TINJAUAN FAMA-LKF

Download Roselle, Jus Roselle, Sos Roselle dan. Halwa Roselle. ... Roselle mempunyai kandungan khasiat semulajadi yang kaya dengan Vitamin ..... yan...

0 downloads 403 Views 4MB Size
MEMPERKASAKAN PERTANIAN PENCAPAIAN PERTANIAN DALAM RMK-8 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) sektor pertanian telah mencapai pertumbuhan yang amat positif. Kenyataan ini terbukti dengan peningkatan perolehan ekspor t berikutan peningkatan jumlah eksport dan tawaran harga yang terbaik bagi komoditi pertanian, terutama yang membekalkan bahan mentah kepada industri dan makanan untuk keperluan negara. Kemajuan yang dicapai dalam RMK-8, yang melibatkan tempoh dari 2001 hingga 2005 adalah tertumpu kepada pertumbuhan tinggi pengeluaran, nilai ditambah dan eksport, penggunaan teknologi baru, pertanian komersial berkala besar, sistem per tanian berkelompok yang lebih meluas dan akses kepada pasaran dan harga komoditi yang lebih baik. Kejayaan tersebut berpunca dari program pembangunan semula tanahtanah pertanian dengan pemberian status hak milik kepada pengusaha dan keadaan ini akhirnya membantu mempercepatkan proses permodenan dan peningkatan produktiviti. Dengan peningkatan output sektor pertanian tersebut telah dapat merubah persepsi bahawa pelaburan di dalam sektor pertanian kurang memberikan pulangan baik berbanding sektor yang lain. Di samping itu pihak pengeluar juga telah mendapat meningkatkan pendapatan dan taraf kehidupan yang lebih baik.

Di samping itu sektor pertanian akan memanfaatkan secara maksimum potensi dalam bioteknologi, bergabung dengan kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) dan penglibatan usahawan tani dan penggunaan pekerja mahir. Semua faktor ini akan digembeling dan diselaraskan melalui fungsi agensi dan jabatan di bawah Kementerian Per tanian dan Industri Asas Tani, terutamanya bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan. Sektor pertanian dijangka tumbuh pada kadar tahunan yang lebih tinggi, iaitu sekitar 5%, dan jika mengambilkira industri yang berasaskan pertanian secara keseluruhannya, pertumbuhan yang bakal dicapai adalah di sekitar 5.2%. Bagi mengorientasikan semula sektor pertanian, 5 teras dasar telahpun digariskan seperti berikut: •

Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar.



Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan.



Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.

Di antara langkah-langkah yang dirancang bagi menggalakkan sektor pertanian ialah dengan membangunkan modal insan. Tujuannya adalah untuk mengubah sikap dan minda kumpulan pengeluar yang terdiri dari petani, penternak dan nelayan, termasuk juga generasi pelapis yang berpendidikan tinggi dalam menggalakan mereka terlibat secara serius dalam aktiviti pertanian yang moden dan komersial. Peluang-peluang pekerjaan akan diwujudkan selaras dengan usaha tersebut dan dijangka akan dapat menampung siswazah yang menganggur. Disamping itu seramai 657,720 usahawan dan petani telah disasarkan untuk diberikan latihan di dalam tempoh tersebut.



Mengembangkan lagi aktiviti pemprosesan bahan berasaskan pertanian dengan kepelbagaian produk.

Bagi menggalakkan lagi pengeluaran dan bekalan makanan yang cepat dan mudah disediakan (convenient), program Malaysia, the truly Asian Kitchen akan dilaksanakan. Program ini menekankan kepada jenis makanan laut, produk ternakan dan makanan berasaskan sayur-sayuran, yang



Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global.

Bersambung ke muka surat 8

PERANCANGAN PEMBANGUNAN DALAM RMK-9 Sektor per tanian akan terus dipergiatkan sebagai salah satu dari jentera utama pertumbuhan ekonomi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Tumpuan diberi kepada pendekatan pertanian baru melalui per tanian komersial yang berskala besar, penggunaan teknologi terkini secara lebih meluas, pengeluaran komoditi yang berkualiti dan mempunyai nilai ditambah yang tinggi.

H a k c i p t a

T e

r

p e l i h a r a

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

Johor - Bermula bulan Oktober dan berlanjutan hingga akhir bulan Disember 2006, dijangka bekalan kelapa tempatan akan berkurangan kerana telah bermulanya musim melawas.

Para pemborong dan ejen kelapa yang ditemui di Rengit dan Batu Pahat berpendapat, keadaan pasaran akan berhadapan dengan masalah harga kelapa tempatan yang tinggi disebabkan oleh permintaan yang meningkat tetapi bekalan kelapa yang ada sedikit. Namun begitu kemasukan kelapa dari Indonesia dijangka dapat menampung kekurangan bekalan kelapa tempatan ini.

Kedudukan bekalan kelapa tempatan dijangka berkurangan dari 50 hingga 60 peratus sepanjang tempoh suku keempat 2006 ini, berbanding semasa musim buah kelapa banyak.

Permintaan kelapa biji dan santan kelapa diramal meningkat bagi memenuhi keperluan pada bulan puasa dan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri pada akhir bulan Oktober.

BEKALAN KELAPA TEMPATAN DIJANGKA BERKURANGAN

Disediakan oleh: Cawangan Khidmat Risikan Pasaran Bahagian Perisikan Pasaran FAMA Dengan Kerjasama 1. Cawangan Khidmat Maklumat Pemasaran (MIS) 2. Bahagian Pemasaran Ibu Pejabat, Kakitangan FAMA Negeri & Daerah Bagi mendapatkan laporan secara berterusan dan sebarang pertanyaan mengenai artikel ini sila kemukakan permohonan kepada: Pengarah Cawangan Khidmat Risikan Pasaran Bangunan FAMA Point Lot 17304, Jalan Persiaran 1 Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves Selangor Tel: 03-6130 2586 / 6130 2429 Fax: 03-6120 3049 email: [email protected] Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian ini diterbitkan setiap tiga bulan: Januari, April, Julai dan Oktober dan boleh dicapai melalui laman web: http://www.famaxchange.org Reka Bentuk & Cetakan Smart Print & Stationer Sdn Bhd No. 64, Jalan SBC 8, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

2

Dari segi harga, peratus perubahan harga berbanding suku ketiga diramal meningkat dari 50 hingga 70 peratus bagi harga kelapa biji disemua peringkat ladang, borong dan runcit. Purata harga ladang dari 35 sen pada suku ketiga dijangka meningkat hingga 55 sen sebiji pada suku keempat ini.

Jadual harga kelapa di muka surat 19

CUACA PENGARUHI BEKALAN SAYUR- SAYURAN Johor - Bekalan sayur berdaun dan berbuah untuk tempoh tiga bulan bagi suku keempat 2006 ini adalah bergantung kepada keadaan cuaca terutama di kawasan penanaman sayursayuran. Menurut petani yang ditemui di Kota Tinggi, En Nasir, cuaca yang baik dengan kehadiran cahaya matahari dan diselangi dengan hujan dan air yang mencukupi dapat membantu menyuburkan tanaman. Keadaan cuaca yang terlalu panans dan terlalu lembap juga akan memberi kesan kepada perkembangan pokok sayur- sayuran. Pada pertengahan suku ketiga yang lalu, kebanyakan petani berhadapan dengan masalah kehadiran ulat yang memakan sayuran kerana cuaca yang terlalu panas. Racun serangga yang disembur cepat mengering sebelum dapat diserap sepenuhnya oleh pokok sayur- sayuran. Seperti trend cuaca pada suku keempat setiap tahun, diramal cuaca pada pertengahan dan berlanjutan hingga akhir suku keempat 2006 adalah lembap dan mengalami taburan hujan yang lebih banyak. Cuaca yang lembap ini akan mempengaruhi kedudukan

bekalan. Diramal bekalan sayur akan berkurangan sebanyak 40 hingga 60 peratus berikutan petani akan mengurangkan jumlah tanaman mereka bagi mengelak kerugian. Permintaan sayur berdaun dijangka berkurangan pada awal suku keempat kerana penggunaannya yang sedikit sepanjang bulan puasa. Bagi komoditi sayur berbuah seperti cili merah kulai, kacang panjang dan terung panjang pula, diramal permintaan akan meningkat untuk keperluan pada Hari Raya sekitar akhir bulan Oktober 2006 dan bagi keperluan majlis perkahwinan yang biasanya diadakan semasa cuti persekolahan akhir tahun. Dari segi harga, turun naik harga sayursayuran dipasaran bergantung kepada faktor bekalan yang dipengaruhi oleh cuaca dan juga permintaan dari pengguna. Diramal harga sayur akan naik hingga 20 hingga 50 peratus disemua peringkat bagi komoditi sayur berbuah seperti cili merah, kacang panjang dan terung. Ini adalah kesan daripada keadaan cuaca yang diramal akan mengalami taburan hujan yang lebih berbanding suku ke tiga 2006 dan akan mempengaruhi bekalan sayursayuran ini diperingkat ladang.

