SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang ... 3 Usaha-usaha berterusan membantu golongan Orang Kuang Upaya (OKU) ... ini memb...

47 downloads 835 Views 691KB Size
SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

PERLIS 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Jati diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi. Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh.

2

Sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang keusahawanan. Ulaskan pernyataan tersebut.

3

Kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan api dalam kehidupan seharian dapat membantu masyarakat ke arah penjimatan. Jelaskan langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tersebut.

4

Jaringan komunikasi global memanfaatkan penggunaan sumber tersebut. Bincangkan pernyataan di atas.

5

Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Petikan puisi tradisional di atas menjelaskan perlunya seseorang untuk mengelakkan kesilapan dalam tutur kata. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga tutur kata dalam pergaulan seharian. Halaman 1

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

NEGERI SEMBILAN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Murid memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’. Bincangkan peranan yang dapat anda mainkan untuk merealisasikan konsep tersebut.

2

Anak-anak yang cemerlang lahir daripada keluarga yang bahagia. Ulas pernyataan di atas.

3

Usaha-usaha berterusan membantu golongan Orang Kuang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Huraikan langkah-langkah yang patut dilakukan untuk membantu golongan ini.

4

Pelbagai usaha telah diambil oleh kebanyakan negara dan Persatuan Pencinta Alam seperti Green Peace untuk mengatas masalah pencemaran alam di peringkat global. Tulis sebuah rencana tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kepada masyarakat sejagat.

5

Akhir-akhir ini banyak novel karya penulis tempatan diadaptasikan ke kaca-kaca televisyen untuk mengisi slot drama ataupun cerekarama. Pada pendapat anda, apakah kesan adaptasi tersebut kepada masyarakat?

Halaman 2

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

TERENGGANU 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk meyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah.

2

Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala para pengguna akan menanggung beban. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan.

3

Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Tulis rencana itu selengkapnya.

4

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

5

Membaca karya sastera seperti cerpen, novel, drama dan puisi boleh memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan murid. Bincangkan. Halaman 3

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

TERENGGANU 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B 1

Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk meyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah. Cadangan idea:  Melahirkan murid yang berdisiplin  Mencungkil bakat dan potensi murid  Melahirkan pemimpin masa depan  Memupuk semangat kerjasama  Membentuk ketahanan fizikal dan mental  Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah

2

Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala para pengguna akan menanggung beban. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan. Cadangan idea:  Peranan ibu bapa – menabung, berhemah dalam berbelanja, suri teladan  Peranan anak-anak – amalan berjimat cermat, membeli mengikut keperluan  Peranan saudara terdekat seperti datuk, nenek – suri teladan

3

Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Halaman 4

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Tulis rencana itu selengkapnya. Karangan berformat (Rencana) Tajuk Nama penulis (Jika tiada kedua-dua tolak 2 markah) Cadangan idea:  Mengadakan rumah terbuka  Amalan ziarah-menziarahi  Melalui gotong-royong  Mengadakan kempen  Pendidikan di sekolah – menanam semangat kejiranan 4

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Cadangan idea:  Kerjasama / perkongsian maklumat  Kerjasama / perkongsian kepakaran  Kerjasama / perkongsian ekonomi  Kerjasama / perkongsian mengawal keselamatan sempadan negara  Kerjasama / perkongsian sosiobudaya

5

Membaca karya sastera seperti cerpen, novel, drama dan puisi boleh memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan murid. Bincangkan.

Halaman 5

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

JOHOR 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid yang menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.

2

Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau TMK amat diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan. Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan remaja.

3

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan darat di negara kita. Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya.

4

Pada era globalisasi itu, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

5

Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Cerpen itu bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

Halaman 6

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

JOHOR 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B 1

Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid yang menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.

Bil Faedah-faedah anda Sehingga menjadi murid yang cemerlang (kesan) menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah 1 Mengisi masa lapang dengan -menghindari diri daripada terlibat dengan masalah sosial aktiviti yang berfaedah -menghargai masa -bijak merancang masa dengan sistematik (jadual harian) -mengamalkan gaya hidup sihat 2 Mencungkil bakat -melatih diri menjadi pemimpin yang berkaliber (pengerusi, setiausaha) -berkomunikasi di khalayak -menonjolkan keterampilan diri -meningkatkan kemahiran sosial 3 Mengukuhkan perpaduan kaum -belajar berinteraksi dengan kaum lain -menghargai persahabatan / mengelakkan antisosial -mempelajari budaya kaum lain -mengukuhkan sikap setia kawan -memupuk semangat kerjasama / kerja berpasukan -melahirkan sikap bertoleransi 4 Membentuk disiplin diri -mematuhi peraturan – contoh dari segi masa -kekemasan diri -tidak membazir masa -masa -mempunyai personaliti yang menarik -menjadi ikon sekolah 5 Membentuk keyakinan dan jati -menyuntik semangat untuk berjaya dalam hidup diri -memberi idea yang bernas -menjadi insan yang berdikari -sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara Halaman 7

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B) -melahirkan murid yang kreatif, kritis dan berinovasi -melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

2

Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau TMK amat diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan. Huraikan kepentingan penggunaan Komunikasi dalam kehidupan remaja.

Bil Kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1 Melahirkan masyarakat yang bermaklumat -maklumat di hujung jari -dunia tanpa sempadan -laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan Internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar. 2

Teknologi

Maklumat

dan

Dalam kehidupan remaja (kesan)

-melahirkan remaja berilmu / berinformasi -mengetahui isu-isu semasa dengan pantas sama ada di dalam / luar negara -melahirkan remaja celik TMK – berpengetahuan luas -meningkatkan imej remaja -melahirkan remaja yang kreatif, kritis dan inovatif -melahirkan remaja yang berwawasan -menyumbang kepada pembangunan negara -melahirkan remaja yang peka / prihatin perkembangan dan pergolakan dunia Menjimatkan masa dan tenaga -melahirkan remaja yang cekap dan efisien -semua maklumat diperoleh di -mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka. rumah / di mana-mana sahaja -menumpukan perhatian terhadap tugasan lain dengan menggunakan telefon -memudahkan urusan harian pintar -pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti Internet / talian tanpa wayar -pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara atas talian. Halaman 8

SPM 2016 KERTAS 1

3

4

5

3

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

-urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membelibelah dan sebagainya. Menjanakan pendapatan -meningkatkan ekonomi remaja remaja -meningkatkan kualiti kehidupan / taraf hidup -melatih remaja menjadi usahawan -mengurangkan kadar pengangguran negara -mengurangkan beban kewangan keluarga -memupuk sikap berdikari Berhubung dan berkomunikasi -membolehkan mereka berinteraksi dengan kadar yang dengan orang yang berada rendah. jauh daripada kita -hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal -melepaskan kerinduan bagi berjauhan. remaja yang melanjutkan -menambah kenalan pelajaran -merapatkan hubungan dengan sahabat handai -mengelakkan dikenakan caj yang mahal apabila menggunakan laman sosial Melahirkan remaja yang -kemahiran remaja setanding dan diiktiraf di peringkat mampu berdaya saing antarabangsa -melahirkan remaja yang kreatif -meningkatkan imej diri dan negara -hasil inovasi mendapat pengiktirafan Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan darat di negara kita. Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya.

Bil Langkah-langkah pelbagai Mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya (kesan) pihak untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya Halaman 9

SPM 2016 KERTAS 1 1

2

3

4

5

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Peranan individu -mengelakkan kemalangan -mematuhi peraturan jalan raya -melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin dan patuh akan peraturan -mengelakkan pembaziran dari segi kewangan seperti membayar denda, membaiki kerosakan kenderaan dan kos rawatan -mengelakkan pembaziran tenaga menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kemalangan -tidak membuang masa untuk menguruskan hal yang melibatkan kemalangan Peranan ibu bapa -melahirkan pengguna yang menghargai nyawa -mendidik anak tentang faedah -melahirkan pengguna yang berdisiplin menjadi pengguna yang -meningkatkan nama baik keluarga berhemah -memupuk sikap saling menghormati hak pengguna jalan raya -memupuk sifat sabar -melahirkan pengguna yang bertoleransi Peranan pihak sekolah -sifar kemalangan murid sekolah -melalui Pendidikan Sivik dan -meningkatkan imej sekolah Kewarganegaraan dan -meningkatkan perasaan tanggungjawab murid untuk Pendidikan Keselamatan Jalan sentiasa berhati-hati di jalan raya Raya Peranan media massa -melahirkan pengguna yang bertanggungjawab -menyiarkan dokumentari, -memupuk kesedaran diri yang tinggi supaya berhati-hati segmen khas, iklan pendek, -memberi peringatan secara istiqamah brosur -menjadi medium / saluran / wadah untuk meningkatkan kesedaran pengguna Peranan pihak kerajaan -menimbulkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan -membuat pemantauan undang-undang -menganjurkan kempen -mengurangkan kecuaian pengguna jalan raya kesedaran -melahirkan pengguna yang penyayang

Halaman 10

SPM 2016 KERTAS 1 4

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Pada era globalisasi itu, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Bil Kepentingan menguasai ilmu 1 Mengetahui isu-isu semasa

2

3

4

5

Dalam pelbagai bidang pada masa ini (kesan) Bidang akademik (murid) -melahirkan seseorang yang berpengetahuan -melahirkan seseorang yang celik ilmu -melahirkan seseorang yang peka / prihatin Mencipta inovasi baharu dalam Bidang Teknologi (pekerja) pelbagai bidang -melahirkan seseorang yang berdaya saing, kreatif dan inovatif -melahirkan seseorang yang mahir dalam sesuatu bidang -melahirkan tenaga mahir -melahirkan generasi yang celik ilmu -memudahkan urusan dalam kehidupan seharian Menguasai ilmu perniagaan Bidang perniagaan (usahawan) -melahirkan seseorang yang sentiasa memajukan diri -meningkatkan taraf hidup -menambahkan pendapatan sampingan -melahirkan ramai usahawan muda Melahirkan masyarakat yang Bidang kemahiran hidup proaktif -melahirkan seseorang yang sentiasa berfikir positif / optimis -melahirkan seseorang yang sentiasa berusaha mengubah kehidupan / tidak mudah berputus asa -membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan -melahirkan seseorang yang mampu menyelesaikan masalah Memajukan diri dan negara Bidang kerohanian -melahirkan seseorang yang mampu mendepani pelbagai cabaran -disanjung / dihormati oleh masyarakat -merancang kehidupan dengan lebih sempurna -menjadi benteng yang ampuh dalam kehidupan -menjamin kehidupan yang lebih baik Halaman 11

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SABAH 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.

