EKONOMI BURUH LANJUTAN

Download pelaburan dalam sektor pendidikan dalam aspek pembangunan ekonomi negara. Hasil kajian ini .... positif antara upah yang diterima oleh buru...

0 downloads 498 Views 275KB Size
PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 1155 – 1165 ISSN: 2231 – 962X

Kajian Kadar Pulangan Pendidikan Pekerja Sektor Swasta Di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya A Study of Rate of Return of Private Sector Workers Education in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya Nahidah Usman ([email protected]) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Kertas kerja ini mengkaji kadar pulangan pendidikan bagi pekerja sektor swasta di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijalankan melalui kajian lapangan terhadap 270 responden. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana pembolehubah tingkat pencapaian pendidikan mempengaruhi dan menyumbangkan kepada kadar pulangan pendidikan dan pembolehubah lain yang menyumbang kepada pendapatan pekerja. Secara khususnya pendidikan dan pembangunan sumber manusia ini penting bagi menentukan tahap produktiviti individu dan Negara kerana ia akan memberi kesan langsung kepada tingkat pendapatan individu dan pulangan persendiriannya. Kajian ini dibuat dengan menggunakan fungsi asas pendapatan semi log linear Mincer (1974) dengan menggunakan pendapatan sebagai pembolehubah bersandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahun persekolahan dan tingkat pencapaian pendidikan memberi kesan positif kepada kadar pulangan pendidikan. Faktor lain seperti pengalaman kerja dan jantina juga signifikan mempengaruhi pendapatan individu di mana pekerja lelaki mendapat pendapatan lebih tinggi berbanding wanita. Keputusan kajian ini penting bagi meningkatkan kefahaman kita mengenai kepentingan pendidikan kepada individu yang boleh menyumbang kepada tingkat pendapatan atau taraf hidup di samping memahami kepentingan pelaburan dalam sektor pendidikan dalam aspek pembangunan ekonomi negara. Hasil kajian ini juga penting untuk melihat pencapaian atau status perkembangan sektor pendidikan negara dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang strategik, berguna dan bersesuaian serta terbaik bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan yang dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan atau pendapatan masyarakat di masa akan datang. Kata kunci: kadar pulangan pendidikan, tahun persekolahan, tingkat pencapaian pendidikan

ABSTRACT This paper presents the rate of return on education for private sector workers in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya through field studies conducted on 270 respondents. This study aims to look at how variables affect the level of educational attainment and contribute to the rate of return on education and other variables that contribute to the employee income. In particular, education and human resource development is essential to determine the level of individual productivity because it directly affects the level of income and return on private individuals. The study was conducted by using the basic functions of a semi-log linear income Mincer (1974) by using income as the dependent variable. The results showed that years of schooling and level of educational attainment has a positive effect on rate of return on education. Other factors such as work experience and gender also significantly influenced by individual income, where male workers earn more than women. The results of this study is important for improving our understanding of the importance of education to individuals who can contribute to the income level or standard of living as well as understand the importance of investment in the education sector in terms of economic development. The study is also important to see results or status of the country's education sector and further proposed strategic measures, useful and appropriate and best for the job market needs to increase the rate of return on education or income communities in the future. Keywords: rate of return on education, years of education, level of educational attainment

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju, Ipoh, Perak 4 – 6 Jun 2012

