Program Promosi Kesihatan Aktiviti Fizikal 2011

satu atau lebih komponen kecergasan fizikal seperti berjalan pantas, berbasikal, bersukan, senamrobik, tai-chi, seni mempertahankan diri dan latihan m...

418 downloads 687 Views 4MB Size
LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

2011

Aktiviti Fizikal

Modul Program Promosi Kesihatan

2011

Modul Aktiviti FIzikal

Kandungan

Halaman

Kata alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif Modul Aktiviti Fizikal i)

ii)

iii)

Unit 1 : Kanak-Kanak dan Remaja  1.0 Pengenalan  2.0 Definisi  3.0 Faedah Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak dan Remaja  4.0 Ketahui Tahap Kesihatan Diri  5.0 Program Senaman  6.0 Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak dan Remaja  7.0 Pelaksanaan Aktiviti Oleh Pertubuhan  8.0 Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Bersenam  Lampiran 1: PAR-Q dan Anda  Lampiran 2: Kategori Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak dan Remaja  Lampiran 3: Petunjuk Impak Lampiran 3A: BMI untuk lelaki 5-19 tahun (z-scores) Lampiran 3B: BMI untuk perempun 5-19 tahun (z-scores) Lampiran 3C: Jadual yang diringkaskan untuk BMI lelaki 5-19 tahun Lampiran 3D: Jadual yang diringkaskan untuk BMI perempuan 5-19 tahun

1 2 3 4 5 15 15 20 23

25 27 28 29 30 36

Unit 2 : Golongan Dewasa  1.0 Pengenalan  2.0 Definisi  3.0 Faedah Aktiviti Fizikal Untuk Golongan Dewasa  4.0 Ketahui Tahap Kesihatan Diri  5.0 Program Senaman  6.0 Aktiviti Fizikal Untuk Golongan Dewasa  7.0 Pelaksanaan Aktiviti Oleh Pertubuhan  8.0 Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Bersenam  Lampiran 1: PAR-Q dan Anda  Lampiran 2: Kategori Aktiviti Fizikal Untuk Golongan Dewasa

1 2 3 4 5 15 16 21 24 26

Unit 3 : Warga Emas  1.0 Pengenalan  2.0 Definisi  3.0 Faedah Aktiviti Fizikal Untuk Warga Emas  4.0 Ketahui Tahap Kesihatan Diri  5.0 Program Senaman  6.0 Aktiviti Fizikal Untuk Warga Emas  7.0 Pelaksanaan Aktiviti Oleh Pertubuhan

1 2 3 5 12 21 21

Bersama Untuk Kesihatan

2011

Modul Aktiviti FIzikal  8.0 Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Bersenam  Lampiran 1: PAR-Q dan Anda

26 29

Jadual 1.1: Fasa dan tempoh senaman Jadual 1.2: Senaman kelonggaran Jadual 1.3: Senaman regangan Jadual 1.4: Fasa pemantapan Otot Jadual 1.5: Contoh jadual pelaksanaan aktiviti Jadual 1.6: Norma pencapaian SEGAK

5 6 8 13 17 18

Gambar Rajah o Unit 1  Gambar Rajah 1.1 : Faedah Melakukan Aktiviti Fizikal Secara Konsisten 3  Gambar Rajah 1.2 : Prinsip FITT 11  Gambar Rajah 1.3 : Petunjuk Ujian Percakapan 12  Gambar Rajah 1.4 : Keperluan sumber pelaksanaan projek aktiviti fizikal 16  Gambar Rajah 1.5 : Elemen-Elemen Penilaian Proses 18  Gambar Rajah 3.3 : Prinsip FITT 17  Gambar Rajah 3.4 : Petunjuk Ujian Percakapan 18  Gambar Rajah 3.5 : Keperluan sumber pelaksanaan projek aktiviti fizikal 22  Gambar Rajah 3.6 : Elemen-Elemen Penilaian Proses 24 o Unit 2  Gambar Rajah 2.1 : Faedah Melakukan Aktiviti Fizikal Secara Konsisten 3  Gambar Rajah 2.2 : Prinsip FITT 11  Gambar Rajah 2.3 : Petunjuk Ujian Percakapan 12  Gambar Rajah 2.4 : Keperluan sumber pelaksanaan projek aktiviti fizikal 17  Gambar Rajah 2.5 : Elemen-Elemen Penilaian Proses 19 o Unit 3  Gambar Rajah 3.1 : Faedah Melakukan Aktiviti Fizikal Secara Konsisten 3  Gambar Rajah 3.2 : Pengekalan aspek kesihatan melalui aktiviti fizikal 4  Gambar Rajah 3.3 : Prinsip FITT 17  Gambar Rajah 3.4 : Petunjuk Ujian Percakapan 18  Gambar Rajah 3.5 : Keperluan sumber pelaksanaan projek aktiviti fizikal 22  Gambar Rajah 3.6 : Elemen-Elemen Penilaian Proses 24 Jadual o Unit 1       o Unit 2    

Jadual 2.1: Fasa dan tempoh senaman Jadual 2.2: Senaman kelonggaran Jadual 2.3: Senaman regangan Jadual 2.4: Jadual kecergasan minimum (berdasarkan Rockport One Mile Walking) Bersama Untuk Kesihatan

5 6 8

12

2011

Modul Aktiviti FIzikal    o Unit 3    

Rujukan

Jadual 2.5: Fasa pemantapan Otot Jadual 2.6: Aktiviti yang disarankan mengikut keaktifan individu Jadual 2.7: Contoh jadual pelaksanaan aktiviti

Jadual 3.1: Fasa dan tempoh senaman Jadual 3.2: Senaman kelonggaran Jadual 3.3: Senaman kekuatan dan keseimbangan untuk warga emas Jadual 3.4: Jadual kecergasan minimum (berdasarkan Rockport One Mile Walking)  Jadual 3.5: Fasa pemantapan Otot  Jadual 3.6: Contoh jadual pelaksanaan aktiviti

Penghargaan

Bersama Untuk Kesihatan

13 15 18 12 13 14 18 19 23

2011

Modul Aktiviti Fizikal Kata Alu-Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

Assalamualaikum w.b.t, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan kata alu-aluan di dalam Modul Aktiviti Fizikal. Modul ini memberi satu panduan kepada pertubuhan untuk melaksanakan projek promosi kesihatan di kalangan masyarakat. Terdapat tiga bahagian mengikut peringkat umur kumpulan sasar dalam modul ini iaitu Aktiviti Fizikal untuk Kanak-Kanak Dan Remaja, Golongan Dewasa serta Warga Emas. Saya berharap agar modul ini akan membawa manfaat kepada semua pertubuhan yang menjalankan projek promosi kesihatan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pakar-pakar rujuk yang terlibat dalam penggubalan Modul Aktiviti Fizikal kerana menghasilkan kandungan yang perlu diketahui oleh pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti promosi kesihatan. Diharapkan agar modul ini menjadi panduan dan titik tolak dalam merealisasikan impian MySihat untuk memperkasakan pertubuhan melalui proses bina upaya.

DATUK DR. HJ. YAHYA BABA Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat ) 2011

Bersama Untuk Kesihatan

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Aktiviti Fizikal Unit 1: Kanak-Kanak & Remaja

Modul Program Promosi Kesihatan

2011

Modul Aktiviti Fizikal

MODUL PROGRAM PROMOSI KESIHATAN: AKTIVITI FIZIKAL UNIT 1: KANAK-KANAK DAN REMAJA 1.0

Pengenalan

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya. Salah satu isu kesihatan kanak-kanak dan remaja kini adalah obesiti di kalangan kedua-dua golongan ini. Kajian menunjukkan bahawa obesiti yang berlaku pada usia muda maka akan berterusan masalah ini sepanjang hayat mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian serius memandangkan terdapat pelbagai risiko kesihatan sampingan yang timbul disebabkan oleh gejala tersebut. Kajian terkini menunjukkan bahawa kadar obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja berpotensi untuk terus meningkat jika langkah-langkah pencegahan tidak dilaksanakan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 di kalangan orang dewasa (merangkumi golongan yang berumur lima belas tahun ke atas) menunjukkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat yang berumur telah meningkat dengan mendadak dari 4.4% pada tahun 1996 ke 12.3% pada tahun 2006. Masalah ini berpunca akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang mengamalkan aktiviti fizikal. Gaya hidup kanak-kanak dan remaja masa kini yang hanya menghabiskan masa di sekolah, pusat tuisyen dan bermain permainan video turut menyumbang kepada masalah ini. Oleh yang demikian, amat wajar supaya golongan kanak-kanak dan remaja dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keterampilan mereka sejak usia yang muda dengan mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten sebagai satu bentuk amalan cara hidup sihat.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

2011

Modul Aktiviti Fizikal 2.0

Definisi

2.1

Kumpulan Umur Kanak-Kanak Dan Remaja

Individu yang berumur di bawah 18 tahun dikategorikan sebagai kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. WHO pula mengkategorikan individu yang berumur antara 10-19 tahun sebagai remaja (adolescent) dan individu yang berumur antara 15-24 tahun sebagai belia (youth). Oleh yang demikian, WHO mengambil pendekatan mengkategorikan dua kumpulan umur yang bertindih tersebut iaitu 10-24 tahun sebagai golongan muda (young people).

2.2

Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah keadaan di mana seseorang tidak akan merasa letih atau lesu selepas melakukan aktiviti harian biasa dan ada tenaga lebih untuk berekreasi.

2.3

Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merujuk kepada pelbagai pergerakan anggota badan yang dihasilkan daripada penguncupan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga seperti berjalan, berbasikal, bersukan, angkat berat, mendaki bukit, membuat kerja rumah dan lainlain.

2.4

Senaman

Pergerakan yang terancang dan berstruktur untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal seperti berjalan pantas, berbasikal, bersukan, senamrobik, tai-chi, seni mempertahankan diri dan latihan mengangkat beban di gimnasium.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

2011

Modul Aktiviti Fizikal 3.0

Faedah Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak & Remaja

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara tetap dan teratur serta disusuli dengan amalan pemakanan yang sihat boleh memberikan faedah-faedah berikut, antaranya: Gambar Rajah 1.1: Faedah melakukan aktiviti fizikal secara konsisten

Kajian juga menunjukkan aktiviti fizikal melalui senaman dapat meningkatkan hayat serta melambatkan ketidakupayaan seseorang. Ini bermaksud, kecergasan fizikal seseorang individu dapat ditingkatkan meliputi 2 komponen seperti berikut: a) Kecergasan berkaitan skil yang meliputi kekuatan, koordinasi, kelajuan, keseimbangan dan masa tindak balas (reaction time) yang penting dalam mencapai prestasi maksimum bagi atlit dalam pertandingan. b) Kecergasan berkaitan dengan kesihatan meliputi ketahanan kardiovaskular, ketahanan otot, fleksibiliti (kelenturan) dan komposisi badan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

2011

Modul Aktiviti Fizikal 4.0

Ketahui Tahap Kesihatan Diri

4.1

Mengenalpasti tahap kesihatan peserta

Penganjur program yang melibatkan kanak-kanak dan remaja perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga dan pengesahan status kesihatan diri peserta.

4.2

Penglibatan pelajar sekolah

Penganjur program perlu mendapatkan kebenaran pihak sekolah jika melibatkan pelajar sekolah.

4.3

Kaedah

Antara kaedah yang disarankan untuk mengetahui tahap kesihatan diri kanak-kanak dan remaja adalah seperti berikut: a) Soal Selidik Kesediaan Aktiviti Fizikal/ Physical Activity Readiness Questionnaire (PAR – Q) (di Lampiran 1) b) Pengukuran Antropometri • Berat • Tinggi • Indeks Jisim Tubuh (BMI) • Ukur lilit pinggang • Komposisi badan • Tekanan darah • Kadar Nadi Rehat

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.0

Program Senaman

Jadual 1.1: Fasa dan tempoh senaman

Fasa Senaman •

Fasa Memanaskan Badan  Senaman ringan/kalistenik  Kelonggaran  Regangan



Fasa Aerobik  Aktiviti aerobik pilihan sendiri



Fasa Pemantapan Otot



Fasa Penyejukan (cool-down)

5.1

Tempoh 10 – 15 minit

30 - 45 minit 10 – 15 Ulangan/ 1 Set 10 – 15 minit

Fasa 1: Memanaskan Badan, Kelonggaran dan Regangan

Aktiviti ini akan membentuk kesediaan mental dan fizikal bagi menghadapi satu gerak kerja aktif yang akan dilakukan nanti. Tindakan ini akan menyediakan tubuh badan untuk bersenam tanpa menghadapi ancaman bahaya akibat kecederaan dan kerengsaan dengan melenturkan otot, tendon dan ligamen yang kejap serta mampat serta meningkatkan kelenturan atau kelembutan. Faedah sesi memanaskan badan seperti berikut: a) Meningkatkan suhu badan: Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot. b) Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot: Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. c) Meningkatkan pengaliran darah ke jantung d) Menambahbaiki proses pengecutan otot: Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak. e) Merangsang transmisi atau pengaliran saraf: Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 5

2011

Modul Aktiviti Fizikal pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

f) Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal: Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti. g) Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan: Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga. Antara contoh aktiviti ketika memanaskan dan menyejukkan badan: a) Senaman Ringan Berlari-lari anak, berjalan setempat b) Senaman Kelonggaran Ulangan: 5-10 kali Pusingkan bahu dan pergelangan tangan/ kaki Jadual 1.2: Senaman kelonggaran

i.