2

Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan banyak pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.

3

Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk memastikan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara. Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah proaktif kerajaan untuk memupuk perpaduan di negara kita.

4

Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan.

5

Anak itik terenang-renang Air pasang tenang-tenangan Budi sedikit bilakan hilang Itu menjadi kenang-kenangan Pantun di atas bermaksud budi yang kita tabur walaupun sedikit tetap diingati. Tulis sebuah cerpen yang bertemakan hidup berbudi berdasarkan maksud pantun di atas.

Halaman 12

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SABAH 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Skema: Pendahuluan Semangat patriotik bermaksud suatu perasaan atau jiwa dalam diri seseorang yang sayang dan cinta akan bangsa, agama dan tanah air. Pada globalisasi ini, semangat patriotik haruslah terpateri dalam diri dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Jika nilai ini wujud dalam diri, sikap ingin berkorban dan berjuang untuk mempertahankan tanah air akan lahir. Namun, kebanyakan masyarakat pada hari ini, terutamanya remaja lupa akan tanggungjawab kepada negara. Semangat patriotik dalam diri mereka kian pudar. Mereka lupa akan perjuangan pejuang dan perwira negara berusaha tanpa mengenal jemu bagi mempertahankan maruah bangsa, agama dan tanah air. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja supaya mereka mampu mengekalkan maruah dan kedaulatan negara. Cadangan isi: - Meneruskan program bulan penghayatan patriotisme sama ada pada peringkat sekolah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan. - Pihak media terutamanya media elektronik seharusnya menyiarkan program yang mempunyai unsur patriotisme. - Pihak kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) - Pihak sekolah pula seharusnya memainkan peranan untuk membentuk pelajar dengan menanamkan semangat patriotik atau semangat cinta akan negara dalam diri mereka ini sejak peringkat sekolah rendah. Penutup: Remaja merupakan bakal pewaris pucuk kepemimpinan negara pada masa depan. Oleh hal yang demikian, wajarlah ibu bapa, guru, masyarakat dan sekolah melaksanakan pelbagai program yang dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam diri remaja yang bakal ditabalkan menjadi peneraju atau pemimpin negara pada suatu hari nanti. Kita janganlah mengabaikan remaja kerana Halaman 13

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

remaja merupakan tonggak harapan bangsa, agama dan tanah air yang tercinta ini. Kita juga janganlah membiarkan remaja hidup terumbang ambing tanpa hala tuju dan wawasan. Oleh itu, semua pihak haruslah mengambil inisiatif dengan menerapkan nilai patriotisme dengan harapan negara terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Halaman 14

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 2: Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan banyak pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut. Pendahuluan: - Masalah gejala sosial semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini. - Gejala sosial dapat ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan yang timbul dalam kalangan remaja akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini. - Masalah gejala sosial ini telah menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan kebimbangan tentang masa depan para remaja. - Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan gejala sosial ini dan apakah cadangan-cadangan untuk menangani gejala sosial ini? Cadangan isi: Punca: - Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga. - Ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak. - Ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar di hadapan anak-anak turut menyumbang kepada kepincangan institusi keluarga. - Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang turut mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah gejala sosial. Cara mengatas: - Ibu bapa perlulah memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap rumah tangga dan anak-anak. - Ibu bapa juga perlulah memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak kecil. - Ibu bapa juga perlulah mengambil berat persahabatan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Halaman 15

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Penutup: - Masalah gejala sosial memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh semua pihak terutamanya ibu bapa. - Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya. - Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di persada masyarakat.

Halaman 16

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 3: Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk memastikan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara. Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah proaktif kerajaan untuk memupuk perpaduan di negara kita. Pendahuluan: - Perpaduan kaum ialah aset paling berharga bagi sesebuah negara - Tanpa perpaduan yang utuh, sesebuah negara tidak akan maju dan berkembang - Hal ini dapat dilihat di negara yang sentiasa bergolak. Cadangan isi: Kepentingan: - Perpaduan kaum menjamin kestabilan politik – politik yang stabil akan mewujudkan sistem pemerintahan yang baik dan efektif – pentadbiran negara berjalan lancar. - Perpaduan kaum menjamin perkembangan ekonomi – negara yang aman dapat mewujudkan suasana ekonomi yang baik – menarik kedatangan pelabur asing. - Perpaduan kaum mewujudkan suasana sosial yang kondusif – rakyat dapat bergerak bebas – mewujudkan sebuah masyarakat yang saling melengkapi. Langkah: - Perpaduan dapat diwujudkan dengan pelbagai program kemasyarakatan – penganjuran rumah terbuka dan gotong-royong dapat memupuk perpaduan dan mengukuhkan hubungan kaum - Perpaduan dapat disemarakkan melalui kempen-kempen di media cetak dan media elektronik – mengajak rakyat berbilang bangsa bersatu padu. Kesimpulan: - Perpaduan perlu dikukuhkan untuk mewujudkan suasana aman dan damai – tanpa perpaduan, kehidupan sesebuah negara sentiasa dihantui kerisauan.

Halaman 17

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 4: Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan. Pendahuluan: Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laun dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi dan sosial. Kesan negatif: Isi 1 – boleh menjejaskan kestabilan politik sesebuah negara – kemasukan warga asing dalam jumlah yang banyak dan tidak terkawal boleh mengancam sesebuah kerajaan yang memerintah – berlaku wujud ketegangan antara parti yang memerintah dengan pihak pembangkang. Isi 2 – mengancam peluang penguasaan ekonomi dalam kalangan rakyat tempatan – warga sing akan memonopoli peluang pekerjaan dan mengambil peluang berniaga (monopoli tapak niaga oleh warga Indonesia di Pasar Chow Kit dan warga Bangladesh di Jalan Petaling – berlaku krisis pengaliran wang keluar negara secara dalam jumlah yang besar – ekonomi sesebuah negara boleh muflis Isi 3 – Kesejahteraan sosial rakyat tempatan terancam – warga asing mengambil kesempatan mengganggu kawasan petempatan – wujud setinggan baru – membawa masalah kepada masyarakat setempat seperti kotor, penyakit dan budaya yang tidak sihat Isi 4 – Indeks masalah jenayah yang semakin meningkat – kesukaran memperoleh peluang kerja mendorong perlakuan jenayah – pihak polis sukar untuk mengesan penjenayah kerana ketiadaan identiti – rakyat menjadi mangsa serangan, samun dan rompak. Halaman 18

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Isi 5 – Penyebaran budaya yang tidak sihat – pendatang asing membawa tabiat buruk dari negara asal – sikap samseng / biadab (warga hitam Afrika), hidup berpuak-puak dan tidak menghormati budaya dan undang-undang negara – berlaku perkahwinan rentas budaya dan warganegara – timbul masalah anak tidak sah taraf. Kesimpulan: Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zamanberzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

Halaman 19

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

MELAKA 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

2

Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan. Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?

3

Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Ke Arah Melahirkan Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat”. Tulis esei anda selengkapnya.

4

Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan.

5

Awal suruhan ialah membaca Menuntut ilmu disuruh budaya Inilah teladan sepanjang masa Gayakan hidup dengan membaca Lirik lagu ‘Membaca Gaya Wawasan’ di atas menggambarkan kepentingan membaca kepada masyarakat. Namun, kemajuan teknologi maklumat kini menyebabkan masyarakat leka dengan gajet-gajet terkini dan mengabaikan amalan membaca dalam kehidupan. Bincangkan usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Halaman 20

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SBP 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk membentuk komuniti yang sejahtera, bertolak ansur dan harmoni. Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

2

Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid bagi melepaskan tekanan pembelajaran di sekolah. Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa cuti sekolah dengan sebaik-baiknya.

3

Kenaikan harga barang menyebabkan peningkatan kos sara hidup sekali gus menambahkan bebanan kepada sesetengah keluarga. Tulis rencana tentang peranan ahli keluarga dalam menghadapi situasi ini selengkapnya.

4

Peperangan menyebabkan kemusnahan jiwa, harta benda dan tamadun. Ulaskan pernyataan di atas.

5

Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu banyak memberikan faedah kepada pelajar. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut.

