STANDARD OPERATING PROSEDURES (SOP)

standard operating prosedures (sop) pengurusan jenazah pegawai perbendaharaan yang meninggal dunia di luar negeri bahagian dasar saraan, wang awam...

164 downloads 819 Views 120KB Size
STANDARD OPERATING PROSEDURES (SOP)

PENGURUSAN JENAZAH PEGAWAI PERBENDAHARAAN YANG MENINGGAL DUNIA DI LUAR NEGERI

BAHAGIAN DASAR SARAAN, WANG AWAM DAN KHIDMAT PENGURUSAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Disediakan oleh: Nama

Jawatan

Tarikh

Rusmaliza binti Mat Darus

PSU (DS)

27 Februari 2009

Disemak oleh: Nama

Jawatan

Tarikh

Status

Datin Rozaina binti Zainuddin

TSBSWP(DS)

28 Februari 2009

Penyemak (2)

Mohd. Radzi bin Abdul Hamid

KS(DS)

28 Februari 2009

Penyemak (1)

Diluluskan oleh: Nama

Jawatan

Tarikh

Dato’ Hj. Za’aba Hj. Che Rus

SBSWP

2 Mac 2009

No. Fail

Tempat Simpanan (Bilik Fail)

Tarikh disediakan

Tempoh Kuat Kuasa

Tarikh Semakan

KANDUNGAN Seksyen

Tajuk Seksyen

Muka Surat

A

Tujuan

1

B

Penggunaan dan Skop

1

C

Ringkasan Prosedur

1

D

Takrif

1

E

Kelayakan Personel dan Tanggungjawab

2

F

Prosedur Tindakan, tanggungjawab dan senarai semak

2

G

Pengurusan Rekod

6

H

Rujukan

6

Carta Aliran 1: Persediaan Membawa Pulang Jenazah

8

Carta Aliran 2: Persediaan Menyambut Ketibaan Jenazah di KLIA

9

Carta Aliran 3: Menyambut Ketibaan Jenazah dan Pengurusan Jenazah

10

Jadual 1: Alamat dan Nombor Telefon Pihak Berkaitan

12

Lampiran 1: Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1993

14

Lampiran 2: Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 1993

15

Lampiran 3: Contoh Pengurusan Jenazah Allahyarham Tuan Haji Sabari bin Saleh

16

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) PENGURUSAN JENAZAH PEGAWAI PERBENDAHARAAN MALAYSIA YANG MENINGGAL DUNIA DI LUAR NEGERI

A.

TUJUAN Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan proses kerja yang perlu dilaksanakan dalam mengendalikan pengurusan jenazah pegawai yang meninggal dunia di luar negeri bagi memastikan urusan tersebut berjalan dengan lancar.

B.

PENGGUNAAN DAN SKOP Meliputi semua pegawai yang berkhidmat di Perbendaharaan Malaysia yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas rasmi di luar negeri.

C.

RINGKASAN PROSEDUR Secara umumnya, tindakan-tindakan berikut perlu diambil jika mendapat berita kematian pegawai Perbendaharaan meninggal dunia semasa bertugas rasmi di luar negeri:

D.

1.

Menghubungi Kementerian Luar Negeri untuk maklumat lanjut dan urusan penghantaran pulang jenazah;

2.

Mendapatkan maklumat lengkap si mati;

3.

Menghubungi keluarga/ waris si mati;

4.

Membuat urusan persediaan menyambut ketibaan jenazah ;

5.

Menyambut ketibaan jenazah; dan

6.

Menguruskan jenazah sehingga pengebumian.

TAKRIF Memberi penjelasan mengenai maksud/ makna beberapa perkataan atau perkara yang perlu difahami di dalam SOP ini: 1.

Airway bill ialah dokumen pengangkutan udara yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan ke atas kargo yang dibawa yang mengandungi butiran penerima dan kargo, basic legal conditions and execution, cargo rates, loading principles and delivery procedures; dan

1

2.

E.

Terminal charge ialah kos yang dikenakan oleh syarikat penerbangan terhadap kargo yang dibawa berdasarkan berat kargo tersebut.

KELAYAKAN PERSONEL DAN TANGGUNGJAWAB Tidak ada kelayakan personel yang khusus bagi (SOP) pengurusan jenazah pegawai Perbendaharaan yang meninggal dunia di luar negeri seperti menghadiri kursus atau memiliki sijil-sijil tertentu. Walau bagaimanapun nilai-nilai utama kepada pegawai-pegawai yang ditugaskan perlu mempunyai kriteria-kriteria berikut:i. ii. iii. iv.

F.

PROSEDUR SEMAK

BIL.

