Bulletin 2010 - I-learn - UiTM

Seri Iskandar, Perak. 150 pelajar. Go i-Learn Day. JUMLAH. 2,078 + 150. 3,955 + 150. *Nota. BL. = Blended. Learning. CD. = Con ten t Developmen t. H/O...

28 downloads 493 Views 8MB Size
Buletin

i-Learn

Knowledge Sharing @ a Click

Majlis Kecemerlangan Akademik 2009 Menarik di dalam Penyerahan Sistem i-Class kepada InED Lawatan Prof Azni TNCA HEA ke Pusat i-Learn Hari Keluarga Pusat i-Learn di Port Dickson, Negeri Sembilan Majlis Berbuka Puasa Pusat i-Learn

UNTUK MAKLUMAN SuFO kini diwajibkan Admin SuFO diperkenalkan

KREW BULETIN

Bil 3

2010

Penaung Penasihat Ketua Penyunting

: YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar : Prof. Madya Dr. Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad : Siti Rahayu Abdul Aziz

Sidang Pengarang Turut menyumbang

: Siti Rahayu Abdul Aziz Azlan Abdul Aziz Mohd Nor Hajar Hasrol Jono Mohd Ali Mohd Isa Alias Burok : Wan Adnin, Azrinawati, Mohd Razali. Irman, Mohd Rizal Shah, Nurfatimah

Penyumbang Artikel Urusetia

: Aliza@Zarina Alipyan Siti Sapura Jailani Masliana Wahid @ Buang : Mohd Sahrin Ab Satar Mohd Asmizan Mazlan Nor Hanizah Mohd Nazeri Jefri Dahlan

Bahagian Sistem SuFO Team Teaching Selain pengajaran secara individu di dalam kumpulan , UiTM juga mengamalkan pengajaran secara Team Teaching iaitu satu kumpulan diajar oleh lebih dari seorang pensyarah. Oleh yang demikian, Bahagian Sistem Pusat i-Learn telah menyediakan platform dimana mereka perlu mengaktifkan sendiri SuFO dan memaklumkan kepada pelajar bagi membolehkan mereka membuat penilaian SuFO secara online di dalam Sistem i-Learn.

Bahagian Sistem “NO SUFO NO RESULT” Pihak HEA telah mengeluarkan pekeliling kepada semua fakulti dan kampus cawangan mengenai kewajipan menjawab SuFO di dalam system i-Learn. Pelajar akan disekat daripada mengakses keputusan peperiksaan mereka sekiranya tidak melengkapkan SuFO. Penguatkuasaan ini telah bermula pada semester Julai – Nov 2010 dan diwajibkan kepada semua pelajar Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah, Master (by Coursework) dan PHD (by coursework).

Bahagian Sistem SUFO admin

SuFO Admin adalah terdiri daripada Dekan, Pengarah Kampus, Timbalan Dekan (Akademik), Penolong Pendaftar dan Pegawai Eksekutif. Dalam sistem ini, mereka boleh menyemak kesemua markah SuFO bagi pensyarah yang berdaftar di bawah fakulti dan cawangan masing-masing. Cara carian adalah secara individu atau gugusan/fakulti.

Bahagian Sistem

Bahagian RDC

PERTANDINGAN IID 2010

Penyerahan system i-class Pada 30 Julai 2010, satu majlis telah diadakan di De Palma Hotel, Shah Alam. Bersempena majlis penyerahan system i-Class kepada pihak InED. Penyerahan ini dilakukan kerana tempoh perlaksanaan system selama 2 tahun bersama pihak pusat i-Learn telah tamat. Selepas tarikh itu, pihak InED bertanggungjawab sepenuhnya terhadap system iClass.

12-14 Jan 2010 :: Dewan Sri Budiman & Annexe, UiTM Shah Alam.

Pusat i-Learn, Bahagian Hal Ehwal Akademik telah menyertai pertandingan Invention Innovation & Design 2010 bertemakan “Realising An Innovation Led Economy“ yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) UiTM pada 12 hingga 14 Januari 2010, bertempat di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Sebanyak 5 produk penyelidikan daripada Pusat i-Learn telah dipertandingkan dalam IID 2010 ini. Daripada 5 produk yang dipertandingkan, 2 produk telah memenangi pingat emas manakala 3 lagi produk telah mendapat pingat gangsa. Antara produk yang berjaya memenangi pingat emas adalah produk yang bertajuk:

E–Content Online Affective Test (OAT)

Kelima-lima produk penyelidikan yang dipertandingkan oleh Pusat i-Learn ini telah berjaya memenangi pingat dalam pertandingan dwi tahunan ini.