Halaman 21

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SBP 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk membentuk komuniti yang sejahtera, bertolak ansur dan harmoni. Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Cadangan idea: 1. Sesetengah anggota masyarakat kini lebih bersikat materialistik, iaitu mengutamakan kebendaan dan kerjaya disebabkan tuntutan hidup semakin mencabar. 2. Sesetengah anggota masyarakat kini bersifat individualistik, akibat faktor urbanisasi iaitu mengutamakan hal masing-masing tanpa mempunyai masa untuk mengenali jiran. 3. Ada ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan anak jiran yang berlainan kaum. 4. Ibu bapa tidak menerapkan kepentingan amalan kejiranan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak mempedulikan jiran sekeliling. 5. Masyarakat di kawasan kejiranan tidak menunjukkan kerjasama apabila tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan kediaman mereka. 6. Tiadanya aktiviti rukun tetangga di sesetengah kawasan kediaman menyebabkan hubungan antara jiran menjadi longgar. 7. Amalan gotong-royong dalam majlis kenduri dan sebagainya sudah semakin ditinggalkan kerana masyarakat lebih suka menggunakan khidmat catering 8. Faktor kawasan penempatan / jenis kediaman – pangsapuri, rumah flat, rumah0rumah dibina tembok / pagar yang tinggi. 9. Perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi yang berbeza. 10. Ketaksuban masyarakat dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih menyebabkan mereka lebih senang berinteraksi atas talian berbanding berkomunikasi secara bersemuka.

Halaman 22

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 2: Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid bagi melepaskan tekanan pembelajaran di sekolah. Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa cuti sekolah dengan sebaik-baiknya. Cadangan idea: 1. Membantu ibu bapa dalam pelbagai perkara. 2. Menghadiri kem motivasi 3. Mengulang kaji pelajaran 4. Bekerja secara sambilan 5. Berekreasi / beriadah 6. Mencuba hobi baharu

Halaman 23

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 3: Kenaikan harga barang menyebabkan peningkatan kos sara hidup sekali gus menambahkan bebanan kepada sesetengah keluarga. Tulis rencana tentang peranan ahli keluarga dalam menghadapi situasi ini selengkapnya. Cadangan idea: 1. Setiap ahli keluarga perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah disimpan. 2. Sikap berjimat cermat dalam setiap ahli keluarga hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Contoh yang paling murah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM 20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuma. 3. Ibu bapa mendidik anak-anak mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja. 4. Anak-anak yang menunggu keputusan peperiksaan mungkin boleh membantu ibu bapa bekerja sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga dan mengurangkan bebanan. 5. Setiap ahli keluarga mestilah meningkatkan pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan dan cakna dengan hak kita sebagai pengguna. Dengan adanya ilmu, ahli keluarga dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. 6. Sebagai ketua keluarga, ibu bapalah yang berperanan untuk menyediakan belanjawan kewangan keluarga manakala anak mestilah dibawa berunding bersama. Melalui belanjawan kewangan, perbelanjaan dapat dikawal, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. 7. Ibu dicadangkan untuk masak sendiri di rumah untuk keluarga dan kurangkan aktiviti makan di luar sebagai langkah penjimatan. 8. Anak-anak boleh membawa bekalan ke sekolah.

Halaman 24

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 4: Peperangan menyebabkan kemusnahan jiwa, harta benda dan tamadun. Ulaskan pernyataan di atas. Cadangan idea: - Kemusnahan kemudahan awam – hospital, sekolah, jalan raya & tempat-tempat awam lain - Kemusnahan tamadun – ketamadunan Mesopotamia, Mesir & Indus yang tersohor dan agung suatu hari dahulu pada akhir zaman akhir peperangan. - Kemusnahan kepelbagaian flora dan fauna – kawasan yang terkena letupan bom akan menjadi tanah gersang. Hutan belantara dan kawasan tanaman menjadi musnah. - Kemusnahan khazanah dunia – kawasan tinggalan sejarah musnah akibat letupan bom.

Halaman 25

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 5: Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu banyak memberikan faedah kepada pelajar. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut. Cadangan idea: - Memperkembangkan potensi murid – melahirkan insan seimbang ( intelek, rohani, emosi, jasmani) - Membentuk sahsiah / nilai-nilai murni dan budi pekerti yang mulia - Remaja dapat mengambil iktibar / meneladani perkara-perkara yang baik dalam karya KOMSAS - Mendekatkan pelajar dengan kesantunan berbahasa - Membudayakan amalan membaca - Menambah ilmu pengetahuan

Halaman 26

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

PULAU PINANG 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat cinta akan negara. Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap negara anda.

2

Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakat semakin melupakan amalan bergotong-royong, kunjung-mengunjungi dan bertegur sapa sesama jiran. Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk menghidupkan amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak. Ulaskan pernyataan ini.

3

Sebagai pegawai kesihatan anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan Terhadap Kesihatan’ kepada masyarakat di tempat anda. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.

4

Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting. Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

5

Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda baca, banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Bincangkan.

Halaman 27

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SBP 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat cinta akan negara. Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap negara anda. Cadangan idea: 1. Menghormati dan menghayati lagu-lagu patriotik 2. Meningkatkan ilmu tentang sejarah negara – sebagai persediaan masa depan 3. Menghargai jasa pejuang-pejuang negara 4. Melawat ke tempat-tempat bersejarah – dapat melahirkan semangat juang 5. Menyertai program dan sambutan Hari Kebangsaan Soalan 2: Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakat semakin melupakan amalan bergotong-royong, kunjung-mengunjungi dan bertegur sapa sesama jiran. Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk menghidupkan amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak. Ulaskan pernyataan ini. Cadangan idea: 1. Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar cara berjiran dengan baik – berbudi bahasa dan menghormati jiran tetangga. 2. Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak – menyokong dan menjayakan amalan kejiranan – meluangkan masa untuk turut serta dalam program kejiranan – bergotongroyong 3. Bertegur sapa dan berkenal-kenalan dengan jiran tetangga 4. Mengunjungi jiran – sakit, memenuhi undangan perkahwinan atau sambutan perayaan 5. Ibu bapa menggalakkan dan bersama-sama dengan anak-anak menyertai program amalan kejiranan.

Halaman 28

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 3: Sebagai pegawai kesihatan anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan Terhadap Kesihatan’ kepada masyarakat di tempat anda. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. Cadangan idea: 1. Mengurangkan daya ketahanan dalam jangka panjang 2. Menjejaskan daya ingatan kepada golongan kanak-kanak 3. Menyebabkan risiko kegemukan 4. Tumbesaran harian yang tidak seimbang 5. Mudah mengalami keracunan makanan

Halaman 29

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 4: Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting. Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Cadangan idea: 1. Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara o Menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia. o Agar dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka o Mengelakkan perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia 2. Mewujudkan jalinan sosial, ilmu dan budaya di peringkat global o Menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan global o Mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO o Mengenali cara hidup budaya dan adab resam pelbagai masyarakat dunia. o Menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal dan sumbangan kemanusiaan. 3. Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global o Memperluas pasaran di peringkat global o Memperkenalkan produk Malaysia di pasaran antarabangsa o Menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global o Menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia. 4. Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa o Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa o Persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial dan keamanan o Menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC) dan dunia (PBB) 5. Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu o Menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat dan diiktiraf o Tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia. o Memperluas sistem rangkaian maklumat global dan jalinan maklumat siber o Membangunkan minda dan peribadi bangsa Malaysia agar setanding dengan warga dunia.

Halaman 30

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 5: Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda baca, banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Bincangkan. Cadangan idea: Contoh novel Jendela Menghadap Jalan Watak utama Lili 1. Seorang yang prihatin – prihatin atas nasib Rafiq dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculik Lili. o Menjenguk Che Jah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang Haziq dan Rafiq. 2. Seorang yang penyayang – sayang kepada ibu bapanya dengan mentaati mereka supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung ibunya. 3. Seorang yang sanggup berkorban o Sanggup menghabiskan cuti persekolahannya bersama dengan datuk dan neneknya di kampung 4. Seorang yang berani o Berani berhadapan dengan ketegangan yang berlaku dalam keluarga Che Jah. 5. Seorang yang mesra o Mesta dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baharu di kampung itu.

Halaman 31

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

PERAK 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Setiap murid ingin belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang. Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda.

2

Ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bincangkan.

3

Penjagaan dan pemuliharaan bangunan lama menguntungkan negara. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kepentingan Menjaga dan Memulihara Bangunan Lama’. Tulis rencana itu selengkapnya.

4

Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Namun begitu, sudah menjadi lumrah di dunia bahawa konflik antara negara di dunia pasti berlaku. Jelaskan cara-cara untuk menyelesaikan konflik antara negara di dunia.

5

Minat murid-murid sekolah terhadap karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama semakin berkurangan. Bincangkan peranan pihak sekolah untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera.

Halaman 32

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

PERAK 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Setiap murid ingin belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang. Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda. Cadangan idea: 1. Mempunyai guru yang bertanggungjawab dan komited 2. Disiplin yang baik 3. Persekitaran yang bersih dan ceria 4. Kemudahan fizikal yang lengkap 5. Mempunyai ciri-ciri keselamatan Soalan 2: Ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bincangkan. Cadangan idea: 1. Mencurahkan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak 2. Mewujudkan iklim yang kondusif dalam rumah tangga 3. Mengadakan aktiviti kekeluargaan dari semasa ke semasa 4. Memberikan didikan agama yang secukupnya 5. Berakhlak mulia sesama ahli keluarga Soalan 3: Penjagaan dan pemuliharaan bangunan lama menguntungkan negara. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kepentingan Menjaga dan Memulihara Bangunan Lama’. Tulis rencana itu selengkapnya. Cadangan idea: 1. Dapat dijadikan bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang berlaku Halaman 33

SPM 2016 KERTAS 1 2. 3. 4. 5. 6.

