seperti seks atau pergaulan bebas. Mentelah selepas Perang Dunia ... dalam ceramah terakhir siri Jalinan ... harga tentang pelbagai faktor yang...

5 downloads 426 Views 4MB Size
8

Berita Harian | Isnin, 3 Oktober 2016

Wacana

BAHASA

Wajarkah digunakan buku cerita dwibahasa dalam pembelajaran bahasa ibunda di peringkat prasekolah (tajaka dan tadika)? Persoalan ini cuba digarap oleh pasukan pimpinan Profesor Madya Dr Mohd Mukhlis Abu Bakar daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE-NTU). MOHD RAMAN DAUD ([email protected]) melaporkan.

Kesan dwibahasa pada jati diri anak SUDAH terbiasa dengan bahasa Inggeris, Mirza (bukan nama sebenar, berusia lima tahun) merasa dirinya macam English boy. Fenomena ‘keliru’ jati diri ini dilalui kalangan kanak-kanak Melayu kerana penggunaan bahasa Inggeris yang amat dominan di rumah. Akibatnya, kerap bahasa ibunda (Cina, Melayu dan Tamil misalnya) terpinggir dan menjejas kemahiran kanak-kanak untuk menguasainya. Bagaimana mengatasinya?

melompat secara bersepadu. Ertinya, kita akan lebih berjaya melahirkan murid yang kukuh dwibahasanya jika kita memanfaatkan kededua bahasa mereka sebagai bahasa pengantar ilmu berbeza dengan mengajar kemahiran dua bahasa tersebut secara berasingan, jelas Profesor Mukhlis. BUKU DWIBAHASA Lewat buku cerita dwibahasa yang digunakan ibu bapa dan guru, Profesor Mukhlis mendapati kanakkanak dapat, antara lain, belajar: E perbezaan bunyi perkataan; E perbezaan frasa (termasuk hukum Diterang-Menerangkan) seperti black cat disebut kucing hitam); E pembentukan perkataan atau morfologi (seperti kata nama, bentuk kata dan sebagainya); dan E membina jati diri atau identiti. Selain ayat singkat dan mudah, buku cerita kanak-kanak perlukan ilustrasi menarik, hujah Profesor Mukhlis dalam rangka menambat minat kanak-kanak dan merangsang imaginasi mereka. “Interaksi ibu bapa dengan anak amat genting bagi menjadikan sesi membaca di rumah cukup bermakna,” ujarnya sambil menunjukkan contoh dialog lucu kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

MATLAMAT KAJIAN Inilah antara matlamat kajian pasukan pimpinan Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar daripada Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NIE-NTU). Pada 14 September lalu di NIE, beliau mendedahkan hasil penyelidikan kumpulannya selama enam bulan pada tahun lalu. Seramai 10 kanak-kanak belajar dengan ibu mereka (hanya seorang bapa yang terlibat). Sesi pengamatan ialah lima sesi di rumah dan dua sesi di tadika. Mereka menggunakan buku cerita dwibahasa (Melayu dan Inggeris) terbitan syarikat tempatan, termasuk Pustaka Nasional. Menurut Profesor Mukhlis, pengalaman dwibahasa Singapura boleh dibandingkan dengan negara kecil lain seperti New Zealand, khususnya penduduk minoriti peribumi Maori atau Hawaii. Tambahnya, usaha beliau mengambil kira penyelidikan antarabangsa mengenai penggunaan buku dwibahasa, peranan guru dengan kerjasama ibu bapa dalam membangunkan minat dan kemahiran literasi (kenal huruf) kanakkanak dalam dwibahasa. “Persoalan yang cuba ditangani kajian ini adalah sama ada dan bagaimana pengendalian dua bahasa dalam aktiviti membaca buku dwibahasa membawa manfaat kepada kanak-kanak,” ujar beliau dalam ceramah terakhir siri Jalinan Budi tahun 2016 anjuran Unit Bahasa dan Kebudayaan Melayu NIE. Beliau juga pengelola siri itu. MANFAAT DWIBAHASA Menurutnya, kanak-kanak yang terlibat memang suka membaca buku cerita dan sekurang-kurangnya lebih baik dalam satu bahasa (sama ada Inggeris atau Melayu). Dalam 1960-an, terdapat pandangan bahawa perolehan lebih satu bahasa menyempitkan otak. Mentelah pula banyak negara maju yang rakyatnya hanya ekabahasa seperti Jerman dan Jepun. Ternyata kajian empirikal membuktikan sebaliknya. Otak manu-

KOSA KATA PENDAM Beliau juga mendapati kanakkanak sudah mempunyai perbendaharaan kata ‘terpendam’. “Sebuah buku menceritakan datuk berbasikal dan mengalami kemalangan atau crash yang sengaja diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai ‘alamak’. Ternyata kanak-kanak tadi merasakan kejanggalan perkataan itu dan mencari istilah yang lebih sesuai iaitu berlanggar,” kata Profesor Mukhlis. Menurutnya, data terkumpul menunjukkan bahawa sifat pembangunan dwiliterasi yang rumit. Namun ia memberi maklumat berharga tentang pelbagai faktor yang memberi kesan pada keberkesanan buku dwibahasa. “Apakah buku dwibahasa akan digunakan kelak dalam pengajaran bahasa bonda? Ini persoalan selanjutnya,” kata beliau.

