Kebenaran Keluar Pejabat - HRMIS

1 Pilih Tarikh Keluar Pejabat 2 Pilih Tujuan Keluar Pejabat. Sekiranya tujuan selain daripada pemeriksaan kesihatan hendaklah dinyatakan. 3 Masukkan w...

222 downloads 1107 Views 934KB Size
Kebenaran Keluar Pejabat Perintah Am Bab G

Kandungan Fungsi Kebenaran Keluar Pejabat

1

Pengenalan

5

Permohonan

2

Penetapan Peranan

6

Status

3

Penetapan Aliran Kerja

7

Meluluskan

4

Capaian fungsi

8

Kemaskini

Pengenalan Perintah Am 5 Bab G - Kebenaran Keluar Pejabat Keterangan Surat Edaran Bil 14 Disember 2009

“Kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja diperuntukkan di bawah Perintah Am 5 Bab G. Perintah am tersebut menjelaskan bahawa jika seseorang pegawai hendak meninggalkan pejabatnya di dalam waktu bekerja, kebenaran Pegawai Penyelia hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Walau bagaimanapun, perintah am berkenaan tidak menjelaskan sebab-sebab untuk membolehkan seseorang pegawai itu diberi kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dan tempoh masa yang terlibat.”

Pengenalan Perintah Am 5 Bab G - Kebenaran Keluar Pejabat Antara Garis Panduan Pelaksanaan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja. Untuk maklumat lanjut sila muat turun www.jpa.gov.my/docs/se/2009/se14122009.pdf

Para (d) Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan;

Penetapan Peranan Fungsi Kebenaran Keluar Pejabat Untuk membolehkan penggunaan fungsi Kebenaran Keluar Pejabat berikut adalah peranan yang perlu diberikan:•



Pelulus Cuti - diberikan kepada pegawai yang meluluskan permohonan keluar pejabat Pentadbir Cuti - diberikan kepada pegawai yang menguruskan semua permohonan kebenaran keluar pejabat

Penetapan Aliran Kerja Fungsi Kebenaran Keluar Pejabat Pentadbir Aliran Kerja boleh membuat penetapan aliran kerja LV-040 bagi membolehkan transaksi permohonan keluar pejabat boleh dihantar kepada penyelia. Pemilik Kompetensi juga boleh menggunakan kemudahan “user selection” untuk menghantar permohonan kepada penyelia berkaitan.

Capaian fungsi di HRMIS

1.

2.

3.

4.

Klik Pengurusan Saraan Faedah & Ganjaran Klik Pengurusan Cuti Klik Kebenaran Keluar Pejabat Klik Permohonan Keluar Pejabat

1 Pilih Tarikh Keluar Pejabat 2 Pilih Tujuan Keluar Pejabat. Sekiranya tujuan selain daripada pemeriksaan kesihatan hendaklah dinyatakan.

3 Masukkan waktu mula dan akhir untuk tujuan keluar pejabat

4 Wajib masukkan dokumen sokongan bagi Pegawai yang keluar pejabat untuk pemeriksaan kesihatan dengan temujanji berkala

5 Klik butang Hantar

Permohonan Keluar Pejabat 



Sistem tidak akan membenarkan permohonan melebihi tempoh maksimum 4 jam atau 3jam 45min pada hari Jumaat kecuali atas tujuan Pemeriksaan Kesihatan dengan Temujanji/Berkala bagi diri sendiri sahaja. Dokumen berkaitan perlu dilampirkan kepada pentadbir cuti. Sistem juga menyediakan kemudahan untuk pentadbir membuat permohonan bagi pihak pemilik kompetensi

Klik hyperlink Nama akan memaparkan Borang Permohonan Keluar Pejabat

Waktu Keluar memaparkan Tempoh permohonan yang dimohon oleh Pemilik Kompetensi

Laporan Permohonan Keluar Pejabat menigkut Unit Organisasi atau Pemilik Kompetensi

Status Permohonan Keluar Pejabat  



Pemilik Kompetensi boleh menyemak status permohonan keluar pejabat. Pelulus/Pentadbir Cuti juga boleh menyemak status permohonan keluar pejabat di sektor or bahagian masing-masing Hanya permohonan yang telah diluluskan sahaja boleh dicetak.

Contoh Laporan Status Keluar Pejabat Menu: Status Permohonan Kebenaran Keluar Pejabat Klik butang Previu Cetak

Contoh Borang Kebenaran Keluar Pejabat Menu: Status Kebenaran Keluar Pejabat Klik Hyperlink Nama Pemilik Kompetensi

1 Klik hyperlink transaksi berkaitan. Permohonan juga boleh diluluskan melalui peti pesanan

2 Pelulus boleh meminda tarikh dan tempoh keluar pejabat

3 Pilih Status Permohonan

4 Klik butang Hantar

Meluluskan Permohonan Keluar Pejabat Menu ini hanya boleh dicapai dengan peranan Pelulus Cuti.

1 Klik hyperlink Nama Pemilik Kompetensi untuk cetak Borang Kebenaran Keluar Pejabat

2 Klik radio button untuk kemaskini maklumat permohonan

3 Pentadbir boleh membuat tiga pilihan aktiviti: • Kemaskini WAKTU SEBENAR keluar pejabat • Batal keseluruhan permohonan • Tolak kelayakan cuti

4 Klik butang Hantar

Kemaskini Permohonan Keluar Pejabat 

 

Fungsi menu ini adalah untuk memantau waktu sebenar pegawai keluar pejabat. Ia menyediakan kemudahan kepada Pentadbir Cuti memasukkan waktu sebenar pegawai keluar masuk pejabat bagi Pemilik Kompetensi. Hanya Pentadbir Cuti sahaja boleh membatalkan permohonan keluar pejabat. Sekiranya Pemilik Kompetensi keluar melebihi tempoh maksimum, Pentadbir boleh memilih Tolak kelayakan cuti. Sistem akan menghantar permohonan cuti secara automatik bagi pihak Pemilik Kompetensi dengan catatan Pegawai keluar melebihi tempoh maksimum.

Masalah? Sebarang Pertanyaan? Dokumen boleh diperolehi di Portal HRMIS, Ruangan Pembelajaran http://www.eghrmis.gov.my Disediakan oleh Nurul Aishah Binti Karis [email protected] Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Perkhidmatan Awam