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat Sebagai tarikan pelancong Memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja Mengekalkan keunikan seni bina Sumber maklumat sejarah

Halaman 34

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 4: Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Namun begitu, sudah menjadi lumrah di dunia bahawa konflik antara negara di dunia pasti berlaku. Jelaskan cara-cara untuk menyelesaikan konflik antara negara di dunia. Cadangan idea: 1. Para pemimpin memilih cara rundingan apabila timbul masalah 2. Menjalin hubungan diplomatik 3. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memainkan peranan dan tanggungjawab 4. Kuasa-kuasa besar dunia memberikan layanan yang adil kepada semua negara 5. Menghormati kedaulatan negara-negara lain Soalan 5: Minat murid-murid sekolah terhadap karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama semakin berkurangan. Bincangkan peranan pihak sekolah untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera. Cadangan idea: 1. Menganjurkan penulisan karya sastera 2. Mengadakan kempen membaca bahan sastera secara berterusan 3. Menerapkan minat membaca dalam sastera semasa Pengajaran dan Pembelajaran 4. Menganjurkan minggu sastera 5. Memperbanyak buku-buku sastera di perpustakaan sekolah 6. Menggalakkan setiap kelas mewujudkan sudut atau ruang membaca

Halaman 35

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

KELANTAN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Remaja hari ini dilihat sering terbabit dengan pelbagai gejala negatif yang menjejaskan peranan mereka sebagai pemimpin negara pada masa depan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif dalam kalangan remaja.

2

Sungai memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sekitar termasuklah dapat menjadi jalan perhubungan, sumber ekonomi dan tempat rekreasi. Tulis sebuah rencana berkaitan kepentingan sungai.

3

Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat. Huraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

4

Media sosial seperti Facebook, Whatsapps dan Twitter memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya di seluruh dunia. Jelaskan.

5

Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan bersusah payah. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian anda.

Halaman 36

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

KELANTAN 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Remaja hari ini dilihat sering terbabit dengan pelbagai gejala negatif yang menjejaskan peranan mereka sebagai pemimpin negara pada masa depan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif dalam kalangan remaja. Kehendak soalan 1. Calon perlu menulis peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif dalam kalangan remaja yang menjejaskan peranan mereka sebagai pemimpin pada masa depan. 2. Calon mesti menulis tentang: 2.1 Pelbagai gejala negatif seperti terlibat dengan pengambilan dadah, ponteng belajar, aktiviti tidak bermoral dan tiada jati diri 2.2 Ciri pemimpin pada masa depan seperti bersahsiah terpuji, berpendidikan tinggi dan berpandangan jauh 2.3 Peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif remaja o Ibu bapa – memberi didikan agama dan moral tingkah laku negatif remaja o Masyarakat – sering menegur kepincangan yang dilakukan oleh golongan remaja o Kerajaan – menyediakan Program Latihan Khidmat Negara, menyediakan pemulihan bagi membantu golongan remaja bermasalah 3. Soalan ini bukan mempunyai dua tugasan kerana pemberatan harus diberi kepada peranan pelbagai pihak dalam menangani tingkah laku negatif remaja. Manakala huraian tentang gejala negatif remaja dan ciri pemimpin boleh dihurai sepintas lalu sahaja. Bagaimanapun sekiranya terdapat calon yang menulis karangan secara seimbang kedua-dua perkara tersebut, boleh diterima.

Halaman 37

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 2: Sungai memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sekitar termasuklah dapat menjadi jalan perhubungan, sumber ekonomi dan tempat rekreasi. Tulis sebuah rencana berkaitan kepentingan sungai. Kehendak soalan 1. Calon perlu menulis rencana kepentingan sungai kepada manusia dan alam sekitar. 2. Karangan berformat rencana: o Tiada tajuk – 1 markah o Tiada nama penulis – 1 markah 3. Jika calon tidak menulis berdasarkan format rencana, walaupun karangan tersebut sangat cemerlang – tidak boleh diberi markah cemerlang. Maksimum – kepujian. 4. Calon mesti menulis tugasan tentang: 4.1 Kepentingan kepada manusia seperti sumber bekalan air, jalan perhubungan, sumber ekonomi dan tempat rekreasi. 4.2 Kepentingan kepada alam sekitar seperti habitat hidupan akuatik, kawalan peningkatan suhu bumi dan sebagai warisan generasi akan datang. 5. Calon membuat huraian berdasarkan contoh yang diberikan sahaja, iaitu sebagai jalan perhubungan, sumber ekonomi dan tempat rekreasi boleh diberi markah di peringkat cemerlang dengan syarat dikaitkan dengan kepentingan kepada manusia dan alam sekitar. Soalan 3: Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat. Huraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Kehendak soalan 1. Tugasan soalan ialah calon mesti menghuraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. o Ibu bapa – mendidik anak-anak sejak kecil o Pihak sekolah & bank – kerjasama, pendedahan kepada pelajar dengan menabung o Pihak kerajaan – mengadakan kempen tabungan, menyeru masyarakat menabung o Swasta – Lembaga Urusan & Tabung Haji o Media massa – kempen Halaman 38

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

2. Karangan calon mestilah kemukakan idea tentang: 2.1 Menabung 2.2 Masyarakat berjimat cermat – cara berbelanja 3. Sekiranya calon menghuraikan tentang pelaburan, karangan dianggap kurang menjawab tugasan. Markah maksimum di peringkat kurang memuaskan – (21 – 35) markah

Halaman 39

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 4: Media sosial seperti Facebook, Whatsapps dan Twitter memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya di seluruh dunia. Jelaskan. Kehendak soalan 1. Calon dikehendaki mengemukakan manfaat penggunaan media sosial kepada penggunanya di seluruh dunia o Mendapatkan maklumat terkini dan menyebar maklumat dengan cepat. o Memudahkan urus niaga o Mengeratkan hubungan manusia sejagat o Meningkatkan taraf pendidikan 2. Karangan calon mestilah mengandungi idea tentang media sosial seperti 2.1 Facebook, Whatsapps dan Twitter 2.2 Penggunanya 3. Jika calon hanya tertumpu pada pengguna di Malaysia sahaja – diterima dan layak diberi markah pada peringkat kepujian Soalan 5: Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan bersusah payah. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian anda. Kehendak soalan 1. Calon dikehendaki menghuraikan o Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian dirinya o Berdasarkan maksud peribahasa yang diberikan o Atau peribahasa lain 2. Jika calon mengemukakan peribahasa lain yang sama maksud untuk menghuraikan usaha yang dilakukannya – terima, periksa seperti biasa 3. Sekiranya calon menulis dalam bentuk cerita tentang dirinya dengan baik, markah maksimum peringkat kepujian.

Halaman 40

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

KEDAH 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur. Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan.

2

Kesedaran sivik merupakan aspek penting dalam kehidupan. Namun sikap ini semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat. Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan cara-cara untuk menerapkan kesedaran tersebut.

3

Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul terhadap mutu pengangkutan awam di negara kita. Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

4

Banyak usaha telah dijalankan oleh negara-negara di dunia untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi. Huraikan usaha-usaha tersebut.

5

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit Sediakan payung sebelum hujan Ingat sebelum kena jimat sebelum habis Peribahasa-peribahasa di atas menjelaskan bahawa amalan menabung sangat penting. Bincangkan faedah-faedah amalan menabung dalam kehidupan.

Halaman 41

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

MARA 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan remaja yang serba boleh. Huraikan kepentingan-kepentingan tersebut.

2

Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian kemalangan yang melibatkan kanak-kanak. Ulaskan pernyataan di atas.

3

Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan pengambilan pelbagai produk makanan kesihatan kepada masyarakat’. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

4

Aktiviti pelancongan merupakan trend terkini masyarakat dunia yang gemar akan keindahan dan keunikan sesuatu destinasi pelancongan. Bincangkan kelebihan destinasi-destinasi pelancongan tersebut.

5

Novel yang dihasilkan oleh penulis negara ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat malahan novel tempatan kerap diadaptasikan menjadi sebuah drama atau filem untuk tontonan khalayak. Berdasarkan khalayak di atas, berikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat mengadaptasi novel dalam bentuk drama atau filem.

Halaman 42

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

MARA 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan remaja yang serba boleh. Huraikan kepentingan-kepentingan tersebut. Cadangan idea: 1. Aktiviti sukan melahirkan remaja yang cergas dari segi fizikal 2. Aktiviti sukan mampu membentuk disiplin diri remaja 3. Aktiviti sukan menyeimbangkan aspek kognitif, emosi dan kemahiran psikomotor remaja 4. Kem kepimpinan memupuk bakat kepimpinan / membina keyakinan diri remaja / memupuk permuafakatan / kerjasama dalam kumpulan 5. Kem kepimpinan membina keterampilan diri remaja / pembentukan personaliti diri remaja 6. Program kerohanian berupaya membentuk sahsiah terpuji 7. Program kerohanian membentuk kekuatan dalaman yang dapat menangkis gejala negatif / masalah sosial Soalan 2: Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian kemalangan yang melibatkan kanakkanak. Ulaskan pernyataan di atas. Cadangan idea: 1. Kecuaian ibu bapa dalam menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada pengasuh / orang gaji / pihak lain. 2. Kecuaian ibu bapa dalam mengawal aktiviti dan pergerakan anak-anak di tempat awam. 3. Kecuaian ibu bapa dalam memastikan kawasan persekitaran selamat (peralatan tajam, bahan beracun, barangan elektrik, tangga yang tidak berpagar, lantar yang licin). 4. Sikap ibu bapa yang tidak peka dengan situasi yang membahayakan kanak-kanak. 5. Sikap ibu bapa yang tidak memberikan panduan dan bimbingan berkaitan keselamatan (penggunaan peralatan elektrik, peralatan tajam). Halaman 43

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 3: Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan pengambilan pelbagai produk makanan kesihatan kepada masyarakat’. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Cadangan idea: 1. Pengambilan makanan kesihatan secara konsisten dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. 2. Mempelbagaikan pilihan pengguna untuk mendapatkan rawatan / kesihatan. 3. Dapat meningkatkan tahap kecerdasan / imunisasi seseorang. 4. Dapat meningkatkan keyakinan diri. 5. Menjadi punca penyakit sekiranya diambil secara berlebihan. 6. Pengambilan produk kesihatan tanpa mendapatkan khidmat nasihat doktor akan memudaratkan kesihatan 7. Kerosakan organ dalaman sekiranya tidak dikawal penggunaannya / bahan kimia yang berlebihan. 8. Masyarakat akan pasif untuk melakukan aktiviti senaman 9. Berlakunya pembaziran dan kerugian jika produk tersebut tidak berkesan.

