Program Jalinan Ukhuwah INTURA Kursus MPK untuk Warga ... - Intan

2017 bertempat di Pusat Pekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling. Seramai 30 .... kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola tampar...

58 downloads 384 Views 568KB Size
Warga Proaktif, INTURA Inovatif

Program Jalinan Ukhuwah INTURA

P

rogram Jalinan Ukhuwah INTURA pada 13 Julai 2017 dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin pada pukul 8.30 pagi bertempat di Surau Al-Falah. Selesai bacaan yasin, AJK Surau Al-Falah telah mengadakan mesyuarat yang turut dihadiri YBrs. Dr. Faizal, Pengarah INTURA (PWU). Majlis Synchronization of Mind (SoM) telah diadakan pada pukul 10.00 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak. Antara pengisian SoM ialah tayangan slideshow aktiviti sepanjang Jun-Julai 2017 iaitu aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang Ramadan. PWU di dalam Edaran Qalam INTURA sebelum Majlis SoM bermula ucapannya mengharapkan semua warga mengambil kesempatan ini untuk saling bermaafan supaya ukhuwah yang terjalin dapat dieratkan. Selesai Majlis SoM, Program Jalinan Ukhuwah INTURA: Sambutan Aidilfitri berlangsung di Foyer Pentadbiran INTURA. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya nasi tomato, char kuetiau, bihun sup, sate, dan pelbagai jenis kek dan kuih-muih. Selain itu, paling menjadi tumpuan ialah booth dan props bergambar yang

telah disediakan bert ema kan suasana raya di kampung. Masingmasing tidak melepaskan Melakonkan aksi membuat ketupat dan peluang untuk lemang bergaya dan melakonkan pelbagai aksi menarik ketika bergambar. Sambil menjamu selera, tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian karaoke daripada beberapa orang warga INTURA yang berbakat dalam bidang nyanyian. Beberapa buah jabatan berhampiran INTURA dan para peserta kursus turut memeriahkan majlis ini. Antara tetamu yang hadir ialah pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani. Majlis

ini

diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga INTURA, peserta kursus, dan jabatan -jabatan berhampiran. Majlis telah berakhir pada pukul 2.30 petang. Geng kuning yang menyerlah

Kursus MPK untuk Warga Pentadbiran INTURA

M

anual Prosedur Kerja (MPK) adalah sebuah dokumen rujukan bagi peringkat jabatan/pejabat, mengandungi fungsi dan objektif rasmi pejabat, prosedur-prosedur yang jelas serta pegawai dan staf yang bertanggungjawab bagi melaksanakan tiap-tiap aktiviti yang dipertanggungjawabkan. Dokumen ini adalah rujukan utama yang akan membantu jabatan/pejabat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Keterangan mengenai fungsi dan objektif rasmi yang sejelas-jelasnya dan diketahui secara dekat dan terperinci oleh setiap anggota jabatan/pejabat akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Prosedur kerja yang terperinci serta penentuan tanggungjawab yang jelas pula akan juga membantu pegawai dan staf menjalankan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan teratur. Sebagai salah satu institusi latihan yang menganjurkan kursus MPK, adalah menjadi kewajipan warga INTURA untuk memperkemaskan MPK yang sedia ada. Justeru Kursus MPK untuk warga Pentadbiran INTURA telah diadakan pada 30 Julai 2017 bertempat di Pusat Pekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling. Seramai 30 orang warga Pentadbiran telah mengikuti kursus ini. Kursus dikendalikan oleh En. Sahrul Nizam Jaafar selaku fasilitator.

En. Nizam memberi penerangan untuk melengkapkan MPK Bahagian Pentadbiran

Artikel Pilihan Importance of Warming Up before Sport - Sports Injury Prevention What is a warm-up? A warm-up is a session which takes place prior to doing physical activity; usually a warm-up will consist of light cardiovascular exercises combined with stretches.

a team to work together prior to the start of the game. Warm-ups can also be used to practice skills and team drills.

How long should a warm up last? What happens in a warm-up? Most warm-up sessions will include a combination of cardiovascular exercises, stretching and strength drills. The cardiovascular exercises are designed to increase circulation, increase body temperature and bring the heart rate up, while stretching warms the muscles and prepare them for the movements they will be required to carry out during the activity. Explosive strength exercises, which may include sprint drills or jumps, gently increase the level of intensity and prepare the body for sudden movements in the game which will follow; these exercises should only be done once the muscles are warm; this will prevent injuries.

Effects of the warm-up The warm-up should gently prepare the body for exercises by gradually increasing the heart rate and circulation; this will loosen the joints and increase blood flow to the muscles. Stretching the muscles prepares them for physical activity and prevents injuries. The warm-up is also a good opportunity for an individual to prepare themselves mentally for the game ahead and for

Most warm up sessions last between 20 minutes and half an hour; this given the body plenty of time to gradually get ready for physical activity and gives the player time to prepare themselves mentally.

Preventing injury The most important reason for doing a warm up is to prevent injury during exercise; keeping the muscles warm will prevent acute injuries such as hamstring strains and will stave off overuse injuries by allowing the body to prepare steadily and safely. In more static sports, such as cricket, it is a good idea to stretch throughout the game as this will keep the muscles warm and allow them to function effectively; substitutes should also continue to run and stretch while they are waiting to join a game; this is commonly seen in football matches where the substitutes jog, jump and stretch along the sidelines.