Mempunyai komitmen yang tinggi; Berdisiplin; Bersedia untuk dihubungi pada bila-bila masa yang diperlukan; dan Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik kerana pegawai akan menghubungi pelbagai Agensi di dalam dan di luar negara.

TINDAKAN,

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN A.

T/JAWAB

DAN

SENARAI

CATATAN/ SENARAI SEMAK

Persediaan Untuk Membawa Pulang Jenazah

1.

Terima maklumat pegawai Perbendaharaan Malaysia meninggal dunia semasa menjalankan tugas rasmi di luar negeri

KS (PSM)

2.

Hubungi Bilik Kawalan 24 jam Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai: i. Tarikh dan masa kematian; ii. Lokasi kematian; iii. Punca dan sebab kematian; iv. Lokasi jenazah ditempatkan; dan v. Nama pegawai serta nombor telefon kedutaan Malaysia di luar negeri yang boleh dihubungi.

KS (PSM)

3.

Dapatkan maklumat dan butiran lengkap si mati: i. Nama penuh; ii. No. passport dan kad pengenalan; iii. Alamat si mati semasa meninggal dunia di luar negeri; iv. Alamat si mati di Malaysia; dan v. Nombor telefon waris di Malaysia.

KS (PSM)

2

BIL.

TINDAKAN

T/JAWAB

4.

Hubungi keluarga si mati untuk: i. Makluman dan pengesahan; ii. Berbincang urusan pengebumian, sembahyang jenazah dan lokasi tanah perkuburan.

1. KS (Pentadbiran) 2. KS (PSM) 3. Wakil Bahagian pegawai bertugas

5.

Maklumkan pihak pengurusan atasan berhubung berita kematian tersebut dan maklumkan tentang pengurusan jenazah yang akan dibuat.

1. KS (PSM) 2. Wakil Bahagian pegawai bertugas

6.

Hubungi Kedutaan Malaysia di negara lokasi kematian untuk urusan penghantaran pulang jenazah: i. Tarikh dan nombor penerbangan; ii. masa ketibaan; iii. Tindakan yang perlu diambil oleh Perbendaharaan; iv. Dokumen yang perlu disediakan oleh keluarga; v. Kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan; dan vi. Cara pembayaran.

KS (PSM)

7.

Semak jadual penerbangan balik dari negara lokasi kematian ke Kuala Lumpur bagi urusan penerbangan balik jenazah.

KS (Pentadbiran)

8.

Sediakan borang dan wang bantuan mengurus jenazah seperti yang ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993.

KS (Pentadbiran)

9.

Sediakan wang perbelanjaan mencukupi bagi menampung kos penghantaran balik jenazah yang perlu dibiayai (anggaran RM200 diperlukan bagi kos terminal charge di KLIA).

KS (Kewangan)

10.

Sediakan peta lokasi rumah kediaman si mati serta lokasi tanah perkuburan bagi memudahkan pergerakan kenderaan jenazah dan edarkan kepada semua pegawai yang terlibat.

KS (Pentadbiran)

11.

Adakan perbincangan dan urusan dokumentasi bagi tujuan penghantaran pulang jenazah dari negara lokasi kematian ke Malaysia dengan agensi-agensi berkaitan seperti : i. Pejabat Kedutaan Besar Malaysia ii. Malaysia Airport Berhad iii. Pejabat Imigresen KLIA iv. Balai Polis KLIA v. Pejabat Kesihatan KLIA vi. Pejabat Kastam KLIA vii. Jabatan Bomba KLIA

1. KS (Pentadbiran) 2. Waris

CATATAN/ SENARAI SEMAK

3

BIL.

TINDAKAN

B.

Persediaan Menyambut Jenazah di KLIA

T/JAWAB

CATATAN/ SENARAI SEMAK

Ketibaan

12.

Buat pembahagian tugas antara pegawai bagi melancarkan proses tuntutan penerimaan jenazah seterusnya membawa keluar jenazah dari KLIA dan pastikan semua pegawai yang akan terlibat secara langsung dalam urusan tuntutan jenazah diberi penjelasan tentang tanggungjawab masing-masing. Contohnya: i. Tugas menerima jenazah di kawasan kargo; ii. Tugas pengangkutan tempatan untuk jenazah; iii. Tugas tempat menziarahi jenazah; iv. sembahyang jenazah (bersama waris); dan v. Pengebumian (bersama waris).

KS (Pentadbiran)

13.

Sediakan kenderaan untuk membawa jenazah dari KLIA ke rumah dan tanah perkuburan dan kenderaan yang akan mengiringi jenazah.

KS (Pentadbiran)

14.

