05 OUMM3203 Topik 1 - MyVLE v3

2 TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Adakah anda sedar bahawa masalah etika yang berkaitan dengan pengurusa...

148 downloads 498 Views 250KB Size
Topik X Pertimbangan

1

Moral dan Teori Etika

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan definisi etika dari sudut perniagaan dan profesional;

2.

Menerangkan lima faktor yang terlibat dalam pembentukan etika individu;

3.

Menerangkan falsafah normatif dengan relativisme etika;

4.

Membezakan kesemua sistem etika yang utama; dan

5.

Mengguna pakai teori etika yang relevan dengan isu etika yang timbul dalam amalan perniagaan dan profesional.

X PENGENALAN Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila seseorang menyebut perkataan „etika‰? Anda mungkin mempunyai jawapannya. Mari kita lihat dahulu apa yang akan kita pelajari dalam topik ini. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep-konsep asas dan teoriteori moral; sejarah perkembangan teori tersebut serta pengkajian sistematik ke arah menentukan betul-salah atau baik-buruk sesuatu perkara. Konsep dan teori ini kemudian diaplikasikan untuk membantu anda menyelesaikan dilemadilema dalam pengurusan semasa.

2

X

1.1

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Adakah anda sedar bahawa masalah etika yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi adalah sangat kompleks? Malah masalah tersebut boleh menjadi lebih kompleks dengan penglibatan faktor-faktor berikut iaitu: (a)

Akibat yang berpanjangan;

(b)

Alternatif yang pelbagai;

(c)

Hasil yang bercampur;

(d)

Akibat yang tidak pasti; dan

(e)

Implikasi peribadi.

Faktor-faktor ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Topik 3 nanti. Sekarang mari kita sambung kembali pembelajaran kita tentang masalah etika. Tahukah anda bahawa masalah etika bersifat merebak? Oleh kerana itu pengurus perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan yang boleh memberi kesan kepada orang lain. Keputusan dan tindakan pengurus perlu ditangani dan analisis moral harus dilakukan apabila: (a)

Ia memberi kesan negatif kepada orang lain; atau

(b)

Ia memudaratkan atau mencederakan orang lain yang di luar kawalan mereka

Dalam subtopik-subtopik berikutnya, anda akan didedahkan dengan definisi etika secara umum, dari sudut etika perniagaan dan etika profesional. Seterusnya, anda akan mempelajari sebab-sebab perniagaan harus beretika dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan etika individu.

TOPIK 1

1.1.1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

3

Definisi Etika

Apakah maksud etika? Umumnya etika boleh didefinisikan sebagai prinsip tingkah laku individu yang diterima dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi seseorang individu tentang kelakuan yang baik dan buruk.

Walaupun definisi ringkas ini menyampaikan intipati etika, namun terdapat tiga implikasi yang perlu diberi pertimbangan lanjut iaitu: (a)

Etika didefinisikan oleh individu. Hanya orang sahaja mempunyai etika, sedangkan organisasi tidak mempunyai etika;

(b)

Apa yang membentuk kelakuan beretika boleh berbeza antara seorang dengan yang lain; dan

(c)

Etika bersifat relatif; ia bukan mutlak. Ini bermaksud bahawa walaupun sesuatu kelakuan itu dianggap beretika mengikut kaca mata orang yang melihat, ia biasanya perlu akur kepada norma-norma sosial yang diterima umum.

1.1.2

Definisi Etika Perniagaan

Secara umumnya etika merujuk kepada tanggapan baik atau buruk (Lawrence dan Weber, 2011). Bagaimana pula dengan etika perniagaan? Etika perniagaan merujuk kepada aplikasi nilai dan idea terhadap isu-isu yang timbul dalam konteks perniagaan.

Sedarkah anda bahawa etika perniagaan ini tidak banyak bezanya dengan tanggapan etika umum? Sebagai contoh, jika kita menganggap berbohong itu sebagai tidak beretika, maka sesiapa yang berbohong kepada pihak berkepentingannya tentang produk atau prestasi kewangan syarikatnya telah bertindak tanpa etika dalam perniagaan.

4

X

1.1.3

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Definisi Etika Profesional

Bagaimana pula dengan etika profesional? Adakah anda tahu maksudnya? Berikut adalah maksud etika profesional. Etika profesional menunjuk kepada nilai-nilai moral yang dibentuk oleh sekumpulan orang yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi tugas atau penggunaan sumber mereka.

Golongan profesional menerapkan peraturan-peraturan dan nilai-nilai budaya profesional mereka sama seperti menerap nilai masyarakat. Mereka mematuhi secara refleksif peraturan-peraturan dan nilai-nilai profesional apabila memutuskan bagaimana mereka harus berkelakuan. Sesetengah organisasi mempunyai banyak kumpulan kakitangan profesional (seperti jururawat, peguam, penyelidik, doktor dan akauntan) di mana kelakuan mereka dikawal oleh etika profesional. Etika profesional membantu membentuk budaya organisasi dan menetapkan nilai-nilai yang dipakai oleh ahlinya dalam urusan mereka dengan para pihak berkepentingan. Kebanyakan kumpulan profesional dibenarkan menguatkuasa piawai etika profesion masing-masing. Malah, kumpulan profesional (seperti doktor dan peguam) boleh diharamkan daripada menjalankan praktik mereka jika mereka didapati mencabuli peraturan profesional mereka.

