰ ß 7ç è÷ ‹u 9Ï ω ā )Î § } Ρ} M #$ ρu  £ gÅ :ø #$ M à ) ø =n z y $Βt ρu

MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH, Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan taqwa yang sebenar-benarnya. Taqwa dalam ertikata melaksana segala titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Umat Islam diperintahkan supaya menyediakan bekalan akhirat dan bertaqwa kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

tβθ=è ϑ y è÷ ?s $ϑ y /Î Ž7 7Î z y ! © #$ β ¨ )Î 4 ! © #$ #( θ) à ?¨ #$ ρu ( ‰ 7 ót 9Ï M ô Βt ‰ £ %s $Β¨ § Ó  ø Ρt ö à Ý ΖFt 9ø ρu ! © #$ #( θ) à ?® #$ #( θΖã Βt #u  š % Ï !© #$ $κp ‰š 'r ≈‾ ƒt Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): ‘Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah Al-Hasyr, ayat: 18) JEMAAH JUMAAT YANG BERIMAN, Akhlak merupakan lambang kemuliaan peribadi seseorang. Akhlak ialah budi pekerti, adab, moral, sikap watak, perlakuan dan ia tercerna melalui cara berfikir, berbicara dan tingkah laku. Imam Al Ghazali rahimahullahu Ta’ala menyatakan dalam Kitab Ihya Ulumuddin: “Akhlak itu ialah sifat-sifat yang tertanam dalam jiwa yang menampilkan segala perbuatan yang cepat dan mudah, tanpa memerlukan fikiran dan pertimbangan”. Akhlak itu mempunyai dua kategori, iaitu akhlak mulia atau akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akhlak yang baik itu dapat meleburkan dosa seperti air banjir yang menghanyutkan benda-benda berat. Dan akhlak yang buruk itu dapat merosakkan amal seperti cuka yang boleh merosakkan madu”. (HR Al-Baihaqi)

1

Jelas berdasarkan mafhum Hadith Junjungan yang kita kasihi ini bahawa akhlak baik/mulia itu dapat menghapus dosa, manakala akhlak buruk pula dapat merosakkan amal soleh dan kebaikan yang kita lakukan. JEMAAH JUMAAT YANG BUDIMAN, Hanya akhlak terbaik itu ada pada diri Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

5ΟŠà Ï ã t , @ =è z ä ’ 4 ?n èy 9s 7 y Ρ‾ )Î ρu Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia”. (Surah Al-Qalam,ayat: 4) Ayat ini menjelaskan Allah SWT telah memberikan pengiktirafan kepada Nabi Muhammad SAW dengan akhlak mulia pada diri Rasulullah SAW. Kerana itu, untuk membentuk akhlak mulia dalam rumahtangga dan keluarga contohilah diri Rasulullah SAW. Dalam ayat yang lain, disebut lagi Rasulullah SAW itu adalah contoh dan model terbaik bagi umat Islam dan orang beriman. Firman Allah SWT:

#ŽZ VÏ .x ! © #$ t .x Œs ρu t z Å ψ F #$ Πt θö ‹u 9ø #$ ρu ! © #$ #( θ_ 㠍ö ƒt β t %.x ϑ y 9jÏ π× Ζu ¡ | m y οî θu ™ ó &é ! « #$ Α É θ™ ß ‘u ’ûÎ Ν ö 3 ä 9s β t %.x ‰ ô ) s 9© Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (Surah Al-Ahzab, ayat: 21) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan ayat ini: “…Bahawa Allah Ta’ala memuji Rasulullah SAW dan mensifatkan baginda sebagai contoh yang baik bagi orang yang beriman, dengan akhlak dan perbuatannya yang mulia, kerana baginda telah menghadapi saat yang genting itu dengan tabah hati dan gagah berani”. JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA, Pentingnya akhlak mulia itu, maka Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia”. (HR Al-Bazzar) Mafhum Hadith ini menyatakan bahawa diri Rasulullah SAW itu diutuskan kepada manusia dengan tujuan menyempurnakan akhlak mulia. Ini bermakna diri dan peribadi Rasulullah SAW itu sama ada amalan, percakapan, tindak-tanduk dan seluruh jalan kehidupan Rasulullah SAW itu merupakan contoh akhlak mulia yang mesti diikut dan dicontohi oleh umat Islam dan orang yang beriman. Akhlak mulia tanda kesempurnaan iman. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlak”. (HR Ahmad) Akhlak mulia juga adalah perlakuan ahli syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akhlak yang mulia itu ialah perlakuan (yang menunjukkan sifat) ahli syurga”. (HR At-Thabrani) JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Pentingnya akhlak mulia dalam keluarga, kerana untuk mengasuh, mendidik dan membina anak-anak serta ahli keluarga supaya menjadi orang yang baik, mulia, tinggi darjat, sempurna iman dan dapat membezakan kita dengan makhluk lain seperti haiwan. Oleh yang demikian, umat Islam dituntut sangat-sangat mengutamakan akhlak mulia ini, kerana rumahtangga atau keluarga itu merupakan medan dan gelanggang pertama dan paling berkesan untuk membentuk anak-anak dan ahli keluarga dengan nilai akhlak mulia.