1156

Nahidah Usman

PENGENALAN Sektor pendidikan adalah kritikal di mana ia bukan sahaja satu saluran untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti sosial, tetapi juga sebagai enjin pembangunan ekonomi Negara dan sebagai kunci peningkatan daya saing negara. Oleh itu, Kerajaan dan masyarakat semakin melihat sektor ini sebagai agenda penting yang sangat perlu diberi penekanan dengan memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar dalam bidang ini. Berdasarkan kepada Belanjawan Tahunan bagi tahun 2006 hingga 2010 dapat dilihat Kerajaan saban tahun telah memperuntukkan di antara 15% hingga 22.8% daripada jumlah Perbelanjaan Pembangunan dalam sektor pendidikan seperti di Jadual 1. Jumlah perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan mengalami peningkatan yang begitu mendadak sekali di mana bagi tempoh lima tahun jumlah ini telah meningkat melebihi 100%. Jumlah yang semakin meningkat ini mungkin berikutan peningkatan jumlah pelajar di peringkat rendah, menengah dan tertiari. Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan jumlah enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi dari tahun 2001 hingga 2010. Adalah didapati secara keseluruhannya ia menunjukkan trend yang semakin meningkat walaupun bagi tahun-tahun tertentu peratusan peningkatan adalah berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia jelas menunjukkan tahap dan bilangan pelajar yang mencapai tahap pendidikan di peringkat tertiari semakin meningkat. Rajah 2 pula menunjukkan status pekerjaan graduan dari tahun 2006 hingga 2010 serta nisbah graduan bekerja kepada yang belum bekerja. Berdasarkan rajah tersebut, di dapati nisbah graduan yang bekerja semakin meningkat berdasarkan peningkatan jumlah graduan. Selain itu, juga didapati jumlah graduan yang melanjutkan pelajaran dan meningkatkan kemahiran juga meningkat dengan ketara antara tahun 2008 hingga 2009 mungkin disebabkan oleh kemelesetan ekonomi pada masa tersebut. Peningkatan jumlah graduan ini memberi petunjuk kepada peningkatan pencapaian pendidikan. Penjelasan berhubung perbelanjaan Kerajaan dan peningkatan jumlah pelajar Institusi Pengajian tinggi (IPT) menunjukkan bahawa Kerajaan sedar akan kepentingan pendidikan di mana peruntukan yang tinggi secara umumnya boleh memberi kesan yang positif kepada Negara seperti pengurangan kemiskinan dan peningkatan taraf hidup rakyat selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara. Secara khususnya pendidikan dan pembangunan sumber manusia ini penting bagi menentukan tahap produktiviti individu dan negara kerana ia akan memberi kesan langsung kepada tingkat pendapatan individu dan pulangan persendiriannya. Selain itu, memandangkan Malaysia kini sedang mengalami peralihan ekonomi daripada intensif buruh kepada intensif modal dan teknologi, maka sistem pendidikan harus mampu memenuhi kehendak komersil dan industri serta boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Rahmah Ismail, 1998 melalui kajiannya mendapati kenaikan RM1 juta dalam perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) benar melebihi RM4 juta setahun. Chung (2003) serta Psacharopoulos dan Patrinos (2004) menunjukkan bahawa pelaburan dalam pendidikan boleh menjanjikan peningkatan dalam pendapatan. Secara umumnya, melabur dalam bidang pendidikan mempunyai keuntungan produktiviti jangka panjang yang penting.

PERMASALAHAN KAJIAN Peralihan yang kita inginkan daripada sebuah Negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi tidak akan tercapai kecuali kita membangunkan dahulu satu kumpulan insan berbakat, berilmu dan berkemahiran bagi sesebuah negara. Oleh itu, tahap pencapaian pendidikan individu dikatakan menjadi penyumbang penting kepada pulangan pendidikannya di samping faktorfaktor lain yang turut menyumbang kepada pulangan pendidikan tersebut. Tahap pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan peningkatan berdasarkan bilangan pelajar sekolah rendah, menengah dan tertiari di samping bilangan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang meningkat jumlahnya sejajar dengan peningkatan bilangan pelajar seperti di Jadual 2. Peningkatan ini secara tidak langsung dapat menjelaskan jumlah perbelanjaan dan pelaburan Kerajaan yang semakin meningkat terhadap sektor pendidikan seperti di Jadual 1. Namun begitu, bilangan graduan belum bekerja juga meningkat dari segi jumlah. Adakah ini memberi gambaran bahawa kadar pulangan pendidikan menjadi semakin kurang? Selain itu, adakah sumbangan pendidikan sahaja memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tahap pendapatan individu? Oleh yang demikian, kertas kajian ini akan mengupas dan melihat peranan pendidikan dan faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi dan memberi kesan yang signifikan kepada pendapatan individu.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1157

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan anggaran bagi kadar pulangan pendidikan menggunakan data semasa di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat sejauhmana faktor-faktor lain seperti pengalaman kerja, jantina dan jenis aliran pendidikan mempengaruhi tingkat pendapatan individu.