Sediakan bilangan pegawai yang bersesuaian dan mencukupi untuk tujuan mengangkat jenazah keluar dari lokasi ketibaan ke dalam kenderaan dan seterusnya keluar dari KLIA.

KS (Pentadbiran)

15.

Pastikan lokasi sebenar jenazah akan tiba di KLIA bagi memudahkan tuntutan jenazah dibuat.

KS (Pentadbiran)

16.

Pastikan lokasi/ bilik bersesuaian jenazah akan ditempatkan untuk disembahyangkan atau untuk penghormatan terakhir.

KS (Pentadbiran)

17.

Sediakan bilik/ ruang menunggu yang bersesuaian dengan peralatan berpatutan bagi memudahkan ahli keluarga dan pegawai Perbendaharaan menunggu ketibaan jenazah.

KS (Pentadbiran)

18.

Bincang dengan keluarga sama ada keranda jenazah perlu dibuka di KLIA. Sekiranya perlu, bincang tempat yang sesuai dengan pihak KLIA dan dapatkan bantuan Balai Bomba KLIA untuk urusan membuka keranda.

KS (Pentadbiran)

19.

Maklumkan kepada waris si mati berhubung proses yang akan terlibat dalam urusan tuntutan jenazah dan lokasi-lokasi yang berkaitan.

KS (Pentadbiran)

4

BIL.

TINDAKAN

T/JAWAB

20.

Dapatkan jumlah waris si mati yang akan bersama-sama dengan pegawai Perbendaharaan yang akan membuat tuntutan jenazah.

KS (Pentadbiran)

21.

Sediakan dokumen berkaitan dan wang yang mencukupi untuk urusan tuntutan jenazah dan serahkan kepada pegawai yang akan membuat urusan tuntutan jenazah.

1. KS (Pentadbiran) 2. KS (Kewangan)

C.

Menyambut Ketibaan Pengurusan Jenazah

CATATAN/ SENARAI SEMAK

dan

22.

Maklumkan kepada waris dan pegawai mengenai tarikh, masa dan tempat berkumpul untuk menyambut ketibaan jenazah.

KS (Pentadbiran)

23.

Kenal pasti kemudahan pengangkutan daripada pejabat untuk pegawai dan kakitangan berkaitan, tempat meletak kenderaan dan orang kenamaan yang akan turut serta (jika ada).

KS (Pentadbiran)

24.

Pastikan perkara berkaitan urusan pengebumian termasuk tanah perkuburan dan sembahyang jenazah telah diselesaikan oleh waris. Sekiranya jenazah tiba pada waktu malam, sediakan kemudahan yang sewajarnya seperti khemah dan lampu limpah.

1. KS (Pentadbiran) 2. Waris

25.

Pastikan waris dan pegawai berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan.

1. KS (Pentadbiran) 2. Waris

26.

Sebaik sahaja pesawat tiba, pegawai yang bertanggungjawab akan: i. Mendapatkan Airway Bill dan dokumen lain berkaitan di Central Processing Office (CPO), Mas Kargo; ii. Berurusan dengan Pejabat Kesihatan KLIA untuk mendapatkan pengesahan; dan iii. Membuat pembayaran terminal charge.

KS (Pentadbiran)

27.

Tuntut jenazah di ditempatkan. Pastikan keranda adalah betul.

lokasi jenazah tanda nama di

1. KS (Pentadbiran) 2. Pengangkat jenazah 3. Pemandu kenderaan jenazah 4. Waris

28.

Bawa jenazah dari lokasi tuntutan dengan menggunakan kenderaan jenazah menuju

1. KS (Pentadbiran) 2. Pengangkat

Tuntut barang peribadi si mati jika barang tersebut disertakan bersama jenazah.

5

BIL.

G.

TINDAKAN

T/JAWAB

ke bilik menunggu yang telah disediakan.

jenazah 3. Pemandu kenderaan jenazah

29.

Bawa masuk keranda jenazah ke dalam bilik menunggu dan diletakkan di tempat khas yang telah disediakan.

1. KS (Pentadbiran) 2. Pengangkat jenazah

30.

Buka keranda dengan bantuan pihak bomba (jika perlu) untuk urusan sembahyang jenazah dan penghormatan terakhir.

1. KS (Pentadbiran) 2. Waris

31.

Tutup keranda dan angkat masuk ke dalam kenderaan jenazah untuk dibawa ke kediaman si mati.

1. Waris 2. Pengangkat jenazah 3. Pegawai Agama Perbendaharaan

32.

Uruskan laporan kematian dan dapatkan permit pengebumian daripada Balai Polis KLIA.

1. KS (Pentadbiran) 2. Waris

33.