PENGGUNAAN MIKROORGANISMA DALAM PERTANIAN Johor Bahru - Tecnology Effective Microorganisms (EM), telah digunakan secara meluas dan sejak sekian lama dalam industri pertanian diluar negara antaranya Jepun dan Thailand. Effective Microorganisms (EM), adalah satu penemuan dalam pertanian yang melibatkan penggunaan mikroorganisma dalam proses pengeluaran tanaman, ternakan mahupun perikanan. Mikroorganisma yang bertindak sebagai baja organik ini disifatkan sebagai satu formula yang berkesan untuk memaksimumkan hasil pengeluaran yang berkualiti, dapat mengurangkan kos pengeluaran dan mengurangkan penggunaan racun serangga. Teknologi dari Jepun ini dihasilkan melalui tindak balas gula perang, air dan juga habuk yang melalui proses pemeraman untuk menghasilkan mikroorganisma yang bermanfaat. EM dihasilkan dalam bentuk cecair dan pepejal yang bertindak balas kepada air, tanah, akar dan juga sel.

Sumber Maklumat Komoditi Kelapa : • Tan Swee Kim - Lot 349, Jalan Ibrahim, 82200 Benut Pontian, Johor No. Telefon - 012- 7233253 • Hojoo Plantations Sdn Bhd- Bagan Serai, 83100 Rengit, Batu Pahat Johor No. Telefon - 019- 7755146 • Md Razi B Abu Husin - Kg Parit Markom, Benut Pontian Johor No. Telefon - 019- 7744657 • Lim Gek Koon - Jalan Benut, Benut Pontian Johor No. Telefon - 016- 7691323 • Tan Ah Kim - Mukim Rengit, Batu Pahat Johor No. Telefon - 07- 4241306 * Penjual- penjual kelapa/ peruncit di kedai, dan pasar- pasar sekitar daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Pontian

Sebagai contoh, EM bertindak sebagai agen peneutralan keatas tindak balas mikrob positif dan negative dalam tanah. EM yang disembur pada tanah akan mengawal mikroorganisma negatif dari terus membiak dan merosakkan tanaman, dengan itu akar tumbuhan dapat berkembang dengan sempurna dan penyakit dapat dikawal dari menyerang akar tumbuhan. Kesan tindak balas EM dapat dilihat dengan jelas dalam tiga keadaan iaitu bau, rupa dan warna juga sifat fizikal sesuatu bahan. EM boleh menyahkan sehingga 70 peratus bau busuk pada najis ternakan, dapat menukarkan warna air yang tercemar kepada keadaan yang lebih baik, mempercepatkan perkembangan akar tumbuhan dan juga mengaktifkan tanah untuk tujuan pertanian. Penyelidikan yang dijalankan oleh Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, mendapati penggunaan EM ini juga dapat mengurangkan kos pengeluaran dalam Sumber Maklumat Komoditi Sayursayuran • Pengerusi Persatuan Pekebun Sayur Malaysia - (Bukit Gambir, Muar) Tan So Tiok - 013- 6871245 • Pengeluar/ petani - ( TKPM Pulada, Ulu Tiram ) En Nasir B Husin 019- 716 1295 • Pengeluar/ petani - ( Kulai ) Tan Bak Looi - 019- 745 4875 • Pengeluar/ petani ( Sedenak, Kulai Johor ) - Chin Choon - 019- 713 6257 • Pe m b o r o n g / Pe n g e k s p o r t / Pengimport - Yeo Mang Pin, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru - 075565864/ 019- 711 6918 • Peruncit di pasar- pasar awam dan pasar- pasar tani sekitar daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian

pertanian, jumlah pengeluaran dapat dimaksimumkan dan sekaligus produktiviti petani dapat ditingkatkan. Memandangkan penggunaan EM ini mempunyai potensi yang baik, pihak Lembaga Pemasaran Per tanian Persekutuan (FAMA) menyokong penggunaannya secara meluas dalam sektor pengeluaran hasil pertanian terutama untuk tanaman jangka pendek seperti sayur- sayuran, umbisi, jagung, cendawan, nanas dan sebagainya. Ini kerana EM dapat membantu mengurangkan penggunaan racun serangga dan baja kimia untuk menyuburkan tanaman yang semakin meningkat pada masa kini. Dengan ini petani dan pengusaha dapat meningkatkan daya saing produk mereka dipasaran dan membantu menambahkan pendapatan. EM bukanlah sebagai bahan yang bersifat seperti racun yang memerlukan sistem penjadualan dalam penggunaannya bagi memastikan tiada lebihan saki baki racun yang tinggi dan berbahaya. Penggunaan EM secara meluas walaupun tanpa pengawalan tidak akan meninggalkan kesan negatif kepada tanaman dan ia adalah selamat kepada pengguna. Sumber Maklumat Laporan ‘Teknologi Effective Microorganisms (EM)’ • Pemasaran Produk Segar, FAMA Negeri Johor- 07- 2341185 • Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor - 07- 5531559

3

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

POTENSI BESAR TANAMAN ROSELLE DI KELANTAN. Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa mula di tanam dan semakin berkembang di Kelantan. Ia tergolong dalam keluarga Malvaceae seperti tanaman bunga raya dan bendi. Di Kelantan, kawasan yang dikenalpasti menanam tanaman ini sekitar Pasir Puteh seluas 12 ekar, Kota Bharu iaitu di Kemubu seluas 3 ekar serta Bachok di kawasan Beris Lalang dan Beris Kubor Besar masing-masing seluas 10 ekar. FAMA Kelantan telah menandatangani perjanjian (MOU) dengan 2 buah syarikat Bumiputera Kelantan yang memproses Roselle iaitu Murni Marketing Sdn.Bhd dan RMZ Products Sdn.Bhd. FAMA mengambil bunga Roselle yang belum di proses yang di petik daripada petani dengan menghantar kepada KPL Gong Kulim untuk diproses bagi mengeluarkan Kaliks yang terdapat dari bunga Roselle. Apabila telah siap dikeluarkan Kaliks Roselle tersebut, seterusnya Kaliks akan di hantar kepada syarikat Murni Marketing Sdn.Bhd dan RMZ Products Sdn.Bhd untuk diproses menjadi jus dan sebagainya. Kaliks terdapat dalam kelopak bunga Roselle diambil bagi memproses jus, sos, jem, jeli, halwa dan sebagainya. Kaliks Roselle mengandungi antosianin serta asid sitrik dan asid maliek, jadi sebab itulah Kaliks Roselle mengeluarkan cecair berwarna unggu kemerahan dan mempunyai rasa yang masam. Roselle sesuai di tanam di tanah bris kerana ia mudah mengeluarkan tunas yang baru selepas dipangkas setelah dipetik hasil bagi musim pertama dan mampu hidup lebih lama daripada semusim. Roselle mula berputik selepas 45-60 hari selepas disemai manakala kutipan kali per tama dilakukan 85-100 hari selepas disemai. Bagi menghasilkan jus yang lebih berkhasiat, buah Roselle paling sesuai dikutip di antara 20-30 hari selepas

4

bunganya menguntum. Roselle juga memerlukan penjagaan rapi seperti penggunaan baja, kawalan serangga dan kulat, serta kawalan rumput. Roselle hanya dapat bertahan dalam musim panas tetapi tanaman Roselle mudah dijangkiti penyakit reput daun dan batang pada musim tengkujuh. Oleh sebab itulah, tanaman Roselle perlu dijadualkan supaya peringkat tumbesaran pokok dan pengeluaran hasil buah tidak terjatuh pada musim tengkujuh. Hasil pemprosesan Roselle iaitu jus daripada kedua-dua syarikat tersebut dipasarkan sendiri oleh mereka. FAMA ber tindak sebagai perunding dan penasihat pemasaran, cara pembungkusan, ser ta perlabelan. Antara hasil proses yang dikeluarkan oleh Murni Marketing Sdn.Bhd ialah Kordial Cristal Roselle dan Cristal Jus Roselle. Manakala RMZ Products Sdn.Bhd. pula menghasilkan Kordial Roselle, Jus Roselle, Sos Roselle dan Halwa Roselle. Produk-produk ini mula mendapat tempat di pasaran seperti di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Kuala Lumpur. Roselle mempunyai kandungan khasiat semulajadi yang kaya dengan Vitamin C, anthocynin dan antioksida. Kandungan Vitamin C di dalamnya melebihi buah-buahan lain seperti limau, betik, belimbing dan jambu batu. Ia juga mampu meningkatkan stamina

dan daya tahan tubuh, memperbaiki metabolisme, merendahkan tekanan darah tinggi, awet muda dan memudahkan pencernaan makanan. FAMA Kelantan menggalakkan lagi petani-petani di Kelantan agar menceburi tanaman Roselle bagi menggantikan tanaman tembakau di mana Roselle menguntungkan dan mempunyai potensi tinggi untuk di komersilkan dan di pasarkan ke luar negara bagi memperkenalkan produk pertanian buatan Malaysia di mata dunia.

