JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI

jabatan akauntan negara malaysia prosedur kerja senarai semak pembayaran tajuk : tuntutan perbelanjaan kemudahan perubatan - ubat/ alat/ perkhidmatan ...

560 downloads 749 Views 3MB Size
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 1/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK

RUJUKAN

Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

Perintah Am Bab F Tahun 1974 menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/ klinik Kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seseorang pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan tidak dapat diperolehi di hospital/ klinik Kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di hospital/ klinik/ agensi swasta atas tanggungan Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturanperaturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.

Perintah Am Bab F Tahun 1974

Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993, Ibu bapa yang sah bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan terhad kepada kemudahan perubatan tertentu.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 2/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK TAKRIFAN Pegawai Mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri. Ibu Bapa Yang Sah Ibu kandung atau bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu angkat atau bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang; Keluarga Pegawai Bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undangundang. Untuk tujuan pemberian rawatan percuma ini, balu seseorang pegawai juga akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.

RUJUKAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 3/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK Ketua Jabatan Seseorang yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Bagi maksud untuk melaksanakan pemberian kemudahan perubatan yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan ini, Ketua Jabatan untuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen ialah Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam;

RUJUKAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 4/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK

RUJUKAN

1.0 Pastikan kenyataan tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/Rawatan dan dokumen sokongan disertakan.

LAMPIRAN A Contoh Tuntutan

1.1 Borang Permohonan bagi Pegawai dalam perkhidmatan (Borang Perubatan 1/09)

LAMPIRAN B

1.2 Borang Permohonan bagi pesara (Borang Perubatan 1/09(T) dan Borang Perubatan 1/09) - Borang permohonan pesara perlu dikemukakan kepada JPA

LAMPIRAN C

1.3 Surat Pengesahan Perubatan

Pegawai/

Pakar

1.4 Surat pengesahan daripada Institusi Pendidikan/ Pengajian Tinggi mengenai status pesakit sebagai penuntut hendaklah dikemukakan bersama. (bagi tuntutan anak yang berusia melebihi 18 tahun dan kurang daripada 21 tahun)

LAMPIRAN D

1.5 Salinan resit/ invois/ sebutharga

2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi syarat berikut:2.1 Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun kewangan semasa.

Arahan Perbendaharaan 58

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 5/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK

2.2 Baki peruntukan dalam tahun perbelanjaan dan semasa adalah mencukupi Sekiranya syarat AP58 (a) tidak dipatuhi, pastikan surat kelulusan Perbendaharaan disertakan.

3.0 Pegawai Yang Layak 3.1 Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan lantikan tetap, kontrak dan sementara 3.2 Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen; dan 3.3 Ahli keluarga seperti mengikut peruntukan Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974

4.0 Syarat-Syarat Dan Peraturan-Peraturan 4.1 Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan dan ubat/kemudahan tidak dapat dibekal.disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan. 4.2 Ubat disenaraikan di dalam senarai ubatubatan KKM/hospital universiti.

RUJUKAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 6/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK 4.3 Perbelanjaan bagi pembekalan ubat yang tidak disenaraikan di dalam senarai ubatubatan KKM/hospital universiti boleh dipertimbangkan dengan mendapat kelulusan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan, ((BPP) KKM. 4.4 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan dengan had perbelanjaan yang melibatkan keperluan penggunaan untuk tempoh 3 bulan sahaja. 4.5 Sebarang permohonan perbelanjaan bagi pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement) atau perubatan alternatif adalah tidak dibenarkan walaupun penggunaan bahan tersebut disokong/ diperakukan oleh Pegawai Pakar Perubatan. (Memerlukan kelulusan dari JPA dan mendapat perakuan pegawai pakar perubatan/ pakar pemakanan dari KKM). 4.6 Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan semua jenis kategori alat, rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit, rawatan membuat crowning, gigi palsu dan otodontik bagi tujuan corrective measure yang merupakan rawatan kosmetik untuk ibu bapa yang sah kepada seseorang pegawai adalah tidak dibenarkan.

RUJUKAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 7/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK 4.7 Permohonan perbelanjaan untuk tujuan baik pulih atau menggantikan sebarang alat yang rosak akibat kecuaian adalah tidak dibenarkan. 4.8 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/ penggantian/ baik pulih alat bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan. 4.9 Kelulusan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/ penggantian/ baik pulih alat yang berharga melebihi daripada RM1,000.00 direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan/ fail. 4.10

Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat ortopedik yang berharga melebihi daripada RM10,000.00 hendaklah dirujuk untuk sokongan/ perakuan oleh BPP, KKM.

4.11

Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu yang berharga melebihi harga siling yang ditetapkan hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan BPP, KKM.

4.12

Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat bantu pendengaran yang berharga melebihi daripada RM3,500.00 hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan BPP, KKM.

RUJUKAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 8/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK

RUJUKAN

4.13 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan hemodialisis tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM200.00 bagi setiap sesi rawatan. 4.14 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang dibenarkan adalah rawatan yang bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja, iaitu bagi pegawai / pasangan yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung. ‘Primary infertility When a woman is unable to ever bear a child, either due to the inability to become pregnant or the inability to carry a pregnancy to a live birth she would be classified as having primary infertility. Thus women whose pregnancy spontaneously miscarries, or whose pregnancy results in a still born child, without ever having had a live birth would present with primarily infertility.’ 4.15 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran perlu mendapat pengesahan daripada Pakar Perubatan Hospital Kerajaan dan perakuan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

World Health Organization

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 9/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK

RUJUKAN

4.16 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/ Pakar Kardiologi di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB dan diluluskan oleh Ketua Jabatan. 4.17 Syarat-syarat bagi ibu bapa yang sah kepada pegawai: 4.17.1 Pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada Ibu Bapa yang sah bagi pegawai; 4.17.2 Maklumat peribadi mengenai ibu bapa yang sah yang layak diberi kemudahan perubatan yang dibenarkan hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada ketua jabatan dan dicatatkan dalam buku perkhidmatan mengikut format seperti berikut: Nama bapa kandung/ tiri/ angkat No. kad pengenalan Nama ibu kandung/ tiri/ angkat No. kad pengenalan

:_____ :_____ :_____ :_____

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 10/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK 4.17.3 Sebarang perubahan berkaitan maklumat di perenggan (5.17.2) di atas hendaklah dimaklumkan semula secara rasmi kepada ketua jabatan; 4.17.4 Pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah yang bermastautin di Malaysia sahaja; 4.17.5 Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan seseorang pegawai sama ada seperti mengikut penetapan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993 atau melalui aplikasi elektronik (contoh: aplikasi Human Resource Management Information System [HRMIS]) 4.17.6 Pemberian kemudahan perubatan kepada ibu bapa yang sah adalah dibenarkan selagi seseorang pegawai masih di dalam perkhidmatan Kerajaan sahaja; 4.17.7 Kelayakan wad bagi ibu bapa yang sah adalah ditentukan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai; dan

RUJUKAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 11/11 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA Tuntutan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (Ubat/Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan)

MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK

RUJUKAN

4.17.8 Ibu bapa yang sah yang terdiri daripada pesara Kerajaan seperti mengikut kelayakan sebagai seorang pesara atau menggunakan kelayakan pegawai.

5.0 Kaedah pembayaran. 5.1 Melalui Bayaran Balik Perubatan; 5.2 Pembayaran Melalui Pesanan Tempatan

6.0 Sekiranya tuntutan dibuat oleh pegawai, pastikan kod objek yang digunakan adalah 15111 (Kakitangan Awam) atau 15210 (Pasukan Keselamatan). Pembayaran boleh dibuat terus kepada Hospital berdasarkan invois tanpa perlu mengemukakan pesanan tempatan menggunakan kod objek 29138 (Pesara) atau 29308 (kakitangan sementara/kontrak).

LAMPIRAN E Surat MOF: KK/BPKS/10/7 00-2/1/3 (35)

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E