Bahagian RDC MEIPTA KE-8

1-2 Mac 2010 :: Felda Residance Hot Spring, Sungkai, Perak.

Bahagian RDC

INNOVATION DNA FOR UiTM & LOCAL COMMUNITIES 6 April 2010 :: Dewan Sri Budiman & Annexe,UiTM Shah Alam

Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) Ke-8 yang bertempat di Felda Residance Hot Spring, Sungkai, Perak. Majlis perasmian MEIPTA ke-8 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) UKM. Antara agenda dan perkara-perkara berbangkit yang telah dibincangkan dalam MEIPTA ke-8 ini adalah berkaitan seperti berikut:

Jemputan wakil KPT ke persidangan MEIPTA untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan mesyuarat ini.

Selain itu, Persidangan ini telah berjaya menghasilkan Polisi e-Pembelajaran IPTA serta Sekretariat tetap MEIPTA telah diwujudkan dan ahlinya dilantik oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tempoh masa 2 tahun bagi setiap IPTA. Bertempat di Dewan Sri Budiman dan Dewan Annexe telah berlangsungnya Majlis Pelancaran ’Innovation DNA For UiTM & Local Communities pada 6 April 2010 yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia YB. Dato Seri Mohamed Khaled Nordin. Majlis ini telah dianjurkan oleh Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI). Dengan pelancaran majlis ini adalah diharapkan akan menjadi pemangkin kepada warga UiTM dalam merealisasikan hasrat dan wawasan untuk membudayakan inovasi di kalangan warganya.

Bahagian RDC

Bahagian RDC

PERTANDINGAN ITEX 2010

MEIPTA KE-9

14-16 Mei 2010 :: KLCC, Kuala Lumpur

11 Mei 2010 :: Bilik Persidangan Ibn Khaldun, Institut Pengajian Siswazah Universiti Sains Malaysia.

Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) Ke-9 yang bertempat di Institut Pengajian Siswazah, USM. Majlis perasmian MEIPTA ke-9 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) USM. Antara agenda dan perkara-perkara berbangkit yang telah dibincangkan dalam MEIPTA ke-9 ini adalah berkaitan seperti berikut:

Pembentangan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (UKM) dan Prof. Dr. Mohamed Noor Hasan (UTM) mengenai amalan terbaik pengurusan e-Pembelajaran.



Setiap IPTA perlu membentangkan hasil penulisan bab buku tersebut dalam Seminar Sehari.

Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 Mei 2010 telah berlangsung Pertandingan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2010. Dalam pertandingan ini Pusat i-Learn, Bahagian Hal Ehwal Akademik telah memperkenalkan 2 produk penyelidikan terbarunya iaitu yang bertajuk:

Online Affective Test (OAT) The Exploitation Of Shareable Object Content Reference Model (SCORM) In E-Content Development

Kedua-dua produk penyelidikan yang dipertandingkan oleh Pusat i-Learn ini telah berjaya memenangi pingat perak dan gangsa dalam pertandingan dwi tahunan ini.

Bahagian RDC

Bahagian RDC

LAWATAN TNC (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

MEIPTA KE-10

19 Ogos 2010 :: Pusat i-Learn, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)

28-29 Julai 2010 :: Permai Inn, Kuala Terengganu

Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-ketua Pusat Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) Ke-10 yang bertemakan Isu, “Cabaran & Masa Depan E-Pembelajaran” telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu pada 2829 Julai 2010. Antara agenda yang dibangkitkan dalam persidangan ini adalah seperti berikut:

Status Polisi e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA menghantar semula Polisi e-Pembelajaran kepada pihak KPT untuk diedarkan kepada semua IPTA bagi mendapatkan maklumbalas dan persetujuan) . Jaringan Kerjasama Dengan Universiti LuarNegara Penyelidikan & Inovasi e-Pembelajaran Penerbitan Buku e-Pembelajaran IPTA Pangkalan Data Kepakaran e-Pembelajaran

MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN & SISTEM i-CLASS

30 Julai 2010 :: De Palma Hotel, Shah Alam

Pusat i-Learn telah mengadakan Majlis Penyerahan Dokumen & Sistem i-Class kepada Institut Perkembangan Pendidikan (InED). Majlis ini adalah bertujuan bagi membangunkan Sistem i-Class secara kerjasama dan perancangan pembangunan untuk jangka panjang di antara Pusat i-Learn dan InED. Dalam majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua pengarah daripada Pusat i-Learn dan InED.