Leher  Golekkan kepala dari kiri ke kanan dan sebaliknya  Ulang 5-10 kali

ii.

Bahu  Pusingkan bahu ke hadapan membuat 1 pusingan sebanyak 5 pusingan  Ulang pada arah berlawanan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

2011

Modul Aktiviti Fizikal iii.

Pinggang  Gerakkan pinggang mengikut pusingan jam sebanyak 5 kali  Ulang pada arah berlawanan

iv.

Pinggul  Hayunkan sebelah kaki ke atas dan ke bawah  Ulang 5 -10 kali  Gunakan kerusi sebagai sokongan  Lakukan langkah yang sama pada kaki sebelah lagi.

v.

Lutut  Berdiri tegak, gunakan kerusi sebagai sokongan.  Rendahkan badan dengan membengkokkan lutut sedikit.  Ulang 5 -10 kali

vi.

Pergelangan Kaki  Angkat kaki dan pusingkan pada pergelangan kaki 5-10 kali  Tukar arah pusingan  Lakukan pada kaki yang sebelah lagi

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

2011

Modul Aktiviti Fizikal c) Senaman Regangan Jangka masa: 8 hingga 10 saat setiap regangan Regangan sisi, duduk dan jangkau Jadual 1.3: Senaman regangan

i. Leher  Tundukkan sedikit kepala dan letakkan tangan di belakang kepala. Tahan 8 hingga 10 saat.  Tarik kepala ke sisi dan tahan 8 hingga 10 saat.  Ulang ke sisi sebelah lagi

ii. Tolak Siku  Angkat tangan separa bahu  Tolak siku ke belakang dengan tangan sebelah lagi.  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada tangan yang sebelah lagi.

iii. Tarik Siku  Angkat tangan ke belakang kepala  Tarik siku dengan tangan sebelah lagi.  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada tangan yang sebelah lagi

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

2011

Modul Aktiviti Fizikal iv. Bengkok Sisi

 Berdiri dengan kaki dibuka selebar bahu  Bengkokkan badan ke sisi  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada sisi yang sebelah lagi

v. Pusing Badan  Berdiri dengan kaki dibuka selebar bahu  Pusing badan ke belakang  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada sisi yang sebelah lagi

vi. Regangan Hamstring (Duduk)  Duduk dalam keadaan bersila dengan dilunjurkan sebelah kaki  Hulur tangan dan cuba cecah hujung kaki  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada kaki yang sebelah lagi

vii. Regangan Groin  Duduk, tegakkan badan dan kedua-dua tapak kaki ditemukan  Tarik kaki ke arah badan  Hujung siku menekan bahagian atas paha  Tahan 8 hingga 10 saat

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

2011

Modul Aktiviti Fizikal viii. Regangan Silang Kaki

 Duduk, lunjurkan kaki kiri  Silangkan kaki kanan ke atas kaki kiri  Pusingkan badan ke kanan.  Gunakan siku kiri untuk menahan lutut kanan  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada bahagian yang sebelah lagi

ix. Regangan Paha  Langkah kaki kanan ke hadapan dan tegakkan badan  Bengkokkan lutut kanan, luruskan kaki kiri  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada kaki yang sebelah lagi

x. Regangan Betis  Berdiri menghadap dinding, kerusi atau pokok sebagai sokongan.  Gerakkan dan bengkokkan kaki kanan ke hadapan.  Luruskan kaki kiri dan rapatkan kedua-dua tapak kaki ke lantai.  Gerakkan pinggul ke hadapan.  Tahan 8 hingga 10 saat.  Ulang pada kaki yang sebelah lagi

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 10

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.2

Fasa 2: Kecergasan Aerobik

5.2.1 Prinsip FITT Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular ikutilah panduan prinsip FITT di bawah:

menggunakan

Gambar Rajah 1.2: Prinsip FITT

5.2.2 Intensiti Senaman • • •

Intensiti adalah satu cara untuk mengukur tahap kekuatan senaman dilakukan. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, senaman perlu dilakukan pada intensiti tinggi. Kadar intensiti senaman boleh ditentukan dengan menggunakan salah satu kaedah di bawah.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 11

2011

Modul Aktiviti Fizikal A. Ujian percakapan Gambar Rajah 1.3: Petunjuk Ujian Percakapan

B. Mengikut kadar denyutan jantung (Intensiti Tinggi) Untuk mendapatkan manfaat kardiovaskular, senaman yang dilakukan perlu dilakukan pada kadar nadi latihan (intensiti tinggi), sebagainya mengikut Formula Karvonen.

4.3

Fasa 3: Pemantapan Otot (Kekuatan dan Daya Tahan)

Fasa ini melibatkan aktiviti bagi memantapkan daya tahan dan kekuatan otot. Antara jenis senaman yang dapat dilakukan adalah senaman yang menggunakan berat badan sebagai beban seperti tekan tubi dan bangkit tubi.

a) Ringkuk Tubi Separa b) Tekan Tubi / Suaian

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 12

2011

Modul Aktiviti Fizikal Jadual 1.4: Fasa pemantapan otot

a) Ringkuk Tubi Separa  Baring dengan lutut dibengkokkan.  Ringkuk badan sehingga jari mencecah lutut  Turun ke posisi asal.  Ulang 10 kali untuk 1 set.  Ulang dalam 3 set  Rehat antara set

b) Tekan Tubi/ Suaian i. Tekan Tubi (Ringan)

ii. Tekan Tubi (Sederhana)

iii. Tekan Tubi (Lengkap)  Ulang 10 kali untuk 1 set  Lakukan 3 set  Rehat antara set

5.4

Fasa 4: Menyejukkan Badan dan Regangan

Fasa ini dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 13

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.4.1 Kepentingan fasa menyejukkan badan a) b) c) d) e) f)

Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur. Menjajar semula otot-otot. Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung. Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan. Mententeram atau merelakskan anda.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 14

2011

Modul Aktiviti Fizikal 6.0

Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak dan Remaja

Terdapat pelbagai jenis aktiviti fizikal yang boleh dijalankan untuk kanak-kanak dan remaja. Jenis aktiviti tersebut dikategorikan berdasarkan tahap pergerakan dan peralatan yang digunakan yang boleh disesuaikan dengan peringkat umur dan kelincahan golongan tersebut. Kategori aktiviti fizikal untuk kanak-kanak dan remaja yang dicadangkan seperti dalam jadual yang di Lampiran 2.

7.0

Pelaksanaan Aktiviti oleh Pertubuhan

7.1

Objektif

Melalui program, peserta akan dapat: 1. Memahami kepentingan dan manfaat aktiviti fizikal, 2. Melakukan aktiviti bagi meningkatkan kekuatan dan keseimbangan otot, fleksibiliti dan daya tahan kardiovaskular; dan 3. Menaksir status tahap kesihatan kendiri.

7.2

Langkah-Langkah Penggunaan Modul

7.2.1 Setiap penganjur program yang berhasrat memohon geran MySihat perlu memahami isi kandungan dan kaedah penggunaan modul ini. 7.2.2 Penganjur program perlu meneliti isi kandungan modul sebelum mengadaptasikannya dalam perancangan aktiviti program promosi kesihatan di bawah geran MySihat. 7.2.3 Penganjur program juga perlu memberikan perhatian kepada setiap objektif yang digariskan bagi setiap aktiviti yang disenaraikan. Objektif tersebut merupakan hasil yang harus dicapai pada akhir program. 7.2.4 Maklumat penting bagi setiap aktiviti turut disenaraikan bagi menyokong pencapaian objektif yang digariskan dengan merujuk nota, di samping mendapatkan input tambahan daripada agensi atau pertubuhan lain sebagai rakan kongsi dalam melaksanakan program. 7.2.5 Modul ini lebih bersifat satu garis panduan asas kepada penganjur program untuk merancang program promosi kesihatan yang akan dipertimbangkan untuk diberikan geran oleh MySihat. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 15

2011

Modul Aktiviti Fizikal

7.2.6 Penganjur program boleh mencadangkan apa jua bentuk aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti dan kemampuan pertubuhan, asalkan selaras dengan dasar MySihat.

7.3

Kaedah Pelaksanaan

7.3.1 Kumpulan sasaran • •

Kanak-kanak Remaja

7.3.2 Tempat •

Bersesuaian dengan aktiviti (selamat dan kondusif)

7.3.3 Masa •

Pelaksanaan aktiviti perlu dirancang menggunakan jadual dan pelan pelaksanaan untuk minimum 3 bulan.



Strategi dan pendekatan  Pendidikan kesihatan  Latih tubi  Pengehakupayaan komuniti (empowerment)

7.3.4 Sumber (tenaga manusia, alat dan kewangan) Gambar Rajah 1.4: Keperluan sumber pelaksanaan projek aktiviti fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 16

2011

Modul Aktiviti Fizikal 7.4

Pelaksanaan Program

7.4.1 Jadual Pelaksanaan Program • • • •

Penganjur program boleh merancang pelaksanaan program yang ingin mereka jalankan dengan merangka jadual berdasarkan jenis aktiviti mengaikut kemajuan program. Perancangan yang baik akan membantu penganjur dalam melaksanakan program mereka dengan teratur, di samping memudahkan proses pemantauan yang dilakukan oleh pihak MySihat. Penganjur program boleh menggunakan mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai untuk merangka jadual pelaksanaan seperti menggunakan Carta Gantt. Antara contoh jadual pelaksanaan program berdasarkan aktiviti fizikal adalah seperti berikut:-

Jadual 1.5: Contoh jadual pelaksanaan aktiviti

JADUAL

Minggu Pelaksanaan

Aktiviti

1

2

Taklimat/ bina upaya Persiapan Program: • Jemputan peserta • Lokasi • Peralatan • Urus setia program Publisiti Aktiviti Pendidikan kesihatan Penilaian status kesihatan peserta Penilaian status kecergasan Pelaksanaan aktiviti fizikal • Sepanjang masa/ berkala • Massa Penilaian projek

√ √



√ √

√ √

3

4

5

6

7

8

9

10 11 12

√ √



























√ √

















Bersama Untuk Kesihatan



√ √ √

Halaman 17

2011

Modul Aktiviti Fizikal 7.5

Penilaian

7.5.1 Kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) Penganjur program boleh menggunakan kaedah Physical Activity Enjoyment Scale (PACES), sama ada secara temu bual (untuk kanak-kanak) atau kendalian sendiri (Self-administered) untuk remaja yang dijalankan sebelum dan selepas sesuatu program.

7.5.2 Penilaian proses Gambar Rajah 1.5: Elemen-elemen penilaian proses

Kehadiran peserta

Pelaksanaan aktiviti

Pemantauan

Penilaian Proses

Perkembangan projek

Kadar penurunan peserta

7.5.3 Penilaian Kecergasan • • •

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan rekod penilaian kecergasan yang memberi maklumat tentang tahap kecergasan kanak-kanak. Ujian ini meliputi ujian kekuatan otot, ketahanan otot, kekuatan jantung, kelenturan dan komposisi tubuh badan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK adalah seperti berikut: Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 18

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Jadual 1.6: Norma pencapaian SEGAK

Komponen Daya tahan kardiovaskular Kelenturan Kekuatan dan daya tahan otot abdomen Kekuatan dan daya tahan otot bahu dan tangan

Penilaian Naik turun bangku 3 minit Jangkauan melunjur Ringkuk tubi separa/ partial curl up 1 minit Tekan tubi/ push up 1 minit

7.5.4 Petunjuk Impak Penilaian boleh dibuat berdasarkan indikator pengekalan berat badan unggul menggunakan carta tumbesaran indeks jisim tubuh (BMI) untuk kanak-kanak dan remaja antara usia 5 hingga 19 tahun yang dihasilkan oleh WHO pada 2007 seperti di Lampiran 3.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 19

2011

Modul Aktiviti Fizikal 8.0

Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Senaman

8.1

Langkah-langkah keselamatan sebelum bersenam

8.1.1 Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman Sila dapatkan nasihat doktor jika anda:     

tidak mengetahui taraf kesihatan anda tidak pernah bersenam mempunyai masalah kesihatan baru sembuh daripada sakit kuat mempunyai berlebihan berat badan

8.1.2 Elakkan daripada bersenam dalam masa 2 jam selepas makan a)

Hal ini penting bagi menghindari dari rasa loya, muntah dan kekejangan perut disebabkan makanan anda masih lagi dalam proses penghadaman. Ketika penghadaman, darah tertumpu ke bahagian perut. Sedangkan ketika bersenam darah diperlukan di dalam otot-otot besar di kaki. Ini akan menimbulkan masalah kepada sistem penghadaman dan pernafasan anda. Oleh yang demikian senaman hendaklah dilakukan 2 jam selepas makan.

b)

Walau bagaimanapun, anda boleh memakan makanan ringan seperti kuih atau biskut seperti semasa minum petang. Tetapi jangan sampai kenyang. Berehat sekejap. Anda boleh meminum air sebelum bersenam.