2

Jika anak-anak dan ahli keluarga telah dibentuk dengan asas akhlak mulia di dalam rumahtangga, insya Allah asas itu pula akan berkembang keluar sama ada di sekolah, taman permainan, kompleks perniagaan dan di mana-mana jua. Mulakanlah didikan akhlak mulia itu dari rumahtangga kita, jika akhlak anak-anak dan keluarga dalam rumahtangga itu baik, maka baiklah ahli masyarakatnya, insya Allah baiklah Negeri dan Negara. Di sinilah peranan ibubapa dan ahli keluarga terdekat, dengan mulakan perkara yang paling asas, iaitu antaranya: 1.

Akhlak kepada Allah Ta’ala

Sebagai ibubapa hendaklah mengambil keutamaan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak dan ahli keluarga kita menjadi hamba Allah yang berakhlak kepada Allah SWT dengan mengagongkan serta cintakan Allah SWT melalui keimanan dan kepercayaan tanpa sedikitpun ada keraguan bahawa Allah SWT Maha Suci, Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Mengetahui serta memiliki segala sifat kesempurnaan. Kemudian wajib mematuhi segala perintah Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

…Α t θ™ ß § 9#$ #( θèã ‹Û Ï &r ρu ! © #$ #( θèã ‹Û Ï &r #( θþ Ψã Βt #u  t % Ï !© #$ $κp ‰š 'r ≈‾ ƒt Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah…”. (Surah An-Nisaa’, ayat:59). Patuh dan taat kepada perinta Allah SWT seperti menunaikan perintah solat, puasa, zakat, tidak melakukan yang dilarang oleh Allah SWT seperti berzina, minum arak, mencuri dan sebagainya. Merasa malu kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu menaruh perasaan malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”. (HR At-Tirmizi) 2.

Akhlak kepada Rasulullah SAW

Kita mesti mengasuh dan mendidik anak-anak dan ahli keluarga supaya berakhlak kepada Rasulullah SAW dengan cara menyayangi dan cintakan Rasulullah SAW dengan sikap taat patuh, mengikuti dan mengamalkan Sunnahnya dalam kehidupan ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada sempurna iman seorang kamu hingga aku lebih dicintainya daripada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia”. (HR Bukhari) Didiklah anak-anak kita mencintai Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu dengan tiga sifat, iaitu: 1). Cinta kasih kepada Nabi kamu (Nabi Muhammad SAW). 2). Cinta kepada ahli bait/ahli keluarga Nabi SAW. 3). Dan selalu membaca Al Quran. Kerana sesungguhnya peminat Al Quran itu akan berada dibawah naungan (perlindungan) Allah di hari yang tiada naungan selain perlindungannya bersama-sama para Nabi dan kekasih-Nya”. (HR Ad-Dailami) 3.

Akhlak kepada ibubapa

Anak-anak dan ahli keluarga juga hendaklah diasuh dan dididik supaya berakhlak kepada ibubapa dengan menghormati dan mengasihi ibubapa, terutama ketika ibubapa kita berusia tua. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Keradhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan ibubapa”. (HR At-Tirmizi) JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA, 4.

Akhlak kepada anak

3

Ibubapa juga kena menunjukkan akhlak yang baik kepada anak-anak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Di antara hak kewajipan seorang bapa terhadap anaknya ialah memperbaiki akhlaknya dan membaguskan namanya (memberi nama yang baik-baik)”. (HR Al-Baihaqi) 5.

Akhlak kepada guru

Ibubapa juga hendaklah mendidik dan mengasuh anak-anak agar berakhlak kepada guru atau ustaz/ustazah mereka, iaitu menghormati guru atau ustaz/ustazah yang mengajar, mendidik dan memberi mereka ilmu, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Muliakanlah orang yang kamu mempelajari ilmu daripadanya (guru)”. (HR Abul-Hasan Al-Mawardi) Antara cara memuliakan guru dan ustaz/ustazah ialah mengajarkan anak-anak supaya mengucapkan salam ketika berjumpa guru, berdiri ketika guru berdiri, tidak gelak ketawa sewaktu guru bercakap dan sebagainya. 6.

Akhlak kepada jiran

Seterusnya dalam pergaulan dengan jiran tetangga, ibubapa hendaklah mendidik anak-anak supaya berakhlak dengan jiran tetangga seperti sentiasa berbuat baik, tegur-menegur, memberikan hadiah , membantu jiran dan lain-lain, kerana Rasulullah SAW menyatakan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa (yang benar-benar) beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya”. (HR Bukhari dan Muslim) Jangan memutuskan tali silaturrahim dan jangan jadi jiran yang jahat. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Dua perbuatan orang yang tidak dilihat oleh Allah pada hari kiamat, iaitu: Orang yang memutuskan tali perhubungan keluarga dan jiran tetangga yang jahat”. (HR Ad-dailami) JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Kesimpulan khutbah hari ini, tiada lagi alasan untuk menolak betapa pentingnya akhlak mulia sebagai asas pembentukan keluarga. Dan untuk menjadikan akhlak mulia itu benar-benar berkesan dalam kehidupan umat Islam, ia mesti dilatih dan diamalkan bermula di rumah. Rumah adalah gelanggang terbaik menerapkan nilai akhlak mulia. Ingatlah, sesungguhnya akhlak mulia adalah asas dan rukun terpenting dalam sebuah keluarga yang mulia dan cemerlang yang juga akan menjadi asas pembinaan masyarakat dan sebuah negeri atau Negara yang berjaya, maju dan bertamadun. Kita sebagai ibubapa, guru, ustaz/ustazah dan kita semua adalah dianjurkan dan dituntutlah sungguh-sungguh menjadikan nilai akhlak mulia itu asas dan rukun membina keluarga dengan menuntut dan memantapkan penguasaan ilmu Islam duniawi dan ukhrawi, kemudian bawalah ilmu itu masuk ke dalam rumah kita dan ajarkan kepada anak-anak serta ahli keluarga, sudah tentu akan hidup dan suburlah iman, taqwa, akhlak mulia, amal soleh, rahmat dan keberkatan di dalam rumahtangga dan masyarakat kita, insya Allah.

ِ ‫ت وَا  ْآ‬ ِ َ ْ‫! ا‬ َ ِ" #ِ ْ$ِ %َ ِ ْ‫ وَ) َ( َ'ِ ْ َوِا& ُآ‬, ِ ْ َِ ْ ‫ن ا‬ ِ ‫ ِ ْ َو َُْ ِ ْ ُْء‬ ُ ‫كا‬ َ ‫َ َر‬ ُ (ِ 4ْ 5َ ْ6‫ْ هََا وَا‬7ِْ.8َ ‫ْ ُل‬.8ُ ‫ َأ‬, ُ ْ +ِ َ ْ ‫ ا‬,ُ ْ %ِ & ‫ ا‬.َ ‫ ُه‬#ُ )& ‫ ِا‬#ُ 0َ ‫ َو‬1 َ 0ِ ُْ 'ْ "ِ ‫ ِ"' َو‬2َ 3& َ 0َ ‫ َو‬, ِ ْ ِ * َ ْ ‫ا‬ َ $َ ‫ت‬ ِ 'َ "ِ ْ;%ُ ْ ‫! وَا‬ َ ْ 'ِ "ِ ْ; %ُ ْ ‫ت وَا‬ ِ َ%+ِ  ْ %ُ ْ ‫! وَا‬ َ ْ %ِ +ِ ْ %ُ ْ ‫ ِ< ِ ا‬َ ِ ‫ْ َو َ ُ ْ َو‬7 ِ َ ْ   ِ َ ْ ‫ ا‬ َ ‫ا‬ .! َ ْ ِ ‫& ِء‬5‫! وَ َ َ)>َ َة ا‬ َ ْ ِ (ِ 4ْ 5َ ْ %ُ ْ ‫ْزَا‬.$َ

Diedar oleh: Bahagian Penyelidikan dan Informasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

4