Kenderaan jenazah bergerak keluar dari KLIA menuju ke kediaman si mati untuk urusan pengebumian.

1. KS (Pentadbiran) 2. Pengangkat jenazah 3. Pemandu kenderaan jenazah 4. Waris

34.

Urusan sembahyang jenazah.

35.

Urusan pengebumian jenazah.

CATATAN/ SENARAI SEMAK

Perkara dilakukan dibenarkan ahli keluarga

ini jika oleh

Pegawai dan kakitangan Perbendaharaan berada di KLIA, rumah kediaman dan di tanah perkuburan sebagai 1. Pegawai Agama penghormatan. Perbendaharaan 2. Waris Waris

PENGURUSAN REKOD SOP ini akan diletakkan di sudut dokumentasi Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan untuk pengetahuan dan makluman semua pegawai dan kakitangan. Ianya juga akan diagihkan kepada semua Setiausaha Bahagian di Perbendaharaan.

H.

RUJUKAN Carta Aliran 1: Persediaan Membawa Pulang Jenazah Carta Aliran 2: Persediaan Menyambut Ketibaan Jenazah di KLIA

6

Carta Aliran 3: Menyambut Ketibaan Jenazah dan Pengurusan Jenazah Jadual 1: Alamat dan Nombor Telefon Pihak Berkaitan Lampiran 1: Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1993 Lampiran 2: Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 1993 Lampiran 3: Contoh Pengurusan Jenazah Allahyarham Tuan Haji Sabari bin Saleh

7

CARTA ALIRAN 1: PERSEDIAAN UNTUK MEMBAWA PULANG JENAZAH MULA

Terima maklumat pegawai meninggal dunia di luar negeri

Hubungi Kem. Luar Negeri

Dapatkan maklumat dan butiran lengkap si mati

Hubungi keluarga si mati, bincang urusan penghantaran pulang dan pengkebumian

Maklumkan pengurusan atasan

Hubungi Kedutaan Besar Malaysia

Urusan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara terbabit

Semak jadual penerbangan

Sedia wang bantuan mengurus jenazah

Sedia wang untuk membiayai kos penerimaan jenazah

Sedia peta lokasi kediaman si mati dan edarkan kepada semua pegawai

Bincang dengan agensi berkaitan di KLIA untuk urusan penerimaan jenazah.

TAMAT

8

CARTA ALIRAN 2: PERSEDIAAN MENYAMBUT KETIBAAN JENAZAH DI KLIA MULA

Buat pembahagian tugas antara pegawai

Sedia kenderaan jenazah dan kenderaan pengiring

Sedia pegawai pengangkat jenazah yang mencukupi

Pastikan lokasi sebenar ketibaan jenazah

Pastikan bilik bersesuaian untuk menempatkan jenazah

Sedia bilik/ ruang menunggu yang bersesuaian

Bincang dengan keluarga sama ada keranda jenazah perlu dibuka di KLIA.

Perlu buka keranda di KLIA

Ya

Bincang dengan KLIA lokasi bersesuaian dan dapatkan bantuan Balai Bomba KLIA untuk buka keranda

Tidak

Maklumkan waris proses yang akan terlibat dalam urusan tuntutan jenazah

Dapatkan senarai waris yang akan turut serta dalam membuat tuntutan jenazah

Pastikan dokumen dan wang mencukupi untuk proses tuntutan jenazah

TAMAT

9

CARTA ALIRAN 3: MENYAMBUT KETIBAAN DAN PENGURUSAN JENAZAH MULA

Maklumkan semua yang terlibat mengenai tarikh, masa dan tempat berkumpul menyambut ketibaan jenazah

Kemudahan pengangkutan daripada pejabat untuk pegawai lain dan tempat meletak kenderaan

Pastikan perkara berkaitan urusan pengkebumian termasuk tanah perkuburan dan sembahyang jenazah telah diselesaikan oleh waris.

Waktu ketibaan jenazah

Malam

Sediakan kemudahan yang sewajarnya seperti khemah dan lampu limpah untuk kegunaan di tanah perkuburan

Siang Semua berkumpul di lokasi yang ditetapkan

Pesawat tiba

Dapatkan dokumen penghantaran jenazah dan airway bill

Pengesahan dan pelepasan Pejabat Kesihatan KLIA

Bayar terminal charge

Tuntut jenazah di kawasan yang ditetapkan

A

10

A

Bawa jenazah ke bilik yang telah disediakan

Buka keranda

Ya

Bomba buka keranda

Tidak

Sembahyang jenazah dan penghormatan terakhir

Tutup keranda

Masuk keranda dalam kenderaan jenazah untuk dibawa ke kediaman si mati atau tanah perkuburan

Lapor dan dapatkan permit pengebumian di Balai Polis KLIA

Kenderaan jenazah bergerak keluar dari KLIA menuju ke kediaman si mati

Urusan sembahyang jenazah

Urusan pengebumian jenazah

TAMAT

11

JADUAL 1: ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON PIHAK BERKAITAN (tertakluk kepada perubahan) Bil. 1.

2.

KEMENTERIAN/ AGENSI i.

Bilik Kawalan 24 jam Kementerian Luar Negeri

Tel: 03 – 88874570

ii.

Bahagian Konsular Kementerian Luar Negeri Wisma Putra

Tel: 03 – 88874000

i.

Malaysia Airports Holdings Berhad Head Office Terminal 2, Sultan Abdul Aziz Shah Airport 47200 Subang Selangor

Tel: 03 – 78467777 Faks: 03 – 78466536

ii.

Public Relations Department Malaysia Airports Sepang Sdn. Bhd. 4th Floor Airport Management Centre KLIA 64000 Sepang, Selangor

Tel: 03 – 87762000/ 87768043/ 87768186/ 87768289

iii. Malaysia Airports Sepang Sdn. Bhd Airport Operation Control Centre (Encik Kamalul Ariffin) iv. MAB (Security) (En. Shukri) v.

3.

NO. TELEFON/ FAKS

MAB (Terminal Service Division) (Pn. Faridah @ Rani Abdullah)

Tel: 03 – 87769106 (H/p: 012 – 3043752)

(H/p : 012 – 3050853)

(H/p : 012 -2800712)

vi. MAB (Air Side Executive) (Encik Nazri)

(H/p: 012 – 2800719)

i.

MASKargo Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd. HQ Office 1M, Zone C, Advanced Cargo Centre KLIA Free Commercial Zone, Southern Support Zone, KLIA 64000 Sepang, Selangor

Tel: 03 – 87771717/ 87771603

ii.

Central Processing Office

Tel:03 – 87771816

iii. MASKargo Logistics KLIA a. Operation Manager (En. Zulkurnain Abd Rahman) b. Duty Supervisor (En. Abdul Aziz Talib)

Tel: 03 – 87773238 (H/p: 019 – 2735982) Tel: 03 – 87773208/ 87773838 (H/p: 019 – 3747668)

iv. MASKargo Security a. Security Operation Controller (En. Darry Tan) b. Security Officer (En. Azlan Abdul Karim 017-2323097)

Tel: 03 – 87772096/ 87772020 (H/p: 019 – 2310221) Tel: 03 – 87771771 (H/p: 017 – 2323097)

12

Bil.

KEMENTERIAN/ AGENSI c.

4.

i.

NO. TELEFON/ FAKS

Cargo Security Duty Officer

Deputy Director for State Customs Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sepang Kastam Diraja Malaysia Level 2, Airport Management Centre KLIA 64000 Sepang, Selangor

KLIA

Tel: 03 – 87792600/ 87768055/ 87768503 Faks: 03 – 87872311

ii.

5.

Ketua Unit Kastam Diraja Malaysia KLIA Level 3, Main Terminal Building KLIA 64000 Sepang, Selangor Head of Immigrations KLIA Immigration Divisions Ground Level, Airport Management Centre KLIA 64000 Sepang, Selangor

Tel: 03 – 87771770

Tel: 03 – 87768001/ 87768018 Faks: 03 - 87874190

6.

Head of Police KLIA Polis Diraja Malaysia Level 1, Airport Management Centre KLIA 64000 Sepang, Selangor

Tel: 03 – 87768922/ 87768302/ 87768337 Faks: 03 – 87873593

7.

Director Department of Civil Aviation Malaysia Air Traffic Control Tower KLIA 64000 Sepang, Selangor

Tel: 03 – 87874988/ 87874118 Faks: 03 – 89265989

8.

Health Senior Officer Health Department of KLIA Level 2, Airport Management Centre KLIA 64000 Sepang, Selangor (Dr. Norhayati binti Rusli)

Tel: 03 – 87768399 Faks: 03 – 87872054

Officer Incharge Balai Bomba dan Penyelamat KLIA Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA 64000 Sepang, Selangor

Tel: 03 – 87874970 Faks: 03 - 87874986

9.

(H/p : 019 -3154610)

13

LAMPIRAN 1: PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 2 TAHUN 1993

14

LAMPIRAN 2: SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 14 TAHUN 1993

15

LAMPIRAN 3: CONTOH PENGURUSAN JENAZAH ALLAHYARHAM TUAN HAJI SABARI BIN SALEH

16