8.1.3 Minum secukupnya a)

Pastikan anda minum secukupnya sebelum melakukan senaman. Bahkan anda digalakkan meminum di antara 6 – 8 gelas air sehari.

b)

Minum pada setiap 15 – 20 minit sekali, terutama ketika cuaca panas, jangan tunggu sehingga anda dahaga.

c)

Pada akhir senaman, minum semula untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh semasa senaman. Elakkan daripada mengambil minuman bergas atau beralkohol.

d)

Anda digalakkan meminum air sejuk semasa dan selepas bersenam kerana ia mudah diserapkan di dalam usus di samping membantu di dalam pengawalan suhu badan.

8.1.4 Jangan bersenam jika anda tidak sihat atau merasa sakit kaki, sendi, dada atau kepala 8.1.5 Lakukan senaman setelah memanaskan badan dengan betul Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 20

2011

Modul Aktiviti Fizikal 8.2

Langkah-langkah keselamatan semasa bersenam

8.2.1 Berhenti segera jika merasa semput atau sakit dada ketika bersenam Gunakan ujian percakapan untuk mengetahui tahap ketahanan dan keupayaan anda. 8.2.2 Gunakan pakaian yang selesa dan sesuai a) Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika bersenam atau berjoging pada waktu malam. b) Memakai pakaian yang selesa, sesuai dengan jenis senaman dan cuaca •

Pakaian mestilah sesuai dengan aktiviti agar tidak mendatangkan mudarat dan kecederaan semasa melakukan aktiviti.



Pakaian hendaklah ringkas, tidak terlalu ketat, dan tidak terlalu tebal. Material baju hendaklah diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap peluh seperti kapas.



Bagi wanita yang menjalankan akitiviti berat, mereka bolehlah memakai coli yang direka khusus untuk bersenam.

c) Memakai kasut yang sesuai dengan jenis aktiviti bagi mengelak kecederaan •

Terdapat pelbagai jenis kasut senaman dan sukan di pasaran yang disesuaikan untuk sesuatu jenis aktiviti fizikal. 6 kategori kasut yang ada dalam pasaran iaitu untuk berlari/ berjogging, berjalan kaki, tenis, gelanggang (court), aerobik/ kecergasan dan cross-trainers.



Kasut cross-trainers adalah sesuai bagi mereka yang tidak spesifik dalam apa-apa aktiviti. Walau bagaimanapun, apabila memilih kasut ciri-ciri berikut perlu diberi perhatian:    

Sokongan Pengalas (cushioning) Prestasi Padan (fitting)

8.2.3 Keselamatan di jalan raya Jika anda berjogging di jalan raya, lakukannya dengan berlari menyongsang arah lalu lintas supaya anda dapat melihat kenderaan yang berada di atas jalan. Jangan bersenam di jalan yang sesak dengan kenderaan. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 21

2011

Modul Aktiviti Fizikal

8.2.4 Jangan berhenti secara mendadak tanpa melakukan proses penyejukan badan 8.2.5 Minum air secukupnya

8.3

Langkah-langkah keselamatan selepas bersenam

8.3.1 Menyejukkan badan dengan betul 8.3.2 Minum air secukupnya 8.3.3 Jangan mandi dengan air mengganggu sistem badan

suam

selepas

senaman

kerana

ia

Tunggu hingga badan anda merasa sejuk dan peluh di badan telah kering. Mandilah dengan air biasa. 8.3.4 Elakkan makan makanan berat sebaik sahaja selepas bersenam

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 22

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Melakukan aktiviti fizikal secara tekal adalah sihat dan menyeronokkan. Setiap hari semakin ramai orang mula melibatkan diri dalam aktiviti ini. Bagi kebanyakan orang penglibatan dalam aktiviti ini adalah sangat selamat. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang atas sebab-sebab tertentu, mereka perlu berjumpa doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal ini secara aktif. Jika anda memilih untuk lebih aktif mulai sekarang, sila jawab 7 soalan yang terdapat di dalam petak di bawah. Jika anda berumur antara 15 dan 69 tahun, soal selidik PAR-Q ini akan menentukan sama ada anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal anda. Demi keselamatan anda, jawab soalan ini dengan seikhlasnya. Sila baca soalansoalan tersebut dengan teliti dan menjawabnya dengan jujur. Tandakan di petak YA atau TIDAK.

YA

TIDAK 1.) Pernahkah doktor memberi tahu yang anda ada masalah jantung dan anda hanya boleh melakukan aktiviti fizikal yang disyorkan olehnya sahaja? 2.) Adakah anda terasa sakit dada apabila melakukan aktiviti fizikal? 3.) Pada masa lampau, pernahkah anda berasa sakit dada walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal? 4.) Pernahkah anda hilang imbangan kerana pening atau pernahkah anda pitam? 5.) Adakah anda menghadapi masalah sendi atau tulang yang menjadi serius apabila melakukan aktiviti fizikal? 6.) Sekarang ini, adakah anda diberi ubat oleh doktor kerana darah tinggi atau masalah jantung? 7.) Adakah anda tahu sebarang sebab kenapa anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal?

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 23

LAMPIRAN 1

PAR Q & ANDA

2011

Modul Aktiviti Fizikal Jika anda menjawab YA kepada satu atau lebih soalan di atas:-

Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan aktiviti fizikal secara aktif atau terlibat dalam sebarang bentuk ujian kecergasan dan maklumkan kepadanya soalan manakah yang anda menjawab YA. • • •

Anda mungkin boleh melakukan sebarang aktiviti yang anda mahu – asalkan anda mulakannya secara perlahan-lahan dan tingkatkannya beransur-ansur. ATAU, anda mungkin terpaksa membataskan aktiviti anda kepada jenis yang lebih selamat. Berbincanglah dengan doktor anda tentang jenis aktiviti yang sesuai untuk anda. Dapatkan aktiviti yang lebih selamat.

Jika anda menjawab TIDAK kepada semua soalan:Jika anda dengan jujurnya menjawab TIDAK kepada semua soalan PAR-Q tersebut, anda sudah pasti boleh:• •

Mula menjadi lebih aktif – pastikan anda lakukannya secara perlahan-lahan dan tingkatkannya beransur-ansur. Cara ini lebih selamat dan mudah. Anda boleh terlibat dalam ujian kecergasan kerana inilah kaedah terbaik untuk menentukan tahap kecergasan anda dan merancang cara yang terbaik untuk membina sebuah kehidupan yang aktif.

Menangguhkan penglibatan anda dalam aktiviti fizikal:• Jika anda rasa tidak sihat kerana selesema atau demam – tangguhkan aktiviti anda sehingga anda sihat sepenuhnya; atau • Jika anda mengandung – berbincang dengan doktor anda sebelum meneruskan amalan anda secara aktif.

“Saya telah membaca, faham dan menjawab dengan lengkap soal selidik ini. Segala kemusykilan yang saya hadapi telah diberi jawapan dengan memuaskan”.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 24

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Kumpulan Sasar Kanak-Kanak (6-14 tahun)

Jenis Aktiviti Fizikal

Tempat dan Masa

• Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang menyeronokkan yang menggunakan tenaga yang tinggi dalam suatu jangka masa yang singkat (short burst of intense energy and fun). • Mereka akan hilang tumpuan dan cepat menjadi bosan jika hanya melakukan satu jenis aktiviti.

Bergantung kepada kesesuaian aktiviti dan faktor persekitaran.

Catatan • Aspek keselamatan perlu diberi keutamaan. • Aktiviti perlu dijalankan minimum 45 minit dalam 3 sesi atau dijalankan secara berterusan mengikut kesesuaian.

1. Bergerak dengan Peralatan • Lompat tali /skipping • Bola sepak 2. Pergerakan tanpa Peralatan • Seni mempertahankan diri (taekwondo, karate, judo) • Gimnastik • Tarian 3. Berekreasi • Perkhemahan • Flying Fox/ Abseiling 4. Permainan • Sukan rakyat (tengteng, galah panjang, sepak bulu ayam) • Sukaneka (telematch)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 25

LAMPIRAN 2

Kategori Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja

2011

Modul Aktiviti Fizikal Remaja (15-20 tahun)

1. Bergerak dengan Peralatan • Futsal / street soccer • Bola tampar / bola jaring • Berbasikal 2. Pergerakan tanpa Peralatan • Seni mempertahankan diri • Marathon/ merentas desa • Senam tari /senamrobik

Bergantung kepada kesesuaian aktiviti dan faktor persekitaran

• Aspek keselamatan perlu diberi keutamaan. • Aktiviti perlu dijalankan minimum 30 minit dalam 2 sesi atau dijalankan secara berterusan mengikut kesesuaian.

3. Berekreasi • Jungle trekking/ kembara • Berkayak • Flying Fox/ Abseiling 4. Permainan • Sukan rakyat • Sukaneka/ telematch

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 26

2011

Modul Aktiviti Fizikal

LAMPIRAN 3

Petunjuk Impak

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 27

2011

Modul Aktiviti Fizikal

LAMPIRAN 3A

Petunjuk Impak BMI untuk lelaki 5-19 tahun (z-scores)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 28

2011

Modul Aktiviti Fizikal

LAMPIRAN 3B

Petunjuk Impak BMI untuk perempuan 5-19 tahun (z-scores)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 29

2011

Modul Aktiviti Fizikal

LAMPIRAN 3C

Petunjuk Impak Jadual yang diringkaskan BMI untuk lelaki 5-19 tahun

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 30

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 31

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 32

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 33

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 34

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 35

2011

Modul Aktiviti Fizikal

LAMPIRAN 3D

Petunjuk Impak Jadual yang diringkaskan BMI untuk perempuan 5-19 tahun

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 36

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 37

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 38

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 39

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 40

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 41

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Unit 2: Golongan Dewasa

Aktiviti Fizikal

Modul Program Promosi Kesihatan

2011

Modul Aktiviti Fizikal

MODUL PROGRAM PROMOSI KESIHATAN: AKTIVITI FIZIKAL UNIT 2: GOLONGAN DEWASA 1.0

Pengenalan

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya. Antara masalah kesihatan utama di kalangan rakyat Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh cara hidup seperti obesiti, penyakit berkaitan kardiovaskular dan diabetes. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 di kalangan orang dewasa (merangkumi golongan yang berumur lima belas tahun ke atas) menunjukkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat yang berumur telah meningkat dengan mendadak dari 4.4% pada tahun 1996 ke 12.3% pada tahun 2006. Selain itu, tinjauan yang sama di kalangan dewasa berumur 18 tahun ke atas juga mendapati bahawa:  Prevalens cara hidup tidak aktif merupakan 43.7%;  Kadar perbezaan yang signifikan bagi golongan wanita tidak aktif (50.3%) berbanding lelaki (35.3%);  Kaum dewasa bandar lebih tidak aktif (45.6%) berbanding dewasa luar Bandar (40.1%) yang merupakan perbezaan yang signifikan; dan  Kadar prevalens cara hidup tidak aktif paling tinggi pada dalam situasi masa terluang (85.7%), diikuti situasi waktu bekerja (72.6%) dan situasi perjalanan (72.1%). Oleh yang demikian, amat wajar supaya golongan dewasa mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten ke arah amalan cara hidup sihat dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka secara berterusan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

2011

Modul Aktiviti Fizikal 2.0

Definisi

2.1

Orang dewasa

WHO mengkategorikan individu yang berumur antara 20-55 tahun sebagai orang dewasa.

2.2

Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah keadaan di mana seseorang tidak akan merasa letih atau lesu selepas melakukan aktiviti harian biasa dan ada tenaga lebih untuk berekreasi.

2.3

Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merujuk kepada pelbagai pergerakan anggota badan yang dihasilkan daripada penguncupan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga seperti berjalan, berbasikal, bersukan, angkat berat, mendaki bukit, membuat kerja rumah dan lainlain.