Pada 19 Ogos 2010, bertempat di Pusat i-Learn Bahagian Hal Ehwal Akademik, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) iaitu, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed telah dijemput untuk membuat lawatan kerja ke Pusat i-Learn. Lawatan ini adalah bertujuan bagi memperlihatkan gambaran lebih jelas serta mendapatkan penerangan lanjut berkaitan fungsi dan halatuju Pusat i-Learn di peringkat Universiti khasnya dan serantau secara amnya.

Bahagian RDC

MAJLIS KECEMERLANGAN E-LEARNING 2009 04 Ogos 2010 :: Dewan Annexe, UiTM Shah Alam

Pusat i-Learn dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik beserta Unit Kurikulum HEA, telah mengadakan Majlis Kecemerlangan e-Learning pada 4 Ogos 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Naib Canselor dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Pengarah Kampus, Dekan fakulti dan penerima anugerah mengikut kategori yang telah ditentukan. Pada majlis ini juga pihak i-Learn telah menyerahkan cek berjumlah RM1000 kepada 20 SME (Subject Matter Expert) yang berjaya menyiapkan pembangunan bahan kursus dan disahkan oleh Dekan fakulti. Jumlah kehadiran yang hadir dalam majlis ini adalah seramai 200 orang termasuk para jemputan.

Bahagian RDC

LAWATAN KERJA KE SEAMOLEC

18-20 Oktober 2010 :: SEAMOLEC, Indonesia

Pusat i-Learn telah diberi kepercayaan dan dijemput untuk mengendalikan Latihan dan Bengkel ”Internet for Research” selama 3 hari di Southeast Asian Ministers Of Education Organization Regional Open Learning Centre (SEAMOLEC),

Indonesia bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2010. Bagi tujuan ini, pihak i-Learn telah mengadakan perbincangan untuk menganjurkan ‘International Conference For e-Learning” dengan usahasama pihak SEAMOLEC 23-24 November 2011. Justeru itu, pihak i-Learn telah menghantar 4 orang Trainer bagi mengendalikan latihan ini secara khusus dan 3 orang pegawai bagi menghadiri mesyuarat perbincangan konferensi.

Bahagian RDC

Bahagian RDC

MESYUARAT SEMAKAN PENCAPAIAN & PERANCANGAN STRATEGIK TAHUN 2011-2015 & PROGRAM HARI KELUARGA PUSAT i-LEARN

COMPETITION & DESIGN EXHIBITIONS 2010

11-13 November 2010 :: Tiara Bay Resort Port Dickson, Negeri Sembilan

Bertempat di Tiara Bay Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pusat i-Learn telah mengadakan mesyuarat semakan pencapaian & perancangan strategik bagi tahun 2011-2015 pada 11 November 2010. Selain itu, Program Hari Keluarga Pusat i-Learn juga turut diadakan di tempat yang sama pada 12 dan 13 November 2010, dengan dihadiri oleh kesemua staf bersama keluarga dan pelbagai program yang menarik telah dijalankan bagi memeriahkan dan menjayakan program ini.

No. Host / Award 1. IID 2010 (Gold) 2. IID 2010 (Gold) 3.

4.

Product Name Team Member Online Affective Test (OAT) PM Mohd Nor Mamat e-Content PM Mohd Nor Mamat

ITEX 2010 (Silver) The Exploitation of Share- PM Dr. Syed Jamal Abable Object Content Refer- dul Nasir ence Model (SCORM) In eContent Development ITEX 2010 Online Affective Test (OAT) PM Mohd Nor Mamat (Bronze)

1.

27-31 24 20-24 17 10 27 7 19 21 26

Disember 2010

Blended Learning Hands-On Go! i-Learn Day

2. 3. 4.

CD GC

5.

= = Content Development Generic Code

6. 7.

8.

9.

10.

10 10 8 24 23 23 22 16 15 12 18 27-28 22 19 15 15 2 31 27 26 18-19 17 5 24 24 17 5 21-22

Tempat

September 2010 Ogos 2010 Julai 2010

Dungun, Terengganu Merbok, Kedah Makmal i-Learn Makmal i-Learn FSPPP FSPPP Merbok, kedah Dungun, Terengganu Pusat Asasi, Puncak Alam Jengka, Pahang K. Samarahan, Sarawak Fak. Farmasi, Puncak Alam Makmal i-Learn Makmal i-Learn Makmal i-Learn Kota Kinabalu, Sabah Makmal i-Learn Segamat, Johor Makmal i-Learn Pusat Asasi, Puncak Alam Dungun, Terengganu Machang, Kelantan Fak. Perniagaan FTKA Puncak Perdana Merbok, Kedah Fak. Pendidikan, INTEC Sek.17 Permatang Pauh, P.Pinang