SOROTAN KAJIAN Kajian mengenai pulangan pendidikan merupakan antara isu-isu yang sering dikaji oleh pengkajipengkaji di dunia. Ini kerana pendidikan dikatakan berkaitrapat dengan keadaan ekonomi individu dan masyarakat. Becker (1964) melalui Teori Modal Manusia menunjukkan wujudnya hubungan yang positif antara upah yang diterima oleh buruh dengan tahap pencapaian pendidikan. Mereka yang rasional akan cuba melabur dalam pendidikan sehingga ke satu peringkat di mana jumlah pulangan daripada pelaburan pendidikan dalam bentuk tambahan pendapatan menyamai kos pelaburan pendidikan. Siphambe (2000) mengkaji tentang pulangan terhadap pendidikan di Botswana dan mendapati wujud hubungan yang positif antara tahap pendidikan dan pendapatan individu. Pendidikan menengah atas membawa kadar pulangan yang paling tinggi diikuti pendidikan menengah rendah masing-masing 85% dan 84%. Selain itu, beliau juga mendapati tahun persekolahan dan pengalaman kerja juga menyumbang kepada tahap pendapatan individu. Kajian oleh Petrakis dan Stamatakis (2002) ke atas negara maju, membangun dan mundur pula mendapati enrolmen peringkat menengah dan tinggi mempunyai hubungan signifikan dengan pertumbuhan ekonomi Negara maju, manakala enrolmen peringkat rendah sahaja didapati mempunyai hubungan signifikan dengan pertumbuhan ekonomi di Negara membangun. Chapman dan Harding (2002) pula mendapati tidak wujud diskriminasi upah dalam sektor awam di Malaysia tetapi lelaki cenderung dibayar melebihi 20% berbanding wanita dalam sektor swasta dalam keadaan di mana faktor kemahiran tidak diambilkira. Selain itu, didapati terdapat perbezaan upah sehingga 21.6% antara lelaki dan wanita bagi pekerjaan dalam kumpulan professional dan teknikal serta kumpulan pengurusan. Hasil kajian Psacharopolous dan Patrinos (2004) di 121 negara termasuk Malaysia mendapati setiap tambahan satu tahun persekolahan akan meningkatkan purata kadar pulangan pendidikan sebanyak 10%. Selain itu, kadar pulangan pendidikan untuk wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, kadar pulangan pendidikan lelaki bagi tahap rendah adalah lebih tinggi berbanding wanita. Gabriel dan Schmitz (2005) juga mendapati pertambahan tempoh persekolahan meningkatkan pendapatan mingguan bagi lelaki dan wanita untuk pekerja kolar biru dan kolar putih. Mereka mendapati anggaran pulangan terhadap pekerjaan kesan persekolahan adalah antara 3.8% hingga 8.4% bagi lelaki dan 1.6% hingga 9.4% bagi wanita di mana pulangan yang tinggi bagi lelaki adalah bagi golongan pekerja kolar putih iaitu dalam bidang jualan, professional dan pengurusan. Tetapi bagi wanita, hanya golongan pekerja bidang professional mempunyai pulangan pendidikan yang tinggi berbanding kolar biru. Ruiz, Gomez dan Rueda (2010) pula mendapati setiap tambahan satu tahun persekolahan meningkatkan pendapatan 12.8% bagi lelaki dan 11.3% bagi wanita. Begitu juga peningkatan pengalaman di mana telah meningkatkan upah tetapi dengan peningkatan yang semakin berkurangan bagi pekerja berumur. Pelaburan dalam latihan akan memberi kesan positif kepada pendapatan apabila latihan tersebut dibiayai oleh majikan. Mereka juga melihat karektoristik personal individu di mana mereka yang hidup berpasangan meningkatkan upah 4% bagi lelaki tetapi tidak bagi wanita. Beberapa pengkaji yang lain mendapati bahawa pendapatan individu mempunyai hubungan yang positif dengan pendidikan. Pendapatan juga meningkat mengikut pengalaman kerja kepada suatu puncak dan kemudian menurun. Semakin tinggi tahap pencapaian pendidikan, semakin lambat seseorang pekerja mencapai tingkat pendapatannya yang maksimum. Kesimpulannya, tahun persekolahan dan tingkat pencapaian pendidikan terbukti memberi kesan positif terhadap kadar pulangan pendidikan. Maka tidak dapat dinafikan bahawa perbelanjaan dalam pendidikan merupakan satu bentuk pelaburan untuk meningkatkan pendapatan di masa hadapan.