MANFAAT DWIBAHASA: Kajian menunjukkan keupayaan otak manusia mempelajari lebih daripada satu bahasa tidak menyaratkan tetapi mengaktifkan daya fikir, ujar Profesor Madya Mukhlis Abu Bakar. – Foto KHALID BABA

sia mempunyai ruang kemahiran yang sama untuk semua bahasa yang dituturkan. “Apa saja bahasa yang didedahkan dapat diserap otak kanak-kanak. Tetapi yang utama ialah bahasa pengantarnya iaitu bahasa bonda,” tambahnya. Selain itu, penyejagatan yang

termasuk pergerakan manusia rentas sempadan menuntut kebolehan dwibahasa. Profesor Mukhlis juga menukil pandangan sarjana seperti Dr Colin Baker yang menganjurkan dwibahasa sebagai suatu kelebihan dalam perkembangan akademik. Malah Dr Baker menyifatkan

penutur dwibahasa boleh maju walaupun bak pelari berpagar (hurdlers) berbanding dengan penutur ekabahasa (monolingual – umpama atlet yang berlari pecut sahaja atau melompat tinggi). Namun, sukar melahirkan pelari berpagar yang baik kalau kita tidak melatihnya berlari dan

E Dr Mukhlis Abu Bakar meraih ijazah doktor falsafah bidang Linguistik di Universiti Wales, Bangor, dan Sains Kognitif di Universiti Edinburgh. Beliau pernah bertugas di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura dan telah menerima beberapa geran kajian Kementerian Pendidikan bagi kajiannya tentang amalan literasi keluarga Melayu dan Cina dan pembelajaran dwiliterasi kanak-kanak. Beliau juga mengkaji pendidikan dalam lingkungan keagamaan dan aktif dalam kegiatan masyarakat termasuk Mercy Relief.

Terus berkarya walau usia tiga suku abad Judul: Harum Kasturi Penulis: Azizfakir Penerbit: Azizfakir, 2016 PADA usia 76 tahun, guru pesara dan pelukis Azizfakir masih gigih berkarya. Kegigihannya yang tekal telah diraikan dalam satu majlis pelancaran buku puisinya, Harum Kasturi (pilihan 55 kuntum sajak dari 1973 hingga 2014) pada petang Sabtu 10 September lalu di Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands. Ini merupakan antara acara kegiatan Bulan Bahasa tahun ini. Tetamu terhormat, Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat, berkata: “Penulis bukan saja berkarya sejak sekian lama, malah membiayai sendiri penerbitannya. Ini suatu pengorbanan besar yang wajar masyarakat hargai, sambut dan raikan.” Tambah Profesor Hadijah yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura: “Ketika saya diminta Profesor Leo Suryadinata memilih sajak-sajak yang mencerminkan cinta watan, saya telah memilih sajak Lorong Engku Aman karya Azizfakir.” Profesor Hadijah, yang juga pemangku ketua Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia di Institut Pendidikan Nasional (NIE), berharap generasi muda dapat meneladani kegigihan Azizfakir. Buku berkulit tebal itu juga memuat sejumlah foto bersejarah penglibatan penulis dalam dunia persuratan bersama Angkatan Sasterawan ’50, lukisan (bersama Angkatan Pelukis Aneka Daya), keluarganya serta kembaranya ke Tanah Suci, Turkey, Indonesia dan Britain. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz Pakkeer Mohamed. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Geylang dan Maktab Perguruan Singapura.

DIRAIKAN: Penulis Azizfakir (tengah) meraikan penerbitan buku puisinya, ‘Harum Kasturi’ (gambar kanan), bersama tetamu terhormat, Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat (kanan), dan pengulas Dr Subari Sukaini, di auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands, baru-baru ini. – Foto M.O. SALLEH

Beliau mula mengajar pada awal 1960-an sehingga bersara pada 1997. Selain menulis dan melukis serta menjadi editor di beberapa syarikat, beliau aktif dalam gerakan akar umbi termasuk di Masjid An-Nur. “Saya berniat menjadikan buku ini semacam warisan. Itulah sebabnya ia dicetak dengan kulit tebal dalam bentuk coffee table (buku mewah). Kosnya agak tinggi bagi seorang pesara,” kata Encik Azizfakir, seorang datuk yang telah menamakan buku ini sempena cucunya. Kisah suka dukanya terjalin halus dalam buku ini. Malah penghargaannya untuk isteri, anak, menantu dan cucu turut dipaparkan.

