PENDAHULUAN Sejumlah 1394 calon sekolah ... - JPN Melaka

28 Feb 2017 ... Daripada calon yang mendaftar ini, seramai 1,288 orang calon telah menduduki peperiksaan yang diadakan pada tarikh seperti berikut :- ...

20 downloads 576 Views 139KB Size
KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2016 Sekolah-Sekolah Negeri Melaka OLEH PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA

PENDAHULUAN Sejumlah 1,394 calon sekolah kerajaan di Negeri Melaka telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan. Calon-calon perlu menduduki 3 peperiksaan iaitu peperiksaan Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 sebelum keputusan ketiga-tiga peperiksaan digabungkan untuk memperoleh keputusan penuh STPM. Calon berpeluang memperbaiki keputusan peperiksaan dengan mendaftar dan menduduki peperiksaan Ulangan Penggal 1 dan Ulangan Penggal 2. Daripada calon yang mendaftar ini, seramai 1,288 orang calon telah menduduki peperiksaan yang diadakan pada tarikh seperti berikut :-

Bertulis

Penggal 1 17, 19, 23 & 24 Nov 2015

Penggal 2 18, 19, 23 & 24 Mei 2016

Ulangan Bertulis

15, 16, 17 & 21 Nov 2016

22, 23, 24 & 29 Nov 2016

Penggal 3 7, 8, 9, 10 & 14 Nov 2016 tiada

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM akan dilaporkan dengan menggunakan 11 gred bagi gred kertas dan gred mata pelajaran. Setiap mata pelajaran pula akan diberi Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Pembahagian gred NGMP ditunjukkan dalam jadual di bawah. Gred A AB+ B BC+ C

NGMP 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00

Catatan

Gred CD+ D F

LULUS PENUH

NGMP 1.67 1.33 1.00 0.00

Catatan LULUS SEBAHAGIAN GAGAL

Calon akan diberikan PNGK (purata nilai gred kumulatif) berdasarkan gred bagi mata pelajaran Pengajian Am dan 3 mata pelajaran terbaik. Untuk mengetahui prestasi sesebuah sekolah, purata PNGK atau dikenali sebagai Gred Purata Sekolah (GPS) dikira dengan menjumlahkan PNGK calon dan dibahagi dengan bilangan calon yang hadir.

1

PRESTASI KESELURUHAN Seramai 1,271 orang (98.68%) calon STPM pada tahun 2016 telah lulus penuh berbanding 1,245 (98.65%) calon pada tahun 2015 iaitu penigkatan sebanyak 0.03%. (Rujuk Lampiran 1) Tahun 2016 mencatatkan seramai 502 calon iaitu 38.93% memperoleh PNGK 3.00 dan ke atas. Gred Purata Negeri pula ialah pada 2.74 mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.03 dimana Gred Purata Nasional ialah pada 2.71

KECEMERLANGAN CALON Dari segi kualiti, calon yang memperoleh PNGK 4.00 ialah seramai 26 orang calon berbanding 28 orang calon pada tahun 2015. Daripada 26 orang calon ini, 10 orang SMK Munshi Abdullah, 7 orang dari SMK Tinggi Melaka, 2 orang dari SMK Gajah Berang dan masing-masing seorang dari SMK Yok Bin, SMK St. Francis, SMK Seri Kota, SMKA Sultan Muhammad, SMK Seri Tanjung, SMK Tun Tuah dan SMK Pulau Sebang. (Rujuk Lampiran 2)

PRESTASI SEKOLAH Pada tahun 2016, 17 sekolah telah berjaya memperoleh 100.0% lulus penuh. Sekolah-sekolah tersebut ialah SMKA Sultan Muhammad, SMK Munshi Abdullah, SMK Seri Kota, SMK Gajah Berang, SMK Yok Bin, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Seri Mahkota, SMK Sultan Alauddin, SMK Seri Tanjong, SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Infant Jesus Convent, SMK Lubok China, SMK Dato’ Dol Said, SMK Dang Anum, SMK Pulau Sebang, SMK Tun Tuah dan SMK Ghafar Baba. (Rujuk Lampiran 3)

PRESTASI CALON DALAM MATA PELAJARAN Keputusan tahun 2016 telah menunjukkan 9 mata pelajaran meningkat dari segi peratus calon memperoleh gred cemerlang iaitu gred A. Mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Syariah, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics (M), dan Seni Visual. 2

Peningkatan dari segi Peratus Lulus Penuh juga di tunjukkan oleh 8 mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab, Usuluddin, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Mathematics (M), Chemistry dan Seni Visual. (Rujuk Lampiran 4)

