PERANAN ILMU DAN TEKNOLOGI SEMASA DALAM

Download Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia ... apabila kepentingan budaya ilmu mula diketepikan dan digantikan ...

0 downloads 503 Views 284KB Size
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

PERANAN ILMU DAN TEKNOLOGI SEMASA DALAM PENGEMBANGAN PENGAJIAN ISLAM: SATU ANALISIS Prof. Madya Dr.Rahimin Affandi Abd. Rahim, Prof. Madya Dr Ruzman Mohd Noor, Mohd Kamil Abd Majid, Dr Saadan Man, Dr Mohd Anuar Ramli & Nor Hayati Bt Md Dahlal (UiTM Pulau Pinang) Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM, Universiti Malaya, LembahPantai 50603, Kuala Lumpur. Telefon : 03-79676080/ 012-5376560 Emel: [email protected] / [email protected] Ilmu bukan sekadar bermaksud pengetahuan (knowledge), tetapi merangkumi suatu pengetahuan berdasarkan teori-teori yang disepakati dan dapat secara sistematik berdasarkan penyelidikan dengan metode yang diakui dalam bidang ilmu tertentu. Ilmu terbentuk karena manusia berusaha berfikir lebih jauh mengenai pengetahuan yang dimilikinya. Ilmu pengetahuan adalah asas daripada epistemologi. Dengan itu, pengembangan dunia globalisasi kini telah menyebabkan peranan ilmu dan teknologi begitu maju dan pesat di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Namun demikian, melihat kepada apakah peranan ilmu dan teknologi banyak manfaat yang disumbangkan terhadap dunia pendidikan terlebih dahulu sebagaimana ditinjau sepintas lalu tentang asas atau world view mana sumbangan atau manfaat itu akan dinilai, apa dan dimanakah kedudukan penilai (falsafah pendidikan) terhadap sumbangan yang diberikan oleh teknologi semasa khususnya dalam aspek pendidikan Islam. Justeru, artikel ini bakal menganalisis peranan ilmu dan teknologi semasa dalam pengembangan pengajian Islam hari ini. Perbincangan ini berasaskan kepada kerangka ini, artikel ini dirangka khusus bakal mengandungi beberapa bahagian yang utama iaitu pertama, pengenalan; kedua, teori tentang kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia dan era globalisasi; ketiga, peranan ilmu dan teknologi dalam pengembangan keilmuan Islam semasa; keempat, kesimpulan. Keyword: Pengajian Islam, Teknologi, Ilmu, Epistemologi Pengenalan Tidak ada suatu pun agama di dunia yang mementingkan ilmu pengetahuan melebihi agama Islam. Akidah Islam perlu diimani bukan secara dogmatik semata-mata tetapi pemahaman dan penghayatannya perlu dibuat berasaskan kepada ilmu. Kandungan al-Quran amat memberikan penekanan yang cukup besar kepada soal ilmu ini. Semua sarjana termasuk sarjana Barat mengakui bahawa kerana sikap mementingkan ilmu inilah tamadun Islam berjaya dibangunkan dan meninggalkan warisan ilmu yang bersifat ensklopadik yang membanggakan. Kemudiannya, apabila kepentingan budaya ilmu mula diketepikan dan digantikan dengan budaya malas dan taqlid, tamadun Islam mula mengalami keruntuhan sehingga menyebabkan kesemua wilayah umat Islam terjajah dengan kuasa penjajah Barat. Apa yang malangnya, penjajahan ini

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

meninggalkan kesan secara epistemologi yang cukup mendalam, di mana institusi pendidikan tinggi umat Islam telah menerimapakai kesemua model pendidikan Barat sehingga sekarang.1 Dalam perkembangan terbaru, IPT Islam di Malaysia telah melalui proses pematangan yang agak baik sehingga IPT Islam di Malaysia sering dijadikan model rujukan dan tumpuan untuk pelajar luar negara meneruskan pengajian mereka di peringkat siswazah dan pasca siswazah. Hal ini antara lainnya didorong kerana kengkangan IPT Barat yang tidak kondusif untuk pelajar Islam melanjutkan pelajaran mereka di Barat. Faktor lain juga dapat dilihat daripada usaha pihak kerajaan telah menjadikan dasar utama pendidikan tinggi Negara yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau Asia amnya dan seluruh dunia khususnya. Usaha ini bukan setakat membabitkan program ijazah pertama dan pasca siswazah selain daripada bidang pengajian Islam, tetapi lebih penting lagi turut membabitkan bidang pengajian Islam itu sendiri. Kebetulannya pula, Malaysia telah dikenali sebagai negara Islam contoh (moderate) di peringkat dunia,2 yang bakal menjadi asset utama bagi menarik kedatangan pelajar daripada negara Islam. Atas dasar ini, artikel ini cuba untuk menganalisa peranan ilmu dan teknologi semasa dalam reformasi IPT Islam di Malaysia, dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai rujukan utama. Teori Tentang Kepentingan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia dalam Era Globalisasi. Sebagai asas landasan teori, kita dapat mengenalpasti beberapa teori yang berkaitan dalam ini. Antaranya; Pertama, teori yang diutarakan oleh Amin Abdullah yang menyatakan bahawa dalam menghadapi cabaran globalisasi, kehidupan manusia moden amat memerlukan penguasaan ilmu pengetahuan yang lebih holistik. Keperluaran dan penerusan hidup manusia bergantung sepenuhnya kepada tiga media atau keperluan yang utama 3; 1) Pekerjaan untuk kelangsungan hidup iaitu memerlukan antara lainnya kepada penciptaan pelbagai ilmu sains sosial dan sains tulen, khususnya pengetahuan S&T yang bakal menghasilkan alat teknikal bagi memudahkan kelangsungan hidup manusia. 2) Komunikasi untuk tujuan perhubungan sesama manusia iaitu memerlukan kepada penciptaan dan penyusunan ilmu bahasa, perfileman, kaedah hermuenitik (pentafsiran sesuatu karya) dan kaedah kritikan 3) Sistem etika ataupun agama bagi mengatur agar perjalanan media pekerjaan dan kominikasi dapat berjalan dengan baik, seimbang dan memberikan manfaat kepada semua umat manusia. Sebagai contohnya, setiap profesion pekerjaan dalam pelbagai jenis perlu berpegang kepada etika profesion yang khusus, yang lebih berteraskan kepada kerangka ideologi ataupun agama sebagai piawaian dan sistem nilai di dalam menjalankan aktiviti.4 Pendek kata, kesemua media ini yang membabitkan kehidupan manusia amat memerlukan ilmu pengetahuan yang saling melengkapi di antara satu sama lain bagi tujuan memberi panduan asas, menyusun dan mempermudahkan lagi kehidupan manusia. 1

Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “ Epistemology Colonial : Satu Analisis Cirri Dan Kesannya “, Dalam Mohamad Daud Mohamad (ed.), Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur “, h. 9192 2 John Esposito (1996), Islam and Democracy, Oxford University press, New York. 3 Mohd Amin Abdullah,(2006) Islamic Studies Di Perguruan Tinggi : Pendekatan Integrative-Interkonektif, Yogyakarta : Pustaka Pelajar, h. 389-395. 4 Ahmad Shukri Mohd. Naim,(2003) Konsep, Teori, Dimensi Dan Isu Pembangunan, Skudai : Penerbit UTM, h. 240-245

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Kedua, teori kepentingan ilmu Islam itu bukan setakat untuk ditranmisikan bagi generasi akan datang, bahkan perlu dibangunkan untuk manafaat manusia sejagat. Sesiapa yang menguasai ilmu dan kepentingan strategik ilmu (seperti sains dan teknologi dan ekonomi) akan maju dan bakal menguasai dunia.5 Ia juga perlu membabitkan kemampuan memiliki kemampuan untuk mengurus output keilmuan yang dihasilkan dalam bidang keilmuan bagi manafaat manusia sejagat. Hal ini merujuk kepada;6 1) Pengetahuan asas perancangan – kebolehan mengetahui mekanisme terpenting untuk sesuatu proses penyelidikan, seperti kemampuan mendapatkan maklumat dari sumber yang betul dan menganalisis sesuatu fakta secara ilmiah. Seterusnya, setiap hasil keilmuan dapat diterapkan dalam kehidupan manusia agar ianya dapat dimanafaatkan oleh semua umat manusia. 2) Perorganisasian – agar semua aspek yang berkaitan dengan sebarang disiplin keilmuan dapat dijalankan berasaskan kepada prioriti (keutamaan) semasa. 3) Pembangunan dan penjanaan idea baru – agar dimensi keilmuan Islam dapat diperkembangkan bersesuaian dengan tuntutan zaman. Dalam soal ini, institusi pendidikan umat Islam perlu memainkan peranan aktif bagi melahirkan golongan ilmuan dan sarjana yang boleh membangun dan memperkembangkan sesuatu disiplin keilmuan Islam moden. Masa depan umat Islam boleh dikatakan antara lainnya bergantung sepenuhnya kepada golongan ilmuan ini.7 4) Kawal selia – agar proses pengekalan penguasaan ilmu dapat dilakukan dengan baik. Ianya merangkumi aspek mengetahui elemen perosak dalaman dan luaran dan mengusahakan aktiviti pemerkasaan ilmu. Ketiga, proses pengembangan keilmuan Islam hanya boleh dijalankan melalui peranan yang dimainkan melalui medium IPT Islam yang progresif. Terdapat beberapa bukti yang boleh dikemukakan, antaranya; 1) pembentukan pelbagai konsep Islam yang awal sepertimana diterangkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah telah difahami dan dibangunkan melalui kajian lanjutan oleh seseorang sarjana Islam. Contohnya, ilmu Usul al-fiqh telah dibangunkan oleh Shafi'i melalui kajian perbandingan antara mazhab Maliki dan Hanafi. Beliau telah menyusun ilmu ini berdasarkan pemahamannya terhadap amalan para sahabat dan tabi‟in yang awal. Ilmu ini telah dianggap oleh para sarjana (termasuklah sarjana orientalis) sebagai ilmu terbaik yang pernah dihasilkan oleh daya intelektual manusia.8 Ilmu ini mengabungkan kesemua disiplin ilmu Islam; syariah, usuluddin, tasawuf dan pengaruh logik Yunani9 , sebagai formula untuk mengali dan mengemukakan kaedah penyelesaian masalah hukum 10 yang timbul dalam masyarakat Islam.11 Di zaman terkemudiannya, ilmu usul al-fiqh Shafi‟I ini telah diperkembangkan lagi oleh ulamak Islam lain.12 5