TERNAKAN LEMBU SECARA FIDLOT MEMBAWA KEUNTUNGAN

Ternakan lembu secara fidlot semakin mendapat tempat dikalangan pengusaha lembu tempatan. Di Kelantan, kawasan yang dikenalpasti semakin berkembang ternakan lembu secara fidlot ialah di Kg.Jelor Hilir, Pasir Puteh. Ternakan lembu ini dimiliki oleh anak kampung tersebut iaitu Encik Zamzuree Zakaria yang menamakan dengan “Projek Ternakan Lembu Fidlot Bersepadu”. Projek ini juga adalah kerjasama di antara Lembaga Tembakau Negara (LTN) yang ber tindak sebagai penyumbang makanan untuk lembu, manakala FAMA Kelantan bertindak sebagai penasihat pemasaran. Ternakan lembu Fidlot adalah ternakan lembu bagi menghasilkan daging yang berkualiti, tinggi kandungan daging merah, lembut dan rendah kandungan lemak. Ternakan secara teknologi fidlot juga adalah tempoh pemeliharaan yang singkat dan kawasan pemeliharaan yang kecil. Lembu-lembu ini adalah dari jenis Kacukan Brahman (dari IndiaThailand), Droughmaster (dari Australia), Kedah-Kelantan(KK), Nellore (dari Thailand) dan Charolais (dari Thailand). Projek ini berkeluasan 12 ekar dan sekarang mampu memuatkan sebanyak 1854 ekor lembu daripada pelbagai kacukan. Lembu yang

mendapat tempat dan permintaan ialah Kacukan Brahman dan KedahKelantan. Projek ini telah memasuki fasa ke-4 iaitu bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan sehingga sekarang. Dalam sebulan sebanyak 7-8 kali lembu di bawa masuk iaitu sekitar 70-50 ekor lembu daripada pelbagai kacukan. Lembu-lembu ini diberikan makanan “pellet”atau dedak lembu sebanyak 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Manakala untuk pembersihan usus lembu, lembu-lembu ini diberikan rumput dan batang pisang sebanyak 1 kali seminggu. Manakala makanan sampingan lain pula ialah jagung. Kandang lembu dibersihkan 1 kali sehari bagi menjaga kebersihan tempat dan lembu-lembu tersebut.

dengan harga RM6.00/kg pada harga ladang iaitu jika berat purata lembu 200kg, harga seekor lembu tersebut ialah RM1200.00. Manakala bagi lembu yang disembelih, daging dijual dengan harga RM12.00/kg, tulang rusuk RM8.00/kg, perut RM6.00/kg, kepala RM30.00, kaki RM15.00/satu dan bahagian dalaman seperti hati dan limpa RM15.00/kg. Purata dalam sebulan sebanyak 100-120 ekor lembu dijual, manakala untuk permintaan bulan puasa, hari raya puasa dan raya korban sebanyak 150-200 ekor di jual. Dari sudut pasaran, kebanyakan pemborong datang membeli sendiri lembu-lembu tersebut dalam 1 atau 2 ekor dengan harga RM6.00/kg juga. Manakala bagi pasaran lembu luar daripada Kelantan, pemborong daripada Terenggganu dan Kuantan datang membeli sendiri lembu-lembu tersebut. Sebanyak 41 ekor lembu dibeli oleh pemborong dari Terengganu dan 35 ekor dibeli pemborong dari Kuantan masing-masing juga dengan harga ladang iaitu RM6.00/kg. Ternakan lembu secara teknologi fidlot ini dapat memberikan input yang baik kepada pengusaha di mana ternakan fidlot ini tidak memerlukan kawasan dan modal yang besar bagi memulakan ternakan. Di samping itu juga, ternakan lembu secara fidlot ini juga dapat menampung kekurangan permintaan daging tempatan apabila tibanya sesuatu perayaan. Harga lembu di Kelantan dijangka stabil menjelangnya bulan puasa dan hari raya korban.

Dari sudut kesihatan, lembu-lembu ini di kawal rapi oleh Jabatan Haiwan dan pekerja di situ. Jabatan Haiwan akan menyuntik lembu-lembu tersebut bagi kawalan penyakit kuku dan mulut sebanyak 2 kali sebulan. Manakala untuk kesihatan sepanjang lembulembu ini dalam peliharaan suntikan vitamin dan cacing di berikan tiap-tiap hari bagi memastikan pembesaran dan kesihatan lembu berjalan lancar dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Lembu-lembu ini dijual hidup apabila cukup tempoh umur 2 tahun ke atas

5

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

Permintaan telur meningkat Penggunaan telur ayam diramal mengalami kenaikan diantara 21% - 23% pada bulan puasa, musim perayaan Aidilfitri, Deepavali dan musim cuti sekolah. Menurut penternak dan peruncit telur ayam yang ditemubual, fenomena tersebut merupakan faktor semulajadi terhadap permintaan yang mendadak sempena perayaan serentak dengan musim cuti sekolah. Kenaikan permintaan telur ayam ini diramal disebabkan oleh bekalan telur ayam mengalami permintaan yang agak berbeza berbanding suku ke 3. Berikutan kebanyakkan penternak mengawal pengeluaran bagi menggelakkan jangkitan dan mengekalkan harga kerana kos makanan dan penyelenggaran ayam yang meningkat. Bedasarkan Tinjauan Pasaran Makanan suku ke 3, mendapati berlaku kenaikan harga telur ayam pelbagai peringkat bagi gred A RM 0.23 ke 0.28, B RM 0.22 ke 0.26 dan C RM 0.21 ke 0.26 kenaikan sekitar 21%-23%. Berikutan harga bagi telur ayam dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Bagi Negeri Melaka bekalan telur ayam tidak akan mengalami masalah kerana Negeri Melaka adalah pengeluar utama telur.

Bekalan ayam tempatan di Melaka stabil Pengeluaran ayam tempatan dijangka mengcukupi bagi suku ke 4 tahun ini kerana bekalan ayam di Melaka tidak pernah putus dan penternak ladang menjangkakan dapat menampung segala permintaan menjelang musim perayaan Aidilfitri, Deepavali, cuti sekolah dan program-program lain. Temubual FAMA mendapati peniaga mengambil langkah berjaga-jaga terhadap permintaan bekalan dan ini disokong oleh penternak sendiri dengan jaminan bekalan masih mengcukupi untuk pasaran tempatan dan luar Melaka. Harga purata ayam sembelih di peringkat ladang adalah RM 2.70, borong RM 4.30 dan runcit RM 5.50. Harga ayam diperingkat runcit dijangkakan akan naik sehingga RM 6.70 sekilo. Berikutan itu diramalkan harga daging ayam sembelih pelbagai peringkat akan mengalami sedikit kenaikan namun masih berada pada paras harga terkawal. Ini adalah kerana adanya penetapan harga kawalan di musim perayaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

DURIAN KLON DAN ANCAMAN ‘KANKER’ NEGERI SEMBILAN- Durian adalah antara buahbuahan tempatan yang popular di Malaysia dan mengandungi kadar kolestrol dan gula yang agak tinggi. Terdapat dua jenis durian iaitu durian kampung dan durian klon. Menurut fakta yang diambil dari Jabatan Pertanian, terdapat 189 klon durian di pasaran tempatan. Di antara jenis durian klon adalah D2, D16, D24, D29 dan D84. Terdapat sejenis bakteria yang dipanggil ‘kanker’ menyerang pokok durian jika ianya tidak dijaga dengan baik. Pokok durian diserang ‘kanker’ kerana terdapat lembapan di bawah pokok dan penyakit ini boleh menyebabkan batang pokok merekah, ber tompok hitam dan luka manakala dahan mengeluarkan tunas yang banyak serta buah reput menyebabkan pokok mati Pemilik pokok durian haruslah mengambil berat mengenai serangan penyakit ‘kanker’ dengan membersihkan sistem saliran dan bawah pokok, membersihkan ladang dan menggunakan kawalan agronomi. Oleh itu, buah durian yang baik dan berkualiti akan dapat dihasilkan jika langkah-langkah kebersihan dititikberatkan.

6

Avokado - pemakanan lengkap Avokado merupakan sejenis buah dan pokok. Ia terkenal sebagai buah yang paling banyak mengandungi khasiat dan ia sememangnya benar. Avokado mengandungi lebih daripada 25 khasiat utama antaranya protein, copper, potasium, vitamin E, C, B, asid folik, besi, fosforus dan magnesium. Avokado juga mengandungi kalori untuk membekalkan tenaga dan fitokimia berguna seperti beta-sitosterol [1], glutasion [2] dan lutin [3].

Avokado boleh dimakan begitu sahaja, dicampur dengan buah-buahan lain sebagai salad dan jus, dimakan dengan roti dan juga boleh dicicah bersama makanan lain. Di Filipina, avokado yang telah masak ranum sering dimakan sebagai snek, dicampur dengan sedikit gula, susu atau krim. Ia sememangnya sungguh menyelerakan serta berkhasiat.

[1]

Beta-sitosterol merupakan salah satu dari kumpulan sumber organik yang terdapat dalam tumbuhan sama ada secara sendiri atau kombinasi dengan steroltumbuhan yang sama. Ia membantu merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Pengurangan kadar kolesterol terjadi kerana beta-sito sterol telah menghalang penyerapan kolesterol.

Avokado mengandungi lemak, oleh kerana itu ia merupakan sumber yang baik untuk membekalkan tenaga, tetapi lemak di dalam avokado keseluruhannya adalah lemak mono tidak tepu. Lemak yang harus dielakkan atau dikurangkan adalah lemak tepu yang banyak terkandung di dalam kebanyakan produk tenusu dan haiwan. Avokado membantu di dalam penyerapan nutrien yang larut lemak seperti alfa dan beta karotin serta lutin, bila mana makanan yang mengandungi nutrien ini dimakan bersama avokado. Avokado juga tinggi di dalam kandungan fibernya yang mana amat baik untuk sistem penghadaman dan hati.

[2]

Glutasion merupakan protein kecil hasil gabungan tiga asid amino: sistina, asid glutamik, dan glisina. Glutasion adalah antioksidan, memelihara sel dari toksin seperti radikal bebas.

[3]

Lutin merupakan salah satu daripada 600 karetenoid asli yang diketahui. Terdapat pada sayur berdaun hijau seperti bayam. Lutin diguna oleh organisma sebagai antioksidan dan membantu penyerapan cahaya biru.

Secara keseluruhannya avokado merupakan makanan lengkap di mana kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, kalori dan fiber yang tidak mengandungi kolestrol di samping bebas sodium. Avokado sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, orang dewasa, malahan ia baik untuk bayi, terutamanya apabila ia dikisar dengan buah-buahan lain. Khusus untuk atlet, avokado merupakan penjana tenaga yang berkhasiat untuk meningkatkan keupayaan badan.

7

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

mudah disediakan untuk dimasak dan dimakan terus. Bagi pengeluaran makanan yang berasaskan buahbuahan dan sayur-sayuran pula, tumpuan akan diberi kepada produk yang berserat tinggi, jus dan lepa buahbuahan, bahan tambahan dan ramuan makanan. Kedua-dua bidang baru tersebut akan diberi galakkan memandangkan ianya merupakan satu potensi untuk pelaburan baru. Maklumat pasaran adalah aspek penting di dalam menjalan dan memajukan perniagaan keluaran makanan. Dalam hal ini, penggunaan Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT) sebagai mekanisme akan digalakkan, menerusi perluasan sebaran maklumat por tal FAMAXchange dan Agribazaar yang mesra pengguna.

menyediakan perkhidmatan perisikan pasaran, pengiklanan dan promosi, pengedaran produk pertanian serta makanan di pasaran dalam dan luar negeri. Pencapaian ini dicapai dengan berteraskan pengetahuan dan kemajuan teknologi terkini. Di antara projek utama yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh FAMA adalah memperkukuhkan Perisikan Pasaran, membanguankan sistem dan infra Terminal Makanan Negara (TEMAN), perluasan skop Pengikanan dan Promosi, peningkatan bilangan Ladang Kontrak, membangunkan Pusat Akreditasi, menambahkan bilangan Pasar Tani Mega, pengukuhan proses Kawalan dan Penggredan, membangunkan solfware E-Dagang, memperbanyakan spesifikasi gred komoditi untuk Penggredan dan Pembinaan Keupayaan. Peruntukan Dan Prestasi Di dalam tempoh tersebut, FAMA telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM156.3 juta. Namun demikian di atas justifikasi dan keperluan yang sebenar, perbelanjaan yang telah dibuat dianggarkan mencapai RM170 juta, iaitu mencatatkan sebanyak 108.8% berbanding peruntukan yang diterima. Prestasi kewangan yang dicatatkan bagi tempoh 2001 - 2005 seperti Jadual di bawah.

Bajet Peruntukan sebanyak RM11.4 billion disediakan bagi melaksanakan program dan projek yang telah dirancang rapi seperti yang dijelaskan di atas. Jumlah tersebut mencatatkan tambahan sebanyak RM4.7 billion, iaitu 70% kenaikan berbanding peruntukan yang disediakan di dalam RMK-8 yang lalu. Sebanyak RM4.4 billion daripada jumlah peruntukan tersebut akan digunakan bagi memodenkan sektor per tanian. Program yang diberi keutamaan adalah projek dalam kawasan pembangunan wilayah, tanaman semula serta penyatuan dan pemulihan tanah, manakala RM2.6 billion diperuntukan bagi khidmat sokongan dan RM1.5 billion pula adalah untuk program pengairan pertanian. PENCAPAIAN FAMA DALAM RMK-8 Di dalam tempoh rancangan ini, wawasan FAMA telah berjaya dengan membantu mentranformasi bidang pertanian ke arah sektor yang moden, dinamik dan bersaing melalui pemasaran yang cekap dan berkesan. Pencapaian tersebut telah digariskan melalui misi FAMA menjadi agensi ulung pemasaran per tanian dan makanan yang bertaraf dunia, dengan

8

Prestasi Kewangan Keseluruhan RMK8 (RM) Tahun

Peruntukan

Perbelanjaan Perbelanjaan

Peratus

2001

35,066,848

35,066,848

100.00

2002

38,926,400

44,685,435.83

114.79

2003 2004

19,200,000 29,864,655

20,545,936.69 30,409,058.38

107.01 101.82

2005

33,198,350

38,364,656

115.56

156,256,253

169,071,935

108.20

Jumlah 2001 - 2005

Prestasi fizikal keseluruhan bagi projek RMK8 di bawah FAMA berakhir Disember 2004 Status

Jumlah

Sudah Siap Dalam Proses Belum Mula

18 15 1

Jumlah

34

PROGRAM PEMBANGUNAN FAMA DALAM RMK-9 Bagi tujuan ini FAMA akan menyelaraskan program dan aktiviti berdasarkan 4 teras yang telah ditetapkan di dalam pelan induk RMK9 akan meliputi: •

Menjadikan pertanian sebagai enjin pertumbuhan ketiga.



Sasaran pertumbuhan mencapai 7.2% dan lebihan dagangan RM1.2 billion menjelang tahun 2010.



Memperuntukan RM6.2 billion dalam tempoh rancangan tersebut.



Sasaran pengeluaran bagi produk tanaman, ternakan dan perikanan untuk pasaran dalam negeri, pasaran eksport dan penggantian import.



Menggalakkan pemprosesan komoditi makanan dan menyokong pengeluar kecil produk makanan dipasarkan di bawah jenama Agromas dan Olemas.



Mempertingkatkan lagi perkhidmatan pemasaran khusus bagi sektor makanan menerusi FAMAXchange dan Agrobazaar.



Bagi menjayakan pelan induk sektor pertanian yang telah ditetapkan dalam RMK9, FAMA telah menggariskan 8 sasaran utama, selain meneruskan projek-projek yang sedia ada;

Penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN), Pusat Pengumpulan ladang (CC) dan Pengedaran baru (DC)



Menguruskan penambahan kontrak bagi pembekalan keluaran hasil pertanian terutamanya dengan institusi pasaran, pemborong pasaraya besar, hotel-hotel dan tempat peranginan.



Perluasan bagi penggunaan sistem maklumat maya menerusi penawaran dan permintaan (SDVI) dan perdagangan elektronik yang akan dimasukan kedalam FAMAXchange



Memperkukuhkan pemasaran komoditi makanan dan produk yang berasaskan per tanian untuk memastikan pematuhan kepada standard dan semua keperluan antarabangsa.



Membangun dan membantu pemasaran keluaran pertanian oleh petani dan usahawan kecil serta melaksanakan kawal selia.



Membuka luang pasaran baru untuk makanan mudah sedia, yang dijangka berkembang pesat sejajar perubahan corak penggunaan dan peningkatan kesedaran terhadap gaya hidup sihat.

TERNAKAN: Tiada Kebimbangan Menjelang Perayaan Berganda PULAU PINANG-Orang ramai tidak perlu bimbang tentang bekalan daging ayam sembelih, daging lembu tempatan dan daging kambing tempatan sepanjang suku tahun keempat 2006. Harga ayam sembelih sepanjang suku tahun ketiga 2006 tetap pada harga RM 6.00 sekilogram. Namun begitu harga ayam sembelih dijangkakan akan meningkat sehingga RM 6.50 sekilogram menjelang minggu pertama bulan Ramadhan sehingga Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan juga Hari Raya Haji. Keadaan ini disebabkan oleh pertambahan permintaan ayam pada bulanbulan berkenaan dan ianya dianggap biasa oleh peruncit dimana pada setiap tahun harga biasanya akan naik apabila sampai musim perayaan. Walaubagaimanapun, harga daging kambing dan lembu tidak akan berubah sama seperti pada suku ketiga iaitu RM 24 sekilogram bagi daging kambing dan RM 17 sekilogram bagi daging lembu.

9

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

BUNGA : SURAMNYA INDUSTRI ORKID DI PULAU PINANG PULAU PINANG-Sekitar enam tahun lalu, tanaman orkid amat popular di kalangan pengusaha bunga di Pulau Pinang.

ialah masalah tanah yang mahal, ubat yang terkawal dan mahal, tidak cukup pekerja dan kenaikan harga bahan kegunaan tanaman yang meningkat.

Pokok orkid atau orchidaceae adalah antara spesies bunga yang menarik yang dikatakan berpotensi baik untuk dipasarkan.

Beliau turut mengaitkan permintaan yang berkurang dan juga persaingan dengan kemasukan orkid daripada negara Thailand telah menganggu gugat pasaran dari tempatan.

Antara varieti bunga orkid yang berpotensi adalah seperti Dendrobium, Oncydium, Vanda, Aranda dan Char Kwan. Daripada tinjauan terdapat tiga buah nurseri yang aktif mengendalikan tanaman orkid di sekitar Pulau Pinang. Menurut sumber iaitu Encik Lee pengusaha nurseri dan pemborong bunga di tanah seluas 1.6 ekar di Mengkuang, mengatakan punca suramnya industri orkid di Pulau Pinang

Orkid Thailand dijual sekitar RM 2.00 sepokok manakala orkid tempatan pula dijual sekitar RM 30.00 sepokok mengikut jenis dan usianya dimana orkid semakin lama disimpan semakin murah harganya. Orkid keratan masih berpotensi tetapi kos penanaman orkid dengan kaedah ini meningkat disebabkan oleh beberapa faktor antaranya harga arang kayu yang meningkat terutama pada hujung tahun ini akibat kesan kenaikan

harga minyak yang dijangkakan pada awal tahun hadapan. Sepanjang pengalamannya selama 34 tahun anggaran pendapatannya dikatakan tidak menentu dan pernah juga beliau tidak mendapat sebarang pulangan. Untuk menampung kerugian yang dialami, pengusaha orkid telah menukar fokus perniagaan mereka kepada tanaman bunga kemboja yang lebih cepat membesar (45 hari sudah boleh dijual) dan menguntungkan kerana permintaan yang tinggi bagi yang meminati bongsai selain bunganya yang cantik. Selain kemboja, pokok bunga kertas, bunga ros dan jenis bunga gantung menjadi tumpuan pemborong dan pengusaha bunga.

Gambar menunjukkan nurseri milik Encik Lee di Mengkuang.

Encik Lee banyak menumpukan kepada tanaman bunga kemboja di nurseri beliau.

10

PROJEK TERNAKAN IKAN SANGKAR, DAERAH PEKAN Pekan, Urusniaga ikan air tawar kini giat dijalankan oleh FAMA Daerah Pekan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Bekalan ikan air tawar diperolehi dari 4 kawasan iaitu Kg Ganchong,Terlang,Tg.Medang dan Pulau Injin. Semu penternak ikan sangkar dalam sungai mendapat bimbingan FAMA sepenuhnya. Setiap kelompok mempunyai seorang ketua yang dilantik oleh FAMA dan bertindak sebagai agen bagi menjual makanan ikan kepada peternak kecil-kecilan. Buat masa ini 2 jenis ikan mendapat permintaan yang tinggi iaitu ikan patin dan ikan tilapia. Pihak FAMA membuat belian sebanyak 2-3 kali seminggu mengikut permintaan semasa. Belian ikan kini adalah sekitar 300-400/kg dan ini bermakna penternak dapat menjual lebih kurang 3 metrik tan sebulan. Jualan ikan secara borong dikendalikan oleh pusat operasi FAMA yang terletak di Lanchang dan Maran. Harga peringkat borong ikan patin dan tilapia adalah RM 5.30 dan RM 5.50. Harga juga ditentukan mengikut kuantiti dan permintaan terutamanya bagi pasar eksport.Tentunya komoditi ini mempunyai potensi besar dengan adanya promosi secara ber terusan khususnya di kawasan yang berpenduduk tinggi.

PASARAN DAGING AYAM KEMBALI PULIH Selayang - Dengan pengisytiharan negara bebas daripada wabak selesema burung atau virus Avian Influenza ( HPAI ) H5N1 baru baru ini telah mewujudkan kenaikan permintaan daging ayam daripada kalangan pengguna. Disokong dengan ketibaan bulan puasa, musim perayaan dan cuti sekolah bagi tempoh yang agak panjang mewujudkan tekanan permintaan yang agak tinggi, seterusnya diramal harga daging ayam peringkat runcit akan meningkat sebanyak 13 sen dalam suku ke empat 2006 berbanding suku sebelumnya. Trend yang sama juga berlaku kenaikan sebanyak 44 sen bagi tahun 2004 dalam tempoh yang sama. Berbanding tahun 2005 pula berlaku penurunan harga sebanyak 5 sen dalam tempoh tersebut. Harga diramal naik dalam suku ke empat tahun ini, ekoran kurangnya bekalan ayam dan kenaikan kos pengangkutan berikutan dengan peningkatan harga minyak. Disamping tindakan Persatuan persatuan Penternak Malaysia telah menaikan harga ayam sebanyak 65 sen pada bulan September 2006. Walaupun begitu kenaikan harga daging ayam tersebut masih dibawah harga syiling yang ditetapkan Kerajaaan iaitu RM6 sekilogram. Pengguna dinasihatkan perlu bijak memainkan peranan dalam membuat pembelian untuk keperluan dapur mereka.

STATUS HARGA DAN BEKALAN CILI DI PERAK Cili banyak digunakan dalam masakan oleh masyarakat Melayu dan India. Hujan adalah antara penyebab bekalan cili di pasaran kurang. Harga Cili di pasar borong telah naik pada minggu ke empat iaitu RM5.50/kg sehingga RM5.80/kg. Bekalan cili boleh didapati di kawasan Sg. Siput, Setiawan dan juga dari Cameron Highlands. Menurut Yap Chee Hoa iaitu salah seorang peniaga di pasar Borong mengatakan bahawa harga Cili di jangka naik lagi disebabkan hujan yang tidak menentu di Perak. Katanya lagi, Sekarang bergantung kepada bekalan dan harga boleh mencecah sehingga RM 6.00 / kg. Akibatnya Cili dari Thailands akan masuk ke pasaran Malaysia dan harga Cili murah. Buat masa ini bekalan Cili yang masuk ke Pasar Borong adalah sehingga 5 tan sehari. Tapi disebabkan cuaca yang tidak menentu dijangka bekalan Cili merah dan Hijau akan turun sehingga 2 sehingga 4 tan. Selain daripada itu, harga bagi komoditi lain iaitu sayur berdaun turut turun. Komoditi tersebut ialah Sawi, Kangkung dan Bayam.

11

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

PASARAN IKAN TILAPIA DI PERAK Bekalan yang sedikit merupakan senario biasa dalam urusan jual beli. Lenggong adalah kawasan pengeluaran utama ikan air tawar di Perak. Masalah ini turut berlaku di Perak bagi komoditi ikan tilapia. Di mana kebanyakkan pengusaha ikan air tawar di sana adalah bumiputra. Apa yang berlaku ialah kebanyakan pengusahakan ikan Tilapia dengan kadar yang sedikit iaitu di antara 1 ekar ke 4 ekar sahaja. Angka pengeluaran pasa tahun 2004 menunjukkan sebanyak 7004 metrik tan dan tahun 2005 pula sebanyak 9957 metrik tan. Pemborong yang mengambil harga yang rendah dari pengusaha menyebabkan pengusaha tidak mahu membela dan jual ikan mereka. Menurut Cik Nabila, Pegawai Perikanan Akuakultur Negeri Perak , dijangka pengeluaran ikan tilapia merah akan menurun disebabkan kos makanan yang mahal. Makanan jenis pallet memerlukan 3 peringkat untuk mencapai tahap kesihatan dan kualiti yang baik bagi ikan tilapia. Pallet Starter di berikan pada peringkat awal untuk benih. Pada pertengahan umur ikan tersebut, makanan jenis Growther dan peringkat akhir pula ikan tersebut akan diberikan jenis Finisher. Menurut kajian FCR ( Food Convention Rate) seekor ikan tilapia memerlukan 1.5kg makanan dalam masa 1 hari, tambah Nabila lagi. Penurunan pengeluaran disebabkan kos makanan yang mahal di mana 75% adalah penyelenggaraan untuk makanan dan 25% lagi adalah untuk sumber elektrik dan pekerja dan pengangkutan.Salah satu jenis makanan yang diimport dari luar ialah Tepung ikan dan Tepung Tulang untuk kegunaan protein ikan, dan bahan untuk jadikan pallet ikan.

12

INDUSTRI PERIKANAN PERAK BERNILAI RM 13 BILLION Perak mensasarkan nilai pengeluaran berjumlah melebihi RM 13 billion dalam industri perikanannya dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2,996,782,000 metrik tan menjelang tahun 2015. Zon Industri Akuakultur ( ZIA) dijangka menyumbang pendapatan sebanyak RM 4,278,440,000.00 dengan jumlah pengeluaran 500,782 metrik tan membabitkan keluasan kawasan 2,741 hektar. Industri perikanan di kawasan bekas lombong juga dijangka mencatatkan nilai pengeluaran RM 105 juta dengan nilai pengeluaran sebanyak 13,000 metrik tan yang membabitkan kawasan seluas 1,098 hektar. Pengeluaran utama bagi industri perikanan ialah di kawasan Tasik Raban, Lenggong Ulu Perak selain menjadi kawasan perkasam Negara.

PENUBUHAN GBBF DI PERLIS Perlis - Penubuhan Gerai buah Bimbingan FAMA (GBBF) pada 7 Jun 2006 di Perlis dapat meningkatkan pendapatan dua peniaga buah-buahan di Negeri Perlis adalah salah satu daripada Program Pembangunan Usahawan bimbingan FAMA. Segala kemudahan di sediakan pihak FAMA kepada peserta Projek GBBF seperti 1 set khemah 20’x20' , 2 set payung,3 unit meja saiz 4’x3’x2’x4',3 unit rak pisang 6’x 3' ,rak kecil berukuran 3’x2’x2’x4' serta khidmat nasihat ,kosnya mencecah RM7,000.00 seunit bertujuan untuk menyeragamkan gerai buah-buahan di seluruh negara. Penubuhan gerai tersebut telah di rasmikan oleh En. Haron A. Rahim, Ketua Pengarah FAMA Malaysia pada 23 Julai 2006di kedua -dua lokasi yang terdapat diPerlis iaitu di Batu Satu Setengah Jalan Kaki Bukit dan dekat Jalan Behor Pulai Kangar.

Bertepatan dengan salah satu tujuan penubuhan GBBF untuk menampilkan keseragaman gerai,menarik,teratur dan kemas sebagai satu tarikan adalah berjaya kerana gerai tersebut menarik minat pelanggan datang dengan susun atur yang baik dan buah-buahan kelihatan segar kata Puan Rosnah bt Ahmad salah seorang pembeli disini. Menurut En Abdul Akiz b. Saad, salah seorang peniaga GBBF , hasil jualan beliau meningkat sebanyak 20% sehari berbanding sebelum menyertai projek ini dengan purata jualan sehari sebanyak RM500.00. Kata-kata ini juga di sokong oleh seorang lagi peserta Projek GBBF iaitu En. Ramli b. Desa dimana setelah menyertai Projek GBBF hasil jualannya juga meningkat dari RM 500.00 sehari kepada RM 700.00 sehari.

