SOP 3 – PENGUKURAN ELEKTROKARDIOGRAM (EKG) 1.0

4.1 Sebelum pengukuran dijalankan : a) Pasangkan ECG AT-104 (Rajah 1) pada IBM yang telah ditetapkan mengikut set stesen. b) Klik pada ikon program SD...

45 downloads 412 Views 509KB Size
BIL. ISU : 01

SOP 3 – PENGUKURAN ELEKTROKARDIOGRAM (EKG)

TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013

1.0

DISKRIPSI Prosedur ini merupakan cara pengukuran Elektrokardiogram (jantung) yang dilakukan semasa sesi rekrutmen.

2.0

BIDANG KUAS A Kakitangan yang bertanggungjawab adalah Pegawai The Malaysian Cohort.

3.0

ASAS Merujuk kepada Arahan Ketua Projek dan pengurusa n pentadbiran.

4.0

PROS EDUR 4.1 Sebelum penguk uran dijalankan : a) Pasangkan E CG A T-104 (Rajah 1) pada IBM yang telah ditetapkan mengikut set stesen. b) Klik pada ikon program S DS104 pada desktop. c) Sekiranya t erdapat paparan ‘DEMO VERS ION’, bermakna terdapat kesilapan dalam pemasangan alat pengukuran pada laptop. Ulangi langkah 1 hingga 2 s ehingga tiada paparan ‘DEMO VERSION’. d) Pada user-ID, masukkan Password (diberikan oleh koordinator, unik bagi setiap petugas. e) Pada paparan pengukuran, pastikan terdapat ikon [R E CG]. Sekiranya tiada, ulangi langkah a hingga d.

Rajah 1 : ECG At-104

Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort

Muka Surat 1 |6

BIL. ISU : 01

SOP 3 – PENGUKURAN ELEKTROKARDIOGRAM (EKG)

TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013

4.2 Semasa rekrutmen, petugas akan memulakan pengukuran dengan : i.

Ambil dan panggil nombor giliran peserta pada kotak yang diletakkan di ruang menunggu. Jemput peserta untuk masuk ke dala m stesen pengukuran.

ii.

Serahkan semula angka giliran kepada peserta. Perkenalkan diri kepada pesert a

iii.

Ambil borang senarai semak daripada peserta dan imbas kos SID pada borang tersebut. S emak samada nombor S ID yang tertera pada skrin adalah sama dengan yang dicetak pada Borang Senarai Semak Pesert a.

iv.

Minta peserta menanggalkan semua aksesori logam, keluarkan telefon bimbit dan simpan dalam beg yang disediakan.

v.

Rekodkan waktu mula pengukuran pada Borang Senarai Semak Peserta.

vi.

Pastikan peserta telah ditanya berkenaan perk ara berikut : a) Ada memakai perent ak/bateri jantung (Pacemaker) b) Ada memakai implan (besi dalam badan) c) Disahkan pernah menghidap sebarang penyakit berkenaan dengan jantung.

Catatkan semua maklumat di dalam B orang Manual Pengukuran Elektrokadiogram (Rajah 2).

Rajah 2 : Borang Manual Pengukuran Elektrok ardiogram

Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort

Muka Surat 2 |6

BIL. ISU : 01

SOP 3 – PENGUKURAN ELEKTROKARDIOGRAM (EKG)

TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013

4.3 Petugas akan mula melakukan pengukuran Elektrokardiogram berdasarkan SOP yang ditetapkan : i.

Minta peserta untuk membuka kasut dan stokin sebelum baring di atas katil.

ii.

Minta peserta untuk menanggalkan baju ataupun buka but ang baju sedikit bagi meletakkan elektrod di dada peserta.

iii.

Minta pesert a untuk berbaring di atas katil. Bersihkan kawasan perlet akan elektrod dengan swab alkohol.

iv.

Elektrolit atau gel disapukan pada kulit peserta, ratakan, jangan terlalu banyak gel, cukup sekadar mengenai elektrod. Jika terlalu banyak ia akan menganggu bacaan gelombang EKG tersebut. (Maklumkan kepada peserta sebelum meletakkan gel).

v.

Letakkan posisi elektrod pada peserta mengikut urutan seperti dalam Jadual 1 dan Rajah 3:

Urutan

Lead

Posi si

1.

C1

Ruang int erkostal yang ke-4 pada sebelah kanan, parasternal

2.

C2

Ruang int erkostal yang ke-4 pada sebelah kiri (setent ang dengan C1), parasternal

3.