Hashim Musa ( 2004), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 191-192; Mohd Yusof Othman (2001), “ Teknologi Maklumat : Harapan Dan Cabaran Di Alaf Baru “, Dalam Sharifah Azizah Sahil Jamalullail (ed.) Teknologi Maklumat Dan Kominikasi : Harapan, Cabaran Dan Barakah, Alor Setar : INSANIAH, h. 34-35 6 Mohd Yusof Othman (2003), Metodologi Penyelidikan Dalam Islam “, Dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan, Siri 2, Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi, h. 85-99 7 Saedah Siraj (2001), Perkembangan Kurikulum : Teori Dan Amalan, Sungai Buloh, h. 15-19 8 W. Hallaq (1992), “ Usul al-Fiqh : Beyond Tradition “, dalam Journal Of Islamic Studies, v. 3(2), h. 185-186. 9 Fadzlullah Haji Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur, h. 48-57. 10 Mustafa Abd. Razak (1966), Tamhid Li Tarikh Al-Falsafah Al-Islamiyyah, Kaherah, h. 27, 101-123 dan 124-135 11 Mohd Fauzi Hamat (2000), “ Penghasilan Karya Sintesis Antara Mantik dan Usul al-Fiqh : Rujukan Kepada Kitab al-Mustasfa‟ Min „ilm al-Usul “, dalam Jurnal AFKAR, bil. 1, h. 126-137 12 Ghazali, Al-Mustasfa Min Ilm Usul, Beirut : Dar Al-Fikr, T.T. V. 1, h. 170

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Antara formula lain yang dibangunkan menggunakan mekanisme IPT Islam ini adalah usaha al-Shatibi memperkenalkan konsep Maqasid syariah yang memakai pendekatan induktif dan deduktif dengan nas syarak bagi memahami kepentingan dan maksud syarak yang perlu dipakai dalam melakukan sesuatu perkara dan menyelesaikan isu hukum Islam.13 Di zaman moden ini Yusof Qardawi melanjutkan ataupun menyempurnakan kajian Shatibi dengan memperkenalkan konsep fiqh Awlawiyyah - mengajar umat Islam bagaimana hendak memilih keutamaan terpenting yang sepatutnya dalam menghadapi apa-apa masalah dalam kehidupan masyarakat Islam yang berbeza.14 2) pembentukan konsep sains Islam yang mengkaji teks wahyu dan fenomena alam telah dibangun melalui kajian lanjutan secara sentesis oleh sarjana Islam terhadap warisan tamadun sains Yunani, India, China dan parsi. Hal ini boleh dilihat daripada usaha yang dijalankan oleh Ikhwan Safa, Ibn Sina, Kindi, Khazwini, Ibn Rusdh dan ramai lagi sarjana Islam yang menceburkan diri dalam pengajian Islam dan falsafah.15 Bahkan, formula saintifik yang diusahakan Ibn Rushd melalui pendekatan sentesis terhadap falsafah Yunani dan ajaran Islam telah membawa paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu S&T modenyang mempengaruhi perkembangan Renaissance (kesedaran baru berasaskan pembangunan ilmu saintifik) di dalam masyarakat barat.16 Hal yang sama boleh dikesan dalam kes Ibn Khaldun. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Ibn khaldun memang telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada program pembangunan masyarakat, seperti mana terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya ini telah diakui oleh sebahagian besar daripada kalangan sarjana moden, termasuklah sarjana barat sendiri. Ianya sering dikaitkan sebagai pengasas utama kepada ilmu sosiologi yang mengkaji sejarah dan struktur sosial di dalam sesuatu masyarakat. Peranan Ilmu Dan Teknologi Dalam Pengembangan Keilmuan Islam Semasa. Dewasa ini, dasar kerajaan Malasyia yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di peringkat dunia. Berbanding dengan negara membangun yang lain, kita patut berbangga dengan inisiatif yang dijalankan oleh pihak KPT yang memperkenalkan program penambahbaikian IPT di Malaysia dijalankan. Apa yang membanggakan, ternyata sekali dokongan dan bantuan penuh daripada pihak kerajaan telah menyebabkan Malaysia menjadi pusat kecemerlangan akademik di rantau Asia. IPT/IPTS Malaysia sering dijadikan model oleh negara luar17 yang mendorong kedatangan sejumlah besar pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian mereka di Malaysia. Untuk konteks IPT aliran Islam, kita dapat mengesan bagaimana pihak kerajaan telah menjalankan dasar yang responsif dengan tuntutan NGO Islam bagi usaha penambahbaikian IPT Islam. Sebagai contohnya, beberapa orang sarjana reformis Melayu-Islam telah mengkritik kelemahan IPT Islam yang dikatakan mengamalkan sistem pengajian yang ketinggalan zaman. 13

Sukeri Mohamad (1996), “ Maqasid al-Syariah dalam pengurusan harta “, dalam Monograf Syariah, v. 4, h 1-25 Paizah Ismail Dkk (2007), “ Pendekatan Baru Maqasid Al-Shari„Ah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia: Satu Analisis “, Jurnal Syariah Dan Perundangan (Jounal Of Syariah And Jurisprudence) Fakulti Pengajian Dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bil 1, No 1, h. 99-130 15 Lihat Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan : Pendekatan Islam Dan Sains, Kuala Lumpur, h. 52-72 16 Hassan Ahmad (2006), Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, Kuala Lumpur : Alaf 21, h. 250-258. 17 Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM 14

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Ianya dirujuk kepada kandungan kurikulum dan pedagogi pengajian yang bersifat tradisional dan sudah tidak kondusif dengan realiti semasa.18 Kesemua komentar yang diberikan oleh sarjana Islam ini telah diambilkira oleh pihak kerajaan sehingga melahirkan IPT Islam yang lebih cekap. Antara lainnya, hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara yang utama. Antaranya, sebahagian besar daripada tokoh akademik yang menganut fahaman reformisme Islam dan terdidik daripada sistem pendidikan Timur Tengah dan Barat telah diterima menjadi tenaga pengajar di IPT Islam. Mereka ini dikesan telah bertanggungjawab melakukan proses reformasi terhadap sistem pengajian keilmuan Islam di IPT Islam di Malaysia. Tambahan pula, kuasa autonomi untuk melakukan program penambahbaikian IPT Islam telah diberikan sepenuhnya oleh pihak kerajaan.19 Pihak KPT telah menetapkan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak MQA. Setiap IPTA/IPTS yang mahu mendapat pengiktirafan daripada pihak KPT untuk beroperasi perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak MQA. Hal ini menuntut mereka melakukan proses review terhadap elemen sistem pengurusan organisasi-fizikal, subjek dan pedagogi pengajian yang ditawarkan.20 Selanjutnya, KPT telah memperkenalkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pentingnya pelan ini adalah untuk menetapkan setiap IPTA/IPTS terpilih melakukan program pengantarabangsaan. Ianya cuba untuk akur dengan kehendak THES yang berusaha melakukan penarafan terhadap IPTA di Malaysia. Antara lainnya, program pengantarabangsaan ini terdiri;21(a) Penggunaan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pengurusan dan sasaran kerja setiap organisasi; (b) Pelaksanaan autonomi dalam kalangan universiti terpilih dari segi tadbir urus dan kewangan; (c) Kepimpinan akademik yang lebih dinamik, luwes dan proaktif, terutamanya di peringkat jabatan; (d) Penekanan aktiviti akademik mestilah berpaksikan kepada penerbitan makalah dalam jurnal berwasit ternama peringkat antarabangsa, yang diambilkira dari segi penilaian untuk kenaikan pangkat; (e) Pelantikan profesor ternama sebagai staf universiti yang turut dibiayai oleh agensi penyedia geran penyelidikan; (f) Peningkatan jumlah pelajar antarabangsa khususnya di peringkat ijazah lanjutan dan (g) Peningkatan jumlah pensyarah berkelayakan phd dan mendapat status profesional atau bertauliah. Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Memajukan IPT Islam Semasa Sebagai langkah proaktif untuk memajukan IPT Islam di Malaysia, khususnya yang mempunyai perkaitan penyemaian bidang Sains dan Teknologi dalam pengajian Islam semasa, kita boleh mencadangkan beberapa perkara; a) Sikap Proaktif Dan Belajar Dengan Elemen Positif IPT Barat Semasa 18

Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “Pengajian Undang-Undang Islam Di Pusat Pengajian Tinggi – Amalan Di ITM“, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3, 1994, h. 75-84; Abdul Aziz Bari (1999), “Legal Education And Islamization“, dalam IIUM Law Journal, v. 7, no. 1, 1999, h.83-94; Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Idris Awang (2003), “Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap Pengalaman APIUM“, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Anjuran Fakulti Pendidikan UTM, Johor Bharu. 19 Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle East, Florida. 20 Rahimin Affandi Abd Rahim (2008), Metodologi Studi Syariah Di Institusi Perguruan Tinggi Negeri Di Malaysia (Edit) Mohd Fauzi Hamat, Metodologi Pengkajian Islam : Pengalaman Indonesia-Malaysia, Gontor : Institut Studi Islam Darussalam, h. 207-218 21 Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Kita perlu belajar dan mengambil secara selektif kekuatan dan elemen positif yang dimiliki oleh IPT barat. Secara khususnya, program pasca siswazah (PPS) di IPT Barat moden amat penting untuk dikaji, bukan setakat kerana kita dapat mengambil maklumat terpenting yang boleh dipelajari, bahkan juga kerana model PPS IPT Barat dijadikan model oleh kerajaan Malaysia sendiri. Dalam masyarakat barat, status dan reputasi IPT milik mereka sangat dipentingkan, sehingga setiap negara dan kawasan tertentu sering dikaitkan dengan IPT yang wujud di lokasi tertentu.22 Contohnya, di Britain kawasan-kawasan seperti Oxford, Cambrigde, Surrey, Edinburgh, Birmingham, Nottingham, Liverpool, Manchester, Durham, St. Andrews, Dundee, London, New Castle dan banyak lagi sering dikaitkan dengan IPT terkenal, dan hal ini sangat dititikberatkan oleh masyarakat tempatan sendiri. Hal yang sama dikesan dalam konteks Amerika Syarikat, bila mana status kedudukan dan kerjaya seseorang dinilai daripada IPT terkenal yang pernah didudukinya. Contohnya, beberapa orang Presiden ( Franklin Rooselvelt, George W. Bush dan JF Kennedy) dan tokoh korporat (Bill Gate dan Warren Beafut) Amerika sering dikaitkan dengan kredibiliti terbaik apabila pernah belajar di IPT terkenal seperti di Ivy league ( nama bagi lapan buah university di Amerika; Harvard, Cornell, Columbia, Dartmouth, Yale, Princeton, Penn Dan Brown).23 Setiap IPT ini sering bersaing di antara satu sama lain dan masing-masing pihak berusaha untuk sentiasa berada di hadapan mengatasi IPT lain. Mengikut perspektif semasa, mutu sesuatu IPT barat ini bergantung kepada: 1) Sejarah dan tradisi yang panjang – pengalaman yang lama terlibat dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan, terpenting sekali tetap berpegang kepada idealism intelektual berasaskan falsafah, sejarah, politik, keilmuan dan ideologi Yunani-Roman klasik – tempat yang mengutamakan kebebasan berfikir dan mengelarkan pendapat walaupun bertentangan dengan status quo tertentu.24 2) Nisbah pelajar cemerlang yang belajar dan graduan yang Berjaya yang dilahirkan, kemudiannya menjadi penyumbang dana untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan di IPT terbabit.25 3) Kualiti program dan bilangan ahli akademik yang bermutu. 4) Kemudahan pembelajaran seperti bengkel, makmal, dewan kuliah dan aplikasi ICT yang canggih. 5) Jumlah paten yang diperolihi daripada R &D. 6) Wujudnya pusat kcemerlangan yang berteraskan R & D. 7) Bilangan hadiah dan anugerah seperti anugerah kualiti, Nobel Prize, The Pulitzer Prize, Medal Award dan sebagainya. 8) Terbuka dengan tren dan falsafah semasa yang berkembang di dalam masyarakat dan industri. Antaranya; a) Kerjasama dengan industri dalam membangunkan produk yang berguna. Contohnya, pada tahun 2003 sebanyak 10 peratus daripada modal teroka eropah telah melabur di university of Cambridge dengan mewujudkan makmal penyelidikan mereka dalam

22

Mohd Azhar Abd Hamid (2008), Hadiah Nobel Dan Kreativiti Sains, Skudai : Penerbit UTM, h. 91-113. Ibid, h. 98-99. 24 Zaini Ujang (1993) Universiti : Mendukung Tradisi Intelektual, Kuala Lumpur : IKD, h. 46-47. 25 Mohd Azhar Abd Hamid (2008), Hadiah Nobel Dan Kreativiti Sains, h. 74-76 23

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

bidang hi-tech dan biotech di university tersebut. Antaranya TNC seperti Microsoft, Toshiba, Hitachi, Intel, Uinlever, Pfizer, Boeing, Rolls-Royce dan GSK.26 b) Usaha mengkorporatkan IPT seperti TNC (trans National Company) agar ianya menjadi maju, cekap dan berdaya saing. c) Mempergiatkan penyelidikan dalam bidang sains gunaan dan teknologi terkini – mengurangkan penyelidikan bidang fundamental seperti agama, sastera dan budaya.27 9) Jumlah Profesor terkenal dan diiktiraf dunia yang dimiliki dalam bidang tertentu. Status professor tersohor ini dinilai dari segi autoritinya sebagai sumber rujukan bagi proses pencarian ilmu, sentiasa terlibat dalam pemantapan ilmu dan terpenting sekali : sentiasa mencari ufuk dan dimensi baru untuk memboleh penerokaan ilmu secara lebih mendalam dilakukan oleh penyelidik yang lain.28 Hasil kajian professor ini sering dijadikan indeks nukilan (citation index) dalam jurnal berwasit. 10) Wujudnya pelajar PPS yang baik dan berinovatif membantu seseorang professor melakukan penyelidikan yang menghasilkan temuan baru yang bermutu tinggi. Ia termasuk juga temuan baru yang memperbaiki mutu teori yang lama. Atas dasar inilah, kebanyakan IPT terkenal di barat berusaha mengurangkan pengambilan pelajar ijazah pertama dan lebih menumpukan kepada pelajar PPS. Mengikut pengalaman IPT di barat, kebanyakan daripada hadiah Nobel dalam pelbagai bidang terhasil daripada gabungan antara pelajar PPS dengan professor terkenal dalam bentuk sistem mentor mentee. Beberapa contoh boleh diberikan; a) Makmal Covendish di University Cambridge yang mengkhususkan kepada bidang fizik dengan gabungan antara professor dan pelajar PPS telah melahirkan puluhan tokoh hadiah Nobel, antaranya yang terkenal adalah Rutherford, Bragg dan Bohr.29 b) F. Sherwood Rowland (pemenang Nobel kimia 1995) adalah pelajar PPS di University of Chicago di bawah seliaan Williar F. Libby (pemenang Nobel kimia 1960). Williar F. Libby pernah belajar dengan Harold Urey (pemenang Nobel kimia 1934), Henry Taube (pemenang Nobel kimia 1983), Maria Goeppert Mayer (pemenang Nobel fizik 1963) dan Enrico Fermi (pemenang Nobel fizik 1938).30 11) Akur dan berusaha menerimapakai standard penarafan yang dibuat oleh THES dalam usaha membangunkan IPT mereka. Hal ini terpaksa dibuat demi menaikkan status IPT mereka, walaupun terbukti usaha THES ini dibuat mengikut agenda pelbagai pihak barat yang berkepentingan.

b) Analisa Kritikal Terhadap System IPT Barat Semasa Di sebalik kesemua elemen peningkatan PPS di IPT barat ini, kita dapat mengesan beberapa kelemahan yang perlu dijauhkan, walaupun kita berusaha mempertingkatkan mutu PPS di IPT Malaysia mengikut acuan Barat. Hal ini boleh dilihat dari beberapa perkara; Pertama, tindakan memperdagangkan idealism intelektual IPT dengan materialism dan kapitalisme. Hal ini tidak menhairankan kerana IPT Barat yang memang menganut fahaman secular kurang memberikan penekanan kepada soal agama, budaya pemikiran tinggi dan 26