AKTIVITI 1.1 1.

Berikan maksud etika menurut pandangan anda.

2.

Bagaimanakah etika memberi kesan kepada hidup anda? Berikan beberapa contoh.

1.1.4

Mengapa Perniagaan Harus Beretika?

Sedarkah anda bahawa etika memainkan peranan penting dalam perniagaan? Ini adalah kerana ia diperlukan dalam semua aktiviti perniagaan. Terdapat dua faktor utama mengapa perniagaan harus beretika. Dua faktor tersebut diterangkan dalam Jadual 1.1 berikut.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

5

Jadual 1.1: Dua Faktor Utama yang Mengharuskan Perniagaan Beretika Faktor

Huraian

Pengaruh Signifikan ke atas Persekitaran dan Pihak berkepentingan

Tindakan perniagaan boleh memberi kesan kepada persekitaran semula jadi serta pihak berkepentingan organisasi seperti pelanggan, kakitangan dan komuniti. Memandangkan perniagaan boleh mempunyai pengaruh yang besar ke atas mereka, organisasi harus bertanggungjawab dan beretika dalam tindakannya.

Mempertingkatkan Prestasi Perniagaan

Etika perniagaan mempertingkatkan prestasi perniagaan sesebuah organisasi. Sesuatu perniagaan perlu sedar dan tahu bahawa tindakan beretika boleh memberi kesan langsung kepada keuntungan (Lawrence & Weber, 2011). Sebaliknya, organisasi boleh menerima kesan buruk apabila ia bersikap tidak beretika.

Berikut adalah satu contoh yang menunjukkan kesan perniagaan yang tidak beretika.

Suatu kajian oleh University of Washington mendapati bahawa nilai pasaran syarikat-syarikat yang tidak menyatakan maklumat akaun mereka dengan tepat telah merosot 41% apabila kesalahan mereka disedari. Ini adalah kerana firma-firma yang tidak jujur mudah hilang pelanggan dan akan menghadapi kos pembiayaan kewangan yang lebih tinggi. Sumber: Institute for Global Ethics (2006)

1.1.5

Pembentukan Etika Individu

Apakah yang menjadikan sesetengah individu beretika dan sesetengah yang lain tidak? Mengapa sesetengah orang jujur, manakala yang lain tidak? Terdapat lima faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan etika individu. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 1.1 berikut.

Rajah 1.1: Lima faktor yang membentuk etika individu

6

X

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Berikut adalah penerangan lanjut bagi kelima-lima faktor ini. (a)

Pengaruh Keluarga Sedarkah anda bahawa individu mula membentuk piawai etika mereka sejak dari zaman kanak-kanak lagi? Kanak-kanak membentuk piawai etika mereka apabila persepsi mereka mula bertindak balas terhadap kelakuan ibu bapa mereka. Kanak-kanak lebih berkemungkinan akan menerap piawaian etika yang tinggi apabila mereka melihat ahli keluarga mereka berpegang kepada piawaian yang tinggi (seperti bercakap benar). Serta menerima ganjaran kerana mengikutinya, dan dihukum jika ingkar kepada piawaian tersebut. Sebaliknya, jika ahli keluarga terlibat dengan kelakuan tidak beretika (seperti tidak bercakap benar), dan membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama, maka kanak-kanak tersebut berkemungkinan akan membentuk piawaian etika yang lebih rendah.

(b)

Pengaruh Rakan Sebaya Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakanrakan sebaya yang berinteraksi dengan mereka setiap hari. Sebagai contoh, jika rakan sebaya seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan mencuri barangan kedai, melakukan vandalisme atau menyalahguna dadah, maka kanak-kanak itu mungkin mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Sebaliknya, jika rakan-rakannya mempunyai piawaian etika yang lebih tinggi dan menolak kelakuan tersebut, kanak-kanak berkenaan mungkin akan menerap piawaian tinggi ini.

(c)

Pengalaman Hidup Pelbagai peristiwa positif mahu pun negatif membentuk kehidupan manusia dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika kita. Peristiwa-peristiwa ini merupakan sebahagian daripada proses pembesaran dan menjadikan kita lebih matang. Sebagai contoh, seseorang yang mencuri dan tidak tertangkap tidak akan berasa kesal dan akan terus mencuri. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah tertangkap mungkin berasa sangat bersalah sehingga mengubah piawaian etikanya dan memastikan dirinya tidak lagi mencuri pada masa akan datang.

TOPIK 1

(d)

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

7

Nilai dan Moral Peribadi Nilai dan moral juga mempengaruhi piawaian etika seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang menjadikan wang dan kemajuan peribadi sebagai keutamaan tertingginya akan menyerapkan kod etika peribadi yang bersifat mengejar kekayaan. Dengan itu, ia akan cuba mendapatkan ganjaran yang diingini dengan tidak menghiraukan kesannya terhadap orang lain tanpa sebarang belas kasihan. Sebaliknya, bagi seseorang yang memberi keutamaan kepada keluarganya, dia akan menyerap suatu piawai etika yang berbeza.