Menurut pengulas, Dr Subari Sukaini, judul Harum Kasturi semacam judul lagu gubahan penyanyi Ismail Haron (almarhum) iaitu mengenai kesucian seorang anak yang bakal berdepan dengan dunia penuh cabaran. Pada buku ini, terdapat ulasan calon sarjana Anuar Othman. Sajaknya, Melayu Baru Melayu Lama (tahun 2004), antara lain menyindir generasi Melayu baru yang “tindik telinga” sehingga “dedah aurat contoh kosmopolitan” dan mengangkat Melayu lama walaupun kurang ilmu tetapi hidup bermaruah. Sajak tersebut disifatkan dalam pengantar Mohamed Latiff Mohamed, sasterawan

mapan dan bekas muridnya, sebagai meletakkan Melayu lama dengan penilaian agak negatif, mencaci dan menghina. Dari sajak 1973 hingga 2015, terpapar Azizfakir sebagai pencatat suasana, termasuk merakamkan penghargaan kepada P. Ramlee, pelukis Picasso sehingga sahabat karibnya, almarhum Cikgu Haji Norsani Mostari. Antara hadirin pada majlis pelancaran itu ialah mantan duta dan setiausaha parlimen kanan, Encik Yatiman Yusof, dan sasterawan sesepuh Haji Suratman Markasan. Majlis didendangkan oleh Mutiara Herman dan penyair Mohd Khair Mohd Yasin. Berharga $30, buku itu boleh dipesan lewat e-mel: [email protected]

A.H.EDRUS: Terkenal aktif dalam kegiatan Islam. Beliau juga penulis dan penerbit. – Foto fail

Gigih menulis agar mesin cetak berdetak ESULAIMAN JEEM NAMA pengarang perintis Syed Abdullah Abdul Hamid Al-Edrus (11 Julai 1911 – 20 Oktober 1966) memang tidak dikenali generasi penulis muda hari ini. Padahal antara akhir 1940-an dengan lewat 1960-an, namanya cukup terkenal sebagai penulis, aktivis Islam dan penerbit buku dan majalah. Beliau mempunyai “keistimewaan tersendiri”, antara lain menyiapkan sebuah novel setebal 100-150 halaman dalam sebulan dua saja seperti Bilik 69, Sukria, Janda, Hoki, Geylang Serai Karam, Manager, Empat Kali Haram dan lain-lainnya. Menurut para pengkritik, novelnovelnya yang dianggap ‘picisan’ bertujuan memikat pembaca muda mengenai isu masyarakat yang sensasi seperti seks atau pergaulan bebas. Mentelah selepas Perang Dunia Kedua, bahan bacaan muda-mudi Melayu ternyata amat gersang. A.H. Edrus atau Ahmad Luthfi berusaha mengisi kegersangan itu. Dengan kejayaan novel pertamanya, Bilik 69, beliau menyusulinya dengan karya-karya lain yang isinya menjurus ke arah ungkapan “... sampai di sini kalam saya tidak dapat menceritakan”. RAHSIA TULIS DAN CETAK Bagaimana beliau berupaya menyiapkan novel dalam waktu singkat? Lazimnya sebelum berkarya, beliau memanggil seorang penulis Raja Shafik Raja Omar ke bilik pejabatnya. Beliau lalu bercerita dengan suaranya penuh ghairah. Para pekerjanya di luar bilik pejabatnya yang terbuka di bahagian atasnya boleh mendengarnya. Ketika itu alat perakam belum ada. Maka jurutulis Raja Shafiklah yang menjadi “tangan kanan’’nya untuk berkarya. Mereka pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu sebelum itu. Raja Shafik (almarhum) boleh menulis jawi secepat trengkas (tulisan ringkas atau shorthand) dan mudah dibaca dan mudah pula difahami isinya oleh sesiapa sahaja yang boleh membaca tulisan jawinya. Setelah lengkap sesuatu bahagian, beliau akan beristirahat. Pada kesempatan lain beliau memanggil jurutulis tadi untuk menyemak dan menyambung karyanya. Setelah siap novel itu, proses selanjutnya mengatur huruf dan mencetaknya. Adakala beliau sendiri yang mengatur huruf demi mempercepat karyanya untuk dicetak. JIWA USAHAWAN Sebagai pekerjanya, saya pernah bertanya mengapa beliau perlu bergegas menyiapkan karyanya. Antara lain, inilah jawapannya: “… ini penting. Jika tidak, urus niaga saya sebagai pencetak dan penerbit tak boleh berkembang. Lebih-lebih lagi urus niaga ini baru saya usahakan. Buku-buku seperti ini pula sedang digemari oleh muda-mudi. “Mesin-mesin cetaknya perlu sentiasa beroperasi. Jika tidak pasti tiada perniagaan. Dan jika tiada perniagaan, bererti gaji para pekerja tak dapat dibayar.” Beliau perlu mengatur jadual percetakan untuk mesin-mesinnya. Tambahnya: “Jika tidak ada upah percetakan dari luar, maka bahan-bahan percetakan sendiri perlu saya usahakan. Mesin-mesin cetak saya perlu beroperasi sepenuh masa.” BERSAMBUNG E Penulis kini, 82 tahun, pernah bekerja dengan Qalam Press antara 1954-58 dan mantan wartawan akhbar ini.