Laporan

22 Jun 2011 ... ayatori / origami / ikebana (gubahan bunga) / seni mempertahankan diri. 3. Teknologi ... Permainan tradisional (ayatori, take-tombo, k...

4 downloads 605 Views 1MB Size
Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan Jepun – Asia Timur Abad ke-21 Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun - Rombongan Pertama 2010 (16 November 2010 – 24 November 2010)

Laporan

Januari 2011 Japan International Cooperation Center

Maklumat Ringkas Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun - Rombongan Pertama 2010 ◆ Tempoh Lawatan : 16 November 2010 - 24 November 2010 ◆ Bilangan peserta : 67 orang 61 pelajar sekolah menengah (30 lelaki, 31 perempuan) 6 pegawai pengiring (seorang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, 5 orang dari sekolah menengah) ◆ Bilangan sekolah menengah yang dihantar : 54 buah dari seluruh Malaysia ◆ Bilangan peserta mengikut Negeri / Wilayah Persekutuan Perlis 2 orang Negeri Sembilan Kedah 7 orang Melaka Pulau Pinang 4 orang Johor Perak 6 orang Sabah Kelantan 5 orang Sarawak Terengganu 5 orang Kuala Lumpur Pahang 6 orang Putrajaya Selangor 6 orang Labuan

7 orang 3 orang 6 orang 2 orang 4 orang 2 orang 1 orang 1 orang

◆ Wilayah yang telah dilawati di Jepun 4 buah wilayah (Tokyo, Ishikawa, Hyogo dan Fukuoka)

Ishikawa

◆ Bilangan keluarga angkat

Hyogo Fukuoka

28 buah keluarga (Ishikawa 11, Hyogo 9, Fukuoka 8)

Tokyo

◆ Sekolah yang telah dilawati Kumpulan Ishikawa : Institut Animasi Yoyogi, Japan Advanced Institute of Science and Technology, Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Komatsu, Sekolah Rendah Araya Kumpulan Hyogo : Universiti Waseda, Sekolah Menengah Sumoto Kumpulan Fukuoka : Universiti Waseda, Sekolah Menengah Hibiki

Gambar-gambar Kenangan 【Program di Tokyo】

Syarahan

Lawatan ke Universiti Waseda (Fakulti Sains dan Kejuruteraan)

Makan malam yang pertama di Jepun

Syarahan

Lawatan ke Institut Animasi Yoyogi

Pembentangan hasil perbincangan bengkel

【Kumpulan Ishikawa】

Lawatan ke JAIST(perbincangan dengan para pelajar dari Malaysia)

Lawatan ke Sekolah Menengah Bandar Komatsu (bermain koto)

Mencuba membuat takoyaki

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat

Mencuba budaya Jepun (kimono)

Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat

【Kumpulan Hyogo】

Lawatan ke Wisma Inovasi Alam Sekitar Kobe

Lawatan ke Sekolah Menengah Sumoto

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat

Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat

Mencuba membuat kemenyan

Bengkel pertukaran pendapat

【Kumpulan Fukuoka】

Lawatan ke Muzium Alam Sekitar Kitakyushu (kraftangan daripada barang-barang yang terbuang)

Lawatan ke Sekolah Menengah Hibiki (kajian fizik)

Lawatan ke Sekolah Menengah Hibiki

Lawatan ke Sekolah Menengah Hibiki

Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat

Mencuba celupan ala-Jepun

Jadual Keseluruhan Tarikh

Isnin 15 Nov.

1

2

3

Selasa 16 Nov.

Rabu 17 Nov.

Khamis 18 Nov.

Kumpulan Ishikawa

Kumpulan Hyogo

Kumpulan Fukuoka

24 orang (22 pelajar, 2 pegawai pengiring)

22 orang (20 pelajar, 2 pegawai pengiring)

21 orang (19 pelajar, 2 pegawai pengiring)

AM Orientasi sebelum berangkat PM Majlis meraikan keberangkatan / Berlepas AM Tiba di Jepun PM Orientasi keseluruhan / kumpulan AM Mengenali negara Jepun dan orang Jepun (Syarahan) PM Lawatan ke Institut Animasi Yoyogi

Lawatan ke Universiti Waseda (Fakulti Sains dan Kejuruteraan, campus tour)

AM Bertolak ke Ishikawa

Bertolak ke Hyogo

Bertolak ke Fukuoka

Lawatan ke JAIST (Japan Advanced Institute of Science and Technology)

Lawatan ke Wisma Inovasi Alam Sekitar Kobe

Lawatan ke Kuil Shinto Kushida

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat / Homestay

Orientasi tentang Homestay

Lawatan ke Muzium Alam Sekitar Kitakyushu

Lawatan ke Sekolah Menengah Sumoto

Lawatan ke Sekolah Menengah Hibiki

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat / Homestay

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat / Homestay

Homestay Mencuba budaya Jepun (Takoyaki, Temakizushi, Kimono, Yukata)

Homestay

Homestay

Homestay

Homestay

Homestay

PM

Kunjungan Hormat kepada Datuk Bandar Komatsu / Bersiar-siar di AM Taman Rojo / Lawatan ke Muzium Sora to Kodomo 4

Jumaat 19 Nov. PM

AM 5

Sabtu 20 Nov. PM

Lawatan ke Sekolah Menengah Bandar Komatsu / Homestay

AM 6

Ahad 21 Nov. PM Jamuan perpisahan dengan keluarga Jamuan perpisahan dengan keluarga Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat angkat angkat AM Lawatan ke Sekolah Rendah Araya

7

Isnin 22 Nov.

Lawatan ke Taman Wangi Parchez (mencuba buat kemenyan)

Mencuba celupan ala-Jepun / Lawatan ke Peninggalan Istana Akizuki

Bengkel pertukaran pendapat

Bengkel pertukaran pendapat

Bertolak ke Tokyo

Bertolak ke Tokyo

Lawatan ke Zoo Ishikawa PM Bengkel pertukaran pendapat AM Bertolak ke Tokyo

8

Selasa 23 Nov.

Pembentangan hasil perbincangan bengkel PM Penerangan ringkas mengenai pulang ke tanahair

9

Rabu 24 Nov.

AM Bertolak ke LT Narita PM Pulang ke tanahair

Bengkel Pertukaran Pendapat Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 9 hari ini dengan membawa pelbagai pandangan dan harapan. Sepanjang tempoh program ini, mereka telah berinteraksi di sekolah, tinggal bersama keluarga angkat, belajar tentang alam sekitar, tradisi, kebudayaan dan sebagainya yang dilaksanakan di wilayah-wilayah yang dilawati. Setelah tamat program tersebut, mereka mengikuti Bengkel Pertukaran Pendapat untuk berbincang tentang “penemuan-penemuan mengenai Jepun” bersama para peserta lain. Setiap kumpulan dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil supaya semua peserta dapat mengemukakan pandangan sebanyak mungkin. Tujuannya adalah seperti berikut. -

Menyatakan penemuan-penemuan sepanjang lawatan ke Jepun dan memahaminya semula.

-

Memikirkan sebab dan latar belakang sesuatu penemuan itu, serta tindakan yang boleh diambil mengenainya.

-

Berkongsi penemuan dengan para peserta lain.

-

Meningkatkan pemahaman tentang Jepun.