(e)

Faktor Keadaan Akhir sekali, mari kita lihat faktor keadaan sebagai faktor terakhir dalam mempengaruhi etika individu. Kadangkala tanpa disangka-sangka, manusia mendapati diri mereka dalam keadaan yang mendesak mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan baik mereka. Sebagai contoh, terdapat sesetengah orang yang melakukan pemalsuan akaun perbelanjaan kerana kesempitan wang. Pernyataan ini bukan bertujuan untuk mewajarkan ketidakjujuran mereka, tetapi menjelaskan konteks untuk kita memahami mengapa individu kadangkala boleh berkelakuan tidak beretika apabila mereka tiada pilihan lain.

AKTIVITI 1.2 Faktor manakah dalam Rajah 1.1 tadi paling pembentukan etika diri anda? Berikan dua contoh.

1.2

mempengaruhi

FALSAFAH NORMATIF DAN RELATIVISME ETIKA

Pertama sekali, tahukah anda apakah maksud falsafah? Falsafah ialah kajian tentang pemikiran dan kelakuan.

X

8

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Sekarang mari kita pelajari pula tentang falsafah normatif. Tahukah anda bahawa pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah normatif? Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah normatif? Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul, iaitu bagaimana kita harus berkelakuan.

Tahukah anda bahawa ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang falsafah normatif sejak lebih 2,400 tahun yang lalu? Ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang falsafah normatif sejak zaman Plato lagi. Mereka cuba mewujudkan suatu proses pemikiran logik berdasarkan kepada prinsip yang tiada pertikaian untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan boleh dianggap seperti berikut: (a)

„Betul‰ atau „salah‰;

(b)

„Baik‰ atau „buruk‰; dan

(c)

„Adil‰ atau „tidak adil‰.

Isu yang perlu difahami seterusnya untuk menjelaskan teknik-teknik pertimbangan moral adalah berkenaan relativisme etika. Sebelum kita pergi jauh, mari kita pelajari dahulu apakah maksud relativisme etika. Relativisme etika menyatakan bahawa prinsip-prinsip etika harus didefinisikan mengikut tempoh waktu dalam sejarah, tradisi masyarakat, keadaan-keadaan istimewa sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi.

Persoalan dasar relativisme etika adalah sama ada terdapat prinsip-prinsip universal yang objektif di mana seseorang boleh mendirikan suatu sistem kepercayaan etika untuk diaplikasi ke atas mana-mana kumpulan, dalam semua budaya dan pada bila-bila masa. Dalam erti kata lain, menurut pandangan ini maksud yang diberikan terhadap etika adalah relatif kepada masa, tempat, keadaan dan orang yang terlibat. Ini adalah kerana piawaian kelakuan moral adalah berbeza antara kumpulan berlainan dalam satu budaya, antara budaya yang berlainan dan juga antara waktu yang berlainan.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

9

Sebagai contoh, mari kita ambil piawaian moral bagi memutuskan tahap keselamatan produk di Malaysia. Pada masa kini, piawaian ini berbeza antara pemimpin kumpulan pengguna dengan eksekutif syarikat di industri utama. Kemungkinan juga piawaian keselamatan produk jauh lebih berbeza di antara negara Malaysia dengan Amerika Syarikat, atau antara zaman sekarang berbanding akhir abad ke-19.

SEMAK KENDIRI 1.1 Terangkan dengan ringkas istilah-istilah berikut: (a)

Falsafah normatif; dan

(b)

Relativisme etika.

1.3

PRINSIP-PRINSIP ETIKA

Secara universal, kita sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap orang lain dalam masyarakat dan terikat dengan konsep betul-salah dalam kelakuan kita terhadap orang lain. Oleh itu, kita perlu mewujudkan kaedah analitis yang konsisten untuk mengklasifikasikan tindakan kita sebagai „betul‰ atau „salah‰. Jika kita tidak dapat melakukannya, ia bukan kerana kita tidak mencuba. Seperti yang telah digambarkan lebih awal, sejarah intelektual sejak 2,400 tahun lalu dipenuhi dengan percubaan untuk mewajarkan piawaian moral dan membentuk sistem-sistem etika. Ini adalah kerana tiada satu sistem pun yang dianggap sempurna. Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya lima teori utama yang berkait dan relevan kepada keputusan-keputusan pengurusan. Rajah 1.2 berikut menyenaraikan kelima-lima teori tersebut.

10

X

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Rajah 1.2: Lima teori utama yang mempunyai kaitan secara langsung dan relevan kepada keputusan-keputusan pengurusan

Mari kita pelajari kelima-lima teori ini dengan lebih lanjut dalam subtopiksubtopik seterusnya.

1.3.1

Undang-Undang Abadi

Ramai pemimpin agama serta sesetengah ahli falsafah seperti Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson percaya bahawa terdapat suatu undang-undang yang dipanggil „Undang-undang Abadi‰ (juga dikenali sebagai „Undang-undang Semula Jadi‰) yang terbentuk dari kehendak Tuhan. Undang-undang tersebut jelas terdapat dalam keadaan semula jadi dan termaktub dalam kitab-kitab suci. Ia boleh dikenal pasti dan diterokai oleh sesiapa yang sanggup meluangkan masa mengkaji salah satu di antara alam semula jadi atau kitab suci. Thomas Jefferson, orang pertama yang menyokong pemikiran humanisme sekular, percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah suatu „hakikat yang nyata‰.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

