Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada

Tarian Darwish daripada Turki turut dipersembahkan di dalam ... kes penceraian ... kerohanian seperti yang disarankan oleh pemimpin tertinggi Malaysia...

23 downloads 495 Views 1MB Size
Perjalanan acara 1st World Sama’ Fest bermula dengan alunan bacaan Al-Quran dan akan menampilkan pelajar pintar daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, Johan As’ari bersama kumpulan Suara PERTAMA, Raihan, Khalwati Ushaqqi (Turki), Nur Muhammadi (Morocco), Hassan Khurshid (Pakistan), Rabitah An Nur (Syria) dan Chicago Mawleed Committee (USA). Tarian Darwish daripada Turki turut dipersembahkan di dalam acara ini. Persembahan istimewa dari Datuk Nash & Datuk Hattan akan menjanjikan satu persembahan yang menakjubkan . Tiket 1st World Sama’ Fest boleh dibeli melalui www.tickethotline.com.my dengan harga serendah RM 89.00 sehingga RM 489.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Mari berhibur dalam ketaatan.

Haflah Zikir Perdana Sebagai Usaha Ke Arah Kebangkitan Peradaban Islam Tamadun yang berpaksi kepada zaman ini bermula dengan revolusi perindustrian sepatutnya membawa lebih banyak kebaikan dan kesamarataan kekayaan kepada umat manusia. Statistik menunjukkan dunia mempunyai hampir 7.5 billion manusia tetapi sesetengah daripadanya mempunyai pendapatan hanya 2.5 us dollar sehari. Setengah daripada kekayaan dunia adalah di dalam tangan 62 individu terkaya dunia. Malah umat manusia masih berhadapan dengan peperangan yang berpanjangan, kebuluran dan penyakit-penyakit yang sepatutnya boleh diatasi dengan mudah. Keadaan peradaban zaman ini menunjukkan umat Islam sebagai khalifah dimuka bumi telah gagal memimpin peradaban dunia.

Islam bermaksud keselamatan dan kesejahteraan. Setiap hari umat Islam mendoakan antara satu sama lain dengan perkataan Assalamu`alaikum yang membawa erti sejahtera keatas kamu. Namun Islam kini dipandang negatif oleh dunia. Islam sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang salah dan serong. Hal ini berlaku kerana kecelaruan pemikiran dikalangan masyarakat Islam disebabkan kurang keyakinan bahawa Islam itu syumul serta mempunyai kaedah-kaedah yang menjamin kehidupan dan kemakmuran. Natijah daripada keadaan ini, membawa kepada kerosakkan masyarakat Islam dari segi pemikiran dan kelakuan seperti fahaman liberal,

feminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi. Tambahan pula hari ini wujudnya hiburan yang secara langsungnya tidak menepati syariat yang ditetapkan oleh Islam dan menjadi salah satu punca kecelaruan yang berlaku.

Malah realiti kehidupan sosial zaman ini ialah ketiadaan rasa malu dikalangan wanita termasuklah wanita Islam dengan mendedahkan aurat dan bangga dengan kelakuannya, kes zina berleluasa sehingga lahirnya ribuan anak luar nikah dalam tempoh setahun, kes penceraian yang tidak berkesudahan, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi. Masyarakat Islam kini lebih terpesona dan tertarik untuk mengetahui tentang bola sepak berbanding majlis agama dan tilawah al-Quran.

Arah tuju pembangunan perlu disusun semula mengikut landasan intelek, emosi dan kerohanian seperti yang disarankan oleh pemimpin tertinggi Malaysia dalam dasar TN50. Ketiga-tiga paksi ini bertepatan dengan asas pembangunan yang diajar dan diamalkan oleh Rasulullah SAW. Pembangunan berpaksi kepada ketiga-tiga paksi ini adalah asas kepada Rahmatan lil `alamin.

Penganjuran Haflah Zikir Perdana 2017 Penganjuran HZPS2017 buat kali ketiga ini diharap dapat melonjak Malaysia ke persada global sebagai peneraju dan sekali gus mencetuskan kebangkitan peradaban Islam sedunia. Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) percaya dengan kekuatan dan sokongan orang ramai pasti program ini mampu mencapai kebangkitan, kemakmuran dan keutuhan peradaban Islam dalam pembangunan modal insan yang menjadi teras kepada kegemilangan sesebuah masyarakat serta ekonomi negara yang mampan. Penganjuran kali ini akan membawa beberapa komponen antaranya World Sama’ Fest, Majlis Tafaqquh Fiddin, Persidangan Ulama Antarabangsa, Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara, Pertandingan Marhaban Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Majlis Zikir Perdana Sedunia 2017, Asnaf Foodtruck, pelancaran World Sufi Centre dan Jurnal Tarekat Tasawuf Antarabangsa.

Menyedari betapa perlunya mesej peradaban, keamanan, dan kemakmuran disampaikan secara konsisten satu anjakan paradigma dengan mengadakan Persidangan Ulama Antarabangsa dan Simposium Tarekat tasawuf Nusantara yang bakal mengumpulkan ulama-ulama terkemuka dari seluruh pelusuk dunia bagi mewujudkan titik persefahaman dalam hal-hal perbezaan dikalangan umat Islam dunia. World Sama’ Fest pula mengumpulkan kumpulan Hadra dari beberapa negara dengan persembahan yang unik dan menyentuh rohani. Manakala juara Pertandingan Marhaban Piala YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah diadakan secara berperingkat demi menghidupkan semula budaya warisan Nusantara pula akan membawa pulang piala.

Selain itu pihak PERTAMA turut melancarkan Tabung Infak Zikir Perdana sebagai satu usaha untuk mengajak warga Malaysia untuk mencari saham akhirat dengan sama-sama membangunkan usaha dan kebangkitan ini. Usaha ini amat wajar disokong oleh semua pihak terutamanya warga Malaysia dan konsisten setiap tahun penganjuran.

Jika di Tongi, Bangladesh rakyat di sana berinfak semata-mata kerana ingin membiayai pehimpunan Bishwa Ijtema yang mengumpulkan beribu-ribu rakyat Islam setiap tahun. Alangkah indah jika rakyat di negara ini mampu mencontohi amalan yang dilakukan oleh rakyat Bangladesh dalam usaha mencapai kebangkitan Islam melalui penganjuran majlis agama bertaraf antarabangsa. PERTAMA sedang berusaha untuk menjadikan HZPS2017 bukan sahaja anjuran sesebuah organisasi malah menjadikan ianya milik warga Malaysia.

Kesimpulannya ialah hasrat sebagai khalifah Allah dimuka bumi, umat Islam diharapkan membangunkan dan menghayati peradaban yang berasaskan kepada risalah Muhammad SAW bukan sahaja dalam bentuk ilmu semata-mata tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan yang menzahirkan bahawa Islam itu adalah kedamaian. Kedamaian itu merangkumi kedamaian antara insan dengan khaliq dan kedamaian antara Insan dengan semua makhluk dimuka bumi. Oleh itu, satu kesedaran membangkitkan peradaban perlu disemai dalam masyarakat Islam dunia dengan hasrat umat Islam memimpin peradaban dunia pada 2050.