Setiap kumpulan begitu aktif meluahkan pendapat secara berterus-terang berdasarkan catatan harian yang telah dicatat oleh masing-masing. Di samping itu, mereka dapat penemuan baru dengan mendengar pendapat rakan-rakan dari kumpulan lain. Kertas pembentangan serta isi perbincangan bagi setiap kumpulan disertakan pada muka surat seterusnya.

【Kumpulan Ishikawa】 Ⅰ Kertas Pembentangan Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pada hadirin sekalian. Pertama sekali, kumpulan kami ingin membentangkan tentang budaya Jepun. Kami telah berpeluang mencuba makanan, pakaian, permainanan dan upacara teh Jepun. Dalam bab makanan, kami telah mempelajari bahawa masyarakat Jepun tidak membazir. Di Jepun, ini dipanggil “mottainai” iaitu tiada pembaziran. Kita patut mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Di samping itu, untuk menunjukkan rasa kesyukuran mereka terhadap makanan, selepas makan mereka akan mengucapkan “gochisousama”. Dalam bab pakaian pula, pakaian tradisional seperti kimono dan yukata masih dihargai oleh masyarakat Jepun. Walaupun kini mereka dikelilingi oleh barangan moden, mereka masih memakai kimono dan yukata, malah pemakaiannya iaitu menurut cara yang ditetapkan juga perlu dipelajari. Seterusnya, kami ingin menceritakan tentang alat muzik tradisional Jepun. Alat muzik “koto” juga mempunyai falsafah di sebaliknya dan cara memetiknya perlu menurut gaya yang ditetapkan. Selain itu, lagu-lagu yang dimainkan dengan alat ini banyak berkait rapat dengan alam semulajadi, menunjukkan betapa masyarakat Jepun sangat menghormati alam sekitar. Di

Jepun,

permainan

tradisional

seperti

“ayatori” masih diajar di sekolah. Selain itu, kami telah mempelajari bahawa masyarakat Jepun mementingkan alam semulajadi dalam upacara

teh

yang

sangat

teliti.

Mereka

menunjukkan hormat terhadap orang yang menyediakan

teh

dan

minum

teh

yang

dihidangkan sampai habis. Ini menunjukkan sikap masyarakat Jepun yang tidak membazir. Seterusnya, kami ingin membentangkan tentang pendidikan. Masyarakat Jepun sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka. Di sekolah, para pelajar diajar dua jenis mata pelajaran Bahasa Jepun, iaitu bahasa moden dan bahasa klasik. Bagaimanapun, bagi Bahasa Inggeris hanya terdapat satu jenis mata pelajaran. Sekolah Jepun juga menitikberatkan aktiviti kelab. Aktiviti kelab dijalankan sebelum dan selepas kelas. Kami dapat lihat di Sekolah Menengah Komatsu, walaupun tanpa kehadiran

guru, para pelajar giat berlatih. Selain itu, sekolah turut menghargai hasil karya pelajar. Di Sekolah Rendah Araya, hasil karya lukisan dan karangan para pelajar dipamerkan di papan notis. Ini dapat menguatkan semangat pelajar untuk menghasilkan karya yang lebih baik serta semangat untuk bersaing antara satu sama lain. Di Jepun, para pelajar dilatih untuk membersihkan sekolah sejak kecil. Setiap pelajar menyertai gotong-royong membersihkan kelas dan ini dapat melahirkan kerjasama antara mereka. Seperti yang dapat kami lihat di Sekolah Rendah Araya, semua pelajar, lelaki mahupun perempuan turut serta, tiada seorang pun yang cuba melarikan diri. Gotong-royong seperti ini dapat memupuk sikap mementingkan kebersihan. Akhir sekali, kami telah berpeluang melawat JAIST iaitu Japan Advanced Institute of Science and Technology di Ishikawa, di mana kemudahan seperti alatan penyelidikan yang tidak terdapat di universiti-universiti lain ada di sini. Dengan kemudahan berkenaan, para pelajar meneruskan penyelidikan masing-masing. Kemudahan seperti ini menunjukkan betapa majunya teknologi negara Jepun. Akhir sekali, kami ingin membentangkan tentang teknologi. Jepun merupakan negara yang maju dalam bidang teknologi dan banyak menghasilkan kenderaan dengan enjin yang mampu menjimatkan bahan api. Seperti contoh, kereta keluarga angkat saya tidak langsung mengeluarkan asap hitam, malah bunyi enjin pun tidak begitu kedengaran. Selain itu, terdapat banyak rumah yang dilengkapi dengan panel suria. Rumah keluarga angkat saya adalah salah satu daripadanya dan tenaga yang terkumpul digunakan untuk memanaskan air ofuro. Selain menjimatkan bil elektrik, beban alam sekitar dapat dikurangkan. Jepun merupakan sebuah negara yang mendahului dalam bidang “super computer”. Seperti contoh di JAIST pelajar-pelajarnya menggunakan komputer yang berkapasiti tinggi. Di Jepun terdapat banyak “vending machine” yang menjual makanan dan pelbagai jenis barangan lain. Kesimpulannya, Jepun adalah sebuah negara yang mementingkan aspek yang mempengaruhi manusia. Oleh itu, kemudahan yang disediakan amat membantu dan melicinkan perjalanan hidup manusia. Ⅱ Penemuan dan Isi Kandungan Perbincangan 1. Adab -

Disiplin : menepati masa, elak pembaziran, cara berjalan

-

Sopan santun : menghormati orang tua, lalu lintas, bertolak ansur, gotong-royong

2. Budaya tradisional upacara teh / kaligrafi / cara tidur / tatami / tembikar / kimono, yukata (baju tradisional) / ayatori / origami / ikebana (gubahan bunga) / seni mempertahankan diri 3. Teknologi kenderaan (kereta) / elektrik / bangunan / sekolah / stesen minyak / kemudahan untuk orang kurang upaya 1. Sikap -

mementingkan kebersihan dan mengurangkan pencemaran Zoo Ishikawa : mengitar semula najis binatang / menggunakan air hujan dalam kehidupan seharian Sek.Ren.Araya : semua pelajar dan guru dikehendaki

membersihkan

sekolah

sebelum sesi persekolahan tamat -

amalan hormat-menghormati : tunduk hormat apabila bertemu dengan orang dan lain-lain / cara percakapan yang lembut dan sopan.

2. Budaya (mengekalkan budaya tradisional) -

Pakaian (kimono dan yukata) : dalam majlis-majlis formal dan upacara kebudayaan seperti festival dan lain-lain.