11

Jika orang mempunyai hak untuk „hidup, bebas dan mencari kebahagiaan‰, maka mereka juga mempunyai kewajipan bagi memastikan hak yang sama kepada orang lain. Pemimpin agama lebih cenderung menekankan sumber kebenaran berdasarkan kitab suci berbanding pertimbangan logik. Walau bagaimanapun, mereka juga percaya bahawa kedudukan undangundang tersebut tidak berubah-ubah, dan bahawa hak dan kewajipan itu jelas; jika kita disayangi, maka kita mesti menyayangi orang lain. Pertukaran yang saling bersilang ini diringkaskan dalam teologi Kristian melalui Peraturan keemasan, „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan terhadap anda.‰

Dalam frasa terkenal beliau tadi, Thomas Jefferson mengatakan bahawa hak itu „tidak terpisah‰ dan kewajipan boleh diterbitkan daripada hak tersebut dengan mudah. Namun, adakah wujud kesilapan dalam Undang-Undang Abadi atau Semula Jadi (yang ditafsirkan sama ada oleh pemimpin agama atau ahli-ahli falsafah normatif) sebagai asas sistem etika dalam pengurusan? Jawapannya tiada. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai tafsiran yang boleh ditimbulkan melalui undang-undang ini. Tiada seorang pun ahli teori Undang-Undang Abadi dan hanya segelintir penulis-penulis agama yang bersetuju dengan peruntukan kebenaran mengikut kitab suci atau pertimbangan logik secara tepat. Setiap agama menyediakan piawaian moral untuk pengikut-pengikutnya dan ramai antara mereka mematuhi piawaian tersebut dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, piawaian adalah berbeza-beza mengikut kumpulan berlainan dan tiada suatu cara yang berupaya menentukan piawaian mana yang „betul‰ atau „terbaik‰ atau „sesuai‰ bagi sesuatu masyarakat tanpa disangkal. Begitu juga bagi Peraturan keemasan yang tampak mudah, elegan dan wajar sebagai panduan hidup, tidak boleh diaplikasi secara universal pada setiap masa.

12

X

1.3.2

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme

Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan teleologi? Teleologi merupakan perkataan terbitan daripada istilah Greek yang bermaksud hasil atau keputusan. Oleh itu, pendekatan teleologi ke atas etika pengurusan menekankan kebergantungan penuh kepada hasil dan bukannya kepada niat tindakan seseorang. Sesetengah ahli falsafah tradisi Barat paling berpengaruh seperti Jeremy Bentham dan J. S. Mill percaya bahawa nilai moral kelakuan peribadi boleh ditentukan hanya oleh akibat kelakuan berkenaan. Oleh itu, sesuatu tindakan atau keputusan adalah „betul‰ jika ia mendatangkan faedah kepada orang ramai. Sebaliknya, ia adalah „salah‰ andai kata ia membawa kepada kerosakan atau kemudaratan sebagai akibat. Objektif di sini adalah, nilai moral kelakuan peribadi boleh ditentukan dengan cara melihat berapa banyak faedahnya kepada orang ramai (semaksimum mungkin) di samping melihat berapa banyak kerosakan atau kemudaratan (seminimum mungkin) yang akan timbul. Secara umumnya, kehidupan memerlukan lebih daripada faedah kebendaan. Persahabatan, pengetahuan, kesihatan dan lain-lain kepuasan dalam hidup harus juga diambil kira. Selain itu, jumlah besar kepuasan atau faedah kepada semua pihak dalam masyarakat juga perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, bukan semua faedah bersifat positif sepenuhnya kerana terdapat juga kos-kos negatif dan akibat buruk yang mengiringi setiap tindakan di mana ia perlu diambil kira untuk mewujudkan keseimbangan. Kos-kos negatif dan akibat buruk termasuklah rasa kesakitan, kematian, kejahilan, keterasingan dan kesedihan yang dialami. Jumlah besar faedah dan kos ini perlu diambil kira, kemudian dikira pula baki di antara kedua-duanya sebagai akibat bersih. Rajah 1.3 berikut memberikan dua contoh kos negatif; terasing dan sedih.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

(a) Terasing Sumber: http://www.pharmacyescrow.com/

W

13

(b) Sedih Sumber: http://ilovemyself.net

Rajah 1.3: Akibat-akibat buruk kos negatif

Sistem etika teleologi yang memfokuskan kepada baki bersih akibat berbanding dengan niat seseorang individu ini dinamakan sebagai utilitarianisme. Utilitarianisme sering dikaitkan dengan Jeremy Bentham (1748–1832), seorang ahli fikir British. Nama bagi falsafah ini terbit daripada perkataan utility di mana pada abad ke-18 merujuk kepada tahap kebergunaan barangan rumah atau haiwan belaan. Dalam Teori Mikroekonomi, ia mengukur tahap keutamaan yang kita beri terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan relatif kepada harganya. Dalam Teori Utilitarianisme, istilah utiliti ini merujuk kepada persepsi kita terhadap faedah dan kos bersih berkaitan sesuatu tindakan. Perlu diingat bahawa utilitarianisme adalah berbeza dengan konsep analisis kos/faedah ekonomi kerana pengagihan kos dan faedahnya juga perlu diambil kira. Ia merupakan akibat bersih kepada masyarakat, dan setiap individu dalam masyarakat perlu diambil kira dan diberi perhatian sama rata dalam pengagihan. Dalam erti kata lain, „Kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak‰ lebih diutamakan dalam Teori Utilitarianisme berbanding dengan „kebaikan terbanyak untuk golongan yang lebih kecil dan elit.‰