2.4

Senaman

Pergerakan yang terancang dan berstruktur untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal seperti berjalan pantas, berbasikal, bersukan, senamrobik, tai-chi, seni mempertahankan diri dan latihan mengangkat beban di gimnasium.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

2011

Modul Aktiviti Fizikal 3.0

Faedah Aktiviti Fizikal Untuk Golongan Dewasa

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara tetap dan teratur serta disusuli dengan amalan pemakanan yang sihat boleh memberikan faedah-faedah berikut, antaranya: Gambar Rajah 2.1: Faedah melakukan aktiviti fizikal secara konsisten

Kajian juga menunjukkan aktiviti fizikal melalui senaman dapat meningkatkan hayat serta melambatkan ketidakupayaan seseorang. Ini bermaksud, kecergasan fizikal seseorang individu dapat ditingkatkan meliputi 2 komponen seperti berikut: a) Kecergasan berkaitan skil yang meliputi kekuatan, koordinasi, kelajuan, keseimbangan dan masa tindak balas (reaction time) yang penting dalam mencapai prestasi maksimum bagi atlit dalam pertandingan. b) Kecergasan berkaitan dengan kesihatan meliputi ketahanan kardiovaskular, ketahanan otot, fleksibiliti (kelenturan) dan komposisi badan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

2011

Modul Aktiviti Fizikal

4.0

Ketahui Tahap Kesihatan Diri

4.1

Mengenalpasti tahap kesihatan peserta

Penganjur program yang melibatkan kanak-kanak dan remaja perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga dan pengesahan status kesihatan diri peserta.

4.2

Penglibatan pelajar sekolah

Penganjur program perlu mendapatkan kebenaran pihak sekolah jika melibatkan pelajar sekolah.

4.3

Kaedah

Antara kaedah yang disarankan untuk mengetahui tahap kesihatan diri kanak-kanak dan remaja adalah seperti berikut: a) Soal Selidik Kesediaan Aktiviti Fizikal/ Physical Activity Readiness Questionnaire (PAR – Q) (di Lampiran 1) b) Pengukuran Antropometri • Berat • Tinggi • Indeks Jisim Tubuh (BMI) • Ukur lilit pinggang • Komposisi badan • Tekanan darah • Kadar Nadi Rehat c) Profil darah • Tahap glukosa darah • Tahap lipid dalam darah (LDL, HDL, TL, Triglycerides) d) Penilaian Kecergasan • Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.0

Program Senaman

Jadual 2.1: Fasa dan tempoh senaman

Fasa Senaman •

Fasa Memanaskan Badan  Senaman ringan/kalistenik  Kelonggaran  Regangan



Fasa Aerobik  Aktiviti aerobik pilihan sendiri



Fasa Pemantapan Otot



Fasa Penyejukan (cool-down)

5.1

Tempoh 10 – 15 minit

30 - 45 minit 10 – 15 Ulangan/ 1 Set 10 – 15 minit

Fasa 1: Memanaskan Badan, Kelonggaran dan Regangan

Aktiviti ini akan membentuk kesediaan mental dan fizikal bagi menghadapi satu gerak kerja aktif yang akan dilakukan nanti. Tindakan ini akan menyediakan tubuh badan untuk bersenam tanpa menghadapi ancaman bahaya akibat kecederaan dan kerengsaan dengan melenturkan otot, tendon dan ligamen yang kejap serta mampat serta meningkatkan kelenturan atau kelembutan. Faedah sesi memanaskan badan seperti berikut: a) Meningkatkan suhu badan: Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot. b) Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot: Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. c) Meningkatkan pengaliran darah ke jantung d) Menambahbaiki proses pengecutan otot: Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak. e) Merangsang transmisi atau pengaliran saraf: Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 5

2011

Modul Aktiviti Fizikal pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

f) Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal: Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti. g) Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan: Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga. Antara contoh aktiviti ketika memanaskan dan menyejukkan badan: a) Senaman Ringan Berlari-lari anak, berjalan setempat b) Senaman Kelonggaran Ulangan: 5-10 kali Pusingkan bahu dan pergelangan tangan/ kaki Jadual 2.2: Senaman kelonggaran

i.

Leher  Golekkan kepala dari kiri ke kanan dan sebaliknya  Ulang 5-10 kali

ii.

Bahu  Pusingkan bahu ke hadapan membuat 1 pusingan sebanyak 5 pusingan  Ulang pada arah berlawanan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

2011

Modul Aktiviti Fizikal iii.

Pinggang  Gerakkan pinggang mengikut pusingan jam sebanyak 5 kali  Ulang pada arah berlawanan

iv.

Pinggul  Hayunkan sebelah kaki ke atas dan ke bawah  Ulang 5 -10 kali  Gunakan kerusi sebagai sokongan  Lakukan langkah yang sama pada kaki sebelah lagi.

v.

Lutut  Berdiri tegak, gunakan kerusi sebagai sokongan.  Rendahkan badan dengan membengkokkan lutut sedikit.  Ulang 5 -10 kali

vi.

Pergelangan Kaki  Angkat kaki dan pusingkan pada pergelangan kaki 5-10 kali  Tukar arah pusingan  Lakukan pada kaki yang sebelah lagi

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

2011

Modul Aktiviti Fizikal c) Senaman Regangan Jangka masa: 8 hingga 10 saat setiap regangan Regangan sisi, duduk dan jangkau Jadual 2.3: Senaman regangan

i. Leher  Tundukkan sedikit kepala dan letakkan tangan di belakang kepala. Tahan 8 hingga 10 saat.  Tarik kepala ke sisi dan tahan 8 hingga 10 saat.  Ulang ke sisi sebelah lagi

ii. Tolak Siku  Angkat tangan separa bahu  Tolak siku ke belakang dengan tangan sebelah lagi.  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada tangan yang sebelah lagi.

iii. Tarik Siku  Angkat tangan ke belakang kepala  Tarik siku dengan tangan sebelah lagi.  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada tangan yang sebelah lagi

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

2011

Modul Aktiviti Fizikal iv. Bengkok Sisi

 Berdiri dengan kaki dibuka selebar bahu  Bengkokkan badan ke sisi  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada sisi yang sebelah lagi

v. Pusing Badan  Berdiri dengan kaki dibuka selebar bahu  Pusing badan ke belakang  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada sisi yang sebelah lagi

vi. Regangan Hamstring (Duduk)  Duduk dalam keadaan bersila dengan dilunjurkan sebelah kaki  Hulur tangan dan cuba cecah hujung kaki  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada kaki yang sebelah lagi

vii. Regangan Groin  Duduk, tegakkan badan dan kedua-dua tapak kaki ditemukan  Tarik kaki ke arah badan  Hujung siku menekan bahagian atas paha  Tahan 8 hingga 10 saat

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

2011

Modul Aktiviti Fizikal viii. Regangan Silang Kaki

 Duduk, lunjurkan kaki kiri  Silangkan kaki kanan ke atas kaki kiri  Pusingkan badan ke kanan.  Gunakan siku kiri untuk menahan lutut kanan  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada bahagian yang sebelah lagi

ix. Regangan Paha  Langkah kaki kanan ke hadapan dan tegakkan badan  Bengkokkan lutut kanan, luruskan kaki kiri  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada kaki yang sebelah lagi

x. Regangan Betis  Berdiri menghadap dinding, kerusi atau pokok sebagai sokongan.  Gerakkan dan bengkokkan kaki kanan ke hadapan.  Luruskan kaki kiri dan rapatkan kedua-dua tapak kaki ke lantai.  Gerakkan pinggul ke hadapan.  Tahan 8 hingga 10 saat.  Ulang pada kaki yang sebelah lagi

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 10

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.2

Fasa 2: Kecergasan Aerobik

5.2.1 Prinsip FITT Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular ikutilah panduan prinsip FITT di bawah:

menggunakan

Gambar Rajah 2.2: Prinsip FITT

5.2.2 Intensiti Senaman • • •

Intensiti adalah satu cara untuk mengukur tahap kekuatan senaman dilakukan. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, senaman perlu dilakukan pada intensiti tinggi. Kadar intensiti senaman boleh ditentukan dengan menggunakan salah satu kaedah di bawah.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 11

2011

Modul Aktiviti Fizikal A. Ujian percakapan Gambar Rajah 2.3: Petunjuk Ujian Percakapan

B. Mengikut kadar denyutan jantung (Intensiti Tinggi) Untuk mendapatkan manfaat kardiovaskular, senaman yang dilakukan perlu dilakukan pada kadar nadi latihan (intensiti tinggi), sebagainya mengikut Formula Karvonen. C. Jadual Kecergasan Minimum Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai tahap kecergasan minimum individu: Jadual 2.4: Jadual kecergasan minimum (berdasarkan Rockport One Mile Walking)

Bil

Umur (tahun)

1. 2. 3.

26 - 35 36 - 45 46 - 55

Masa paling lama diambil untuk berjalan 1.6 km (1 batu) Lelaki Perempuan 13 min 14 min 14 min

14 min 15 min 15 min

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 12

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bil

Umur (tahun)

4. 5.

56 - 65 65 dan ke atas

5.3

Masa paling lama diambil untuk berjalan 1.6 km (1 batu) Lelaki Perempuan 14 min 15 min

16 min 16 min

Fasa 3: Pemantapan Otot (Kekuatan dan Daya Tahan)

Fasa ini melibatkan aktiviti bagi memantapkan daya tahan dan kekuatan otot. Antara jenis senaman yang dapat dilakukan adalah senaman yang menggunakan berat badan sebagai beban seperti tekan tubi dan bangkit tubi. a) Ringkuk Tubi Separa b) Tekan Tubi / Suaian Jadual 2.5: Fasa pemantapan otot

a) Ringkuk Tubi Separa  Baring dengan lutut dibengkokkan.  Ringkuk badan sehingga jari mencecah lutut  Turun ke posisi asal.  Ulang 10 kali untuk 1 set.  Ulang dalam 3 set  Rehat antara set

b) Tekan Tubi/ Suaian i. Tekan Tubi (Ringan)

ii. Tekan Tubi (Sederhana)

iii. Tekan Tubi (Lengkap)  Ulang 10 kali untuk 1 set  Lakukan 3 set  Rehat antara set

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 13

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.4

Fasa 4: Menyejukkan Badan dan Regangan

Fasa ini dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.

5.4.1 Kepentingan fasa menyejukkan badan a) b) c) d) e) f)

Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur. Menjajar semula otot-otot. Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung. Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan. Mententeram atau merelakskan anda.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 14

2011

Modul Aktiviti Fizikal 6.0

Aktiviti Fizikal Untuk Golongan Dewasa

Terdapat pelbagai jenis aktiviti fizikal yang boleh dijalankan untuk golongan dewasa yang mempunyai tahap intensiti yang berlainan mengikut tahap kesihatan dan kecergasan golongan tersebut. Disarankan agar golongan dewasa sekurang-kurangnya perlu melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana selama 30 minit, 3 hari dalam seminggu untuk mengekalkan tahap kecegasan dan kesihatan yang baik. Kategori aktiviti fizikal untuk kanak-kanak dan remaja yang dicadangkan seperti dalam jadual yang di Lampiran 2. Bagi golongan dewasa yang berkeluarga, mereka boleh mengajak ahli-ahli keluarga untuk bersama-sama melakukan aktiviti fizikal agar lebih seronok, disamping memberi pendedahan kepada ahli keluarga muda kepentingan aktiviti fizikal dalam pengamalan cara hidup sihat. Jadual 2.6: Aktiviti yang disarankan mengikut keaktifan individu

Status Aktiviti

Aktiviti Disarankan

Untuk Semua

Meningkatkan aktiviti fizikal dalam aktiviti harian Melakukan aktiviti berintensiti sederhana 30 minit setiap hari Berdasarkan kepada sasaran kesihatan dan sasaran kecergasan Berdasarkan kepada sasaran pencapaian

Sedentari Sederhana Aktif

(melakukan aktiviti sederhana 30 minit setiap hari)

Sangat Aktif

(Berlari berterusan jarak 3 batu, berbasikal 12 batu)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 15

2011

Modul Aktiviti Fizikal 7.0

Pelaksanaan Aktiviti oleh Pertubuhan

7.1

Objektif

Melalui program, peserta akan dapat: 1. Memahami kepentingan dan manfaat aktiviti fizikal, 2. Melakukan aktiviti bagi meningkatkan kekuatan dan keseimbangan otot, fleksibiliti dan daya tahan kardiovaskular; dan 3. Menaksir status tahap kesihatan kendiri.