Halaman 44

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 4: Aktiviti pelancongan merupakan trend terkini masyarakat dunia yang gemar akan keindahan dan keunikan sesuatu destinasi pelancongan. Bincangkan kelebihan destinasi-destinasi pelancongan tersebut. Cadangan idea: 1. Kepelbagaian budaya sesuatu negara / masyarakat di sesuatu destinasi – pakaian, makanan, adat warisan – Jepun, Sepanyol 2. Mempunyai keunikan kesan sejarah / monumen / bangunan – Piramid di Mesir, Collasuem di Rome, Tembok Besar China 3. Adanya kehijauan kawasan hutan yang masih terpelihara – Amazon di Brazil, Hutan Belum di Malaysia. 4. Kemasyhuran pusat beli-belah yang terkemuka – Harrods London, Paris 5. Keindahan pantai / terumbu karang / pulau – Gili Terawangan Bali, Krabi Thailand, Pulau Mabul Sabah 6. Kedinginan kawasan tanah tinggi / banjaran / gunung berapi yang mendamaikan – Grand Canyon di Amerika, Air Terjun Niagara 7. Kehebatan taman tema bertaraf dunia – Universal Studio Singapura, Disneyland Hong Kong 8. Kecanggihan seni bina bangunan / menara – Menara Eiffel di Paris, Menara Kuala Lumpur di Malaysia, Menara Burj Khalifah di Dubai 9. Tempat pelancongan berasaskan keagamaan – ziarah umrah Mekah dan Madinah, Sungai Ganges, Tembok Besar China, Wat di Thailand, Candi Borobudur, Indonesia dan Kemboja.

Halaman 45

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 5: Novel yang dihasilkan oleh penulis negara ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat malahan novel tempatan kerap diadaptasikan menjadi sebuah drama atau filem untuk tontonan khalayak. Berdasarkan khalayak di atas, berikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat mengadaptasi novel dalam bentuk drama atau filem. Cadangan idea: 1. Novel yang diterbitkan semakin laris jualannya. 2. Drama atau filem mendapat sambutan – kadar kepopularan tayangan drama meningkat 3. Penerbit drama atau filem mendapat keuntungan 4. Penulis mendapat royalti 5. Lebih banyak penulis menghasilkan karya yang bermutu 6. Stesen televisyen mendapat keuntungan daripada hasil tayangan 7. Peminat membeli novel selepas menonton filem atau drama – menggalakkan budaya membaca 8. Dapat memajukan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa – filem Hikayat Merong Mahawangsa Contoh novel: - Ombak Rindu - Gemersik Kalbu - Cinta 200% - Playboy itu suamiku - Bukit Kepong - Suamiku Encik Sotong - Adam dan Hawa - Uda dan Dara

Halaman 46

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

JOHOR (TANGKAK) 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Terdapat pelbagai nilai murni dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti yang telah anda sertai

2

Pelbagai media sosial masa kini mempengaruhi tahap ekonomi dan sosial masyarakat. Huraikan pendapat anda berdasarkan kenyataan tersebut.

3

Peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya sendiri. Tuliskan sebuah rencana bagi membincangkan langkah-langkah untuk mendidik pengguna jalan raya yang berhemah.

4

Pendidikan abad ke-21 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka untuk melahirkan modal insan yang berilmu. Ulaskan pendapat anda mengenai kepentingan ilmu dalam era globalisasi.

5

Tuliskan sebuah cerpen yang bertemakan penghargaan terhadap warga tua.

Halaman 47

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

JOHOR (TANGKAK) 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1 Cadangan isi: 1. Kepimpinan 2. Disiplin 3. Kerjasama 4. Toleransi 5. Berdikari Soalan 2 Cadangan isi: 1. Menambah pendapatan 2. Pasaran lebih luas 3. Memudahkan transaksi perniagaan 4. Mengeratkan hubungan masyarakat 5. Menambah kenalan Soalan 3 Cadangan isi: 1. Individu – mematuhi peraturan jalan raya 2. Ibu bapa – menjadi suri teladan kepada anak-anak 3. Pendidikan / sekolah – pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah 4. Media – penyebaran maklumat berkaitan keselamatan jalan raya 5. JPJ – pemantauan spesifikasi kenderaan / penguatkuasaan undang-undang Soalan 4 Cadangan isi 1. Diaplikasikan dalam kehidupan 2. Pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif 3. Berdaya saing 4. Mewujudkan hubungan diplomatik yang baik 5. Meningkatkan imej negara Halaman 48

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

JOHOR (SEGAMAT) 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina penampilan diri, daya kepimpinan, disiplin diri yang tinggi dan pelbagai sifat yang positif dalam kalangan pelajar. Bincangkan pernyataan di atas.

2

Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat dan efisien. Nyatakan pendapat anda tentang manfaat menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada golongan remaja.

3

Pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan untuk memudahkan masyarakat bergerak ke sesuatu destinasi. Namun begitu, masalah pengangkutan awam kerap menjadi rungutan dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, anda ingin menyediakan rencana yang bertajuk langkah-langkah meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia.

4

Kerjasama di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan bidang pendidikan dapat menyejahterakan kehidupan masyarakat sejagat. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh melalui jalinan kerjasama itu.

5

Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan sastera. Anda telah diminta oleh pihak redaksi majalah sekolah untuk menghasilkan sebuah cerpen yang bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua. Tulis cerpen itu selengkapnya.

Halaman 49

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

JOHOR (SEGAMAT) 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1 Calon perlu membincangkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membina penampilan diri, daya kepimpinan, disiplin diri yang tinggi dan pelbagai sifat yang positif. Huraian: Pelajar mestilah menghuraikan: 1. Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina penampilan diri. 2. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina daya kepimpinan. 3. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin dan pelbagai sifat positif yang relevan dan sesuai. Kemungkinan: 1. Pelajar tidak menyebut aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan (unit beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan) tetapi hanya menyebut kokurikulum secara umum. Markah di peringkat baik. 2. Pelajar hanya menghuraikan aktiviti kokurikulum sahaja. Markah di peringkat pencapaian minimum. 3. Pelajar tidak mengambil contoh yang diberi dalam soalan tetapi mengambil contoh lain yang relevan periksa seperti biasa. 4. Sekiranya calon merujuk kepada universiti dan bukan sekolah, markah di peringkat baik. Soalan 2 Pelajar menghuraikan pendapat tentang manfaat menguasai TMK kepada golongan remaja. 1. 2. 3. 4. 5.

Mudah mendapat maklumat tanpa perlu ke perpustakaan Menyiapkan tugasan dengan cepat Sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan Melahirkan generasi celik ilmu Mudah berhubung dengan rakan-rakan

Soalan 3 Pelajar mestilah menulis: Halaman 50

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

1. Jenis-jenis pengangkutan awam – contohnya perkhidmatan bas awam, teksi, kereta api, monorel, LRT dan sebagainya 2. Masalah-masalah pengangkutan awam yang menjadi rungutan masyarakat - contohnya tambang yang mahal, jadual perjalanan tidak tetap, sikap pemandu yang tidak berhemah dan lain-lain yang relevan 3. Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam 4. Jika pelajar tidak menulis berdasarkan format rencana – markah maksimum peringkat kepujian 5. Tolak markah jika tiada Tajuk – 1m, nama penulis – 1m Soalan 4 Pelajar mesti menghuraikan: 1. Bentuk-bentuk kerjasama dalam memartabatkan bidang pendidikan di peringkat antarabangsa. Jika pelajar hanya menjelaskan kerjasama pelbagai pihak di dalam negara – maksimum markah peringkat baik 2. Faedah-faedah yang diperoleh melalui jalinan kerjasama tersebut dalam menyejahterakan kehidupan masyarakat sejagat. Jika pelajar hanya menghuraikan menyejahterakan kehidupan masyarakat Malaysia sahaja – maksimum markah peringkat baik

Halaman 51

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

PAHANG 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

‘Membaca Jambatan Ilmu’ merupakan ungkapan yang sering didendangkan unduk menyuburkan budaya keilmuan dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, sebagai pelajar harapan sekolah, anda terpanggil untuk menyampaikan ceramah berkaitan tajuk di atas. Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

2

Ibu bapa merupakan suri teladan dalam membentuk tingkah laku anak-anak khususnya dalam memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan masyarakat. Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa dalam mengekalkan semangat kejiranan di Malaysia.

3

Penderaan dalam kalangan kanak-kanak meninggalkan kesan negatif dalam usaha melahirkan anggota masyarakat yang berwawasan. Sehubungan dengan itu, masyarakat dan kerajaan perlu bekerjasama membanteras perbuatan tersebut. Ulaskan.

4

Aktiviti pembakaran terbuka telah menjadi fenomena lazim dilakukan oleh negara-negara Asia Tenggara. Jelaskan kesan-kesan yang dialami oleh negara-negara terbabit dan negara=negara yang berjiran dengannya.