1158

Nahidah Usman

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini akan menggunakan fungsi asas pendapatan semi log linear Mincer (1974) dengan menggunakan pendapatan sebagai pembolehubah bersandar dengan mengambil beberapa faktor-faktor yang dikenalpasti boleh mempengaruhi tingkat pendapatan sebagai pembolehubah bebas. Bagi melihat kesan faktor-faktor yang dikaji terhadap pendapatan, kajian ini akan menggunakan dua model seperti berikut: Model 1 ln Y = β0 + β1(SCH) + β2(EXP) + β3(EXP)2 + β4(DJ) + β5(DA) + µ

(3.1)

Di mana, Y SCH EXP EXP2 DJ DA

= Pendapatan Bulanan Individu = Tahun Persekolahan = Pengalaman Kerja = Pengalaman Kerja Kuasa Dua = Dumi Jantina = Dumi Aliran Pendidikan

Pembolehubah pendapatan (Y) dikira berasaskan kepada pendapatan bulanan individu. Tahun persekolahan(SCH) dikira dengan mengambilkira tempoh individu berada dalam sistem pendidikan (sekolah rendah = 6 tahun, sekolah menengah rendah = 3 tahun, sekolah menengah atas = 2, sekolah tinggi/matrikulasi = 2 tahun, diploma = 2 tahun dan universiti = 3 tahun). Pengalaman kerja di kira dengan mengambil umur semasa ditolak dengan tahun persekolahan dan jumlah tahun tidak bersekolah (6 tahun). Aliran pendidikan pula di bahagikan kepada aliran sains/teknikal=1 dan sastera=0. Pengalaman kerja dikatakan dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Maka, pembolehubah pengalaman kuasa dua digunakan untuk melihat sama ada pendapatan individu terus meningkat dengan peningkatan pengalaman atau sebaliknya. Untuk melihat kesan tahap pencapaian pendidikan terhadap pendapatan, kajian ini akan menggunakan Model ke 2 di mana pendidikan diproksikan dengan menggunakan pembolehubah dumi mengikut tahap-tahap pencapaian pendidikan tertinggi individu. Tahap pencapaian pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Peringkat Rendah : UPSR dan PMR Peringkat Menengah : SPM dan STPM Peringkat Tertiari : Diploma dan Ijazah Model 2 ln Y = β6 + β7(EXP) + β8EXP)2 + β9(DJ) + β10(DA) + β11(DMEN) + β12(DTER) + µ

(3.2)

Di mana, DMEN DTER

= Dumi Tahap Persekolahan Menengah = Dumi Tahap Persekolahan Tertiari

PROFIL RESPONDEN Data-data telah diperolehi melalui kaji selidik ke atas 270 responden yang bekerja di sektor swasta di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti di Jadual 3 yang menunjukkan jumlah responden terdiri daripada 155 orang wanita iaitu 57.4% dan lelaki seramai 115 orang merangkumi 42.6%. Berdasarkan Jadual 4 secara umumnya responden yang paling ramai menamatkan pengajian adalah di peringkat SPM iaitu 36.3%, diikuti Diploma dengan 28.1% dan hanya 12.2% daripada jumlah responden berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah. Bagi golongan responden lelaki dan wanita, jumlah peratusan tertinggi tahap pengajian adalah diperingkat SPM dengan peratusan masingmasing sebanyak 40% dan 33.5%. Bagi kelulusan peringkat Ijazah, golongan wanita mendominasi