Ibid, h. 106. Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM, h. 74. 28 Ibid, h. 122-123 29 Mohd Azhar Abd Hamid (2008), Hadiah Nobel Dan Kreativiti Sains, Skudai : Penerbit UTM, h. 111-112 30 Ibid, h. 214-215. 27

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

kesejahteraan masyarakat. Hal ini dapat dikesan dalam konteks Malaysia semasa dengan wujudnya usaha menjalankan program twinning dengan beberapa IPT terkenal daripada Barat. Dengan cara ini, pelajar PPS bukan setakat akan mempelajari semua keilmuan teknikal daripada barat, bahkan juga akan menerimapakai sistem nilai sekular daripada Barat yang tidak mempedulikan persoalan agama, moral dan memandang remeh terhadap tradisi ketimuran.31 Kedua, tindakan mengorporatkan IPTA di Malaysia walaupun diakui bakal memberikan nilai tambah kepada pemantapan dari segi pentadbiran IPTA terbabit tetapi ianya amat berbahaya kerana pendekatan seperti amalan di barat ini bakal menjadikan IPTA seperti kilang yang melahirkan robot (tanpa hati, perasaan dan pertimbangan iman) yang mahir dan mementingkan kerjaya semata-mata. Akibatnya, usaha ini bakal mengagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang bermutu tinggi dari segi keterampilan, kemahiran, patriotisme dan sifat amanah. Lagipun, pendidikan bukan lah barang dagangan yang bersifat sementara, tetapi ianya merupakan proses yang berpanjangan seumur hidup. Ketiga, dasar yang mengutamakan pemilihan pelajar cemerlang semata-mata bertentangan dengan konsep demokrasi pendidikan. Dalam Islam, semua manusia perlu diberikan peluang untuk belajar tanpa mengira tingkat kedudukan, bangsa dan peringkat umur. Hal ini perlu bagi penambahan ilmu pengetahuan dan peluang untuk melakukan mobility social kehidupannya ke arah yang lebih baik. Tanpa konsep demokrasi pendidikan ini, peristiwa sejarah zaman penjajahan British akan berulang kembali, di mana hanya anak golongan bangsawan dan raja sahaja yang diberikan peluang pendidikan yang bermutu. Manakala anak orang kebanyakan tidak diberikan peluang pendidikan ini, kalau adapun dalam bentuk yang terhad kepada : usaha menjadikan anak petani dan nelayan lebih baik sedikit daripada ayahnya.32 Keempat, tindakan melakukan kerjasama antara IPT dengan industri memang baik dalam satu keadaan (dapat membuka peluang graduan mendapat kerjaya yang diidamkan). Mengikut kajian Prof. Siti Hamisah Tafsir daripada UTM, pada dasarnya pendekatan kerjasama industriIPTA ini memang bermasalah kerana orientasi keduanya amat berbeza. IPTA mementingkan pencambahan ilmu untuk disebarluaskan kepada masyarakat, sedangkan pihak industri lebih mementingkan soal keuntungan dan menekankan elemen hak cipta yang dirahsiakan. Hal ini bakal menyebabkan ilmu tadi disembunyikan demi untuk mengekalkan keuntungan. Soal kebajikan pekerja juga dilihat bermasalah kerana usaha penyelidikan di IPTA perlu dibuat dalam keadaan yang bersifat santai dan kondusif, sedangkan sifat pekerja di sektor industri seringkali ditekan demi untuk menjimatkan kos dan mendapatkan hasil dalam tempoh masa yang singkat.33 Kelima, neraca dan kerangka penilaian THES bagi penarafan IPT seluruh dunia memang boleh dipersoalkan, khususnya membabitkan antara lainnya; 1) Hanya kerangka penilaian universiti terkenal di barat (khususnya di Amerika dan Eropah) yang patut dipakai seandainya mana-mana universiti di negara lain ingin maju. Tanpanya, manamana IPT yang enggan menerimapakai neraca THES akan dipinggirkan dan menjadi marginal semata-mata. Buktinya, banyak IPT di negara Barat sendiri yang mempertikaikan standard yang dipakai oleh THES ini. Secara terang-terang, dalam soal ini, THES menggunapakai pendekatan Red ocean (yang memonopoli dan menindas sebarang saingan) dan bukannya pendekatan Blue ocean (mengelak pertentangan dengan pihak lain dan lebih menumpukan pencarian peluang yang lebih bebas dan luas) 31

Lihat sebagai contohnya Tan Ai Mei (2002), Malaysian Private Higher Education : Globalisation, Privatisation, Transformation and Marketplaces, London 32 Adnan Haji Nawang (1998), Za’ba Dan Melayu, Kuala Lumpur : Berita Publishing, h. 101. 33 Dipetik daripada Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, h. 189.

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

2) Banyak butiran penarafan THES hanya akan menguntungkan university Barat, seperti; a) IPT luar perlu mengambil staf akademik daripada university terkenal di Barat untuk memajukan ipta tempatan. b) pemakaian bahasa English diutamakan kerana ia dianggap sebagai bahasa dunia yang terpenting, sedangkan pemakaian dan peningkatan status bahasa bahasa tempatan akan dipinggirkan. Usaha ini bakal menghakis identiti bahasa tempatan memandangkan bahasa adalah jiwa dan jati diri utama sesuatu bangsa. 3) kecekapan sistem dan model pengurusan pendidikan university Barat yang kononnya berdaya maju boleh dipertikaikan berasas kepada; a) krisis ekonomi di Amerika Syarikat gagal dikesan dan ditanggani oleh pakar ekonomi di university terkenal di Amerika Syarikat (seperti Havard, Chicago dan MIT)34 b) Pakar politik di University Havard gagal menasihati kerajaan Amerika Syarikat menjalankan dasar yang lebih mesra dunia Islam yang kemudiannya menyebabkan pemerintah Amerika dibenci di seluruh dunia.35 Dalam kajian terkini, kerajaan Amerika Syarikat dianggap sebagai Rogue Nation – kerajaan penyangak, samseng yang ganas yang suka menindas masyarakat negara lain menggunakan kekerasan.36 c) Pakar kejuruteraan university Barat gagal mengemukakan jalan penyelesaian masalah terbaik untuk krisis tumpahan minyak milik syarikat BP di Laut Teluk Mexico sehingga menimbulkan kerosakan ekologi alam yang cukup teruk. d) Pakar ekonomi di universiti Barat yang kononnya mempunyai nisbah smart partnership dengan TNC yang cukup erat gagal menasihati ataupun mengemukakan pendekatan terbaik bagi mengelakkan penggunaan budaya perniagaan (destruction economy) yang menindas menindas pengguna di seluruh dunia. Pendekatan creative destruction ini ditegaskan sebagai;“ Creative destruction mungkin menguntungkan golongan kapitalis tetapi manusia dipaksa atau terpaksa menggunakan (membeli) produk mereka, produk yang sentiasa berubah-rubah semata-mata kerana golongan kapitalis tidak berhentihenti bersaing dengan pihak lawannya dalam pasaran bebas untuk menjadi peniaga yang lebih kaya. Suatu hari nanti, kita sebagai pengguna produk creative destruction itu tidak dapat menggunakan lagi produk elektronik dan teknologi, misalnya computer peribadi, petiais, radio, TV, malah boleh jadi kereta, dan sebagainya yang kita beli dua atau tiga tahun yang lalu kerana golongan kapitalis itu tidak mengeluarkan barang gantinya lagi.”37 4) Neraca penilaian THES yang membebankan IPT Islam di Malaysia. Kedapatan beberapa IPT di Malaysia telah menerimapakai dasar pengantarabangsaan IPT yang agak keterlaluan. Ini kerana pihak pengurusan tertinggi IPT di Malaysia kelihatan terpaksa mengejar kedudukan (ranking) agar dinaikkan di kalangan 100 universiti terbaik di dunia. Dasar ini mewajibkan setiap kakitangan akademik di dalam petunjuk prestasi utama (KPI) menerbitkan makalah dalam jurnal berwasit ternama di peringkat antarabangsa. Hal yang sama turut ditekankan sekiranya seseorang pensyarah ingin dinaikkan pangkat. Jurnal yang berwasit ini disyaratkan 34

Mohd Nazri Ismail (2010), “ The Dubai Crisis : A Case Of The Inevitable “, The Star, 12 Januari 2010 Hal ini dikupas secara mendalam oleh Fawaz A. Gerges (1999), America And Political Islam; Clash Of Cultures Or Clash Of Interest, Cambridge : Cambridge University Press, h. 21-28. 36 Hal ini dikupas dengan cukup menarik dalam Hasan Ahmad (2009), Ke Luar Jendela, DBP : Kuala Lumpur, h. 319-324 37 Hassan Ahmad( 2006), Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman : Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, Kuala Lumpur : Alaf 21 Sdn Bhd h. 302-303 35