7.2

Langkah-Langkah Penggunaan Modul

7.2.1 Setiap penganjur program yang berhasrat memohon geran MySihat perlu memahami isi kandungan dan kaedah penggunaan modul ini. 7.2.2 Penganjur program perlu meneliti isi kandungan modul sebelum mengadaptasikannya dalam perancangan aktiviti program promosi kesihatan di bawah geran MySihat. 7.2.3 Penganjur program juga perlu memberikan perhatian kepada setiap objektif yang digariskan bagi setiap aktiviti yang disenaraikan. Objektif tersebut merupakan hasil yang harus dicapai pada akhir program. 7.2.4 Maklumat penting bagi setiap aktiviti turut disenaraikan bagi menyokong pencapaian objektif yang digariskan dengan merujuk nota, di samping mendapatkan input tambahan daripada agensi atau pertubuhan lain sebagai rakan kongsi dalam melaksanakan program. 7.2.5 Modul ini lebih bersifat satu garis panduan asas kepada penganjur program untuk merancang program promosi kesihatan yang akan dipertimbangkan untuk diberikan geran oleh MySihat. 7.2.6 Penganjur program boleh mencadangkan apa jua bentuk aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti dan kemampuan pertubuhan, asalkan selaras dengan dasar MySihat.

7.3 Kaedah Pelaksanaan 7.3.1 Kumpulan sasaran •

Orang dewasa Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 16

2011

Modul Aktiviti Fizikal

7.3.2 Tempat •

Bersesuaian dengan aktiviti (selamat dan kondusif)

7.3.3 Masa •

Pelaksanaan aktiviti perlu dirancang menggunakan jadual dan pelan pelaksanaan untuk minimum 3 bulan.



Strategi dan pendekatan  Pendidikan kesihatan  Latih tubi  Pengehakupayaan komuniti (empowerment)

6.3.4 Sumber (tenaga manusia, alat dan kewangan) Gambar Rajah 2.4: Keperluan sumber pelaksanaan projek aktiviti fizikal

7.4

Pelaksanaan Program

7.4.1 Jadual Pelaksanaan Program • • •

Penganjur program boleh merancang pelaksanaan program yang ingin mereka jalankan dengan merangka jadual berdasarkan jenis aktiviti mengaikut kemajuan program. Perancangan yang baik akan membantu penganjur dalam melaksanakan program mereka dengan teratur, di samping memudahkan proses pemantauan yang dilakukan oleh pihak MySihat. Penganjur program boleh menggunakan mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai untuk merangka jadual pelaksanaan seperti menggunakan Carta Gantt. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 17

2011

Modul Aktiviti Fizikal •

Antara contoh jadual pelaksanaan program berdasarkan aktiviti fizikal adalah seperti berikut:-

Jadual 2.7: Contoh jadual pelaksanaan aktiviti

JADUAL

Minggu Pelaksanaan

Aktiviti

1

2

Taklimat/ bina upaya Persiapan Program: • Jemputan peserta • Lokasi • Peralatan • Urus setia program Publisiti Aktiviti Pendidikan kesihatan Penilaian status kesihatan peserta Penilaian status kecergasan Pelaksanaan aktiviti fizikal • Sepanjang masa/ berkala • Massa Penilaian projek

√ √



√ √

√ √

3

4

5

6

7

8

9

10 11 12

√ √



























√ √

















Bersama Untuk Kesihatan



√ √ √

Halaman 18

2011

Modul Aktiviti Fizikal 7.5

Penilaian

7.5.1 Kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) 7.5.2 Penilaian proses Gambar Rajah 2.5: Elemen-elemen penilaian proses

Kehadiran peserta

Pelaksanaan aktiviti

Pemantauan

Penilaian Proses

Perkembangan projek

Kadar penurunan peserta

6.5.3 Penilaian Kecergasan • •



Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menguji intensiti dan daya tahan kecergasan peserta program, sama ada secara berkumpulan atau individu. Memandangkan program yang dijalankan melibatkan penyertaan secara berkumpulan, disarankan supaya penganjur menggunakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang merupakan kaedah standard yang digunakan di Malaysia. Ujian tersebut boleh disesuaikan sama ada dengan kaedah yang mudah atau yang rumit, mengikut kesesuaian dengan individu yang diuji supaya mereka dapat melakukannya dengan mudah dan keberkesanan latihan dapat diukur pencapaiannya. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 19

2011

Modul Aktiviti Fizikal •

UKJK terdiri daripada komponen-komponen berikut: a) b) c) d) e)

Ujian Kardiovaskular; Ujian Komposisi Tubuh Badan; Ujian Kekuatan, Kuasa dan Daya Tahan Otot; Ujian Kelembutan; dan Ujian Peratus Lemak Badan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 20

2011

Modul Aktiviti Fizikal 8.0

Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Senaman

8.1

Langkah-langkah keselamatan sebelum bersenam

8.1.1 Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman Sila dapatkan nasihat doktor jika anda:     

tidak mengetahui taraf kesihatan anda tidak pernah bersenam mempunyai masalah kesihatan baru sembuh daripada sakit kuat mempunyai berlebihan berat badan

8.1.2 Elakkan daripada bersenam dalam masa 2 jam selepas makan a)

Hal ini penting bagi menghindari dari rasa loya, muntah dan kekejangan perut disebabkan makanan anda masih lagi dalam proses penghadaman. Ketika penghadaman, darah tertumpu ke bahagian perut. Sedangkan ketika bersenam darah diperlukan di dalam otot-otot besar di kaki. Ini akan menimbulkan masalah kepada sistem penghadaman dan pernafasan anda. Oleh yang demikian senaman hendaklah dilakukan 2 jam selepas makan.

b)

Walau bagaimanapun, anda boleh memakan makanan ringan seperti kuih atau biskut seperti semasa minum petang. Tetapi jangan sampai kenyang. Berehat sekejap. Anda boleh meminum air sebelum bersenam.

8.1.3 Minum secukupnya a)

Pastikan anda minum secukupnya sebelum melakukan senaman. Bahkan anda digalakkan meminum di antara 6 – 8 gelas air sehari.

b)

Minum pada setiap 15 – 20 minit sekali, terutama ketika cuaca panas, jangan tunggu sehingga anda dahaga.

c)

Pada akhir senaman, minum semula untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh semasa senaman. Elakkan daripada mengambil minuman bergas atau beralkohol.

d)

Anda digalakkan meminum air sejuk semasa dan selepas bersenam kerana ia mudah diserapkan di dalam usus di samping membantu di dalam pengawalan suhu badan.

8.1.4 Jangan bersenam jika anda tidak sihat atau merasa sakit kaki, sendi, dada atau kepala 8.1.5 Lakukan senaman setelah memanaskan badan dengan betul Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 21

2011

Modul Aktiviti Fizikal 8.2

Langkah-langkah keselamatan semasa bersenam

8.2.1 Berhenti segera jika merasa semput atau sakit dada ketika bersenam Gunakan ujian percakapan untuk mengetahui tahap ketahanan dan keupayaan anda. 8.2.2 Gunakan pakaian yang selesa dan sesuai a) Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika bersenam atau berjoging pada waktu malam. b) Memakai pakaian yang selesa, sesuai dengan jenis senaman dan cuaca •

Pakaian mestilah sesuai dengan aktiviti agar tidak mendatangkan mudarat dan kecederaan semasa melakukan aktiviti.



Pakaian hendaklah ringkas, tidak terlalu ketat, dan tidak terlalu tebal. Material baju hendaklah diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap peluh seperti kapas.



Bagi wanita yang menjalankan akitiviti berat, mereka bolehlah memakai coli yang direka khusus untuk bersenam.

c) Memakai kasut yang sesuai dengan jenis aktiviti bagi mengelak kecederaan •

Terdapat pelbagai jenis kasut senaman dan sukan di pasaran yang disesuaikan untuk sesuatu jenis aktiviti fizikal. 6 kategori kasut yang ada dalam pasaran iaitu untuk berlari/ berjogging, berjalan kaki, tenis, gelanggang (court), aerobik/ kecergasan dan cross-trainers.



Kasut cross-trainers adalah sesuai bagi mereka yang tidak spesifik dalam apa-apa aktiviti. Walau bagaimanapun, apabila memilih kasut ciri-ciri berikut perlu diberi perhatian:    

Sokongan Pengalas (cushioning) Prestasi Padan (fitting)

8.2.3 Keselamatan di jalan raya Jika anda berjogging di jalan raya, lakukannya dengan berlari menyongsang arah lalu lintas supaya anda dapat melihat kenderaan yang berada di atas jalan. Jangan bersenam di jalan yang sesak dengan kenderaan. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 22

2011

Modul Aktiviti Fizikal

8.2.4 Jangan berhenti secara mendadak tanpa melakukan proses penyejukan badan 8.2.5 Minum air secukupnya

8.3

Langkah-langkah keselamatan selepas bersenam

8.3.1 Menyejukkan badan dengan betul 8.3.2 Minum air secukupnya 8.3.3 Jangan mandi dengan air mengganggu sistem badan

suam

selepas

senaman

kerana

ia

Tunggu hingga badan anda merasa sejuk dan peluh di badan telah kering. Mandilah dengan air biasa. 8.3.4 Elakkan makan makanan berat sebaik sahaja selepas bersenam

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 23

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Melakukan aktiviti fizikal secara tekal adalah sihat dan menyeronokkan. Setiap hari semakin ramai orang mula melibatkan diri dalam aktiviti ini. Bagi kebanyakan orang penglibatan dalam aktiviti ini adalah sangat selamat. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang atas sebab-sebab tertentu, mereka perlu berjumpa doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal ini secara aktif. Jika anda memilih untuk lebih aktif mulai sekarang, sila jawab 7 soalan yang terdapat di dalam petak di bawah. Jika anda berumur antara 15 dan 69 tahun, soal selidik PAR-Q ini akan menentukan sama ada anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal anda. Demi keselamatan anda, jawab soalan ini dengan seikhlasnya. Sila baca soalansoalan tersebut dengan teliti dan menjawabnya dengan jujur. Tandakan di petak YA atau TIDAK.

YA

TIDAK 1.) Pernahkah doktor memberi tahu yang anda ada masalah jantung dan anda hanya boleh melakukan aktiviti fizikal yang disyorkan olehnya sahaja? 2.) Adakah anda terasa sakit dada apabila melakukan aktiviti fizikal? 3.) Pada masa lampau, pernahkah anda berasa sakit dada walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal? 4.) Pernahkah anda hilang imbangan kerana pening atau pernahkah anda pitam? 5.) Adakah anda menghadapi masalah sendi atau tulang yang menjadi serius apabila melakukan aktiviti fizikal? 6.) Sekarang ini, adakah anda diberi ubat oleh doktor kerana darah tinggi atau masalah jantung? 7.) Adakah anda tahu sebarang sebab kenapa anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal?

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 24

LAMPIRAN 1

PAR Q & ANDA

2011

Modul Aktiviti Fizikal Jika anda menjawab YA kepada satu atau lebih soalan di atas:-

Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan aktiviti fizikal secara aktif atau terlibat dalam sebarang bentuk ujian kecergasan dan maklumkan kepadanya soalan manakah yang anda menjawab YA. • • •

Anda mungkin boleh melakukan sebarang aktiviti yang anda mahu – asalkan anda mulakannya secara perlahan-lahan dan tingkatkannya beransur-ansur. ATAU, anda mungkin terpaksa membataskan aktiviti anda kepada jenis yang lebih selamat. Berbincanglah dengan doktor anda tentang jenis aktiviti yang sesuai untuk anda. Dapatkan aktiviti yang lebih selamat.

Jika anda menjawab TIDAK kepada semua soalan:Jika anda dengan jujurnya menjawab TIDAK kepada semua soalan PAR-Q tersebut, anda sudah pasti boleh:• •

Mula menjadi lebih aktif – pastikan anda lakukannya secara perlahan-lahan dan tingkatkannya beransur-ansur. Cara ini lebih selamat dan mudah. Anda boleh terlibat dalam ujian kecergasan kerana inilah kaedah terbaik untuk menentukan tahap kecergasan anda dan merancang cara yang terbaik untuk membina sebuah kehidupan yang aktif.

Menangguhkan penglibatan anda dalam aktiviti fizikal:• Jika anda rasa tidak sihat kerana selesema atau demam – tangguhkan aktiviti anda sehingga anda sihat sepenuhnya; atau • Jika anda mengandung – berbincang dengan doktor anda sebelum meneruskan amalan anda secara aktif.