5

Yang buta penghembus lesung Yang pekak pembakar meriam Yang tepak penghalau ayam Yang bisu penyimpan rahsia Yang pendek bertinjau-tinjau Gurindam Dua Belas, Raja Ali Haji Gurindam di atas menunjukkan keistimewaan setiap orang dalam kehidupan meskipun dalam serba kekurangan, begitu juga dengan golongan orang kelainan upaya (OKU). Bincangkan usaha-usaha berkesan membantu golongan orang kelainan upaya hidup berdikari. Halaman 52

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SARAWAK (BELANGA) 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan penting dalam membangunkan dan memajukan negara ini, Ulaskan pernyataan di atas.

2

Usaha berterusan membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan yang berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?

3

Anda menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah ‘Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan Rakyat’. Tulis teks pidato itu selengkapnya.

4 5

Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa. Bincangkan. Di sana padi di sini padi, Padi huma dari seberang, Di sana budi di sini budi, Barulah nama disebut orang. Terdapat banyak pantun seperti pantun di atas yang memberikan pelbagai pengajaran kepada kita. Huraikan pengajaran–pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun-pantun sedemikian. Halaman 53

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

YAYASAN ISLAM KELANTAN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Pelajar yang bersahsiah tinggi merupakan aset penting sesebuah negara. Jelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.

2

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa generasi muda hari ini kurang berbudi bahasa. Huraikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk anak-anak agar sentiasa berbudi bahasa.

3

Kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya ‘Amalan Gaya Hidup Sihat’ masih lagi rendah. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh masyarakat kita agar mereka sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat?

4

Kemasukan pendatang asing tanpa izin boleh mendatangkan pelbagai impak buruk kepada sesebuah negara dan isu ini perlu disekat melalui kerjasama secara global. Bincangkan.

5

Anda telah membaca sebuah novel yang bertemakan semangat patriotik. Tulis sinopsis novel tersebut.

Halaman 54

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

YAYASAN ISLAM KELANTAN 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1 Cadangan idea: - Guru perlu mengajar / mendidik pelajar supaya sentiasa menghormati dan patuh ajaran guru - Sekolah mengadakan minggu disiplin untuk melahirkan pelajar sahsiah tinggi / mengatasi keskes ponteng - Menganjurkan gotong-royong kebersihan untuk melahirkan pelajar penyayang terhadap sekolah / mengatasi sikap pelajar membuang sampah - Sekolah menganjurkan kempen kesedaran – kempen datang awal ke sekolah untuk mengelakkan ponteng sekolah - Peranan pembimbing rakan sebaya dan guru kaunseling dipertingkatkan untuk mengatasi semua jenis disiplin - Menganjurkan lawatan ke sekolah-sekolah terbilang sebagai panduan untuk melahirkan sahsiah tinggi dan lain-lain Soalan 2 Cadangan idea: - Galakan kesedaran yang diberikan oleh ibu bapa sejak kecil - Membawa anak-anak menziarahi orang tua atau sanak saudara supaya anak pandai berbudi bahasa dengan orang tua - Ibu bapa perlu menjadi contoh atau role model kepada anak-anak – tunjuk budi bahasa yang baik kepada anak-anak - Sentiasa mengamalkan makan bersama dengan anak di rumah - Sentiasa amal nilai-nilai agama di rumah seperti solat berjemaah / baca al-Quran / cara berpakaian / salam - Kawalan yang tegas dan ketat oleh ibu bapa Soalan 3 Cadangan idea: - Menjaga pemakanan - Menjaga kesihatan diri / keluarga - Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan - Menjalankan aktiviti senaman - Menjauhi daripada amalan merokok / alkohol / dadah Halaman 55

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

- Sentiasa membaca tips amalan gaya hidup sihat Soalan 4 Cadangan idea: - Pertambahan penduduk - Jenayah - Pencemaran - Kos kerajaan semakin meningkat - Buruh tempatan terjejas - Hubungan serantau terjejas

Halaman 56

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SELANGOR (SIJANGKANG JAYA) 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Setiap pelajar mempunyai persediaan tersendiri untuk menghadapi peperiksaan agar memperoleh keputusan yang cemerlang, Jelaskan persediaan-persediaan yang anda lakukan sebelum menjelangnya musim peperiksaan awam.

2

Kes buli yang terjadi di sekolah sejak akhir-akhir ini telah memberi persepsi negatif orang ramai terhadap tahap keselamatan pelajar di sekolah. Bincangkan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah untuk membanteras masalah ini.

3

Kerajaan telah memperkenalkan slogan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Slogan tersebut ada kaitan dengan mewujudkan perpaduan kaum rakyat Malaysia. Anda tertarik untuk menulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang telah dan patut dilakukan kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum rakyat Malaysia dapat diperteguh. Tulis rencana anda.

4

Keadaan jerebu yang melanda negara telah menimbulkan pelbagai perdebatan dalam kalangan pemimpin ASEAN. Jelaskan peranan negara-negara serantau dalam menangani masalah ini tanpa menjejaskan hubungan antara negara tersebut.

5

Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat negara ini semakin berkurangan. Kemukakan cadangan anda yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai membaca karya sastera. Halaman 57

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SELANGOR (SIJANGKANG JAYA) 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Pendahuluan - Peperiksaan ialah perkara biasa dalam kehidupan seseorang yang masih belajar - Peperiksaan amat penting untuk menilai keupayaan dan potensi pelajar dalam sesuatu aspek atau mata pelajaran. - Terdapat dua jenis peperiksaan, iaitu peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam. - Peperiksaan pada peringkat sekolah adalah seperti ujian selaras, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun manakala contoh peperiksaan awam yang perlu diambil ialah UPSR, PT3, SPM dan STPM. - Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan termasuklah saya. - Strategi-strategi yang ampuh perlu saya ambil untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Cadangan idea: 1. Saya akan menetapkan visi atau matlamat untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM iaitu 10 A+ - Bagi saya, dengan adanya visi tersebut, saya seolah-olah bersemangat untuk belajar setelah membaca visi yang saya buat - Visi tersebut seolah-olah menjadi pendorong dan pembakar semangat saya selain kedua-dua ibu bapa saya. - Saya akan membuat dan menghias visi tersebut. - Saya akan menampalkan visi tersebut di dalam bilik tempat saya ulang kaji pelajaran - Saya akan membaca visi tersebut setiap kalu mahu belajar. 2. -

Merancang waktu belajar dengan menguruskan masa dengan efisien Sangat penting supaya dapat belajar secara sistematik dan terancang Mengelakkan saya daripada belajar pada saat-saat akhir Mendisiplinkan diri saya Allah SWT telah berfirman dalam surah al-As, iaitu ‘Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Halaman 58

SPM 2016 KERTAS 1 3. -

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Membuat ulang kaji Ulang kaji secara konsisten Menyiapkan diri dengan input dan maklumat tambahan Membuat nota ringkas supaya tidak cemas Pilih tempat ulang kaji yang kondusif supaya boleh belajar dengan tenang Membuat ulang kaji secara individu atau berkumpulan

4. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat - Makanan yang berkhasiat penting untuk memberikan tenaga dan menguatkan memori - Mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin, pelawas dan pelbagai nutrien lain - Membanyakkan makan buah-buahan dapat meningkatkan keimunan badan melawan penyakit. - Banyakkan minum air kosong kerana air kosong akan membekalkan oksigen kepada otak dan tubuh - Air kosong juga dapat mengekalkan suhu badan - Mengambil makanan yang dapat merangsang otak seperti kismis, kurma, madu lebah - Jangan makan makanan yang pedas dan masam. Makanan yang masam dapat melemahkan daya pemikiran - Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang dapat mengurangkan stres, mencerdaskan minda dan mencergaskan fizikal untuk belajar 5. -

Persediaan mental dan rohani Berfikiran positif Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk belajar Tidak mudah putus asa jika ada mata pelajaran yang susah dan sukar difahami Persediaan rohani penting untuk mendapatkan ketenangan Amalan mengikut agama masing-masing dijalankan – Islam / Muslim membaca al-Quran, solat lima waktu dan berdoa - Menghormati guru-guru, mentaati ibu bapa dan melakukan aktiviti kebajikan

Halaman 59

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 2: Cadangan idea: 1. Pihak sekolah dengan kerjasama daripada PIBG mengadakan Program Pemantapan Disiplin 2. Pihak sekolah hendaklah melibatkan PIBG dalam aktiviti sekolah seperti Sambutan Hari Guru, Hari Keluarga, Hari Terbuka dan sebagainya 3. Program Kerohanian yang melibatkan guru, ibu bapa dan murid juga perlu diadakan 4. Program permuafakatan antara sekolah, ibu bapa dan pihak polis perlu dijalankan setahun dua kali 5. Pihak PIBG perlu membantu sekolah untuk mengadakan Kamera Litar Tertutup Soalan 3 Pendahuluan: - Slogan diperkenalkan oleh Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 Cadangan idea: - Berusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi rakyat Malaysia - Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan murid selain memberikan sumbangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil - Rakyat diberi kebebasan bersuara asal sahaja tidak menyentuh sensitiviti kaum dan hal-hal berkaitan agama - Menggalakkan rakyat mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan - Memberi rakyat kebebasan beragama walaupun agama Islam sebagai agama rasmi - Memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat menikmati kekayaan ekonomi negara Soalan 4 Cadangan idea: - Perjanjian Kerjasama Dua Hala ASEAN - Cadangan kerjasama penguatkuasaan peraturan - Kerjasama pengawalan aktiviti pembakaran secara terbuka - Kerjasama pelaksanaan kempen antijerebu di negara masing-masing

