MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI

12 Okt 2017 ... Mesyuarat MJKN Bil.3/2017. 1. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERAK. Bil. Mesyuarat. : Bil. 3 Tahun 2017. Tarikh. : 12 O...

63 downloads 668 Views 729KB Size
Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERAK

Bil. Mesyuarat

:

Bil. 3 Tahun 2017

Tarikh

:

12 OKTOBER 2017 (KHAMIS)

Masa

:

2.00 petang – 5.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan,SMK Jalan Tasek, Ipoh. ____________________________________________________________ Hadir:

1. Pengarah Pendidikan Negeri Perak (Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris)

-

Pengerusi

2. Ketua Sektor Pengurusan Akademik, (Puan Hajah Rahimah Bt Mohamed) 3. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (Encik Azmi Bin Dahali) 4. Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan (Tuan Haji Mat Jaafar Bin Mat Zain) 5. Ketua Sektor Jaminan Kualiti (Encik Osman Bin Mohamed Bahari) 6. Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan (Tuan Haji Adnan Bin Haji Rejab) 7. Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam (Tuan Haji Roslan Bin Abu Hassan) 8. Ketua Sektor Pengurusan Swasta dan Pendidikan Khas (Encik Aznan Bin Haji Alias)

1

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

9. Ketua Sektor Pengurusan Psikologi dan Kaunseling (Tuan Haji Noor Azhar Bin Ghazali) 10.Ketua Sektor Pengurusan Maklumat ICT (Encik Zolkefli Bin Mohd Idris) 11.Wakil Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (Encik Mohd Fauzi Bin Mohd Ramli) 12.Pengawai Pendidikan Daerah Kinta Utara (Tuan Haji Hasni Bin Hashim) 13.Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak (Tuan Haji Sulaiman Bin Haji Samsuddin) 14.Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang Selama (Tuan Haji Aminuddin Bin Mhd. Nor) 15.Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak (Tuan Haji Mohamad Zahari Bin Mohamad Ramli) 16.Pegawai Pendidikan Daerah Kerian (Tuan Haji Wahid Bin Ramli) 17.Pegawai Pendidikan Daerah Muallim (Encil Saipol Bahrin Bin Sulaiman) 18.Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang (Encik Mohamad Fauzi Bin Mahson) 19.Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan (Dr. Mior Hamdan Bin Haji Ghazali) 20.Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah (Encik Ahmad Zakuan Bin Haji Mohd Razi) 21.Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Manjung (Encik Mudzaffar Shah Bin Mohammed Rajamal)

2

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

22.Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar (Encik Azhan Bin Shukri) 23.Wakil Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Negeri Perak (Puan Noor Salmiza Binti Haji Ismail) 24.Wakil Pengarah Institut Pendidikan Penguruan Kampus Ipoh (Puan Radiah Binti Idris) 25.Naib Yang Di Pertua Majlis Pengetua Sekolah (MPSM) Cawangan Negeri Perak (Encik Ibrahim Bin Mat Diah) 26.Pengetua, SM Tuanku Abdul Rahman (Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim) 27.Wakil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (Tuan Haji Md. Isa Bin Md. Amin) 28.Wakil Pengarah Kolej Vokasional Kerian (Tuan Haji Ishak Bin Sulaiman) 29.Pengetua, SMKA Slim River (Encik Azman Bin Yusof) 30.Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak (Encik Rustam Affandy Bin Abdul Aziz) 31.Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris (Encik Azshar Bin Ramli) 32.Ketua Penolong Pengarah Sains (Encik Anas Bin Mohammad Suffian) 33.Ketua Unit Matematik (Encik Syahrul Lizan Bin Mohamed Nasir)

3

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

34.Ketua Unit Teknik dan Vokasional (Encik Hishamuddin Bin Tajuddin) 35.Ketua Unit Kajian Kemasyarakatan (Encik Mohd. Zaini Bin Ahmat) 36.Ketua Unit ICT dan Pengkomputeran (Encik Mohd. Zaki Bin Mahmood) Urus Setia : 1.Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan (Encik Ahmad Tarmizi Bin Zainal Abidin) 2.Penolong Pengarah Prasekolah (Puan Ainon Binti Haji Hashim) 3.Penolong Pengarah Matematik (Encik Zahran Bin Zamzuri) 4.Penolong Pengarah Matematik (Puan Siti Norhaidza Adura Binti Abu Hamis) 5.Penyelia Kurikulum Kajian Kemasyarakatan (Encik Hishamuddin Bin Zakaria) 6.Penyelia Kurikulum Bahasa Melayu (Encik Yusman Bin Hashim) 7.Penyelia Kurikulum Kajian Kemasyarakatan (Encik Mohd. Fadzil Bin Ibrahim) 8.Penyelia Kurikulum Kajian Kemasyarakatan (Puan Shahashima Binti Tarmuzi) Tidak Hadir Dengan Maaf:

1. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak (Tuan Haji Mohd Rosli Bin Ahmad) 4

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

2. Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu (Tuan Haji Azemi Bin Md. Zuki)

Tidak Hadir 1. Pengetua SABK, Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Changkat Jering (Tuan Haji Md. Hata Bin Haji Imran)

I.

PERUTUSAN PENGERUSI 1.

Kata Alu-aluan:

1.1

YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Tahniah pada Sektor Pengurusan Akademik yang mengadakan mesyuarat kali ke 3 / 2017 di Bilik Gerakan SMK Jalan Tasek, Ipoh.

1.2

YBhg. Pengerusi mengumumkan dan mengalu-alukan kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang iaitu Encik Mohamad Fauzi Bin Mahson dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar yang baharu iaitu Encik Safuan Bin Haji Raba’ai. Pengerusi berharap pengalaman dan kepakaran mereka dapat membantu kecemerlangan daerah dan negeri Perak.

1.3

Ucapan terima kasih kepada semua Ketua Sektor, PPD, Guru Besar, Pengetua atas pengurusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang telah selesai dijalankan serta usaha yang telah dilaksanakan dalam menyediakan calon-calon sebelum menghadapi UPSR dan PT3 bagi Tahun 2017.

1.4

Bagi peperiksaan awam yang akan menjelang dalam tempoh terdekat, fokus perlu diberikan kepada calon-calon bagi membantu meningkatkan prestasi. 5

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

1.5 Bagi SPM 2017 soalan umum kertas 3 Sejarah telah dikeluarkan pada 29 September 2017. Bahan-bahan bagi panduan calon-calon telah disediakan oleh Jurulatih Utama Daerah.Semua PPD dikehendaki menyebar luas bahan yang disediakan kepada semua sekolah. 1.6

Pengerusi memaklumkan sekolah-sekolah TS25 akan menjadi sekolah “showcase” bagi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21).Diharap SPA dan PPD dapat bersama-sama dengan pihak sekolah yang terlibat untuk memastikan pelaksanaan PAK 21 dan pelaporan profil murid (PPM) berjalan lancar.

1.7 Terima kasih kepada Yayasan Perak atas komitmen bagi melaksanakan Program Anak Cemerlang (ACE) UPSR 2018 dan 2019. Diharap bantuan yang diberikan ini jangan disia-siakan. 1.8 Bagi SPM 2017 soalan kertas 3 Sejarah telah dikeluarkan pada 29 September 2017 (enam minggu sebelum kertas Sejarah SPM. Jurulatih Utama (JU) daerah telah menyediakan bahan terbaik bagi panduan calon-calon cemerlang, sederhana dan halus. Semua PPD perlu menyebar luas bahan ini disemua sekolah. 1.9 Sekolah mesti memberi perhatian dan mengambil tindakan terhadap Pengurusan Kurikulum & Pelaksanaan PdPc agar dapat memberi impak yang tinggi kepada prestasi sekolah. Kunjung bantu ke sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan pengurusan kurikulum dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. 1.10 Pengoperasian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di peringkat sekolah perlu dilihat semula dan diberi bimbingan bagi memastikan isu-isu PBD di peringkat sekolah dapat diselesaikan.Diharapkan semua pihak iaitu SPA, PPD serta SIPartners+ dan SISC+ perlu membuat kunjung bantu ke sekolah agar sistem penyampaian dapat diselaras dan dimantapkan. 6

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

1.11 Semua pihak iaitu SPA, PPD serta SIPartners+ dan SISC+ perlu membuat kunjung bantu ke sekolah agar sistem penyampaian dapat diselaras dan dimantapkan. Makluman II.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Mesyuarat memutuskan minit mesyuarat MJKN Bil. 2 / 2017 diterima sebulat suara.

III.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit.

IV.

PEMBENTANGAN CADANGAN/MAKLUMAN 2.

Sasaran Minimum SPM 2018. (Rujuk Lampiran)

2.1

Mesyuarat mengambil maklum akan: Pembentangan Sasaran Minimum SPM 2018 oleh Encik Syahrul Lizan bin Mohamed Nasir , Ketua Unit Matematik Sektor Pengurusan Akademik Makluman

2.2 Mesyuarat bersetuju supaya: (a) Data sasaran minimum calon-calon SPM 2018 yang dibentangkan oleh SPA perlu dianalisis dan diambil tindakan. Pertambahan markah ditetapkan antara 15 hingga 30 markah bagi mencapai sasaran minimum daerah. Tindakan: Semua PPD

7

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

(b) Sekolah perlu merancang program individu, kumpulan dan keseluruhan pelajar bagi memastikan Gred Purata Sekolah (GPS) dapat ditingkatkan. Tindakan: Semua PPD

(c) Pelajar yang boleh menyumbang kepada peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) perlu dikenal pasti. Tindakan: Semua PPD (d) Setiap pelajar mesti mengetahui markah yang perlu disumbangkan bagi membantu prestasi pencapaian masingmasing. Tindakan: SPI, Semua PPD, MPSM, MGB, SMKA, SABK (e) Data pencapaian pelajar mengikut mata pelajaran perlu dibentangkan di sekolah dan guru perlu merancang sasaran peningkatan markah. Tindakan: SPI, Semua PPD, MPSM, MGB, SMKA, SABK (f) Perancangan peningkatan prestasi SPM 2018 dan SPM 2019 perlu dilaksanakan oleh sekolah bagi memastikan penetapan sasaran yang ditentukan dapat dicapai. Tindakan: SPI, Semua PPD, MPSM, MGB, SMKA, SABK (g) PPD hendaklah menetapkan bilangan sekolah yang perlu dibimbing oleh setiap Pegawai SISC+ dan menggerakkan pegawai untuk membantu sekolah. Tindakan: Semua PPD

8

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

3

Status Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM Sekolah TS25 Kohort 1 & Kohort 2 (Rujuk Lampiran) 3.1 Mesyuarat mengambil maklum : Pembentangan Status Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM Sekolah TS25 Kohort 1 & Kohort 2 oleh Encik Syahrul Lizan bin Mohamed Nasir , Ketua Unit Matematik , Sektor Pengurusan Akademik Makluman

4.

Dapatan Pemantauan Bersepadu SPA Bil 2/2017 – Pelaksanaan TS25 Kohort 1 Dan Kohort 2 Dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) (Rujuk Lampiran) 4.1 Mesyuarat mengambil maklum akan: Pembentangan Dapatan Pemantauan Bersepadu SPA 2/2017 Pelaksanaan TS25 Kohort 1 dan Kohort 2 dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) oleh Puan Hajah Rahimah Binti Mohamed ,Ketua Sektor Sektor Pengurusan Akademik. Makluman 4.2 Mesyuarat bersetuju supaya: (a) Semua PPD perlu melakukan Learning Walk semasa kunjung bantu dilaksanakan di sekolah. Pengetua dan Guru Besar juga perlu melakukan Learning Walk di sekolah masing- masing. Tindakan: Semua PPD, MPSM, MGB, SMKA, SABK

9

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

(b)

Pengurusan Kurikulum sekolah perlu diberi perhatian serius di mana peranan panitia diberi penekanan seperti termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986. Tindakan: Semua PPD

(c)

PdPc guru di sekolah TS25 mesti berada pada tahap cemerlang dan semua pihak harus bertanggungjawab untuk membantu sekolah tersebut. Tindakan: SPA, Semua PPD, MPSM, MGB, SMKA, SABK

(d)

Pemugaran semula PBD perlu dilaksanakan kepada semua guru. Mentor di setiap daerah yang telah mengikuti bengkel PBD oleh SPA perlu melaksanakan in house kepada sekolah yang memerlukan bimbingan. Tindakan: SPI, Semua PPD, MPSM, MGB, SMKA, SABK

(e)

Sekolah perlu memberi pelaporan pelaksanaan PBD peringkat sekolah dua kali setahun kepada PPD. Tindakan: MPSM, MGB, SMKA, SABK

(f)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di sekolah perlu dipantau. Tindakan: Semua PPD

10

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

5.

Status 2M Tingkatan 1 Dan Tingkatan 5 2017 Negeri Perak Dan Status 2M Sekolah TS25 .(Rujuk Lampiran) 5.1 Mesyuarat mengambil maklum akan: Pembentangan Status 2M Tingkatan 1 dan Tingkatan 5 2017 Negeri Perak dan Status 2M Sekolah TS25 oleh Puan Hajah Rahimah Bt Mohamed, Ketua Sektor Sektor Pengurusan Akademik Makluman 5.2 Mesyuarat bersetuju supaya: (a)

Sekolah yang mempunyai bilangan murid 2M yang tinggi seluruh Negeri Perak mesti dikurangkan dengan merancang kaedah dan strategi yang bersesuaian.

Tindakan: Semua PPD, MPSM, MGB (b) Semua sekolah TS25 mesti sifar 2M. Tindakan: Semua PPD, MPSM, MGB

V.

HAL-HAL LAIN 6. Tuan Pengarah 6.1 Mesyuarat mengambil maklum akan: Sebanyak 9 buah sekolah memohon melaksanakan DLP pada tahun 2018. Hanya 2 buah sekolah diluluskan manakala 7 buah sekolah dalam proses rayuan di peringkat KPM. Makluman 11

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

6.2

Mesyuarat bersetuju supaya: (a) PPD perlu berbincang dengan Pengetua SMK Raja Chulan berkaitan penolakan tawaran melaksanakan DLP pada tahun 2018 Tindakan: PPD Kinta Utara

(b) Isu pelaksanaan KSSR dan KSSM perlu dibentangkan dalam MJKN Bil. 4/ 2017. Tindakan: Semua PPD

7. Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) 7.1 Mesyuarat mengambil maklum akan: Pemilihan SK Dato’ Alauddin sebagai sekolah showcase dan pemangkin KBAT bagi daerah Kerian perlu dimantapkan dengan memastikan elemen KBAT dalam kegiatan kokurikulum diterjemahkan secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. Buku panduan perlu dirujuk dan pelaksanaan 1M1P perlu dirancang dan dilaksanakan. Rancangan Pelajaran Harian bagi kegiatan kokurikulum boleh dijadikan rujukan dan panduan sekolah-sekolah lain. Makluman 8. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik 8.1

Mesyuarat besetuju supaya: Petikan Minit Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Bersama-sama Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri 12

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

Bilangan 2/2017 bertarikh 23 dan 24 September 2017 muka surat 10 para 4.2.1 memutuskan Pelaksanaan PS/PBD di peringkat negeri perlu dilaksanakan dengan mengambil perhatian perkara berikut: i. Merancang mekanisma pelaksanaan PS/PBD yang setara dengan MS ISO. ii. Merancang dan melaksanakan jaminan kualiti komprehensif pelaksanaan PS/PBD iii. Pelaksanaan PS/PBD dijadikan sebagai KPI kepada Pengetua dan Guru Besar. iv. Menjadikan pelaksanaan PS/PBD sebagai agenda Mesyuarat Pengurusan Akademik di peringkat negeri, daerah dan sekolah. v. Setiap JPN diminta untuk membentangkan pelaksanaan PS/PBD di sekolah dalam Mesyuarat KSPA Bil 3/2017 Tindakan: SPI, Semua PPD, MPSM, MGB, SMKA, SABK

9. Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik 9.1 Mesyuarat mengambil maklum akan: Kursus Curiculum Induction untuk guru prasekolah, guru Tahun 1 dan guru Tingkatan 1 bermula 24 hingga 27 Oktober 2017 di semua daerah negeri Perak. Pihak PPD akan menguruskan pelaksanaan kursus CEFR-C1 tersebut dengan bilangan peserta seramai 1624 orang

13

Mesyuarat MJKN Bil.3/2017

Makluman VI.

PENUTUP Mesyuarat mengambil maklum : (a)

YBhg.Pengerusi membuat penegasan semula mengenai keperluan sekolah untuk melaksanakan program jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

(b)

YBhg.Pengerusi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Jalan Tasek dan semua warga SPA . Semoga semua tindakan dapat diambil dan diselesaikan mengikut keputusan mesyuarat.

(c)

Mesyuarat diitangguhkan pada pukul 6.10 petang.

Urus Setia Mesyuarat Sektor Pengurusan Akademik 19 Oktober 2017

DISAHKAN OLEH:

TUAN HAJI MAT LAZIM BIN IDRIS PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK Merangkap, PENGERUSI MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK 14