BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON AHLI-AHLI KELAB

Pertandingan ini di namakan Perlawanan Badminton Kelab Perkhidmatan Awam ... Mesyuarat Pengurus/Ketua Pasukan pada tarikh yang akan dimaklumkan ... mi...

981 downloads 1052 Views 367KB Size
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON AHLI-AHLI KELAB PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2013 NAMA PASUKAN: NAMA KETUA/ PENGURUS PASUKAN: EMEL PERHUBUNGAN:

TELEFON:

BEREGEU LELAKI TERBUKA Nama Penuh

No. KPP

BEREGEU VETERAN (45 – 50 TAHUN) T/Lahir

Nama Penuh

1.

1.

2.

2.

Nama Penuh

BEREGU CAMPURAN No. KPP

T/Lahir

No. KPP

T/Lahir

BEREGU WANITA TERBUKA Nama Penuh No. KPP T/Lahir

1.

1.

2.

2.

PENGAKUAN Saya/Kami bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tanpa sebarang bantahan dari masa ke semasa dan mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar. Sekiranya pihak penganjur mendapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar, maka kami sedia disingkirkan dari pertandingan ini tidak kira sama ada sebelum atau semasa pertandingan dijalankan. Kami juga akan menjaga disiplin dan tatatertib pertandingan. Kami juga sedia maklum bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kecurian dan sebagainya semasa menyertai pertandingan ini.

……………………………………………….. Tandatangan

…………………………………. Tarikh

Nama: No Kad Pengenalan: BUTIR PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN (sila tanda  ) DARIPADA:

$80.00 (Yuran Penyertaan Ahli Kelab) $100.00 (yuran penyertaan Bukan Ahli Kelab) No KPA (jika ahli: Nama :

NO RESIT: NAMA PENERIMA: TARIKH PENERIMAAN:

T/Tangan Penerima: Cop KPA

Perhatian: Tarikh tutup menghantar Borang penyertaan pada hari Isnin, 21 Oktober 2013 tidak lewat pada jam 12.00 tengahari.

SYARAT DAN PERATURAN PERLAWANAN BADMINTON KELAB PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2013 PERATURAN PERLAWANAN DAN SYARAT AM 1.

Pertandingan ini di namakan Perlawanan Badminton Kelab Perkhidmatan Awam 2013.

PENGANJUR 2. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Perkhidmatan Awam dan maklumat pertandingan adalah seperti berikut: Tempat:

Gelanggang Badminton Kelab Perkhidmatan Awam, Kg Mentiri

Tarikh: Mulai 27 Oktober 2013 hingga 9 November 2013. Masa:

Isnin – Rabu & Sabtu Jumaat & Ahad

: Jam 08.00 malam – 10.00 malam : Jam 4.00 petang – 5.30 petang Jam 8.00 malam – 10.00 malam

Nota: Perlawanan dihentikan mulai jam 06.00 petang bagi menghormati waktuwaktu sembahyang Maghrib dan Isyak. PENDAFTARAN 3.

Pertandingan ini terbuka kepada Ahli Kelab Perkhidmatan Awam dan bukan ahli (jemputan) berumur 18 – 50 tahun ke atas.

4.

Pemain/Pasukan yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara 2utomatic. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pemain (perseorangan/beregu) tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. Sebarang perubahan pemain haruslah dimaklumkan kepada pihak penganjur semasa Mesyuarat Pengurus/Ketua Pasukan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

5.

Pemain yang telah berumur 45 tahun ke atas hendaklah mengesahkan dirinya sihat dan mengaku boleh menyertai pertandingan ini.

6.

Tarik tutup menghantar borang penyertaan ialah pada hari Isnin, 21 Oktober 2013 jam 12.00 tengahari.

7.

Ahli Keluarga Ahli Kelab (Isteri/Suami dan anak-anak berumur 18 tahun ke atas) adalah dibenarkan menyertai perlawanan ini dengan syarat mereka tersenarai dalam senarai pasukan.

8.

Warga Perkhidmatan Awam yang bukan ahli kelab dan Ahli Kelab Royal Brunei Recreation Club adalah termasuk dalam senarai jemputan. /…1

9.

Pasukan yang dibentuk oleh Ahli Kelab hendaklah kesemuanya terdiri daripada Ahli Kelab dan keluarga ahli itu sahaja (rujuk para 7).