PENUTUP

Pada hemat saya, keputusan peperiksaan STPM tahun 2016 adalah amat baik. Peratus calon yang memperoleh PNGK 3.00 dan keatas pada 38.93% adalah peratusan yang tinggi dimana calon yang memperoleh PNGK 3.00 ini mempunyai lebih peluang melanjutkan pelajaran ke IPT memandangkan syarat minimum memohon ke IPT menggunkan keputusan STPM ialah memperoleh PNGK 2.75. Bilangan calon cemerlang (memperoleh PNGK 4.00) yang sentiasa stabil juga menunjukkan bahawa format Pentaksiran Baharu STPM ini memberi kelebihan kepada calon-calon untuk menyerlahkan potensi dalam diri masing-masing. Peluang yang diberi untuk memperbaiki keputusan peperiksaan penggal 1 dan penggal 2 juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan pencapaian calon secara keseluruhannya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang baik. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua dan guru –guru yang pastinya memberikan komitmen yang tinggi bagi kejayaan semua pelajar mereka. Demikian juga kepada ibu bapa, saya mengucapkan syabas atas kejayaan anak-anak mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan kepada pihak Jabtan Pendidikan Melaka.

Haji Abu Bakar bin Sahari Pengarah Pendidikan Melaka 28 Februari 2017 (01 Jamadilakhir 1438 H)

3

Lampiran 1 M A J L I S

P E P E R I K S A A N

M A L A Y S I A

PERBANDINGAN PRESTASI CALON STPM 2015 - 2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------MELAKA NASIONAL BEZA % 2016 2015 2016 BEZA % 2015 2016 BEZA % MELAKA NASIONAL ----------------------------------------------------------------------------------------------------BIL. MENDAFTAR 1335 1394 44894 46525 BIL. HADIR 1262 1288 41542 42843 ----------------------------------------------------------------------------------------------------LULUS 5P 53 72 1515 1815 4.20 5.59 1.39 3.65 4.24 0.59 1.35 LULUS 4P 846 861 27312 29109 67.04 66.85 - 0.19 75 67.94 2.19 -1.09 LULUS 3P 208 194 6490 6334 16.48 15.06 - 1.42 15.62 14.78 - 0.84 0.28 LULUS 2P 81 88 3261 3107 6.42 6.83 0.41 7.85 7.25 - 0.60 -0.42 LULUS 1P 57 56 2051 1853 4.52 4.35 - 0.17 4.94 4.33 - 0.61 0.02 ---------------------------------------------------------------------------------------------------LULUS PENUH 1245 1271 40629 42218 98.65 98.68 0.03 97.80 98.54 0.74 0.14 LULUS SEBAHAGIAN 15 16 852 614 1.19 1.24 0.05 2.05 1.43 - 0.62 -0.19 GAGAL 2 1 61 11 0.16 0.08 - 0.08 0.15 0.03 - 0.12 0.05 ---------------------------------------------------------------------------------------------------Nota : LULUS PENUH - Mendapat sekurang-kurangnya satu M/P lulus penuh LULUS SEBAHAGIAN - Mendapat sekurang-kurangnya satu M/P lulus sebahagian tetapi tidak termasuk gred lulus penuh GAGAL - Mendapat F bagi semua M/P yang dihadiri

Lampiran 2

SENARAI CALON CEMERLANG (MEMPEROLEH PNGK 4.00)

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

NAMAPUSAT SMK TINGGI MELAKA SMK TINGGI MELAKA SMK TINGGI MELAKA SMK TINGGI MELAKA SMK TINGGI MELAKA SMK TINGGI MELAKA SMK TINGGI MELAKA SMK YOK BIN SMK ST. FRANCIS SMK SERI KOTA SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SMKA SULTAN MUHAMMAD SMK GAJAH BERANG SMK GAJAH BERANG SMK SERI TANJONG SMK TUN TUAH SMK PULAU SEBANG

ANGKA GILIRAN SM1101/1011 SM1102/1025 SM1102/1076 SM1102/1083 SM1102/1094 SM1102/1100 SM1102/1106 SM1103/1006 SM1104/1027 SM1106/1003 SM1202/1002 SM1202/1009 SM1202/1041 SM1202/1046 SM1202/1048 SM1202/1067 SM1202/1071 SM1202/1077 SM1202/1091 SM1202/1144 SM1203/1006 SM1301/1059 SM1301/1067 SM1302/1033 SM1304/1006 SM2103/1022

NAMACALON LOW JIA YEE BOWEN CHEW YEE XUEN GAN SIN JIE LIM YI SIAN SENG FEI HONG TAN JOU BING WONG KANG XIAN CHONG JING WEN LIM WEE KIAN GOH SYEK TING ANG SHU XIAN GOH HUI SAN HOW WEN YEN LIM CHAR MIN LIN XIAO JING ONG CHOON YUNG TAI KIAN HONG WONG QIAO WERN NG LIU LIAN SITI MAISARAH BINTI TALIB MUHAMMAD SYAFIQ BIN NASRI EDMUND CHUA MING WAI POH JIN EN NURUL IZZANI BINTI ABU HASHIM LWEE XUE BOON CHONG SHU YEE

PNGK 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00

Lampiran 3 M A J L I S

P E P E R I K S A A N M A L A Y S I A ANALISIS PRESTASI SEKOLAH STPM 2016

Lulus Lulus Bil. Bil. Nama Sekolah 5P 4P 3P 2P 1P Penuh Sebhg'n Gagal Hadir Calon ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------SMKA SULTAN MUHAMMAD, BATU BERENDAM 72.58 25.81 1.61 0.00 0.00 100.00 0.00 0.00 62 66 SMK MUNSHI ABDULLAH (B), BATU BERENDAM 6.78 74.58 14.41 1.69 2.54 100.00 0.00 0.00 118 141 SMK SERI KOTA, AIR LELEH 3.03 81.82 15.15 0.00 0.00 100.00 0.00 0.00 33 40 SMK GAJAH BERANG, MELAKA 2.17 75.00 3.26 11.96 7.61 100.00 0.00 0.00 92 92 SMK YOK BIN, MELAKA 0.00 94.44 5.56 0.00 0.00 100.00 0.00 0.00 18 18 SMK TINGGI PEREMPUAN, DURIAN DAUN 0.00 92.00 8.00 0.00 0.00 100.00 0.00 0.00 25 25 SMK SERI MAHKOTA, UMBAI 0.00 89.66 6.90 3.45 0.00 100.00 0.00 0.00 29 33 SMK SULTAN ALAUDDIN, MASJID TANAH 0.00 81.67 16.67 0.00 1.67 100.00 0.00 0.00 60 61 SMK SERI TANJUNG, TANJUNG KELING 0.00 70.73 19.51 8.54 1.22 100.00 0.00 0.00 82 82 SMK TUN HAJI ABDUL MALEK, CHENG 0.00 69.49 20.34 6.78 3.39 100.00 0.00 0.00 59 60 SMK INFANT JESUS CONVENT, BANDA HILIR 0.00 62.50 31.25 6.25 0.00 100.00 0.00 0.00 16 16 SMK LUBOK CHINA, MASJID TANAH 0.00 48.00 32.00 16.00 4.00 100.00 0.00 0.00 25 25 SMK DATO' DOL SAID, ALOR GAJAH 0.00 42.86 14.29 7.14 35.71 100.00 0.00 0.00 14 15 SMK DANG ANUM, MERLIMAU 0.00 16.67 0.00 50.00 33.33 100.00 0.00 0.00 6 6 SMK PULAU SEBANG, PULAU SEBANG 6.45 80.65 6.45 3.23 3.23 100.00 0.00 0.00 31 34 SMK MUNSHI ABDULLAH (A), BATU BERENDAM 2.70 83.78 2.70 8.11 2.70 100.00 0.00 0.00 37 39 SMK TUN TUAH, BACHANG 1.75 77.19 15.79 0.00 5.26 100.00 0.00 0.00 57 60 SMK GHAFAR BABA, MASJID TANAH 0.00 18.18 36.36 18.18 27.27 100.00 0.00 0.00 11 12 SMK TINGGI MELAKA (A), BANDA HILIR 1.14 68.18 13.64 6.82 9.09 98.86 1.14 0.00 88 89 SMK ISKANDAR SHAH, JASIN 7.69 38.46 30.77 15.38 5.77 98.08 1.92 0.00 52 54 SMK DATO' HJ TALIB KARIM, ALOR GAJAH 6.12 57.14 24.49 2.04 8.16 97.96 2.04 0.00 49 63 SMK TINGGI MELAKA (B), MELAKA 3.70 71.30 12.04 6.48 3.70 97.22 2.78 0.00 108 108 SMK DATO' ABDUL RAHMAN YAKUB, MERLIMAU 0.00 71.67 10.00 13.33 1.67 96.67 3.33 0.00 60 82 SMK BUKIT BARU, BUKIT BERUANG 0.00 70.18 19.30 5.26 1.75 96.49 3.51 0.00 57 61 SMK ST FRANCIS, BANDA HILIR 0.00 67.86 25.00 0.00 3.57 96.43 0.00 3.57 28 28 SM TEKNIK MELAKA, BUKIT PIATU 0.00 40.00 32.00 20.00 0.00 92.00 8.00 0.00 25 27 SMK DATUK BENDAHARA, JASIN 0.00 41.30 19.57 21.74 8.70 91.30 8.70 0.00 46 57

