Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi - amaljaya.com

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson •Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial ... • Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertent...

33 downloads 574 Views 507KB Size
Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi

Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Perkembangan Sosial-Emosi • Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. • Menurut kamus Advanced Learner‟s English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. • Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

2

• Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. • Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi. • Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan. • Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami. • Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

3

Teori Perkembangan Sosio-Emosi • Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. • Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. • Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

4

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson • Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanakkanak. • Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. • Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

5

• Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan kriteria perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. • Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

6

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama: • Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. • Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya. • Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu. • Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. • Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

7

Lapan Peringkat Perkembangan: Peringkat 1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan

Tahap umur Lahir ke 1 tahun

2. Autonomi lawan keraguan

1 – 3 tahun

3. Inisiatif lawan rasa bersalah

4 – 5 tahun

4. Industri lawan rasa rendah diri

6 – 11 tahun

Huraian Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan timbul.

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri. Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa bersalah

Kanak-kanak perlu menguasaikemahirankemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

8

Peringkat

Tahap umur

Huraian

5. Identiti lawan kekeliruan identiti

12 – 18 tahun

Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

6. Keintiman lawan keasingan

18 – 35 tahun

Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkhawinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.

7. Generativiti lawan kekakuan

35 – 65 tahun

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.

65 ke atas

Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

8. Integriti lawan kekecewaan

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

9

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg • Beliau berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. • Perkembangan moral oleh kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. • Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan moral.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

10

Tahap 1: Pra- Konvensional Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi Tahap 2: Konvensional Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Tahap 3: Pos- Konvensional Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

11

Tahap 1: Pra- Konvensional • Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

12

Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman

• Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. • Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanakkanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

13

Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi • Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. • Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

14

Tahap 2: Konvensional • Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

15

Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik • Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran. • Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

16

Peringkat 4: Akur Kepada Sistem Sosial Dan Etika Peraturan • Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. • Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-undang. • Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan komuniti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

17

Tahap 3: Pos- Konvensional • Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan moral. • Mereka mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

18

Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu • Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. • Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu. • Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat. • Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif. Undang-undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

19

Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat • Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang. • Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hakhak individu sejagat. • Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

20