-

Alat muzik (koto) : wujudnya aktiviti kelab yang melatih murid bermain alat muzik tradisional. Setiap muzik yang dimainkan mempunyai tema dan maksud tersendiri

-

Permainan tradisional (ayatori, take-tombo, kami-hikoki, origami)

-

Makanan (takoyaki, yakisoba, sup miso)

-

Upacara teh dan gubahan bunga (ikebana)

3. Gaya Hidup -

Kenderaan : banyak menggunakan basikal, kenderaan bermotor juga kurang mengeluarkan asap

-

Amalan pemakanan : setiap hidangan pasti mempunyai sayuran, banyak hidangan yang disediakan, makanan yang tidak berminyak

-

Tandas : kurang menggunakan air (elak pembaziran), tandas sentiasa kering dan bersih

-

Onsen : sikap yang terlampau terbuka semasa di onsen (open-minded)

-

Agama : sifat yang terlalu memberi kebebasan dalam beragama

1. Pendidikan -

pentingkan bahasa ibunda

-

pendidikan aktiviti kelab

-

pentingkan fesyen

-

prasarana yang lengkap

-

pelajar peramah

-

pelajar pandai bawa diri

-

universiti berteknologi tinggi

-

gotong-royong membersihkan sekolah

-

bertanggungjawab

-

mengenang jasa sekolah

-

menghargai karya pelajar

2. Pembangunan -

jalan-raya teratur

-

pembangunan terancang

-

amalan kitar semula

-

industri “vending machine”

-

menjaga warisan budaya

-

banyak makan sayur dan buah

3. Pemakanan -

kurang makanan berminyak

-

makanan kurang karbohidrat -

makan agak laju (menghargai masa)

-

mensyukuri rezeki

pemakanan yang seimbang

-

【Kumpulan Hyogo】 Ⅰ Kertas Pembentangan Pada hari ini, saya dari kumpulan Hyogo akan membentangkan apa yang telah kami dapat (penemuan) di Jepun dan Hyogo khususnya. Kami satu-satunya kumpulan yang menaiki shinkansen. Jadi, saya akan bentangkan dapatan kumpulan ikut cara shinkansen. Sebelum kita tiba di destinasi, kita akan melalui 3 stesen; infrastruktur, sikap, dan persekitaran. Stesen pertama: Infrastruktur. Infrastruktur di Jepun termasuklah bangunan dan pengangkutan. (Bangunan) di Jepun ada ciri-ciri keselamatan yang bagus ; kalis gempa bumi dan tsunami. Ada laluan dan pintu kecemasan. Bahan binaan menyerap gegaran. Teknologi dalam bangunan canggih ; pintu automatik dan serba serbi automatik. Seni binanya sangat menarik dan pelbagai. Tapaknya tidak luas tapi bangunannya tinggi. Pintu yang biasa digunakan di rumah dan sekolah ialah pintu slide. Orang Jepun sangat memaksimakan kawasan. Susah nak jumpa kawasan terbiar. Semuanya ada fungsi. Rumah-rumah mampu dibina di kawasan gunung. (Jepun pandai menyesuaikan diri dengan musim-musim di sini). Dalam rumah ada sistem pemanas

dan penyejuk. Contohnya, tandas ada alat pemanas. Sekali duduk nak lagi. Susun atur bangunan pula sangat sistematik dan teratur. Jalan tidak bengkang-bengkok. Rumah dan hotel di Jepun moden tapi masih tidak tinggalkan budaya mereka; ofuro dan onsen. Sumber tenaga juga sangat dijimatkan. hanya bernyala bila ada orang lalu.

Di Kobe Miraikan, guna tenaga suria.

Lampu

Pengangkutan di Jepun canggih dan mengutamakan

produk tempatan; Suzuki, Honda, Mitsubishi. Dalam bas ada ciri-ciri keselamatan (tali pinggang), dan kemudahan (tempat letak barang dan mikrofon) Kita tiba di stesen kedua : Sikap Orang Jepun sangat berdisiplin dan menepati masa. Mereka tidak suka membazir sebab negara Jepun tidak banyak sumber. Mereka juga bangga dengan negara mereka. (Guna bahasa Jepun untuk maju). Mereka mengekalkan tradisi turun temurun dalam kehidupan serba moden. Contohnya di Pulau Awaji, masih terdapat persembahan patung Joruri yang melebihi seratus tahun. Mereka suka menjaga kebersihan. Ada tong sampah ikut jenis di merata tempat. Mereka suka kitar semula. Mereka rajin bekerja. Pada masa yang sama, menyayangi keluarga. Sebab itulah ada sesetengah rumah yang ada pejabat di rumah. Mereka juga ada semangat ingin tahu; suka mempelajari perkara baru. Waktu homestay, mereka suka bertanya macam-macam. Sekarang di stesen terakhir: Persekitaran Jepun sangat bersih dan bebas dari pencemaran air, udara dan bunyi. Air longkang tidak kotor; udara segar sebab kurang penggunaan kenderaan. Tepi jalan raya ada penapis bunyi. Banyak gunung-ganang dan semuanya dimanfaatkan. Kawasan berbukit ada rumah dan onsen. Ada signboard kecemasan jika berlaku tsunami di Pulau Awaji. Jepun ada empat musim; bunga, panas, luruh dan sejuk. Tapi musim tidak menghalang kegiatan harian. Baju uniform sekolah pun ada dua; untuk musim panas dan musim sejuk. Kawasan pertanian ada di bandar dan luar bandar. Kawasan pertanian sangat kemas dan teratur. Ada kawasan kuil. Ada banyak kawasan tarikan pelancong. Kesimpulannya,

Jepun

ada

banyak

perbezaan

mengambilnya sebagai panduan untuk maju.

dan

kelebihan.

Malaysia

perlu

Apa yang paling penting, orang Jepun

pandai menyesuaikan diri dan budaya mereka dalam dunia moden. Sikap mereka tidak ubah macam orang Eropah pada zaman Rainenssance iaitu belajar untuk bangkit dari kekurangan dan mengekalkan kejayaan. Pengalaman di Jepun dah beri banyak pengalaman kepada kami. Sekian.

Ⅱ Penemuan dan Isi Kandungan Perbincangan 1. Warisan dan Kebudayaan -

pemeliharaan bangunan bersejarah

-

semangat ‘inkuiri’

-

disiplin : tiada berlaku kecurian

-

pentingkan bahasa kebangsaan

-

disiplin : tepati masa, rajin

-

persamaan taraf

-

suka berjalan : tidak bebankan orang lain, menjaga alam sekitar, sihat tubuh badan

2. Bangunan -

ciri-ciri keselamatan : kalis gempa bumi

-

bilik-bilik : susun atur dalam rumah (dapur, tandas : ada ofuro)

-

teknologi yang canggih

-

sumber

tenaga

banyak

(Kobe)

(solar,

elektrik) -

ikut kesesuaian

-

hotel : ada ofuro / onsen

-

menjimatkan elektrik

-

kedai ada banyak barang teknologi

-

mempunyai dinding di tepi jalan raya (kedap bunyi)

3. Persekitaran -

pentingkan kebersihan

-

tidak mengambil pekerja asing (local worker)

-

pemandangan : cantik, udara bersih → kurang kenderaan bermotor, ramai yang berjalan kaki

-

tandas : kering, tidak lumut, tidak kotor

-

world heritage (kekal sehingga sekarang)

-

tidak banyak perbezaan antara kampung dan bandar

1. Disiplin 1) budaya kerja, ketepatan masa = dapat kepercayaan 2) ketrampilan diri -

kakitangan berpakaian uniform, tidak kira status (pemandu bas, polis trafik, pemandi teksi)

-

uniform pelajar : berpakaian seragam apabila ada majlis rasmi

-

uniform pelajar : misim sejuk (hitam / kelabu/ koko), musim panas (putih)

2. Pencemaran 1) udara -

kurang pengguanaan kenderaan

-

guna basikal, jalan kaki

-

pengangkutan awam (shinkansen, teksi, bas)

2) bunyi -

penghalang bunyi, elak bunyi bisin ke kawasan perumahan

3) air -

penapisan air sebelum dilepaskan ke longkan

-

sumber air dijamin bersih

4) kitar semula 3. Bangunan 1) rumah / bangunan -

pembinaan jalan raya lurus setelah berlaku gempa bumi 1923 di Tokyo

-

sistem pengesan gempa bumi di antara dinding dengan lapisan mozek

2) teknologi di rumah mesra alam -

penduduk guna udara semula jadi

-

pemanas untuk musim sejuk, air-con untuk musim panas

3) pembinaan rumah terancang, rumah flat, kurangkan pengguaan tanah 1. Sikap 1) Adab : hormat-menghormati (raknat yang sentiasa melayan orang dengan baik) 2) Ketepatan masa : sangat mementingkan masa (berada ditempat yang dijanjikan sekurang-kurangnya 5 minit di tempat itu) Shinkansen bergerak 3) Pengekalan tradisi : makanan, alat muzik (shamisen, koto) 4) Pembaziran : tidak menbazir (makanan habis dimakan) 5) Keselamatan : saling ingat-mengingati (tali pinggang) 6) Patriorisme -

mementingkan bahasa ibunda

-

mereka membanggakan produk negara

-

penggunaan produk sendiri (kereta)

7) Kesihatan : 50 jenis makanan sehari, makan sayur, kurang gula 8) Dapur : perbezaan budaya (ibu bertanggungjawab basuh pinggan) 9) Agama : hormati agama lain 2. Teknologi 1) Cintakan alam

-

kereta elektrik

-

lampu tutup apabila tiada orang (jimat)

-

Kobe Miraikan : barang kitar semula

-

recycle : 3 tong sampah di mana-mana

2) Jalan raya -

jalan raya bertingkat

-

tidak langgar peraturan

-

sistem lalu lintas : polis trafik banyak (di mana-mana)

3) Keselamatan : bas ada tali pinggang 3. Kebersihan 1) Ambil berat : bas ada plastik sampah 2) Tong sampah : di mana-mana 3) Tandas : tidak basahkan (kena lap) 4) Pendidikan : sejak kecil dididik jadi pembersih 5) Pekerja : pakaian

【Kumpulan Fukuoka】 Ⅰ Kertas Pembentangan Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para hadirin sekalian. Saya akan menceritakan tentang hasil bengkel kami semalam. Kami mendapati bahawa alam sekitar di sini sangat bersih. Tiada sampah di tempat awam dan pembuangan sampah sarap mengikut ketegori yang ditetapkan. Orang Jepun juga sangat menghormati alam sekitar sehingga perokok menghisap rokok di tempat yang ditetapkan. Selain itu, penggunaan pencemaran alam sekitar, contohnya, bas, shinkansen, keretapi, teksi, dll. Masyarakat Jepun mempunyai sikap yang sangat baik di sini. Kita dapat melihat orang Jepun sangat mementingkan masa. Selain itu juga mereka mempunyai budi bahasa yang tinggi. Mereka selalu mengucapkan kata-kata selamat, seperti Konbanwa, Sumimasen, Arigatou, dan sentiasa tersenyum. Akhir sekali, masyarakat Jepun sangat mementingkan pekerjaan daripada Malaysia. Mereka lebih mengutamakan hal dan hasil kerja melebihi hal keluarga. Contohnya, mereka selalu pulang lewat dan tiada di rumah kerana bekerja keras. Ini kerana orang Jepun mementingkan kesempurnaan dan hasil mereka. Pemerhatian kami yang ketiga ialah dari segi teknologi dan infrastruktur di Jepun. Sepanjang pemerhatian kami, kemajuan teknologi di Jepun dapat dilihat dengan jelas pada penggunaan tandas elektrik yang berupaya menjimatkan air. Tandas tersebut mempunyai beberapa fungsi tambahan seperti penggunaan bidet, sistem pengepaman air (flush) secara automatik dan lain-lain. Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Jepun mengutamakan semua golongan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU). Hal ini dapat dilihat pada tandas awam, lif, dan tempat meletak kereta. Selain itu, teknologi pembuatan kereta

semakin canggih. Terdapat kereta yang menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar. Oleh itu, teknologi dan infrastruktur di Jepun sangat membanggakan. Kesimpulannya, harapan kami adalah agar kami dapat membangunkan negara kami seperti pemerhatian kami di Jepun. Diharap program sebegini akan diteruskan dan hubungan Malaysia dan Jepun akan dikekalkan. Akhir kata, kami sebagai pemimpin masa hadapan bakal mengubah negara Malaysia ke arah lebih maju di masa akan datang. Diharap hubungan antara Jepun dan Malaysia akan bertambah erat sehingga ke generasi akan datang. Ⅱ Penemuan dan Isi Kandungan Perbincangan 1. Masyarakat Jepun Kreatif -

Mengamalkan konsep kitar semula (3R)

-

Kerajaan menyumbangkan dana bagi meneruskan program mengekalkan dan pemeliharaan alam sekitar

-

Pembangunan terancang

-

Bijak dalam menyelesaikan masalah seperti ketika perang

2. Kepentingan Kebersihan -

Tandas bersih dan tidak basah

-

Tiada sampah di lantai dan merata tempat

-

Sisa rokok tidak dibuang merata-rata

-

Pemilik haiwan bertanggungjawab terehadap sisa buangan haiwan pelihara mereka apabila berjalan-jalan di luar

3. Masyarakat Jepun -

Filem luaran masuk ke negara Jepun lebih lambat

-

Bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka dan aspek kebersihan dan lain-lain

-

Berjalan laju dan tetap pada tujuan mereka walaupun terdapat pelancong asing

-

Mementingkan budi bahasa

-

Masyarakat muda Jepun tidak mempunyai matlamat tetap

1. Alam Sekitar -

Mementingkan kebersihan

-

Kitar semula : kawasan pembuangan sampah boleh digunakan semula dan untuk tujuan

lain 2. Rakyat Jepun -

Menghormati warga asing : memberi gambaran yang baik tentang rakyat Jepun

-

Menepati masa : memudahkan sesuatu tugas dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan

-

Menepati peraturan : jalan raya, buang sampah mengikut tong

3. Kemudahan -

Melakukan penjimatan : tandas yang canggih / penggunaan bas menyebabkan kurangkan kenderaan (memelihara udara)

-

Onsen : menyenangkan fikiran

1. Displin -

Budaya mematuhi masa : kereta api dan bas akan datang tepat pada waktu

-

Menaiki bas : tahu waktu menaiki bas / teratur / tak menunggu lama / terus manaiki bas

-

Menepati waktu : hadir 10 minit lebih awal daripada waktu / kelas bermula / pelajar lebih awal

-

Kawasan merokok : garisan antara kawasan merokok dan tidak

2. Alam Sekitar -

Rakyat menghargai alam sekitar : lebih suka menaiki kenderaan awam, basikal, bas, keretapi, jalan kaki

-

Pengasingan sampah menerusi penguatkuasaan undang-undang

-

Mempunyai beg plastik diri sendiri : penggunaan beg plastik yang kurang 3. Bahasa dan Bangsa -

Masyarakat Jepun bangga dengan bahasa kebangsaan kerana papan tanda dan iklan dalam bahasa Jepun

-

Masyarakat asing perlu mempelajari bahasa Jepun untuk berkomunikasi dengan mereka

-

Masyarakat Jepun begitu bangga sekiranya terdapat bangsa lain dapat berkomunikasi dalam bahasa Jepun

Luahan Pendapat Pelajar-pelajar Malaysia Kumpulan Ishikawa ○ Banyak pengajaran dan pengalaman yang telah saya dapati sepanjang program ini. Antara pengajaran yang telah dipelajari ialah kita hendaklah sentiasa menepati masa. Buktinya ialah orang Jepun sentiasa datang pada tempat yang telah ditetapkan 5 minit sebelum masa yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan perancangan tidak terganggu dan program dijalankan secara lancar. Selain itu, kita juga mestilah bersikap ramah-mesra antara satu sama lain. Contohnya, orang Jepun sering tunduk serta memberi salam sejahtera kepada orang yang ditemui. ○ Saya

amat

berpuas

hati

dengan

program

JENESYS yang dijalankan. Sesungguhnya Mr. Shinzo Abe telah memberikan satu cadangan yang dapat membangunkan negara-negara Asia bersama-sama

pada

waktu

akan

datang.

Pemuda-pemudi Malaysia yang bakal memimpin negara pada masa akan datang akan lebih bersedia dan kami telah mempelajari pelbagai nilai murni dan sikap mulia menerusi program yang dijalankan. Namun saya berpendapat bahawa program homestay haruslah dipanjangkan sedikit agar kami dapat mendalami budaya dan sikap orang Jepun secara terperinci. Program seumpama ini haruslah diteruskan demi kemajuan dan keamanan negara-negara Asia. ○ Program ini sangat bermakna buat saya. Saya dapat mendalami lebih pengetahuan secara keseluruhannya tentang negara Jepun dan penduduknya. Saya juga dapat menjalinkan hubungan baik dengan orang Jepun mahupun rakan-rakan di Malaysia. Saya berharap program ini dapat diteruskan dan jikalau boleh jangka masa program ini ditambah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Saya tidak akan melupakan setiap saat berada di program ini. ○ Pada pendapat saya, program ini sangat berfaedah kepada diri saya dan pelajar-pelajar yang lain kerana telah mengubah fikiran saya kepada gaya pemikiran yang lebih global. Tanpa program ini, saya tidak dapat meluaskan skop pemikiran saya kerana tidak dapat melihat negara yang berjaya seperti Jepun berfungsi di pentas dunia. ○ Saya berpendapat program ini sangat perlu bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara negara Malaysia dan Jepun menerusi interaksi yang berkesan serta pertukaran budaya yang berbeza. Pelajar dapat memahami serta merasai kehidupan orang Jepun yang lebih maju ke hadapan dan pastinya akan membawa budaya yang baik ke Malaysia agar sama-sama dapat melahirkan masyarakat yang memiliki budaya sains serta mentaliti minda kelas pertama.

○ Sepanjang menjalani program JENESYS, saya berasa amat gembira kerana dapat mendalami pengetahuan mengenai negara ini. Lebih-lebih lagi apabila kami semua didedahkan kepada gaya hidup dan budaya serta teknologi negara Jepun. Semua ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada kami, bahkan pengalaman yang sangat berguna. Sememangnya saya amat gembira dan beruntung kerana telah terpilih untuk turut serta dalam program ini. Antara pengalaman yang paling bermakna adalah semasa program homestay bersama keluarga angkat. Pengalaman bersama keluarga Nakamura amat berharga bagi saya dan saya pasti semua peserta sependapat dengan saya. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia mempunyai banyak manfaat yang boleh diperolehi. Terima kasih kerana membenarkan kami menyertai program JENESYS Kohort 7 pada kali ini.

Kumpulan Hyogo ○ Sangat berpuas hati dan seronok kerana dapat menimba pengalaman yang bermakna dan mungkin tidak dapat dilupakan, terutamanya semasa homestay. Dapat melihat sendiri budaya dan sikap orang Jepun dan bergaul dengan mereka. Walaupun berlainan bahasa, mereka berusaha untuk memahami perasaan yang diajukan. Program ini sangat berguna dan memberi banyak manfaat kepada pelajar Malaysia dan berharap program ini akan diteruskan untuk generasi akan datang agar dapat membangunkan negara-negara yang lain. ○ Pada pendapat saya, program ini sangat berjaya dan patut diadakan lagi pada masa akan datang. Program ini telah membuatkan saya bersemangat untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Jepun. Saya berasa sangat bersyukur dapat menjejakkan kaki ke Bumi Sakura ini dan sudah semestinya saya ingin pergi lagi ke Jepun pada masa akan datang. ○ Program ini telah memberi peluang kepada generasi Malaysia yang bakal menerajui negara bagi mengambil ikhtibar daripada pengalaman yang diperolehi. Kami berasa sangat gembira sehinggakan begitu sedih apabila ingin berpisah dengan keluarga angkat. Saya sangat sayangkan Jepun. Saya rindukan Sumoto. Saya rindukan Awaji-shima. Saya rindukan Jepun. Saya “Love” Jepun. ○ Berasa sangat bertuah kerana terpilih dalam program ini. Pengalaman yang sangat berharga sepanjang hidup saya ini akan saya manfaatkan di Malaysia. Saya akan sampaikan banyak perkara baru yang telah saya perolehi di Jepun kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Program ini sangat berguna kepada pelajar seperti saya. Ianya juga dapat menambahkan lagi semangat pelajar

untuk menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain. Saya berharap akan dapat mengikuti program seperti ini lagi. ○ Saya rasa amat gembira dan berpuas hati dengan program ini. Saya berharap agar program ini diteruskan demi mendidik rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpin bertaraf antarabangsa. ○ Saya berasa sangat gembira dan senang hati kerana dapat pelajari pelbagai perkara mengenai Jepun di negara ini. Program ini sangat bagus dan amat bermakna. Ia wajar diadakan dengan lebih kerap untuk mengeratkan hubungan antara negara. Ia juga dapat meluaskan pengetahuan global setiap individu. I love Japan.

Kumpulan Fukuoka ○ Program JENESYS adalah program yang telah saya nantikan sejak di tingkatan satu lagi. Saya berasa sangat gembira dan bersyukur dapat menyertai program ini. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan keseluruhanya banyak memberikan pengetahuan kepada saya mengenai negara Jepun. ○ Sangat bagus dan membuatkan saya kagum dan ingin merantau ke seluruh dunia untuk melihat kepelbagaian adat dan tradisi serta sikap masyarakat di negara lain. Berjaya menyedarkan saya betapa lemahnya dan teruknya saya dan masyarakat saya. ○ Saya rasa gembira kerana dapat menyertai program ini. Banyak pengalaman telah saya perolehi seperti rasa musim luruh di luar negara. Saya juga dapat mempelajari budaya dan kehidupan orang Jepun. Saya berharap program ini dapat dijalankan pada masa akan datang. ○ Program ini sangat menarik dan sangat bagus kerana pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan mengetahui perkembangan teknologi negara luar. ○ Semua program yang dijalankan sangat bermakna dan mampu menjadi inspirasi kepada para pelajar yang akan memimpin negara kelak. Program homestay harus dikekalkan kerana walaupun tempohnya agak singkat, para pelajar berpeluang bertukar-tukar pandangan dan budaya dengan keluarga angkat. Berasa gembira dan berharap agar program sebegini akan diteruskan.

Luahan Pendapat Pelajar-pelajar Jepun Universiti Waseda (Fakulti Sains dan Kejuruteraan) ○ Campus tour delegasi dari Malaysia Saya sebagai pemandu campus tour amat gembira kerana pelajar-pelajar Malaysia telah menyertai tour ini dengan bersikap positif seperti tekun mendengar penerangan saya,

rajin

mencatat dan sekiranya terdapat perkara yang mereka tidak fahami, mereka terus bertanya. Saya ingin meminta maaf kerana kadang-kadang penerangan saya kurang jelas disebabkan oleh kelemahan bahasa Inggeris saya. Pada kali ini, saya dapat belajar sikap positif iaitu terus bertanya jika ada soalan dan saya juga sedar perbezaan kebolehan bahasa Inggeris kami melalui interaksi dengan pelajar-pelajar dari negara lain. Singgahlah ke Universiti Waseda lagi sekiranya ada peluang.

Institut Animasi Yoyogi ○ Melalui interaksi dengan pelajar-pelajar Malaysia (1) Sebenarnya saya rasa gementar kerana banyak unsur kebimbangan, umpamanya masalah bahasa. Bagaimanapun, saya telah menghabiskan masa dengan gembira kerana mereka sangat peramah. Tentang komik pula, saya rasa pelajar lelaki suka membaca komik secara meluas manakala pelajar perempuan

lebih

cenderung

membaca

komik

secara terhad tetapi mendalam. ○ Melalui interaksi dengan pelajar-pelajar Malaysia (2) Apabila membuat ilustrasi berwarna, pelajar-pelajar Malaysia gemar menggunakan warna terang dan pendarfluor. Nampaknya pelajar lelaki sangat berminat tentang komik dan mereka mengetahui pelbagai karyanya. Mereka banyak bertanya tentang kopik (pena warna), kertas dan sebagainya. Saya rasa seronok kerana mereka sangat peramah dan riang.

Sekolah Menengah Bandar Komatsu, Ishikawa ○ Perkara-perkara yang telah dipelajari daripada program interaksi Sebenarnya saya rasa amat risau kerana jika boleh, saya tak mahu berinteraksi dengan warga asing. Namun begitu, program interaksi amat menyeronokkan kerana tiga orang pelajar Malaysia yang mengunjungi kelas kami telah mengajar bahasa Melayu, permainan dan tarian. Saya amat hairan kerana semasa mereka mengajar bahasa Melayu, mereka bagaikan guru sebenar. Mereka bercakap bahasa Jepun dan menulis kanji yang amat sukar bagi warga asing, oleh itu saya kagum dengan kepintaran mereka. ○ Interaksi dengan warga asing Ini merupakan kali pertama saya berinteraksi dengan warga asing.

Perkara yang dapat

disedari melalui interaksi ini ialah kepentingan komunikasi. Biasanya kami berkomunikasi dengan seseorang tanpa banyak berfikir tetapi apabila bahasanya tidak sama, perasaan

mungkin berubah. Oleh sebab itu, kami tidak boleh lupakan betapa pentingnya menyampaikan perasaan semasa berkomunikasi. ○ Jepun dengan Malaysia Pelajar Malaysia yang telah berkunjung ke sekolah saya ialah pelajar sekolah menengah, sama seperti saya. Walau bagaimanapun, saya amat hairan kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi hinggakan sukar menganggap mereka sebagai pelajar sekolah menengah. Saya rasa mungkin pelajar Jepun terlalu memanjakan diri. Saya rasa gembira kerana mampu berkomunikasi dengan banyak walaupun masa agak terhad. Sekiranya ada peluang, saya ingin berjumpa mereka lagi dan juga berkomunikasi dengan pelajar-pelajar dari negara lain. ○ Perkara yang penting Saya telah memahami perkara yang penting dalam interaksi dengan warga asing melalui lawatan delegasi Malaysia ke sekolah saya. Saya berpendapat bahawa belajar bahasa Inggeris dan menggunakannya penting tetapi perkara yang lebih penting ialah memandang mata orang yang berhadapan dengan kita semasa berkomunikasi. Walaupun tidak berkebolehan berbahasa Inggeris, sekiranya kita pandang mata orang itu semasa bercakap, ada kemungkinan perasaan kita dapat disampaikan kepadanya. Saya telah mempelajari perkara ini melalui interaksi pada kali ini. Bahasa Inggeris saya tidak begitu baik, maka saya jadi kurang bersemangat untuk meneruskan interaksi. Bagaimanapun, saya amat gembira apabila pelajar Malaysia mendengar apa

yang

saya

cuba

bersungguh-sungguh. berusaha

untuk

sampaikan

Manakala

memahami

dengan

saya

pula

bahasa

yang

diucapkan oleh mereka. Sikap seperti ini perlu bukan sahaja semasa berkomunikasi dengan warga asing, malah dalam kehidupan seharian. Perkara yang penting ialah cuba memahami percakapan dengan jelas. Saya telah mempelajari perkara ini daripada pelajar Malaysia dan ingin mengamalkannya dalam kehidupan saya.

Sekolah Menengah Sumoto, Hyogo * Pendapat di bawah ini adalah pendapat para pelajar yang telah menjadi keluarga angkat

○ Pemahaman melalui homestay Saya dapat memahami tanggapan nilai baru melalui interaksi berlainan budaya dan ini telah meningkatkan diri saya. Pada mulanya, saya bayangkan pelajar yang akan berkunjung ke rumah saya mungkin tegas dan degil kerana beragama Islam tetapi sebenarnya mereka amat riang dan murni. Terdapat banyak perkara menyeronokkan yang dapat dikongsi walaupun negara kami berbeza, contohnya muzik, sukan, permainan TV dan animasi. Muzik dan sukan, terutamanya, telah mengeratkan hubungan kami. Perkara yang paling menggembirakan saya ialah dapat mendengar tentang sejarah agama Islam dan al-Quran, cara sembahyang, pemikiran mereka dan sebagainya. Pada ketika itu, saya benar-benar dapat merasai budaya yang berlainan. Sekarang saya berhubung dengan mereka melalui e-mail dan saya akan

melawat Malaysia tidak lama lagi. Impian saya ialah untuk berjumpa lagi dengan mereka walaupun selepas 10 atau 20 tahun akan datang. ○ Setelah saya menjadi keluarga angkat Segala perkara amat menyeronokkan dalam pengalaman saya menerima anak angkat dari Malaysia. Pada mulanya saya risau sekiranya tidak dapat berkomunikasi dengan baik disebabkan oleh bahasa dan agama kami yang jauh berbeza. Bagaimanapun, anak angkat saya ingin memahami, menghormati serta mempunyai minat terhadap budaya Jepun. Sebaliknya saya juga ingin memahami, menghormati dan berminat terhadap budaya Malaysia. Oleh itu, kami berjaya memahami antara satu sama lain. Saya telah merasai pengalaman yang amat berharga. Semasa waktu berpisah, saya berasa sangat sedih.

Sekolah Menengah Hibiki, Fukuoka ○ Program interaksi antara Malaysia dan Hibiki Saya cuba menyapa “Apa khabar?” kepada pelajar

Malaysia

tetapi

dia

membalas

“konnichiwa! (apa khabar)” dalam bahasa Jepun.

Dan bila bertanya “What’s your

hobby?”, dia membalas “shumi desuka? (hobikah?)”.

Aduh…terkejutnya.

Mereka

sangat hebat kerana menggunakan bahasa Jepun seperti sudah biasa. Terima kasih atas buah tangan. Saya amat gembira mendapatnya.

Ianya

gula-gula

durian.

Aduh… kuatnya bau tetapi sedap… ○ Program interaksi dengan para pelajar Malaysia di Sekolah Menengah Hibiki Saya telah belajar matematik I dengan pelajar-pelajar Malaysia. Apabila guru menerangkan tentang formula matematik, mereka berkata “oh!” dengan hairan. Nampaknya mereka sudah tahu bahagian ini. Saya baru tahu di Malaysia ada mata pelajaran agama. Semasa makan tengah hari, kami dapat berkomunikasi dengan banyak kerana mereka menggunakan bahasa Jepun untuk saya yang kurang pandai berbahasa Inggeris dan tidak tahu berbahasa Melayu. ○ Perkenalan dengan orang-orang Malaysia Dalam kehidupan saya, ini merupakan kali pertama saya dapat berkomunikasi dengan warga asing yang sebaya dengan saya. Perkara-perkara yang menghairankan ialah mereka sangat pandai berbahasa Jepun, menggunakan penyepit dengan cara yang betul dan menulis kaligrafi lebih bagus daripada saya. Sebelum mereka datang ke sekolah, saya berasa bimbang sama ada interaksi bersama mereka akan berjaya atau tidak. Namun begitu, kebimbangan saya hilang setelah bertemu, makan serta menari tarian “tankobushi” bersama-sama mereka. Alangkah baiknya jika ada lagi peluang berinteraksi dengan warga negara asing seperti ini.

○ Setelah tamat interaksi dengan pelajar-pelajar Malaysia Sejak dahulu, saya ingin bercakap dengan orang bukan Jepun. Ini merupakan peluang baik bagi saya dan saya lega kerana mereka faham walaupun bahasa Inggeris saya tidak lancar. Saya telah banyak bersembang dengan pelajar-pelajar Malaysia tentang hobi, kaligrafi dan sebagainya. Interaksi seperti ini harus diadakan pada tahun depan kerana pengalamannya amat menyoronokkan. ○ Interaksi dengan kawan-kawan dari Malaysia Ini merupakan kali pertama saya berinteraksi dengan orang Malaysia dan telah dapat belajar pelbagai perkara melalui interaksi ini. Saya kurang pandai bahasa Inggeris dan langsung tidak tahu bahasa Malaysia tetapi saya senang hati kerana pelajar-pelajar Malaysia sangat pandai berbahasa Jepun. Saya amat hairan kerana mereka boleh menulis hiragana, katakana dan kanji dengan baik. Walaupun negara dan bahasa kami berbeza, perkara yang ingin disampaikan akan dapat disampaikan sekiranya mempunyai timbang rasa. Kalau ada peluang lagi, saya ingin belajar tentang negara dan bahasa mereka. ○ Pengalaman saya menyertai program interaksi dengan para pelajar Malaysia Apa yang saya dapat rasai melalui interaksi ini ialah walaupun tidak boleh berbahasa Inggeris, kita boleh gunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi

dengan

Sememangnya

bahasa

warga

asing.

(percakapan)

digunakan untuk menyampaikan sesuai tetapi apabila

tiba-tiba

saya

tidak

dapat

menggunakannya, saya jadi bingung, tak tahu apa yang harus saya lakukan supaya mereka faham.

Saya

telah

mempelajari

bahawa

menyampaikan satu-satu perkataan kepada orang lain adalah mudah di sebalik kepayahan. Apabila mereka senyum dan faham dengan apa yang saya ingin sampaikan, saya berasa amat gembira. Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi rasanya agak penting. ○ Interaksi dengan rombongan dari Malaysia Kami telah menggunakan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi tetapi saya berasa amat gembira kerana mereka cuba menggunakan bahasa Jepun sambil melihat buku bahasa Jepun. Masa interaksi amat pendek, namun begitu ia memberi banyak erti kepada saya. Saya berpendapat bahawa interaksi secara langsung dapat membantu mengurangkan prasangka dan diskriminasi.

Sekolah Rendah Araya, Ishikawa ○ Interaksi dengan orang-orang Malaysia Saya dapat paling banyak peluang berinteraksi dengan pelajar-pelajar Malaysia semasa membersihkan sekolah. Saya terkejut kerana pelajar Malaysia yang makan tengah hari bersama-sama saya tadi ada dalam kumpulan saya. Saya sangat gembira kerana dia masih ingat nama saya. Walaupun kami hanya bercakap bahasa Jepun, tidak ada masalah. Membersihkan sekolah sambil bermain bersama-sama mereka sangat seronok, meja dipindahkan secara berlumba. Tetapi pada sesi memeriksa kebersihan, mereka tak faham bahasa Jepun saya. Saya berusaha untuk memberitahu mereka menggunakan isyarat badan dan tangan. Akhirnya mereka faham. Saya berasa amat gembira. Saya sangat puas hati kerana dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar Malaysia. ○ Orang-orang Malaysia Pada hari ini pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia dan guru-guru telah melawat sekolah saya. Kami telah mempersembahkan tarian “yosakoi-soran”. Pada kali pertama, kami sahaja yang menari. Mereka serentak mengambil gambar, menyebabkan kami agak gementar.

Pada

kali kedua, kami menari bersama mereka. Mereka kelihatan gembira, jadi saya juga senang hati. Selepas itu, kami makan tengah hari bersama-sama. Seronok makan bersama-sama. Kalau ada peluang, saya ingin pergi ke Malaysia. ○ Interaksi dengan orang-orang Malaysia Saya telah berinteraksi dengan pelajar-pelajar Malaysia pada 22 November yang lalu. Mereka lebih baik hati daripada apa yang saya bayangkan. Saya mengajar mereka cara membuat “take-tombo” (pepatung buluh). Apabila mereka melihat “take-tombo” itu, mereka berkata “takekopter”, maka saya faham “Doraemon” juga popular

di

Malaysia.

bagaimana

mereka

Saya

amat

sangat

hairan pandai

menerbangkan “take-tombo” sehingga sampai ke siling. Semasa membersihkan sekolah, mereka

membantu

kami

dengan

bersungguh-sungguh. Mereka kata tak pernah membersihkan sekolah tetapi hasilnya sangat bagus. Saya rasa gembira dapat berinteraksi dengan mereka. ○ Rombongan dari negara Malaysia Rombongan dari Malaysia telah datang ke Sekolah Rendah Araya. Mereka telah mempersembahkan tarian. Yang perempuan memakai kain nipis berwarna biru seperti warna laut biru dan menutup rambut mereka. Semasa makan tengah hari, mereka tidak boleh makan ayam goreng. Mereka makan pisang sebagai gantinya. Mereka juga tak minum sup jernih. Oleh itu, mereka minum sup seperti sup jagung yang dicampurkan dengan sup miso. Semuanya baik hati dan kelakar, jadi hari ini merupakan hari yang menyeronokkan bagi saya. Saya ingin berjumpa lagi dengan mereka.

Luahan Pendapat Keluarga-keluarga Angkat Kumpulan Ishikawa ○ Walaupun hanya 4 hari kami tinggal bersama, waktu berpisah kami menangis agak teruk. Anak angkat saya sangat berdisiplin, bertimbang rasa dan berbudi bahasa, sikap yang tidak dapat dilihat pada belia-belia Jepun akhir-akhir ini. Saya pasti akan gembira setiap kali bertemu dengan kumpulan remaja dari negara-negara Asia selepas ini. ○ Inilah kali pertama saya menerima dua orang anak perempuan sebagai anak angkat. Kedua-duanya sangat berminat terhadap muzik J-pop. Mereka sering berbual dengan anak-anak saya, menjadikan suasana rumah kami amat ceria. ○ Anak angkat saya sangat teliti dan bersungguh-sungguh ingin mempelajari budaya kami. Apabila dia menutup pintu gelangsar (bilik Jepun), dia betul-betul menyusunnya di tengah-tengah. Dia amat bergembira semasa kami memasak okonomi-yaki, penkek, biskut dan sebagainya. ○ Ini merupakan kali kedua kami menerima anak angkat dari Malaysia. berdisiplin.

Jelas

dia

Dia amat

berminat

pada

masakan Jepun, tekun sekali dia melihat saya memasak. Tetapi saya agak malu kerana masakan saya tidaklah seberapa. Dia juga rajin membantu saya mencuci pinggan mangkuk selepas makan. Saya berasa amat gembira kerana belia-belia Asia yang dijemput oleh kerajaan Jepun melalui program JENESYS ini berminat kepada budaya Jepun dan dapat turut serta menyumbang dengan menjadi jambatan persahabatan ke arah hubungan yang baik antara Jepun dengan negara-negara di rantau Asia. ○ Melalui program keluarga angkat, saya telah dapat pengetahuan tentang Malaysia dan agama Islam yang sebelum ini kurang saya ketahui. Masakan yang dimasak oleh anak angkat saya juga sedap. Sikap timbang rasanya terhadap kami amat mengagumkan. ○ Saya kagum kerana anak angkat saya bersikap positif dan ingin mencuba apa-apa pun terutamanya budaya Jepun seperti “onsen” (mandi air panas beramai-ramai), makan “sashimi” (ikan mentah) dan teknik gubahan bunga. Dia juga telah mengajar sejenis permainan tradisi Melayu kepada cucu saya di tahun satu yang telah memperkenalkannya di sekolah. ○ Mula-mula sekali, kedua-dua orang anak angkat saya telah menunjukkan gambar keluarga sambil menerangkan tentang mereka. Melaluinya saya dapat tahu betapa sayangnya mereka terhadap keluarga sendiri. Kini baru saya sedar, saya juga perlu lebih memikirkan tentang keluarga saya. Mereka berkata bahawa datuk-datuk mereka boleh berbahasa Jepun kerana tentera Jepun telah datang ke Tanah Melayu pada zaman kanak-kanak mereka. Saya tidak dapat cari kata-kata yang sesuai untuk membalasnya...

Kumpulan Hyogo ○ Oleh kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi keluarga angkat, pada mulanya saya berasa agak risau untuk menerima anak angkat ini. Kerisauan utama saya ialah tentang hal makan, sembahyang dan bilik air kerana anak angkat kami beragama Islam. Walau bagaimanapun, dia telah menerima apa jua persediaan kami, menyebabkan saya berasa sangat senang hati. Saya tidak sedar semasa berpisah kami sama-sama menitiskan air mata. Anak angkat saya bercita-cita untuk belajar di Jepun pada suatu hati nanti. Saya amat menanti-nantikan hari di mana kami akan dapat berjumpa lagi. ○ Program ini memberikan pengalaman yang baik kepada anak saya yang sama generasi dengan anak angkat saya. Anak saya telah mengetahui perbezaan budaya kami dan walaupun agak lemah berbahasa Inggeris, dia dapat berkawan baik dengan anak angkat saya. Saya juga telah mempelajari banyak perkara untuk mendidik anak saya melalui sikap pelajar Malaysia yang pintar dan bersopan. ○ Semuanya bagus! Sebelum itu saya amat bimbang tentang penyediaan makanan yang sesuai untuk mereka dan sebagainya kerana inilah kali pertama kami menjadi keluarga angkat bagi pelajar-pelajar Islam. Namun kebimbangan itu terus lenyap apabila anak saya dan anak-anak angkat saya kelihatan mudah mesra semasa majlis pertemuan dengan keluarga angkat. Anak lelaki sulung saya banyak bertanya tentang agama Islam, manakala anak lelaki kedua saya suka bermain catur dan kad tradisional Jepun dengan mereka. Selepas anak-anak angkat saya pulang, saya berasa sangat sedih, seolah-olah jiwa ini menjadi kosong. Bagaimanapun, kini kami mula berhubung melalui e-mail. Saya ingin menghargai pertemuan ini selama-lamanya. ○ Saya berasa tenang apabila mengenangkan anak-anak angkat saya yang sangat comel dan ikhlas. ○ Saya agak terkejut apabila diminta menjadi keluarga angkat untuk 4 orang pelajar lelaki. Namun begitu, kesemuanya kelihatan tenang dan mampu bercakap secara terbuka. Mereka baik hati, jadi seronok bersama-sama dengan mereka. Anak-anak angkat saya amat gembira kerana dapat mengambil gambar maiko (calon geisha berpakaian kimono yang cantik) semasa kami bersiar-siar di Kyoto. Mereka berkata “kami pasti akan kembali ke sini”. Sebenarnya saya agak bimbang tentang agama Islam tetapi rupa-rupanya langsung tidak timbul masalah yang berkait dengannya.

Kumpulan Fukuoka ○ Saya berasa cukup tenang dengan anak-anak angkat saya yang mempunyai bola mata yang bersinar-sinar dan air muka yang jernih. Mereka sentiasa sudi membantu dan apabila saya berada di dapur agak lama, mereka akan bertanya “Ibu, dah selesai?”. Seolah-olah saya berada dengan anak-anak sendiri. Bila saya berkata kepada mereka, “Belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat kembali ke Jepun”, mereka membalas “Gambaru! (bersungguh-sungguh) untuk dapat melanjutkan pelajaran di Jepun”. Saya berharap dari hati yang ikhlas agar mereka akan menjadi orang dewasa yang bakal memainkan peranan penting untuk kemajuan Malaysia. ○ Ini merupakan kali pertama saya makan daging halal. Sebelum memasak, saya telah meminta anak-anak angkat saya memastikan bahawa daging itu sememangnya halal. Bagi saya daging itu tiada apa-apa perbezaan dengan daging biasa, namun bagi mereka perbezaannya besar. Pengalaman ini amat istimewa bagi saya. Saya tidak mungkin melalui pengalaman membeli daging halal seandainya tidak menyertai program seperti ini. ○ Ini kali pertama saya dipilih menjadi keluarga angkat. Kedua-dua orang anak angkat saya baik sekali , tidak ada sebarang rungutan terhadap mereka. Apa yang paling baik ialah sikap timbang rasa mereka terhadap orang lain. Pada waktu malam, kami telah bermain permainan tradisional Malaysia dan banyak bersembang. ○ Pengalaman selama tiga hari ini bagaikan “harta” dalam kehidupan saya. Anak angkat saya sangat comel, murni dan rendah diri. Namun begitu, saya amat kagum kerana dia bersikap positif dalam mempelajari tentang Jepun dan bahasa Jepun. Walaupun kadang-kadang kami tidak dapat berkomunikasi dengan baik kerana masalah bahasa, saya percaya perasaan kami dapat disampaikan oleh kesungguhan untuk memahami antara satu sama lain. ○ Kedua-dua anak angkat saya sangat bersopan santun dan murni. Mereka terus berkawan baik dengan anak saya dan bermain bersama-sama. Mereka mengikut anak saya ke taman yang berhampiran dengan rumah kami, mengajar lagu Melayu, memasak takoyaki, bermain permainan video dan bergambar bersama-sama. Kami telah berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris yang tidak tahu biji butirnya dan isyarat tangan. Mereka kenangan

telah indah

meninggalkan dalam

hidup

banyak saya,

walaupun kami hanya tinggal bersama selama 3 hari 2 malam.