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

mesti tergolong dalam mesin pencarian data ISI Web Of Knowledge; jurnal berimpak tinggi yang bakal dirujuk dan dipetik (citation) oleh kalangan pakar di seluruh dunia. Tindakan ini boleh dikatakan agak ekstrim berasaskan kepada beberapa sebab yang utama; a) Pengkalan data ISI Web Of Knowledge ini yang berjumlah 10,000 jurnal berimpak tinggi hanya menerima makalah ilmiah berbahasa Inggeris dan tidak di dalam bahasa lain, seperti bahasa Arab dan Melayu. Ianya juga dikritik kerana lebih terhad kepada kajian ilmiah yang dihasilkan oleh sarjana Eropah dan Amerika Utara. Kelemahan ataupun lakuna data ISI Web Of Knowledge ini memang terbukti apabila ianya telah disaingi oleh pengkalan data scopus. Apa yang jelasnya, scopus telah memperluaskan cakupan jurnal-jurnalnya merangkumi bahasa selain daripada bahasa Inggeris dan daripada kawasan di luar Eropah dan Amerika utara.38 b) Ianya lebih berorientasikan kepada bidang kajian sains, kejuruteraan dan perubatan. c) Nisbah kajian berimpak tinggi yang ditakrifkan oleh pihak ISI Web Of Knowledge agak dangkal kerana ianya hanya akan dirujuk oleh sebilangan kecil pakar dalam bidang yang khusus semata-mata. Sedangkan karya-karya ilmiah dalam bentuk buku, prosiding dan jurnal tempatan sendiri biasanya akan sering dirujuk secara meluas oleh pelbagai kalangan kumpulan sasar. Maknanya, karya-karya ini walaupun tidak dikategorikan sebagai berimpak tinggi oleh ISI Web Of Knowledge. Pada hakikatnya lebih berimpak tinggi memandangkan ianya dijadikan rujukan asas oleh pelajar, sarjana, masyarakat awam dan pengubal dasar di Malaysia.39 d) Senarai jurnal bidang pengajian Islam yang tergolong di dalam ISI Web Of Knowledge rata-ratanya mengamalkan pendekatan orientalism yang bersifat reductionist. Ianya berasaskan paradigma orientalism klasik yang memandang agama Islam dengan pandangan yang agak sinikal dan prajudis.40 Sebagai contohnya, sebarang penulisan tentang Islam terpaksa akur dengan paradigm barat, seperti menganggap fundamentalis sebagai ganas dan perlu ditinggalkan, sedangkan mengikut perspektif Islam yang sejati sebarang usaha untuk berpegang teguh dengan warisan tradisi silam (salaf) dianggap sebagai baik. e) Tindakan untuk akur dengan kehendak THES (badan yang terlibat di dalam penarafan universiti seluruh dunia) ini telah menyebabkan IPTA tempatan terjebak dengan penjajahan bentuk baru yang dibawa oleh fenomena globalisasi yang didominasi oleh kuasa barat. Pendekatan yang terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris dan neraca penarafan THES yang kononnya lebih cekap dapat dianggap sebagai proses penaklukan budaya yang cukup merbahaya. Tindakan ini bakal menyebabkan keunggulan bahasa tempatan seperti bahasa Melayu akan terjejas teruk.41 c) Menyedari Reality Kelemahan Kalangan Pensyarah Di IPT Islam Semasa Merujuk kepada kelemahan kalangan pensyarah IPT Islam sendiri, kita dapat mengesan kelemahan sesetengah pensyarah IPT Islam untuk memahami dan menerapkan pedagogi 38

Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM, h. 220-221. Ibid, h. 223. 40 Rahimin Affandi Abd Rahim (2001), “ Orientalism dan keutuhan Ummah Islam : Satu Analisis.”, dalam Jurnal Syariah, v. 9, bil. 1, 2001, h. 33-46. 41 Hashim Musa (2004), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala Lumpur: Penerbit UM, 2004, h. 166-168 39

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

pengajaran berasaskan pendekatan tajdid. Rata-ratanya golongan ini terdiri daripada kelompok tradisionalis/fundamentalis (paradigma yang mementingkan dimensi telah lalu dan sekarang).42 Mereka berpegang kepada pendekatan eksklusif (tertutup) yang tidak mahu menerima pandangan yang berasal daripada luar, lebih-lebih lagi dalam soal keagamaan. Bagi mereka, hanya pandangan kumpulan mereka sahaja yang paling betul dan menafikan hal ini kepada golongan lain, lebih-lebih lagi yang mempunyai kaitan dengan dunia Barat. Secara langsung, mereka mengamalkan backward looking di dalam mengemukakan jawapan terhadap permasalahan umat Islam - segala elemen tradisi yang diputuskan oleh ulamak silam yang wajib dipertahankan dan mempersalahkan kesemua elemen pemodenan. Walaupun jumlah golongan ini telah semakin menurun, risikonya mereka bakal menentang usaha tajdid pendidikan yang telah dijalankan di samping mereka juga berusaha mempengaruhi pelajar untuk turut berpegang dengan paradigma yang dipegang oleh mereka.43 Lebih khusus lagi, kita dapat mengesan beberapa kelemahan pedagogi yang diamalkan oleh golongan ini, seperti; 1) Mereka berusaha menentang samada secara terbuka ataupun tersembunyi sesetengah program tajdid yang dikuatkuasakan oleh pihak UM. Ianya boleh dilihat daripada keengganan mereka mematuhi syarat MQA di dalam pengurusan sistem pengajaran dan dokumentasi subjek yang diajar. 2) Mereka masih mengekalkan pendekatan pedagogi pengajaran yang berbentuk teacher oriented dan kurang mengalakkan komentar kritikal daripada pelajar. Akibatnya, golongan ini gagal mengaplikasikan kaedah PBL dan kaedah yang bersifat interaktif di dalam pengajaran. 3) Mereka kurang membaca dan enggan mengikuti perkembangan terbaru dari segi teori, kaedah pedagogi dan kandungan ilmu syariah terkini dalam bidang ilmu. Sedangkan kesemua perkara ini sepatutnya dikuasai bagi memantapkan lagi penguasaan dalam bidang pengajian syariah. Lebih teruk lagi, mereka suka menempelak dan mengecap mana-mana pensyarah yang berusaha memperluaskan horizon pemikiran melalui kajian serta pembacaan terhadap teori baru – sebagai golongan yang terpengaruh dengan fahaman liberal. Bagi mereka, semua teori baru dalam bidang syariah, khususnya yang diutarakan oleh sarjana Islam moden terpengaruh secara langsung dengan agenda sekularisme barat. 4) Mereka terpengaruh dengan perangkap paradigma Taqlid yang menganggap paradigma pengajaran keilmuan Islam harus berasaskan kepada paradigma silam yang tidak boleh berubah. Sebagai contohnya, mereka gagal memahami ilmu usul fiqh dalam paradigma yang lebih bersifat progresif. Paradigma adalah satu set proposisi (rancangan usulan) yang menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Ia berisikan sebuah pandangan dunia (worldview), suatu cara untuk memecahkan kerumitan dunia, yang memberitahu seseorang ilmuan tentang apa yang penting, apa yang sah dan apa yang bersesuaian dengan logik. Ilmu Usul fiqh harus difahami menggunakan perspektif paradigma keilmuan ini. Atas dasar ini, ilmu usul al-fiqh ini bukan sebagai ilmu yang statik, tertutup dan telahpun disempurnakan oleh fuqaha silam yang mustahil untuk ditokok tambah oleh fuqaha yang terkemudian. Sebagai suatu disiplin ilmu, ianya perlu sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Ringkasnya, bersesuaian dengan konsep ilmu itu sendiri, yang boleh diujikaji, dinilai kembali 42

Ibrahim Abu Bakar (1994), Islamic Modernism In Malaya, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 14-16; Abu Bakar Hamzah (1981), Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908, Kuala lumpur, 1981, h. 54-55. 43 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim (2009), “ Paradigma Pemikiran Pengajian Islam Semasa : Analisis Pedagogi “, Jurnal Rekayasa, COLGIS : UUM.

