UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA JABATAN PERDANA

UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI IKLAN JAWATAN KONTRAK Kami mencari individu yang mempunyai ciri-ciri berikut: i...

35 downloads 581 Views 262KB Size
UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI

IKLAN JAWATAN KONTRAK

Kami mencari individu yang mempunyai ciri-ciri berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Ketrampilan yang baik; Semangat yang tinggi untuk bekerja; Boleh bekerja berseorangan dan berkumpulan; Bakat kepimpinan; Jati diri yang cemerlang; dan Mempunyai kelayakan dan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan. Keutamaan kepada lepasan dari bidang berikut :  Kejuruteraan Awam  Komunikasi Massa  IT( Multimedia,Rekaan Grafik)  Hartanah  Pengurusan Pejabat



STPM/STAM/DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA) Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak) 5 jawatan



SPM/SVM (KUMPULAN PELAKSANA) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak) 1 jawatan

Sila isi borang permohonan dengan lengkap dan hantar ke [email protected] sebelum atau pada 30 Jun 2017 (Jumaat) jam 11.59 malam. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Klik untuk borang permohonan jawatan kontrak

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak) Tarikh Buka: 5 Jun 2017 Tarikh Tutup: 30 Jun 2017 

Kumpulan: Pelaksana



Jadual Gaji:



Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,493.00

RM5,672.00

RM145.00

Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: i. ii. iii.

warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan a.





Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau b. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00) c. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95). Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan antara agensi, dan penguatkuasaan peraturan Unit PPA1M.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak) Tarikh Buka: 5 Jun 2017 Tarikh Tutup: 30 Jun 2017 

Kumpulan: Pelaksana



Jadual Gaji:



Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,352.00

RM4,003.00

RM100.00

Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: i.

warganegara Malaysia;

ii.

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

iii.



a.

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

b.

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

c.

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Syarat Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



PERINGATAN (Kelayakan SPM): Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut: i.

lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

ii.

lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

iii.

memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut: Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam



Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104)

Kepujian

Sekurang-kurangnya Gred ‘C’

Lulus

Sekurang-kurangnya Gred ‘E’

Deskripsi Tugas: Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Unit PPA1M seperti tugastugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik dan sebagainya.