JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA - .: V-Lib Professional

2 Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia telah wujud sejak tahun 70-an. Sebelum tahun 2001, perpustakaan ini terletak di Ibu Pejabat, Jabatan Perang...

3 downloads 449 Views 2MB Size
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

PENGENALAN

PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan perpustakaan khusus yang berperanan sebagai pusat sumber utama untuk rujukan maklumat mengenai perangkaan. Ia menyokong fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat perangkaan melalui perkhidmatan yang disediakan ke arah proses pembentukan kerja yang berpengetahuan serta bermaklumat di samping membawa kepada sikap positif dan budaya kerja cemerlang.

Perpustakaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Aras 4, Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514 Putrajaya

Perpustakaan, Institut Latihan Statistik Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan

1

LATAR BELAKANG

PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia telah wujud sejak tahun 70-an. Sebelum tahun 2001, perpustakaan ini terletak di Ibu Pejabat, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Pada masa itu, ia diletakkan di bawah Bahagian Pembangunan Perangkaan. Selepas penstrukturan Jabatan pada 2002 yang membabitkan pewujudan dan pertukaran nama beberapa Bahagian, perpustakaan seterusnya diletakkan di bawah Bahagian Latihan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Setelah pembinaan fasa pertama, Institut Latihan Statistik Malaysia siap dibina. Pada bulan Disember 2011, Bahagian Latihan Perangkaan dipindahkan ke Institut Latihan Statistik Malaysia yang terletak di Sungkai, Perak. Perkhidmatan Perpustakaan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) mulai dibuka pada 5 Mac 2012. Manakala Perpustakaan sedia ada di Ibu Pejabat, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dikekalkan dan diletakkan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan. Sehubungan itu, mulai tahun 2012, di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 2 buah Perpustakaan yang utama iaitu: 1) Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia (Statistics Library) 2) Perpustakaan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM Library)

2

3

KOLEKSI PERPUSTAKAAN KOLEKSI BAHAN PERPUSTAKAAN Koleksi bahan yang dimiliki oleh daripada berikut: 

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia terdiri

KOLEKSI TERBITAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA Koleksi

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan pelbagai buku

yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, mengandungi bidang sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, Penyiasatan Tenaga Buruh dan Laporan Penyiasatan Migrasi. Manakala bidang ekonomi pula meliputi Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah, Indeks Harga Pengguna (CPI), Indeks Harga Pengeluar (PPI), Imbangan Pembayaran, Akaun Negara, Bank Data, Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan, Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu, Penunjuk Ekonomi Malaysia dan Perangkaan Ekonomi Malaysia-Siri Masa. Selain itu, perpustakaan ini juga memiliki koleksi perangkaan

komoditi seperti Perangkaan Getah dan Banci Hasil Pertanian,

dan

berkaitan

koleksi

Perangkaan

Pembuatan

sektor industri seperti Indeks Perindustrian, koleksi dan

Perusahaan,

Perangkaan Perkapalan. Di samping itu,

Perangkaan

Perkhidmatan

dan

terdapat juga koleksi lain seperti

Statistics Handbook, Buletin Perangkaan, Siaran Khas dan Kompedium Alam Sekitar. Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia di Putrajaya juga berperanan sebagai Arkib Penyimpan bahan-bahan lama terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia semenjak dahulu sehingga kini, Oleh itu, koleksi buku terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia yang telah diterbitkan semenjak tahun 1950-an sehinga kini tersimpan di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya untuk tujuan rujukan.

4

KOLEKSI PERPUSTAKAAN



KOLEKSI TERBITAN JABATAN PERANGKAAN SABAH Perpustakaan ini juga mengandungi bahan-bahan terbitan

daripada Jabatan

Perangkaan Sabah seperti Buku Tahunan Perangkaan Sabah dan Perangkaan Penting Sabah. Koleksi perangkaan Sabah berkaitan aktiviti ekonomi pula meliputi Perangkaan Perdagangan Sabah, Perangkaan Penyiasatan

Perusahaan Terpilih

Sabah, Anggaran Belanjawan Keluarga Sabah, Buku Maklumat Getah Sabah dan Indeks Harga Pengguna (CPI) Sabah. Di samping itu, terdapat juga koleksi mengenai Perangkaan Pelawat-Pelawat Sabah, Siaran Perangkaan Sabah dan Siaran Khas Sabah.



KOLEKSI TERBITAN JABATAN PERANGKAAN SARAWAK Bahan-bahan terbitan daripada Jabatan Perangkaan Sarawak seperti Buku Tahunan Perangkaan Sarawak dan Perangkaan Penting Sarawak, merupakan sebahagian koleksi perpustakaan ini. Koleksi perangkaan Sarawak yang berkaitan bidang

ekonomi

di

perpustakaan

Perdagangan Sarawak, Indeks

Harga

ini

pula

meliputi

Perangkaan

Pengguna (CPI) Sarawak, Perangkaan

berkaitan perusahaan, industri, perkilangan, pembalakan dan perkhidmatan Sarawak.

Di

samping

itu

terdapat

juga

koleksi

mengenai

Perangkaan

Pelawat-Pelawat Sarawak, Buletin Perangkaan Sarawak, Siaran Perangkaan Sarawak, serta Siaran Khas Sarawak.

5

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

KOLEKSI MEMORI INSTITUSI, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA Buku-Buku yang mempunyai nilai memori Jabatan seperti Buku 60 Tahun Jabatan, Dokumentasi Publisiti Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2010,

Pelan

Strategik Jabatan, Buku Galeri Foto Majlis Sambutan 60 Tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia 2009 dari Jilid 1 hingga Jilid 3, Berita Stats turut dikoleksikan sebagai Memori Institusi.



KOLEKSI RED SPOT & EDARAN DALAMAN Koleksi Red Spot & Edaran Dalaman merupakan bahan terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikhaskan dari segi pemeliharaan, penyimpanan serta pengaksesannya terhad kepada anggota dalaman Jabatan Perangkaan Malaysia sahaja.



KOLEKSI KERTAS KERJA Koleksi ini mengandungi laporan lawatan kerja, menghadiri persidangan/ mesyuarat/seminar/bengkel, laporan post mortem dan laporan kursus luar negara oleh anggota Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 1980 sehingga tahun 2012 .



KOLEKSI JURNAL Merupakan koleksi Jurnal yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

6

KOLEKSI PERPUSTAKAAN



KOLEKSI LAIN-LAIN BAHAN TERBITAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA Disamping menyimpan bahan-bahan terbitan yang merupakan Produk Data Jabatan

Perangkaan

Malaysia

sendiri.

Selain

itu,

Perpustakaan

Jabatan

Perangkaan Malaysia di Putrajaya turut kaya dengan koleksi bahan-bahan lain/berkaitan yang turut dikeluarkan dari sumber Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tujuan rujukan anggota dalaman terutamanya seperti Laporan Tahunan Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Program Latihan Jabatan, Laporan Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat & Komunikasi: SISPEKS (Sistem Pengurusan Enterpris Kecil & Sederhana), Laporan Teknikal Penyiasatan, Laporan Taklimat, Prosedur Kualiti, Hasil Laporan Penyelidikan/Kajian berkaitan Perangkaan,

Garis

kasar

kerja di Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Sesi Strategi, Koleksi Laporan kumpulan Meningkat Mutu Kerja dan lain-lain.

7

KOLEKSI PERPUSTAKAAN



KOLEKSI TERBITAN JABATAN/KEMENTERIAN LAIN (DALAM NEGARA) Perpustakaan ini turut menyimpan koleksi buku-buku terbitan yang diterima dari Jabatan/Kementerian lain seperti Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Majlis Perundingan Ekonomi Negara, Unit Penyelidikan SosioEkonomi, Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia MAMPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian Malaysia, Kementerian

Pembanggunan

Wanita,

Keluarga

&

Masyarakat,

Kementerian

Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembanggunan

Usahawan,

Kementerian

Perdagangan

Dalam

Negeri,

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Kementerian Penerangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lembaga Hasil Dalam (LHDN),

Malaysia

International

Trade

&

Industry

(MITI),

Negeri

Perbadanan

Pembanggunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Institut Integriti Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut of Economic Research (MIER), Jabatan Bomba, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, KASTAM, Jabatan

Perkhidmatan

Awam,

Jabatan

Pendaftaran

Negara,

Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pilihan Raya, National Productivity Corporation (NPC) dan lain-lain.

8

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

KOLEKSI KHAS TERBITAN BANK NEGARA MALAYSIA Bahan-bahan terbitan Bank Negara Malaysia seperti Laporan Tahunan, Buletin Perangkaan Bulanan, Buletin Suku Tahunan, Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran, Laporan Tahunan Insurans serta Laporan Tahunan Takaful, juga boleh didapati di perpustakaan ini.



KOLEKSI LUAR NEGARA Perpustakaan ini juga ada menerima buku-buku terbitan dari pelbagai Agensi/ Institusi Luar Negara seperti dari Japan, China, Hong Kong, United States of America, New York, Germany, Paris, Sweden, London, Geneva, Denmark, Singapore, Indonesia, Thailand dan lain-lain lagi. Kebanyakan buku-buku tersebut merupakan bahan dari agensi-agensi luar Negara yang terlibat di dalam aktiviti Perangkaan jua seperti International Statistical Institute (ISI), UNESCO,

U.S

Department of Commerce Economics & Statistics, U.S Department of Labor, U.S Department of Health & Human Service, The World Bank, International Monetary Fund, ASEAN dan lain-lain.



KOLEKSI KHAS TERBITAN UNITED NATIONS Di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya terdapat satu rak khas bagi menempatkan Buku-buku terbitan United Nations, turut menjadi sebahagian daripada koleksi Perpustakaan ini.

9

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

KOLEKSI LAPORAN TAHUNAN Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia juga memiliki koleksi Laporan Tahunan

yang

diterima

dari

pelbagai

agensi

seperti

Lembaga

Getah

Malaysia, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Audit Negara. Selain itu, perpustakaan juga turut menerima laporan tahunan dari INTAN, Agensi Dadah Kebangsaan, FINAS, UDA Holdings, BPR, Institut Integriti Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Turut

diperolehi

ialah laporan tahunan MARDI, FELDA, FRIM, Malaysian Industrial Estate (Miel), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, MATRADE, JAKIM, PORIM, FELCRA, SUHAKAM, TELEKOM, SPR, TNB, FAMA, HICOM dan pelbagai agensi lain.



KOLEKSI RISALAH (PAMPHLET/BROSUR) Satu rak khas bagi menempatkan bahan-bahan risalah samada dari Terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia sendiri, mahupun yang diterima dari Agensi/ Institusi/Jabatan/Kementerian Dalam dan Luar Negara turut dipamerkan di dalam ruang perpustakaan.



KOLEKSI BULETIN LUAR JABATAN Tidak

terkecuali,

Buletin-Buletin

Luar

Jabatan

dari

pelbagai

Agensi/

Institusi/Jabatan/Kementerian dari Dalam & Luar Negara yang diperoleh turut menjadi sebahagian dari koleksi perpustakaan disini. 10

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

KOLEKSI KAMUS DAN ISTILAH Bagi kegunaan carian kata dan bahasa, terdapat Kamus Dewan dan Kamus Dwibahasa disediakan. Turut terdapat di perpustakaan ini ialah Oxford Dictionary, The Collins Concise Dictionary, Chambers Twentieth Century Dictionary, Chinese English Dictionary, Tatabahasa Dewan dan Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Koleksi kamus dan istilah di perpustakaan ini juga turut disokong oleh

kamus

Geografi,

dan

istilah–Istilah

Matematik,

Komputer,

khusus

meliputi

Undang-Undang,

bidang

seperti

Demografi,

Sains,

Kewangan,

Perakaunan, Perbankan, Perikanan, Perhutanan, Kependudukan, Psikologi, Pembangunan Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Tekstil, Perubatan, Geologi, Veterinar, Tekstil dan lain-lain bidang untuk

rujukan.

Tidak

terkecuali,

Dictionary of Statistical Terms turut dimiliki oleh perpustakaan Jabatan. 

KOLEKSI RUJUKAN PEPERIKSAAN Koleksi Rujukan Peperiksaan seperti buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Tonggak 12, Arahan Keselamatan, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Malaysia Kita dan Perkhidmatan Awam Malaysia disediakan untuk kemudahan r u j u k a n

kepada

anggota Jabatan yang menghadapi peperiksaan. 

KOLEKSI KERTAS KERJA Koleksi ini mengandungi Laporan Prosiding, Kertas Persidangan, menghadiri Seminar/Bengkel, Konvensyen & Laporan Kajian dari sumber Dalam dan Luar Negara. 11

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

KOLEKSI BIMBINGAN DAN MOTIVASI Himpunan koleksi bahan bacaan berbentuk motivasi, bimbingan jiwa, psikologi, kaunseling, panduan menangani stress turut disediakan di rak perpustakaan.



KOLEKSI TESIS Di Perpustakaan Institut Latihan Statistik Malaysia, ada menyimpan koleksi tesis anggota

Jabatan

yang

berkelulusan

beberapa universiti seperti

Sarjana

dan

Kedoktoran

daripada

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara

Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Malaya. 

KOLEKSI JURNAL Bahan jurnal yang terdapat di perpustakaan ini meliputi Journal of the Royal Statistical Society, Sankhya: The Indian Journal of Statistics, Journal of Industrial Technology, di samping jurnal tentang Biometrics. Perpustakaan Jabatan juga ada memiliki koleksi Journal Pengurusan Awam, International Statistical Review, Asia-Pacific Population Journal, Journal of Economic Cooperation among I s l a m i c Countries, Population & Development Review dan Journal of The Department of Statistics, Malaysia yang diterbitkan secara bersiri.



KOLEKSI ENSIKLOPEDIA Satu koleksi lengkap Britannica daripada volum 1 sehingga 29 yang terbahagi kepada Micropaedia (Ready Reference) dan Macropaedia (Knowledge in Dept) boleh didapati di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

12

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

KOLEKSI MAJALAH Bagi bahan bacaan ringan, koleksi majalah yang dilanggan oleh Perpustakaan termasuklah National Geography, The Economist, Business Week, Reader’s Digest Nur, Nona, Mingguan Wanita, Anjung Seri, Malaysian Business, Majalah PC, Seri Dewi & Keluarga, Pemikir, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Al-Islam, Time, Majalah MASSA dan Mastika, turut ditempatkan di rak Perpustakaan Jabatan.



KOLEKSI AKHBAR HARIAN Perpustakaan ini turut melanggan beberapa akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, The New Straits Times, dan The Star. Pelanggan hanya boleh membaca akhbar harian di Perpustakaan sahaja. Manakala itu, sesetengah artikel yang diperoleh daripada akhbar utama tentang Jabatan ini, Perkhidmatan Awam, Ekonomi (Dalam dan Luar Negeri) dan Sosial Demografi

(Dalam

dan

Luar

Negeri)

disusun

dalam

bentuk

buku

dan

ditempatkan di Koleksi Buku Keratan Akhbar. Disamping itu Buku Laporan Keratan Akhbar yang merupakan kompilasi keratan akhbar yang dipilih mengikut tahun juga disimpan. 

KOLEKSI NOVEL Pelbagai koleksi kumpulan cerpen dan novel bertemakan cinta, sains fiksyen, kisah kemasyarakatan, kisah kehidupan, isu kemanusiaan, kerohanian di dalam versi bahasa Malaysia dan Inggeris turut dipamer di rak Perpustakaan.

13

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

KOLEKSI AKTA/PINDAAN/ORDINAN/WARTA/PEKELILING/PERLEMBAGAAN/KANUN Rujukan mengenai akta yang meliputi Warta Kerajaan, Undang-Undang Malaysia, Federal Statute Law Reference & Index to State Laws, Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan & Undang-Undang Am, Perlembagaan Malaysia, Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Am, Pekeliling Perkhidmatan, Kanun Tanah Negara, Akta Keterangan Kanun Acara Jenayah & Kanun Kesiksaan, Kanun Prosedur Jenayah, akta-akta seperti Akta Paten, Akta Paspot, Akta Pemegang Amanah, Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Banci, Akta Parlimen, Akta Penyiaran dan lain-lain, turut disediakan.



KOLEKSI TATANEGARA Koleksi ini adalah buku-buku tentang Kenegaraan Malaysia, Warisan Budaya, Kebangsaan Malaysia, Kejayaan Malaysia, fakta berkaitan Malaysia dan Wawasan 2020. Selain itu, koleksi tentang coretan kenangan, jasa-jasa, perjalanan politik pemimpin-pemimpin Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, turut dipamer di rak perpustakaan.



KOLEKSI DIREKTORI Koleksi Perpustakaan turut mengandungi direktori seperti World Fax, InfoToday Malaysia Business Directory, E-Perolehan Direktori, SMI/SME Business Directory, Syarikat Terunggul di Malaysia, Trade Directory, Industry and Export Directory , Direktori Perpustakaan Negara Malaysia dan lain-lain lagi sebagai rujukan dan panduan.

14

KOLEKSI PERPUSTAKAAN



KOLEKSI PETA/ATLAS Diantara Atlas yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia di Putrajaya ialah Atlas Banci = Census Atlas, World Reference Atlas, Peter Atlas of the World, The National Atlas of The Unites States of America, Atlas on the Building Affected by The Tsunami – 2004, Buku Peta menunjukkan Sempadan Daerah Pentadbiran & Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Peta menunjukkan Sempadan PPH Bagi Bandar & Luar Bandar.



KOLEKSI CD Selain buku, di dalam koleksi perpustakaan terdapat juga bahan dalam bentuk CD yang terdiri daripada lagu berentak patriotik, lagu tema, audio video bergambar, slide persembahan multimedia, CD pembelajaran, laporan ekonomi Malaysia, laporan tahunan sesuatu agensi/jabatan/kementerian, laporan persidangan/ mesyuarat/ bengkel yang diperoleh dari dalam mahupun luar negara.

15

KOLEKSI PERPUSTAKAAN Pada masa ini, perpustakaan juga memiliki koleksi buku dalam bidang-bidang seperti berikut: 

BIDANG AGAMA Buku-buku berunsur keagamaan meliputi bimbingan dan panduan ibadah solat, tafsir Al-Quran, hadith qudsi, sejarah kisah para rasul, tokoh-tokoh pemikir islam, zikir, wirid dan doa harian, cerita-cerita pedoman.



BIDANG STATISTIK Koleksi

yang

menjurus

kepada

bidang

statistik

seperti

Probability

and

Mathematical Statistics, Business Statistics, Applied Statistics, Statistical Methods in Research & Production, Statistical Analysis, Statistical Modelling in GLIM. 

BIDANG EKONOMI Koleksi ini meliputi bidang Makroekonomi, Mikroekonomi dan Ekonometrik termasuk buku mengenai isu Economic Challenges, International Economics, Money and Banking, Analisis Ekonomi, Kewangan dan lain-lain yang berkaitan.



BIDANG SOSIAL DEMOGRAFI Koleksi bidang sosial demografi terdiri daripada koleksi berkaitan population, demography, migration, pembasmian kemiskinan, labour and wages.



BIDANG PENGURUSAN Buku-buku yang berkaitan termasuklah strategi pengurusan, kepemimpinan, kerjaya, pengurusan kewangan, organisasi, pengurusan efektif dan gaya pengurusan. 16

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

BIDANG KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) Buku-buku berkaitan ICT termasuklah pengaturcaraan JAVA, Pascal, XHTML DAN

COBOL, pembinaan web site dan multimedia, pangkalan data, Software

Engineering, Internet security, Analisis Data

Berkomputer (SPSS) dan panduan

perisian seperti Windows, Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Access, Power Point, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Visual Basic.



BIDANG KOMUNIKASI Buku-buku

berkaitan

Pelanggan,

Human

Komunikasi

kemahiran Relations,

Interpersonal,

komunikasi Komunikasi

Komunikasi

seperti Asas,

Massa,

Pengurusan

Khidmat

Komunikasi

Perniagaan,

Perundingan

Perniagaan,

Komunikasi Berkesan dan lain-lain.



BIDANG PENDIDIKAN & LATIHAN Merupakan koleksi berkaitan isu-isu pendidikan & latihan iaitu meliputi latihan professional, kaedah penilaian sesuatu latihan, pengurusan latihan, perancangan dan strategi latihan.



BIDANG KESENIAN Turut terdapat di dalam koleksi perpustakaan adalah buku berkaitan kraf, dekorasi/hiasan rumah, resipi, gubahan lagu dan lain-lain.

17

KOLEKSI PERPUSTAKAAN



BIDANG BAHASA, PENULISAN & KESUSASTERAAN Buku-buku berkaitan pengucapan awam, kaedah menulis laporan/emel/surat, Writing Report, Esei, Belajar Grammar, Perbualan/Bertutur di dalam Bahasa Inggeris, Pantun , Antologi Kesusasteraan & lain-lain juga boleh didapati di perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai rujukan & bacaan.

18

19

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP) Sistem

Pembekalan

Penerbitan

atau

lebih

dikenali

dengan

Pinjaman

Antara

Perpustakaan telah dilancarkan pada 2 Jun 1998. Melalui sistem ini, pengguna boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini. Pinjaman boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh didapati dari pihak Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengambilan dan penghantaran balik bahan adalah atas tanggungjawab pemohon sendiri atau pemohon boleh meminta pihak perpustakaan mengendalikan proses peminjaman dan pemulangan bahan. Segala peraturan peminjaman dan pemulangan bahan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan atau institusi tersebut.

CARA MEMOHON PINJAMAN BUKU MELALUI SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP) 1.

Pengguna yang memerlukan bahan dari perpustakaan atau institusi lain boleh memohon melalui Pustakawan di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

2.

Peminjam perlu mengisi borang permohonan SPP yang boleh didapati di kaun ter perkhidmatan Perpustakaan.

3.

Perkhidmatan SPP juga boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan e-mel, dan disusuli dengan borang permohonan.

20

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN 4.

Pegawai

yang

menguruskan ke

memohon sendiri

perpustakaan

yang

perkhidmatan

pengambilan memiliki

SPP

dan

bahan

boleh

memilih

penghantaran tersebut

atau

sama

ada

balik

bahan

meminta

pihak

perpustakaan yang menguruskan pinjaman bahan. 5.

Tempoh pinjaman bergantung sepenuhnya kepada syarat yang ditentukan oleh perpustakaan atau institusi bahan yang dipinjam. Tempoh pinjaman boleh diperbaharui,

tertakluk

kepada

peraturan

yang

telah

ditetapkan

oleh

perpustakaan atau institusi tersebut.

21

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN PINJAMAN BERKELOMPOK 1.

Pihak

Perpustakaan

Negara

Malaysia

telah

menyediakan

kemudahan

Perkhidmatan ini kepada Jabatan Perangkaan Malaysia. Kemudahan yang disediakan ini ialah dengan meminjamkan jumlah maksimum sebanyak 300 buah buku kepada Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh tiga (3) bulan. 2.

Melalui

Perpustakaan,

meminjam

sebanyak

anggota 2

buah

Jabatan buku,

Perangkaan selama

1

Malaysia minggu

boleh

daripada

perkhidmatan pinjaman berkelompok yang disediakan. 3.

Segala peraturan serta syarat-syarat pinjaman adalah seperti mana yang ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

22

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SISTEM VIRTUAL LIBRARY (V-LIB) Sistem V-lib adalah singkatan daripada perkataan Virtual Library. Ia merupakan sistem pengurusan perpustakaan secara digital untuk Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia. Sistem ini merupakan sistem perpustakaan yang berasaskan perkhidmatan atas talian sepenuhnya iaitu pangkalan data katalog dan indeks Perpustakaan Jabatan Perangkaan diakses melalui laman web Jabatan. Oleh itu, anggota Jabatan dapat mengakses koleksi perpustakaan di dalam pangkalan data, di mana sahaja mereka berada. Sistem yang bercirikan fully web based ini mengandungi modul-modul aplikasi berikut:

Web OPAC (Web Based On-Line Public Access Catalogue) Merupakan katalog multimedia di atas talian untuk memudahkan pencarian bahan perpustakaan oleh pengguna.

SIRKULASI Merupakan kemudahan dengan tujuan urusan pinjaman, pemulangan dan tempahan buku secara elektronik.

PATRON MANAGEMENT Fasiliti ini disediakan bagi urusan pendaftaran pengguna sebagai ahli perpustakaan dan pemantauan oleh pegawai yang bertanggunjawab.

23

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN CAPAIAN AKSES SISTEM VIRTUAL LIBRARY (V-LIB)

Bagi anggota Jabatan atau pengguna luar yang ingin menggunakan Sistem V-lib, setiap pengguna perlulah melayari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia berikut http://www.statistics.gov.my/portal, untuk mendapatkan paparan di atas. Seterusnya, pengguna perlu ke menu DOS COMMUNITY dan di bawah menu DOS COMMUNITY, pilih dan klik butang Online Library.

Sila klik pada butang Online Library

24

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT KATALOG (Web OPAC) Web OPAC merupakan singkatan perkataan Web Online Public Access Catalogue. Web OPAC merupakan salah satu perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Perpustakaan. Web OPAC adalah rekod asas yang memberi maklumat mengenai bahan-bahan yang ada di Perpustakaan. Maklumat bibliografi sesuatu bahan boleh diperoleh dengan menyemak katalog melalui:





Title



Subject



Publications



Keyword



ISBN (International Standard Book Number)



Call Number



Author



Accession Number

Dengan adanya kemudahan Web OPAC ini, ia dapat membantu pengguna mengakses koleksi bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan ini. Ia juga berfungsi sebagai alat penunjuk

lokasi sesuatu bahan. Ini dapat memudahkan pengguna mengesan di mana

sesuatu bahan itu ditempatkan di dalam perpustakaan.

25

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT

PANDUAN MENGGUNAKAN Web OPAC Melalui laman utama sistem Online Library, pengguna boleh klik butang Web OPAC untuk memulakan pencarian buku.

PERKHIDMATAN SUDUT SIBER Seperti perpustakaan lain, Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia turut tidak ketinggalan memberikan perkhidmatan Sudut Siber dengan menyediakan kemudahan komputer & mesin pencetak kepada para pengguna perpustakaan.

26

27

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN 1 . Untuk menjadi ahli perpustakaan, semua anggota Jabatan Perangkaan Malaysia di Ibu Pejabat (Putrajaya dan Wisma Minlon), JP Negeri dan anggota kader, perlu mendaftar keahlian dengan mengisi “Borang Keahlian Perpustakaan” yang boleh didapati di kaunter perkhidmatan Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia. 2 . Pendaftaran ini membolehkan anggota Jabatan membuat sebarang proses peminjaman koleksi bahan perpustakaan. 3 . Setelah berdaftar, pemohon yang hendak meminjam bahan perpustakaan, hendaklah mengemukakan nombor kad pengenalan diri kepada pihak Perpustakaan bagi membolehkan proses peminjaman bahan dibuat melalui sistem. 4 . Tiada sebarang yuran keahlian dikenakan.

28

PERPUSTAKAAN ARAS 4, BLOK C6, KOMPLEKS C PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62514, PUTRAJAYA TELEFON: 03 - 88857342

BORANG KEAHLIAN PERPUSTAKAAN A. BUTIRAN PERIBADI 1. NAMA 2. *NO. KAD PENGENALAN 3. JAWATAN SEKARANG Beserta Skim

4. GRED JAWATAN

contoh: E17 5. ALAMAT BAHAGIAN/NEGERI/KADER

BANDAR

POSKOD

NEGERI 6. NO. TELEFON (PEJABAT) 7. NO. TELEFON MOBIL 8. NO. TELEFON (RUMAH) 9. NO. FAKS 10. *E-MEL JABATAN 11. *E-MEL LAIN

B. PENGESAHAN Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan

:

Nama

:

Jawatan

:

Catatan: * Ruangan yang wajib di isi oleh pengguna

Tarikh :

*Sila lekatkan gambar berukuran pasport



    

 PERATURAN SEMASA DI PERPUSTAKAAN :1.

Pengguna hendaklah sentiasa memakai tanda keselamatan Jabatan apabila berada di Perpustakaan.

nama/pas

2.

Tidak dibenarkan tidur, membuat minum semasa di perpustakaan.

3.

Pengguna perlu menjamin keselamatan bahan perpustakaan dan jangan merosakkan bahan-bahan perpustakaan seperti membuat catatan, menconteng, mengoyak, memotong dan sebagainya.

4.

Pastikan telefon bimbit berada di dalam keadaan mod senyap.

5.

Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan.

6.

Letakkan buku yang telah digunakan di atas troli yang disediakan.

7.

Bagi pelajar Universiti/Kolej (awam atau swasta), penyelidik & orang awam boleh membuat rujukan di Perpustakaan, dengan membawa surat rasmi permohonan membuat rujukan/penyelidikan yang dikeluarkan melalui Institusi masing-masing dan mengisi maklumat peribadi di dalam Buku Rekod Pelawat Perpustakaan yang disediakan.

8.

Beg pengguna hendaklah diletakkan di rak simpanan barang yang disediakan.

bising, merokok, makan dan



  *POLISI PINJAMAN* 1.

Untuk melayakkan anggota Jabatan membuat peminjaman, anggota perlu menjadi ahli atau berdaftar sebelum membuat sebarang proses peminjaman bahan.

2.

Sila kemukakan kad pengenalan untuk membenarkan sistem mengakses patron ID bagi membolehkan proses pinjaman bahan dibuat.

3.

Peminjam bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam. Bahan perpustakaan yang dirosakkan / dihilangkan oleh peminjam hendaklah diganti dengan bahan yang sama atau denda akan dikenakan pada peminjam.

4.

Anggota Jabatan yang membuat peminjaman bahan tidak boleh memberi bahan yang dipinjam kepada pihak ketiga.

5.

Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

6.

Dalam keadaan tertentu, peminjam boleh dimohon untuk mengembalikan bahan yang masih dalam tempoh pinjaman (jika perlu).

7.

Buku-buku baru dan majalah terkini yang dipamerkan adalah dikecualikan daripada proses peminjaman bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan.

8.

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia membenarkan pengguna dari Institusi lain yang hendak membuat pinjaman bahan melalui Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP).

9.

Had kuantiti buku yang boleh dipinjam adalah sebanyak 3 naskhah & tempoh membuat pinjaman maksimum yang diberikan adalah selama satu ( 1 ) minggu.



  POLISI *PEMBAHARUAN PINJAMAN*

1.

Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui atau dilanjutkan. Namun begitu, pembaharuan hanya boleh dibuat sekiranya tiada tempahan pinjaman dilakukan oleh pengguna lain dalam tempoh tersebut.

2.

Peminjam yang hendak membuat pembaharuan perlu memberitahu pihak perpustakaan sebelum atau pada hari tarikh bahan sepatutnya dipulangkan.

3.

Untuk memperbaharui pinjaman, peminjam perlu membawa buku yang dipinjam ke Perpustakaan terlebih dahulu untuk membolehkan pihak perpustakaan membuat penyemakan dari segi keadaan fizikal bahan sebelum dibenarkan untuk diperbaharui.

4.

Pembaharuan tempoh pinjaman bagi satu judul buku hanya boleh dibuat sekali sahaja.

 