Halaman 60

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 5 Cadangan idea: - Pihak sekolah (PSS) menambah bilangan buku-buku sastera dan karya agung sasterawan negara - Mengadakan pertandingan mengulas buku-buku dan karya sastera. Setiap kelas ada satu sudut sastera - Peranan ibu bapa memberikan pendedahan karya sastera kepada anak-anak – menghadiahkan buku sastera kepada anak-anak – perpustakaan mini di rumah – ibu bapa bercerita atau membaca karya sastera kepada anak-anak - Media massa memainkan peranan untuk mempromosikan bahan dan karya sastera – memberikan maklumat tentang karya sastera yang baru di pasaran dan memudahkan orang ramai untuk mendapatkannya – mengadakan pelbagai kuiz, silang kata, pertandingan sajak, syair untuk menarik minat orang ramai - Kerajaan mengadakan pameran karya sastera dan kempen menghayati karya sastera – memberikan ruang dan peluang orang ramai mengenali karya sastera – pengurangan cukai terhadap penerbitan bahan sastera wajar dilakukan bagi menggalakkan syarikat yang mahu menerbitkan bahan sastera - Pihak NGO membantu untuk menerbitkan bahan sastera, bukan mementingkan keuntungan semata-mata – Persatuan Karya-karya Sastera bangkit melindungi karya-karya penulis agar tidak ada yang mengeksploitasikan karya mereka agar mereka terus berkarya

Halaman 61

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SMJK JIT SIN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk "Masa Berkualiti Kehidupan Sempurna". Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

2

Pendidikan melalui talian menjadi kaedah terkini dalam dunia pendidikan di Malaysia. Nyatakan faedah pendidikan melalui talian dan langkah-langkah untuk memperluas pendidikan online di negara kita.

3

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya perbezaan penghayatan semangat kejiranan antara masyarakat zaman dahulu dengan masyarakat zaman sekarang.

4

Kegiatan pengganas dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang meletupkan bangunanbangunan tertentu di beberapa buah negara telah menyebabkan kesengsaraan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejagat. Huraikan kesan masalah keganasan antarabangsa dan sarankan langkah untuk mengatasi masalah ini.

5

Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Petikan Puisi Erti Hidup Bererti di atas menjelaskan warga tua kurang mendapat perhatian dan dihormati oleh generasi muda.Huraikan pendapat anda,mengapakah keadaan sedemikian berlaku serta usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani fenomena ini? Halaman 62

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SMJK JIT SIN 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1 Cadangan isi: P1 Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.  Masa telah ditetapkan tidak disia-siakan.  Ketepatan masa menyebabkan pembahagian masa lebih teratur.  Jadual pengurusan masa dipatuhi agar aktiviti tidak tertangguh. Masa Itu Emas Bertangguh itu pencuri masa P2 Membentuk keperibadian yang utuh kerana mendisiplinkan diri.  Berazam untuk tidak suka bertangguh atau membazir masa.  Menyudahkan sesuatu tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Sentiasa menepati masa tanpa sebarang alasan.  Merancang aktiviti dan menghadirinya berdasarkan ketetapan masa. Tidak mahu timbul penyesalan akibat mengabaikan masa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. P3 Menjalinkan hubungan yang baik sesama keluarga, rakan dan masyarakat.  Memastikan agar sentiasa mempunyai masa untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak.  Komunikasi dengan pelbagai pihak akan menjamin kesejahteraan hidup  Melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dalam masa yang dirancang.  Merancang untuk aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, riadah atau rekreasi. Sentiasa komited dengan masyarakat dan tidak bersikap memencilkan diri. Seperti katak di bawah tempurung. P4 Mampu mengelakkan diri daripada gejala sosial yang semakin serius.  Sememangnya tiada ruang untuk melakukan sesuatu yang di luar kewarasan minda.  Masa diisi dengan pelbagai aktiviti yang mampu membentuk kemahiran dan keyakinan dalam diri.  Menghadiri pelbagai aktiviti yang dirancang masanya secaranya berkala.  Menghadiri perkhemahan dan aktiviti kokurikulum anjuran pelbagai pihak. Halaman 63

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Bersungguh-sungguh untuk menyertai aktiviti yang dirancang atau dianjurkan oleh pihak tertentu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. P5 Mempunyai kemandirian dalam kehidupan dan sentiasa berwawasan  Rasional serta kreatif dalam merancang masa untuk sesuatu yang bermakna.  Memastikan kesempurnaan diri merangkumi fizikal, mental dan emosi serta peka akan persekitaran.  Melaksanakan aktiviti dengan pengurusan masa yang sempurna agar mampu merangsang kepada kejayaan hakiki.  Fokus kepada kecenderungan yang bermanfaat seperti bermain muzik atau bersukan Kejayaan akan dicapai jika ada kesungguhan. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Soalan 2 Pengenalan  didapati bahawa lebih daripada 90 peratus sekolah di Malaysia memiliki jaringan Internet dan laman sesawangnya sendiri.  Walaupun begitu, dijangkakan bahawa dalam sedikit masa lagi, konsep pendidikan yang bercorak melalui talian akan menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang penting di semua institusi pendidikan di negara ini.  Kaedah pembelajaran secara online mempunyai pelbagai kelebihan, khususnya dalam era teknologi maklumat yang menguasai pelbagai bidang pada masa sekarang. Faedah P1 Faedah pendidikan melalui talian ialah sifatnya yang interaktif dan menyeronokkan.  Proses pembelajaran melalui talian yang menggunakan grafik, visual, animasi, audio dan sebagainya mampu menarik minat murid-murid.  Tambahan pula, melalui penggunaan melalui talian, mereka dapat mengurangkan kebosanan semasa mengikuti pelajaran di sekolah atau melakukan ulang kaji di rumah.  Misalnya, Portal Pendidikan Utusan Malaysia melalui laman sesawangnya, iaitu www. tutor.com.my menyediakan ruangan Permainan Interaktif yang bukan sahaja menghiburkan malahan berunsurkan pelajaran. P2 Pendidikan melalui talian juga memudahkan aktiviti pembelajaran Halaman 64

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

 maklumat pendidikan boleh diakses dan dihantar kepada pengguna dengan cepatnya selain menjimatkan masa dan kos.  Contohnya, penggunaan e-mel memudahkan tugasan dihantar dan diterima dalam masa yang singkat.  Bukan itu sahaja, melalui pendidikan melalui talian juga murid-murid dapat berkomunikasi sesama sendiri atau dengan guru menerusi ruangan 'sembang' di Internet.  Tambahan pula, pendidikan melalui talian memudahkan murid-murid mencari sebarang maklumat tentang pelajaran hanya dengan menaip satu atau dua perkataan di ruang penjana Internet seperti Yahoo dan Google. Usaha P3 memperkenalkan mata pelajaran komputer kepada murid-murid.  Pengenalan mata pelajaran ini bertujuan untuk memupuk budaya celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah dan membiasakan murid-murid dengan pendidikan melalui talian.  Sebagai contoh, murid-murid perlu didedahkan dengan ilmu komputer dan menjalani ujianujian tertentu sama seperti mata pelajaran lain.  Usaha ini perlu dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama syarikat IT di Malaysia seperti TM Net. P4 Peruntukan khusus bagi pendidikan melalui talian  Satu keperluan untuk memperluas pendidikan ini di Malaysia kerana kosnya amat tinggi.  Namun begitu, pengorbanan dari segi wang ringgit perlu untuk menikmati manfaat yang hebat bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.  Setakat ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan kepada projek yang berkait rapat dengan pendidikan melalui talian, iaitu Projek 'Wireless Technology', Projek Sekolah Bestari dan Projek SchoolNet.  Kerajaan juga harus memberikan peruntukan bagi menyediakan guru-guru yang mahir dengan kaedah pendidikan melalui talian agar projek yang gah ini tidak menjadi gajah putih. P5 Pengenalan kaedah pembelajaran alternatif di sekolah di seluruh Malaysia.  Melalui kaedah pembelajaran alternatif, murid- murid dapat belajar dari rumah atau di manamana sahaja.  Contoh kaedah pembelajaran alternatif ialah Program Usahawan Pendidikan Skor A yang sesuai untuk bidang pendidikan dan perniagaan.

Halaman 65

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

 Selain itu, My E-Tutor.com ialah perkhidmatan tutorial Internet yang pertama seumpamanya di dunia.  Pembayaran yang mudah dengan harga langganan yang berpatutan mengembangkan My ETutor. com dalam kalangan murid di sekolah rendah dan menengah. Kesimpulan  Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha untuk memperluas sistem pendidikan melalui talian di Malaysia.  Hal ini demikian kerana banyak manfaat yang dapat dinikmati daripada pelaksanaan sistem pendidikan melalui talian ini.  Oleh itu, diharapkan sistem pendidikan melalui talian menjadi trend dalam sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

Halaman 66

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 3 Pengenalan  Masyarakat zaman dahulu mengiktiraf jiran sebagai darah daging mereka sendiri. Segala susah senang dikongsi bersama-sama.  Mereka akan bantu-membantu tanpa sedikit pun perasaan dengki atau iri hati.  Jika kita dapat menyaksikan corak kehidupan masyarakat pada zaman dahulu, kita akan sukar untuk mereka sama ada mereka hanyalah jiran atau adik-beradik kerana hubungan mereka terlalu akrab.  Masyarakat zaman sekarang pula lebih mementingkan keluarga sendiri dan pekerjaan sahaja tanpa mempedulikan jiran tetangga.  Kehidupan masyarakat sekarang umpama enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.  Sebagai persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan penghayatan semangat kejiranan antara kedua-dua masyarakat ini? P1 Masyarakat zaman dahulu sentiasa menghayati agama secara bersungguh- sungguh termasuklah soal semangat kejiranan.  Mereka sentiasa menegur dan membantu antara satu sama lain.  Agama yang dipelajari menyebabkan mereka tidak pernah bersikap bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.  Mereka tidak mementingkan diri sendiri malah mengutamakan jiran yang tiada kaitan adikberadik dengan mereka.  Mereka mengamalkan semangat kejiranan secara ikhlas kerana amalan tersebut merupakan tuntutan agama. P2 Masyarakat zaman dahulu dapat menghayati semangat kejiranan kerana mereka mempunyai banyak masa terluang.  Kebanyakan ahli masyarakat hanya bekerja separuh hari.  Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, waktu yang diperlukan hanyalah beberapa jam sahaja.  Waktu yang selebihnya digunakan untuk menyantuni jiran.  Bagi wanita pula, mereka mempunyai masa untuk memasak dan menghulurkan sedikit makanan kepada jiran.

