TAHAP KESEDIAAN, SIKAP DAN AMALAN GURU BAHASA

Download signifikan antara kesediaan, sikap dan amalan guru dengan pengalaman mengajar dalam penggunaan peta pemikiran i-. Think. ... tentang penggu...

2 downloads 609 Views 96KB Size
TAHAP KESEDIAAN, SIKAP DAN AMALAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK Salina Md.Yunas1 & Zamri Mahamod2 1 Sk. Kem Terendak 2, Melaka [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana tahap kesediaan, sikap dan amalan guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 186 orang guru bahasa Melayu di 49 buah sekolah rendah di daerah Alor Gajah, Melaka. Data kajian dianalisis dalam bentuk inferensi. Analisis inferensi melibatkan ujian-t tidak bersandar dan korelasi Pearson. Hasil dapatan ujian-t tidak bersandar menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina. Sebaliknya, terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap penggunaan peta pemikiran iThink berdasarkan opsyen. Seterusnya, hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara kesediaan, sikap dan amalan guru dengan pengalaman mengajar dalam penggunaan peta pemikiran iThink. Implikasi kajian ini ialah agar guru bahasa Melayu dapat mempertingkat kesediaan, pengetahuan dan amalan mereka tentang penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran bahasa Melayu. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu menganjurkan lebih banyak kursus atau latihan tentang penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran bahasa Melayu bagi meningkatkan tahap kemahiran dan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru bahasa Melayu. Kata kunci: Peta pemikiran i-Think, kesediaan, sikap, amalan dan guru bahasa Melayu ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the degree of readiness, attitude and practice of bahasa Melayu primary school teachers in implementing i-Think map. This study was carried out using survey design using questionnaire as a research instrument. The respondents of the study consisted of 186 school teachers in 49 primary schools in Alor Gajah district, Melaka. The data were analyzed in inferential form. Inferential analysis involves independent t-tests and Pearson correlation. The findings of the independent t-test showed that there was no significant difference in the attitude of the teachers towards implementing i-Think map based on gender. On the other hand, there was a significant difference in the attitude of the teachers towards implementing i-Think map based on the option. Furthermore, Pearson's correlation analysis showed that there was significant relationship between readiness, attitude and practice of teachers with teaching experience in implementing i-Think maps. This research will serve as a medium to help Bahasa Melayu primay teachers in enhancing their readiness, knowledge and practices regarding their i-Think map usage in teaching and learning process. In addition, the school administrators, the Education Ministry and the State Education Department need to organize more courses or training to elevate the usage of i-Think map of the teachers in the classroom. Keywords: i-Think map, readiness, attitude, practice, bahasa Melayu primary school teachers

PENGENALAN

Tranformasi pendidikan negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan seterusnya pengenalan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menurut Sharifah Nor (2012) akan berfokus kepada daya pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) akan berteraskan kemahiran dan strategi berfikir yang memerlukan penggunaan kaedah yang terancang agar dapat mengembangkan minda murid berdasarkan standard kurikulum baharu yang telah diperkenalkan KPM (KPM 2001). Bagi merealisasikan tuntutan transformasi tersebut, program i-Think diperkenalkan menggunakan pendekatan seluruh sekolah atau whole school approach yang memberi latihan kepada pentadbir, guru dan murid dalam proses PdPc. i-Think bermaksud innovative thinking atau pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif . Program ini adalah hasil kerjasama KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Sebagai langkah awal, 10 buah sekolah yang terdiri daripada 6 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah akan menjadi perintis sebelum diperkembangkan ke seluruh sekolah 767

di Malaysia pada tahun 2014 (PPPM 2013-2025). Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada peta pemikiran. Peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Peta pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentasi kurikulum. Pendedahan guru terhadap i-Think secara interaktif memberikan dimensi baharu kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, iaitu dengan meletakkan elemen-elemen grafik dalam PdPc. Kajian yang dibuat oleh Nor Azura (2008), menunjukkan bahawa penggunaan unsur grafik dan warna dapat menarik minat dan perhatian murid. Pada dasarnya, amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam PdPc telah digunakan sejak dulu lagi. Hal ini bertujuan untuk pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya (Buzan 2004). Menurut sulaiman et al. (2011) antara alat berfikir yang berfungsi untuk pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran berfikir adalah soalan dan penyoalan, pengurusan grafik (pg), peta konsep, six thinking hats, peta minda buzan (pmb), alat cort atau cognitive research trust dan lain-lain. Alat-alat berfikir ini diperkenalkan bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat penaakulan. Namun, pmb adalah alat berfikir yang sangat popular dan amat berguna dalam kehidupan harian mahupun akademik (buzan 2005a).