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1159

jumlah iaitu seramai 25 orang berbanding 7 orang bagi golongan lelaki. Walau bagaimanapun, golongan wanita juga mempunyai tahap pendidikan kurang daripada UPSR iaitu seramai 6 orang tetapi tidak bagi golongan lelaki. Jadual 5 pula menunjukkan bilangan responden dengan jenis aliran dan tahun pengalaman bekerja. Jumlah responden dalam jurusan sains dan teknikal adalah seramai 63 orang serta sastera dan lain-lain adalah seramai 207 orang. Bagi tahun pengalaman pula, ramai responden mempunyai pengalaman di antara 1 hingga 5 tahun iaitu seramai 111 orang dan 6 hingga 10 tahun seramai 75 orang serta selebihnya mempunyai pengalaman di antara 11 hingga 39 tahun iaitu seramai 84 orang. Berdasarkan Jadual 6, nilai min(purata) bagi gaji kasar ialah RM1610 dan nilai minimum dan maksimum masing-masing ialah RM500 dan RM7500. Purata jumlah tahun persekolahan ialah 12 tahun. Jumlah purata tahun pengalaman bekerja pula ialah 9 tahun di mana tempoh pengalaman minimum ialah 1 tahun dan maksimum 39 tahun. Dengan melihat hubungan di antara pembolehubah berdasarkan kaedah korelasi Pearson seperti di Jadual 7, didapati hubungan di antara LnGaji dengan SCH dan MEN serta TER adalah positif dan signifikan, bermaksud pendapatan meningkat dengan meningkatnya tahun bersekolah dan tahap kelulusan.

KEPUTUSAN UJIAN REGRASI Keputusan dari pengganggaran kuasa dua terkecil kajian ini adalah seperti berikut:

Model 1 ln Y = 5.565 + 0.102SCH + 0.061EXP – 0.001EXP2 + 0.131DJ + 0.036DA (7.187) (5.53) (-4.375) (2.259) (0.517)

(3.3)

Jadual 8 menunjukkan hasil penganggaran bagi Model 1 dan Model 2. Pembolehubah umum seperti pengalaman dan pengalaman kuasa dua menunjukkan nilai pekali hampir sama bagi kedua-dua model. Bagi Model 1 didapati pembolehubah tahap persekolahan adalah positif dan signifikan pada aras keertian 1% ke atas pendapatan individu di mana setiap tambahan setahun persekolahan menghasilkan peningkatan purata pendapatan sebanyak 10.2%. Anggaran ini adalah selari dengan kajian Zulkifli , Ishak dan Abu Hassan (2010) walaupun peratusan peningkatan pendapatannya lebih tinggi iaitu 16.6%. Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman yang positif dan signifikan pada aras keertian 1%. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 6.1%. Tanda negatif bagi pengalaman kerja kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan pendapatan secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang. Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman kerja. Dapat dilihat di sini bahawa peningkatan pengalaman tidak lagi menghasilkan tambahan kepada pendapatan apabila tahun pengalaman mencapai 30 tahun. Bagi pembolehubah dumi aliran pendidikan pula didapati individu yang mempunyai aliran pendidikan sains dan teknikal memperolehi pendapatan melebihi individu aliran sastera dan lain-lain sebanyak 3.6%. Walau bagaimanapun, ia adalah tidak signifikan. Rahmah dan Nanthakumar (2007) juga mengkaji kadar pulangan pendidikan terhadap program-program yang diambil oleh pelajar di IPTA dengan menggunakan kaedah purata dan terperinci. Hasilnya didapati kadar pulangan tertinggi adalah bagi program sains tulen dan teknologi maklumat iaitu antara 17%(kaedah terperinci) hingga 27%(kaedah purata). Ini diikuti oleh program ekonomi, sastera, kejuruteraan dan perundangan. Keputusan yang berbeza ini mungkin berlaku disebabkan sampel kajian dan tahun kajian yang berbeza. Bagi pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki mendapat pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 13.1% dan ia juga adalah signifikan pada aras keertian 5%. Ini menyokong hasil kajian Psacharopolous dan Patrinos (2002) di 121 negara termasuk Malaysia di mana kadar pulangan pendidikan lelaki bagi tahap rendah adalah lebih tinggi berbanding wanita. Nilai pekali penentuan (R2) yang diperolehi bagi Model 1 dan 2 hampir sama iaitu 0.23. Ini menunjukkan bahawa kelima-lima pembolehubah bebas iaitu SCH, EXP, EXP2, DA dan DJ boleh menjelaskan variasi bagi pembolehubah bersandar iaitu pendapatan sebanyak 23%.