14

X

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Namun terdapat kekurangan dalam teori ini. Kekurangannya ialah kemungkinan berlakunya eksploitasi. Dalam kebanyakan kes, di mana tiada pihak yang menerima mudarat yang besar dan ukuran kewangan boleh digunakan terhadap kos dan faedah, Teori Utilitarianisme adalah satu bentuk analisis yang mudah dan berguna. Walau bagaimanapun, kemungkinan memberi justifikasi kepada faedah segolongan besar penduduk majoriti dengan mengorbankan atau memudaratkan golongan minoriti yang kecil akan sentiasa wujud. Oleh itu, Teori Utilitarianisme dianggap gagal kerana tiga faktor berikut: (a)

Dalam realiti, ia berkaitan dengan dua prinsip: „kebaikan terbanyak‰ dan „golongan terbanyak‰. Terdapat situasi di mana kedua-dua prinsip ini akan berkonflik apabila kita menghadapi sesuatu keputusan penting. Maka, kita tidak mempunyai cara untuk menentukan tindakan mana yang „betul‰ atau „sesuai‰.

(b)

Kita mungkin dapat bersetuju bahawa sesetengah tindakan sememangnya salah, walaupun faedahnya kepada segolongan besar majoriti jelas terlihat. Sebagai contoh, membunuh seorang kanak-kanak yang tidak bersalah demi kebahagiaan seluruh umat manusia. Tiada sesiapa pun yang harus menerima perbuatan yang sekejam itu.

(c)

Adalah mustahil untuk mengimbangi faedah kepada golongan majoriti dengan pengorbanan golongan minoriti.

1.3.3

Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme

Tahukah anda bahawa perkataan deontologi berasal daripada istilah Greek? Ia merujuk kepada tugas atau kewajipan seorang individu. Pendekatan deontologi terhadap etika pengurusan pada dasarnya adalah berlawanan dengan Teori Teleologi. Ini dinyatakan jelas dalam definisinya. Teori Deontologi menyatakan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana akibat tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan untuk bertindak diambil. Sebaliknya, nilai moral sesuatu tindakan haruslah bergantung kepada niat orang yang membuat keputusan atau mengambil tindakan itu sendiri.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

15

Sebagai contoh, jika anda inginkan yang terbaik untuk orang lain, maka tindakan moral anda perlulah yang terpuji, walaupun anda seorang individu yang kurang menarik dan kurang cekap serta dianggap sering melakukan perkara yang salah. Biasanya niat yang baik ini akan menghasilkan akibat yang berguna. Niat peribadi boleh diterjemahkan menjadi tugas atau kewajipan kerana jika kita benar-benar inginkan kebaikan untuk orang lain, maka kita akan sentiasa bertindak dengan cara yang memastikan hasil yang berfaedah. Cara-cara tersebut dilihat sebagai tugas wajib ke atas diri kita dan bukan suatu pilihan. Tugas peribadi kita adalah bersifat universal, dan boleh diaplikasi ke atas semua orang. Oleh kerana itu, sebahagian besar Teori Deontologi juga diistilahkan sebagai universalisme. Tugas pertama universalisme adalah melayani orang lain sebagai matlamat akhir dan bukan sebagai alat atau cara. Orang lain harus dilihat sebagai matlamat tersendiri yang berharga, bermaruah dan harus dihormati, dan bukannya sebagai alat yang bersifat insani untuk mencapai matlamat sendiri. Selaras dengan kewajipan peribadi, tiada tindakan boleh dikira „betul‰; sekiranya ia tidak mempedulikan nilai moral manusia lain yang begitu besar. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam teori ini. Tahukah anda apakah kekurangan teori ini? Terdapat dua kekurangan dalam teori ini iaitu: (a)

Ia adalah satu kaedah pertimbangkan moral yang berguna tetapi ia tidak mempunyai sebarang keutamaan dan darjah; dan

(b)

Adalah sukar melayani orang lain sebagai matlamat dan bukan sebagai alat untuk sepanjang masa, terutamanya apabila ramai yang „bekerja‰ sebagai alat atau cara ke arah pencapaian matlamat peribadi kita. Sebagai contoh, peniaga runcit adalah cara untuk kita mendapatkan barangan runcit; pelanggan adalah kaedah mata pencarian untuk hidup; dan kakitangan adalah sumber untuk mengendalikan kilang-kilang.

1.3.4

Teori Keadilan Teragih

Sedarkah anda bahawa kedua-dua teori klasik yang telah anda pelajari tadi (utilitarianisme dan universalisme) tidak boleh digunakan untuk mempertimbangkan kesemua tindakan moral dalam semua keadaan? Oleh itu, terdapat dua sistem etika moden yang berdasarkan nilai dan bukannya prinsip telah dibangunkan.