PERNYATAAN MASALAH

Perubahan dalam sistem pendidikan yang berlaku ini memerlukan warga guru terutamanya guru bahasa Melayu mentranformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih. Hal ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi guru untuk kemajuan murid. Bagi mencapai hasrat negara untuk memastikan kemenjadian dan keberhasilan murid, maka di bahu gurulah terletaknya tanggungjawab tersebut. Menurut Esah (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada murid pada setiap hari. Manifestasi daripada pernyataan tersebut, memberikan permasalahan utama dalam kajian ini yang berkaitan dengan aspek kesediaan iaitu, guru perlu mempunyai kesediaan dalam mempelbagaikan, mengatur dan melaksanakan strategi pengajaran yang bersesuaian ketika proses PdPc di dalam bilik darjah. Menurut kajian Tay Meng Guat (2003), didapati 84.8 peratus murid tidak berminat dan malas untuk belajar bahasa Melayu adalah disebabkan penggunaan strategi yang tidak berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Che Zanariah dan Fadzilah (2011), guru masih mengalami pelbagai masalah dalam proses PdPc, iaitu guru masih lagi lemah mengaplikasikan strategi pengajaran mereka bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik minat murid. Oleh itu, kesediaan guru bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi PdPc di dalam bilik darjah (Zamri 2011). Selain itu, isu yang dapat diketengahkan dalam kajian ini ialah berkaitan dengan aspek sikap iaitu guru kurang menerapkan elemen KBAT dalam proses PdPc di dalam bilik darjah. Menurut A. Rahman, Jamaludin dan Zamri (2015), kebanyakan guru tidak menekankan kemahiran berfikir kepada murid-murid dalam pengajaran mereka. Kenyataan ini turut disokong oleh kajian Tengku Fairus (2015), dapatan kajian menunjukkan bahawa proses PdPc di bilik darjah masih di aras rendah yang mana kurang dan tidak menyokong penguasaan kemahiran berfikir oleh murid. Pemasalahan ini juga selari dengan kajian Siti Zabidah (2006), Rahimah (2016) dan Nor Hazmaliza (2016) mendapati guru bahasa Melayu masih belum dapat menyebatikan KBAT dalam proses PdPc. Seterusnya, kesukaran murid untuk mengingat rumus-rumus bahasa dan fakta-fakta dalam penulisan merupakan isu dalam aspek amalan yang dapat menggalakkan guru untuk menggunakan peta pemikiran i-Think dalam PdPc. Zamri (2012) telah menyatakan bahawa terdapat pelbagai inovasi yang boleh digunakan oleh guru bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memastikan proses PdPc tidak lagi terikat dengan kaedah tradisional. Menurut Abdul Rahim (2000), penggunaan peta minda juga dapat memudahkan pemikiran murid, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan murid dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. Kajian ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Lee dan Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu murid membentangkan idea-idea bernas dan baharu. Oleh itu, guru sebagai agen perubahan pendidikan perlu mengambil langkah drastik dengan menerapkan peta pemikiran sebagai alat kemahiran berfikir dalam PdPc khususnya bagi mata pelajaran bahasa Melayu. David Hyerle (2011) yang memperkenalkan peta pemikiran sebagai satu bahan untuk berfikir menjelaskan bahawa, peta pemikiran dapat menggalakkan metakognisi dan perkembangan kognitif yang berterusan untuk murid tidak kira dalam bidang kerjaya dan

768

akademik serta dapat menambah komponen seni dan kinestetik bagi murid yang belajar mengikut aturan dalam pembelajaran. OBJEKTIF KAJIAN

i.

Mengenal pasti amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan jantina guru. ii. Mengenal pasti amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan opsyen guru. iii. Menganalisis hubungan antara tahap kesediaan, sikap dan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan pengalaman mengajar. PERSOALAN KAJIAN

1. 2. 3.

Adakah terdapat perbezaan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan jantina guru? Adakah terdapat perbezaan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan opsyen guru? Adakah terdapat hubungan antara tahap kesediaan, sikap dan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan pengalaman mengajar?