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

dan diperkemaskan oleh sarjana di dalam zaman yang berbeza, hal yang sama perlu diterapkan kepada disiplin usul al-fiqh ini.44 5) Untuk konteks Malaysia semasa, Mahmood Zuhdi telah cuba mengemukakan pandangan agar kaedah pengajaran ilmu usul fiqh ini diubah semasa di peringkat sekolah menengah dan universiti. Untuk sekolah menengah pelajar patut didedahkan dengan pelbagai konsep dan prinsip ilmu ini, manakala di peringkat universiti pula, pelajar patut diajar ilmu ini secara applied (ilmu usul fiqh gunaan) bagi menanggani pelbagai isu hukum Islam semasa yang timbul di dalam masyarakat. Seandainya hal ini tidak dilakukan, pelajar hanya akan didedahkan dengan sejarah usul fiqh tanpa disertakan dengan kebolehan penyelidikan dan penyelesaian masalah hukum berpandukan ilmu tersebut. d) Pemantapan Elemen Pemikiran Meta-Kognitif Di Kalangan Warga IPT Islam. Pada kebiasaannya, pensyarah dan pelajar IPT Islam kurang memahami perkara ini, kerana lebih terdedah dengan bentuk pemikiran kritis peringkat rendah; sekadar memetik semula sesuatu maklumat tanpa membuat apa-apa penilaian. Ianya membabitkan usaha membanding dan membezakan, mengategorikan, membuat sorotan sejarah, meneliti bahagian terkecil dan keseluruhan dan menerangkan sebab musabab sesuatu perkara. Dalam soal ini, pelajar pps perlu diajar pemikiran inovatif45 dan pemikiran kritis peringkat tinggi, elemen metakognitif (Thinking About Thinking).46 Ianya biasa digunakan bagi mengelakkan timbulnya kesilapan dalam berfikir. Antaranya membabitkan beberapa proses berfikir yang utama; membuat ramalan, melakukan usul periksa, menyiasat, meneliti sesuatu andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab musabab yang disertakan dengan kesimpulan yang terbaik. Sebenarnya, sesetengah elemen metakognitif ini tanpa disedari telahpun wujud dalam disiplin keilmuan Islam, yang sayangnya sering kali dilupakan kerana pengaruh budaya Taqlid. Sarjana Islam silam cuba mengaplikasikan prinsip wasatiyyah (pertengahan) dalam pengamalan keilmuan. Dalam dunia akademik, prinsip wasatiyyah ini boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk menilai, menganalisa dan menerima sesuatu pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain, tanpa terpengaruh dengan kecenderungan si penilai itu sendiri (Pre Conceived Idea). Dalam amalan keilmuan Islam, sesuatu khabar, riwayat, teori, pandangan, formula dan apa-apa dapatan kajian yang dilahirkan perlu dinilai secara kritikal, futuristic, berpandangan jauh dan terpenting sekali perlu mengambilkira prinsip wasatiyyah ini. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu tindakan adil (bertindak sebagai orang tengah) dalam menilai sesuatu perkara. Melalui pemakaian prinsip ini, sesuatu pandangan yang diteliti perlu mengambilkira beberapa perkara penting; (i) mengambil sikap selektif (tidak menerima dan menolak secara melulu), yang menuntut ianya dilihat secara holistik (menyeluruh)47; (ii) memastikan ketepatan sesuatu berita atau teori itu didapati daripada sumber yang tepat dan betul, seperti mana penegasan Allah agar kita mengamalkan sikap berhati-hati terhadap berita yang dibawa oleh orang fasiq, kerana ianya akan membawa fitnah yang bakal merosakkan kehidupan. Untuk tujuan 44

Maklumat lanjut boleh. didapati dalam Rah.imin Affandi Abd. Rahim (2002), “ Epistemologi H.ukum Islam : Satu Pengenalan “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 15, 2002. 45 Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Hadiah Novel Dan Kreativiti Sains, Skudai : Penerbit UTM, h.. 223-227 46 Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif, Skudai : Penerbit UTM, h. 98-116 47 Rahimin Affandi Abd Rahim (2000), “ Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa “, dalam Jurnal Afkar, v. 1, h. 177-196.

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

pengesahan, ianya perlu dinilai dan dikritik secara luaran dan dalaman. Kritikan luaran bertujuan untuk menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber tersebut. (kajian sanad)48 Manakala kritikan dalaman pula bertujuan untuk memastikan kemunasabahan dan kewarasan isi kandungan sesuatu sumber itu dinilai dari perspektif Islam.(kajian matan),49(iii) melihat keserasian sesuatu hujah yang dipakai dengan pandangan sumber yang berautoriti, samada ianya daripada nas wahyu (al-Quran dan al-Sunnah), fakta sejarah ataupun teori serta aksioma pemikiran yang telah diterima ramai (seperti terkandung dalam konsep ijma dan tawattur);50(iv) Tidak boleh menyalahi dengan apa yang telah ditetapkan secara qat’I oleh sumber al-Quran dan al-Sunnah, manakala sesuatu warisan ulamak silam yang dihasilkan melalui pemikiran manusia berasaskan kepada sumber akalnya sendiri baik dari segi pentafsirannya terhadap nas ataupun responnya terhadap situasi sosial yang timbul di zamannya-perlu dinilai secara kritikal, kerana ianya masih bertaraf zanni, yang perlu sentiasa diulangkaji dan diperlengkapkan oleh setiap sarjana di setiap zaman51 dan akhirnya (v) tindakan menolak pendekatan kajian dan penilaian Islam yang bersifat legal formalistik. (hitam ataupun puteh) yang akan menghasilkan kajian yang bersifat kaku dan cenderung kepada tindakan menghukum dan bukannya bersifat konstruktif bagi tujuan dakwah mendidik golongan sasaran kajian, anggota masyarakat. Sebaiknya, sarjana Islam perlu memikirkan untuk menggunakan pendekatan kajian yang lebih terbuka dan holistik (menyeluruh) dalam proses penilaian sesuatu objek kajian.52 e) Usaha Mengenalpasti Beberapa Niche Area Yang Diperlukan Untuk Konteks Zaman Moden. Antara bidang yang mungkin penting terdiri daripada bidang perundangan ( seperti zakat, fatwa, wakaf, kepenggunaan, budaya, gender, sosiologi hukum Islam dan sebagainya), Muamalat (produk Perbankan Islam, Insuran Islam, Dinar emas dan sistem Bond Islam), Usuluddin ( pemikiran Islam menanggani isu global, pemikiran kritis dan kreatif Islam dan pemikiran Islam menanggani fahaman /idealism moden), Kominikasi ( konsep filem Islam dan konsep media Islam alternatif) dan S & T Islam (Astronomi Islam, falsafah S & T Islam dan bio-teknologi dan pengaruhnya terhadap umat Islam) Apa yang paling baik lagi, dapatan kajian yang dihasilkan melalui kajian pps ini boleh dimanafaatkan untuk kepentingan umat Islam. Kita boleh memberikan beberapa contoh dengan hasil pps yang berdaya maju dan praktikal ini. Antaranya; Pertama, laman web Myais (Malaysian Abstracting And Indexing System) yang dibangunkan oleh Profesor Zainab Awang Ngah dengan bantuan pelajar pps Fakulti sains Komputer UM (Abrizah Abdullah Dan Nor Edzan Che Nasir). Ia dapat dijadikan sebagai platform kepada pensyarah memperkenalkan hasil kajian mereka kepada masyarakat dan kalangan ahli akademik 48

Maklumat Lanjut boleh didapati dalam Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan Dan Penolakan Hadith : Satu Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shi’ah, Tesis Untuk Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, h.482-535. 49 Ibid, h. 642-657. 50 Rahimin Affandi Abd Rahim (1993),“ The Concept Of Ijma‟ In Islamic Law : A Comparative”, dalam The Journal of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 16, h. 91-104. 51 Rahimin Affandi Abd Rahim (2002), “ Epistemologi Hukum Islam : satu pengenalan “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 15, 2002. 52 Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu “, dalam Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (ed.), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM, h. 5580

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

seluruh dunia. Ia berfungsi antara lainnya seperti Pengkalan data ISI Web Of Knowledge dan scopus. Kedua, tindakan Prof. Ahmad Ibrahim yang mengalakkan pelajar lepasan ijazah mengkaji kelemahan English Common Law yang dipakai di Malaysia, yang secara pastinya bakal disertakan dengan pelbagai alternatif baru mengantikan pemakaian ECL ini dengan mewujudkan Malaysia Common Law sendiri, yang berteraskan pelbagai prinsip-prinsip hukum Islam seperti konsep Urf, Maslaha, Siyasah Syariah dan lainnya.53 Ketiga, kajian yang dilakukan oleh Donald Horowitz, Ahmad Hidayat Buang, Ruzman Mohd Nor dan Muhammad Tahir Azhary yang mengkaji sejarah reformasi perundangan Islam di Malaysia- telah mampu menyediakan blueprint lengkap tentang kaedah reformasi yang terbaik dan hal ini telah diterima oleh pihak kerajaan memandangkan ianya dibuat secara ilmiah.54 Keempat, kajian sosiologi terhadap pelbagai institusi Islam yang dominan di dalam masyarakat bakal memperincikan elemen kelemahan yang dimiliki oleh institusi tersebut, yang perlu disedari dan dirangka jalan penyelesaian masalah yang terbaik. 55 Sebagai contohnya, memanglah diakui bahawa institusi fatwa telah mampu menyelesaikan masalah umat Islam di sepanjang sejarah, tetapi secara realiti dan praktiknya pada masa sekarang, didapati institusi ini telah gagal untuk meneruskan peranannya dengan secara berkesan kerana secara kuat berpegang kepada paradigma taqlid.56 Kelima, kajian yang menunjukkan relevansi prinsip-prinsip Islam yang boleh dijadikan sebagai asas kepada program pembangunan Islam di Malaysia. Ianya juga boleh dibuat dalam bentuk kajian ilmiah terhadap realiti praktis sesuatu institusi yang disertakan pula dengan alternatif pilihan. 57 Keenam, proses menyediakan module pembangunan secara mikro (blueprint) membabitkan program keIslaman. Antara contoh yang relevan; (a) Kajian tentang E-Fiqh yang dilakukan oleh Abdulmajid H. Mohamed terhadap realiti sistem fiqh Islam di zaman globalisasi bakal menyediakan module pembangunan yang bersifat mikro yang dapat membantu dan memperkemaskan lagi peranan yang boleh dimainkan oleh kalangan fuqaha dan mufti;58 (b)

