Program Latihan Keusahawanan - Laman Utama

Latar Belakang Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri...

137 downloads 611 Views 78KB Size
           

PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN

    Latar Belakang  

Aktiviti  Latihan  Keusahawanan  menyediakan  pakej  untuk  Bumiputera  memperlengkapkan  diri  dengan  ilmu  pengetahuan,  kemahiran  dan  ciri‐ciri  keusahawanan  untuk  menjadi  usahawan  yang berdaya maju dan berdaya saing.    Program‐program  di  bawah  latihan  keusahawanan  meliputi  kursus,  latihan,  seminar,  bengkel  bagi  input  pendedahan,  pengetahuan  dan  kemahiran  di  tahap  pembudayaan  keusahawanan,  pewujudan  usahawan  serta  peningkatan  dan  pengukuhan    yang  dianjurkan  oleh  Bahagian  Pembangunan  Usahawan  dan  PUSMA  Negeri  serta  dengan  kerjasama  agensi‐agensi  kerajaan,  swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO).    Komponen Program   Jenis ‐jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada dua :  •

Pewujudan Usahawan 



Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan 

  Objektif & Strategi Program   Objektif:  •

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya. 



Peserta  dapat  mengemukakan  rancangan  tindakan  untuk  memulakan  projek  /  perniagaan / perusahaan.  



Menerapkan  etika  perniagaan  yang  progresif  serta  sikap  positif  bagi  membolehkan  usahawan 

mengamalkannya 

dalam 

menjalankan 

perusahaan 



perniagaan                  

masing – masing.  •

Memberikan  pengetahuan  pengurusan  moden  supaya  para  usahawan  dapat  mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat  Wawasan  2020  dan  boleh  mengikuti  perkembangan  teknologi  moden  dan  mampu  bersaing di pasaran terbuka. 

Strategi:  •

Mengadakan kursus‐kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan  



Menganjurkan  kursus  ‐  kursus  pewujudan  usahawan  bagi  membolehkan  Bumiputera  memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan  



Menyediakan  kursus  ‐  kursus  peningkatan  untuk  usahawan  sedia  ada  bagi  membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan /  perdagangan yang dijalankan  



Meningkatkan  kemahiran  para  usahawan  melalui  pendedahan  kepada  perusahaan  /  perdagangan  

  Pewujudan Usahawan  MARA  telah  melaksanakan  kursus  untuk  pewujudan  usahawan  semenjak  1976  lagi.  Latihan  Pembentukan  Usahawan  (LPU)  bertujuan  untuk  melahirkan  usahawan  yang  mempunyai  wawasan diri dan berkualiti serta bijak dalam mencari peluang perniagaan yang berdaya maju.     Sasaran Peserta  •

Terbuka kepada Bumiputera yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan. 



Berusia antara 18 hingga 60 tahun dan berkelulusan sekurang‐kurangnya SPM. 

  Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan  Kursus  Peningkatan  dan  Pengukuhan  yang  dilaksanakan  adalah  bertujuan  meningkatkan  pengetahuan serta kemahiran usahawan supaya menjadi lebih berdaya saing.    

Sasaran Peserta   •

Usahawan Bumiputera yang ingin meningkatkan perniagaan  



Keutamaan diberi kepada bekas peserta LPU. 

  Penutup  Latihan  dan  bimbingan  yang  disediakan  bertujuan  untuk  mewujudkan  usahawan  baru  dari  kalangan  Bumiputera  serta  meningkatkan  keupayaan  usahawan  sedia  ada  selari  dengan  matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).