16

X

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Teori pertama ialah Teori Keadilan Teragih yang telah diutarakan oleh John Rawls. Ia berasaskan kepada keutamaan satu nilai tunggal secara eksplisit iaitu keadilan. Keadilan dirasakan sebagai sifat kebaikan pertama institusi sosial, seperti mana kebenaran adalah sifat kebaikan pertama bagi sistem pemikiran. John Rawls (1971) mencadangkan bahawa masyarakat dan institusi-institusi yang terdapat dalamnya boleh dijelaskan melalui dua elemen berikut (Jadual 1.2). Jadual 1.2: Dua Elemen yang Menjelaskan Masyarakat dan Institusi yang Terdapat dalam Masyarakat Elemen

Huraian

Kerjasama

Kerjasama timbul kerana individu tahu bahawa usaha bersama akan menjana lebih banyak faedah berbanding usaha berseorangan.

Konflik

Konflik tidak dapat dielak kerana biasanya manusia mementingkan keadilan dalam pembahagian faedah-faedah yang boleh didapati. Setiap orang lebih suka bahagian faedah yang lebih besar berbanding dengan yang lebih kecil. Mereka juga akan menyokong suatu sistem agihan yang memastikan mereka mendapat pembahagian yang lebih besar. Sistem-sistem ini mempunyai asas pembahagian sama ada secara sama rata untuk semua orang, berasaskan keperluan, usaha, sumbangan atau pun kecekapan seseorang.

Kebanyakan sistem ekonomi moden menggunakan kelima-lima prinsip tersebut; sama rata, keperluan, usaha, sumbangan dan kecekapan. Sebagai contoh, pendidikan awam pada teorinya diagih sama rata, bantuan kebajikan diasaskan kepada keperluan, komisyen jualan diberikan atas usaha, penghormatan awam diberikan atas sumbangan manakala gaji pengurus pula diberi atas tahap kecekapan mereka. Kebanyakan orang biasanya tidak akan memilih kesamarataan yang mutlak sebagai asas pengagihan faedah. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa sesetengah mereka akan lebih berusaha, memiliki kemahiran yang lebih tinggi dan seterusnya. Mereka juga tidak akan setuju dengan ketidaksamarataan yang mutlak berasaskan usaha, kemahiran atau kecekapan kerana mereka tidak tahu siapa antara mereka yang memiliki kualiti berkenaan untuk menerima lebih faedah atau kurang.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

17

Sebaliknya, mereka akan membentuk satu konsep ketidaksamarataan bersyarat di mana perbezaan faedah perlu dijustifikasikan. Mereka akan mencadangkan suatu peraturan untuk memastikan agar perbezaan faedah mempunyai justifikasi hanya apabila ia menghasilkan faedah yang seimbang untuk semua, terutamanya untuk anggota masyarakat yang paling kekurangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kekurangan dalam teori ini. Kekurangan ini bergantung sepenuhnya kepada penerimaan saranan di mana kerjasama masyarakat merupakan asas bagi pembahagian kesemua faedah ekonomi dan sosial manakala usaha individu tidak ditekankan atau diambil peduli.

1.3.5

Teori Kebebasan Peribadi

Teori Kebebasan Peribadi adalah satu sistem etika yang dicadangkan oleh Robert Nozick (1974). Sistem ini lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai tunggal berbanding sesuatu prinsip iaitu kebebasan. Kebebasan dianggap sebagai keperluan pertama masyarakat. Sesuatu institusi atau undang-undang yang mencabuli kebebasan individu harus ditolak, walaupun ia boleh menghasilkan lebih banyak kebahagiaan dan faedah untuk orang lain. Nozick bersetuju bahawa masyarakat adalah sebuah persatuan antara individu dan kerjasama antara individu ini adalah perlu untuk mendapat keuntungan ekonomi. Pemilikan (pendapatan, kekayaan dan lain-lain yang menjadi asas hormat-kendiri) setiap individu itu diperoleh daripada orang lain melalui pertukaran barangan atau perkhidmatan, atau pun hadiah yang diterima. Corak pemilikan sedia ada mungkin telah diwujudkan melalui mana-mana prinsip pembahagian (secara sama rata, berdasarkan keperluan, usaha, sumbangan atau kecekapan). Walau bagaimanapun, corak ini akan berubah melalui proses pemindahan. Pemindahan dengan pertukaran atau pemberian, boleh dikira „adil‰ selagi ia dilakukan secara sukarela. Kebebasan peribadi boleh dikembangkan dari suatu sistem pasaran bagi pertukaran pemilikan menjadi suatu sistem penilaian kelakuan. Individu mesti dibenarkan membuat keputusan berpengetahuan apabila memilih antara beberapa tindakan alternatif yang membawa kepada kebajikan mereka sendiri. Pilihan ini akan dianggap adil, betul dan sesuai asalkan peluang yang sama diberikan juga kepada orang lain. Keadilan bergantung kepada peluang membuat pilihan dan pertukaran yang sama, bukan kepada peruntukan kekayaan atau pendapatan yang sama.

18

X

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bagi teori ini. Apakah kekurangan tersebut? Kekurangannya adalah kerana ia berasaskan suatu definisi kebebasan yang sempit, iaitu terhad kepada hak negatif untuk tidak dicerobohi orang lain. Hak untuk hidup, misalnya, adalah hak untuk tidak dibunuh oleh orang lain. Namun, ia juga merangkumi hak untuk terus hidup dengan mendapat sejumlah minimum makanan, tempat berlindung, pakaian dan bantuan perubatan yang lebih berpuncakan inisiatif peribadi berbanding kerjasama sosial.

SEMAK KENDIRI 1.2 Dengan menggunakan suatu peta minda, ringkaskan lima teori etika berikut: (a)

Teori Undang-Undang Abadi (Undang-Undang Semula Jadi);

(b)

Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme;

(c)

Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme;

(d)

Teori Keadilan Teragih; dan

(e)

Teori Kebebasan Peribadi.

Selesaikan latihan berikut untuk menyemak pemahaman anda.

LATIHAN 1.1 1.

Bandingkan ciri-ciri utilitarianisme dengan universalisme sebagai teori etika.

2.

Bincangkan kelemahan setiap teori etika yang telah anda pelajari.

TOPIK 1

1.4

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

19

KESIMPULAN KE ATAS FALSAFAH NORMATIF SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL

Seperti yang dijelaskan dalam subtopik 1.3 tadi, terdapat lima teori etika utama. Sedarkah anda bahawa walaupun teori-teori tersebut tidak berkonflik pada lahirnya, namun teori-teori ini tidak dapat diselaraskan untuk menjadi sesuatu yang konsisten secara menyeluruh? Ini adalah kerana setiap teori menyatakan hanya sebahagian daripada kebenaran; dan setiap teori tidak lengkap atau tidak memadai sebagai cara untuk mempertimbangkan moral yang terkandung dalam tindakan atau keputusan individu. Jadi, apakah maksud ayat dalam perenggan pertama tadi kepada para pengurus? Implikasi utama kepada pengurus ialah, tiada suatu sistem kepercayaan yang mempunyai piawaian kelakuan moral atau kaedah pertimbangan moral yang terbit secara rasional untuk mereka jadikan panduan ke arah mencapai keputusan etika yang sukar. Bagaimana pula kesimpulan tentang kelima-lima teori ini dengan kita? Apakah yang harus kita lakukan? Kita harus menggabungkan kelima-lima sistem etika berkenaan untuk mempertimbangkan akibat tindakan kita dan bukannya hanya merujuk kepada satu teori sahaja. Namun pertimbangan moral yang memakai kesemua lima teori bukanlah suatu perkara ringkas dan mudah, tetapi berguna terutama sekali apabila digabungkan dengan analisis ekonomi dan undang-undang. Seterusnya sebelum kita mengakhiri topik pertama ini, mari kita beralih kepada dua perspektif etika yang signifikan untuk dipraktikkan iaitu: (a)

Peraturan Keemasan; dan

(b)

Hak Kantian.

20

X

TOPIK 1

1.4.1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Peraturan Keemasan

Tahukah anda bahawa Peraturan Emas adalah prinsip Kristian berdasarkan ayat daripada kitab Bible. Ayat tersebut bermaksud „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada anda‰. Prinsip ini juga didapati pada kebanyakan agama di dunia. Prinsip ini memerlukan kita mengenal pasti pelbagai langkah tindakan. Kemudian kita akan memilih hanya satu tindakan yang terbaik di mana tindakan tersebut dapat melayan orang lain dengan cara seperti yang ingin kita terima daripada orang lain. Bagi bidang perniagaan, istilah „orang lain‰ ini merujuk kepada pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan ini termasuklah pelabur, rakan niaga, kakitangan, kesatuan-kesatuan, para pelanggan dan pembekal organisasi serta pihak kerajaan.

1.4.2

Hak Kantian

Untuk makluman anda, hak Kantian diterbitkan daripada pandangan ahli falsafah, Immanuel Kant (1785). Perspektif ini mengandaikan bahawa dalam alam semesta moral, setiap orang mempunyai hak asasi, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 1.3 berikut. Jadual 1.3: Hak Kantian Hak

Penerangan

Keizinan bebas

Hak diperlakukan mengikut pengetahuan dan persetujuan mereka sendiri.

Kebersendirian

Hak melakukan apa yang mereka mahu dalam hidup peribadi mereka dan berhak untuk menentukan sejauh mana aktiviti peribadi mereka didedahkan.

Kebebasan Nurani

Hak menolak apa yang mencabuli kepercayaan moral mereka kerana kepercayaan ini mencerminkan norma-norma yang diterima umum.

Kebebasan Mengkritik

Hak mengkritik etika organisasi dengan hemat, asalkan kritikan mereka tidak mencabuli hak individu lain dalam organisasi.

Keadilan

Jika manusia percaya hak mereka telah dicabuli, mereka berhak untuk dibicarakan secara adil dan saksama.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

21

Mengikut pandangan etika ini, tindakan moral yang tepat ialah tindakan yang meminimumkan pencabulan hak-hak tersebut. Oleh itu untuk menyelesaikan sesuatu dilema etika menurut pandangan ini, seseorang perlu mempertimbangkan sejauh mana pihak berkepentingan akan terjejas dan sejauh mana hak mereka boleh tercabul oleh tindakannya.

AKTIVITI 1.3 Pada pandangan anda, adakah organisasi anda mendukung hak peribadi yang diketengahkan oleh Kant? Bincangkan sesama rakan anda di dalam kelas.

LATIHAN 1.2 1.

Apakah maksud etika? Bagaimana etika individu terbentuk?

2.

Huraikan beberapa Immanuel Kant.

3.

Adakah anda bersetuju dengan Peraturan Keemasan? Bagaimana ia berbeza dengan ajaran Islam?

4.

Pada pendapat anda, apakah faktor paling penting yang mempengaruhi pembentukan etika individu?

hak

peribadi

yang

ditunjukkan

oleh

22

X

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

AKTIVITI 1.4 Baca kes kajian berikut:

Anda seorang juruanalisis di sebuah organisasi yang membuat penilaian ke atas syarikat-syarikat untuk tujuan gabungan dan pemerolehan. Jika anda memalsukan sebahagian angka-angka dalam kenyataan kewangan syarikat berkenaan, ia akan dilihat berpotensi untuk di ambil alih. Organisasi anda pula akan menerima bayaran yang besar daripada syarikat pemeroleh. Harapan anda untuk dinaikan gaji serta pangkat juga sangat cerah. Berikut adalah beberapa petunjuk tentang akibat yang baik serta buruk untuk dipertimbangkan: x

Keuntungan organisasi anda akan meningkat dan membolehkannya membayar gaji yang lebih besar kepada kakitangan serta dividen yang lebih tinggi kepada pemegang saham.

x

Kepentingan kewangan dan kerjaya anda akan bertambah baik.

x

Syarikat pemeroleh akan mendapati bahawa kedudukan kewangan syarikat yang diperoleh tidak berdaya maju dan ia mungkin menanggung kerugian yang teruk sebagai akibatnya.

x

Reputasi dan prospek jangka-panjang organisasi anda akan terjejas sekiranya penipuan anda diketahui.

Reputasi dan masa depan anda akan turut terjejas.

Dengan mengaplikasikan mana-mana teori etika yang relevan yang anda telah dipelajari, terangkan bagaimana anda menilai dan memutuskan kes ini? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

W

23



Secara umumnya etika merujuk kepada kepercayaan peribadi individu tentang kelakuan yang betul dan salah.

x

Terdapat lima faktor yang membentuk etika individu. Lima faktor tersebut ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai dan moral peribadi dan faktor keadaan.

x

Pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah normatif. Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul; iaitu bagaimana kita harus berkelakuan. Relativisme etika pula merujuk kepada prinsip-prinsip etika di mana ia harus didefinisikan mengikut tempoh waktu dalam sejarah, tradisi masyarakat, keadaan-keadaan istimewa sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi.

x

Undang-Undang Abadi merujuk kepada piawaian moral yang terkandung dalam kitab-kitab suci atau alam semula jadi dan difahamkan kepada pemimpin-pemimpin agama atau ahli falsafah kemanusiaan. Ia mempunyai kepercayaan bahawa undang-undang tersebut tidak berubah dan sah digunakan untuk sepanjang masa.

x

Teori Utilitarianisme menyatakan bahawa akibat sesuatu keputusan atau tindakan adalah paling penting dan hasilnya harus dijadikan pertimbangan utama dalam perlakuan kita terhadap orang lain. Prinsip yang perlu diikuti ialah kemurahan hati: di mana sesuatu keputusan atau tindakan itu dianggap betul, sesuai dan baik hanya apabila ia menjana jumlah faedah yang terbanyak untuk golongan orang terbanyak dengan jumlah kos atau kemudaratan yang paling sedikit terhadap golongan lain.

x

Sementara itu, Teori Universalisme mengatakan bahawa niat sesuatu keputusan atau tindakan itu penting, kerana kita tidak dapat menjangka dan menilai kesemua akibat yang boleh berlaku. Prinsip untuk diikuti adalah bersifat konsisten di mana suatu keputusan atau tindakan dianggap betul, sesuai dan baik hanya apabila kita dapat meyakinkan semua orang yang menghadapi keadaan yang sama untuk mengambil keputusan atau tindakan yang sama.

X

24

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

x

Teori Keadilan Teragih pula lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai tunggal (iaitu keadilan), berbanding suatu prinsip tunggal. Kepercayaan kepada keutamaan keadilan mengarah kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang dijangka akan menghasilkan faedah yang mengimbangi semua pihak, terutamanya anggota masyarakat yang paling kekurangan.

x

Kebebasan Peribadi juga berdasarkan keutamaan suatu nilai tunggal (iaitu kebebasan), lebih daripada suatu prinsip tunggal. Kepercayaan kepada keutamaan kebebasan akan mengarah kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang menghasilkan kebahagiaan yang lebih besar dan pertambahan faedah untuk semua.

x

Pertimbangan moral menyediakan alasan dan sebab untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan adalah betul atau salah dari segi moral. Sesetengah ahli falsafah menyatakan bahawa terdapat satu piawaian moral universal bagi setiap orang (fahaman moral yang mutlak), dan sesetengah lagi mengatakan tidak terdapat piawaian yang demikian (relativisme etika).

x

Sesetengah ahli moral berpegang pada prinsip bahawa tindakan tertentu adalah salah. Namun, yang lain percaya bahawa tiada tindakan yang tidak bermoral padanya kerana persekitaran dan keadaan sosial memainkan peranan untuk menentukan sama ada tindakan tersebut betul atau salah.

Etika

Keadilan Teragih

Etika individu

Peraturan Keemasan

Etika perniagaan

Pertimbangan moral

Etika profesional

Relativisme etika

Falsafah normatif

Undang-undang abadi

Hak kantian

Universalisme

Kebebasan peribadi

Utilitarianisme