53

Lihat sebagai contohnya Anuar Ramli (2002), Asas Hukum Dalam Budaya : Kajian Terhadap Beberapa Aspek Hubungan Social Dalam Kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM dan Mohd Fauzi bin Audzir (2002), Uruf Tempatan Di Negeri Kedah Dan Kesannya Terhadap Perubahan Hukum : Satu Analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. 54 Muhammad Tahir Azhary (2003), Negara Hokum : Suatu Studi Tentang Prinsip-Prinsipnya Dilihat Dari Segi Hokum Islam, Implementasinya Pada Periode Negara Madinah Dan Masa Kini, Bogor : Penerbit Kencana, h. 193-237 dan Ahmad Hidayat Buang (2004), Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah dan Undangundang, APIUM; Donald L. Horowitz (1994), “ The Quran And The Common Law : Islamic Law Reform And The Theory Of Legal Change “, dalam The American Journal Of Comparative Law, v. 42. 55 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amir Mu‟allim dan Yusdani (1999), Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta, h. 46-47. 56 Sebagai contohnya, sila lihat Noor Naemah Abd Rahman (2003), Fatwa Jemaah Ulamak Kelantan Tahun 1920an Hingga 1990an : Satu Analisis, Tesis PhD untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. 57 Norhashimah Mohd Yasin (1994), Islamisation Or Malaynisation : A Study On The Role Of Islamic Law In The Economic Development Of Malaysia : 1969-1993, tesis Ph.D untuk School of Law, University of Warwick, England,; Ahmad Hidayat Buang (1997), “ Muamalat Di Malaysia : Suatu Tajdid Atau Reaksi Pasaran “, dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Berita Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur, h. 107-124; Rahimin Affandi Abdul Rahim (1999), Islamic Legal Reform In The Administration Of Islamic Law In Malaysia : A Critical Analysis, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham. 58 Abdulmajid H. Mohamed (2004), “ E-Fiqh: Foundations for ICT-Supported Fiqh “, dalam Prosiding Islam : Past, Present And Future- International Seminar On Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Kajian tentang penerapan pendekatan E-learning di dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia yang dilakukan oleh serangkaian sarjana di UNITAR - bakal mematangkan lagi pedagogi pengajaran yang diamalkan;59(c) Kajian tentang kaedah reformasi pengeluaran zakat pertanian dan profesional bakal menyumbangkan idea tentang bagaimana institusi zakat ini boleh menjana perkembangan ekonomi umat Islam yang lebih baik.60 Ketujuh, kajian pembentukan kaedah penyelidikan untuk disiplin sejarah Islam bentuk baru yang dijalankan oleh Louay Safi, telah berjaya merumuskan mekanisme penyelidikan sejarah Islam yang lebih bersifat kritikal terhadap sumber dan kaedah barat dan juga Islam. 61 Kelapan, proses menyediakan kerangka pemikiran Islam semasa yang bersifat kritikal dan kondusif dengan nilai-nilai Islam. Pada masa sekarang, kalangan masyarakat dunia termasuklah penganut Islam sendiri begitu mengilai paradigma pemikiran bentuk baru seperti pemikiran rasional, kritis, lateral, dekonstruksi, kreatif dan responsif- bakal menjadikan seseorang itu bersifat positif dan mampu menyelesaikan masalah hidup dengan baik.62 Apa yang menyedihkan, kesemua paradigma pemikiran ini diperkenalkan oleh sarjana barat, seolah-olah penganut Islam sendiri ketandusan idea untuk berbuat demikian. Sedangkan, seperti ditunjukkan oleh Ibrahim Abu Rabi‟, Mohd Fauzi Hamat, Mohammad Arkoun dan Amin Abdullah, kesemua elemen pemikiran bentuk baru ini memang terdapat secara meluas isinya di dalam sumber Quran dan Sunnah. Tinggal lagi, ianya perlu digali sepenuhnya oleh umat Islam yang kemudiannya perlu disusun dan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih sistematik, untuk pengamalan umat Islam.63 Kesembilan, proses menyediakan jawapan Islam terhadap pelbagai isu semasa yang timbul di dalam masyarakat. Dalam soal ini, terlalu banyak persoalan baru dalam pelbagai bidang samada syariah ataupun teologi, yang perlu diberikan jawapannya oleh sarjana Islam. Antara isu-isu ini adalah soal yang membabitkan kepenggunaan, ekonomi, bioteknologi, perubahan budaya 64 dan ICT moden.65 Berhadapan dengan masalah ini, seseorang sarjana perlu bertindak secara proaktif Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004. 59 Nik Salida Suhaila bt Nik Saleh & Syahirah bt Abdul Shukor (2004), “ E-learning in Islamic Studies: Possibilities and Challenges in Malaysia “, dalam Prosiding Islam : Past, Present And Future- International Seminar On Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004. 60 Mahmood Zuhdi Abd Majid (2003), Pengurusan Zakat, Kuala Lumpur : DBP. 61 Louay Safi (1998) , Asas-Asas Ilmu Pengetahuan : Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah Penyelidikan Islam Dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur : Thinkers Library. 62 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication, h. 8-15. 63 Ibrahim Abu Rabi‟(1997), “ Issues In Contemporary Arab Thought : Cultural Decolonization And The Challenges Of The 21st Century “, Dalam Intellectual Discourse, v. 5, no. 2, h. 170-173; H.M. Amin Abdullah (2004), “ Paradigma Alternative Pengembangan Usul Al-Fiqh Dan Dampaknya Pada Fiqh Kontemporer “,dalam ed. Riyanto Neo Usul Fiqh : Menuju Ijtihad Kontekstual, Yogyakarta : Fakultas Syariah press, h. 137-138 dan Mohd Fauzi Hamat (2004), “ Metod Pendalilan Al-Burhan Dalam Pemikiran Logik Dan Kepentingannya Dalam Pembangunan Ummah Berfikiran Kritis “, dalam (edit oleh Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd. Mukti dan Che Zarrina sa'ari) Pemikiran Islam Dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, h. 51-68. 64 Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam : Satu Kajian Tentang Metodologi Syariah Dan Pelaksanaannya, Kuala Lumpur : Thinker‟s Library, h. 37-39. 65 Terdapat serangkaian besar tajuk-tajuk tesis di peringkat pasca siswazah yang menggunakan pendekatan ini, antaranya adalah ; 1) Azhar Abdul Aziz (2002), Peranan Sains Perubatan Dalam Menentukan Hokum Keharusan Fasakh Kerana Penyakit, tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

menggunakan pendekatan semi-ijtihad, dengan menawarkan jalan penyelesaian terhadap setiap masalah yang timbul - dalam bentuk mengali jawapan syarak yang terdapat di dalam kitab warisan silam untuk isu yang dikaji ataupun membuat tafsiran yang lebih bersifat kontekstual terhadap isu tersebut.66 Kesimpulan Sebagai rumusan akhir, dapat dinyatakan bahawa masa depan umat Islam bergantung sepenuhnya kepada wujudnya IPT Islam yang kondusif dan mampu bersaing di dalam dunia global. Boleh dikatakan kesemua IPT Islam telah mencapai tahap yang diharapkan, hasil daripada usaha reformasi IPT yang diusahakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, hal ini masih belum mengcukupi, di mana setiap IPT Islam mesti melakukan muhasabah diri bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Kajian ini secara panjang lebar telah mengemukakan beberapa cadangan yang patut diambil iktibar oleh setiap warga IPT Islam. RUJUKAN Abdul Aziz Bari (1999), “Legal Education And Islamization“, dalam IIUM Law Journal, v. 7, no. 1. Abdul Majid H. Mohamed (2004), “ E-Fiqh: Foundations for ICT-Supported Fiqh “, dalam Prosiding Islam : Past, Present And Future- International Seminar On Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb Disember 2004. Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication. Abu Bakar Hamzah (1981), Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908, Kuala lumpur. Adnan Haji Nawang (1998), Za’ba Dan Melayu, Kuala Lumpur : Berita Publishing. Ahmad Hidayat Buang (1997), “ Muamalat Di Malaysia : Suatu Tajdid Atau Reaksi Pasaran“, dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd. ____________ (2004), Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah dan Undangundang, APIUM. Ahmad Shukri Mohd. Naim (2003) Konsep, Teori, Dimensi Dan Isu Pembangunan, Skudai : Penerbit UTM. Amir Mu‟allim dan Yusdani (1999), Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta.