10.

Ahli Kelab yang membentuk pasukannya terdiri dari mereka yang bukan Ahli Kelab adalah dikira sebagai pasukan jemputan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 11.

Susunan perlawanan adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv.

Perlawanan pertama : Beregu Lelaki Terbuka Perlawanan kedua : Beregu Veteran Lelaki (45 – 50 tahun keatas) Perlawanan ketiga : Bergu Campuran Perlawanan keempat : Bergu Wanita Terbuka

12.

Hanya seorang pemain sahaja dibenarkan menyertai lebih daripada satu kategori dalam perlawanan ini.

13.

Tertakluk kepada bilangan penyertaan, pertandingan akan dijalankan secara double knock out, knock out atau round robin. Keputusan akan ditentukan pada hari Mesyuarat Ketua/Pengurus Pasukan.

14.

Sebelum perlawanan dimulakan, pasukan hendaklah mengisikan borang perlawanan yang disediakan oleh Penganjur setiap kali giliran bertanding.

15.

Pemain yang bertanding hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pemain (perseorangan/beregu) jika pemain lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

16.

Kiraan mata: 3 mata bagi pemenang dan 0 mata bagi yang kalah.

17.

Pemain yang ditimpa kecederaan semasa bermain seperti “cramp” dan sebagainya akan diberi masa lima (5) minit untuk mendapatkan rawatan dan tiada masa akan diberikan untuk kecederaan berikutnya. Jika pemain berkenaan tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut, kemenangan boleh diberikan kepada pihak lawan.

18.

Pertandingan ini akan menggunakan bulu tangkis jenis YY 5 dan ASHAWAY (Grey) yang disediakan oleh setiap pasukan.

19.

Pihak Penganjur hanya menyediakan bulu tangkis pada hari perlawanan akhir sahaja dengan menghadkan sebanyak empat (4) bulu tangkis sahaja bagi setiap perlawanan dan selebihnya hendaklah disediakan oleh pemain (pasukan) yang bertanding dan haruslah mendapatkan persetujuan dari pihak lawan.

20.

Pertandingan ini tertakluk di bawah Undang-Undang Pertandingan Badminton Antrabangsa (IBF) dan Persatuan Badminton Brunei Darussalam.

21.

Pasukan yang bertanding hendaklah menyediakan pengadil dan penjaga tepi pada setiap perlawanan. /…2

22.

Pengadil pertandingan akan disediakan oleh Penganjur pada hari perlawanan akhir sahaja.

23.

Yuran Penyertaan tidak akan dikembalikan jika pasukan menarik diri dari pertandingan ini.

BANTAHAN 24.

Keputusan Pengadil adalah muktamad. Bagaimanapun, segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Panel Rayuan yang dilantik oleh pihak Penganjur pertandingan ini dan dikenakan bayaran deposit sebanyak $50.00 (Lima Puluh Ringgit Sahaja) tidak lewat daripada 10 minit selepas perlawanan.

25.

Wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya bantahan ditolak.

26.

Mana-mana pemain yang mencetuskan pergaduhan sebelum, semasa dan selepas perlawanan akan disingkirkan dari pertandingan ini dengan serta merta dan Yuran Penyertaan tidak akan dikembalikan.

/…3

BORANG PENDAFTARAN PEMAIN SETIAP PERLAWANAN ANJURAN KELAB PERKHIDMATAN AWAM NAMA PASUKAN: NAMA PENGURUS/KETUA PASUKAN: KETEGORI : BEREGU LELAKI TERBUKA BIL NAMA PEMAIN

UMUR

T/LAHIR

1. 2. KETEGORI : BEREGU VETERAN ( 45 – 50 TAHUN ) BIL NAMA PEMAIN

UMUR

T/LAHIR

1. 2. KETEGORI : BEREGU CAMPURAN BIL NAMA PEMAIN

UMUR

T/LAHIR

1. 2. KETEGORI : BEREGU WANITA TERBUKA BIL NAMA PEMAIN

UMUR

T/LAHIR

1. 2. Tandatangan Ketua/ Pengurus Pasukan Tarikh:

Tandatangan Ketua/ Pengurus Pasukan Lawan Tarikh: DISAHKAN OLEH PIHAK PENGANJUR PERLAWANAN

Tandatangan:

Tarikh: