Sahsiah dan Minat - Pegawai Tadbir Diplomatik

memberikan gambaran kepada calon bentuk soalan yang mungkin ditanya. Team Tips PTD, April 2011 Edisi Pertama Mac 2011 1st revision April 2011...

15 downloads 507 Views 285KB Size
Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan

Legal Notice •

Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com dan diedarkan oleh 'Muaz Hadi Global Ventures (001968529-A)'



Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta.



Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email [email protected] dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda



Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tips percuma daripada Team Tipsptd

Disclaimer Seluruh kandungan Pakej Koleksi Soalan dan Jawapan: Ujian Sahsiah dan Minat ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Koleksi Soalan dan Jawapan: Ujian Sahsiah dan Minat adalah untuk tujuan informasi dan BUKAN SOALAN BOCOR daripada SPA. Ianya disusun untuk tujuan pendidikan dan memberikan gambaran kepada calon bentuk soalan yang mungkin ditanya.

Team Tips PTD, April 2011

Edisi Pertama Mac 2011 1st revision April 2011

www.tipsptd.com/blog

2

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan

Pengenalan Ujiah Sahsiah dan Minat adalah salah satu seksyen dalam komponen ujian bertulis untuk hampir keseluruhan jawatan Skim Gred 41 yang melalui penilaian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Satu ketika dahulu ianya diadakan dalam sesi Assessment Center oleh pihak INTAN dan kali ini ianya dimasukkan semula ke dalam sesi peperiksaan bertulis Sayugia dimaklumkan bahawa soalan-soalan SPA adalah sulit dan tidak dijual di mana-mana. Apa yang dimuatkan dalam naskhah ini adalah soalan-soalan berdasarkan kepada huraian dan gambaran yang diberikan oleh pihak SPA melalui edaran umum. Jadi apa yang anda sedang baca ini jauh sekali dari soalan-soalan bocor atau soalan ramalan tapi kami pasti ianya bakal membantu anda. Mudah mudahan 'Pakej Koleksi Soalan dan Jawapan: Ujian Sahsiah dan Minat' ini bakal membantu anda untuk berjaya dengan cemerlang dalam sesi ujian bertulis anda

Salam kejayaan untuk anda!

Team Tips PTD

www.tipsptd.com/blog

3

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan

Apa yang ada di sebalik Penilaian Sahsiah dan Minat Bagi kertas sahsiah diri dan minat, soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Kecenderungan anda dinilai. Dalam beberapa jawatan ianya dinamakan sebagai 'Bahagian Psikologi' dan dalam jawatan lain berada di 'Bahagian II: Sahsiah dan Minat'. Kedua-dua bahagian ini diasingkan dan format UMUM untuk Gred 41 ialah; Seksyen A- Sahsiah Diri Seksyen ini untuk mengenal pasti profil sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri. Masa Jumlah Soalan

: :

40 minit 200

Seksyen B- Minat Seksyen ini mengenal pasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan. Masa Jumlah Soalan

: :

40 minit 227

Ianya bukan satu format yang tetap dan kemungkinan besar juga jumlah masa dan jumlah soalan diubah mengikut keperluan tapi itu seharusnya tidak menjadi masalah kepada anda. Apa yang penting ialah anda jawab menggunkan teknik yang betul dan pengurusan masa yang tepat. Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refeksi keyakinan anda dalam membuat pilihan. Keseluruhan soalang bakal merangkumi skop kendiri yang luas mencakupi •

sikap www.tipsptd.com/blog

4

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan •

refleksi diri



cara berfikir



perawatakan



emosi



kepekaan



kecenderungan



skil pengurusan



cara bekerja



...dan pelbagai lagi.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul. Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normanya dimaklumi. Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam. Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti bagaimana) Jadi apa yang ada di sebalik ujian sahsiah dan minat ini secara kasarnya ialah; "Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!' www.tipsptd.com/blog

5

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan

Teknik Menjawab Soalan Sahsiah dan Minat Kami selalu katakan dan banyak kali juga diutarakan oleh penulis Team Tips PTD yang anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang. Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif 'menerima kritikan dan pandangan orang lain'; 1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain 2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan 3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya 4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri 5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai 'aura negatif' dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif 'menerima kritikan dan pandangan orang lain'. Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif 'menerima kritikan dan pandangan orang lain'. Cuba bayangkan semua soalan di atas 'diselerakkan' di dalam 200 pernyataan, boleh anda pastikan yang anda memberikan jawapan yang konsisten? www.tipsptd.com/blog

6

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan

Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH anda JANGAN IKUT CARA INI! Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun. Kami setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi ramai yang salah erti yang membawa kepada kesimpulan ini; "Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!" Bahagian 'jangan tinggal satu pun' itu betul, jangan hentam/tembak. Memang ianya akan membunuh anda. Kenapa? Dalam helaian sebelum ini tip yang paling penting andalah KONSISTEN dan kami berikan anda 5 soalan yang jawapannya sama. Cuba bayangkan begini situasinya; [SOALAN NO 1] Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain [SOALAN NO 43] Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan [SOALAN NO 98] Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya [SOALAN NO 157] Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri [SOALAN NO 200] Saya tidak suka pandangan saya ditolak Anda ingatkan jawapannya adalah sama untuk kesemua 5 soalan di atas. Jika anda baru sahaja menjawab 100 soalan dan masa sudah suntuk dan anda memilih untuk hentam/tembak, berapa kebarangkalian yang anda akan memberikan jawapan yang sama untuk kesemua 5 soalan tersebut? Anda nampak bagaimana pilihan anda untuk 'hentam/tembak' membunuh anda? www.tipsptd.com/blog

7

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan

Dapatkan VERSI PENUH di laman;

http://tipsptd.com/KoleksiSoalan/ Skrol kebahagian bawah laman tersebut untuk dapatkan versi ini secara percuma. TERHAD sehingga 11.59pm 31 MAC 2011 SAHAJA!

www.tipsptd.com/blog

8

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan

303 Contoh Soalan 1. Saya akan berasa menyampah bila orang lain berperangai pelik A. Ya

B.Tidak

2. Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai seorang rakan yang setia sanggup membimbingnya. A. Ya

B.Tidak

3. Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka A. Ya

B.Tidak

4. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti A. Ya

B.Tidak

5. Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak. A. Ya

B.Tidak

6. Jika saya merendah diri saya akan dipandang rendah A. Setuju

B. Tidak Setuju

7. Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya A. Ya

B. Tidak

Dapatkan VERSI PENUH di laman;

http://tipsptd.com/KoleksiSoalan/ www.tipsptd.com/blog

9