Lampiran 4 PENCAPAIAN CALON SEKOLAH MENGIKUT MATA PELAJARAN DALAM STPM 2016 DAN 2015 NEGERI MELAKA +--------------------------+-------------------+-------------------+-------------------+-------------------+---------+ | | BIL. CALON | PERATUSAN LULUS | PERATUSAN LULUS | PERATUSAN | BEZA % | | MATA PELAJARAN | MENDUDUKI | PENUH | SEBAHAGIAN | GAGAL | LULUS | | +---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+ PENUH | | | 2016 | 2015 | 2016 | 2015 | 2016 | 2015 | 2016 | 2015 | | +--------------------------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+ | PENGAJIAN AM | 1287 | 1260 | 94.72 | 91.91 | 5.13 | 7.86 | 0.16 | 0.24 | 2.81 | | BAHASA MELAYU | 713 | 717 | 92.29 | 92.89 | 7.43 | 6.83 | 0.28 | 0.28 | -0.60 | | BAHASA CINA | 28 | 17 | 85.71 | 88.24 | 14.29 | 11.77 | 0.00 | 0.00 | -2.53 | | BAHASA TAMIL | 18 | 24 | 55.56 | 79.17 | 38.89 | 12.50 | 5.56 | 8.33 | -23.61 | | BAHASA ARAB | 62 | 58 | 80.65 | 67.24 | 14.52 | 24.14 | 4.84 | 8.62 | 13.41 | | KESUSASTERAAN MELAYU | 111 | 94 | 90.99 | 95.75 | 9.01 | 4.26 | 0.00 | 0.00 | -4.76 | | KOMUNIKATIF | | | | | | | | | | | SYARIAH | 62 | 58 | 100.00 | 100.00 | 0.00 | 0.00 | 0.00 | 0.00 | 0.00 | | USULUDDIN | 62 | 56 | 96.77 | 92.86 | 3.23 | 7.14 | 0.00 | 0.00 | 3.91 | | SEJARAH | 596 | 609 | 86.24 | 89.00 | 11.74 | 7.55 | 2.01 | 3.45 | -2.76 | | GEOGRAFI | 40 | 35 | 70.00 | 88.57 | 25.00 | 8.57 | 5.00 | 2.86 | -18.57 | | EKONOMI | 503 | 500 | 76.94 | 71.60 | 17.50 | 22.60 | 5.57 | 5.80 | 5.34 | | PENGAJIAN PERNIAGAAN | 514 | 456 | 88.72 | 85.53 | 8.75 | 9.43 | 2.53 | 5.04 | 3.19 | | PERAKAUNAN | 98 | 91 | 90.82 | 91.21 | 6.12 | 5.50 | 3.06 | 3.30 | -0.39 | | MATHEMATICS (M) | 61 | 90 | 80.33 | 70.00 | 14.75 | 16.67 | 4.92 | 13.33 | 10.33 | | MATHEMATICS (T) | 277 | 264 | 72.56 | 78.41 | 16.25 | 12.50 | 11.19 | 9.09 | -5.85 | | INFORMATION AND | 11 | 17 | 90.91 | 94.12 | 9.09 | 5.88 | 0.00 | 0.00 | -3.21 | | COMMUNICATIONS TECH. | | | | | | | | | | | PHYSICS | 133 | 147 | 81.20 | 79.59 | 12.03 | 13.61 | 6.77 | 6.80 | 1.61 | | CHEMISTRY | 277 | 264 | 85.20 | 89.02 | 14.80 | 10.23 | 0.00 | 0.76 | -3.82 | | BIOLOGY | 145 | 118 | 73.79 | 81.36 | 25.52 | 16.10 | 0.69 | 2.54 | -7.57 | | SAINS SUKAN | 132 | 108 | 93.94 | 98.15 | 6.06 | 1.85 | 0.00 | 0.00 | -4.21 | | SENI VISUAL | 128 | 156 | 97.66 | 96.80 | 2.34 | 1.92 | 0.00 | 1.28 | 0.86 | +--------------------------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+---------+