“Saya telah membaca, faham dan menjawab dengan lengkap soal selidik ini. Segala kemusykilan yang saya hadapi telah diberi jawapan dengan memuaskan”.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 25

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Intensiti amat rendah (kurang 60 minit) Berjalan Kemas rumah Tai chi Yoga

Intensiti rendah (60 minit)

Intensiti sederhana (30-60 minit)

Berjalan santai Bola tampar

Berjalan kaki cepat Berbasikal

Berkebun Regangan

Berenang Menari / senamrobik Poco-poco Sepak takraw Bowling Naik tangga

Intensiti tinggi (20-30 minit)

Intensiti amat tinggi (lebih 60 minit) Senam robik Larian pecut Jogging Hoki Bola sepak

Lumba basikal

Badminton Silat olahraga Futsal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 26

LAMPIRAN 2

Kategori Aktiviti Fizikal Untuk Golongan Dewasa

2011

Modul Aktiviti Fizikal

MODUL PROGRAM PROMOSI KESIHATAN: AKTIVITI FIZIKAL UNIT 3: WARGA EMAS 1.0

Pengenalan

Warga emas ditakrifkan sebagai golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas, berpandukan kepada takrifan yang dibuat oleh World Assembly on Ageing pada tahun 1982 di Geneva, Switzerland. Berdasarkan tinjauan, statistik menunjukkan bahawa pada tahun 1999, golongan warga emas di seluruh dunia seramai 355 juta orang. Dijangkakan bahawa menjelang tahun 2020, jumlah warga emas di seluruh dunia akan meningkat kepada 1 billion orang. Anggaran peningkatan ini merupakan kenaikan sebanyak 75 peratus berbanding dengan peningkatan sebanyak 50 peratus untuk keseluruhan penduduk dunia. Di negara-negara membangun sahaja terdapat seramai 700 juta warga emas. Di Malaysia, jumlah warga emas terus meningkat saban tahun. Pada tahun 1999, jumlah penduduk di negara ini sebanyak 21.8 juta orang dan 6.5 % daripadanya adalah warga emas. Menjelang tahun 2020, dianggarkan 11.3 % daripada keseluruhan penduduk Malaysia merupakan warga emas. Oleh yang demikian, amat wajar supaya warga emas dapat mengekalkan tahap kesihatan dan keterampilan mereka walaupun telah lanjut usia dengan mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten sebagai satu bentuk amalan cara hidup sihat.

1.1

Dasar Kesihatan Warga Emas Negara

Pernyataan Dasar Kesihatan Warga Emas Negara: “Untuk memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahuan, kemahiran dan persekitaran yang sewajarnya; serta penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang optimum pada semua peringkat dan oleh pelbagai sektor.”

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

2011

Modul Aktiviti Fizikal 2.0

Definisi

2.1

Warga emas

Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang didefinisikan oleh WHO pada World Assembly for Ageing yang berlangsung di Geneva pada tahun 1982.

2.2

Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah keadaan di mana seseorang tidak akan merasa letih atau lesu selepas melakukan aktiviti harian biasa dan ada tenaga lebih untuk berekreasi.

2.3

Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merujuk kepada pelbagai pergerakan anggota badan yang dihasilkan daripada penguncupan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga seperti berjalan, berbasikal, bersukan, angkat berat, mendaki bukit, membuat kerja rumah dan lainlain.

2.4

Senaman

Pergerakan yang terancang dan berstruktur untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal seperti berjalan pantas, berbasikal, bersukan, senamrobik, tai-chi, seni mempertahankan diri dan latihan mengangkat beban di gimnasium.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

2011

Modul Aktiviti Fizikal 3.0

Faedah Aktiviti Fizikal Untuk Warga Emas

Warga emas yang melakukan aktiviti fizikal secara konsisten boleh mendapat pelbagai faedah kesihatan, antaranya seperti berikut:Gambar Rajah 3.1: Faedah melakukan aktiviti fizikal secara konsisten

Melakukan aktiviti fizikal menjadikan seseorang lebih berdikari serta mengurangkan ketidakupayaan serta risiko kecederaan. Center of Disease Control (CDC), Amerika Syarikat dan American College of Sport Medicine memperakui komponen kecergasan sebagai aspek yang penting dalam kalangan warga emas bagi mengekalkan aspek-aspek kesihatan seperti berikut:

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

2011

Modul Aktiviti Fizikal Gambar Rajah 3.2: Pengekalan aspek kesihatan melalui aktiviti fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

2011

Modul Aktiviti Fizikal 4.0

Ketahui Tahap Kesihatan Diri

4.1

Mengenalpasti tahap kesihatan peserta

Penganjur program yang melibatkan warga emas perlu mendapatkan kerja sama keluarga atau institusi penjagaan mereka dan pengesahan status kesihatan diri peserta.

4.2

Kaedah

Antara kaedah yang disarankan untuk mengetahui tahap kesihatan diri kanak-kanak dan remaja adalah seperti berikut: a) Soal Selidik Kesediaan Aktiviti Fizikal/ Physical Activity Readiness Questionnaire (PAR – Q) (di Lampiran 1) b) Pengukuran Antropometri • Berat • Tinggi • Indeks Jisim Tubuh (BMI) • Ukur lilit pinggang • Komposisi badan • Tekanan darah • Kadar Nadi Rehat c) Profil darah • Tahap glukosa darah • Tahap lipid dalam darah (LDL, HDL, TL, Triglycerides) d) Ujian Kecergasan Warga Emas i) Duduk-bangun berkerusi (Chair stand) Ujian ini hampir sama dengan ujian `1bercangkung bagi mengukur kekuatan otot kaki. Ujian ini merupakan sebahagian daripada Protokol Ujian Kecergasan Warga Emas dan dirangka untuk menguji tahap kecergasan fizikal warga emas. •

Tujuan: Untuk menilai kekuatan dan daya tahan kaki.



Peralatan yang diperlukan:  Sebuah kerusi yang tegak atau berlipat biasa yang tidak mempunyai tempat meletak tangan (tempat duduk berukuran Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 5

2011

Modul Aktiviti Fizikal lebih kurang 17 inci/ 44 cm tinggi)  Jam randik •

Tatacara:  Sandarkan kerusi ke dinding, atau letakkannya dengan betul dan stabil.  Duduk di tengah kerusi dan jarakkan kedua-dua kaki secara mendatar di atas lantai selebar ukuran bahu.  Silangkan kedua-dua tangan dan rapatkan ke dada.  Pada kedudukan tersebut, terus bangun tegak dan duduk semula.  Ulangi gerak kerja tersebut untuk selama 30 saat.  Hitungkan jumlah bilangan duduk-bangun tersebut (sekali duduk-bangun dikira satu pusingan).  Jika anda telah bangun ketika masanya telah cukup, bangun yang terakhir itu adalah termasuk dalam kiraan tersebut.

ii) Lengkung lengan (Arm curl) Ujian ini untuk menguji kekuatan bahagian atas tubuh dan merupakan sebahagian daripada Ujian Kecergasan Warga Emas (Senior Fitness Test – SFT) dan Ujian Kecergasan Fungsi AAHPERD (The AAHPERD Functional Test). Ujian ini dibentuk untuk menguji fungsi kecergasan dalam kalangan warga emas. Terdapat beberapa perbezaan antara protokol yang digunakan untuk kedua-dua bentuk ujian ini seperti jenis bebanan yang digunakan untuk wanita. •

Tujuan: Untuk mengukur kekuatan dan daya tahan bahagian atas tubuh.



Peralatan yang diperlukan:  Wanita – 4 paun bebanan (AAHPRD) atau 5 paun bebanan (SFT)  Lelaki – 8 paun bebanan  Kerusi tegak atau yang boleh dilipat (dengan ketinggian lebih kurang 17 inci/44sm)  Jam randik



Tatacara: Lakukan lengkung lengan seberapa banyak yang boleh dalam masa 30 saat ke atas salah satu lengan yang biasa digunakan (atau yang lebih kuat).  Duduk di atas kerusi dengan memegang bebanan Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

2011

Modul Aktiviti Fizikal

     



menggunakan alat pemegang (tapak tangan menghala ke badan). Tegakkan lengan di sisi kerusi. Rapatkan lengan atas ke badan supaya hanya lengan bawah sahaja yang bergerak (instruktor boleh membantu memegang lengan atas supaya tidak bergerak). Lengkungkan lengan sepenuhnya dengan memusingkan tapak tangan ke atas perlahan-lahan. Lepaskan lengan sepenuhnya ke bawah perlahan-lahan kembali ke posisi asal. Bengkokkan lengan sepenuhnya kemudian luruskan hingga ke siku. Protokol Ujian AAHPERD menyatakan bahawa individu yang diuji perlu meletakkan tangan pada otot bisep dan lengan bawah hendaklah menyentuh tangan instruktor dan ini dikira sebagai satu pusingan lengkung bisep. Ulangi gerakan ini seberapa banyak yang boleh dalam masa 30 saat.

iii) Duduk dan jangkau berkerusi (Chair sit-n-reach) Ujian ini merupakan sebahagian daripada Protokol Ujian Kecergasan Warga Emas (SFT) dan dibentuk untuk menguji kecergasan fungsi dalam kalangan warga emas. Ianya adalah variasi ujian kelenturan duduk dan jangkau. •

Tujuan: Menguji kelenturan bawah tubuh.

bahagian



Peralatan yang diperlukan:  Pembaris  Kerusi tegak atau yang boleh dilipat (dengan ketinggian lebih kurang 17 inci/44sm)



Tatacara:  Individu yang hendak diuji perlu duduk di hujung kursi (disandarkan ke di dinding bagi tujuan keselamatan).  Sebelah kaki memijak lantai mendatar.  Sebelah kaki lagi diluruskan ke hadapan dengan tumit menyentuh lantai dan pergelangan kaki dibengkokkan pada sudut 90°.  Letakkan tangan di atas satu sama lain dengan jari hantu disamakan.  Arahkan individu yang diuji untuk menarik nafas dan lepaskan, Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

2011

Modul Aktiviti Fizikal

    

seterusnya tolakkan tangan ke hadapan ke arah ibu jari kaki dengan membongkokkan badan di paras pinggang dan belakang dan kepala hendaklah tegak. Jangan mengenjutkan badan atau meregangkan hingga menyebabkan kesakitan. Luruskan lutut dan tahan untuk selama 2 saat. Ukurkan jarak antara hujung ibu jari hantu dengan ibu jari kaki. Ukuran sentuhan hujung jari dengan ibu jari kaki dikira sebagai ‘0’, jika bertindih ambil ukuran sebagai skor yang positif. Ulangi percubaan sebanyak 2 kali.

iv) Garu Belakang Ujian ini bertujuan mengukur sejauh mana kedua-dua belah tangan dapat ditemukan di belakang. Ujian ini sebahagian daripada Protokol Ujian Kecergasan Warga Emas yang dibentuk untuk menguji kecergasan fungsi warga emas. Jenis ujian serupa yang lain merupakan Ujian Putaran Bahu (Shoulder Circumduction Test). •

Tujuan: Mengukur kerentangan am pergerakan bahu



Peralatan yang diperlukan:  Pembaris



Tatacara:  Ujian dilakukan dalam keadaan berdiri  Letakkan sebelah tangan di belakang kepala dan melepasi bahu  Jangkau tangan sejauh mana mungkin ke arah bahagian tengah belakang badan dengan tapak tangan menyentuhi badan dan jari-jemari menghala ke bawah.  Letakkan sebelah lengan lagi ke belakang, tapak tangan menghala ke luar dan jari-jemari menghala ke atas.  Cuba capai sejauh mungkin untuk menyentuh atau menyilang jari hantu kedua-dua tangan.  Seorang pembantu perlu memastikan individu yang diuji tersebut melaraskan tangannya dan untuk mengambil ukuran rentangan antara kedua-dua hujung jari hantu.  Jika kedua-dua hujung jari bersentuhan, ukurannya ‘0’; tidak bersentuhan, ukurannya negatif; jika bersilang, ukurannya positif.  Ulangi percubaan sebanyak 2 kali. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

2011

Modul Aktiviti Fizikal

v) Jalan ulang-alik 8 kaki daripada bangku (8 foot up-n-go) Ujian ini merupakan ujian koordinasi dan kelincahan untuk warga emas, menjadi salah satu komponen Ujian Kecergasan Warga Emas (SFT) dan turut dilakukan di bawah protokol AAHPERD. •

Tujuan: Untuk mengukur kelajuan, kelincahan dan keseimbangan dalam pergerakan.



Peralatan yang diperlukan:  Jam randik  Kerusi tegak atau yang boleh dilipat (dengan ketinggian lebih kurang 17 inci/44sm)  Kon penanda  Pita pengukur  Tempat lapang yang bebas daripada sebarang halangan



Tatacara:  Sandarkan kerusi ke dinding (untuk keselamatan).  Letakkan kon penanda 8 kaki di hadapan kerusi.  Kosongkan laluan antara kerusi dengan kon penanda.  Individu yang diuji akan bermula dalam keadaan duduk sepenuhnya, tangan diletakkan ke atas kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak kaki rata di atas lantai.  Arahkan ‘Mula’, pengiraan masa dimulakan  individu yang diuji berdiri dan berjalan (tidak dibenarkan berlari) secepat mungkin (dalam keadaan selamat) ke arah dan mengelilingi kon penanda.  Kembali ke kerusi dan duduk semula.  Pengiraan masa tamat sebaik sahaja individu yang diuji duduk.  Ulangi percubaan sebanyak 2 kali.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

2011

Modul Aktiviti Fizikal vi) Berjalan (6 min) atau melangkah setempat (2 min) i) Berjalan (6 minit)

45 ela

50 ela

MULA

40 ela

5 ela

35 ela

10 ela

30 ela

25 ela

15 ela

20 ela

Nota: 1 ela bersamaan dengan 0.91 meter Maka, 50 ela = 45.72 m 45 ela = 40.95 m 40 ela = 36.40 m 35 ela = 31.85 m 30 ela = 27.30 m 25 ela = 22.75 m 20 ela = 18.20 m 15 ela = 13.65 m 10 ela = 9.10 m 5 ela = 4.572 m Ujian ini merupakan sebahagian daripada SFT yang dibentuk untuk menguji kecergasan fungsi warga emas. Formatnya diadaptasikan daripada Ujian Cooper 12 minit larian. Bagi mereka yang menggunakan alat bantuan ortopedik semasa berjalan dan yang menghadapi masalah keseimbangan, ujian alternatif melangkah setempat 2 minit disediakan. •

Tujuan: Untuk mengukur kecergasan aerobik.



Peralatan yang diperlukan:  Jam randik  Kerusi yang disediakan untuk rehat  Pita pengukur untuk mengukur jarak  Kon penanda



Tatacara:  Sediakan trek perjalanan dengan sepanjang 50 ela (45.72 Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 10

2011

Modul Aktiviti Fizikal

m), iaitu dalam dimensi 45x5 ela.  Letakkan kon pada kedudukan yang menunjukan jarak perjalanan(20, 25, 45 dan 50 ela).  Matlamat ujian ini untuk berjalan sepantas yang boleh dalam tempoh 6 minit dalam laluan yang ditetapkan.  Individu yang diuji boleh menetapkan tempo langkah mereka sendiri dan boleh berhenti rehat jika perlu.

ii) Melangkah setempat (2 minit) Ujian ini merupakan sebahagian daripada SFT yang dibentuk untuk menguji kecergasan fungsi warga emas. Ujian ini dilakukan sebagai alternatif kepada ujian berjalan (6 minit) untuk warga emas yang menggunakan alat bantuan ortopedik semasa berjalan dan yang menghadapi masalah keseimbangan. •

Tujuan: Untuk mengukur daya tahan aerobik.



Peralatan yang diperlukan:  Jam randik  Kerusi yang disediakan untuk rehat  Pita pengukur untuk menanda ukuran tinggi  Dinding



Tatacara:  Individu yang diuji perlu berdiri berhampiran dinding.  Tandakan paras poin pertengahan yang selari antara tempurung lutut dengan bahagian atas tulang pinggul.  Individu yang diuji perlu melangkah setempat selama 2 minit.  Pastikan beliau mengangkat lutut ke paras yang ditandakan dengan pita pengukur.  Individu yang diuji boleh menetapkan tempoh langkah mereka sendiri dan boleh berhenti rehat jika perlu.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 11

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.0

Program Senaman

Jadual 3.1: Fasa dan tempoh senaman

Fasa Senaman •

Fasa Memanaskan Badan  Senaman ringan/kalistenik  Kelonggaran  Regangan



Fasa Aerobik  Aktiviti aerobik pilihan sendiri



Fasa Pemantapan Otot



Fasa Penyejukan (cool-down)

5.1

Tempoh 10 – 15 minit

30 - 45 minit 10 – 15 Ulangan/ 1 Set 10 – 15 minit

Fasa 1: Memanaskan Badan, Kelonggaran dan Regangan

Aktiviti ini akan membentuk kesediaan mental dan fizikal bagi menghadapi satu gerak kerja aktif yang akan dilakukan nanti. Tindakan ini akan menyediakan tubuh badan untuk bersenam tanpa menghadapi ancaman bahaya akibat kecederaan dan kerengsaan dengan melenturkan otot, tendon dan ligamen yang kejap serta mampat serta meningkatkan kelenturan atau kelembutan. Faedah sesi memanaskan badan seperti berikut: a) Meningkatkan suhu badan: Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot. b) Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot: Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. c) Meningkatkan pengaliran darah ke jantung d) Menambahbaiki proses pengecutan otot: Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak. e) Merangsang transmisi atau pengaliran saraf: Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 12

2011

Modul Aktiviti Fizikal pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

f) Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal: Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti. g) Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan: Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga. Antara contoh aktiviti ketika memanaskan dan menyejukkan badan: a) Senaman Ringan Berlari-lari anak, berjalan setempat b) Senaman Kelonggaran Ulangan: 5-10 kali Pusingkan bahu dan pergelangan tangan/ kaki Jadual 3.2: Senaman kelonggaran

i.

Leher  Golekkan kepala dari kiri ke kanan dan sebaliknya  Ulang 5-10 kali

ii.

Tolak Siku  Angkat tangan separa bahu  Tolak siku ke belakang dengan tangan sebelah lagi.  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada tangan yang sebelah lagi.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 13

2011

Modul Aktiviti Fizikal

iii.

Tarik Siku  Angkat tangan ke belakang kepala  Tarik siku dengan tangan sebelah lagi.  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada tangan yang sebelah lagi

iv.

Bengkok Sisi  Berdiri dengan kaki dibuka selebar bahu  Bengkokkan badan ke sisi  Tahan 8 hingga 10 saat  Ulang pada sisi yang sebelah lagi

c) Kekuatan dan keseimbangan otot (menggunakan kerusi sebagai alat sokongan) Jadual 3.3: Senaman kekuatan dan keseimbangan untuk warga emas

i.

Menjengket kaki  Berdiri dengan memegang meja atau kerusi untuk keseimbangan  Jengketkan kaki perlahan - lahan.  Tahan selama 1 saat.  Perlahan - lahan turunkan tumit anda dan berhenti  Ulangi selama 8 – 10 kali  Rehat, kemudian buat 3 set

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 14

2011

Modul Aktiviti Fizikal

ii.

Membengkokkan lutut  Berdiri dengan memegang meja atau kerusi untuk keseimbangan  Bengkokkan lutut ke belakang seboleh mungkin.  Tahan selama 1 saat.  Turunkan kaki ke bawah perlahanlahan dan berhenti.  Ulangi pada kaki lain.  Lakukan 8 -10 kali pada setiap kaki.  Rehat, kemudian buat 3 set

iii.

Mengangkat kaki ke hadapan  Berdiri dengan memegang meja atau kerusi untuk keseimbangan  Angkat paha ke hadapan.  Tahan pada posisi ini selama 1 saat.  Turunkan kaki ke bawah perlahanlahan dan berhenti.  Ulangi pada kaki lain.  Lakukan 8 -10 kali pada setiap kaki.  Rehat, kemudian buat 3 set

iv.

Mengangkat kaki ke belakang  Berdiri 30 - 45cm dari kerusi atau meja dengan kaki dijarakkan.  Bongkokkan ke depan 45° dengan memegang kerusi atau meja untuk keseimbangan.  Angkat kaki ke belakang dan tahan selama 1 saat  Turunkan kaki ke bawah perlahanlahan dan berhenti.  Ulangi pada kaki lain.  Lakukan 8 -10 kali pada setiap kaki  Rehat, kemudian buat 3 set

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 15

2011

Modul Aktiviti Fizikal

v.

Mengangkat kaki ke sisi  Berdiri lurus di belakang kerusi atau meja dengan kaki dijarakkan  Pegang kepada kerusi atau meja untuk keseimbangan  Angkat sebelah kaki perlahan-lahan 15 – 30 cm ke sisi, pastikan belakang dan kaki sentiasa lurus.  Tahan di posisi ini selama 1 saat  Rapatkan kaki perlahan-lahan dan berhenti  Ulangi pada kaki lain  Lakukan 8 -10 kali pada setiap kaki  Rehat, kemudian buat 3 set

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 16

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.2

Fasa 2: Kecergasan Aerobik

5.2.1 Prinsip FITT Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular ikutilah panduan prinsip FITT di bawah:

menggunakan

Gambar Rajah 3.3: Prinsip FITT

5.2.2 Intensiti Senaman • • •

Intensiti adalah satu cara untuk mengukur tahap kekuatan senaman dilakukan. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, senaman perlu dilakukan pada intensiti tinggi. Kadar intensiti senaman boleh ditentukan dengan menggunakan salah satu kaedah di bawah.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 17

2011

Modul Aktiviti Fizikal A. Ujian percakapan Gambar Rajah 3.4: Petunjuk Ujian Percakapan

B. Mengikut kadar denyutan jantung (Intensiti Tinggi) Untuk mendapatkan manfaat kardiovaskular, senaman yang dilakukan perlu dilakukan pada kadar nadi latihan (intensiti tinggi), sebagainya mengikut Formula Karvonen. C. Jadual Kecergasan Minimum Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai tahap kecergasan minimum individu: Jadual 3.4: Jadual kecergasan minimum (berdasarkan Rockport One Mile Walking)

Bil

Umur (tahun)

1. 2. 3.

26 - 35 36 - 45 46 - 55

Masa paling lama diambil untuk berjalan 1.6 km (1 batu) Lelaki Perempuan 13 min 14 min 14 min

14 min 15 min 15 min

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 18

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Bil

Umur (tahun)

4. 5.

56 - 65 65 dan ke atas

5.3

Masa paling lama diambil untuk berjalan 1.6 km (1 batu) Lelaki Perempuan 14 min 15 min

16 min 16 min

Fasa 3: Pemantapan Otot (Kekuatan dan Daya Tahan)

Fasa ini melibatkan aktiviti bagi memantapkan daya tahan dan kekuatan otot. Antara jenis senaman yang dapat dilakukan adalah senaman yang menggunakan berat badan sebagai beban seperti tekan tubi dan bangkit tubi. a) Ringkuk Tubi Separa b) Tekan Tubi / Suaian Jadual 3.5: Fasa pemantapan otot

a) Ringkuk Tubi Separa  Baring dengan lutut dibengkokkan.  Ringkuk badan sehingga jari mencecah lutut  Turun ke posisi asal.  Ulang 10 kali untuk 1 set.  Ulang dalam 3 set  Rehat antara set

b) Tekan Tubi (Ringan)  Ulang 10 kali untuk 1 set  Lakukan 3 set  Rehat antara set

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 19

2011

Modul Aktiviti Fizikal 5.4

Fasa 4: Menyejukkan Badan dan Regangan

Fasa ini dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.

5.4.1 Kepentingan fasa menyejukkan badan a) b) c) d) e) f)

Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur. Menjajar semula otot-otot. Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung. Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan. Mententeram atau merelakskan anda.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 20

2011

Modul Aktiviti Fizikal 6.0

Aktiviti Fizikal Untuk Warga Emas

Warg emas boleh terus mengekalkan kecergasan mereka dengan melakukan aktiviti fizikal yang sesuai dengan tahap kesihatan, kecergasan dan usia mereka. Mereka juga boleh bersukan dan berekreasi asalkan dilakukan secara selamat tanpa menyebabkan kecederaan kepada tubuh mereka. Selain itu, warga emas boleh menjadikan aktiviti harian di rumah sebagai cara meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka, antaranya dengan melakukan rutin seharian seperti berkebun, membersihkan halaman, mengemas rumah, membasuh kereta dan lain-lain. Disarankan agar aktiviti sedemikian dapat dilakukan secara tetap selama 10 minit (tanpa henti), 3 kali sehari dan dilakukan 5 hari dalam seminggu. Lebih kerap rutin ini diamalkan, maka lebih banyak manfaatnya kepada warga emas tersebut.

7.0

Pelaksanaan Aktiviti oleh Pertubuhan

7.1

Objektif

Melalui program, peserta akan dapat: 1. Memahami kepentingan dan manfaat aktiviti fizikal, 2. Melakukan aktiviti bagi meningkatkan kekuatan dan keseimbangan otot, fleksibiliti dan daya tahan kardiovaskular; dan 3. Menaksir status tahap kesihatan kendiri.

7.2Langkah-Langkah Penggunaan Modul 7.2.1 Setiap penganjur program yang berhasrat memohon geran MySihat perlu memahami isi kandungan dan kaedah penggunaan modul ini. 7.2.2 Penganjur program perlu meneliti isi kandungan modul sebelum mengadaptasikannya dalam perancangan aktiviti program promosi kesihatan di bawah geran MySihat. 7.2.3 Penganjur program juga perlu memberikan perhatian kepada setiap objektif yang digariskan bagi setiap aktiviti yang disenaraikan. Objektif tersebut merupakan hasil yang harus dicapai pada akhir program. 7.2.4 Maklumat penting bagi setiap aktiviti turut disenaraikan bagi menyokong Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 21

2011

Modul Aktiviti Fizikal

pencapaian objektif yang digariskan dengan merujuk nota, di samping mendapatkan input tambahan daripada agensi atau pertubuhan lain sebagai rakan kongsi dalam melaksanakan program. 7.2.5 Modul ini lebih bersifat satu garis panduan asas kepada penganjur program untuk merancang program promosi kesihatan yang akan dipertimbangkan untuk diberikan geran oleh MySihat. 7.2.6 Penganjur program boleh mencadangkan apa jua bentuk aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti dan kemampuan pertubuhan, asalkan selaras dengan dasar MySihat.

7.3

Kaedah Pelaksanaan

7.3.1 Kumpulan sasaran •

Warga emas

7.3.2 Tempat •

Bersesuaian dengan aktiviti (selamat dan kondusif)

7.3.3 Masa •

Pelaksanaan aktiviti perlu dirancang menggunakan jadual dan pelan pelaksanaan untuk minimum 3 bulan.



Strategi dan pendekatan  Pendidikan kesihatan  Latih tubi  Pengehakupayaan komuniti (empowerment)

7.3.4 Sumber (tenaga manusia, alat dan kewangan) Gambar Rajah 3.5: Keperluan sumber pelaksanaan projek aktiviti fizikal

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 22

2011

Modul Aktiviti Fizikal 7.4

Pelaksanaan Program

7.4.1 Jadual Pelaksanaan Program • • • •

Penganjur program boleh merancang pelaksanaan program yang ingin mereka jalankan dengan merangka jadual berdasarkan jenis aktiviti mengaikut kemajuan program. Perancangan yang baik akan membantu penganjur dalam melaksanakan program mereka dengan teratur, di samping memudahkan proses pemantauan yang dilakukan oleh pihak MySihat. Penganjur program boleh menggunakan mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai untuk merangka jadual pelaksanaan seperti menggunakan Carta Gantt. Antara contoh jadual pelaksanaan program berdasarkan aktiviti fizikal adalah seperti berikut:-

Jadual 3.6: Contoh jadual pelaksanaan aktiviti

JADUAL

Minggu Pelaksanaan

Aktiviti

1

2

Taklimat/ bina upaya Persiapan Program: • Jemputan peserta • Lokasi • Peralatan • Urus setia program Publisiti Aktiviti Pendidikan kesihatan Penilaian status kesihatan peserta Penilaian status kecergasan Pelaksanaan aktiviti fizikal • Sepanjang masa/ berkala • Massa Penilaian projek

√ √



√ √

√ √

3

4

5

6

7

8

9

10 11 12

√ √



























√ √

















Bersama Untuk Kesihatan



√ √ √

Halaman 23

2011

Modul Aktiviti Fizikal 7.5

Penilaian

7.5.1 Kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) 7.5.2 Penilaian proses Gambar Rajah 3.6: Elemen-elemen penilaian proses

Kehadiran peserta

Pelaksanaan aktiviti

Pemantauan

Penilaian Proses

Perkembangan projek

Kadar penurunan peserta

7.5.3 Penilaian Kecergasan • •



Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menguji intensiti dan daya tahan kecergasan peserta program, sama ada secara berkumpulan atau individu. Memandangkan program yang dijalankan melibatkan penyertaan secara berkumpulan, disarankan supaya penganjur menggunakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang merupakan kaedah standard yang digunakan di Malaysia. Ujian tersebut boleh disesuaikan sama ada dengan kaedah yang mudah atau yang rumit, mengikut kesesuaian dengan individu yang diuji supaya mereka dapat melakukannya dengan mudah dan keberkesanan latihan dapat diukur pencapaiannya. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 24

2011

Modul Aktiviti Fizikal •

UKJK terdiri daripada komponen-komponen berikut: a) b) c) d) e)

Ujian Kardiovaskular; Ujian Komposisi Tubuh Badan; Ujian Kekuatan, Kuasa dan Daya Tahan Otot; Ujian Kelembutan; dan Ujian Peratus Lemak Badan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 25

2011

Modul Aktiviti Fizikal 8.0

Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Senaman

8.1

Langkah-langkah keselamatan sebelum bersenam

8.1.1 Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman Sila dapatkan nasihat doktor jika anda:     

tidak mengetahui taraf kesihatan anda tidak pernah bersenam mempunyai masalah kesihatan baru sembuh daripada sakit kuat mempunyai berlebihan berat badan

8.1.2 Elakkan daripada bersenam dalam masa 2 jam selepas makan a)

Hal ini penting bagi menghindari dari rasa loya, muntah dan kekejangan perut disebabkan makanan anda masih lagi dalam proses penghadaman. Ketika penghadaman, darah tertumpu ke bahagian perut. Sedangkan ketika bersenam darah diperlukan di dalam otot-otot besar di kaki. Ini akan menimbulkan masalah kepada sistem penghadaman dan pernafasan anda. Oleh yang demikian senaman hendaklah dilakukan 2 jam selepas makan.

b)

Walau bagaimanapun, anda boleh memakan makanan ringan seperti kuih atau biskut seperti semasa minum petang. Tetapi jangan sampai kenyang. Berehat sekejap. Anda boleh meminum air sebelum bersenam.

8.1.3 Minum secukupnya a)

Pastikan anda minum secukupnya sebelum melakukan senaman. Bahkan anda digalakkan meminum di antara 6 – 8 gelas air sehari.

b)

Minum pada setiap 15 – 20 minit sekali, terutama ketika cuaca panas, jangan tunggu sehingga anda dahaga.

c)

Pada akhir senaman, minum semula untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh semasa senaman. Elakkan daripada mengambil minuman bergas atau beralkohol.

d)

Anda digalakkan meminum air sejuk semasa dan selepas bersenam kerana ia mudah diserapkan di dalam usus di samping membantu di dalam pengawalan suhu badan.

8.1.4 Jangan bersenam jika anda tidak sihat atau merasa sakit kaki, sendi, dada atau kepala 8.1.5 Lakukan senaman setelah memanaskan badan dengan betul Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 26

2011

Modul Aktiviti Fizikal 8.2

Langkah-langkah keselamatan semasa bersenam

8.2.1 Berhenti segera jika merasa semput atau sakit dada ketika bersenam Gunakan ujian percakapan untuk mengetahui tahap ketahanan dan keupayaan anda. 8.2.2 Gunakan pakaian yang selesa dan sesuai a) Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika bersenam atau berjoging pada waktu malam. b) Memakai pakaian yang selesa, sesuai dengan jenis senaman dan cuaca •

Pakaian mestilah sesuai dengan aktiviti agar tidak mendatangkan mudarat dan kecederaan semasa melakukan aktiviti.



Pakaian hendaklah ringkas, tidak terlalu ketat, dan tidak terlalu tebal. Material baju hendaklah diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap peluh seperti kapas.



Bagi wanita yang menjalankan akitiviti berat, mereka bolehlah memakai coli yang direka khusus untuk bersenam.

c) Memakai kasut yang sesuai dengan jenis aktiviti bagi mengelak kecederaan •

Terdapat pelbagai jenis kasut senaman dan sukan di pasaran yang disesuaikan untuk sesuatu jenis aktiviti fizikal. 6 kategori kasut yang ada dalam pasaran iaitu untuk berlari/ berjogging, berjalan kaki, tenis, gelanggang (court), aerobik/ kecergasan dan cross-trainers.



Kasut cross-trainers adalah sesuai bagi mereka yang tidak spesifik dalam apa-apa aktiviti. Walau bagaimanapun, apabila memilih kasut ciri-ciri berikut perlu diberi perhatian:    

Sokongan Pengalas (cushioning) Prestasi Padan (fitting)

8.2.3 Keselamatan di jalan raya Jika anda berjogging di jalan raya, lakukannya dengan berlari menyongsang arah lalu lintas supaya anda dapat melihat kenderaan yang berada di atas jalan. Jangan bersenam di jalan yang sesak dengan kenderaan. Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 27

2011

Modul Aktiviti Fizikal

8.2.4 Jangan berhenti secara mendadak tanpa melakukan proses penyejukan badan 8.2.5 Minum air secukupnya

8.3

Langkah-langkah keselamatan selepas bersenam

8.3.1 Menyejukkan badan dengan betul 8.3.2 Minum air secukupnya 8.3.3 Jangan mandi dengan air mengganggu sistem badan

suam

selepas

senaman

kerana

ia

Tunggu hingga badan anda merasa sejuk dan peluh di badan telah kering. Mandilah dengan air biasa. 8.3.4 Elakkan makan makanan berat sebaik sahaja selepas bersenam

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 28

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Melakukan aktiviti fizikal secara tekal adalah sihat dan menyeronokkan. Setiap hari semakin ramai orang mula melibatkan diri dalam aktiviti ini. Bagi kebanyakan orang penglibatan dalam aktiviti ini adalah sangat selamat. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang atas sebab-sebab tertentu, mereka perlu berjumpa doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal ini secara aktif. Jika anda memilih untuk lebih aktif mulai sekarang, sila jawab 7 soalan yang terdapat di dalam petak di bawah. Jika anda berumur antara 15 dan 69 tahun, soal selidik PAR-Q ini akan menentukan sama ada anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal anda. Demi keselamatan anda, jawab soalan ini dengan seikhlasnya. Sila baca soalansoalan tersebut dengan teliti dan menjawabnya dengan jujur. Tandakan di petak YA atau TIDAK.

YA

TIDAK 1.) Pernahkah doktor memberi tahu yang anda ada masalah jantung dan anda hanya boleh melakukan aktiviti fizikal yang disyorkan olehnya sahaja? 2.) Adakah anda terasa sakit dada apabila melakukan aktiviti fizikal? 3.) Pada masa lampau, pernahkah anda berasa sakit dada walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal? 4.) Pernahkah anda hilang imbangan kerana pening atau pernahkah anda pitam? 5.) Adakah anda menghadapi masalah sendi atau tulang yang menjadi serius apabila melakukan aktiviti fizikal? 6.) Sekarang ini, adakah anda diberi ubat oleh doktor kerana darah tinggi atau masalah jantung? 7.) Adakah anda tahu sebarang sebab kenapa anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal?

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 29

LAMPIRAN 1

PAR Q & ANDA

2011

Modul Aktiviti Fizikal Jika anda menjawab YA kepada satu atau lebih soalan di atas:-

Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan aktiviti fizikal secara aktif atau terlibat dalam sebarang bentuk ujian kecergasan dan maklumkan kepadanya soalan manakah yang anda menjawab YA. • • •

Anda mungkin boleh melakukan sebarang aktiviti yang anda mahu – asalkan anda mulakannya secara perlahan-lahan dan tingkatkannya beransur-ansur. ATAU, anda mungkin terpaksa membataskan aktiviti anda kepada jenis yang lebih selamat. Berbincanglah dengan doktor anda tentang jenis aktiviti yang sesuai untuk anda. Dapatkan aktiviti yang lebih selamat.

Jika anda menjawab TIDAK kepada semua soalan:Jika anda dengan jujurnya menjawab TIDAK kepada semua soalan PAR-Q tersebut, anda sudah pasti boleh:• •

Mula menjadi lebih aktif – pastikan anda lakukannya secara perlahan-lahan dan tingkatkannya beransur-ansur. Cara ini lebih selamat dan mudah. Anda boleh terlibat dalam ujian kecergasan kerana inilah kaedah terbaik untuk menentukan tahap kecergasan anda dan merancang cara yang terbaik untuk membina sebuah kehidupan yang aktif.

Menangguhkan penglibatan anda dalam aktiviti fizikal:• Jika anda rasa tidak sihat kerana selesema atau demam – tangguhkan aktiviti anda sehingga anda sihat sepenuhnya; atau • Jika anda mengandung – berbincang dengan doktor anda sebelum meneruskan amalan anda secara aktif.

“Saya telah membaca, faham dan menjawab dengan lengkap soal selidik ini. Segala kemusykilan yang saya hadapi telah diberi jawapan dengan memuaskan”.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 30

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Unit 3: Warga Emas

Aktiviti Fizikal

Modul Program Promosi Kesihatan

2011

Modul Aktiviti Fizikal

Rujukan •

Garis Panduan Pemasaran Sosial dalam Program Promosi Kesihatan 2010. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya



Garis Panduan Amalan Promosi Kesihatan (Health Promotion Practice Guidelines) untuk Anggota Kesihatan 2008. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya



Manual Prosedur Penilaian Faktor Risiko NCD 2007. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya



Manual Latihan PROSTAR Sekolah 2001. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya



Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 2005. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Bersama Untuk Kesihatan