1160

Nahidah Usman

Nilai VIF (Variance Inflation Factor) bagi semua pembolehubah tidak bersandar adalah di antara 1 hingga 10 menunjukkan multikoleneariti yang wujud adalah sederhana dan boleh diterima. Model 2 ln Y = 6.616 + 0.054(EXP) – 0.001(EXP)2 + 0.050(DJ) + 0.042(DA) + 0.228(DMEN) + 0.56(DTER) (3.4) (5.705) (-4.816) (1.031) (0.717) (2.859) (6.588) Keputusan penganggaran OLS bagi Model 2 di tunjukkan dalam, Jadual 8. Pembolehubah asas yang digunakan iaitu pengalaman, pengalaman kuasa dua dan jantina adalah signifikan pada aras keertian 1% kecuali jantina. Ini menunjukkan kesannya adalah sama terhadap pendapatan seperti Model 1. Oleh itu, Model 2 akan melihat kesan tahap pencapaian pendidikan terhadap pendapatan di mana lulusan bagi menengah rendah digunakan sebagai asas perbandingan di mana duminya dijadikan sifar. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar pulangan pendidikan telah bertambah bagi setiap tahap kelulusan pendidikan yang semakin tinggi berbanding dengan lulusan sekolah peringkat rendah. Pendapatan median pekerja yang memiliki kelulusan sekolah menengah meningkat sebanyak 25.6% lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berkelulusan tahap rendah. Angka ini meningkat kepada 75% jika dibandingkan antara mereka yang berkelulusan tertiari berbanding peringkat rendah. Perbandingan akan lebih jelas jika dilihat dari segi peningkatan kadar kasar marginal antara satusatu tingkat pencapaian kelulusan yang lebih tinggi yang dijadikan perbandingan. Berdasarkan keputusan, kadar pulangan kasar marginal tertinggi dicapai pada tingkat menengah ke tinggi iaitu 11.6% setahun. Pada peringkat rendah ke tinggi, kadar pulangan kasar marginal ialah 8.3% dan di peringkat rendah ke menengah pula sebanyak 5.8%.

RUMUSAN KAJIAN DAN IMPLIKASI DASAR Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini tidak banyak berbeza dengan kajian-kajian yang lepas di mana kesan positif yang signifikan wujud terhadap kadar pulangan pendidikan dengan peningkatan bilangan tahun persekolahan/tahap pencapaian pendidikan di mana pertambahan satu tahun persekolahan meningkatkan pendapatan individu sebanyak 10.2%. Peningkatan satu tahun pengalaman kerja pula menyumbang sebanyak hampir 6% kepada pendapatan. Pembolehubah jantina juga signifikan berdasarkan hasil kajian ini apabila menunjukkan lelaki memperolehi pendapatan melebihi wanita sebanyak 13.1%. Memandangkan peningkatan dalam tahun persekolahan dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan individu, maka individu harus berusaha dalam meningkatkan tahun persekolahan dengan meneruskan pendidikan ke tahap tertinggi kerana jelas di sini pendidikan boleh dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’ yang boleh meningkatkan kadar pulangan pendidikan. Memandangkan bidang pendidikan memerlukan perbelanjaan yang tinggi, maka kerajaan haruslah memainkan peranan yang penting untuk membangunkan sumber manusia dan memastikan sektor ini terus berkembang sejajar dengan keperluan dan kehendak pasaran pekerjaan. Pelaburan dalam pendidikan yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi terbukti mampu memperbaiki dan meningkatkan pendapatan dan seterusnya kualiti hidup individu. Ini kerana pendidikan boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan seterusnya kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Majikan juga digalakkan untuk menyediakan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja agar produktiviti pekerja dapat ditingkatkan dan menyumbang kepada tahap pencapaian organisasi.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1161