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan. Menurut Mohd Majid (2004), kaedah penyelidikan kuantitatif dipilih kerana kaedah ini menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk angka dan ukuran. Kaedah tinjauan dipilih kerana sesuai untuk ditadbir ke atas sampel dalam masa yang terhad. Selain itu, reka bentuk kajian ini tidak mengganggu guru untuk melakukan tugas seharian mereka. Reka bentuk kajian ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik sebagai alat kajian bertujuan untuk memperoleh data dalam bentuk ukuran kuantitatif. Populasi dan Sampel Kajian

Populasi yang dipilih dalam kajian ini melibatkan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Melaka. Sebanyak 49 buah sekolah rendah yang menjadi populasi dalam kajian ini, iaitu melibatkan seramai 360 orang guru (data PPD Alor Gajah, Melaka 2017). Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini pula seramai 186 orang. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah yang mana semua dalam populasi mempunyai potensi untuk dipilih sebagai sampel kajian. Ini berdasarkan jadual penentu saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan (1970) dalam Azizi et al. (2007). Instrumen Kajian

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dalam kajian ini. Set soalan diadaptasikan oleh pengkaji menggunakan bahasa Melayu berdasarkan soal selidik Hazlin (2016) berkaitan kajian i-Think ini. Instrumen soal selidik ini merangkumi empat bahagian utama iaitu : Bahagian A : Maklumat Demografi Responden Bahagian B : Tahap Kesediaan Guru Berkaitan Peta Pemikiran i-Think Bahagian C : Sikap Guru Terhadap Peta Pemikiran i-Think. Bahagian D : Amalan Guru Dalam Menerapkan Peta Pemikiran i-Think. Menurut Fawler (2009), pemilihan soal selidik sebagai instrumen adalah berdasarkan kepada ciri-cirinya yang mudah dikendalikan, menjimatkan masa, tenaga dan kos terutamanya semasa proses menganalisis data dijalankan, mudah serta sesuai untuk semua responden. Bahagian A mengandungi enam item tentang maklumat demografi responden. Bahagian B mengandungi dua belas item yang berkaitan dengan tahap kesediaan terhadap peta pemikiran i-Think. Bahagian C juga melibatkan dua belas item sikap terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think manakala bahagian D mengandungi lapan item tentang amalan kekerapan penggunaan peta pemikiran i-Think sewaktu pengajaran. Skala Likert lima mata digunakan bagi tujuan ini. Menurut Abu Bakar (1995) skala Likert dipilih kerana nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan juga memberi peluang

769

kepada responden membuat pilihan yang tepat berdasarkan darjah penerimaan responden. Pada bahagian B, C dan D skala Likert digunakan iaitu 1 ialah aras yang terendah manakala 5 ialah skala yang tertinggi. Analisis Data

Kajian ini menggunakan analisis inferensi. Jadual 1 menunjukkan dengan jelas jenis analisis kajian yang dijalankan berdasarkan objektif kajian yang dibina. Jadual 1. Objektif dan Jenis Analisis Kajian

Bil. 1.

2.

3.

Objektif Kajian Mengenal pasti perbezaan tahap amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan jantina. Mengenal pasti perbezaan tahap amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan opsyen guru. Menganalisis hubungan antara tahap kesediaan, sikap dan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan pengalaman mengajar.

Jenis Ujian Analisis inferensi : Ujian-t tidak bersandar

Analisis inferensi : Ujian-t tidak bersandar

Analisis inferensi : Korelasi Pearson

DAPATAN KAJIAN Persoalan Kajian Pertama

Adakah terdapat perbezaan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan jantina guru? Jadual 2. Perbezaan Amalan Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran i-Think Berdasarkan Jantina Guru

Amalan Min Sisihan Piawai

Lelaki 58 2.98 0.72

Jantina Perempuan 128 3.07 0.84

T

Sig.

2.017

0.054

Persoalan pertama dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar. Pemilihan ujian ini bagi mengenal pasti perbezaan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina. Jadual 2 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina dengan nilai t = 2.017 dan sig = 0.054 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan guru perempuan (min = 3.07 dan SP = 0.84) mempunyai amalan pelaksanaan penggunaan peta pemikiran i-Think yang lebih tinggi berbanding dengan guru lelaki (min = 2.98 dan SP = 0.72). Ini menunjukkan hipotesis nul (Ho2) diterima atau tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina. Keputusan ujian menunjukkan bahawa jantina tidak mempengaruhi amalan pelaksanaan penggunaan peta pemikiran i-Think. Perbezaan nilai skor min bagi kedua-dua jantina tidak cukup besar untuk menolak hipotesis nul (Ho2). Perbezaan ini hanya disebabkan oleh nilai ralat piawai min yang besar yang wujud dalam data kajian. Persoalan Kajian Kedua

Adakah terdapat perbezaan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdPc di dalam bilik darjah berdasarkan opsyen guru? Jadual 3. Perbezaan Amalan Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran i-Think Berdasarkan Opsyen Guru

Min

Opsyen Ya 130 3.07

Tidak 56

T

Sig.