Extract from http://www.nsmi.org.uk

Bahan Bacaan Bulan Julai Buku panduan ini merangkumi 47 sukan antaranya badminton, bola jaring, renang, bola tampar, bola keranjang, judo, karate dan banyak lagi. Maklumat undang-undang yang terkandung dalam buku ini ialah prosedur asas, istilah penting, keperluan, sistem mata, kedudukan pemain, kawasan permainan, kesalahan biasa dan denda yang dikenakan serta arahan rasmi dimana sepatutnya dikeluarkan. Muka Surat 2

Buku ini menyediakan panduan pakar dan 99 cara untuk membantu anda belajar dan mahir kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola tampar. Mengandungi 193 ilustrasi, buku ini menunjukkan mengapa setiap kemahiran itu penting dalam ked u d u kan persai ngan dan bagaimana untuk menganalisa dan membetulkan kesalahan. Buku ini membantu membina kemahiran dan keyakinan anda untuk bersaing dan menang.

Buku ini membantu anda membina pasukan yang lebih kuat, membuat keputusan yang lebih efektif dan menggalakkkan persaingan di mana anda akan mempelajari bagaimana untuk berfikir secara rasional dan membuat keputusan bukan berdasarkan emosi, menarik perhatian orang untuk bekerja di dalam organisasi anda berdasarkan prinsip anda, mencipta persaingan dan suka dengan apa yang dipelajari dari persaingan tersebut. Berita@INTURA

Gelagat@INTURA JALINAN UKHUWAH INTURA EN. EDDY NI MACAM NAK BERQASIDAH LA PULAK

WOI! MASUK BULU DALAM HIDUNG OII… PESYEN APA KAK DAH PAKAI NI?

NAK TIDOQ PI BALIK RUMAH LA SHAH OII...

ADA AKU KISAH

NGANTUK LA KAK NAB… LETIH BAKAQ LEMANG 3 JELITAWAN INTURA

GENG BASIKAL INTURA

PESYEN TERKINI TU SAM…

3 MAK DARA.COM

ISH… MALU LA...

AMBOI… MACAM DI HARI PERTUNANGAN

MASING-MASING CANTIK DAN SEGAK BERBAJU RAYA Warga Proaktif, INTURA Inovatif

Muka Surat 3

Hadis Pilihan Seksaan Neraka

Huraian

Hadis

1) Seksaan neraka adalah bertahap-tahap mengikut

Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya nabi SAW bersabda : “Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.” (Hadis Riwayat Muslim)

2) 3)

amalan yang dilakukan oleh golongan kafir dan berdosa. Umat Islam disuruh supaya menjauhi perbuatanperbuatan jahat untuk mengelakkan diri daripada seksaan Allah SWT. Rasulullah SAW menyebut seksaan neraka yang mengerikan adalah untuk menakutkan umatnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang atau meninggalkan perkara yang disuruh yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam azab tersebut.

Tahukah Anda

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin (JAKIM)

Penyakit anjing gila (Bahasa Inggeris: ''Rabies'') ialah sejenis penyakit virus yang menyebabkan radang otak pada manusia atau haiwan yang dijangkiti. Penyakit ini dibawa oleh virus lyssaviruses. Virus ini boleh tersebar apabila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusia. Air liur yang terdapat dari haiwan yang dijangkiti juga merupakan ejen penyebar virus ini jika terkena pada mana-mana bahagian badan. Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit ini dengan 99% kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing. Simptom awal termasuklah demam atau terasa kebas pada tempat terkena jangkitan. Simptom ini kemudiannya diikuti dengan beberapa simptom lain; kelakukan agresif, sawan, simptom takut air (Hydrophobia), tidak mampu menggerakkan bahagian tubuh badan, kekeliruan dan koma. Apabila penyakit ini mula menunjukkan simptom-simptom tersebut, kebiasaannya pesakit tidak dapat diselamatkan lagi. www.wikipedia.com

1 Sentiasa Di Hadapan Memacu Transformasi Melalui Pembelajaran

Kursus Sepanjang Ogos 2017 KURSUS BERJADUAL 1. Kursus Pengurusan Tatatertib 07/08/2017 hingga 09/08/2017 2. Kursus Komunikasi dan Persembahan Berkesan 07/08/2017 hingga 10/08/2017 3. Kursus Pengukuhan Pasukan 07/08/2017 hingga 10/08/2017 4. Maximizing PowerPivot Data Analysis 14/08/2017 hingga 15/08/2017 5. Bengkel Pengendalian Buku Rekod Perkhidmatan 14/08/2017 hingga 16/08/2017 6. Kursus Pengurusan Stor Kerajaan 14/08/2017 hingga 16/08/2017 7. Kursus Pemikiran Kreatif 21/08/2017 hingga 23/08/2017 8. Kursus Kepimpinan Pasukan 21/08/2017 hingga 24/08/2017 9. Seminar Bumi Dipijak, Langit Dijunjung 24/08/2017

Untuk pertanyaan kursus hubungi : Setiausaha Kursus : 04-4218321 samb. 238 (Pn. Nazmeen bt. Shaik Daud/ Pn. Ku Intan Shakinah bt. Ku Ahmad) samb. 118 (Pn. Mimi Noorzan bt. Abd Hamid) Diterbitkan oleh: Unit Penerbitan, Pusat Sumber Maklumat, INTAN Wilayah Utara Arkib Berita@INTURA boleh di akses di http://psmintura.blogspot.com