Jun 2010

Mei 2010 April 2010

Mac 2010

Fak. Pergigian APB Menara SAAS FSPPP Kota Kinabalu, Sabah FKA FSR FKA FSPU FKE Fak. Muzik INTEC Seri Iskandar, Perak

Februari 2010

Januari 2010 JUMLAH

Staf Akademik

Pelajar 300 pelajar

40 pensyarah 40 pensyarah 20 pensyarah 50 pensyarah

Latihan/Aktiviti Go! i-Learn Day SME BL BL Hands-On

90 pelajar 100 pensyarah 900 pelajar 35 pensyarah 1500 pelajar 45 pensyarah 145 pelajar 7 pensyarah 12 pensyarah 8 pensyarah 70 pensyarah 5 pensyarah 50 pensyarah 21 pensyarah 30 pensyarah 100 pensyarah 100 pensyarah 30 pensyarah 30 pensyarah 60 pensyarah 50 pensyarah 200 pensyarah

300 pelajar 800 pelajar 70 pelajar

30 pensyarah 20 pensyarah 150 pensyarah 100 pensyarah 30 pensyarah 30 pensyarah 30 pensyarah 60 pensyarah 30 pensyarah 2,078 + 150

150 pelajar

150 pelajar 3,955 + 150

H/On Go! i-Learn day BL.GC Go! i-Learn day BL.GC MS PowerPoint BL & H/On MS Words BL, CD,Sufo,H/On BL & H/On Hands-On BL,CD, SuFO BL, CD, H/On BL H/on Go i-Learn Day, BL, LEO BL, LEO, H/On Go i-Learn Day, BL, H/On Go i-Learn Day BL. CD BL Go i-Learn Day, BL, H/On BL H/On BL.CD BL/Leo BL. CD BL, H/On Go i-Learn Day

Bahagian Latihan

Bulan

= = =

Tarikh

LAPORAN LATIHAN DAN AKTIVITI PUSAT i-LEARN TAHUN 2010 ( JANUARI – DISEMBER 2010 )

*Nota BL H/On GoLD

Bil

ahagian Bpembangunanbahan

Bahagian pembangunan bahan Pusat i-Learn telah malancarkan projek Subjek Matter Expert- SME bermula pada tahun 2008. Sehubungan dengan itu, sehingga ini terdapat lebih 108 orang pensyarah di seluruh UiTM telah mengikuti projek ini bagi memastikan pencapaian matlamat ke arah memperkasa pengajaran secara elektronik di atas talian. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Kumpulan

Tarikh

SME Kump. 2

22 - 24 Jan 2010

SME Kump. 2

19 - 21 Mac 2010

SME Kump. 2

17 Mei 2010

SME Kump. 3

16 - 18 April 2010

SME Kump. 3

16 - 18 Julai 2010

SME Kump. 4

8 - 9 Jun 2010

SME Kump. 5

21 - 22 Jun 2010

SME Kump. 5

4 - 5 Okt 2010

SME Kump. 6

1 - 3 Ogos 2010

Lokasi Casa Rachado Port Dickson Casa Rachado Port Dickson Makmal Pusat i-Learn Felda Residence Tekam, Jerantut Felda Residence Sg Klah, Perak Makmal Pusat i-Learn Makmal Komputer UiTM Penang Makmal Komputer UiTM Penang Makmal Komputer UiTM Terengganu

Program Taklimat / Bengkel Bengkel kedua Bengkel ketiga Taklimat / Bengkel Bengkel kedua Taklimat /Bengkel Taklimat / Bengkel Bengkel kedua Taklimat /Bengkel

ahagian Bpembangunanbahan

Dikesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama yang diberikan oleh pensyarah yang terlibat serta kepada wakil- wakil AJK i-Learn di peringkat cawangan yang banyak membantu dalam melancarkan projek SME ini. Hasil Projek SME

Sehingga kini sebanyak 33 kod kursus dalam bentuk multimedia telah berjaya dimuatnaik ke dalam sistem i-Learn untuk diguna pakai oleh semua warga UiTM. Berkut merupakan kod subjek yang telah di muatnaik sebagai Standard Learning Material. Layari http://i-learn.uitm.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. ADM602 MAT133 CPE543 TSL590 CTU101 MGT556 CTX514 ECG504 ECS408 OHA453 EEE401 QSM552 HTH551 PHY501 IMC403 HTH265 KJM497 PHY534 MAF270 MGT658 MAT110 PHR430 PSA601 EDU455 IMA601 ORT101 ECO162 CTU151 EDU480 CTU211 ECM422 MKT533 EEE402

- THANK YOU -