2) Mohamad Amin Abu Bakar (2002), Pemakaian Asas Astronomi Dalam Menentukan Arah Qiblat Di Malaysia : Satu Pendekatan Hukum, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM 3) Nizaita Omar (1999), Beberapa Kaedah Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM 4) Rohana Ismail (2001), Pembunuhan Rahmat (Euthanesia) : Satu Kajian Hukum, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM 5) Mohd Sharkawi Shaadan (2003), Penggunaan Bahan Haram Dalam Perubatan : Kajian Di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM 6) Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbahan Yang Dirawat Melalui Kaedah Rawatan Oleh Indah Water Konsortium, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. 66 Rahimin Affandi Abd Rahim (2004), “ Usaha Memperkasakan Ilmu Usul al-Fiqh di Zaman Moden : Satu Analisis “, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI) 2004, Anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia, pada 15-16hb Disember 2004, h. 210-224.

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Anuar Ramli (2002), Asas Hukum Dalam Budaya : Kajian Terhadap Beberapa Aspek Hubungan Social Dalam Kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM . Azhar Abdul Aziz (2002), Peranan Sains Perubatan Dalam Menentukan Hokum Keharusan Fasakh Kerana Penyakit, tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan Dan Penolakan Hadith : Satu Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shi’ah, Tesis Untuk Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan : Pendekatan Islam Dan Sains, Kuala Lumpur. Donald L. Horowitz (1994), “ The Quran And The Common Law : Islamic Law Reform And The Theory Of Legal Change “, dalam The American Journal Of Comparative Law, v. 42. Fadzlullah Haji Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur. Fawaz A. Gerges (1999), America And Political Islam; Clash Of Cultures Or Clash Of Interest, Cambridge : Cambridge University Press. Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle East, Florida. Ghazali, Al-Mustasfa Min Ilm Usul, Beirut : Dar Al-Fikr, T.T. V. 1. H.M. Amin Abdullah (2004), “ Paradigma Alternative Pengembangan Usul Al-Fiqh Dan Dampaknya Pada Fiqh Kontemporer “,dalam ed. Riyanto Neo Usul Fiqh : Menuju Ijtihad Kontekstual, Yogyakarta : Fakultas Syariah press. Hashim Musa,( 2004), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala Lumpur : Penerbit UM. Hassan Ahmad (2009), Ke Luar Jendela, DBP : Kuala Lumpur. ____________ (2006), Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman : Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, Kuala Lumpur : Alaf 21 Sdn Bhd. Ibrahim Abu Bakar (1994), Islamic Modernism In Malaya, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Ibrahim Abu Rabi‟(1997), “ Issues In Contemporary Arab Thought : Cultural Decolonization And The Challenges Of The 21st Century “, Dalam Intellectual Discourse, v. 5, no. 2. John Esposito (1996), Islam and Democracy, Oxford University press, New York. Louay Safi (1998) , Asas-Asas Ilmu Pengetahuan : Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah Penyelidikan Islam Dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur : Thinkers Library. Mahmood Zuhdi Abd Majid (2003), Pengurusan Zakat, Kuala Lumpur : DBP. Mohamad Amin Abu Bakar (2002), Pemakaian Asas Astronomi Dalam Menentukan Arah Qiblat Di Malaysia : Satu Pendekatan Hukum, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “Pengajian Undang-Undang Islam Di Pusat Pengajian Tinggi – Amalan Di ITM“, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3. Mohd Amin Abdullah,(2006) Islamic Studies Di Perguruan Tinggi : Pendekatan IntegrativeInterkonektif, Yogyakarta : Pustaka Pelajar. Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Hadiah Novel Dan Kreativiti Sains, Skudai : Penerbit UTM. ____________ (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif, Skudai : Penerbit UTM. ____________ (2008), Hadiah Nobel Dan Kreativiti Sains, Skudai : Penerbit UTM. Mohd Fauzi bin Audzir (2002), Uruf Tempatan Di Negeri Kedah Dan Kesannya Terhadap Perubahan Hukum : Satu Analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Mohd Fauzi Hamat (2000), “ Penghasilan Karya Sintesis Antara Mantik dan Usul al-Fiqh : Rujukan Kepada Kitab al-Mustasfa‟ Min „ilm al-Usul “, dalam Jurnal AFKAR, bil. 1. ____________ (2004), “ Metod Pendalilan Al-Burhan Dalam Pemikiran Logik Dan Kepentingannya Dalam Pembangunan Ummah Berfikiran Kritis “, dalam Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd. Mukti dan Che Zarrina sa'ari(ed.) Pemikiran Islam Dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM. Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “Epistemology Colonial : Satu Analisis Cirri Dan Kesannya“, Dalam Mohamad Daud Mohamad (ed.), Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur . Mohd Nazri Ismail (2010), “ The Dubai Crisis : A Case Of The Inevitable “, The Star, 12 Januari 2010. Mohd Sharkawi Shaadan (2003), Penggunaan Bahan Haram Dalam Perubatan : Kajian Di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Mohd Yusof Othman (2001), “ Teknologi Maklumat : Harapan Dan Cabaran Di Alaf Baru “, Dalam (Edit) Sharifah Azizah Sahil Jamalullail Teknologi Maklumat Dan Kominikasi : Harapan, Cabaran Dan Barakah, Alor Setar : INSANIAH. ____________ (2003), Metodologi Penyelidikan Dalam Islam “, Dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan, Siri 2, Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi. Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam : Satu Kajian Tentang Metodologi Syariah Dan Pelaksanaannya, Kuala Lumpur : Thinker‟s Library. Muhammad Tahir Azhary (2003), Negara Hokum : Suatu Studi Tentang Prinsip-Prinsipnya Dilihat Dari Segi Hokum Islam, Implementasinya Pada Periode Negara Madinah Dan Masa Kini, Bogor : Penerbit Kencana. Mustafa Abd. Razak (1966), Tamhid Li Tarikh Al-Falsafah Al-Islamiyyah, Kaherah. Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbahan Yang Dirawat Melalui Kaedah Rawatan Oleh Indah Water Konsortium, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Nik Salida Suhaila bt Nik Saleh & Syahirah bt Abdul Shukor (2004), “ E-learning in Islamic Studies: Possibilities and Challenges in Malaysia “, dalam Prosiding Islam : Past, Present And Future- International Seminar On Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004. Nizaita Omar (1999), Beberapa Kaedah Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM Noor Naemah Abd Rahman (2003), Fatwa Jemaah Ulamak Kelantan Tahun 1920an Hingga 1990an : Satu Analisis, Tesis PhD untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Norhashimah Mohd Yasin (1994), Islamisation Or Malaynisation : A Study On The Role Of Islamic Law In The Economic Development Of Malaysia : 1969-1993, tesis Ph.D untuk School of Law, University of Warwick, England. Paizah Ismail Dkk (2007), “ Pendekatan Baru Maqasid Al-Shari„Ah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia: Satu Analisis “, Jurnal Syariah Dan Perundangan (Jounal Of Syariah And Jurisprudence) Fakulti Pengajian Dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bil 1, No 1. Rahimin Affandi Abd Rahim (2000), “ Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa “, dalam Jurnal Afkar, v. 1.

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

____________ (1993),“ The Concept Of Ijma‟ In Islamic Law : A Comparative”, dalam The Journal of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 16. ____________ (2001), “ Orientalism dan keutuhan Ummah Islam : Satu Analisis.”, dalam Jurnal Syariah, v. 9, bil. 1, 2001. Rahimin Affandi Abd Rahim (2002), “ Epistemologi Hukum Islam : satu pengenalan “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 15, 2002. ____________ (2004), “ Usaha Memperkasakan Ilmu Usul al-Fiqh di Zaman Moden : Satu Analisis “, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI) 2004, Anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia, pada 15-16hb Disember 2004. ____________ (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu “, dalam Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (ed.), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM. ____________ (2008), Metodologi Studi Syariah Di Institusi Perguruan Tinggi Negeri Di Malaysia (Edit) Mohd Fauzi Hamat, Metodologi Pengkajian Islam : Pengalaman Indonesia-Malaysia, Gontor : Institut Studi Islam Darussalam. ____________ (2002), “ Epistemologi H.ukum Islam : Satu Pengenalan “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 15, 2002. ____________ (2009), “ Paradigma Pemikiran Pengajian Islam Semasa : Analisis Pedagogi “, Jurnal Rekayasa, COLGIS : UUM. ____________dan Idris Awang (2003), “Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap Pengalaman APIUM“, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Anjuran Fakulti Pendidikan UTM, Johor Bharu. ____________ (1999), Islamic Legal Reform In The Administration Of Islamic Law In Malaysia : A Critical Analysis, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham. Rohana Ismail (2001), Pembunuhan Rahmat (Euthanesia) : Satu Kajian Hukum, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. Saedah Siraj (2001), Perkembangan Kurikulum : Teori Dan Amalan, Sungai Buloh. Sukeri Mohamad (1996), “ Maqasid al-Syariah dalam pengurusan harta “, dalam Monograf Syariah, v. 4. Tan Ai Mei (2002), Malaysian Private Higher Education : Globalisation, Privatisation, Transformation and Marketplaces, London. W. Hallaq (1992), “ Usul al-Fiqh : Beyond Tradition “, dalam Journal Of Islamic Studies, v. 3(2). Zaini Ujang (1993) Universiti : Mendukung Tradisi Intelektual, Kuala Lumpur : IKD. Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM.