Pembiayaan Kenderaan-i - Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam jika anda tidak memahami mana-mana ... Kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i ialah pembiayaan bertempoh dan bercagar yang dikira berdasarkan kad...

27 downloads 808 Views 168KB Size
Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK

(Baca Risalah Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Kenderaan-i. Pastikan juga anda membaca syarat dalam Surat Tawaran. Dapatkan penjelasan daripada Bank Islam jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau syarat am)

Pembiayaan Kenderaan-i Tarikh : _____________

1.

Apakah kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i Bank Islam?



Kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i ialah pembiayaan bertempoh dan bercagar yang dikira berdasarkan kadar tetap. Pembiayaan Kenderaan-i membolehkan anda memiliki kenderaan idaman anda di bawah kontrak Murabahah Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)).

2.

Apakah konsep Syariah dan kontrak yang diguna pakai?



Kontrak Syariah utama yang digunakan dalam produk ini ialah Murabahah Berdasarkan Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)) iaitu kontrak jualan dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli (iaitu Pelanggan). Di bawah kontrak ini, terdapat pesanan dan akujanji untuk pembelian oleh Pelanggan sebelum pemerolehan aset oleh penjual (iaitu Bank).



Ilustrasi mekanisme produk ini adalah seperti yang berikut:

Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan pelanggan membayar ansuran bulanan 3 Bank melantik pelanggan sebagai ejen pembelian Bank

1

2

Pelanggan

Wakil Penjual

Pelanggan membeli kenderaan bagi pihak Bank 4 Pelanggan menyandarkan kenderaan kepada Bank

i. ii. iii. iv.

Bank akan melantik pelanggan sebagai ejen pembeliannya untuk membeli kenderaan daripada pengedar. Pelanggan membeli kenderaan daripada pengedar bagi pihak Bank. Bank menjual kenderaan tersebut kepada Pelanggan berdasarkan kontrak Murabahah. Pelanggan akan membuat bayaran kepada Bank secara bayaran tertangguh. Pelanggan menyandarkan kenderaan sebagai sekuriti/cagaran.

3.

Apakah yang akan saya peroleh daripada produk ini?



Jumlah pembiayaan

amaun

Margin pembiayaan maksimum adalah sehingga 90% untuk permohonan biasa dan sehingga 100% untuk pakej khas, iaitu Pembiayaan Kenderaan Gradhitz-i. Amaun pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh Bank. Halaman 1 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 1.1/2014



Tempoh

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 9 tahun.



Kadar Keuntungan

Kadar tetap untuk Pembiayaan Kenderaan-i: A. Kadar Kumpulan 1: Kenderaan Nasional

Kenderaan Bukan Nasional

Skor Kredit (Gred)

Margin Pembiayaan

Kadar Pembiayaan

Kadar Pembiayaan

1 hingga 3

Sehingga 100%

3.00%

2.90%

RM50,000-00 dan ke atas

RM70,000-00 dan ke atas

Kenderaan Nasional

Kenderaan Bukan Nasional

Margin Pembiayaan

Kadar Pembiayaan

Kadar Pembiayaan

Sehingga 90%

3.25%

2.95%

Melebihi 90%

3.30%

3.00%

Kenderaan Nasional

Kenderaan Bukan Nasional

Margin Pembiayaan

Kadar Pembiayaan

Kadar Pembiayaan

Sehingga 90%

3.50%

3.20%

Melebihi 90%

3.60%

3.35%

Jumlah Pembiayaan Minimum

A. Kadar Kumpulan 2:

Skor Kredit (Gred) 4 hingga 6

B. Kadar Kumpulan 3:

Skor Kredit (Gred) 7 hingga 8 4.

Apakah obligasi saya?



Amaun bulanan

bayaran

Bayaran bulanan dikira mengikut formula berikut: Kadar tetap: ((P x R x T) + P) / t, iaitu: P = Jumlah Pembiayaan yang Diluluskan R = Kadar Keuntungan Setahun T = Tempoh Kemudahan Dalam Tahunan t = Tempoh Kemudahan Dalam Bulanan



Pelanggan bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran bulanan sehingga penyelesaian penuh pembiayaan. Jika tempoh pembiayaan dilanjutkan melebihi umur persaraan, Pelanggan masih bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran bulanan. Walau bagaimanapun, Pelanggan boleh memilih pada bila-bila masa untuk menyelesaikan pembiayaan itu sepenuhnya.

5.

Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?



Duti setem (mengikut Akta Setem 1949 (Disemak 1989)) i. Tanpa Penjamin RM20 (Surat Tawaran RM10.00 dan Perjanjian MPO RM10.00) ii. Dengan Penjamin RM30 (Surat Tawaran RM10.00 dan Perjanjian MPO RM20.00)

Halaman 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 1.1/2014

6.



Apakah caj lain yang perlu saya bayar?

Nota : Maklumat tambahan yang perlu dimasukkan: Pembatalan kemudahan yang diberikan Pelanggan perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan.

7.

Bagaimana jika saya gagal melaksanakan kewajipan saya tepat pada masanya atau berlaku kemungkiran?



Jika pelanggan gagal untuk memenuhi tanggungjawab pelanggan tepat pada masanya :1. Pembayaran Lewat Bank akan mengenakan Ta'widh (Gantirugi untuk bayaran lewat) ke atas pelanggan seperti berikut :a) Sebelum tarikh matang kemudahan Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh; b) Selepas tarikh matang kemudahan Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada); c)

Hutang selepas penghakiman Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Nota : Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. 2. Sekiranya berlaku kemungkiran  Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada pelanggan, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada pelanggan dan/atau penjamin.  Bank berhak untuk menolak sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan pelanggan yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini.  Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk memberi maklum balas terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual.  Tindakan undang-undang terhadap pelanggan boleh memberi kesan kepada penarafan kredit pelanggan yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda.  Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank.

Halaman 3 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 1.1/2014

8.

Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tarikh matang?



Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan ini, Bank berakujanji untuk memberi Ibra' (Rebat) kepada Pelanggan pada jumlah yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh ketika penyelesaian awal dilakukan. Formula Ibra '(rebat): Ibra'/rebat bagi Penyelesaian Awal Pembiayaan = Keuntungan Tertangguh Nota: i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan - Keuntungan Terakru. ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan= Harga Jualan - Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan). iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas baki Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan) yang telah dibayar/digunakan.



Penyelesaian Awal: "Penyelesaian Awal" bermaksud Penyelesaian Pembiayaan yang dilakukan oleh Pelanggan sebelum tarikh matang atau tamat tempoh Pembiayaan tersebutm tertakluk tetapi tidak terhad kepada situasisituasi berikut: i. Pelanggan membuat penyelesaian awal atau tebus hutang, termasuk penyelesaian prapembayaran; ii. Penyelesaian kontrak Pembiayaan sedia ada ekoran dari penstrukturan pembiayaan; iii. Penyelesaian oleh Pelanggan untuk kes-kes pembiayaan mungkir; dan/atau iv. Penyelesaian oleh Pelanggan untuk kes-kes pembiayaan yang ditamatkan atau dibatalkan sebelum tarikh matang atau tamat tempoh pembiayaan. "Jumlah Penyelesaian Awal" bermaksud Baki Harga Jualan ditolak ibra’ ketika Penyelesaian Awal ditolak jumlah pembiayaan yang belum dikeluarkan (digunakan) ditolak bayaran pendahuluan oleh Pelanggan ditambah lebihan sementara ditambah pendahuluan oleh Bank, ditambah ta’widh dan ditambah Caj Penyelesaian Awal. Nota: i. Baki Harga Jualan = Baki Harga Belian (atau Baki Jumlah Pembiayaan) + Keuntungan Tertunggak + Keuntungan Tertangguh ii. Pendahuluan oleh Bank termasuk jumlah sumbangan takaful / premium insuran, yuran guaman, cukai tanah dan sebagainya. iii. Caj Penyelesaian Awal adalah kos sebenar yang ditanggung oleh Bank yang telah diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank.

9.

Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?



Keperluan untuk penjamin adalah berdasarkan setiap kes masing-masing . Kenderaan yang dibiayai akan disandarkan sebagai cagaran.

10. Apakah yang perlu perhubungan saya?



saya

lakukan

jika

terdapat

perubahan

pada

maklumat

Pelanggan bertanggungjawab dan hendaklah memaklumkan kepada Bank dengan segera tentang apaapa perubahan pada maklumat perhubungan Pelanggan bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada Pelanggan tepat pada masanya.

Halaman 4 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 1.1/2014

11. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?



Jika anda menghadapi kesukaran dalam menjelaskan bayaran bulanan, anda perlu menghubungi kami secepat mungkin untuk membincangkan pilihan bayaran. Anda boleh menghubungi kami di: i.

Jabatan Pusat Panggilan Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 17, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900 Emel: [email protected]

atau

ii.

Pusat Pembiayaan Automobil kami yang berhampiran atau

iii.

Layari laman web kami www.bankislam.com.my untuk maklumat lanjut



Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan dan pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang secara percuma untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-22-2575 Emel: [email protected]



Jika anda ingin membuat aduan tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Rangkaian & Pengagihan Maklum Balas Tingkat 18, Menara Bank Islam No 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2782 1281/1284/1285 Faks: 03 2782 1337 Emel: [email protected]



Jika pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan oleh kami dengan memuaskan, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel: [email protected]

12. Apakah pakej Pembiayaan Kenderaan pengguna lain yang disediakan? 

Tiada

NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA GAGAL MENJELASKAN BAYARAN BULANAN BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN KENDERAAN-i ANDA.

Maklumat yang diberikan dalam risalah pendedahan ini sah pada 18 Ogos 2014.

Halaman 5 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 1.1/2014