PENGELUARAN BUAH MEMPELAM SALA DI LUAR MUSIM DIJANGKA OKTOBER INI Perlis - Pengeluaran kedua mempelam sala dijangka bermula Oktober sehingga Disember 2006 ini. Pengeluaran buah mempelam sala di luar musim ini dianggarkan berkurangan berbanding musim pengeluaran sebenarnya di sekitar bulan April sehingga Mei 2006 yang lalu. Dianggarkan pengeluran pertama Oktober, hasil buah tropica ini kirakira 1300 metrik tan, dan ianya berkurangan dari hasil sebelumnya kerana tidak kesemua petani mengamalkan penggunaan hormon penggalak bunga yang mana hormon tersebut dapat menghasilkan buah yang bermutu dan banyak ketika di luar musim.

MUSIM PERAYAAN DAN CUTI SEKOLAH TINGKATKAN PERMINTAAN DAGING LEMBU Selayang - Permintaan daging lembu diramal akan meningkat hampir 5 peratus untuk suku ke empat tahun 2006. Situasi tersebut berlaku berikutan tibanya bulan puasa , Perayaan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji yang akan disambut oleh umat Islam yang merupakan sebahagian besar penduduk Malaysia. Disamping itu juga adanya cuti sekolah di penghujung tempoh tersebut. Hasil tinjauan FAMA mendapati peniaga - peniaga di pasar - pasar utama mengatakan permintaan meningkat sedikit berbanding suku lepas, terutamanya daripada kalangan pengusaha makanan dan isirumah. Sememangnya sudah menjadi trend permintaan akan meningkat berturutan ekoran musim perayaan dan cuti sekolah yang tiba serentak, berikutan banyak rumah terbuka dan kenduri kahwin akan diadakan. Harga daging lembu tempatan di peringkat borong diramal akan meningkat sebanyak 12 sen dalam suku ke empat 2006 berbanding suku sebelumnya. Menerusi analisis data FAMA 2006, mendapati berlaku kenaikan sebanyak 5 peratus untuk tempoh yang sama tahun 2005.

Berdasarkan maklumat dari Unit Sumber Maklumat FAMA Perlis hasil pengeluaran buah mempelam sala pada musim yang lalu adalah sebanyak 2,028.93 metrik tan dan penurunan hasil pengeluarannya pada Oktober ini adalah sebanyak (35.93%).

MINYAK KELAPA DARA (VCO) MAKIN DAPAT PERHATIAN Penggunaan Minyak Kelapa Dara (VCO) dalam penjagaan kesihatan telah menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai dan ini amat jelas semasa kunjungan orang ramai ke tapak pameran Jabatan Pertanian ketika berlangsungnya Hari Peladang, Peternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu Sabah.

Sebiji buah kelapa boleh menghasilkan lebih kurang 50ml dan 80ml Minyak Kelapa Dara dan ia boleh dijual di antara RM5.00 dan RM8.00 di pasaran terbuka dan ini membuka peluang yang luas kepada petanipetani yang terlibat dalam industri kelapa untuk meningkatkan taraf hidup yang sekian lama terjejas akibat suasana industri kelapa yang tidak menentu.

Pameran sebuah alat untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara oleh Jabatan Pertanian telah menarik perhatian mendalam orang ramai dan ini adalah satu perkembangan yang baik, terutamanya dalam mempergiatkan lagi industri kelapa yang semakin murung, demikian menurut Encik Nilus Kalitu seorang penyelidik di Jabatan Pertanian.

Petani-petani kelapa di Kudat, terutamanya di daerah Matunggong akan terlibat dalam pengeluaran secara besar-besaran Borneo VCO atau Minyak Kelapa Dara Borneo dengan bantuan serta bimbingan Jabatan Pertanian Sabah dan ini akan memberikan satu nafas baru dalan industri kelapa yang semakin malap di negeri ini, menurut Encik Nilus Kalitu lagi.

13

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

POTENSI BUAH NADIR (WILD) DI MALAYSIA Di Malaysia terdapat lebih 370 spesis buah-buahan yang berasal dari negara ini. Pada dekad yang lalu usaha-usaha telahpun giat di jalankan oleh pihak yang berkenaan untuk proses pemuliharaan genetic, spesis buahbuahan tersebut. Hasilnya kebanyakan buah-buahan tidak hanya terdapat di negara asalnya, tetapi boleh juga didapati di negara tropika yang lain. Buah-buahan Malaysia yang dikelaskan sebagai komersial dan eksport utama hanyalah nanas, tembikai, tembikai susu, betik dan belimbing. Manakala bagi buah seperti durian, manggis dan rambutan tidak lagi menjadi kebanggaan, memandangkan ianya boleh diperolehi di negara lain, setelah tersebar ke seluruh asia tenggara meliputi Thailand, Filipina dan Indonesia. Dengan perkembangan tersebut, dan ditambah lagi dengan potensinya untuk tujuan komersial, telah menggalakkan pengusaha untuk turut memberi tumpuan kepada buah-buahan eksotik yang berasal dari negara lain. Diantara buah tersebut termasuklah abiu, pitaya, avocado, kuning telor, rolinia dan rheedia. Buah nadir yang sebahgianya jarang diketahui umum, sebenarnya mempunyai pelbagai kegunaan. Belimbing buluh contohnya, boleh digunakan sebagai bahan pencuci logam dan keris. Sementara bagi tujuan perubatan pula, buah tersebut boleh diguna untuk menyembuhkan penyakit seperti cirit-birit, kencing manis, darah tinggi dan juga kanser. Bagi membantu perkembangan yang tersebut, skop penyelidikan perlu diperluaskan lagi untuk mengenal pasti potensi dan nilai perubatan pada buah-buahan nadir yang lain. Di antara buah-buahan yang mempunyai nilai komersial yang terkini adalah Physalis (Physalis Minima), yang tergolong dalam keluarga Solanaceae, Pitaya (Hylocerus

14

Buah Abiu

Belimbing Buluh (Averrhoa Belimbi), buah yang terkenal sebagai penawar tradisional, Gajus (Anacardium Occidentale), penawar sakit kerongkong, berak darah, selsema, ulser mulut dan darah tinggi, dan kaya dengan Tanin, Flavonoid dan Vitamin C. Buah lain dalam ketegori ini termasuk Mengkudu (Morinda Citrifolia), Petai (Parkia Speciosa), kaya dengan protein, vitamin C, niasin dan Putat (Barringtonia Racemosa), ulam-ulam. Di samping itu terdapat juga buah nadir yang sesuai untuk taman, seperti Nam-Nam (Cynometra Culiflora), tergolong dalam keluarga Leguminose, berasal dari Borneo dan tarikan pada keunikan bunga dan buahnya yang melekat pada pokok. Buah Delima (Punica Granatum), pula adalah di antara buah yang di jumpai di taman tergantung Babylon. Tarikan adalah lebih pada bungan yang berwarna merah terang dan menarik.

Buah putat

Undatus), sejenis kaktus memanjat, Avokado (Persia Americana), buah aristokrat di kalangan buah-buahan tropika, Durian Belanda (Annona Muricata), sejenis buah yang dapat menghalang kanser dari merebak dan meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan, Salak (Salacca Glabrescens), sejenis palma yang tiada batang dan Pulasan (Nephelium Ramboutan-ake).

rolinia

Bagi buah-buahan eksotik pula termasok Abiu (Pouteria Caimito), buah yang berasal dari Brazil dan Peru, Ceri Barbados (Malpigia Glabra), berasal dari India tetapi membiak di seatan Texas hingga ke kawasan Amerika Selatan dan Rolinia (Rollinia Mucosa), buah berasal dari Mexico dan dikenali sebagai Wild Sweet Sop. Selain dari itu terdapat juga buah-buah nadir yang bernilai perubatan, seperti

rheedia

TERNAKAN KAMBING “BOER” MAMPU KURANGKAN PENGGANTUNGAN DAGING IMPORT Penternakan kambing boer oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Pusat Peternakan Kambing Kampung Kabang, Papar telah membuka satu usaha untuk membantu kerajaan mengurangkan pergantungan 60 peratus daging import terutamanya dari Australia dan New Zealand. Kampung Kabang yang terletak di Papar telah dipilih oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD) sebagai projek perintis untuk melaksanakan penternakan 400 ekor kambing dari spesies ‘boer’ yang diimport khas dari Australia dan ia akan dilakukan secara berperingkat untuk membolehkannya menampung 2000 ekor kambing dalam tempoh lima tahun akan datang. Kambing spesies jenis ‘boer’ dipilih untuk penternakan kerana ia tahan lasak, cepat menyesuaikan diri dengan cuaca persekitaran serta dagingnya adalah berkualiti dan boleh dipasarkan seawal usia lebih kurang lapan bulan sehingga mencapai setahun dengan berat dianggarkan melebihi 50 kilogram bagi seekor kambing jantan. Koperasi Pembangunan Desa (KPD) berhasrat memperluaskan penternakan kambing di negeri ini dan satu usaha atau jalinan kerjasama telah dilakukan dengan Lemabaga Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan luas dalam penternakan kambing jenis ‘boer’ ini dari segi teknik pengurusan, pemgembangan baka dan pembiakan.

BEKALAN DAGING MENCUKUPI Bekalan daging dijangka mencukupi bagi suku ke-4 2006 terutamanya untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban akan datang. Jaminan ini dikeluarkan oleh PPES Ternak Sdn Bhd (anak syarikat milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, SEDC), syarikat yang memonopoli bekalan lembu hidup di Sarawak. Menurut Pengarah PPES Ternak Sdn Bhd, Anas Haji Nasir, jaminan diberikan berikutan bekalan daging lebih daripada

mencukupi dan diterima dari ladang di Rosewood Station, Australia dan Ladang Tiga, Karabungan di Miri. Sebanyak 1000 ekor lembu, 200 ekor kambing, 2000 ekor rusa dan 5 ekor unta telah disimpan dan sedia untuk ditempah oleh orang ramai.

Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS). Harga yang ditawarkan ialah RM 37 untuk ‘prime cut’, RM 32 untuk ‘choice cut’ dan RM 28 untuk ‘economy cut’.

Tambah beliau lagi, orang ramai tidak perlu risau kerana selain disahkan selamat dari jangkitan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut, bekalan lembu dan daging tersebut juga halal dan menepati syarat-syarat

DAGING UNTA ALTERNATIF SIHAT Kuching- Daging unta, yang rendah lemak dan kolestrol berbanding daging lain semakin digemari ramai. Sebagai alternatif kepada daging lembu, kambing dan ayam, daging unta boleh dibuat satay, stik dan burger selain disajikan bersama nasi briyani (nasi briyani unta). Di Kuching, daging unta dibekalkan oleh PPES Ternak Sdn Bhd dan diimport dari Australia. Untuk tujuan sembelihan, unta yang digunakan adalah dari keluarga Camelus Dromedarius. Seekor unta hidup mampu mencecah berat maksima 750 kilogram.

Potongan daging unta pula mirip kepada potongan daging lembu. Harga runcit bagi pecahan daging unta ialah RM 40 sekilogram untuk ‘prime cut’, RM 37 sekilogram untuk ‘choice cut’ dan RM 29 sekilogram untuk ‘economy cut’.

Kebiasaannya seekor unta yang telah disembelih mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk habis dijual. Berikut adalah perbandingan daging unta dengan daging lain (untuk setiap 100 gram daging mentah)

Produk

Tenaga (kg)

Protein (gm)

Lemak (gm)

Kolestrol (gm)

Daging unta

420

20.7

1.8

0.2

Daging lembu Daging kambing

600 840

21 12

12 15

8.8 7.5

Daging ayam

710

19

15

8.6

Sumber : PPES Ternak Sdn Bhd

15

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

TANAMAN NANAS DI SELANGOR Bekalan nenas di Selangor adalah stabil kerana nenas bukan termasuk dalam kategori buah bermusim. Penanaman dan penuaiannya adalah sepanjang tahun mengikut blok-blok tanaman. Bekalan diperoleh dari FAMA Johor dimana pengumpulan bekalan adalah dari daerah Simpang Renggam, Pontian dan Tangkak. Menurut pegawai FAMA di Pasar Borong Kuala Lumpur, bekalan utama adalah dari Simpang Renggam kerana diusahakan secara ladang dan besarbesaran seterusnya dapat menghasilkan buah nenas yang berkualiti. Berbanding di daerah Pontian dan Tangkak, kebanyakan ditanam oleh penduduk kampung secara kecilkecilan dan hasilnya kurang berkualiti dan sedikit. Kebiasaannya tempoh matang buah nenas kira-kira 11 bulan setelah ditanam bergantung kepada gred benih yang digunakan. Sebelum benih ditanam, kawasan tanaman dibersihkan terlebih dahulu. Pokok-pokok yang lama dimusnahkan guna racun paraquat, pokok yang diracun dibiarkan kering sebelum dibakar untuk menghasilkan baja kompos. Varieti yang utama diambil dan dipasarkan adalah Josapine gred AA, A, B. Bekalan dituai dari ladang setiap hari selasa dan sabtu seterusnya tiba di Pasar Borong Kuala Lumpur setiap hari Isnin dan Jumaat. Sekali penghantaran adalah sebanyak 2500 biji dalam sebuah lori seberat 5 tan. Bekalan dikira berdasarkan biji . Pengedaran dan pemasaran buah nenas juga stabil kerana mempunyai pelanggan sedia ada iaitu KFC di depoh Glenmarie dan MAS untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Harga peringkat runcit bagi buah nenas Josa AA ialah RM 1.90/biji, Josa A RM 1.60/biji dan Josa B RM 1.30/biji.

16

PENGELUARAN SAYUR BERGANTUNG KEPADA CUACA Bekalan sayur berdaun bagi suku keempat tahun ini tidak dapot dijangka kerana pengeluaran sayur bergantung kepada cuaca. Jika terlampau panas atau hujan yang kerap boleh menjejaskan pengeluaran sayur di peringkat ladang. Menurut En.Peter Phang Kok Kin dari Hulu Yam Fresh, sayur utama yang diusahakan ialah sawi hijau, bayam dan kangkung. Terdapat juga beberapa tanaman sampingan seperti kailan, daun bawang dan cili merah. Hasil dituai lebih kurang 6 tan setiap hari dan bekalan di pasarkan ke pasar borong yang berdekatan. Permintaan untuk suku keempat ini bagi komoditi sayur berdaun dijangka sedikit berkurangan kerana disebabkan musim perayaan utama makan pengguna lebih memerlukan komoditi ternakan seperti daging lembu, kambing dan ayam serta kelapa. Selain itu faktor cuti sekolah juga menyumbang kepada penurunan permintaan sayur berdaun. Harga sayur berdaun peringkat ladang juga berubah-ubah bergantung kepada hasil pengeluaran setiap minggu. Jika berlebihan, maka harga akan lebih murah sekitar RM0.30-RM 0.40/kg. Sebaliknya jika pengeluaran berkurangan maka harga akan melonjak naik sekitar RM0.80-RM1.00/kg.

Ternakan Kambing Mendapat Permintaan Tinggi. Bekalan kambing di daerah Hulu Langat bagi suku tahun keempat dijangka meningkat berbanding suku sebelumnya. Menurut pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan daerah Hulu Langat, En. Khairul, pada masa ini bekalan yang sedia ada telah habis ditempah. Kini mereka sedang dalam proses mendapatkan baka tambahan dengan mengimport terus dari Indonesia untuk persediaan bekalan bagi bulan Oktober - Disember 2006 ini. Baka yang diimport telah diperakui oleh pegawai Bahagian Tenusu, Jabatan Haiwan sebagai yang terbaik. Varieti yang diimport adalah jenis Jamnapari. Kuantiti baka yang diimport bergantung kepada modal perkongsian. Permintaan kambing juga meningkat bagi bulan Oktober-Disember 2006 kerana berdasarkan faktor musim perayaan utama yang disambut pada suku keempat tahun ini seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha serta pelbagai majlis keraian. Bekalan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan luar Selangor terutama dari

negeri Kelantan. Kebanyakan penduduk setempat hanya menternak kambing, manakala sembelihan daging kambing dilakukan sendiri oleh pelanggan.

Bersambung ke muka surat sebelah

Disebabkan bekalan daging kambing tempatan yang ada masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan permintaan yang juga meningkat, maka penternak mendapatkan sumber bekalan tambahan dengan mengimport daging kambing. Ini mendorong kenaikan harga daging kambing yang diimport pada suku keempat ini berdasarkan kos pengendalian. Harga peringkat ladang bagi seekor kambing sekitar RM1,600RM1,700. Menurut En. Khairul lagi, kebanyakan baka kambing yang diusahakan kini adalah jenis import dimana berat seekor kambing apabila usia 1 bulan ialah 20 kilogram manakala berat kambing tempatan biasanya mencapai 20 kilogram setelah usia 1 tahun. Penjualan baka kambing kebiasaannya hanya kepada perseorangan. Pemborong biasanya mendapatkan daging import secara kotak. Tinjauan ke kawasan ternakan seluas 2.5 ekar, En. Khairul berkata beliau mula mengusahakan ternakan kambing ini secara perkongsian bersama abang ipar dan saudara beliau pada awal tahun ini setelah melakukan beberapa kertas kerja dan penyelidikan sumber untuk mendapatkan bekalan, tanah, kos pengendalian dan sebagainya. Kaedah ternakan menggunakan sistem fidlot iaitu memberikan makanan rumput yang ditanam di kawasan kebun getah berhampiran kaki bukit. Saiz kandang yang berukuran 40 kaki lebar x 100 kaki panjang mampu memuatkan hampir 300 ekor kambing Jamnapari.

KOMODITI IKAN AIR TAWAR STABIL Komoditi ikan air tawar pada bulan Oktober - Disember 2006 didapati tiada perubahan dari segi bekalan, permintaan dan harga. Beberapa pengusaha ikan air tawar yang ditemui mengatakan varieti yang paling mendapat sambutan ialah ikan tilapia. Menurut En. Yusof b. Mahrub, dari Kg. Dusun Tua, Hulu Langat, beliau mendapat bekalan dari pengusaha anak ikan di Pahang. Antara varieti yang diternak adalah tilapia merah, puyu, haruan, keli dan lampam jawa. Anggaran bilangan ikan yang terdapat di kolam ternakan beliau lebih kurang 100,000 ekor. Tambahan beliau lagi, dengan kawasan seluas lebih kurang 5 ekar, beliau turut menternak anak ayam. Permintaan dikatakan sekata sepanjang tahun kerana terdapatnya pemborong tetap yang mengambil

bekalan di kawasan ternakan untuk mendapatkan harga yang murah. Turun naik harga ikan bergantung kepada kos makanan ikan - pellet. Berlainan pula dengan En. Rosli b. Abd. Kadir, dari Kg. Lubuk Kelubi, Hulu Langat, beliau berkata bekalan, permintaan dan harga bagi ternakan ikan air tawar yang diusahakan tiada perubahan untuk tempoh suku keempat ini kerana hanya menternak ikan tilapia merah dan hitam. Pasaran juga hanya sekitar kampung seperti kedai makan, restoran dan penduduk setempat. Mula mengusahakan ternakan ini sejak 1990-an, kini dengan keluasan kawasan kolam ternak 3 ekar terdapat lebih kurang 7,000 ekor ikan tilapia merah dan 5,000 ekor ikan tilapia hitam. Anggaran setiap satu kilogram terdapat 3-4 ekor ikan. Masalah yang sering dihadapi ialah apabila berlaku kejadian banjir yang mana akan menenggelamkan kolam ikan yang terletak berhampiran sungai.