Halaman 67

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

 Masa terluang akan digunakan oleh golongan wanita untuk bertanya khabar. Sebagai contohnya, pada waktu petang masyarakat akan berkumpul di suatu tempat untuk berbualbual atau melakukan apa-apa aktiviti bersama-sama. P3 Kedudukan rumah yang tidak dipisahkan oleh tembok juga menyebabkan masyarakat zaman dahulu dapat menghayati semangat kejiranan.  Kedudukan rumah pada zaman dahulu seolah-olah tiada sempadan dengan rumah di sebelahnya.  Semangat saling menyayangi dan menghormati wujud dalam masyarakat ketika itu kerana tiada pagar yang memisahkan mereka.  Mereka seolah-olah saling memiliki kawasan rumah.  Bukan sahaja kawasan rumah mereka disatukan malah hati mereka juga bersatu.  Sebagai contohnya, rumah- rumah di kampung yang tidak berpagar menyebabkan jiran-jiran dapat bertegur sapa dan berkunjung sesama jiran pada bila-bila masa sahaja. P4 Masyarakat zaman sekarang terlalu materialistik menyebabkan mereka gagal menghayati semangat kejiranan yang sebenar.  Kebanyakan masyarakat sekarang keluar rumah pada awal pagi dan balik pada waktu malam menyebabkan mereka tidak mengenali Jiran.  Anak-anak mereka yang dihantar ke rumah pengasuh berasa kekok untuk berinteraksi dengan jiran sendiri.  Bagi mereka, setiap perkara yang ingin dilakukan perlu dikira untung rugi terlebih dahulu.  Sebagai contohnya, masyarakat sekarang asyik memikirkan cara untuk mengumpul kekayaan dan tiada sedikit pun perasaan untuk memikirkan keperluan jiran.  Jadi, sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap materialisme yang wujud dalam diri masyarakat sekarang menyebabkan mereka tidak dapat menghayati semangat kejiranan seperti masyarakat terdahulu. P5 Keadaan di luar rumah yang diuar-uarkan sebagai bahaya menyukarkan masyarakat sekarang untuk membenarkan anak-anak bergaul dengan masyarakat sekeliling.  Berita yang dipaparkan berkaitan penculikan kanak-kanak dan sebagainya menambahkan lagi kegusaran masyarakat.  Mereka telah hilang kepercayaan antara satu sama lain.  Hal ini demikian menyebabkan anak-anak membesar sebagai masyarakat yang tidak mengenali jiran lantas tidak mampu menghayati semangat kejiranan. Halaman 68

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

 Sebagai contohnya, anak-anak zaman sekarang berasa takut apabila didekati orang yang tidak dikenali sedangkan orang tersebut ialah jirannya sendiri.  Jadi, jelaslah bahawa keadaan sekarang yang dikatakan bahaya menyebabkan anak-anak terdidik untuk tidak mengenali jiran dan terus membesar sebagai masyarakat yang tidak menghayati semangat kejiranan. Kesimpulan  Berdasarkan perbandingan yang telah dinyatakan, terbuktilah bahawa terdapat perbezaan besar antara masyarakat zaman dahulu dengan masyarakat sekarang dalam aspek penghayatan semangat kejiranan.  Pelbagai prakarsa perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak berautoriti untuk memastikan semangat kejiranan tidak terus luntur dalam kehidupan masyarakat.  Pemimpin masyarakat juga perlu menyusun program khas bagi memastikan semangat kejiranan terus terpelihara dalam masyarakat zaman sekarang supaya mereka dapat hidup bagi aur dengan tebing.  Media massa yang canggih sekarang diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti semangat kejiranan.  Hal ini dikatakan demikian kerana semangat kejiranan merupakan asas kemajuan sesebuah negara.  Sesungguhnya penghayatan semangat kejiranan merupakan tunjang utama keutuhan masyarakat dan negara. Soalan 4 Pengenalan  Keganasan - Pengeboman , pembunuhan diri dan penculikan untuk mencapai tuntutan politik .  Disebabkan penentangan ideologi , kegawatan ekonomi , dan kelemahan pemerintahan .  England - melakukan keganasan di stesen MRT - membunuh banyak rakyat Britain - 2005  Membunuh orang yang tidak berdosa dan menyebabkan penderitaan . Kesan P1 Keselamatan terancam  Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan .  Pemimpin menyalakan api keganasan dan menghasut penyokong berbuat demikian .  Bersifat kegilaan dan hilang perasaan rasional mereka .  Mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan bertindak liar .  Menggugat keselamatan dan keamanan kawasan tempatan . Halaman 69

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

P2 Ekonomi terjejas  Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur .  Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian .  Indonesia - tunjuk perasaan dan keganasan berlaku - pembunuhan .  Ekonomi Indonesia tidak pulih dan bertambah teruk .  Serangan pengganas Pusat Dagangan Dunia di Amerika 2001 - jejas ekonomi dunia .  Perdagangan antarabangsa merosot kerana peniaga tidak berani melawat . P3 Pelancongan tergugat  Perampasan kapal terbang dan mengebom bangunan menyebabkan pelancong takut .  Tidak berani ke negara yang dilanda pergolakan politik keganasan .  Agensi pelancongan melaporkan kemerosotan perniagaan .  Ekonomi China , Amerika dan Australia yang bergantung kepada pelancongan terjejas .  Syarikat penerbangan menghadapi kerugian yang besar .  Pemandu pelancong dan kakitangan agensi pelancongan menganggur . Langkah P4 Pasukan Keselamatan  Polis dan tentera bertindak dengan cepat terhadap keganasan .  Mengelakkan keganasan merebak dengan serius .  Pencetus rusuhan dan tunjuk perasaan dikenakan hukuman berat .  Membuat undang-undang khas untuk menyenangkan tindakan segera .  Malaysia menggunakan ISA untuk menentang pengganas .  Mengekalkan keselamatan dan keamanan negara kita . P5 Kerjasama Antarabangsa  Komuniti antarabangsa berganding bahu mencegah keganasan yang ada rangkaian antarabangsa .  Jabatan perisikan bertukar maklumat kegiatan pencetus rusuhan .  Pengambilan tindakan segera seperti menangkap Hambali di Thailand .  Latihan bersama antara polis dan tentera antara negara maju dan mundur .  Menyekat aliran wang kumpulan pengganas di dunia .  Jabatan Imigresen mestilah berkesan melakukan kerja penapisan . Kesimpulan  Penduduk dunia haruslah faham keganasan menghalang kemajuan .  Tanpa keganasan, kemajuan negara terjamin Halaman 70

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Soalan 5 Pengenalan  Warga tua merujuk kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun.  Mereka merupakan ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita.  Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.  Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.  Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.  Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus dibendung supaya tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang. Faktor P1 Sikap manusia itu sendiri.  Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini, mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah membebankan.  Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan.  Di samping itu, masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap warga emas yang kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka.  Perbuatan ini dianggap tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka.  Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh oleh mereka semasa tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian. P2 Tindakan ibu bapa itu sendiri.  Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanakkanak  mungkin semasa kecil kedua-dua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera  Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua-dua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu.  Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.

Halaman 71

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

Usaha P1 Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua.  Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak.  Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk keluarga.  Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya.  Sebagai anak, kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur.  Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.  Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit. P2 Guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua.  Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka.  Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.  Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka.  Hal ini demikian kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa.  Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut. P3 kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua.  Kerajaan dan pihak swasta hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing.  Kedua-dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua.  Sebagai contoh, rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka.  Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan.  Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta.  Keprihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua. P4 Peranan Media massa  Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internat boleh menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua. Halaman 72

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

 Sebagai contoh, rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu ’Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif.  Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua. Kesimpulannya  pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua.  Tanpa mereka siapalah kita.  Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga.  Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan, membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.

Halaman 73

SPM 2016 KERTAS 1

BAHASA MELAYU KARANGAN (BAHAGIAN B)

SMK CHUANG HUA MIRI 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1

Masalah pelajar tidak mematuhi peraturan sekolah semakin membimbangkan. Anda selaku ketua pelajar ingin membuat laporan berkaitan perkara tersebut dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya untuk diserahkan kepada pengetua sekolah. Tulis laporan tersebut.

2

Semangat kejiranan semakin dilupakan oleh masyarakat kita. Usaha-usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Bincangkan.

3

Rungutan tentang masalah kenaikan harga barang semakin banyak kedengaran pada masa ini. Tulis rencana tentang peranan pelbagai pihak dalam menangani masalah ini.

4

Masalah bencana alam yang semakin banyak berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh sikap masyarakat dunia yang tidak bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Bincangkan.

5

Sempena kempen sambutan kemerdekaan Malaysia, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan penulisan cerpen yang bertemakan patriotisme. Anda berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

Halaman 74