RUJUKAN Antonio Capparros Ruiz, Lucia Navarro Gomez dan Mario Rueda (2010). Endogenous Wage Determinants And Return To Education in Spain. International Journal of Man Power Vol.31 No 4 2010. Bruce J. Chapman dan J. Ross Harding (April 1995). Sex Differences in Earning: An Analysis of Malaysian Wage Data. The Journal of Development Studies Volume 21(3): 362 -376. Chung, T.P. 2003. Return to Education: Updates for Malaysia. Applied Economics Letters 10: 837-841 Happy Kufigwa Siphambe. Rates of Return to Education in Botswana. Economics of Education Review 19(2000) 291-300. Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan Ekonomi Pelbagai Tahun. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Indikator Pengajian Tinggi. 2009-2010. Mincer, J (1974). Schooling, Earnings and Experince. Columbia University Press, New York. Paul E. Gabriel and Susanne Schmitz (2005), A Note on Occupational Variations in the Return To Education in the U.S Labor Market. International Journal of Manpower Vol 26 No 5, 2005 Petrakis P.E dan D. stamatakis. (2002). Growth and Educational Levels: A Comparative Analysis Economics of Education Review Vol 21. Issue 5: 513-521. Psacharopoulos. G. (1995). Return To Education: A Further International Update And Implication. Journal Of Human Resources. Vol.20 No 4. PP 583-604. Rahmah Ismail dan Nanthakumar Loganathan (2007). Analisi Kadar Pulangan Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 103-118. __________________(1998). Sumbangan Pendidikan Kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, 1970 – 1996. Jurnal Ekonomi Malaysia 32(1998) 3-20. Zulkifli Osman, Ishak Yussof dan Abu Hassan Shaari Mohd Nor. Inflasi Pendidikan Mengikut Ketentuan Dalam Pasaran Buruh Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 44 (2010) 61-71.

1162

Nahidah Usman

JADUAL 1: Jumlah Perbelanjaan Pembangunan Bagi Sektor Pendidikan Bagi Tahun 2006 – 2010 Tahun

Jumlah Perbelanjaan (RM Juta) 5,349 6,271 7,892 10,840 12,046

2006 2007 2008 2009 2010

Peratusan Daripada Jumlah Perbelanjaan Pembangunan 14.9% 15.5% 18.4% 21.9% 22.8%

Sumber: Laporan Ekonomi 2006 -2010, Kementerian Kewangan Malaysia

JADUAL.2: Jumlah Enrolmen Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dari Tahun 2001 hingga 2010 Tahun

IPTA

IPTS

Politeknik

2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

304,628 281,839 294,359 293,978 307,121 331,121 382,997 419,334 437,420 462,780

270,904 294,600 314,344 322,891 258,825 323,787 365,800 399,897 484,377 541,629

51,839 52,898 53,492 64,382 73,834 82,045 84,250 85,280 86,471 87,751

Kolej Komuniti 1,108 3,207 6,424 8,945 9,873 11,273 14,438 17,082 17,279 18,200

KTAR

Jumlah Enrolmen 628,479 664,402 698,156 716,294 674,499 774,280 873,238 947,828 1,050,726 1,134,134

31,858 29,537 26,098 24,846 26,150 25,753 26,235 25,179 23,774

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

IPTA

IPTS

Politeknik

Kolej Komuniti

KTAR

Jumlah Enrolmen

1,200,000

7%

X%= Peratusan Kenaikan Tahun Sebelumnya

10%

1,000,000

8% 11% 13%

800,000 5 %

5%

3%

-6%

600,000

400,000

200,000

0 2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)