Sumber-sumber maklumat setiap komoditi bagi suku ke-4 2006 1. Nanas • Pegawai FAMA di Pasar Borong Kuala Lumpur • Pekebun nenas, peniaga buah di sekitar Selangor dan Johor • Sumber maklumat dari pelbagai agensi dan bahan bacaan 2. Sayur berdaun • Pengurus dan pekebun sayur di Hulu Yam Fresh, Selangor Veggie Park Peter Phang Kok Kin - 012- 2514862 • Sumber maklumat dari pegawai FAMA, Jabatan Pertanian. 3. Kambing Japnapari • Penternak di daerah Hulu Langat • Pegawai di Bahagian Industri dan Tenusu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan - En. Khairul - 03- 87365002 4. Ikan Air Tawar • Peniaga dan penternak di daerah Hulu Langat • En. Rosli b. Abd. Kadir - 019-9967495 • En. Yusof b. Mahrub - 019-3755423

17

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

TERENGGANU : KAEDAH FERTIGASI MENJADI PILIHAN Kaedah tanaman secara fertigasi mendapat perhatian di negeri Terengganu dan sehingga kini seramai 20 orang pengusaha telah mengusahakan kaedah tanaman tersebut. Varieti Pure Gold salah satu varieti di bawah komoditi Melon merupakan varieti yang banyak diusahakan melalui kaedah ini. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pada suku ke tiga 2006 sebanyak 6120 biji Pure Gold dihasilkan melalui kaedah ini dan pengeluaran dijangkakan menurun 10% ke 20% pada suku keempat 2006 kerana sesetengah pengusaha akan menggantikan Pure Gold kepada komoditi lain seperti Cili Merah Kulai dan Tomato. Masalah kulat pokok dan penyakit pada buah turut menjadi punca kekurangan buah dan memberi masalah kepada pengusaha kerana kulat dan penyakit ini amat sukar untuk dirawat. Varieti ini ditanam secara batas dan tempoh matang buah ini 54 hari selepas ditanam.

Komoditi ini dibahagikan kepada 3 gred iaitu gred A buah seberat 1.3 kg ke atas, Gred B seberat 1.1 kg ke 1.29 kg dan Gred C 1 kg ke bawah. Bagi mendapatkan buah gred A dan berkualiti, pengusaha menghadkan hanya sebiji sepokok supaya buah akan mendapat sumber nutrien yang mencukupi dan isi yang mencapai tahap kemanisan yang dikehendaki.

Varieti yang berkulit kuning keorenan dan isi berwarna putih susu ini mempunyai isi yang paling sedap dan rangup berbanding varieti lain seperti signal, red jade dan jade dew. Harga dijangkakan meningkat ke RM 4.50/kg pada suku keempat 2006 berbanding RM 3/kg pada suku ke tiga 2006. Varieti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha kantin sekolah, peniaga-peniaga buahbuahan, pengusaha restoran dan juga penduduk setempat.

PENGELUARAN LIMAU MADU BERKURANGAN DALAM SUKU KEEMPAT 2006 Limau Madu atau nama saintifiknya Citrus Grandis dari kawasan Citrus Valley, Durian Mentangau Dungun dijangka memasuki pasaran pada suku ke empat 2006 apabila tahap kematangan buah sudah memasuki bulan yang ke 6 semasa tinjauan yang dibuat pada awal bulan September 2006. Tinjauan yang dilakukan ke ladang Merpati Bakat mendapati dijangkakan pengeluaran pada suku keempat 2006 akan meningkat sebanyak 55.72% berbanding pengeluaran suku keempat 2005 di mana anggaran hasil akan dituai 200 hingga 230 MT bagi syarikat tersebut pada suku keempat 2006 berbanding 128.43 MT pada suku keempat 2005.

Pengusaha ladang tersebut mensasarkan sebanyak 35 kg/pokok hasil pada suku keempat nanti berbanding hanya 22.6 kg/pokok suku yang sama tahun 2005 iaitu peningkatan sebanyak 54.8%. Sejak bulan Mei 2006 proses penjarangan pokok dilakukan supaya baja dapat diserap dengan sempurna bagi setiap pokok dan jarak antara pokok pada masa sekarang adalah 20 kaki. Jumlah pokok yang semakin berkurangan menyebabkan pengusaha ladang menggiatkan usaha pengawalan pokok untuk pengeluaran suku keempat 2006 nanti.

Bersambung ke muka surat 19

18

CUACA MEMPENGARUHI PENGELUARAN LABU MADU Tiada pengeluaran Labu Madu dari kawasan pengeluaran utama tanaman tersebut di Kubang Lukoh Setiu pada suku keempat 2006. Labu Madu atau nama saintifiknya Cucurbita Moschata ditanam pada bulan Jun 2006 dan mula dituai pada bulan Ogos 2006 dan berakhir pada September 2006. Menurut ketua ladang kontrak pemasaran di Kubang Lukoh, pengeluaran suku ketiga 2006 berkurangan sebanyak 70% menjadikan pengeluaran hanya 60 MT berbanding 200 MT pada suku ketiga 2005. Namun begitu, pengeluaran dijangkakan sebanyak 60 MT hingga 80 MT pada suku keempat nanti dari Kampung Che Mohid dan Kampung Saujana, Setiu di mana terdapat peningkatan sebanyak 5.26% berbanding pengeluaran suku yang sama 2005 iaitu sebanyak 57 MT dikawasan tanaman seluas 60 ekar itu. Keadaan cuaca yang terlalu panas menyebabkan putik cepat gugur dan menjadi salah satu punca kekurangan buah pada musim ini. Peserta di ladang kontrak Kubang Lukoh akan mengusahakan tanaman sayur jangka pendek seperti Timun Hijau Cerah sejurus selepas Labu Madu habis dituai pada akhir bulan September 2006 untuk mengelakkan tanaman rosak akibat banjir yang dijangka melanda bulan November 2006. Pengeluaran yang sedikit pada musim ini tidak dapat menampung permintaan daripada pengguna terutama kepada pengguna yang menggunakan Labu Madu di dalam industri kosmetik dan makanan. Dijangkakan harga di peringkat ladang naik ke RM 0.50/kg pada suku keempat 2006 berbanding RM 0.45/kg pada suku ketiga, di peringkat borong pula harga dijangka naik dari RM 0.57/kg ke RM 0.60/kg. Pengeluaran yang berkurangan di peringkat ladang merupakan faktor kenaikan harga di kedua-dua peringkat.

Namun begitu, dijangkakan tiada pengeluaran pada suku keempat 2006 di ladang-ladang lain seperti ladang SAR Fruits Malaysia Sdn Bhd, Ladang Ketengah Jaya dan Peladang/PPN Koperasi Peladang. Menurut pengusaha yang ditemubual, hasil dijangkakan mula berada di pasaran pada Februari 2007. Pada masa sekarang aktiviti membaja, menebang pokok yang bermasalah dan membersihkan kawasan ladang sedang

giat dijalankan di ladang-ladang yang berkenaan. Melalui penjagaan dan kawalan yang teratur, jumlah pengeluaran dapat diseimbangkan dengan pengeluaran suku-suku tahun lepas. Harga ladang dijangkakan kekal RM 1.50/kg Gred A, RM 1.30/kg gred B dan RM 1.10/kg gred C apabila hasil memasuki pasaran nanti. Di peringkat borong pula harga naik RM 0.50 bagi setiap gred. Sebagaimana harga yang

tidak berubah di peringkat ladang dan borong, harga runcit juga tidak berubah iaitu RM 4/kg bagi gred A, RM 3/kg bagi gred B dan RM 2.50/kg gred C. Menurut pengurus syarikat yang ditemui, mereka akan mengekalkan corak pemasaran yang sama seperti suku yang lepas iaitu Limau Madu akan dieksport 60% ke Johor, 20% Singapura dan juga 20% pasaran tempatan.

19

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

20

HARGA SAYUR-SAYURAN TERPILIH DI MALAYSIA

HARGA BUAH-BUAHAN TERPILIH DI MALAYSIA

21

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook

22

Borang Cadangan / Komen

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN Kepada: Cawangan Khidmat Risikan Pasaran, FAMA Nama

: _________________________________________________________________________

Alamat

: _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

No. Tel

: _____________________________

Email : ___________________________________

Untuk memastikan keberkesanan maklumat kepada kumpulan sasaran, kami ingin mendapatkan pandangan dan penilaian tuan/puan terhadap Tinjauan Pasaran Makanan ini. Penilaian tahap kepuasan pembaca. Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan Sangat Tidak Memuaskan

Sebarang cadangan / komen:

Terima kasih atas maklumbalas pihak tuan/puan.

Tandatangan

__________________________

Tarikh

________________________

23

Lipat di sini

CAWANGAN KHIDMAT RISIKAN PASARAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian Agricultural Commodities Market Outlook Lipat di sini

Lipat di sini

Setem