C4

Ruang int erkostal yang ke-5 pada sebelah kiri, midelavicular line

4.

C3

Di antara C2 dan C4. Kedudukan adalah selari dengan C2 dan C4

5.

C6

Di tengah garisan anterior auksilari. Selari dengan C4.

6.

C5

Di antara C4 dan C6. Kedudukan adalah selari dengan C4 dan C6

7.

R (merah)

Pergelangan tangan sebelah kanan.

8.

L (kuning)

Pergelangan tangan sebelah kiri.

9.

F (hijau)

Atas buku lali sebelah kiri.

10.

N (hitam)

Atas buku lali sebelah kanan.

Jadual 1 : Perletakkan posisi elektrod pada badan peserta

Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort

Muka Surat 3 |6

BIL. ISU : 01

SOP 3 – PENGUKURAN ELEKTROKARDIOGRAM (EKG)

TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013

Rajah 3 : Perletakkan posisi elektrod pada badan peserta.

vi.

Sebelum

memasang

elektrod,

perkara

berikut

mesti

dilakuk an

untuk

mengurangk an rintangan kulit pada konduktor tersebut. vii.

Elektrod dipastikan bersih daripada karat at aupun kotoran kerana ia akan menghalang pengaliran cas dalam badan.

viii.

Pastikan gel pada elektrod tidak terlalu banyak kerana ia akan memberikan bacaan yang mempunyai ‘artifact’ sekaligus menganggu keputusan ujian.

ix.

Elakkan kawasan yang bert ulang (pilih kawas an yang rata dan sedikit berisi. Sebarang rambut tidak perlu dic ukur kecuali jika rambut adalah tebal).

x.

Pastikan tangan dan kaki peserta berada dalam keadaan rehat dan tenang. Depakan sedikit kaki dan tangan

xi.

Selimutkan peserta dan pastikan peserta berada dalam keadaan selesa,dan rehat dan tidak terlalu sejuk atau takut atau pun penat kerana keadaan tersebut akan mengganggu keputusan ujian yang ak an dilakuk an.

xii.

Pada paparan pengukuran, klik pada SID peserta. Klik OK

xiii.

Periksa kualiti signal EKG pada paparan. Sekiranya tidak bagus, pasangkan semula elektrod pada peserta.

Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort

Muka Surat 4 |6

BIL. ISU : 01

SOP 3 – PENGUKURAN ELEKTROKARDIOGRAM (EKG)

TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013

xiv.

Jika signal adalah stabil dalam masa 5 saat, klik pada ikon [AUTO]

xv.

Ulang langkah ix hingga xiv untuk mendapatkan sek urang-kurangnya 3 graf EKG yang terbaik.

xvi.

Tanggalkan

semua

elektrod

perlahan-lahan

dari

badan

peserta

dan

membersihkan badan peserta dari gel yang telah disapu tadi.

4.4 Selepas selesai semua pengukuran :

a.

Segala insiden yang berlaku semasa pengukuran dijalankan pe rlu dicatatkan di dalam Borang Manual Pengukuran Elektrokardiogram (Rajah 2) selain dimasukkan di dalam Borang Senarai Semak Pesert a (Rajah 4).

b.

Sekiranya peserta melakukan pengukuran Elektrokardiogram, tanda [ √ ] pada ruangan YA. Jika peserta tidak melakuk an pengukuran ini, tanda [ √ ] pada ruangan TIDAK dan rekodkan sebab pes erta tidak melakuk an pengukuran dalam Borang Manual Pengukuran.

c.

Catatkan masa tamat pengukuran.

Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort

Muka Surat 5 |6

BIL. ISU : 01

SOP 3 – PENGUKURAN ELEKTROKARDIOGRAM (EKG)

TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013

Rajah 5 : Borang Senarai Semak Pese rta

d.

Minta peserta ambil semua barang dan hantar peserta ke stesen seterusnya. Ucapkan terima kasih kepada peserta k erana sudi memberikan kerjasama dan bersedia untuk mengambil no giliran pesert a seterusnya.

Nota : Sekiranya petugas melakuk an pengukuran m engikut Stesen 5 dalam 1 (Antropometri, Spirometri, Elektrokardiogram, Tekanan Darah dan Anggaran Umur Arteri), petugas perlu meneruskan pengukuran berdasarkan SOP pengukuran yang seterusnya. Langkah 4.4.d akan dilakukan pada akhir sesi pengukuran bers ama peserta.

Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort

Muka Surat 6 |6