RAJAH 1: Jumlah Enrolmen Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi Di Bawah Kementerian Pengajian Tinggi Dari Tahun 2001 Hingga 2010

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1163

Pecahan Peratus (%), X:Y= Bekerja dan lain-lain Belum Bekerja 75:25

180000 73:27

160000

X:Y= Bekerja

140000 120000

42123 69:31

33077

60000

6129 1564

6099 1447

9349 1688

22974

21306

11923 3464

29567

29031

Menunggu penempatan pekerjaan belum bekerja Meningkatkan kemahiran

19067

40000 20000

Belum Bekerja 12450 2434

33529 32333

100000 80000

43928

76:24 73:27

Melanjutkan pengajian 68158

88790

73382

70658

48057

Bekerja

0 2006

2007

2008

2009

2010

Sumber: Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG), Kementerian Pengajian Tinggi

RAJAH 2: Status Pekerjaan Graduan Tahun 2006 Hingga 2010

JADUAL 3: Profil Responden Jantina Wanita Lelaki Jumlah

Bilangan 155 115 270

Peratusan(%) 57.4 42.6 100

JADUAL 4: Profil Tahap Kelulusan Responden Pencapaian Pendidikan UPSR PMR/SRP SPM STPM/MATRIK DIPLOMA IJAZAH Jumlah

Lelaki Bilangan 10 46 10 41 8 115

% 0 8.7 40 8.7 35.6 7 100

Wanita Bilangan % 6 3.9 15 9.7 52 33.5 22 14.2 35 22.6 25 16.1 155 100

Jumlah Bilangan % 6 2.2 25 9.3 98 36.3 32 11.9 76 28.1 33 12.2 270 100

1164

Nahidah Usman

JADUAL 5: Profil Aliran Dan Tahun Pengalaman Kerja Aliran Bilangan Responden Sains/Teknikal 63 Sastera & Lain-lain 207 Pengalaman Tahun Pengalaman Bilangan Responden 1-5 111 6-10 75 11-15 29 16-20 23 21-25 18 26-30 3 31-35 7 36-39 4

JADUAL 6: Analisis Diskriptif Pembolehubah Kajian Pembolehubah Gaji Kasar Ln Gaji SCH EXP

Min 1610 7.3 12 9

Minimum 500 6.21 6 1

Maksimum 7500 8.92 16 39

Sisihan Piawai 900 8.2 2 8

JADUAL 7: Ujian Korelasi Pearson Bagi Pembolehubah Dalam Kajian Bagi Model 1 Ln Gaji SCH Ln Gaji 1 SCH 0.334** 1 EXP 0.053 -0.418** EXP2 -0.021 -0.389** Aliran 0.104 0.226** Jantina 0.108 0.008 MEN -0.125* -0.388** TER 0.258** 0.810** **. Korelasi pada aras keertian 1% *. Korelasi pada aras keertian 5%

EXP

EXP2

Aliran

Jantina

MEN

TER

1 0.948** -0.147* 0.069 0.236** -0.365**

1 -0.142* -0.60 0.166** -0.306**

1 0.091 -0.129* 0.224**

1 0.009 0.039

1 -0.793**

1

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

1165

JADUAL 8: Anggaran Parameter dan Kesignifikanan Setiap Pembolehubah Pembolehubah

Model

MEN

Model 1 5.565 (27.47)*** 0.102 (7.187)*** -

TER

-

EXP

0.061 (5.53)*** -0.001 (-4.375)*** 0.036 (0.517) 0.131 (2.259)** 0.228 0.214 15.631 0.000 270

Konstan SCH

EXP2 ALIRAN JANTINA R2 R Terselaras F statistic p N 2

Nota: Angka di dalam kurungan adalah nilai t statistik ***. Pada aras keertian 1% **. Pada aras keertian 5%

Model 2 6.616 (72.50)*** 0.228 (2.859)*** 0.560 (6.588)*** 0.054 (5.705)*** -0.001 (-4.816)*** 0.042 (0.717) 0.050 (1.031) 0.238 0.221 13.708 0.000 270