3.50

0.00

770

Bagi mengenal pasti perbezaan tahap amalan guru berdasarkan opsyen, hasil dapatan menunjukkan nilai sig = 0.00, maka wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan guru berdasarkan opsyen mereka (t = 3.50, p<0.05). Hal ini menunjukkan hipotesis nul ditolak dan pengkaji membuat keputusan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan opsyen. Nilai skor min yang lebih tinggi dalam tahap amalan guru berdasarkan opsyen menunjukkan bahawa tahap amalan guru berdasarkan opsyen dapat meningkatkan penggunaan peta pemikiran i-Think.

Persoalan Kajian Ketiga

Adakah terdapat hubungan antara tahap kesediaan, sikap dan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan pengalaman mengajar? Jadual 4. Hubungan antara Tahap Kesediaan, Sikap dan Amalan Berdasarkan Pengalaman.

Pengalaman Mengajar

Kesediaan

Sikap

Amalan

Korelasi Pearson

0.003

0.151*

0.072

Sig. (2 hujung)

0.971

0.039

0.329

N

186

186

186

* korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-hujung) **korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung) Berdasarkan Jadual 4 didapati konstruk kesediaan, sikap dan amalan secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan peta pemikiran i-Think iaitu nilai signifikannya adalah 0.00 (p<0.05). Bagi pengalaman mengajar, kekuatan hubungannya dengan kesediaan didapati berada pada tahap yang lemah iaitu r = 0.00. Walaupun seseorang guru itu mempunyai pengalaman yang banyak, tetapi tahap kesediaan yang rendah kerana konsep peta pemikiran i-Think ini baru diperkenalkan bermula pada tahun 2014. Hal ini menyebabkan hubungan ini mempunyai tahap yang rendah. Manakala, pengalaman mengajar dengan sikap kekuatan hubungannya adalah sangat lemah iaitu r = 0.15. Begitu juga halnya dengan tahap hubungan antara pengalaman mengajar dengan sikap guru iaitu menunjukkan kekuatan hubungan yang lemah. Hal ini demikian kerana sikap guru untuk menerima sesuatu yang baharu mengambil masa yang lama untuk diaplikasikan dalam proses PdPc di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan amalan secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang sederhana kuat dengan nilai pekali korelasi r = 0.07. Oleh itu, maka hipotesis nul ketiga (Ho3) ditolak. Hal ini menunjukkan wujud perbezaan antara tahap kesediaan, sikap dan amalan berdasarkan pengalaman mengajar. PERBINCANGAN

Menurut Mohd Muhsinul (2006) amalan ditakrifkan sebagai mengamalkan sesuatu perkara yang dipelajari dan diketahui dengan kesungguhan hati dan melaksanakannya dengan betul dan sempurna. Dalam konteks keguruan, profesionalisme seorang guru turut dinilai dari aspek sikap yang berkait rapat dengan amalan yang dipamerkan (Esah 2003; Ismail 2003). Menurut Kamarudin (2010), sikap seseorang sama ada positif mahupun negatif adalah dipamerkan melalui amalan atau perbuatan yang dijangka berubah sesuai dengan fungsi dan pengalaman. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh berkaitan dengan amalan guru bahasa Melayu menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina dengan nilai t = 2.017 dan sig = 0.054 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan guru perempuan (min = 3.07 dan SP = 0.84) mempunyai amalan pelaksanaan penggunaan peta pemikiran i-Think yang lebih tinggi berbanding dengan guru lelaki (min = 2.98 dan SP = 0.72). Ini menunjukkan hipotesis nul (Ho2) diterima atau tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina. Hal ini membawa maksud jantina guru tidak mempengaruhi tahap amalan guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think di sekolah. Bagi mengenal pasti perbezaan tahap amalan guru berdasarkan opsyen, hasil dapatan menunjukkan nilai sig = 0.00, maka wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan guru berdasarkan opsyen mereka (t = 3.50, p<0.05). Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan opsyen. Opsyen guru merupakan aspek yang penting dalam penguasaan kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan khususnya dalam menerapkan elemen-elemen penggunaan peta pemikiran i-Think ini. Guru yang opsyen dalam bahasa Melayu mempunyai kekerapan dalam menggunakan peta pemikiran i-Think. Selain itu, kajian ini adalah untuk menguji hubungan tahap kesediaan, sikap dan amalan guru dalam penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan pengalaman guru. Kajian mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan, sikap dan amalan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru berdasarkan pengalaman 771

guru. Hal ini menunjukkan bahawa guru sama ada lelaki dan guru perempuan memiliki kesediaan, sikap dan amalan yang hampir sama dalam penggunaan peta pemikiran i-Think. Kedua-dua kumpulan guru ini telah mengaplikasikan penggunaan kaedah pemikiran ini dalam proses PdPc. Dapatan ini adalah selari dengan penemuan oleh David Hyerle (2011) dan Lewis (2012). Seterusnya, dapatan kajian turut mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru berdasarkan pengalaman mengajar. Guru-guru yang mempunyai pengalaman yang lebih lama didapati lebih berpengetahuan, dengan sikap yang lebih positif dan lebih kerap mengamalkan kaedah peta pemikiran i-think. Hal ini disebabkan oleh, mereka lebih mengetahui akan kelebihan penggunaan kaedah ini berbanding dengan guru-guru baharu. Pengalaman kerja mereka yang lebih lama memahirkan mereka untuk menguasai kaedah ini. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh norleha (2016), menunjukkan bahawa guru yang berpengalaman mengajar lebih 15 tahun mempunyai pedagogi kbat yang lebih tinggi daripada guru dari kumpulan pengalaman yang lebih rendah. Ini bermaksud semakin lama atau banyak pengalaman mengajar seorang guru maka semakin tinggi efikasi pedagogi kbat mereka. Dapatan ini disokong oleh hitzman dalam muhibbin syah (1995) mengatakan “pengalaman yang dapat mempengaruhi tingkah laku organisme dapat dianggap sebagai kesempatan belajar”. Hasil belajar dari pengalaman kerja akan membuat orang tersebut kerja lebih efektif dan efisien. Pengalaman akan membentuk kesediaan dan ketrampilan serta sikap yang lebih menyatu pada diri seseorang, jika bidang pekerjaan yang ditangani selama masih bekerja merupakan bidang yang sejenis yang pada akhirnya akan membentuk spesialisasi pengalaman kerja diperoleh selama seseorang bekerja pada suatu perusahaan dari mulai masuk hingga saat ini. Namun dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan mazlini dan noorfazelawati (2014) yang mendapati bahawa tempoh guru mengajar tidak mempengaruhi amalan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Hal ini berlaku adalah disebabkan terdapat faktor lain yang mempengaruhi seperti faktor pengaruh daripada pentadbir sekolah dan faktor umur.

KESIMPULAN

Kajian ini secara keseluruhannya telah menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-think telah membantu guru dalm proses pdpc. Secara implikasinya, kajian ini mendapati bahawa kaedah pdpc yang lebih terkini sifatnya amat sesuai untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Dengan pengamalan budaya berfikir yang tinggi dalam kalangan guru, sudah semestinya membantu para guru menarik minat murid terhadap mata pelajaran bahasa melayu terutama ketika di dalam bilik darjah. Hal ini bermakna kaedah pdpc yang lebih bersifat konvensional, iaitu pengajaran yang lebih berfokus guru sudah tidak relevan lagi pada masa ini. Sehubungan dengan itu, kaedah pdpc yang lebih bersifat terkini seperti penggunaan peta pemikiran i-think perlu menjadi pegangan warga guru pada era globalisasi ini demi melahirkan murid yang mempunyai minda kelas pertama. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih menyeluruh terhadap penggunaan peta pemikiran i-think dalam meningkatkan budaya berfikir dalam kalangan guru dan murid perlu dilaksanakan. RUJUKAN

Abdul Hadi Mohamad. (1997). Amalan Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu KBSR. Kertas Kerja Wacana Pendidikan ke-4, MP Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Abdul Rahim Abdul Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian Afektif . Kajang: MASA Enterprise. Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 1 (1), 10-17. Azizi Yahya, Shahrin Hashim & et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan : Teori, Analisis dan Interprestasi Data. Selangor : PTS Profesional. A.Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Salak Didik dengan Elemen Nyanyian dan Elemen Pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1): 53-60. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Program i-Think Membudayakan Kemahiran Berfikir. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Buzan, T. (2003). Mind Maps For Kids: An Introduction- The Shortcut To Success At School. London: Thorsons. Buzan, B. (2004). ‘From International To World Society?: English School Theory And The Social Structure Of Globalisation’, Cambridge, UK, New York: Cambridge University Press. Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1):67-87. Chua Yan Piaw. (2008). Asas Statistik Penyelidikan: Analisis Data Skala Ordinal dan Skala Nominal. Kuala Lumpur: McGraw Hill (M). Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 772

Fawler, Floyd.J. (2009). Survey Research Methods (4rd edt). Survey Research Methods. London: Sage Publication Ltd. Darvis N. Hyerle. (2011). Student Successes with Thinking Maps. School-Based Research, Results, and Models for Achievement Using Visual Tools, Second Edition. Published: March. Hall, G.E. dan Hord, S.M. (2011). Implementing Change: Patterns, Principles and Potholes (3rd ed.). Upper Saddler Rive, NJ : Pearson. Hazlin Mohamat dan Zamri. (2016). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Penggunaan Peta I-Think dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismail A. Karim. (2003). Status dan Amalan Pengurusan Sekolah Selamat dari Perspektif Kaunselor Pelajar di Dua Buah Sekolah Menengah Daerah Pasir Mas/Tumpat. Tesis Sarjana, Universiti Malaya. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. (2017). Data PPD Alor Gajah, Melaka. Jamilah Hassan. (2016). Kesediaan Guru Bahasa melayu dalam Pengajaran KOMSAS Berpandukan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kamaruddin Ismail. (2010). Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru Kimia terhadap Kaedah Pembelajaran Koperatif. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamaruzaman Moidunny. (2009). Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Krathwohl, D. R. (2010). A Revision of Bloom ’ s Taxonomy :, (June 2014), 37– 41. doi:10.1207/s15430421tip4104. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psychological Measurement, 30: 608. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. September (2012). Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012: Bukit Gambang Resort, Oktober 2012. Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Mcgraw Hill: Selangor. Marohaini Yussof. (2004). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia. Mazlini Adnan & Noorfazelawati Abd. Kadir. (2014). Amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysiavol. 4 No.1 Jun 2014 / Issn 2232-0393. Mohd Khairuddin Abdullah & Halimah Laji. (2015). Analisis Perbandingan Efikasi Pengajaran dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 5(1). 10-17. Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka. Mohd Muhsinul Nidzam Abdullah. (2006). Prinsip-prinsip dan Amalan Guru dalam Pengajaran Pendidikan Akidah Sekoilah Rendah. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mokhtar Ismail. (2011). Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhamad Sidek Said, Mohamad Ab. Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam. (2013). Penilaian Pelaksanaan Program iThink: Satu Pengenalan. (atas talian) www.ipgmmksm.edu.my/pdf (diakses pada 10 Oktober 2014). Nor Azura Mohd Zaki. (2008). Menerangkah Konsep Istilah Penging Dalam Mata Pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Dengan Motivasi “My Aura Map”. Jurnal Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98. Nor Hasmaliza Hasan. (2016). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Daerah Kuala Terengganu. Tesis Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Noorleha Mohd Yusof. (2016). Pengaruh Efikasi Pedagogi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Terhadap Amalan Pengajaran Kemahiran Berfikir dalam Kalangan Guru Sains Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Rahimah Ahmad. (2016). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Karangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Kajian Kes. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rajendran N. S. (2010). Teaching And Acquiring Higher-Order Thinking Skills Theory & Practice.Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sharifah Nor Puteh. (2012). Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(11): 19-31.

773

Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan IV. Tesis Dr. Fal. Universiti Sains Malaysia. Sulaiman, R., Aziz, M. & Mok, S. S. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor: Penerbitan Multimedia. Tay Meng Guat. (2003). Satu Tinjauan Terhadap Sikap dan Masalah Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_tay.pd. Tengku Fairus Tengku Hassan. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu dalam Menerapkan Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah. Kertas Projek Sarjana Penddikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Zamri Mahamod. (2011). Memperkasa Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran dan Pembelajaraan Bahasa Melayu dalam Abad Ke-21. Prosiding Seminar Bahasa Melayu Singapura, 1-29. Singapura: Pusat Bahasa Melayu Singapura. Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.(5): 51-65. Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zamri Mahamod. (2014). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

774